Rabu, 31 Oktober 2012

HUDUD OH HUDUD...PUSING OH PUSING...BODEK OH BODEK...BERIMAN SEBAHAGIAN KITAB@QURAN DAN MENOLAK SEBAHAGIAN KITAB@QURAN

Iklan pembantu rumah Indonesia untuk dijual heboh di internet

DALAM kehangatan kerajaan Malaysia menjalankan kempen anti pemerdagangan orang, timbul pula iklan kontroversi dengan nich "Indonesian maids now on sale" disebarkan di internet.

Dijangka isu ini akan menjadi kecoh dalam satu dua hari ini. Isu ini juga sudah mula timbul di laman sesawang berita dan portal-portal berpengaruh Indonesia. Iklan ini menerima bantahan kerana memperlakukan pembantu rumah Indonesia seolah-olah seperti barang dagangan.



Pagi ini salah seorang pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di twitter milik beliau telah mempersoalkan tentang iklan ini. Anwar dalam reaksinya melalui twitter berjanji akan membangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen.

Nampaknya tidak susah untuk mengesan individu yang disifatkan biadap di dalam aktiviti pemerdagangan orang ini kerana nombor telefonnya tercatat pada iklan yang dipaparkan.

Dijangkakan protes anti Malaysia seperti yang pernah berlaku sebelum ini akan kembali berulang gara-gara iklan kontroversi ini.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/iklan-pembantu-rumah-indonesia-untuk.html#ixzz2ApJafsPd


Cara kerja BN mahu banyak kontrak bukan tolong orang kata MB Selangor


MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas laporan akhbar yang mengatakan paras air di terusan air Sungai Sireh yang sedang menyusut.

Menurutnya, kerajaan persekutuan tidak boleh tipu orang, dan beliau turut mendedahkan bukti foto terbaru menunjukkan paras air sungai sudah melimpah ruah dan difahamkan air sudah lebih dari paras cukup.

Projek Langat 2

Jurutera pakar kerajaan negeri Selangor telah mencadangkan kaedah lebih jimat, iaitu meningkatkan tahap kecekapan dan kapasiti pengeluaran air di 27 loji-loji sedia ada, berbanding pembinaan Projek Langat 2 yang dilihat begitu mahal.

Malah menurut Tan Sri Khalid lagi, merujuk kepada sebuah syarikat pakar daripada Kanada, kos untuk meningkatkan kadar produktiviti loji-loji air sedia ada yang menyamai kadar produktiviti Projek Langat 2 hanya RM750 juta berbanding RM3000 juta untuk melaksanakan Projek Langat 2.

"(perbandingan) RM3000 juta dengan RM750 juta, (lebih baik) saya bagi sumbangan kepada orang ramai" katanya yang melihat Projek Langat 2 sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Penapisan air bermembran

Berhubung kenyataan Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapisan bermembran sebagai tidak praktikal, Tan Sri Khalid menjemput pakar kerajaan persekutuan untuk bertemu dengan pakar kerajaan negeri untuk diberi taklimat.

"Saya ingat dulu punya cara kerja (BN) dia fikir mahu banyak kontrak, bukan mahu tolong orang" tambahnya lagi.

Sila rujuk video di bawah untuk mendengar dan melihat sendiri penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu air yang sedang hangat disensasikan oleh media-media arus perdana.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/cara-kerja-bn-mahu-banyak-kontrak-bukan.html#ixzz2ApJsMA00


Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud

PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud

Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.



Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.

Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.
 Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/chua-soi-lek-cabar-ulama-umno-jamil.html#ixzz2ApKuXFTH


Isu Hudud, MCA dedahkan wajah Barisan Nasional yang sebenar - PAS

KENYATAAN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun. Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa?
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib solat lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman :
Maksudnya : "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.
Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk dibawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO dipecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.

PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/isu-hudud-mca-dedahkan-wajah-barisan.html#ixzz2ApKcw2GB

Penduduk Kemaman berhimpun bantah Chua Soi Lek hina Hukum Hudud

SALAH seorang sahabat mengirimkan sekeping gambar perhimpunan sekumpulan penduduk di Kemaman membantah penghinaan terhadap Hukum Hudud oleh Chua Soi Lek di perhimpunan agung MCA tempoh hari.

Menurut pengirim, beliau mengambil gambar perhimpunan ini ketika dalam perjalanan pulang kerja, sekitar pukul 6 petang semalam. Penduduk membawa banner dan poster yang mengecam presiden MCA serta Umno yang hanya senyap meskipun penghinaan ini dilakukan di depan batang hidung Najib Razak, presiden Umno.

Di dalam perhimpunan agung MCA tempoh hari, Presiden MCA, Chua Soi Lek menghina Hukum Hudud apabila menyifatkan Hukum Hudud yang dikatakan mampu mencegah rasuah adalah satu pembohongan besar.

Pemimpin MCA yang pernah popular dengan video seks bersama kekasihnya itu turut menyebut, daripada 11 buah negara yang melaksanakan Hukum Hudud, 8 daripadanya diistiharkan sebagai antara negara paling korup, paling tidak selamat dan stabil di dunia.

Penghinaan terhadap Hukum Hudud yang menyentuh sensitiviti serta melukakan perasaan umat Islam seluruh negara itu dilakukan di depan Perdana Menteri Najib Razak yang turut menghadiri perhimpunan tahunan MCA itu.

Tambah mengejutkan, penghinaan terhadap hudud ini disambut dengan laungan hidup MCA! Dan hidup Barian Nasional berulang kali oleh Najib Razak dalam ucapannya selepas itu. Najib juga turut mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk masyarakat cina dalam majlis itu.

ReJaM® "Demi undi cina Najib sanggup jual Islam..."

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/penduduk-kemaman-berhimpun-bantah-chua.html#ixzz2ApMbtUJx

Jadilah kerajaan yang bertaqwa
Posted on Tuesday, October 30 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Roslan SMS

Allah swt berfirman dalam al Quran:…….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (at Talaaq 2-3)

Saya teringat akan ayat ini apabila terbaca berita terkini dari The Star Online http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/30/nation/20121030135301&sec=nation berkenaan penemuan telaga minyak terbaru di perairan Semenanjung Malaysia iaitu 160km dari Pantai Pahang iaitu di Bertam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri.Menurut PM telaga berkenaan dianggarkan mempunyai rizab pengeluaran sejumlah 64 juta tong minyak mentah. Iaitu bakal mempunyai pengeluaran sebanyak 17,500 – 20,000 tong sehari. Ini bermakna Negeri Pahang dijangka menerima royalti tunai sebanyak RM100 juta setahun dari kerajaan Persekutuan.

Kita bersyukur kehadrat Allah swt dengan hasil terbaru ini dan semoga Allah swt terus menerus melimpahkan rezeki Nya buat kita.
Cumanya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Pahang juga wajarlah bersyukur dan wajarlah juga mengambil langkah menyekat dan membenteras hasil-hasil haram selama ini yang membantu menampung ekonomi Pahang. Sudah pastilah antara yang terbesar adalah kasino di Genting.

Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat Allah ini wajib kita menunjukkan kesyukuran itu dengan menghentikan segala yang dilarang itulah tanda kerajaan yang bertaqwa. Jangan nanti segala yang ada ditarik balik oleh Allah swt.
Dan sesungguhnya menjadi pemimpin yang bertaqwa dan membentuk kerajaan yang bertaqwa bukan hanya tanggungjawab kerajaan-kerajaan ini tetapi semua pemimpin dan kerajaan. Tiada alasan yang boleh dipersembahkan kehadrat Allah swt nanti apabila setelah diberi kuasa kita berdolak-dalik.

Sebelum dapat kuasa kita menabur janji dan berbagai tetapi apabila dipinjamkan kuasa kita tabur pula alasan dan dalih.
Semoga Allah swt terus memimpin kita.

......
http://n32.blogspot.com

 

Beriman kepada sebahagian kitab


بسم الله الر حمن الر حيم
Allah telah menurunkan kitab yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kemudian mereka menjadikan kitab itu lembaran-lembaran yang bercerai-berai, mereka perlihatkan sebagiannya dan mereka sembunyikan sebagian besarnya, padahal telah diajarkan kepada mereka apa yang mereka dan bapak-bapak mereka tidak mengetahuinya.
Apakah setiap datang kepada mereka seorang Rasul membawa sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan mereka lalu mereka angkuh?
Dan al-Qur’an adalah kitab yang Allah turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Maka kita harus beriman kepadanya.
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Katakanlah (hai orang-orang mukmin): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.
QS. al-Baqarah (2) : 136
فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ ۖ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan. Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
QS. al-Baqarah (2) : 137
Dalam al-Quran dijelaskan bahwa, beriman kepada al-Qur’an yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad dan beriman kepada kitab-kitab yang Allah turunkan sebelumnya, ialah salah satu tanda orang-orang yang beruntung dan salah satu tanda orang-orang yang berada dalam petunjuk dari-Nya.
Karena itulah, kita tidak boleh beriman hanya kepada sebagian kitab Allah saja; Karena tiadalah balasan bagi orang yang beriman kepada sebahagian kitab dan ingkar kepada sebahagian yang lain daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. seperti yang Allah jelaskan dalam ayat-ayat berikut:
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ لَا تَسْفِكُونَ دِمَاءَكُمْ وَلَا تُخْرِجُونَ أَنفُسَكُم مِّن دِيَارِكُمْ ثُمَّ أَقْرَرْتُمْ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ
Dan ketika Kami mengambil janji dari kamu (yaitu): Kamu tidak akan menumpahkan darahmu (membunuh orang), dan kamu tidak akan mengusir dirimu (saudaramu sebangsa) dari kampung halamanmu, kemudian kamu berikrar sedang kamu mempersaksikannya.
QS. al-Baqarah (2) : 84
ثُمَّ أَنتُمْ هَـٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِّنكُم مِّن دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِم بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِن يَأْتُوكُمْ أُسَارَىٰ تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ ۚ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Kemudian kamu membunuh dirimu dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu-membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, dan mengusir mereka itu terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.
QS. al-Baqarah (2) : 85
أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.
QS. al-Baqarah (2) : 86
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَقَفَّيْنَا مِن بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ ۖ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ ۗ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan Rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada Isa putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul-Qudus. Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?
QS. al-Baqarah (2) : 87
وَقَالُوا قُلُوبُنَا غُلْفٌ ۚ بَل لَّعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَقَلِيلًا مَّا يُؤْمِنُونَ
Dan mereka berkata: “Hati kami tertutup”. Tetapi sebenarnya Allah telah mengutuk mereka karena keingkaran mereka; maka sedikit sekali mereka yang beriman.
QS. al-Baqarah (2) : 88
وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُم مَّا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ ۚ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ
Dan setelah datang kepada mereka Al Qur’an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk medapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.
QS. al-Baqarah (2) : 89
بِئْسَمَا اشْتَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍ ۚ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena dengki bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir siksaan yang menghinakan.
QS. al-Baqarah (2) : 90
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ ۗ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنبِيَاءَ اللَّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kepada Al Qur’an yang diturunkan Allah”. Mereka berkata: “Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami”. Dan mereka kafir kepada Al Qur’an yang diturunkan sesudahnya, sedang Al Qur’an itu adalah (Kitab) yang hak; yang membenarkan apa yang ada pada mereka. Katakanlah: “Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman?”
QS. al-Baqarah (2) : 91
Demikianlah ayat-ayat yang menjelaskan sikap mereka, terhadap para Rasul dan kitab-kitab yang Allah turunkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan