Khamis, 29 November 2012

JANGAN SEMBANG....JANGAN DIPEROLOK2KAN RAKYAT BERKALI2...KEJAHATAN...KEZALIMAN ...PENIPUAN...SONGLAP DLL BIAR ALLAH YANG HUKUM...BERUCAP DAH UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT

P’raya lebih telus jika ada pemerhati antarabangsa

Salmiyah Harun, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya mengundang pemerhati negara Asean untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, terus dipersoal.

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata, SPR tidak perlu bimbang jika mereka membuka peluang kepada pemerhati antarabangsa untuk memantau PRU negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, berkata, dengan memanggil pemerhati antarabangsa sebenarnya akan memperkayakan sistem pilihan raya negara ini yang telus di mata dunia.

"Apa yang SPR takut? Kita sepatutnya buka kepada antarabangsa dan buka kebenaran kepada sesiapa sahaja.

"Kalau kita, kononya guna media yang bebas, sistem yang adil, lantai yang sama rata, kenapa perlu takut?" katanya dalam sidang media.

Beliau tidak menolak usaha SPR memanggil pemerhati Asean bagaimanapun usaha ini boleh diperluaskan ke negara antarabangsa.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan adalah tidak wajar menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara ini.

Beliau berkata demikian setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPR mengundang kerajaan Australia sebagai pemantau bebas bagi memastikan pilihan raya nanti bebas dan adil.

"Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah 'underdog' di kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini adalah rangka dan agenda perancangan yang rapi.

"Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia," dakwanya.
Najib ingatkan pemimpin Umno amal sikap rendah diri
Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin parti itu supaya bersikap merendah diri dan perlu terus berkhidmat serta rajin mendekati rakyat.

Menurut beliau, pengalaman Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan pengalaman hitam buat Umno.

"Pilihan raya lalu sungguh pahit dan kelat dalam episod politik Umno.

"Dalam konteks ini, saya menyeru pemimpin bersikap wibawa. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, pastu tidak akan hilang bisanya.

"Kemenangan dalam pilihan raya akan datang bukan hanya bergantung pada pengundi setempat tetapi jentera di setiap jentera bahagian serta calon yang dipertandingkan," katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno.

Kata beliau, landskap pilihan raya sudah berubah di mana dahulu, siapa pun diketengahkan oleh parti, adalah calon boleh menang.

"Hakikatnya tidak lagi. Kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili.

"Calon boleh menang yang dipilih haruslah mampu memberi nilai tambah, bukan sahaja diterima lingkungan parti, malah perlu disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi.

"Mereka juga diharap dapat bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah yang sebetulnya pengundi," katanya.

Najib turut mengingatkan semua ahlinya betapa pentingnya disiplin dalam sesebuah parti.

"Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia adalah tonggak yang menentukan kejayaan atau kegagalan.

"Intipatinya, disiplin berorganisasi adalah meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu," katanya.

Dalam ucapan tersebut, Najib mengingatkan supaya jika keputusan muktamad telah dibuat, ia perlu diterima dengan hati terbuka.

"Laksanakanlah dengan sebaik mungkin. Benarlah madah pemimpin besar dahulu, satu petua yang memang kecil, namun sangat sulit hendak diamalkan, itulah taat dan patuh kepada arahan," katanya.
Mahathir: AGM Umno 2012 lebih 'kuat dan bersemangat'

29 November 2012
Mahathir: AGM Umno 2012 lebih kuat dan bersemangat
Para perwakilan mendengar ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 ke-66 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya. - Bernama
Maafkan kesilapan lalu, Najib mahu BN dikekal
Wartawan Sinar Harian
29 November 2012
Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN
Najib memeriksa perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib
KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

[UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2012]

Dalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.

"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju  berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.
Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.

"Siapa menjangka bumi yang sarat  dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.

"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.

Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi,  kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.
Najib kecam Anwar 'Si Kitul moden' hina negara
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
29 November 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diibaratkan Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.

"Waima, sudah 12 kali pilihan raya umum dijalankan di negara ini.

"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.

Anwar sebelum ini meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil.

Bagaimanapun permintaannya itu ditolak  Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia  tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

Anwar juga dilapor memberitahu Carr beliua punya bukti tentang penipuan pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Tindakan itu bingkas dibidas Najib yang mengatakan "kalau tidak pandai menari, janganlah lantai dikata jongkang jongkit."

"Misalnya, Suruhanjaya Pilihan Raya yakni SPR difitnah bertubi-tubi. Sehinggakan tunjuk perasaan dianjur.

"Kita tahu, mereka lakukan ini sebagai tindakan awal jangka. Sebab, seandainya mereka kalah dalam pilihan raya nanti, bukan faktor tidak mendapat sokongan rakyat akan dibangkitkan namun, pihak SPR lah yang akan disalahkan dan dianggap tidak adil serta tidak berwibawa," kata Najib.

Najib juga dalam ucapan lebih satu jam itu turut melabel Anwar yang pernah bertindak sebagai Menteri Kewangan ketika dalam kerajaan sebagai "sesumpah politik" dan bukan lah pengurus ekonomi yang cekap.

"Beliaulah yang menggunapakai dasar maya Dana Kewangan Antarabangsa atau IMF bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Semua orang mengetahui IMF masa tersebut diketuai oleh sahabat karibnya. Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh Kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan," kata Najib.

Orang seperti selayaknya dipanggil sebagai lidahnya bercabang, ujar beliau.

"Jelasnya, tiada orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung usaha menjamin keselamatan Israel.

"Akan tetapi, apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen... dah... dia menyokong pulak...heran..heran...," tambah Najib.

 

Najib pelik Pas sanggup doakan kehancuran Umno
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
29 November 2012
KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini ditempelak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sanggup mendoakan kecelakaan Umno meskipun saudara sesama akidah. 
Waima katanya, kerajaan Umno-Barisan Nasionalah yang memartabatkan agama Islam di negara ini sehingga membolehkan Islam diamalkan sebagai cara hidup syumul di negara ini. 
"Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa Umno parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. 
"Adakah sebuah parti yang menguruskan ehwal pentadbiran negara seperti Umno dengan begitu cemerlang layak dituduh sebagai tidak Islamik dan dinista semahunya?," soal Najib. 
Negara baru-baru ini digemparkan dengan doa Ko BN dalam satu himpunan anjuran pembangkang dua minggu lalu. 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya berkata, doa seumpama itu dibolehkan untuk mereka yang teraniaya. 

"Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain," ujar Najib.
AGM: Najib lengkapkan misi buka pekung Pakatan 2.0 pagi ini?
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
29 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
ANALISIS - Sama ada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan misi - versi 2.0 - mendedahkan imej sebenar Pas yang didakwa berselindung di sebalik imej Islam, teka-teki
itu hanya akan terjawab apabila beliau menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) pagi ini.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan merasmikan persidangan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam kelmarin memperuntukkan hampir 60 peratus daripada ucapannya "membuka pekung" Pas dan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mesej disampaikan Muhyiddin itu sama nada dalam ucapan perasmian tahun lalu.

Suatu misi yang belum sampai ke garis penamat.

Meskipun, dalam ucapan selama kira-kira sejam itu, lebih 30 kali nama Pas disebut oleh Muhyiddin.

Sama ada ia untuk menzahirkan perhimpunan kali ini sememangnya akan mendedahkan imej sebenar Pas secara total, seperti yang dikatakan Najib bahawa anggota Umno harus mendedahkan
wajah sebenar Pas dengan mengemukakan hujah yang bernas - ia masih belum diketahui.

Jika anggota Umno berjaya mendedahkan jati diri Pas, parti itu kata Najib akan muncul sebagai parti utama di kalangan orang Melayu.

Sehubungan itu, jika mengambil kira ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri malam kelmarin, Umno menggunalkan ruang berbaki untuk mengetengahkan kepincangan dalam PR demi mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno.

"Pas sebagai contoh pernah  menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti  mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana  kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam  Barisan Nasional.

"Sebenarnya saudara-saudari, Pas dan DAP berbuat  begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu  kepada parti mereka. Pas menggunakan sentimen agama  yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno dan menyokong mereka," kata Muhyiddin.
Bahkan ujar Muhyiddin, Paslah parti yang menyuburkan perasaan syak wasangka, fitnah dan menanam politik kebencian di kalangan rakyat di negara ini terhadap kerajaan pemerintah.

"Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman  dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang  memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi Pas masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat  berimamkan orang Umno tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang merupakan saudara seagama mereka," kata Muhyiddin.

Paling menyedihkan kata Muhyiddin, Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat terutama DAP yang bercita-cita mahu mengemudi bahtera kerajaan Persekutuan, ironinya saling bercanggah ideologi dan pendirian politik.

Beliau kemudian memberi contoh kerjasama Pas bersama DAP di tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang menunjukkan bahawa parti itu hanya kuda tunggangan,tukang sorak dan tuang takbir untuk merebut kuasa.

"Ternyata, Pas hanya melukut di tepi gantang. Pas  tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada Pas dirampas oleh  DAP dan PKR.

"Sungguh malang bagi Pas. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata  orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas,"katanya disambut sorakan para perwakilan.

"Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun Pas tidak  mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah  ada jaminan bahawa Pas boleh menegakkan Islam menerusi  pakatan pembangkang?,"soalnya lagi.

Seolah-olah menyahut paluan genderang perang, ucapan dasar ketua sayap Umno masing-masing tidak ketinggalan "menyerang" Pas dari pelbagai sudut.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, cabaran untuk Umno memperkasa parti itu salah satunya datang daripada Pas.

"Dua kempen besar yang sering dibawa oleh Pas untuk melemahkan Umno ialah dengan menggambarkan kepada masyarakat bahawa kononnya pendokong-pendokong Umno ialah orang yang kononnya korup dan kononnya tidak mengimarahkan masjid. Masya-Allah.

"Kita tahu tohmahan Pas itu adalah fitnah belaka, dan oleh itu kita perlu menghadapi tohmahan ini dengan membuktikan kita adalah pejuang parti yang luhur dan ahli yang memakmurkan masjid," kata Shahrizat.

Bahkan ujarnya Pas sanggup melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan hanya untuk menghalalkan perbuatan mereka demi cita-cita politik perikatan pembangkang.

Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan Seksyen 24 yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

"...atau tidak patut dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam Agama Islam.

"Adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi lima ribu tinggit atau kedua-duanya,"kata Shahrizat.

Ketua Pemuda Umno dalam ucapan dasarnya kemudiannya membidas Pas dengan menyifatkan Pas parti yang gagal dalam menjalin kerjasama politik bersama-sama PKR dan DAP.

"Pakatan apa mereka ini sebenarnya? Nama sahaja Pakatan namun jarang sekali bersepakat.

"Sehinggakan calon Perdana Menteri belum tentu yang mana. Siapa bakal Perdana Menteri mereka?" soalnya.

Menurut Khairy, negara akan berpecah di bawah pentadbiran pembangkang dan ia harus dihentikan segera.

"Jangan digadai jerih nenek moyang menyatukan negara ini, kita tidak akan benarkan masa depan negara hancur di tangan mereka," ujar beliau.

Sementara Puteri pula secara konsisten menyelar Pas sambil menggambarkan apa akan berlaku "apabila seekor kerbau ada tiga gembala.

"Dua orang bertelagah, seorang lagi bertepu tangan, ketawa berdekah-dekah," kata ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian memberitahu, ada kewajarannya mengapa perhimpunan Umno kali ini perlu mendedahkan imej Islam Pas.

Hal ini menurut beliau perlu kerana gambaran yang ditonjolkan oleh parti komponen pembangkang itu seolah-olah hanya mereka satu-satunya parti yang memartabatkan Islam di negara ini dengan mendakwa Umno sebagai parti yang menolak ajaran tersebut.

"Umno juga harus pertahankan Islam. Banyak cara digunakan Umno untuk mempertahankan Islam. Walhal dalam tempoh 55 tahun ini juga, Umno boleh dikatakan sebagai teras membangunkan Islam berdasarkan kedudukan sebagai pemerintah.

"Jadi ini harus ditekankan kerana agama merupakan satu isu yang besar. Barangkali harus ditampilkan, bukan sahaja Pas bercakap tentang Islam tetapi juga Umno juga melakukannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online bagi memberi pandangan berhubung topik yang akan dibangkitkan sepanjang AGM kali ini.

Menurut Sivamurugan, hakikatnya rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam harus membuka mata dan menilai usaha kerajaan dalam memastikan agama Islam berada di kedudukan tertinggi di negara ini tanpa meminggirkan agama-agama lain.

"Sebenarnya bukan semua kerajaan akan buat sepertimana yang dibuat kerajaan BN hari ini. Banyak yang sudah dibuat. Tetapi mengapa itu tidak mahu dihargai? Barangkali hebahan mengenai apa yang dilakukan itu kurang," ujar beliau.

Bahkan katanya, jika pun Umno mahu membincangkan isu Pas ini di dalam himpunannya di saat-saat genting sebelum PRU13, ia memang munasabah.

"Isu ini harus dilihat secara rasional. Isu agama adalah isu yang sangat penting.

"Kebelakangan ini kalau kita lihat banyak isu agama dibangkitkan. Ada pihak mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Pas dilihat banyak mendiamkan diri dalam isu itu. Contoh Nurul Izzah, isu Negara Islam," ujar beliau.

Sementara itu, menurut Sivamurugan, Umno juga perlu menekankan soal calon dalam perhimpunan kali ini memandangkan ia perkara paling signifikan dan paling dekat di hati ahli-ahlinya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Ia turut merangkumi isu sabotaj dalam parti yang menjadi punca kegagalan Umno-BN mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu selain membuktikan perpaduan di kalangan ahlinya.

"Umno perlu menggunakan ruang dalam perhimpunan ini untuk menunjukkan mereka (parti komponen dalam BN), saling perlu memerlukan di antara satu sama lain," ujar beliau.

Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, perhimpunan kali ini penting untuk Umno membuktikan parti itu bukan sebuah organisasi yang kaku.

"Tetapi persoalannya ada atau tidak pemimpin Umno dalam kelompok mereka yang sebegitu berani bangun untuk menyatakan sudah sampai masanya pendekatan politik Umno perlu berubah dari segi menerima tuntutan masyarakat hari ini?

"... untuk satu sistem kehakiman yang lebih telus, untuk satu sistem demokrasi yang lebih terbuka untuk satu kebebasan kepada rakyat bagi menyatakan pandangan berbeza. Ada atau tidak pemimpin berani begitu," ujar beliau ketika dihubungi.

Katanya, selain mengutarakan agenda Melayu, pemimpin Umno harus berani bangkit menyuarakan bahawa parti itu memerlukan perubahan untuk bersaing dalam arena politik pada hari ini.

"Bagaimana untuk Umno menerima realiti politik pada hari ini untuk meletakkan kedudukan mereka sesuai dengan tuntutan semasa, tuntutan kelas menengah, tuntutan pegawai awam, tuntutan golongan muda, dengan masyarakat yang terdedah kepada alam siber, saya rasa itu yang mustahak.

"Jadi kalau Umno dan pemimpinnya boleh menunjukkan anjakan untuk berubah dalam pendekatan berkaitan politik, saya rasa itu yang menarik dalam AGM kali ini," katanya ketika diminta fokus isu yang akan dibangkitkan dalam AGM yang sedang berlangsung.

Susulan perkembangan sejak kelmarin dan temu bual khas sempena AGM, yang keluar Ahad lalu, pastinya versi 2.0 akan didengar dalam beberapa jam lagi.

 

Ada orang di belakang Deepak - Husam Musa

Harakahdaily, 29 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.

Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.


Berikut adalah kenyataan penuh Husam.

Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13?


Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.

Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.

Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.

Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan  sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.




(Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam)

Kenyataan Deepak sangat serius kesannya :

1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".

2.   "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".

3.  "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".

4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".

5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".

Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan  keluarganya dengan beraninya dilibatkan.

Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?

Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh   isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?

Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.

UMNO mempunyai pilihan.

Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.

Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.

Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan.  Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.

Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.

Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.

Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.

Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!



Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012

LAPORAN BERKAITAN


Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya

Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Kenyataan Deepak: SAMM tuntut kes Altantuya dibuka semula

'SD kedua Bala gagalkan rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya'


Akuan Bersumpah (SD) kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian (PI) P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.

Berikut adalah petikan daripada sidang akhbar  Deepak mengenai perkara itu di Kuala Lumpur petang semalam:
Reezal: 'Allah pilih Umno untuk diberi amanah, kuasa'

Seorang perwakilan mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dah kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.
Perwakilan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.

NONE"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Musyidul am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.
"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.

Turut menjadi sasarannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "pengkhianat" atas beberapa kenyataan ketua umum PKR itu yang didakwanya menyokong keselamatan Israel.

"Barack Obama, David Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan)... Tidak ada keluar melainkan ketua pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan