Selasa, 13 November 2012

KALAU BENAR2 TERANIAYA....ADA HIKMAHNYA...BIAR PERGANTUNGAN PADA ALLAH KUAT...BANYAKKAN BERMUNAJAT PADA ALLAH...INSYAALLAH ORANG DIZALIMI MAKBUL DOANYA

GCC iktiraf pakatan baru pembangkang Syria

Terjemahan Mohamad Yahya, 13 Nov 2012
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berkata enam negara anggotanya memutuskan untuk mengiktiraf pakatan yang baru ditubuhkan pembangkang Syria sebagai "wakil rakyat Syria yang sah".


Langkah GCC tersebut hadir setahun selepas Liga Arab menggantung keahlian Syria, dan di waktu pakatan baru berkenaan bertemu dengan menteri-menteri luar Arab di Kaherah Isnin lalu.

"Negara-negara majlis mengumumkan pengiktirafan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria (National Coalition for the Forces of the Syrian Revolution and Opposition) sebagai wakil rakyat Syria yang sah," ujar Ketua GCC, Abdullatif al-Zayani dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Blok yang kaya dengan minyak itu, yang terdiri daripada Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Qatar dan Kuwait, akan menyokong pakatan tersebut "untuk mencapai aspirasi rakyat Syria dengan harapa ia akan menjadi satu langkah ke arah pemindahan kuasa politik yang lebih cepat, "kata Zayani.

Beliau berharap penubuhan pakatan tersebut akan menamatkan pertumpahan darah dan menjadi "kongres kebangsaan umum yang membuka jalan untuk membina sebuah negara yang diperintah oleh undang-undang dan bersikap terbuka kepada semua rakyatnya".

Wartawan Al Jazeera, Jacky Rowland, yang melaporkan dari Kaherah berkata, "Pakatan yang baru ditubuhkan kini mula mendapat pengiktirafan yang diperlukan dari badan-badan lain."

"Tetapi Liga Arab tidak mengiktiraf ia sebagai wakil tunggal rakyat Syria," ujar Rowland. "Sebaliknya, ia mengiktiraf pakatan tersebut [sebagai mewakili] 'aspirasi' rakyat Syria."

"Pakatan berkenaan telah diberi status pemerhati [di Liga Arab]. Mereka belum ditawarkan lagi kerusi yang dibiarkan kosong sejak Assad tidak lagi dialu-alukan. Jadi status pemerhati adalah langkah pertama yang baik."

'Pengiktirafan Penuh'

Qatar, yang menjadi tuan rumah kepada rundingan selama empat hari yang berakhir dalam perjanjian perpaduan Ahad lalu, melalui Perdana Menterinya, Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani berkata dia akan mendapatkan "pengiktirafan penuh" untuk pakatan tersebut.

Menteri Luar Qatar, Khaled al-Attiya, berkata pengiktirafan akan menghapuskan semua halangan kepada pembangkang untuk mendapatkan senjata bagi kumpulan penentang.

Ketua Pakatan Kebangsaan yang baru dilantik, Mouaz al-Khatib, memberitahu Al Jazeera mereka sudah mendapat janji untuk diberikan senjata, tetapi tidak memberitahu dari pihak mana.

Di bawah perjanjian Ahad lalu, pembangkang bersetuju untuk menubuhkan majlis tentera tertinggi yang baru untuk mengawal keseluruhan kumpulan penentang - dan menangani kebimbangan Amerika Syarikat berkenaan senjata yang diperoleh kumpulan yang cuba mengancam kumpulan penentang.

Washington telah mengisytiharkan sokongan untuk struktur baru tersebut. (aljazeera.com)

NATO akan pertahan Turki dalam krisis dengan Syria

Terjemahan Mohamad Yahya, 13 Nov 2012
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan mempertahankan anggota perikatannya, Turki, yang menyerang kembali selepas Syria melancarkan mortar ke sempadannya, ujar Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen dalam satu mesyuarat di Prague Isnin lalu.


"NATO sebagai sebuah organisasi akan melakukan apa yang perlu untuk melindungi dan mempertahankan Turki, sekutu kami. Kami mempunyai banyak rancangan tersedia untuk  memastikan bahawa kami boleh melindungi dan mempertahankan Turki dan diharapkan dengan sebab itu tiada serangan akan berlaku ke atas Turki," katanya.

Rasmussen juga mengalu-alukan perjanjian hujung minggu lalu oleh kumpulan pembangkang Syria yang berjaya mengetepikan perbezaan dan membentuk satu pakatan baru. (hurriyetdailynews.com)

Umno sedang 'tunda najis hanyut'

Harakahdaily, 13 Nov 2012
PETALING JAYA: PKR menyifatkan serangan menggila terhadap naib presidennya, Nurul Izzah Anwar umpama tindakan 'menunda najis yang hanyut'.

Ini kerana, tindakan ini adalah langkah terbaru Umno dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Kenyataan beliau ini mengulas serangan terhadap Nurul Izzah selepas kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dinyatakan beliau.

"Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.

"Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas," beritahu Dr Muhamad Nor.

Beliau memetik ayat al-Quran surah Al-hujurat: 6 untuk menjelaskan isu ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”

"Ayat di atas mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik," katanya.

Ayat ini, katanya, menceritakan kisah seorang Muslim Al Walid bin Uqbah bin Abi Mu’id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu tugasan ke Kampung Bani Mustaliq.

Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya.

Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa.
Ini dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik, katanya.

Menurutnya, media-media utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional  telahpun kerap didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat, berunsur  fitnah dan sengaja diputar belitkan.
Pemimpin-pemimpin organisasi berita ini, katanya, sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya.

Bagi beliau, media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah.
Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah ini disebar dan dijajakan, ujarnya.

"Amatlah jelas, UMNO sedang begitu tertekan dan desperado.  UMNO gagal menghakis  tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo Beng Hock dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, isu terbaru yang paling menekan adalah skandal RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat diperkatakan ketika ini.

"Disaat kritikal inilah, kenyataan YB Nurul Izzah yang diputarbelitkan itu dijadikan isu besar untuk mengalih perhatian rakyat," katanya.

Peliknya, kata Muhamad Nor, penjelasan lanjut itu dengan sengaja ditenggelamkan demi mengelakkan rakyat mengetahui hakikat dan apa sebenarya yang diperkatakan.

"KEADILAN ingin menjelaskan bahawa, YB Nurul Izzah sendiri adalah seorang yang komited kepada agamanya - Islam.

"Beliau merupakan antara pemimpin harapan generasi muda negara, merentasi semua agama dan kaum.

"Latarbelakang keluarga dan penampilan yang sederhana jelas menzahirkan ketrampilan diri yang berpaksikan jiwa yang tauhidiq pada Ilahi dan agama Islam yang syumul," tegasnya.

Sesungguhnya, tambah beliau, seluruh lapisan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat sedang terus mara mengemudi kebangkitan rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

"Dengan kehendak Ilahi, tiada apa yang dapat menggugatnya, InsyaAllah," tegasnya.

Mesti Lihat! Gambar Tok Guru Nik Aziz Yang Paling Sempoi

http://malaysiaberih.blogspot.com, 13 Nov 2012

Pertama kali aku lihat gambar mana mana pemimpin politik memotong rambut. Bagi aku ini antara gambar Tok Guru Nik Aziz yang paling sempoi dan menarik pernah aku lihat selain DI SINI.
Gambar dirakam oleh kakitangan Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan semasa Tok Guru memotong rambut berhampiran Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan pada 6hb. Nov 2012 lalu.
Ada sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam gambar di atas. Fikir fikirkanlah ~ Tinta Hijau DKB

Nurul Izzah teraniaya

Subky Latif, 13 Nov 2012
NURUL Izzah telah teraniaya  seperti bapanya Anwar Ibrahim.
Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir  mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.

Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah.

Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.

Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.

Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia  tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.

Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.

Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan  Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya  orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan  Nabi  Musa.

Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus  dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.

Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia  akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.

Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang  tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.

Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul.

Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila  dia melaporkan cakap yang salah  cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.

Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan  maksudnya betapa  dalam syurga nanti   semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.

Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita  seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.

Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.

Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman  dan dapat bayaran berjuta.

ARTIS NI BERAPA KETUL AJE...TAK BERBALOI ...PASTU BAGAIMANA MEREKA MENJAGA HUKUM ALLAH....SENDIRI MAU INGATLAH

Najib perdaya artis tarik sokongan kepada Umno

KeadilanDaily, 12 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman (gambar) atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan (kanan) menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis.

“Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka.

“Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru. Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang.

Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat.

“Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis.

“Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis,” ujarnya.

Dasar Pendidikan Negara mahu digugat?

Dr Rajiee Abdul Hadi,
KEMENTERIAN  Pelajaran Malaysia (KPM) terus berusaha mahu memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Malaysia (BM) di sekolah-sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Namun Dong Zong sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam iklan surat khabar Cina tempatan menyeru masyarakat Cina keluar berama-ramai untuk proses menentang Dasar Pendidikan Negara (DPN) pada 25 November ini.

Sama ada MCA pun turut serta mahu menangguk di air keruh atau mahu mensensasikan isu agar dapat menarik perhatian pengundi Cina menjelang PRU 13 sesiapapun boleh menjangkakan sedemikian. Justeru MCA berterusan mahu menjadi 'jaguh' dan kononnya akan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bagi menentang tambahan masa untuk pengajaran-pembelajaran BM di SJKC tahun 4. Adakah ini benar? Penulis difahamkan, projek permulaan ini hanya berfokuskan kepada murid-murid  tahun 4 sahaja? Bagaimana jika meliputi semua kelas di SJK?

Khabarnya MCA ada 25 resolusi untuk menentang DPN. lnikah double standard masyarakat Cina khususnya MCA? Bantuan untuk SJKC sering didesak dan diperolehi tetapi menentang pula DPN. Walhal Timbalan Menteri Pelajaran kini, Datuk Dr Wee Ka Siong adalah 'orang MCA'. Adakah Timbalan Menteri Pelajaran daripada MCA ini gagal menerangkan aspirasi negara melalui sistem pendidikan kepada masyarakat Cina? Jika gagal di manakah maruah Timbalan Menteri Pelajaran ini?Penulis yakin, Dr Wee masih rasional dan bijak berhemah.

Kita tidak mahu apabila timbul kelemahan penguasaan BM di kalangan murid-murid SJK maka 'berbuih-buihlah' ada pihak yang  menyalahkan KPM lantaran tidak berusaha mengatasi kekurangan guru dan prasarana. Tetapi apabila KPM mahu meningkatkan dan memantapkan BM di SJK maka di sisi negatif pula yang mereka bersuara. Justeru dengan ayat lain, sampai bilakah kerajaan mesti berlembut dan bertolak ansur?

Oleh itu  sampai bilakah tidak ada ketegasan bagi setiap pelan pendidikan yang baik? Suatu ketika idea sekolah wawasan yang baik pun ditentang kerana di sudut hati mereka penuh dengan sampah-sarap yang busuk,hanyir dan meloyakan. Adakah kemungkinan, jika generasi akan datang tidak ada keharmonian, kedamaian  dan tidak ada perpaduan dalam kehidupan seharian maka barulah mereka akur dan diam terkedu?

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik)

200 pemimpin Islam bermuktamar di Islamabad

Harakahdaily, 12 Nov 2012

(Wakil PAS bergambar dengan para pemimpin Islam dari seluruh dunia)

ISLAMABAD: Lebih 200 pemimpin parti dan NgO Islam seluruh dunia berhimpun di sini bagi menyertai muktamar "Islamic Solidarity Council'.

Mereka mewakili Malaysia, Tajikistan, Indonesia, Turki, Jordan, Afghanistan, Bangladesh dan Kashmir.

PAS di wakili oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Datuk Kamaruddin Jaffar, Penolong Setiausaha Agong, Dr. Syed Azman Nawawi dan Ustaz Khalil Abdul Hadi dari Dewan Pemuda PAS.

Semasa perhimpunan ini, wakil-wakil PAS sempat bertemu dan berbincang dengan pimpinan Jamaat Islami seperti Amir Jamaat Islami, Dr. Munawar Hassan, penasihat Jamaat Islami, Qazi Hussien Ahmed dan Profesor Kurshid Ahmed.

Muktamar ini membincangkan soal masa depan Islam dan umatnya serta melihat cabaran-cabran yang dihadapai oleh Ummah setelah 'Arab spring'.

Muktamar pada dasarnya bersetuju bahawa perlunya hubungan lebih rapat di rantau Asia antara parti-parti Islam bagi menghadapi ancaman kuasa besar serta Zionis Israel.

Demo Lynas tiada kaitan dengan PAS

Helmi Ibrahim, 12 Nov 2012
KUANTAN: PAS Pahang menafikan terlibat dalam demonstrasi ataupun perhimpunan menyokong Lynas yang berlangsung di hadapan kompleks Mahkamah Tinggi Kuantan sewaktu pendengaran keputusan permohonan penduduk Kuantan untuk mendapatkan penggantungan kekal terhadap lesen TOL yang di luluskan oleh AELB kepada Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad yang juga Timbalan Pengarah Badan Bertindak Anti Refinery Plant (BADAR) berkata PAS tiada kena mengena dengan perbuatan dan tingkah laku mereka sepertimana dilaporkan oleh media ,maya pro-BN.

Sebilangan mereka dilaporkan bertakbir, berdoa dan  sujud syukur di khalayak ramai sebaik mengetahui keputusan Mahkamah memihak kepoada Lynas dan terdapat laporan mengatakan terdapat kalangan pekerja yang hadir merupakan ‘orang’ PAS.

Tegas beliau “PAS Pahang tetap teguh dengan pendiriannya berhubung isu ini memandangkan terlalu banyak persoalan yang di bangkitkan belum terjawab, yang ada hanyalah isu terpilih yang di’spin’ dan di olah sebaik mungkin bagi mewajarkan keputusan membenarkan Lynas bertapak di belakang rumah kita semua di Gebeng”.

Beliau juga meminta mana-mana ahli PAS yang bekerja atau mendapatkan projek di Lynas agar tidak mengaitkan PAS atas apa keadaan sekalipun untuk kepentingan peribadi mereka.
Jangan sesekali menjadi alat BN dan Lynas untuk menyerang parti demi kepentingan diri sendiri secara sedar ataupun separuh sedar, tegas beliau lagi.

Beliau meminta semua pihak mestilah menyedari bahawa asas penentangan penduduk antaranya berpunca sikap dan tindakan kerajaan berhubung isu ARE Bukit Merah.

Penafian berterusan kerajaan serta sikap berdolak-dalih yang menyebabkan isu tersebut terpaksa di heret ke mahkamah yang mebuang masa dan duit penduduk yang rata-ratanya dalam kemiskinan.

Di tambah lagi dengan media kerajaan yang mengapi-apikan isu tersebut sebagai isu ‘orang Cina’ sahaja dan menyisihkan orang Melayu dari melihat perkara ini dari perspektif yang luas, tambahnya.

Situasi sedemikian, katanya, hampir berulang di sini. Maklumat yang sebenar cuba di sorokkan, bila di bongkar baru di buat penjelasan yang kadangkala setengah masak.
Sentimen perkauman terus di gasak dan di api-apikan dengan sekali lagi orang Melayu menjadi ‘perkasam’ tanpa mendapat maklumat yang terbuka”.

“Justeru itu saya tegaskan di sini penentangan kita terhadap operasi Lynas adalah terhadap dasar kerajaan yang silap dan kesilapan ini jangan di teruskan dan ianya tiada kena mengena dengan isu periuk nasi pekerja dan kontraktor yang terlibat.
“Fikirkan juga nasib dan keselamatan ribuan anak-anak kecil yang 24 jam bakal menghirup gas yang bakal di lepaskan oleh serombong kilang mereka dan nelayan yang bergantung harap pada ikan di muara Sungai Balok. Mereka seharusnya menyalahkan kerajaan BN yang rakus dan tamak,” turutnya.  

Penegasan beliau turut di kongsi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Fadhil Noor Al-Yamani yang kesal dengan tindakan segelintir ahli yang melibatkan diri secara langsung dalam projek tersebut.

“Peringatan dan bantahan bukan di buat sehari dua bahkan sejak tahun 2008 iaitu sebelum pembinaan kilang ini lagi oleh beberapa orang pimpinan Pas tempatan.

"Bahkan peringatan dan nasihat di beri lagi sebelum mereka menerima projek ataupun bekerja dengan Lynas," katanya.

Menurutnya, Presiden PAS secara jelas mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menentang projek ini dan ianya di sokong pula oleh Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Seharusnya semua ahli bahkan penyokong jelas dengan pendirian ini dan ianya perlu di patuhi," katanya.

Bagi beliau, apabila parti memutuskan untuk terus menentang operasi kilang ini janganlah pula parti di tuduh ‘mengacau periuk nasi’ atau ‘membelakangkan kebajikan mereka’

"Kerana jika kita kembali semula kepada dasar dan asas perjuangan parti, maka kepentingan rakyat dan negara harus di utamakan kerana apabila hanya sekali ianya tercemar, maka tiada lagi peluang untuk berpatah balik semula,” jelasnya.

Seorang ahli PAS cawangan Balok Jaya 2, Abdul Razak Awang  ketika di temui meminta PAS Kawasan Indera Mahkota yang bertanggungjawab secara langsung terhadap isu ini untuk membuat satu penegasan yang konkrit terhadap isu ini bagi mengelakkan ianya menjadi fitnah terhadap parti di masa akan datang.

“Apa yang berlaku pada 8 November lalu menjadi bukti kebimbangan kita semua bahawa isu ini akan di politikkan dan di gunakan oleh media BN ternyata benar dan inilah yang kita nasihatkan kepada mereka yang terlibat tetapi mereka tetap dengan keputrusan mereka. Bayangkan apa yang akan berlaku menjelang PRU-13 nanti?

“Sewajarnya PAS Indera Mahkota bertindak segera walaupun terpaksa memanggil EGM dan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat,” ujarnya dengan penuh rasa kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan