Read more:
http://milosuam.blogspot.com/2012/11/dap-berjanji-akan-pertahankan-islam.html#ixzz2BRLjpaCk
Ribuan rakyat sanggup berhujan di Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seremban
PERHIMPUNAN Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan di Taman Seremban Jaya,
Seremban malam tadi membawa mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia hari
ini sudah
tidak mampu diperbodohkan lagi oleh media propaganda arus perdana kawalan Rejim Barisan Nasional.
Propaganda demi propaganda yang
pelik, menghairankan, serta mencabar akal yang waras
untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat disebarkan setiap hari secara
terus ke rumah-rumah seluruh Malaysia melalui media-media kawalan Rejim
Barisan Nasional.
Hal ini
mendorong rakyat untuk mencari kebenaran, lantas
mereka berpusu-pusu ke program-program ceramah Pakatan Rakyat untuk
mendengar sendiri apa yang disampaikan dari mulut pimpinan PAS, KEADILAN
dan DAP.
Malam tadi, di Himpunan Kebangkitan Rakyat, menyaksikan puluhan ribu
rakyat pelbagai bangsa sanggup berhimpun bersama-sama meskipun
di dalam hujan lebat dan suasana tapak himpunan yang becak semata-mata untuk mendengar ceramah daripada pimpinan Pakatan Rakyat.
Rakyat pelbagai lapisan umur, bangsa, dan latar belakang tidak berganjak
di tapak perhimpunan meskipun hujan begitu lebat sekitar jam 7:00
hingga 9:00 malam tadi. Ada yang memakai baju hujan, berteduh dengan
payung dan khemah, malah tidak kurang yang bersahaja meskipun basah
kuyup.
Gelombang rakyat ini benar-benar sungguh mengagumkan. ReJaM© dapat lihat
dengan mata kepala sendiri malam tadi bagaimana ribuan rakyat pelbagai
bangsa berpusu-pusu ke tapak perhimpunan ketika hujan lebat.
Tapak perhimpunan dipenuhi puluhan ribu rakyat dalam masa yang singkat,
seolah-olah puluhan ribu rakyat ini turun dari langit hadir bersama
titisan-titisan hujan lebat yang turun di tapak perhimpunan.
Semakin giat media propaganda kawalan Rejim Barisan Nasional cuba
memperbodohkan rakyat, semakin galak rakyat hadir di program Pakatan
Rakyat untuk membuat perbandingan bagi mengetahui kebenaran.
ReJaM© "
Petanda jelas Rejim Barisan Nasional bakal berkubur di Negeri Sembilan "
PRU13 agenda khas Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia
MUKTAMAR Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia 2012 (Gamis) yang telah
selesai semalam menjadikan PRU-13 sebagai agenda khas Gamis sesi ini.
Muktamar yang dihadiri hampir 200 orang perwakilan dari seluruh negara
itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era Akram Ikrami taib Azamudden
kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar.
Menurut beliau, PRU-13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas Gamis bagi
sesi ini kerana mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan
perubahan.
"Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU-13 merupakan salah satu medan untuk perubahan"
"Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga
mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah"
tegas Muhamad Azan Safar.
Beliau yang merupakan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (Isiukm) turut
mencabar ahli Gamis, "Saya mencabar kalian supaya berani mencabar
kelaziman. Kita bukan ahli gerakan yang pengikut setia tradisi generasi
dahulu!".
Ini sejajar dengan tema ucapan dasar beliau iaitu "Mahasiswa Memimpin
Perubahan". Ucapan dasar tersebut merangkumi 5 paksi utama iaitu,
1-Tabiyah Gerakan Bersifat Membina 2- Dakwah Era Baru Gamis 3- Jaringan
Strategik Gamis 4- Sigma Perintis keterampilan Wanita Malaysia 5-
Kepimpinan dan Budaya Kerja Profesional.
Yang menariknya, pihak Gamis memberi penghormatan kepada front mahasiswa
lain iaitu Haluan-Siswa,Pkpim dan Karisma sebagai tetamu jemputan
muktamar.
Berikut merupakan organisasi terkini sesi 2012/2013
Presiden : Muhamad Azan Safar (UKM)
Timbalan Presiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)
Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar (UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)
Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd Kadir (UM)
Naib Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)
Setiausaha : M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)
Bendahari : M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)
Ketua Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)
Majlis Politik Nasional : Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan Majlis Politik Nasional : Sofwatul Aufa Bakri (UM)
Majlis Dakwah dan Kebajikan : Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)
Timbalan Majlis Dakwah dan Kebajikan : Atikah Abd.Rahman (UIA)
Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional : Muhd Afdzal Shahabuddin (USIM)
Timbalan Majlis Tarbiyah dan kepimpinan Nasional : Siti Fatimah Rosli (UM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan