Ahad, 25 November 2012

KENYATAAN2 MEMUJUK HATI....MENUTUP KERISAUAN@KEBIMBANGAN...MENGAMBAR MASIH UTUH DAN KUAT...JANGAN SYOK SENDIRILAH....CAKAP MACAM TAK SEKOLAH...LAH NI 2012 BUKAN 1912...RAKYAT DAH BIJAK DAN KENAL PEMIMPIN YANG TAK BOLEH PAKAI...SEMBANG JE LEBIH

Perkasa: 'Jika ikut Bebas, BN telah menang penuh'
JAMILAH HAMZAH
24 November 2012
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.

Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.

"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.

"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.

"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.

Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata,  BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.

Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.

"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.

"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya.
Najib: Perubahan masih boleh dirasai dengan kekalkan BN
JAMILAH HAMZAH
24 November 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Sinar Harian Safwan Mansor
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia membawa perubahan yang diharapkan oleh rakyat secara berterusan, sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ia satu perikatan yang kaku.

Kata Perdana Menteri, perubahan masih boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan sedia ada dan tidak terikut-ikut dengan kempen pembangkang,

BN memerintah sejak negara merdeka.

Najib melahirkan pandangan ketika negara bersiap-sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Mandat semasa Kerajaan Pusat berakhir 28 April depan.

Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar muktamar tahunan partinya berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu diberi peluang untuk mentadbir negara ini dan rakyat tidak harus takut untuk menukar kerajaan.

Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan minggu depan.

Najib berkata, kerajaan juga sedar bahawa perubahan tidak boleh dilakukan dengan membiarkan masyarakat bergerak mengikut kelompok masing-masing.

Katanya, kerajaan telah membuktikan bahawa BN, yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan, bukan sebuah parti kaku kerana dengan menerusi Gagasan 1Malaysia telah membela nasib rakyat daripada semua kaum, bukan sekadar memberi janji kosong.

"Sebaliknya, jika mahu negara hebat, kita perlu mencari titik pertemuan agar menjadi bangsa yang kuat.

"Kami (kerajaan) faham dengan perbezaan agama, budaya dan kaum di negara ini, namun kita mesti bergerak dalam kelompok yang sama untuk membina kekuatan," katanya ketika merasmikan Himpunan Barisan 1 Malaysia bertemakan Untuk Masa Depan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Presiden Umno dan BN memberitahu, kerajaan telah melakukan banyak perubahan dan bertambah baik dari segi ekonomi, pembangunan dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat dinasihatkan bertindak secara kolektif agar dapat membentuk negara yang kukuh dan kuat.

"Segala-galanya ada di sini, jadi Malaysia antara yang terbaik tanpa mengharapkan kuasa besar membantu untuk melakukan perubahan.

"Saya mempersoalkan kredibiliti pembangkang kerana polisi yang bercanggah, sebaliknya BN mempunyai dasar yang jelas dalam menentukan hala tuju negara," katanya.
Rais harap perwakilan perhimpunan Umno lebih serius, kurangkan jenaka

24 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bermula Selasa ini akan menumpukan kepada perkara-perkara lebih faktual dan mengurangkan jenaka serta gelak ketawa.
 
Beliau berkata perwakilan tidak harus menyamakan perhimpunan kali ini dengan perhimpunan yang lalu sebaliknya ia harus menjadi perhimpunan yang paling lengkap untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
 
"Tahun lalu berlaku banyak berjenaka, ketawa...sehingga 'kerja rumah' yang paling penting kadangkala dilupai.
 
"Diharapkan kali ini tumpukan betul-betul kepada pergolakan, bagaimana mengatasi perpecahan dalam masyarakat Melayu misalnya," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menyertai acara Sepetang YB Menteri KPKK Bersama Mahasiswa Mahasiswi Universiti Malaya (UM) sempena Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di UM, di sini hari ini.
 
Rais juga berharap agar perwakilan juga tidak mengemukakan pandangan-pandangan yang membawa kepada isu perkauman sehingga memecahkan konsep ummah sebaliknya fokus pada cara bagaimana menegakkan perjuangan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu menyentuh mengenai PMS, Rais berkata kementeriannya akan membiayai satu segmen industri kreatif di UM bagi menjayakan pelan dasar industri kreatif negara.
 
"Melalui program hari ini KPKK akan mengumpulkan data untuk menentukan kecenderungan aspek seni budaya mahasiswa UM yang memerlukan bantuan dan bimbingan KPKK.
 
"Kita (KPKK) boleh bantu dari segi latihan dan kepakaran dalam beberapa aspek atau mereka boleh sertai bengkel di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)," katanya.
 
Beliau berkata program yang juga telah dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini bertujuan mencungkil potensi mahasiswa yang berminat dalam industri kreatif ke arah produktiviti tinggi dalam bidang tersebut. - Bernama
Saifuddin: AGM Umno perlu hantar mesej jelas pikat pengundi atas pagar
G MANIMARAN
24 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
SHAH ALAM - Umno perlu menggunakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM), yang berlangsung minggu depan untuk menghantar mesej jelas kepada pengundi-pengundi dikategorikan sebagai golongan "atas pagar", kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ahli Majlis Tertinggi ini yang menamakan golongan atas pagar sebagai "golongan pertengahan" bakal memainkan peranan yang penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Menurut Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, mereka (golongan atas pagar), seramai 30 peratus daripada pengundi iaitu peratusan terbesar dalam sejarah PRU.

"Walaupun majoriti 70 peratus yang lain dijangka undi (Barisan Nasional) BN, tapi belum sampai 50 peratus.

"Bermakna golongan ini bakal main peranan yang paling penting iaitu menentukan keputusan PRU13, dari dua segi, jumlah kerusi dan undi popular," kata beliau dalam satu kenyataan SMS, hari ini.

Perhimpunan tahunan Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini - yang terakhir sebelum PRU13.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, golongan pertengahan masih menerima isu-isu politik yang lazim, "yang saya gelar 'pengharapan pembangunan' seperti prasarana, pendidikan, pekerjaan dan kebajikan."

"Juga pemimpin yang mesra rakyat. Tapi, mereka mula menyoal tentang pelaksanaan. Lalu muncul soal-soal ketelusan, ketirisan dan rasuah.

"Di samping itu, kini mereka menekankan isu-isu baru iaitu 'pengharapan demokrasi' seperti kebebasan bersuara dan media, hak asasi manusia dan minoriti, federalisme, integriti, pengurusan kewangan, keadilan sosial, kelestarian ekonomi, dan alam sekitar, kesaksamaan gender, penghakupayaan mahasiswa/belia, sistem pilihan raya dan inovasi demokrasi.

"Mereka mahu pemimpin yang membawa pemikiran dan budaya politik ke tahap yang lebih tinggi," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, pengharapan golongan pertengahan telah berubah.

"Justeru Umno mesti berubah. Kita ada rekod cemerlang memenuhi pengharapan pembangunan.

"Tetapi  PRU12 tunjukkan yang kita belum menguasai pengharapan demokrasi. Jadi, kita perlu tingkatkan kewibawaan dalam hal ini. Kita perlu lebih komited menjuarai pengharapan demokrasi," katanya sambil menambah bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah melakukannya melalui transformasi politik.

Najib juga Pengerusi BN.

"Namun orang luar anggap Umno belum berubah. Perhimpunan ini pentas terbaik untuk tunjukkan kita benar-benar telah berubah," katanya lagi.
Campur tangan asing: Jangan malukan Malaysia, kata Najib
JAMILAH HAMZAH
24 November 2012
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam memantau pengurusan pilihan raya umum negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak asing bagi menangani masalah dan isu-isu berkaitan dengan sistem pilihan raya di negara ini.

"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan sebagainya," kata beliau ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Laporan media Rabu lalu menyebut permintaan bantuan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditolak oleh Australia atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
 
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
 
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
 
Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, jika pembangkang mendapati masih terdapat isu dan masalah berkaitan dengan sistem pilihan raya, kononnya tidak bersih, ia boleh dikemukan dengan menunjukkan bukti kepada pihak berwajib.

"Kalau betul ada pengundi yang didaftar pada umur 12 tahun, minta tampil bagi tahu dan tunjuk bukti, kita akan selesaikan. Jangan tahu menuduh sahaja," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, pilihan raya adalah cara yang betul untuk mengubah kerajaan.

"Kalau nak ubah kerajaan tunggu pilihan raya, jangan mengadakan demonstrasi keganasan. Jangan ikut contoh Arab Spring, yang banyak kekurangan dari segi peluang pekerjaan, pengangguran dan mendapat tekanan daripada rakyat," katanya.
Chandra: PRU13 ujian besar kekal kestabilan sosiopolitik
JAMILAH HAMZAH
24 November 2012
chandra muzaffar
Chandra Muzaffar
KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah ujian terbesar kepada rakyat dalam mempertahankan kestabilan struktur sosiopolitik sedia ada di Malaysia, kata Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar hari ini.

Menurut beliau, pilihan raya umum kali ini adalah cabaran bagi rakyat untuk mengekalkan kestabilan sosiopolitik negara seperti yang dikecapi seperti sebelum ini.

Beliau berkata, keghairahan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang ingin meruntuhkan sosiopolitik negara perlu dihapuskan dengan serta-merta melalui pilihan raya akan datang.

"Sekiranya rakyat menghargai sistem sosiopolitik kita yang berjaya sekian lama, jika mereka menghargai kewujudan keamanan sedia ada, mereka harus mempertahankannya melalui undi dalam pilihan raya.

"Pilihan raya yang ke-13, kita tolak sama sekali mereka yang mahu rosakkan sistem sosiopolitik kita yang telah lama berjaya.

"Sekiranya kita tak menolak, individu dan makhluk tertentu dengan sosiopolitik ini akan menyebabkan anak-anak kita akan menghadapi masalah," katanya pada forum Perhimpunan Barisan 1Malaysia Untuk Masa Depan Rakyat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Dalam pada itu, Chandra berkata, rakyat perlu terus mempertahankan sistem sosiopolitik sedia ada untuk menjaminkan masa hadapan generasi akan datang.
Mahasiswa diingat jangan guna Umno sebagai batu loncatan

24 November 2012
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan mahasiswa dalam dan luar negara agar tidak mempergunakan parti itu sebagai batu loncatan bagi mencapai kepentingan diri sendiri.
 
Mereka sepatutnya perlu terus kekal setia dan menyayangi Umno kerana parti itu mempunyai wadah perjuangan yang jelas untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari sempena Wacana Kepimpinan Mahasiswa Nasional institusi pengajian tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
 
"Jangan guna Umno sebagai batu loncatan. Jangan kerana kita tak faham (wadah perjuangan), akhirnya makan diri sendiri," katanya.
 
Tengku Adnan berkata mahasiswa perlu sentiasa mengingati asal usul masing-masing dan bagaimana mereka mampu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk ke luar negara.
 
"Saya meminta keikhlasan, tolong jangan bermain api," katanya.

Program yang disertai mahasiswa dari 150 institusi pengajian tinggi tempatan negara dan 72 perwakilan Kelab Umno luar negeri itu bertujuan mendedahkan peserta kepada hala tuju perjuangan pemimpin Umno pada masa kini.
 
Melalui program itu, mahasiswa dan golongan muda diharap dapat memain peranan masing-masing dalam meneruskan perjuangan pemimpin parti.
 
Seorang peserta, Nik Muhammad Amiruddin Mohd Sakeri, 18, berkata program itu memberi ruang kepada mahasiswa mengetahui kebenaran tentang isu politik semasa dan membuka mata mereka agar lebih berhati-hati dalam menerima sesuatu maklumat.
 
Muhamad Anas Misbahudin, 20, pula berkata wacana itu membantu membina platform kerjasama antara pelajar dalam dan luar negara dengan kerajaan.
 
"Pemimpin boleh berkongsi pengalaman bagaimana menjadi pemimpin yang baik sekaligus menolak persepsi negatif tentang keadaan politik di negara ini yang dimanipulasi pelbagai pihak," katanya. - Bernama
MCA kesal tindakan Anwar minta bantuan Australia

24 November 2012
NIBONG TEBAL - MCA kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.
 
Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan itu bukan sahaja membelakangi negara malah akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.
 
Katanya apa yang cuba dilakukan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah sesuatu yang serius dan sudah pasti rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak menggunakan unsur luar untuk campur tangan dalam hal politik dan pentadbiran di negara ini.
 
"Lagipun kita sudah ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mantap dan boleh menangani sebarang penyelewengan. Kita juga sudah lalui 12 kali pemilihan dan ada sistem yang mantap, jadi kenapa perlu minta bantuan Australia?
 
"Dalam hal ini, beliau (Anwar Ibrahim) tidak sepatutnya gunakan unsur luar untuk mencampuri urusan dalaman negara ini dan rakyat juga mengecam tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Aspirasi Sihat di Padang Awam Jawi, di sini hari ini.
 
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
 
Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr dilaporkan berkata pilihan raya di Malaysia adalah urusan rakyatnya sendiri dan amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu mengenai cara ia dilaksanakan.

Sementara itu, di PADANG RENGAS, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jika pilihan raya yang dilaksanakan di negara ini kotor, tidak mungkin Anwar boleh menjadi ketua pembangkang dan anggota Parlimen. 

"Jika tidak bersih, dia (Anwar) akan kalah...isteri dia bertanding, isteri dia pun boleh menang...tak bersih lagi tu?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program "Kepimpinan Berkesan" anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas hari ini.
  
Beliau berkata Anwar telah bertanding dan menang dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini bersih. - Bernama
PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
G MANIMARAN
24 November 2012
Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
Dr Shamsul mengakui walaupun kemungkinan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih memihak BN untuk kekal berkuasa.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.

Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.

Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.

“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” katanya.

PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN.

Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13.

Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya  meramalkan September dan ia meleset lagi.

Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac.

Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan.

Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno.
“Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13.

Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini.
Abu Osman shared Zar Ali Dua Etc's photo.
Sabtu, 24 November, 2012.

KANTOI! Menyanggah Fakta Dan Ramalan Pilihanraya Shamsul Amri!

Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi. 

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. 

Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. 

Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!

JALAN PULANG
Sabtu, 24 November, 2012.

KANTOI! Menyanggah Fakta Dan Ramalan Pilihanraya Shamsul Amri!

Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung mera
ngkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi.

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat.

Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu.

Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!

JALAN PULANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan