Selasa, 23 Oktober 2012

KITA ADA BOS YANG BESAR LAGI HAKIKI...IA ITU 'ALLAH YANG MAHA BESAR SERTA MAHA BERKUASA'

Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah
  • Hafiz Yatim
  • 11:45PM Okt 23 2012
 
Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Benarkah politik itu kotor?
RAHMAN SHAARI
23 Oktober 2012
Ketika berbual-bual tentang politik dengan beberapa kawan, salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengeluh, “Politik memang kotor.”
Saya tahu bahawa orang yang bercakap itu berada di pihak tertentu. Dia baru saja memuji akhbar yang menyebelah parti X dan mengutuk akhbar di sebelah parti Y. Jika dia betul-betul berpendapat politik itu kotor, dia tidak akan memuji mana-mana akhbar yang bersikap menyebelah.
Saya boleh menerima keluhannya jika dia memaksudkan keseluruhan politik, bukan politik parti tertentu. Kita dapat melihat dengan jelasnya tingkah dan helah kesemua pihak. Oleh itu, jika orang parti X mengatakan politik itu kotor, contoh-contohnya tentulah apa-apa yang dilakukan oleh pihak Y.
Ertinya, hanya Y yang kotor. Pada masa sama, apa-apa yang dilakukan pihak X adalah bersih belaka. Namun, penyokong parti Y mengatakan sebaliknya.
Apabila seseorang ahli politik X diketahui memiliki wang yang banyak, pihak Y akan mengatakan wang rasuah, atau wang hasil pembelotan. Pihak Y  berasa tidak perlu mengkaji usaha tokoh politik X memperoleh kekayaan.
Dia terus menuduh dan mengagak-agak bahawa wang tokoh X diperoleh secara haram. Tuduhan yang mudah disebut ialah bahawa X menipu rakyat, atau merampas wang rakyat, atau dibantu Yahudi.
Tokoh X yang mempunyai wang banyak itu akan dipuji oleh penyokong-penyokongnya. Dia disokong kerana bersikap pemurah, kerap menderma, dan menghadiahkan wang yang agak banyak kepada sesiapa, terutama orang miskin.
Penyokong-penyokongnya berpendapat, menjadi kaya-raya tidak mengapa, asalkan rakyat tidak dilupakan. Perhatikan, bahawa seseorang tokoh politik yang kaya akan dianggap ‘penyangak’ oleh musuhnya, dan disanjung penyokongnya.
Tokoh itukah, atau penyokongnyakah, atau musuhnyakah yang kotor?
Kita sekarang beruntung kerana agak banyak tulisan tentang realpolitik. Pada masa lepas, sarjana dan pembicara politik sering menyebutkan slogan ‘tujuan menghalakan cara’, iaitu ajaran
Niccolo Machiavelli (1469-1527). Slogan itu dianggap tidak bermoral, kerana tertonjolnya maksud mementingkan diri sendiri.
Setelah orang memikirkan kehidupan di rimba dengan saksama, maka muncullah idea untuk mengiktiraf konsep survival of the fittest. Jika dianalisis, konsep ini menyamai konsep natural selection, iaitu hanya yang handal akan selamat, manakala yang lemah pasti musnah. Dalam lagu Bangau Oh Bangau, apabila ular makan katak, ular tidak berasa bersalah, kerana katanya ‘memang makanan aku!’.
Analogi di atas akan mudah difahami jika perkembangan politik tanah air diperhatikan dengan teliti. Sesiapa pun boleh berada dalam mana-mana parti politik, tetapi janganlah sesiapa taksub dengan pemimpinnya. Ketaksuban akan menyebabkan hadirnya kerugian berderetan.
Kawan saya yang mengatakan politik itu kotor – dalam penilaian subjektif saya – telah dipaliti kekotoran. Dia mengetepikan ibu saudara dan bapa saudara yang menjaganya semasa dia masih kecil. Hanya kerana politik, dia menganggap ibu saudara dan bapa saudaranya menyokong ‘penyangak’. Jasa orang yang menjaganya tidak dikenangnya, berpunca daripada anggapan bahawa dia bersih, pihak lain kotor. Alangkah baiknya jika dia sedar bahawa keseluruhan anggapannya adalah hasil hasutan.
Politik moden amat kaya dengan hasutan. Itulah faedahnya kita membaca tulisan Hishamuddin Rais, biarpun kita tidak bersetuju dengannya, atau bersetuju dalam kadar lima peratus sahaja.
Perkara yang penting untuk mematangkan diri dalam politik ialah pemahaman, bukan persetujuan.
Saya berasa bosan mendengar slogan ‘politik itu kotor’, kerana dua alasan. Pertama, kerana slogan itu terlalu klise. Kita telah mendengarnya berpuluh-puluh tahun. Kedua, kita tidak perlu menyebutkan slogan itu, kerana kita akan terus berada dalam sistem politik. Jika pakaian kotor kita bersihkan, jika ada kekotoran dalam makanan, kita buang, bagaimanakah halnya jika politik kotor?
Membuang politik tidak mungkin, maka terpaksalah kita pilih untuk membersihkannya. Dalam politik kita, jika politik parti X dan Y kotor kedua-duanya, siapakah yang akan membersihkannya?
Perlu disebutkan, bahawa yang perlu dibersihkan bukanlah hal ehwal pilihan raya, tetapi hati tokoh politik. Siri perhimpunan Bersih tidak begitu penting, kerana perkara yang dituntut bersifat luaran. Kesejahteraan hanya akan hadir jika hati bersih.
Dana RM40 juta: Michael Chia tidak pernah ditahan
Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini berkata ahli perniagaan balak, Michael Chia, tidak pernah ditahan di Hong Kong ekoran dakwaan penyeludupan wang berjumlah RM40 juta.
Beliau berkata, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) tidak pernah menahan ahli perniagaan itu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Berdasarkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong dan ICAC juga tidak pernah tangkap Michael Chia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.
Nazri berkata pihak Jabatan Peguam Negara dan SPRM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ICAC Hong Kong sehingga siasatan selesai.
Di samping itu, beliau berkata sebagai tambahan SPRM juga telah menjalankan siasatan dengan mengumpul segala keterangan dan dokumen berkaitan kes itu.
"Setelah siasatan disempurnakan oleh kedua-dua pihak, pihak ICAC Hong Kong mendapati bahawa elemen rasuah tidak dapat dibuktikan. Sehubungan itu, ICAC Hong Kong menarik balik dakwaan dan mengembalikan wang yang disita itu," katanya.
Sementara itu, Nazri mengalu-alukan penyertaan khususnya daripada anggota parlimen pembangkang untuk satu pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Katanya, pelbagai perkara berbangkit termasuk isu percantuman lokaliti yang menjadi isu pokok selama ini boleh dibincangkan dengan pihak SPR.
"Benda serius kita kena selesaikan. Kita tidak mahu ada perasaan tidak puas hati dan syak wasangka, saya mahu perkara ini diselesaikan," katanya.
Pas: Soi Lek patut tutup mulut
Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - “Beliau patut tutup mulut, Soi Lek tidak patut campur tentang urusan agama lain,” kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek itu langsung tidak tepat dan boleh memberi kesan  terhadap keharmonian negara.
“Beliau tidak faham tentang hukum jenayah Islam tetapi sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Rasuah tidak termasuk dalam hudud, rasuah berada di bawah hukum takzir.
“Kenyataan dikeluarkan itu sangat celupar dan boleh mencetuskan provokasi agama. Hudud bukan perkara yang patut dipolitikkan, ini perintah ALLAH sebagai kewajipan untuk orang Islam,” katanya ketika mengulas kenyataan dikeluarkan Soi Lek yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Soi Lek berkata demikian ketika berucap di perhimpunan agung MCA ke-59 kelmarin.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan turut menggesa Umno mengambil tindakan terhadap pemimpin MCA itu.
“Saya cabar beliau kemukakan bukti serta statistik yang sahih menyatakan negara yang mengamalkan hudud itu paling korup? Saya juga bersedia berdebat dengan beliau,” katanya.
Anwar: Khalid MB Selangor paling berjaya
NURULFATIHA MUAH
23 Oktober 2012
Anwar
Anwar memuji integriti Abdul Khalid sebagai MB Selangor.
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.
Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.
Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Kita hendak menang (PRU13) bukan kerana kita hendak fitnah (BN). Tidak, kita hanya hendak menang berdasarkan fakta umpamanya kejayaan negeri yang ditadbir PR seperti Selangor dan
Pulau Pinang yang sediakan setengah bilion ringgit untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Pembinaan rumah kos rendah ini sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya beri tanah mempercepatkan proses kelulusan (pembinaan) saja, tetapi Pulau
Pinang dan Selangor catat sejarah pertama (sediakan peruntukan ini),” katanya.
Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor.
Konvoi jelajah itu diadakan jam 10 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil, Morib, Pelabuhan Klang, Sementa, Melawati, Ijok dan berakhir di Kota Anggerik.
Selain Abdul Khalid, turut hadir, Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Jumpa di mahkamah, Mazlan beritahu Azalina
JAMILAH HAMZAH
23 Oktober 2012
mazlan aliman
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman
SHAH ALAM -  Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini menegaskan pendiriannya tidak akan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang memberi masa seminggu kepada beliau untuk meminta maaf atas kenyataannya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Menurutnya, Azalina boleh membuat apa sahaja persepsi terhadap ucapannya pada Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini, yangantara lain mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu.
Tambah beliau, “itu persepsi beliau tentang ucapan saya. Kalau beliau nak teruskan tindakan mahkamah, kita jumpa di mahkamah.”
“Bagi saya, saya tetap dengan pendirian saya seperti sebelum ini, saya tidak akan memohon maaf kepada beliau dan saya yang juga sebagai Timbalan Pengerusi Mantap akan lebih agresif berkempen kepada penduduk di Pengerang," katabeliau kepada Sinar Harian Online pagi ini.
Semalam, Azalina dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mazlan untuk memohon maaf.
Jika enggan beliau tidak akan teragak-agak untuk menyaman Mazlan, yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Beliau berkata, pihaknya telah bersedia membawa perkara itu ke mahkamah dan telah menyerahkan 'letter of demand' kepada Mazlan melalui peguamnya.
“Tidak mahu mohon maaf tidak apa...kita jumpa di mahkamah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, peguamnya sedang meneliti bagaimana status pembangunan tanah di situ untuk mengambil tindakan lanjut.
Mazlan juga berkata, beliau sedia berbincang dengan Azalina untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu.
Dalam pada itu, Mantap akan teruskan kempen kepada penduduk dengan mengadakan seminar pada 24 November inidi Johor Baharu dengan menjemput pakar ekonomi, alam sekitar, dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberi penjelasan lanjut kepada penduduk di kawasan tersebut.
Guan Eng janjikan 'AES' untuk rakyat Pulau Pinang
  • Nigel Aw
  • 8:03AM Okt 23 2012
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji untuk membawa AES kepada penduduk Pulau Pinang - tetapi bukannya Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipertikaikan sekarang.

Sebaliknya, Lim berkata, belanjawan Pulau Pinang untuk tahun depan akan dikenali sebagai "AES", yang bermaksud "Agenda Ekonomi Saksama".

NONEKetua menteri Pulau Pinang itu mendakwa, AES (pemasangan kamera
bagi kesalahan trafik) bukan untuk kepentingan rakyat kerana ia dilaksanakan untuk keuntungan syarikat-syarikat swasta yang terlibat.

"Apa yang kita mahu bukan Sistem Penguatkuasaan Automatik. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dengan AES Pakatan Rakyat," katanya ketika merasmikan forum mengenai bajet di Kuala Lumpur malam tadi.

Lim berkata, bajet AES, yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 November, akan menjurus ke arah menangani ketidaksamaan.

Kerajaan telah dikecam kerana melaksanakan sistem kamera bagi kesalahan lalulintas kerana dua syarikat swasta - Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd - yang mengendalikan sistem tersebut berhak mendapat bayaran daripada saman yang dikutip.

Lim mengumumkan Selasa lepas bahawa dua majlis tempatan di negeri itu telah diarahkan untuk menggantung pelaksanaan sistem tersebut sementara menunggu hasil kajian mengenainya. Kedah mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang itu tiga hari kemudian.

'Menangani ketidaksamaan keutamaan Pakatan'


Beliau memberitahu forum bajet tersebut bahawa usaha menangani ketidaksamaan, terutama untuk membantu mereka yang memerlukan, adalah satu keutamaan bagi Pakatan.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah gagal membina sebarang perumahan kos rendah untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.

"Sejak 2008, kami telah membina 4,000 unit perumahan kos rendah dan kita akan membina 18,000 lagi.

"Sudah tentu negeri tidak membinanya secara langsung. Ia telah dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, yang 100 peratus dimiliki kerajaan negeri," kata Lim.

Ini tiada bezanya dengan kerajaan persekutuan, yang membina unit perumahan melalui Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB). `

Lim berkata, bajet bayangan Pakatan juga turut menangani ketidaksamaan itu dengan memberi tumpuan kepada tiga teras - memecahkan monopoli melalui persaingan, mensasarkan kumpulan kritikal (miskin, muda dan wanita) dan memerangi rasuah.
Lajim: Lulus kontrak Alam Flora kerana 'bos besar'
  • Ahmad Fadli KC
  • 10:42AM Okt 23 2012
 
MP Beaufort Datuk Lajim Ukin memohon maaf atas tindakannya memluluskan kontrak pembersihan kepada syarikat Alam Flora ketika menyandang jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Berucap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,000 orang pada malam tadi, Lajim menceritakan bahawa beliau meluluskan kontrak berkenaan atas arahan perdana menteri.
 "Saya kena ikut arahan dari big boss, " katanya yang turut mengaku bebas rasuah sewaktu beliau bersama BN.

Syarikat itu didakwa menjalankan tugas pembersihan sampah yang tidak sempurna di negeri Selangor bagi mensabotaj pentadbiran Pakatan di negeri itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pada Oktober tahun lalu memutuskan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora.

"Saya tak rasuah. Tiga bulan saya keluar Umno belum ada fail kena cari untuk saya.

"Kalau ada pun itu akan dibuat-buat pemimpin Umno untuk memalukan saya sahaja," katanya yang mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Dalam ucapannya itu, Lajim berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak semalam.

"Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

"Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dalam bulan Jun lalu dan bertindak melepaskan semua jawatannya dalam Umno serta mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat hujung Julai lalu.

Beliau kini memimpin Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang berhasrat untuk menumbangkan pentadbiran BN di Negeri di Bawah Bayu itu.
Tinggal di 'reban ayam' demi persekolahan anak
  • Ahmad Fadli KC
  • 9:54AM Okt 23 2012
 
Eksklusif Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah.

NONEKeadaan menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di Murum, Belaga.

Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.

NONEPerjalanan pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.

Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun.       

NONEKesungguhan beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.

Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawan Malaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing.

NONE"Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam.

"Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga.

"Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.

NONESehingga kini, rumah panjang itu hanya diubahsuai dengan sekatan papan lapis nipis untuk membezakan 22 pintu rumah dan memuatkan 106 orang.

Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang.

"Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa.

"Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006.

Guru gereja sediakan pendidikan percuma


NONESehari sebelumnya wartawan Malaysiakini berkesempatan melihat kanak-kanak rumah panjang Long Jaik belajar membaca dibimbing guru-guru sukarelawan dari gereja.

Guru-guru berkenaan seramai empat orang wanita datang sejauh dari pekan Sibu dan menghabiskan dua jam masa perjalanan untuk sampai ke rumah panjang itu.

NONEKelas yang berlangsung selama empat jam sehingga pukul 12 tengahari dibuat di ruang bersama  rumah panjang.

Ia dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan berjaya menarik kira-kira seramai 15 orang kanak-kanak dari rumah panjang sebanyak 50 buah pintu.

Menariknya, ibu-bapa kanak-kanak berkenaan yang menemani anak-anak mereka turut kelihatan 'curi-curi' belajar dari bahagian belakang kelas sewaktu sesi berlangsung.

NONEMenurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, pada tahun 2009 hanya dua peratus daripada populasi Penan belajar di sekolah.

Jumlah itu adalah 33 daripada lebih 1500 orang etnik Penan. Ia terdiri daripada penduduk rumah panjang Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap untuk meyekolahkan anak-anak mereka.

Jarak ke sekolah, kos pengangkutan dan kekurangan sokongan menidakkan 593 kanak-kanak Penan mendapat pendidikan sempurna, kata laporan itu.
1. NGO: Sekatan projek hidro Murum dihentikan 'tak benar'
2. Penan terus 'kepung' empangan Murum
3. Masyarakat Penan berdemo di empangan Murum
Anwar: Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?
  • Ahmad Fadli KC
  • 11:09AM Okt 23 2012
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Kemudian bila berucap tak tegur pun.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.

"Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek.

"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.

Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan.

Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata  Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.

Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya.

"YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud.

"DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.

"Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya.

 
  • Mohamed Osman Mohamed Anvar · Pengulas Tertinggi · Restaurant Owner di Self Employed and Loving It!
    SALAM, RAKYAT AKAN MENENTUKAN SIAPA YANG MEREKA MAHU, JADI KITA UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!!!!!!!!! HIDUP RAKYAT, HIDUP PR.
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
      Maruah Najib ada pada Rosmah....Najib kena tanya dulu Rosmah sebelum membuat apa-apa komen atau pendapat....itu pun Anwar mau lagi tanya!!!
    • Nel Hans · · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      YANG VIDEO TULIN DSAI ALJUBORI ...MCM MANA ....RAJA PENIPU...MAKAN ARSENIK PON....MASIH OK......INI LAH PENIPU MCM MANA NAK UNDI........TGU PERU 13 PASTI TUMBANG PR NI.....ALJOBURI MEMANG PENIPU
    • Sangkakala Ajal · Pengulas Tertinggi · Supervisor di Tanah Perkuburan
      Nel Hans :APA KENA KAMU NI ASYIK2 JUBUR JE.....MALU UMNO ADA CAI JUBUR MCM KAMU.....
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 146 subscribers
    Dimana pemimpin UMNO ketika Islam dihina..???.....................
    Ada betul betul disebelah individu yg menghina Islam...
    Dan apa tindakan pemimpin Melayu itu...??
    Mengumumkan Dana RM30 juta pada individu yg menghina Islam........

    Kenapa??...........kerana UMNO sesat dan menyesatkan..
    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 137 subscribers
      Bukan saja Najib, malah senarai nama berikut telah dikategorikan sbg orang hilang dari persada politik negara bila Soi Lek hina Islam

      SENARAI ORANG HILANG :
      1. Jamil menantu Hj Bakhil
      2. Patah Bari
      3. Asan Akidah
      4. Zul Kulim
      5. Masihmentah
      6. Nakcarutdin
      7. Katak Puru

      Sila hubungi hospital mental berhampiran jika anda terjumpa mrk merayau2 mencari maruah yang hilang....
    • Zaza Cool · Pengulas Tertinggi · Software Engineer di Mahindra Satyam
      CSL kritik Hudud ala PAS, bukan serang Islam, DS Anwar suka twist fakta... patutnya DS Anwar fikir macam mana rakyat nak terima PM bermoral rendah??? :S
    • Md Zam · Pengulas Tertinggi · UITM
      Zaza Cool ..ko bagi bukti kukuh..Hudud yg PAS bawak tu menyimpang dari Islam..tok sah duk tawaduk sangat dgn Utusex dan TV3suku leh x??
  • Ir Art · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana.
    menjual maruah Islam dengan nilai rm30juta.
    pru13 nanti kita pijak maruah pm pula, manusia yg tak ada maruah...
    • أمير الريان · Janji ditepati untuk pancung di Pancung kepala
      ulama' atau mufti harus berperanan dlm hal ni krn mereka arif bab agama...ini mmbuktikan mufti tidak telus & tak jujur..
    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 137 subscribers
      Bukan saja Najib, malah senarai nama berikut telah dikategorikan sbg orang hilang dari persada politik negara bila Soi Lek hina Islam

      SENARAI ORANG HILANG :
      1. Jamil menantu Hj Bakhil
      2. Patah Bari
      3. Asan Akidah
      4. Zul Kulim
      5. Masihmentah
      6. Nakcarutdin
      7. Katak Puru

      Sila hubungi hospital mental berhampiran jika anda terjumpa mrk merayau2 mencari maruah yang hilang....
    • TUan HaJi Yein II · · 130 subscribers
      HANCUR UMNO!!
  • Kami Menyampah Dengan Najib
    Beza PAS dengan UMNO mengenai pendirian Hudud :

    PAS bila Karpal menentang Hudud, PAS bangkit bersuara dari sekecil2 suara hinggalah ke suara pemimpin-pemimpin besar PAS spt Mursyidul Am, TGNA.

    UMNO bila MCA menentang Hudud dan menghina Hudud, UMNO diam menikus seolah kehilangan telor dari sekecik2 suara hinggalah sebesar-besar suara yakni PM Najib. Malah Najib hadiahkan 30 Juta lagi kat MCA.

    PAS dalam agenda membawa Hudud agar difahami biarpun ditentang, UMNO dalam agenda menghapuskan Hudud dan menjahilkan rakyat agar minda dipesongkan dengan pemahaman silap Hudud agar rakyat terus menyokong undang2 sekular tajaan UMNO.

    PAS berhajat utk merealisasikan Hudud tertegak di muka bumi Malaysia, UMNO berterusan tanpa kompromi menyokong semua usaha dalam menentang Hudud daripada tertegak di muka bumi Malaysia.

    Inilah beza ketara antara PAS dan UMNO.. Sedarlah wahai Melayu melayu sekalian..Jika anda sayang Islam, maka UMNO BN bukan pilihan yang bijak..

    Pru13, pangkah PAS dan PR ~!! Allahuakbar!!
  • Sahren Morshidi · Pengulas Tertinggi · UPM Serdang
    mana pegi pencacai umno nasharudin isa dan hassan tongkat ali???umno bersekongkol dgn MCA yg terang-terang menghina undang2 Islam.
    • Ahmad Marwan · E&I QA INSPECTOR di Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE)
      sahren morshidi: itulah yg peliknya... sblm ni nasarudin isa & hasan ali duk bising2 pasal DAP hina islam la, karpal singh tolak hudud la. tp time turn BN &MCA diaorg ni wat senyap plak... kata nak perjuangkan islam. salah PAS,PKR dan DAP nampak!!!...tp bila BN x nampak... satu lagi mana PERKASA, mana MUFTI PERAK??
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      MP Antony Loke (DAP) Tepuk Meja di Parlimen Sokong Tok Guru... Najib dan Ulama' Muda UMNO Tepuk Tangan Sokong Chua Soi Lek( MCA ) Hina Islam dan Hudud..
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 190 subscribers
    Tenang... tenang... kerana MCA.. bangsa Cina Malaysia mula meminati Hudud.

    Terima kasih CSL. Anda ialah pencetus minat orang2 Cina terhadap Islam di Malaysia.

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!
    • Abu Fattah · ITM Dungun
      Mereka merancang. ALlah juga merancang. Sesungguhnya ALlah adalah Sebaik-baik Perancang!!! Takbir!!!
  • Syed Zul · Pengulas Tertinggi
    Dimana kamu MCA tatkala Mahathir dan Nazri Aziz mengisytiharkan Malaysia bukan negara sekular?Jangan jadi hipokrit MCA!
  • Sb Purnama · · Pengulas Tertinggi · umur 48 tahun
    bila dalam keadaan terdesak, mengejar undi lebih penting dari menjaga kesucian Islam... Sama sama kita pakat [ X ] PR
    • Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
      Kalo Nuar jd PM, habih lingkup, menteri2, PM, Ex-PM pasti masuk lokap, sb dendam Nuar kini pd tahap yg paling ekstrim, jg2 lah wahai rakyat malaysia yg rata2 cetek akal. amat berbahaya!!!!!
    • John Albab · Pengulas Tertinggi
      Din Menteri : Betul bro?tak usah pergi jauh dulu kita bincang tentang menghina hukum Allah oleh mca camne tu,kira kira bro rasa ok ke?
  • Md Heder · Pengulas Tertinggi · University experience of life
    Najib nak membela islam????Karut lah weiii....Dia sendiri bininya yg jaga....
  • Cikgu Haris Abdullah · · Pengulas Tertinggi · Sekolah Alam Shah
    Hatinya tertutup.
    dia fikir dia yang tutup
    tetapi jangan sampai yg tutup hati dia ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Jangan gadai agama!!
    Umat islam sedemikian tidak ada harga diri.
    Kuasa allah beri dan
    allah boleh bila2 tarik balik!!!!!!!!!!
    Berhentilah dengan politik yang bukan2 ni!!!!!
    Jangan undang padah!
  • Goh Hoe Hoe · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Pakatan lagi teruk , dsai membekalkan makana kepada serigala tapi mereka pun boleh terima dsai
    • Koh Teck Ken · UKM
      Karpal Singh ada buat kenyataan bahwa penjenayah lebih sukakan Hudud sebab mereka bebas buat pembuatan terkutuk itu:_
      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/10/30/karpal-crimes-will-rise-under-hudud-laws/
      Sister in Islam pun lontarkan kebimbangan mereka-- mengapa dsai tak pergi cabar hujah2 mereka:-
      http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.300.121
  • Azilan Gley · Pengulas Tertinggi · IUPUI
    memang betul!!!!!!!!!!!!!! roti najib satu mamak!
  • Mohd Asri Mohd Nor · Pengulas Tertinggi · High school
    Mana mufti perak? Teman pun nak dengor komen dari mufti tersohor itu
  • Hamba Pemilik SegalaNya · Pengulas Tertinggi
    tunggul kayu... :D
  • Addy Putra · Pengulas Tertinggi
    UMNO/BN dh smpai ke penghujung jln, baik kita sediakn ruang2 blakang rumah buat muzium atau batu peringatan tok ank cucu kita...
    • Addy Putra · Pengulas Tertinggi
      "DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.
      "Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan