Sabtu, 17 November 2012

NI JENIS PEMIMPIN MEMENTINGKAN DIRI SERTA KERJANYA NAK JADI PEMIMPIN SAMPAI BILA2...TAK MAU JADI ORANG BAWAH....ORANG MACAM NI BAHAYA

'Ada pemimpin kita panjang tangan, panjang lidah'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:37AM Nov 17 2012
MUKTAMAR PAS Perwakilan Kedah Ahmad Yahya hari ini membidas kepimpinan PAS yang didakwanya bersikap "panjang tangan dan panjang lidah" yang boleh memberi kesan kepada ahli dalam jamaah.

Memujikan usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pimpinan parti, Ahmad bagaimanapun mendakwa terdapat kepimpinan parti yang "mempertikai keputusan" yang dibuat.

"Mereka memberi pandangan yang menimbulkan polemik dan kami di bawah tidak senang hati untuk menjawab," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah.

Berucap membahas ucapan dasar presiden di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Ahmad bagaimanapun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Ahmad turut menegur kepimpinan parti yang didakwanya "panjang tangan" kerana menulis sesuatu sehingga menimbulkan "kecelaruan fikrah" terhadap ahli parti.

"Ada tulisan beliau di khalayak yang tidak menguatkan jamaah, tetapi mempertikaikan (apa yang ada) dalam jamaah," katanya yang juga tidak menamakan pemimpin tersebut.

Dalam ucapan yang sama, beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap barisan kepimpinan yang didakwanya "dipalitkan dengan akidah yang menyeleweng".

"Sedangkan presiden dalam ucapannya mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Perkara ini perlu diberi perhatian," katanya.

Beliau juga menyindir pemimpin yang didakwanya "mengintai" kawasan yang ingin ditandinginya, sedangkan sepatutnya pemimpin itu mempunyai kawasannya tumpuan sendiri.

"Jangan menjadi seperti peniaga yang berniaga di pasar sehari, sentiasa mengintai-intai orang ramai dan dipacakkan khemah di situ," katanya memuji jiwa besar Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang kembali ke Johor walaupun langkah itu dianggap oleh banyak pihak sebagai "membunuh diri".
Perwakilan: Pemimpin ghairah buat 'kenyataan bercanggah'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:16PM Nov 16 2012
Seorang perwakilan di Muktamar PAS hari ini menegur pemimpin parti yang menurutnya ghairah membuat kenyataan kepada media sehingga menimbulkan percanggahan di antara satu sama lain.

Tanpa menyebut individu yang dimaksudkan, wakil Perlis, Yaakob Abu Seman berkata tindakan pemimpin PAS itu "memeningkan kepala" jentera di bawah untuk menjawab perkara yang dibangkitkan.

"Jangan terlalu ghairah dengan mikrofon dan tape recorder wartawan. Contohnya isu kenyataan Nurul Izzah, PAS pusat kata tunggu untuk mendapatkan maklumat lengkap.

NONE"Ini adalah sikap yang terbaik. Bermaklumat dahulu baru buat kenyataan... (Tetapi) Ada pemimpin ghairah buat kenyataan, (sepatutnya) elak terlebih dahulu," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden.

Beliau mengulas laporan yang memetik kenyataan pemimpin parti itu berhubung isu kontroversi mengenai kebebasan beragama – rentetan daripada kenyataan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu forum.

Antara pemimpin PAS yang mengulas perkara itu termasuk bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, ahli jawatankuasa pusatnya Khalid Samad, serta ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib.
'Jangan terperangkap'
Di samping itu, Yaakob turut mengingatkan para pemimpin parti itu, dan juga dalam Pakatan Rakyat, supaya tidak terperangkap dalam permainan media arus perdana".

Beliau mendakwa, media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia dan TV3 itu bertindak demikian untuk memecahbelahkan kesepakatan dalam Pakatan.

NONE"Laporan polis, saman malu belakang kira, tapi imej (pemimpin) dicalarkan dahulu (melalui laporan media) untuk memberi kesan kepada rakyat dan pengundi," katanya.

Di kesempatan itu, Yaakob turut membidas Dewan Pemuda PAS Pusat yang didakwanya "kurang menunjukkan apa yang diperjuangkan" sayap parti itu.

Beliau membandingkan perkara itu dengan usaha yang ditunjukkan PAS Pusat, yang menurutnya lebih fokus terhadap sesuatu isu seperti melibatkan Felda, saman trafik dan juga perhimpunan Gelombang Hijau.

"Kalau ingin berjuang (menarik) artis, golongan karyawan, beri kesungguhan... (Pemuda) perlu mempunyai agenda tertentu. Ada langkah-langkah dia," katanya.

Yaakob juga menggesa jentera penerangan parti supaya menggiatkan usaha untuk memberi penjelasan mengenai tawaran negara berkebajikan yang dipilih sebagai tema muktamar parti sejak tahun lalu.
Ucapan dasar presiden PAS tidak sentuh hudud

  • Bernama
  • 10:44AM Nov 17 2012
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu untuk melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah
Islamiah Kelantan di Kota Bharu semalam.
  
Berucap di hadapan 1,116 orang perwakilan selama kira-kira dua jam, beliau lebih menumpukan kepada persiapan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan penubuhan negara berkebajikan.
  
Turut hadir pada muktamar itu ialah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw.
  
Ini dilihat tidak selari dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib kelmarin, bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13.
  
Harun dilaporkan berkata sekiranya PAS mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum Hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan, ia akan menjadi undang-undang negara.
  
Semalam, Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan kedudukan parti itu mengenai isu Hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
  
Sementara itu, semasa berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Abdul Hadi juga tidak menyentuh langsung mengenai hukum Hudud.
 
Turut hadir pada majlis itu ialah Nik Abdul Aziz, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Bernama
KSN: Keputusan ganti YDP MPS atas permintaan S'gor

  • Bernama
  • 8:53PM Nov 16 2012
Penamatan peminjaman Datuk Zainal Abidin A'ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mulai semalam adalah dibuat atas cadangan kerajaan negeri Selangor, demikian menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Oktober lepas memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

"Mengambil kira keputusan Menteri Besar serta hasrat pihak berkuasa negeri Selangor tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 6 Nov lalu telah mengemukakan surat memaklumkan persetujuan ke atas cadangan penamatan khidmat Zainal Abidin sebagai YDP MPS berkuatkuasa 15 November lalu.

"Notis pertukaran Zainal Abidin dikeluarkan pada 9 November lalu di mana beliau ditempatkan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) berkuatkuasa semalam selaras dengan permohonan pihak berkuasa negeri Selangor," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Pertukaran Zainal Abidin ke INTAN sebelum ini menimbulkan beberapa
kontroversi termasuk tuduhan yang mengatakan beliau ditukarkan dalam tempoh 24 jam atas kenyataannya berhubung pembinaan projek kondominium, Dolomite Park Avenue, di Batu Caves, Selangor.

Ali berkata kekeliruan itu timbul mungkin kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini tidak dimaklumkan mengenai permohonan kerajaan negeri untuk menggantikan Zainal Abidin.

Beliau berkata gred Zainal Abidin masih dikekalkan iaitu Gred Jusa C.

Untuk mengisi kekosongan jawatan YDP MPS, JPA telah mengemukakan 14 calon daripada senarai JPA, namun kerajaan negeri Selangor dipercayai mempunyai calon pilihan mereka sendiri, katanya.

Ditanya berkenaan kedudukan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, Rabu lalu, Ali berkata kesalahan khalwat seseorang pegawai awam adalah kesalahan tatatertib yang akan diambil tindakan mengikut prosiding jenayah di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah memaklumkan mengenai kes itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang akan memutuskan bentuk hukuman yang akan dikenakan, termasuk sama ada memberi amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji dan turun pangkat.

Dr Hasan dan pasanganya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, yang juga petugas kementerian diarahkan bercuti sehingga kes tersebut diputuskan SPA, katanya, yang turut tidak menolak kemungkinan melantik Ketua Pengarah Kesihatan yang baru.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Derek Fernandez yang didakwa mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet', Ali berkata ia dianggap sebagai menghina penjawat awam dan menasihatkan agar mana-mana individu perlu berhati-hati dan mengkaji fakta sebelum menyatakan sesuatu.

"Saya menyerahkan kepada penjawat awam untuk menilai dan membuat kesimpulan mengenai kenyataan seperti ini.

Dalam artikel di sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris, Isnin lalu,
Fernandez yang mengulas mengenai pemilihan calon Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) oleh JPA dilaporkan berkata: "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject." ("Biar kita tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").



- Bernama
KJ pertahan ketua Pemuda, mungkin tak bertanding PRU
2:55PM Nov 16 2012
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawarkan dirinya untuk mempertahankan jawatannya dalam parti, tetapi berkata beliau memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini sebagai berkata beliau telah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, jika perdana menteri mahunya bertanding (kerusi parlimen), beliau akan akur.

KJ dilaporkan telah menulis dalam twitter awal tahun lepas bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang dimenanginya pada pada 2008.

Khairy, 36, menang jawatan Ketua Pemuda Umno dengan menewaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk  Mukhriz Mahathir dan juga bekas Menteri Besdar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy kini merupakan pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.
'Kes keganasan terhadap wanita perlu disiasat segera'

  • Bernama
  • 9:07PM Nov 16 2012
Isu keganasan terhadap wanita di negara ini termasuk melibatkan warga asing perlu disiasat dengan lebih cepat bagi memberi isyarat jelas bahawa Malaysia serius dalam menangani isu terbabit, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Wanita Barisan Nasional (BN) memandang amat serius isu keganasan terhadap wanita dan kami mahu pihak polis mempercepatkan penyiasatan secara menyeluruh.
  
"Keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima sama sekali di negara ini dan kita perlu memberi isyarat betul mengenai isu itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali Wanita BN di Port Dickson hari ini.
  
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
  
Shahrizat berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes rogol membabitkan wanita warga Indonesia yang berlaku di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan baru-baru ini.
  
Beliau berkata, sama ada rakyat Malaysia atau warga asing, wanita yang menjadi mangsa keganasan perlu diberi layanan yang sama dalam mendapatkan keadilan.
  
Dalam perkembangan lain, Shahrizat, yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata golongan wanita dijangka menjadi penentu kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
  
Katanya, ini kerana jentera BN dan pengundi di negara ini sebahagian
besarnya terdiri daripada golongan itu.
  
Sementara itu, Mohamad berkata kerjasama semua jentera parti termasuk wanita adalah amat penting dalam usaha BN untuk merampas kembali beberapa kerusi yang kalah di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum 2008.
  
"Hasrat kita, hasrat wanita BN adalah untuk pastikan supaya kita bekerja lebih kuat lagi supaya kerusi Parlimen Teluk Kemang, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, Chuah dan Port Dickson yang kita kalah dapat dimenangi semula," katanya.
  
- Bernama
Hadi: 'Negara berkebajikan' lebih baik dari '1Malaysia'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:45AM Nov 16 2012
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempromosikan tema "negara berkebajikan" dalam ucaptamanya di muktamar parti itu sebagai asas perpaduan yang lebih baik daripada slogan "1Malaysia" BN.

Katanya, slogan 1Malaysia itu tidak akan mewujudkan perpaduan memandangkan "tiupan angin perkauman sempit", menurutnya masih berlaku.

Hadi berkata, beliau memilih tema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu kerana perpaduan umat, menurutnya menjadi cabaran terkini di setiap negara dan bangsa di seluruh dunia.

NONE"Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita.                

"Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman oleh Rasulullah SAW yang berbeza dengan para rasul sebelumnya," katanya.
Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata PAS berusaha menjalankan usaha dakwah dan penyebaran fahaman politik (tarbiyah siyasah) kepada masyarakat dengan memberi penjelasan dalam bahasa mudah.
Beliau berkata tema muktamar lalu bertajuk "Membangun Negara Berkebajikan" mengundang salah anggapan di kalangan lawan dan pemerhati.
Hinggakan, ada pihak yang membuat kenyataan terbuka bahawa "PAS sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan Islam", katanya.
NONEBeliau menjelaskan, anggapan itu timbul kerana golongan berkenaan tidak memahami bahasa Arab.
"Anggapan ini adalah kerana mereka tidak memahami bahasa al-Quran dan terpengaruh dengan bahasa asing “negara kebajikan (welfare state)” yang menafsirkan kebajikan dengan makna yang sempit," katanya.

Abdul Hadi berkata kebajikan adalah tajuk kepada ajaran Islam yang  menyeluruh, seperti maksud istilah bahasa Arabnya - Al-Khair.
Jelasnya, istilah itu meliputi ajaran Islam yang dibawa dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dengan maksud Islam yang sempurna dan ajarannya yang menyeluruh.
Datuk Ramli Yusuff dirai IGP dalam majlis persaraan rasmi

  • Hafiz Yatim
  • 8:20PM Nov 16 2012
Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff diraikan dalam majlis persaraan rasmi oleh Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

NONERamli, dalam ucapan perpisahannya, mengecam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, ia mengambil masa lima tahun bagi kes-kes terhadapnya
diputuskan oleh
NONEsistem kehakiman di mana beliau telah disahkan tidak bersalah.

Katanya, bukan sahaja media dan pejabat AG bersedia untuk
menggunakan apa jua cara yang perlu untuk mencuba dan mendapatkan keputusan bersalah terhadapnya.

NONETetapi juga, tambahnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang IGP yang masih berkhidmat memberi keterangan terhadap seorang pengarahnya sendiri apabila memberi keterangan bercanggah dengan beberapa pegawainya yang NONElain, termasuk mereka yang berpangkat pengarah.
Akhirnya, tegas Ramli, hakim menegur IGP itu kerana keterangannya
yang meragukan.

Ramli, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 38 tahun, merujuk kepada apa yang kini dikenali sebagai Copgate.

Bukan sahaja Ramli didakwa, peguamnya, Rosli Dahlan dan enam pegawai penyiasat Copgate turut didakwa. Rosli dan enam pegawai berkenaan telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

[Baca berita penuh]
1. Menteri: Polis, SPRM tak siasat skandal 'copgate'
2. 'Copgate': SPRM hanya boleh siasat aspek rasuah
3. 'Pengarah CCID paling layak ketuai siasatan Copgate'
4. Ramli: SPRM bukan agensi sesuai siasat 'Copgate'
5. Biarlah SPRM siasat Copgate, kata Hisham
6. Ramli kecewa k'jaan tolak tribunal siasat AG
7. 'Skandal Copgate': Gantung tugas AG, kata PKR
8. 'Copgate': Tak perlu siasatan baru, kata Hisham
9. Copgate: Bukti yang Hisham minta 'sudahpun ada'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan