Rabu, 28 November 2012

ALLAH TAHU SAPE YNG BENAR2 KAKI BOHONG...KAKI TIPU...KAKI SONGLAP...KAKI REBAT...KAKI BOTOL....KAKI PEREMPUAN...KAKI ANGKAT BAKUL...KAKI SYOK SENDIRI...DAN MACAM2 KAKI LAGI

Muhyiddin: 'Jangan biar Pas bohong kali ke-13'
Wartawan Sinar Harian
27 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Umno menasihatkan Pas supaya "jangan bermimpi di siang hari" dapat menegakkan Islam jika terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan hanya bertanding sejumlah kerusi yang kecil.
Memulakan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ketiga-tiga sayap Umno, Tan Sri Muhyiddin berkata, "mungkin Pas akan mengatakan kepada kita tidak  mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana  nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong  mereka untuk menegakkan Islam."
"Janganlah bermimpi di  siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api," kata Timbalan Presiden Umno malam ini.
Katanya, "takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis,  takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha Pas untuk menegakkan Islam."
"Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam," kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya.
Mengambil nada yang sama seperti yang disaksikan tahun lalu, Muhyiddin berkata, "janganlah kita biarkan Pas berbohong lagi untuk kali  ke-13."
Katanya, dengan kedudukan Pas yang lemah, agak pelik bagi  kita apabila dalam Muktamar Pas baru-baru ini, ada  perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka  sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
"Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju  Presiden Pas menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya,  bolehkah Presiden Pas menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu  sekali jawapannya tidak boleh," katanya.
Beliau seterusnya menyoal, jika tidak boleh, dan sudah pasti memang ia tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu.
"Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang.
"Mereka tidak percaya  kepada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada (Penasihat DAP) Lim Kit  Siang. Mereka juga tidak percaya kepada (Pengerusi DAP) Karpal Singh.
"Mereka langsung tidak percaya kepada (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk  kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR," katanya lagi.
Muhyiddin menambah, konsep berkongsi kuasa  tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang.
Katanya, mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya yang lalu untuk memerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa.
"Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling  mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada  DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP  dan PKR tidak percaya kepada Pas," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran.

Najib sah PRU13 bukan bulan depan
G MANIMARAN & Raziatul Hanum A Rajak
27 November 2012
 Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memberi taklimat kepada para perwakilan pada majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC Kuala Lumpur - Foto Bernama
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.
Majlis Taklimat Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti.
Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah, Najib secara berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam tempoh dua bulan selepas itu."
"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari lagi... itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian merujuk kepada tempoh dua bulan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya.
"Bukan bulan Disember, pastinya tahun depan," kata seorang seorang lagi pemimpin memetik Najib.
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi berkata, tidak perlu berteka-teki lagi berhubung tarikh PRU13 kerana ia sah tidak akan diadakan bulan hadapan.
"Perdana Menteri kata jangan tunggu lagi, pilihan raya pasti tahun depan," kata Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut mengesahkan apa yang diberitahu Presiden Umno itu berhubung tarikh PRU13.
"Kita perlu rapatkan perpaduan bersiap sedia untuk PRU13.
"Cabaran kita adalah bersatu  dan kerja kuat... yang penting kita dapat majoriti dua pertiga  dalam PRU tahun hadapan," kata Mustapa yang juga Pengerusi Umno Kelantan.
Dalam pada itu, Exco Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, Najib ada memberi gambaran tentang PRU13.
"Semua nantikan pilihan raya tahun depan bukan tahun ini," katanya.



Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak memutuskan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tersebut.
Pilihan raya umum terdahulu telah diadakan pada 8 Mac 2008.
Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan juga telah menarik balik arahan membekukan cuti hujung tahun ini, yang dikeluarkan sebelum. Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan Februari.
Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam temu bual terbaru dikeluarkan kelmarin, Najib berkata, "kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot."
Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.

Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.

Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.

Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh  “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.

Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.
Negara tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum pada bulan Disember. Hanya Pilihan Raya Umum 1999 diadakan 29 November.
Pilihan Raya Umum 1959 diadakan pada 19 Ogos, 1964 (25 April), 1969 (10 Mei), 1974 (24 Ogos), 1978 (8 Julai), 1982 (22 April), 1986 (3 Ogos),  1990 (20 dan 21 Oktober),  1995 (24 dan 25 April), 1999 (29 November), 2004 (21 Mac) dan 2008 (8 Mac).


  • Abu Abup · Top Commenter
    Alah, Malaysia ni selalu hujan. Apesal, nanti takut bila hujan susah nak bawa pengundi hantu naik sampan?

    Najib sudah goyang, dia sendiri kata ini ujian paling getir dalam sejarah BN. Nanti kalau BN kalah, bolehlah siasatan yg jauh lebih telus dapat dibuat supaya kita tahu Najib terlibat ke tak dlm pembunuhan altantuya, dlm penyelewengan kapal selam, cincin 24 juta etc. Jawapan kpd berdozen-dozen skandal lain dan berpuluh-puluh bilion duit hilang juga mungkin dapat diketahui.

    • Abu Abup · Top Commenter
      Saya baru terbaca berita yg Najib mungkin terpaksa dibawa ke Paris berhubung kes kapal selam setelah peguam Perancis hanya memberi taklimat di Singapura kerana dihalang ke Malaysia. Ayah altantuya juga mungkin dibawa utk memberi keterangan tentang kapal selam tu. Eee, malunya PM mcm ni. Apasal tak keluar kat mutakhir sinar harian. Ini lagi penting dari perhimpunan agung persatuan penyamun-penyamun Melayu itu.

    • DzulsharifDzul Sharif · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahaja
      Abu Abup betul..Maknanya Najib nak tunggu bulan Januari,Feb dan Mac 2013..masa tu hujan turun mencurah2...bukan hujan air turun dr langit tapi hujan duit Najib akan turun mencurah2 beli undi sb masa mengundi dah terlalu hampir.......basah kuyuplah rakyat dgn hujan duit turun mencurah2 yg akan diturunkan olh Najib..........

    • Ishak Abdol · · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
      Abu Abup..Semalam kamu buat tuduhan serious. Untok pengetahuan anda, suatu laporan Polis telah kami buat.

    • Abu Abup · Top Commenter
      Apa tuduhan aku buat? Berani kerana benar dan semua yg aku tulis sepatutnya direkodkan dlm facebook atau sinar harian, semua org boleh baca dan faham apa yang aku tulis.

    • Bee End · Top Commenter
      Abg sahak jikalau menghina RAJA2 MELAYU memang salah....atau pun mengugut.....tuduhan sama erti fitnah kan.

    • Gogos Moston · Top Commenter
      Sapa yang halang peguam peranchis ke Msia? Cuma tidak dibenarkan mencelah dalam persidangan parlimen sahaja.

    • Ishak Abdol · · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
      Baca Apa Yang Kamu Nyatakan Semalam Mengenai Dr Mahathir:Jangan Salah Guna Hak Demokrasi.. Itu Komen Awak Yang Menfitnah.. faham..

    • Ishak Abdol · · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
      Abu Abup.. Jawab lah nanti bila awak di panggil pihak Polis mengenai perkara tersebut.

    • Abu Abup · Top Commenter
      Ishak Abdol Ishak Abdol Biar semua org baca, mereka akan faham, bukan fitnah tapi kebenaran. Yang beratus lagi pencacai fitnah anwar meliwat sedangkan mahkamah kata anwar tak bersalah tu baru fitnah.

    • Izam Lenovo · Top Commenter
      abang ishak,..kesian kat ABU ABUP tu x tidor malam dia nanti,..ABU APUP nasihat saya lain kali jgn komen ikut sedap tekak je,..jgn guna nama individu tertentu ,kalo x reti x yah nak komen kat sini

    • Abu Abup · Top Commenter
      orang dizalimi akan dapat pahala org2 yg menzalimi mereka dan dosa org dizalimi akan ditanggung oleh org2 yg menzalimi.

    • Abu Abup · Top Commenter
      Kenapa saudara gentar sgt dgn komen-komen saya, saya hanya manusia biasa seperti org lain. Org lain lebih ramai gunakan bahasa mencarut spt "aljuburi" dan banyak lagi.

    • Gogos Moston · Top Commenter
      Sekadar pandangan; tak berbaloilah komentar dalam ruangan ini sampai ke laporan polis. Kita raikan sebyk mungkin pandangan, ulasan dan luahan. Biarlah pembaca yg membuat penilaian sendiri.

    • Hasyati Husin · Top Commenter
      Tetapi jangan berlebeh sangat,kita ini diberi akal bukan saperti binatang,sedangkan binatang pun boleh memberi munafaat kpd manusia...

    • Azam Othman · · Top Commenter · Stuttgart, Germany
      ishak abdul, buat laporan pada SKMM sekejap dorang bawak black maria p tangkap c @abu abup

    • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
      Abg Ishak Abdol......aku dah baca apa yg Abu Abup tulis.....aku rasa Abg Ishak salah paham....aku paste kat sini untuk kita teliti semula tulisan Abu Abup...

      "Bapa fitnah ni nak bercakap pasal demokrasi tapi dia dan BN masih tidak demokrasi. Macam orang nak cakap arak tu haram dan dia sendiri minum 5 botol tiap-tiap malam".

      Abu Abup bagi contoh org yg cakap tak serupa bikin...bukan dia tuduh tu....baca dan perhati betul2....

      Maksud Abu Abup mahathir ibarat org yg bercakap arak itu haram tapi dia sendiri yg minum..... dia bukan tuduh mahathir minum arak.

    • Flat Ns · Top Commenter · Works at Dubai
      Sahak tu memang bebal giler. Dia memang suka buat provokasi dan finah yg melampau. Aku nk tengok sejauh mana kebenaran cakap dia itu. Report polis.. konon. Lahabau org melaka.

    • Wan Perkasa · Top Commenter
      apa ke bodonya.. patut la jadi pencacai umno... org tulis lain dia paham lain umno=untuk manusia no otak

  • Hillmy Sallam · Top Commenter
    LANTAK KO LA NAJIB NAK BUBAR BILA2 PON... YG PASTI LEPAS SAH BUBAR PARLIMEN, PRU13 TI RAKYAT AKAN KARAMKAN UMNO/BN.... KALO BN NAK MENIPU PILIHANRAYA JUGAK... RAKYAT RAMAI2 AKAN BERDOA HANYA KPD ALLAH S.W.T TEMPAT MENGADU SEMOGA BN KO...

  • Ulun Tokou · Top Commenter · SMK Sanzac Kota Kinabalu Sabah Malaysia
    Blm cukup PATI menampung kebangkitan rakyat...KERANA rakyat malaysia tdk mau undi BN sdh yg undi BN ialah PATI...

  • Shaharom Zainuddin Atan · Top Commenter · Works at Self employed
    PR nak sangat pilihanraya di cepatkan supaya senang nak berehat setelah kalah nanti.

  • Tolakumno Tolakbn · Top Commenter · University of Oxford
    kasi capat sikit la itu pru 13 kami sabahan sudah tidak tahan dgn perbuatan umno bn di sabah..kawasan majoriti KDM sudah menjadi hak milik PAKATAN PEMBANGKANG,INSYA-ALLAH.ni kali la

  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Kalau bukan..bolehlah buat persiapan untuk mengemaskan data data dari SPR...

    Bakal Meletop...!! baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income meletop TIAP2 MINGGU..!! Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK..!! Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB..? Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE...!! Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)

    • Adi Putra · Top Commenter · Unand
      Oohh jaga2, setan2 umnongok ni jenis spesis lidah bercabang, cakap tak ada tapi ada, jaga2, tarikh pilihanraya dia tetapkan macam mak bapak dia yg punya.

    • Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
      Oohh jaga2, setan2 PASNGOK ni jenis spesis lidah bercabang, cakap macam orang x ketahuan...meroyan sebab dh nampak akan kecundang, ingat kawan2, tarikh pilihanraya tu hak ekslusif Perdana Menteri....kepala bapak PR pun x de hak utk mencampuri punya....depa tu jenis muka x malu.....hahahaha

    • Melayu Bersatu · Top Commenter
      Adi Putra Tolol rakyat dah bagi kuasa ikut suka dialah. kalau PR nak cuba nasib silakan di selangor atau kelantan itu kan kuasa ditangan anda.

  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    najib pun tak tahu bila PRU13.....yg dia tahu cuma BN akan kalah....kalau boleh najib tak nak buat terus PRU13 tapi apakan daya,terpaksalah buat jugak walaupun dah masuk masa kecederaan.Jangan mintak tambah masa dah lerr....

    • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
      Tak payahlah kita nak peningkan kepala memikir bila PRU13..Yg pasti jika tidak tahun ni ketemulah tahun depan.Mintak Allah panjangkan umur untuk tambah amal ibadat dan sempat memangkah PR...bagi mereka yg berhasrat nak pangkah BN tu tak payahlah berdoa panjang umur yea....umur panjang kalau tidak dimanfaat untuk kebaikan sia-sia ajer...
      nyanyi sikit ehh....walaupun hidup seribu tahun kalau tak berubah apa guunanyaaa..

  • Bee End · Top Commenter
    Abg ajib nak tunggu sampai kerusi panas menjadi sejuk....lagi lame lagi tenat ler BN kali ni... Dah tak releven nak buat cam mane.....

  • Adi Halim
    xpayah nk rhsia sgt la bro..yg pnting aku ttp undi PR..buat la bila pun xdak hal la...PR ttp PR

  • Kojak Jak · Top Commenter
    NAK BUAT BILA2 PN BOLEH,LAGI CEPAT LAGI BAGUS,BUKAN APA NAK TENGOK PR PULAK TADBIR NEGARA M'SIA YANG TERCINTA
Muktamar Pas bukti Pakatan kian lemah, kata Khairy
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 November 2012
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 yang melabuhkan tirainya dua minggu lalu mencerminkan bahawa parti itu semakin lemah ekoran dua isu besar yang membadai parti itu, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, tindakan Pas mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional dan desakan akar umbi parti komponen Pakatan Rakyat itu yang mahukan ketua mereka dilantik sebagai Perdana Menteri kelak membuktikan kelemahan pembangkang.

"Pertama, kemarahan umat Islam di Malaysia termasuk mereka yang berada di atas pagar dan ahli Umno, dengan sikap Pas yang mendoakan kehancuran Umno itu sendiri.

"Ramai yang tidak setuju dan merasa marah. Mereka rasa walaupun ada perbezaan politik jangan ada yang mendoakan kehancuran orang Islam. Mereka beranggap ia politik yang ekstrem, penyalahgunaan agama untuk matlamat politik. Jika mendoakan kehancuran Umno bermakna mendoakan kehancuran ahlinya juga," ujar Khairy.

Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, Khairy berpendapat, tindakan mendoakan kehancuran terhadap parti pemerintah pada hari ini sebagai "politik yang keterlaluan."

"Parti politik itu mempunyai ahli, mana ada parti politik yang tidak mempunyai ahli. Bagi saya parti Umno parti politik dan ia dianggotai oleh manusia dan umat Islam dan bukan ia dianggotai oleh binatang," tegas Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Himpunan Kebangkitan Umat yang berlangsung di Kota Bharu pertengahan bulan ini mencemar muktamar tahunan Pas yang sedang berlangsung ketika itu apabila kira-kira 40,000 penyokongnya diperdengarkan doa supaya bala diturunkan untuk menghancurkan Umno-BN.

Doa yang dipimpin oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu menggemparkan negara sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam di negara ini.

Sementara muktamar kemudiannya dikejutkan dengan polemik jawatan Perdana Menteri apabila akar umbi Pas secara lantang menyuarakan hasrat hati mahukan ketua mereka menjadi Perdana Menteri.

Hal ini pastinya menimbulkan perasaan kurang senang terutama kepada individu yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu apabila Putrajaya bertukar nakhoda.

"Saya lihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kini dalam keadaan tidak selesa, di mana kali pertama akar umbi Pas jelas memperkatakan bahawa mereka tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana mereka berjaya menutup keresahan ahli-ahli Pas dengan persetujuan di peringkat pemimpin pakatan, di mana peringkat Presiden parti mereka bersetuju melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Ini tamparan kepada Anwar dan secara tidak langsung melemahkan PR," kata Khairy.

Bahkan katanya, kelemahan PR jelas kelihatan apabila turut gagal mengemukakan Kabinet bayangan mereka.

"Ini menimbulkan tidak ketentuan, rakyat dan pelabur tidak suka perkara sebegini, mereka mahukan kepastian. Berbanding dengan Umno kita jelas, sekiranya menang pilihan raya nanti, jawatan Perdana Menteri itu adalah Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN, ia kata sepakat semua parti yang bernaung bawah BN. Pas jika kita lihat jelas menolak Anwar, apa sebabnya kita tidak ketahui," katanya.

Ditanya apakah muktamar Pas akan menjadi kayu pengukur Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, Khairy berkata, "bagi kami apa yang berlaku dalam Muktamar Pas kami beranggap isyarat kepada rakyat soal politik yang keterlaluan, soal tidak kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri, itu yang kami dapat gambaran daripada Pas."

"Kami ada perancangan tersendiri dalam Umno, dan kami tidak pernah menggunakan agama secara keterlaluan untuk memancing undi mana-mana pihak, Pas yang selalu berbuat sedemikian menggunakan agama," jelasnya.


  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Yelah KJ.....lemah pun lemahlah...walaupun itu hanya pendapat ko...tapi tunggulah pilihanraya nanti..siapa yang lemah pulak..takut hang lemah lutut je pulak takleh terima kenyataan...

    Bakal Meletop...!! baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income meletop TIAP2 MINGGU..!! Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK..!! Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB..? Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE...!! Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)

    • Adi Putra · Top Commenter · Unand
      Ala si setan kj ni hanya berkokok skrg krn perhimpunan agong setan dah nak dekat, dia nak tunjuk dia buat kerja la tu hehehe..

    • Rasdi Arshad
      KAN AKHBAR SEMALAN TUN M KATA PEMUDA dibawah pimpinanKJLEMAH, KJ Tak Faham ke

    • Mohd Nor Nor · Top Commenter · Works at N.s. Uni Gloves
      Tun M ,memang meluat terhadap kj dari dulu lagi..sehingga najib tak berani nak beri jawatan menteri kepada kj..takut tun m marah..kadangkala kj pun satu memberi komen terhadap pas pun terlalu over..apa yang kj tahu pasal parti pas..kerana kj dari lahir nya adalah kepunyaan umno..seluruh keluarganya adalah ahli umno..tak wajar kj menjadi jurucakap untuk meperkecilxkan pas..

  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
    PAS menggunakan agama untuk memandu hidup termasuk politik tapi UMNO menggunakan agama untuk mendapat undi orang Islam...sebahagian hukumnya ditolak untuk ambil hati orang bukan Islam...

  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    terima kasih disebabkan kau datang ke kelantan semasa pru12 dulu..pas menang besar..
    kali ini pas akan menang lagi besar..umno johor pon semakin sakit..huhu

    • Razman Rashid · Top Commenter
      KJ sdg intai peluang membodek najib utk jd calon...layan je lahh

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.simplebisnes.com/wangmasuk

  • Abe Piea
    Doakan kehancuran Umno-Barisan Nasional dan mahukan ketua PAS dilantik sebagai Perdana Menteri ko kata isu besar/kian lemahkn PAS? Kahkahkah..

    Ingatkan isu org ditolah jatuh/mati dari bangunan SUK ke, proksi kapitalis Hj Hadi kena tahan di airport seludup duit 40 50 juta ke, isteri TGNA pakai cincin/gelang ratus2 ribu ke. Isteri Mat Sabu pakai handbag setengah juta ke, Ustz Tuan Man shoping ngan bini di Australia juta2 ke, TGNA pakai tongkat salui emas ke, anak DS Azizan Razak jd tokeh kilang arak di Filipina ke. DS Nizar bertukar2 kereta mewah dgn tauke cina ke... hehehehe

    Budak sekolah rendah pun tak fikir mcm yg ko fikir.. Malukan org Negori jo hehehe

    • Abe Piea
      Hati gelap kot pasal banyak sgt makan benda subahah sampai jadi tongong; tak dapat bezakan organisasi dengan manusia. UmNGOK/ BeeNd; Parti baruah/warisan penjajah sekular kapitalis (sesat) korup yg amat merugikan rakyat dan negara, sangat elok didoakan agar musnah. Kesan baik dari kemusnahan UmPORNO ialah manusia2 di dalamnya dpt pula diselamatkan utk kebaikan dunia dan akhirat.

    • Abe Piea
      Isu PM tak timbul, Semua kepimpinan PR termasuk Majlis Syura kan putuskan. Kalau PAS majoriti pun tak semsti presiden jd PM, Majlis Syura kan putuskan. Jawatan PM bg PAS/PR ialah amanah parti, bukan hak presiden mcm umNGOK

    • Nicky Kasangduan · Top Commenter · General Worker at Penoreh getah
      mampus pas dan pakatan setannya kali ini...hahahaha...

    • Abe Piea
      Doa ke tu? hehehehe kahkahkahkah

  • Malim Mikraj · Top Commenter
    sudahlah si mamat kj,kau menang pun pakai duit je..tengoklah perhimpunan umnoo nanti,tentu bungkus terus..

  • Pak Karamu
    UMNO MASIH JAHIL DIANTARA ISTILAH PUAK DAN SUKU DENGAN AGAMA, HMMMM BILALAH MEREKA NI NAK FAHAM

  • Syed Munir · Top Commenter
    Banyak lagi akan keluar dgn taqdir Allah, yg akan mendedahkan betapa senget dan songsangnya 'jati diri' mereka yg menggelar diri mereka 'pakatan rakyat'.

    • Abe Piea
      2 tu ko kata isu besar/kian lemahkn PAS? Kahkahkah..
      Ingatkan isu org ditolah jatuh/mati dari bangunan SUK ke, proksi kapitalis Hj Hadi kena tahan di airport seludup duit 40 50 juta ke, isteri TGNA pakai cincin/gelang ratus2 ribu ke. Isteri Mat Sabu pakai handbag setengah juta ke, Ustz Tuan Man shoping ngan bini di Australia juta2 ke, TGNA pakai tongkat salui emas ke, anak DS Azizan Razak jd tokeh kilang arak di Filipina ke. DS Nizar ngan anak2 bertukar2 kereta mewah dgn tauke cina ke... hehehehe

      Budak sekolah rendah pun tak fikir mcm yg ko fikir.. Malukan org Negori jo hehehe

    • Isham Hamzah · Top Commenter · PUO, NCSU
      Syed..aku setuju banyak lagi yang akan keluar UMNO

    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      aku ingat kan jati dah songsang..terkejut juga..haha

    • Roslan Ibrahim · Top Commenter · Klang
      Zinbad Battle Station ~ KAH KAH KAHHH KAHH KOH KOH KOH... AKU PUN INGAT JATI HASSAN AKIDAH TADIK... HAHAHAHAAAA... KLAKAU KLAKAU...!!! KOMEN YG BAHANG RAMBANG....HIHIHHIIII... leh masuk raja tak lawak sikomen ni....

    • Achiez Eizhar · Top Commenter · OIC
      kah3..! aku pun igt ni mgkin suku sakat Hasan Ali yg di taqdirkan Allah swt baru terkeluar dr tempurong ! kahkahkahh...!!

  • Hj Abdullah Suramin · Top Commenter · Muar High School
    komen orang lemah keatas pakatan rakyat yang semakin gagah, biar dia melalak macam anjing menyalak gunong

    • Nicky Kasangduan · Top Commenter · General Worker at Penoreh getah
      pas memang dah lemah...mereka harapkan org seperti anda ni utk dpt undi...hahaha

    • Achiez Eizhar · Top Commenter · OIC
      Ckp si menantu hantu pak lah ni satu pun x boleh pakai..syok sendiri je..

    • Penyengat Hijo · Top Commenter
      Nicky awat hang suka ckp MERAPU... Kesian sb TV3/4 sdh bgi otak anda jdi bangang dn xblih brfikir dn skrg kmi rasa anda sdg brfikir dgn mngunakn KEPALA LUTUT.

  • Apai Wai · Top Commenter · UPPER FORM ONE
    PAS terima islam keseluruhan, org tak nak agama utk menjalani kehidupan harian adalh org yg jahil tentang Islam.kerana islam mengajar kita terperinci dlm kehidupan harian, dari makan,pakaian,sosial sehinggakan nak berak/kencing pun islam mengajar cara2nya, inikan pula undang2 kehidupan....
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
27 November 2012
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
Keadaan kenderaan MPV jenis Hyundai Starex yang remuk setelah berlanggar dengan sebuah lori muatan beras di lebuhraya dekat Plaza Tol Slim River Perak hari ini- Foto Bernama
[DIKEMAS KINI] SLIM RIVER - Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, 7 pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah sebahagian daripada 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Strex yang dalam perjalanan ke Muar, Johor untuk membuat persembahan di sana.
Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di dada dan kepada adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal, Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak, Juvien Chim Yu Xuan, 12 serta  Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.
Nahas sama turut menyebabkan enam penumpang lain mengalami kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kenderaan MPV terbabit merempuh belakang  lori jenis Hino membawa muatan beras yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit, kira-kira 100 meter sebelum susur keluar Tol Slim River.
Katanya, lori dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Sungai Buloh, Selangor.
“Rempuhan itu menyebabkan lima  penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak  lelaki berusia tiga tahun  mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.
“Manakala, pemandu dan  kelindan lori 12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kemalangan  tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim di sini.
Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Chong Soon Choy, 61; Heng Ah Lee, 60; Boo Goik Hong, 58; Ho Seok Yi, 18; Goey Wen Ni, 16 dan Lin Yau Hong, 3,
“Pihak kami sedang meneruskan siasatan terhadap kejadian kemalangan yang berlaku di KM 372.1 dan siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai   yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan  itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Azrul Tawin di  talian 054528222,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan