Khamis, 29 November 2012

13 MEI DIA TAK TAU LAGI...MASIH KECIK KOD...DAH SAKIT....DAH TENAT...DAH NAZAK....CUMA RASA2 MACAM BANYAK PENYOKONG....UGUT2 NANTI TAHU SAPE SEBENARNYA PENCETUSNYA

Ada orang di belakang Deepak - Husam Musa

Harakahdaily, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.

Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Selain Najib, turut menjadi sasaran menjelang Perhimpunan Agung Umno ini adalah Naib Presiden Umno paling kanan, Datuk Seri Hishamudin Husein.

Hishamudin, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis. Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam satu sidang medianya.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam.

Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13?


Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.

Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.

Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.

Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan  sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.




(Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam)

Kenyataan Deepak sangat serius kesannya :

1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".

2.   "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".

3.  "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".

4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".

5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".

Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan  keluarganya dengan beraninya dilibatkan.

Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?

Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh   isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?

Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.

UMNO mempunyai pilihan.

Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.

Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.

Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan.  Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.

Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.

Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.

Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.

Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!



Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012

LAPORAN BERKAITAN


Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya

Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Kenyataan Deepak: SAMM tuntut kes Altantuya dibuka semula
'Kita akan bersaing untuk setiap undi...pertahan Putrajaya'
11:57AM Nov 29 2012
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk menyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.

"Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

"Duhai putera puteri... duhai para pejuang bangsa, segeralah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan... pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini... pertahankan.... pertahankanlah Putrajaya.

"Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia.... Tanah Malaysia... Permata Nilam," tegas Najib di akhir ucapan dasarnya itu.

Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya Umum ke-13 ini bukanlah satu pilihanraya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat  dan negara.

"Pilihanraya inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.

"Hakikatnya, hasil kerja keras setiap generasi, kita telah membentuk Malaysia yang dikagumi rakan dan dihormati rakan dan taulan. Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara," katanya.

Pilihannya juga amat jelas, tambahnya, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

Di satu sudut, tambahnya, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman.

"Hendaklah kita selalu beringat. Betapa susah payahnya bapa-bapa pengasas kita membina apa yang dinikmati hari ini.

Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Muhamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebaliknya, saudara dan saudari, di satu sudut lagi, jalan yang bersimpang siur, kelam dan gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri.

"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.

"Justeru, saya selaku Presiden Umno, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," tambahnya.

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Najib berkata, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan. Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.


Najib: Anwar bukan pengurus ekonomi cekap, sesumpah politik

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun  1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

  • Denis Jugi · Miri, Sarawak
    dulu lain skrg lain...dulu bujang skrg dh khwin..97-98 dh banyak mengajar enti kebenaran buat DSAI..kmi tatap skg PR..kami x mau ditindas..kmi mau hak kmi.kmi syg malaysia..kmi x mau sengsara dlm politik BN yg menyelam sambil minum air..

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 227 subscribers
    PAU telah bertukar pada PAPAR(Perhimpunan Anti Pakatan Rakyat)...Jelas PR memang cukup kuat hinggakan dari semua sayap UMNO sibuk bercerita mengenai PR...dari TGHA, hingga Sdr. Anwar semuanya tak betul dimata UMNO... mereka saja yg tak pernah silap, mereka saja yg betul dari dulu kini dan selamanya.. itulah UMNO....bila rakyat kritik, bermakna ada yg tak kena dgn UMNO.. malangnya mereka tidak mahu mengakui kekurangan mereka...hanya dgn menukar kerajaan baru UMNO akan tersedar.. dan itulah yg rakyat bakal lakukan.. tukar.. dari BN pada PR..!!

  • Che Intan Haque · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
    tu saja yg boleh buat isu untuk bercakap? modalnya hanya anwar sahaja. mana2 perwakilan kalau nak supaya hadirin beri perhatian mesti ada unsur keanwaran dlm ucapan. kalau tidak mata merah mengantuk dan boring. sebab perhimpunan puak2 parti syaitan ciptaan mahathir ini telah tiada isu yg bernas dan bijak. isu dia serang pakatan. PENDEDAHAN DEEPAK BILA NAK JAWAB KAT PERWAKILAN NAJIB. AKU KAT DEAN PWTC INI TUNGGU MUNG JAWAB ISU INI NAJIB.

    • Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
      najib pon takut keluar dewan takut wartawan tanya macam2 hahahaa...

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Buduh punya Najib. Dia yg suka bersumpah tuduh org lain pulak jadi sesumpah. Makin tak sabar akau nak PRU13 ni..///..

    • Ismail Omar
      bodoh punya aljubori dia yg suka bersumpah tuduh org lain pulak jadi sesumpah.makin tak sabar aku nak PRU 13 ni.

    • Halim Rahmat · Pengulas Tertinggi
      Pakai Otak, betul kata hang, najib dan saipul lah yang suka bersumpah2. mana pegi si saipul aaa? kalau bala ditawarkan RM5juta, saipul dapat berapa agaknya?

  • Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
    SUDAHLAH TU PM NAJOB DALAM HUMPUNAN UMNO BOLEHLAH KAU BUAT KELENTONG.........KALAU KAT UMUM TAKADA YANG NAK DENGAR....CUBA DEBAT DGN TSAI......

  • Salehuddin Right Ahmat · Pengulas Tertinggi · Perunding Risiko Kewangan di AMM Associates
    Apalah KETUA BN & UMNO ni. Patutnya dalam ucapan dasar dan AGM Parti tak payahlah cerita tentang orang ....Nampak sangat dah tak ada modal ...Seorang pemimpin dan parti yang hebat dalam AGM cerita perkara dasar. Future tranformasion... Kalau cerita DSAI pun masuk dalam AGM, lagi2 dalam ucapan dasar Presiden ... nampak sangat semua dah tak bijak dari atas sampai bawah ...Kata tok guru saya "LEKEH" ..."CAP AYAM" ... Minta maaf cakaplah ... Inikah kualiti 55 Tahun memerintah???? bukan untuk parti ni je ....untuk semua untuk muhasabah bersama ...

    • Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
      patut dia cite camana nk naikkan ekonomi ... sibuk dok buruk2kan org... hurmmm ... standard PM kita camni ke?

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Buduh punya Najib. Dia yg suka bersumpah tuduh org lain pulak jadi sesumpah. Makin tak sabar aku nak PRU13 ni..///

    • Xatrina Patrina · Pengulas Tertinggi · Oregon State University
      Hanif Nasir ~ pok jib ckp anwar lekeh sal ekonomi...jdi pok jib tau ker sal ekonomi malaysia dh tenat nih angkara durjana puak syaitan eko tuh

    • Seman Mohd Den · 32 years old
      Saya sependapat dgn SRA. Ucapan Najib sepatutnya menyentuh bagaimana utk memperkasakan partinya, menarik kembali sokongan org melayu dan menyatupadukannya.

    • Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
      Hanif Nasir ..EKONOMI YG DIA NAK NAIK IALAH BELANJAWAN UTK LAKI DIA LA..KAH..KAH..KAH..KAN LAKI DIA PUNAHSIHAT KERA JAAN 1 MALAYA NIE!!!

    • Mohd Harris Ahmad Jaal · Pengulas Tertinggi
      dah tu ... apsal masa ko jd menteri kewangan ... hutang negara meningkat berganda2???????

    • Jaff Abg Jaff · Pengulas Tertinggi
      Apa boleh buat beb...keadaan terdesak..dah kehabisan modal terpaksalah selak kain sendiri. Itu dh menjadi lumrah dalam pentadbiran Umno.

    • Izri Hj Ayob · Pengulas Tertinggi
      hahaha...tau takpa....

Perwakilan Umno perlu tanya Najib pendedahan Deepak, Musa

Harakahdaily, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Para perwakilan Umno perlu menuntut penjelasan daripada presiden mereka Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang disiar oleh tiga media alternatif sejak kelmarin.

Ianya berkaitan pendedahan Deepak yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan wanita Moggolia Altantuya Shaariibuu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, para perwakilan Umno perlu mendapat penjelasan daripada Najib berhubung pendedahan Deepak itu demi membersihkan imej Umno apatah lagi berdepan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"Perwakilan perlu bangkit, soal dalam perbahasan dan Najib perlu jawab.

"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung ini, medan terbaik untuk ahli Umno mendapat jawapan dari mulut Najib sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Selain isu Deepak katanya, perwakilan Umno juga perlu mendesak naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri yang didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis seperti didedahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan semalam.

Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan wujud pihak tertentu di belakang Deepak dan Musa yang mahu menekan Najib sehingga kedua-duanya berani tampil mendedahkan hal sebenar di saat Najib dan Umno sedang dalam perhimpunan agung mereka.

"Pendedahan ini dibuat pada waktu yang sangat strategik seperti telah dirancang pihak tertentu.

"Najib perlu perjelas sama ada Deepak dan Musa  ini adalah permainan Muhyiddin untuk menekan beliau untuk berundur, atau ianya memang dakwaan sebenar," soalnya.

Sorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut sependapat bahawa ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak dan Musa itu.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan Umno untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," jelas Husam.

Najib harus jadi kelip-kelip bukan siput

Mohd Sayuti Omar, 29 Nov 2012

ULASAN UCAPAN NAJIB

Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.

Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'jawaban' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno sudah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.

Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung apakah tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.

Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedang apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengaruhnya menirus di kalangan Melayu.

Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit.  Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan ucapan Najib.

Penyediaan sticker I love PM, jelas menunjukkan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan sticker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada sticker itu yang diangkat dan didendengkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada sticker, perwakilan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.

Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya, dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa di sepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!

Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kuih dia sendiri yang menguji dan dimakannya.

Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.

Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Keterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengiktiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.

Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut sehinggaka ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.

Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamerkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.

Misalnya kalau Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan programnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana ketelusan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh apa yang berlaku, dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini.

Beberapa hujah politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda, pengangguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.

Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca terma atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan di luar teks itu sendiri.

Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan mengenai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia tidak lagi di tangan Umno.

Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahawa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat negara ini semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan sifat perkauman Najib dan kecurigaan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.

Ringkasnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib betapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pakatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.
Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan unjuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mapan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.

Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormatan kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.

Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke dalam gelap malam. 

Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafat dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak  mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno.

Umno sekarang bersatu semasa nyanyi lagu Umno

Aspan Alias, 29 Nov 2012
Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.

TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.

Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.

Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar Presidennya itunya itu.

Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.

UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.

Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.

UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.

Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini,  tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.

Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Rakyat akan menggigit jari sepanjang hayat

Aspan Alias, 26 Nov 2012
Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang beberapa orang pemimpin UMNO mengakui yang UMNO memang nya telah melakukan kesalahan dan akan memulakan perubahan. Semalam semasa berjumpa dengan 1,500 wakil-wakil NGO di seluruh negara Najib mencadangkan supaya jangan mengubah kerajaan kerana perubahan boleh dilakukan oleh BN sendiri.


Kata-kata Najib ini seperti seorang pencuri yang telah mengaku salah tetapi menyeru supaya semua orang jangan mengunci rumah kediaman atau kilang-kilang mereka kerana mereka (pencuri-pencuri) telah berjanji tidak akan mencuri lagi. Kata-kata Najib ini sangat mengaibkan diri beliau dan UMNO itu sendiri. Dalam kepimpinan serta kenegaraan jika seseorang itu telah melakukan kesalahan dia akan berhenti dengan secara sukarela kerana itulah etika kepimpinan dalam sebuah negara yang berdaulat.

Najib sepatutnya belajar apa dia kedaulatan itu. Apa dia negara yang berdaulat itu? Dari mana datangnya kedaulatan itu mesti difahami oleh beliau kerana beliau seorang Perdana Menteri, bukannya kerani kilang padi. Saya begitu hairan etika yang senang difahami itu pun Najib tidak dapat merasakan kepentingannya di dalam sesebuah kepimpinan kerajaan.

Apa perubahan yang Najib hendak lakukan melalui BN itu?

Apa yang dimaksudkan oleh Najib itu tentulah BN sedar yang kerajaan selama ini adalah kerajaan yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa. Menyedari itu BN tidak akan melakukan rasuah sebesar itu lagi. Maka adalah wajar bagi rakyat memberikan mandat itu lagi kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Satu lagi perkara yang BN mesti lakukan untuk berubah ialah dengan mengelakkan dari menjadikan isu agama dan memainkan isu bangsa sebagai modal politik mereka. Inilah salah satu lagi yang akan di ubah oleh BN, mungkin. Banyak lagi isu-isu buruk yang kita sama semua tahu dilakukan oleh BN tidak akan dilakukannya lagi. BN mahu berubah dan jangan ubah kerajaan. Tidak payah ubah kerajaan kerana BN yang melakukan kesalahan dan BN akan berubah menjadi parti yang baik untuk rakyat dan negara.

Satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah tidak lagi membiarkan isteri-isteri pemimpin mempengaruhi suami dalam pentadbiran kerajaan. BN juga mungkin tidak akan lagi membiarkan pemimpin-pemimpin nya menyeludup wang ratusan billion ringgit keluar negara untuk melarikan dari pengetahuan rakyat  ATAU  satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah untuk tidak mengambil komisyen besar dalam pembelian bekalan pertahanan negara. Tidak akan berlaku lagi pembelian Scorpene dan mengambil komisyen yang ratusan juta ringgit.

BN tidak akan lagi mengambil tanah Felda yang sepatutnya dimasukkan 80,000 peneroka dan disenaraikan di pasaran saham untuk pemodal dan kroni yang besar-besar pimpinan dalam dan luar negara kita.

BN juga mungkin tidak lagi memberikan keistimewaan kepada anak-anak Mahathir dengan memberikan anak-anak Mahathir menyandarkan masa depan mereka kepada UMNO. Anak-anak Mahathir tidak payah lagi menggunakan UMNO sebagai modal untuk mereka berniaga dengan besar-besaran. Diharap juga BN tidak akan menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan masalah perniagaan anak-anak pemimpin seperti Mirzan Mahathir dalam jumlah berbillion ringgit.

BN akan berubah dan tidak akan lagi memberikan segala-gala peluang perniagaan kepada Syed Mokhtar dari laut ke darat dan dari darat ke udara seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin inilah dia cara BN hendak berubah. Mengaku dengan segala kesalahan ini dan berpura-pura bertaubat dan diberikan lah lagi kuasa kepada mereka. Sekarang mereka benar-benar hendak berubah dan tidak mahu buat jahat lagi. Najib ke hulu dan ke hilir meminta sedekah sokongan rakyat untuk melakukan kebaikan dan tidak hendak buat zalim dan jahat lagi. BN sudah penat membuat jahat, sekarang masanya untuk berbuat baik pula.

Maka berikan lah sokongan kepada BN. Najib sudah berubah dan akan membuat baik pula sekarang ini. Najib ini seperti penagih tegar dadah yang berjanji tidak akan mengambil dadah lagi. Najib meminta rakyat jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini kerana mereka (BN) sudah berubah dan berubah.

Dalam jiwa Najib sedang bergelora dan sentiasa menjerit, “tolonglah jangan undi PR…aku dah berubah…aku tidak akan takut kepada isteri aku lagi…akan tidak akan dengar nasihat Mahathir lagi….aku taubat....aku taubat”.

Tetapi boleh kah kita percaya semua janji-janjinya ini?

Jawapannya..jangan sekali-kali! Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan, apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat apa-apa lagi.

Rakyat akan akhirnya menderita dan menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. Percayalah! - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Ramai pemimpin Umno mengaku salah

Aspan Alias, 25 Nov 2012
Akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah. Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin.


Dengan kata-kata itu ia memberi makna yang selama ini mereka mengaku UMNO dan BN telah membuat kesalahan dan UMNO telah mengakui apa yang dituduh oleh pelbagai pihak yang UMNO itu telah melacurkan politik dan siasah negara. Justeru UMNO sememangnya parti yang telah berdosa dan sekarang mahu bertaubat. Saya gembira dengan pengakuan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO yang lain yang UMNO telah melakukan kesalahan dan sekarang mahu bertaubat dan meminta diberi lagi peluang untuk memerintah kita rakyat yang sudah begitu lama dalam pencarian ini.

Persoalannya sekarang apa yang mereka telah taubatkan itu? Maaf-memaafkan sesama sendiri itu memang amalan orang mukmin. Tetapi tidak bermakna menjanjikan taubat itu sudah cukup untuk meneruskan penguasaan lagi terhadap rakyat dan negara. Apabila UMNO sudah taubat, parti itu sepatutnya direhatkan untuk melaksanakan apa yang mereka taubatkan itu. Jika RM ratusan billion wang rakyat dicuri dan diambil oleh pimpinan BN secara haram, ia memakan masa untuk melakukan proses pemulangan balik harta-harta curi itu kepada rakyat jelata.

Orang yang telah sedar dan bertaubat tidak boleh lagi melakukan apa-apa kesalahan yang terbesar terutamanya terhadap sesama manusia. Saya selalu katakan rasuah itu merupakan ketagihan tegar yang dihidapi oleh UMNO dan BN itu. Seperti penagih dadah yang hendak kembali berbuat baik dan menjauhi amalan mengambil dadah itu mereka sepatutnya duduk di dalam pusat-pusat serenti yang banyak di sediakan oleh kerajaan sekarang ini untuk beberapa lama yang wajar. Mereka dikawal dan dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan supaya merawat ketagihan itu dengan bersistem. Banyak cara untuk merawat penagih ini.

Ada juga yang berjaya dirawat dan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berbuat baik selepas keluar dari pusat pemulihan serenti itu. Tidak kurang juga yang kembali menagih dan kembali ke pusat-pusat serenti itu. Di dalam pusat-pusat serenti itu panagih-penagih ini akan diberikan bimbingan untuk menjadi insan yang baik dengan kelas agama dan memberikan mereka kegiatan riadah seperti bersenam dan sebagainya untuk memulihkan mereka kembali. Mereka ini perlu bimbingan dan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi umat yang baik dan berguna untuk masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi untuk agamanya.

Begitu jugalah dengan pimpinan-pimpinan UMNO. Seperti yang kita tahu salah satu dari salah laku pimpinan UMNO ialah rasuah. Rasuah ini merupakan salah satu dari penyakit ketagihan yang boleh merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah sepatutnya dijadikan musuh nombor satu negara kerana banyak tamadun telah runtuh oleh kegiatan rasuah pemimpinnya.

Oleh kerana secara terus menerus UMNO telah melakukan ketagihan itu, maka UMNO patut berihat dan melakukan pembaik-pulihan supaya parti itu menjadi parti yang berguna kepada rakyat dan negara dan tidak lagi menjadi penagih rasuah yang telah hampir menjahanamkan negara kesayangan kita ini.

Maka tidak boleh lah UMNO sendiri mengisytiharkan yang mereka telah pulih dari semua penyakit merbahaya untuk manusia itu dan meminta terus memerintah negara ini seperti biasa. Penagih ini tidak semua yang baik dengan sendirinya. Selalunya ia perlu dibimbing dan diatur segala kegiatan kehidupan mereka. Maka UMNO perlu berihat dan memulihkan penyakit ketagihan ini. Kita tidak mahu penagih rasuah ini kembali melakukan rasuah seperti penagih dadah yang kembali menagih selepas keluar dari pusat serenti itu.

Tetapi yang pentingnya sekarang UMNO sudah mula sedar dan mengakui kesalahannya dan serangan terhadap pembangkang yang menuduh mereka (UMNO) itu rasuah sepatutnya di tarik balik dan di dalam hati meminta maaf kepada mereka yang membuat tuduhan yang benar itu.

Ramai pemimpin-pemimpin UMNO telah mengisytiharkan yang mereka telah berjaya memulihkan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu dan telah mengakui kesilapan dan kesalahan mereka. Mengakui kesalahan itu sudah cukup untuk mengakui yang pihak pembangkang adalah pihak yang benar dan kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka (pembangkang) sepatutnya mendapat galakan dan sokongan dari orang ramai.

Buat sementara waktu UMNO biarkanlah mereka duduk berihat sambil memperbaiki diri mereka supaya parti itu pula yang akan menjadi parti alternatif kepada Pakatan Rakyat yang memerintah nanti. Jika Pakatan Rakyat melakukan kesalahan yang sama UMNO yang sudah pulih semasa dalam ‘political confinement’ itu boleh kembali dan menjadi UMNO yang bertenaga dan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin semasa itu nanti UMNO akan menjadi bertenaga dan berseri-seri wajah pimpinan mereka setelah melakukan rawatan mereka selama beberapa tahun semasa menjadi pembangkang itu.

Maksud saya ini ialah, menjadikan negara ini sebagai negara demokrasi yang mempunyai sistem dua parti itu akhirnya akan memberikan kenaikan kepada rakyat. Semasa itu nanti baru lah rakyat sedar betapa nikmatnya jika kuasa itu sebenar-benar berada ditangan mereka dan bukannya di tangan ‘war lords’ UMNO seperti sekarang ini.

Rakyat yang bermaruah tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengawal hak mereka dengan wang sogokan atau bantuan seperti gigi palsu percuma, BRIM dan sebagainya. Rakyat tidak boleh memberikan hak kepada pihak lain setelah mendapat tayar teksi percuma dan sebagainya.

Harga diri rakyat itu lebih tinggi dari harga tayar dan bantuan BRIM serta pembayaran bonus satu setengah bulan gaji dan sebagainya. Sedangkan kucing belaan kita pun sekarang tidak makan ikan mentah lagi. Mereka (kucing) sekarang makan Friskies dan Whiskas yang dibeli dari pasaraya. Kucing pun tahu harga diri mereka. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Kalau Najib takut debat dengan Anwar, saya aje

Aspan Alias, 26 Nov 2012
Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.

Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.

Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.

Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.

Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.

Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.

Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja  dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.

Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.

Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Perwakilan Umno ditegah membuka mulut

Aspan Alias, 23 Nov 2012
Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agung jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.

Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan.

Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.

Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.

Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agung seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agung itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.

Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agung orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.

UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan.

UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.

Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.

Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO.

Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Shahrizat: Tak salah untuk belajar dari 13 Mei

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata tiada salahnya beliau membangkitkan kebimbangan berhubung ketegangan kaum dan tragedi 13 Mei 1969 dalam teks ucapan dasarnya di perhimpunan agung pergerakan itu semalam.

Katanya lagi, tiada salah untuk belajar daripada peristiwa "jijik" yang disifatkannya sebagai satu sejarah hitam negara.

"Tiada apa-apa yang salah dengan merujuk sejarah. Kita tak boleh padam sejarah negara dan (peristiwa) 13 Mei.

"Ia sebahagian daripada sejarah hitam negara dan saya menegaskan ia
adalah 'jijik'," kata beliau pada sidang media pagi tadi.

Isu 13 Mei itu tidak disebut Shahrizat tetapi dinyatakan dalam teks berkenaan yang dimuatkan di laman web Wanita Umn.

Menurut teks berkenaan, Shahrizat menyatakan kebimbangan bahawa Umno akan ditolak sekiranya parti gagal mengatasi cabaran itu.

"Terdapat pelbagai kemungkinan implikasi yang boleh difikirkan, tetapi sesuatu yang paling menakutkan ialah sekiranya parti kita menjadi parti yang tidak lagi relevan dan ditolak rakyat.

"Kita mesti pertahankan ini dari berlaku dan sebab itulah kita perlu bangkit sekarang dengan penuh kesedaran bahawa kita memegang amanah untuk terus menjunjung bangsa dan mendaulatkan negara ini," katanya.

Jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang, kata Shahrizat lagi dalam teks itu.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," teks itu dipetik.

Kenyataan ugutan Shahrizat bayang ketakutan

Harakahdaily, 29 Nov 2012

TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.

“Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.

“Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.


(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam. Foto The Star)

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

13 Mei: Shahrizat serupa dengan Mahathir

Harakahdaily, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa apa disebut Tun Dr Mahathir, berusaha untuk  menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi hakiki sebuah kerajaan yang semakin hari semakin nazak.


Sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan Umno, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.


“Nada Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Tegasnya, Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia.

“Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Datuk Ambiga Sreenevasan: ‘Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba’," ujarnya lagi.


Baginya, Perhimpunan Agung Umno 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik Ketakutan yang dijulang Umno dan Politik Harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.

Sehubungan itu, ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pecat guru: NGO serah memo kepada Jawi

Anis Nazri, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) hari ini menyerahkan memo bantahan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung pemecatan seorang kakitangan jabatan itu yang disifatkan sebagai bermotifkan politik.

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Jawi pada jam 11.30 pagi  tadi, di pejabat Jawi.

Hampir 20 orang menyertai rombongan menyerahkan memorandum tersebut.

Turut serta termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh, Ketua Penerangan Muslimat Wilayah Salbiah Wahab dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Sebelum ini seorang kakitangan sementara Jawi, Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Pemecatan itu didakwa ada kiatan dengan tindakan beliau menghadiri menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.

Qatrun Nada telah disiasat 22 Oktober lalu dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa 1 Disember ini.

Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Qatrun Nada merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jawi.

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut air bersih di UMS Labuan pada 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan