Sabtu, 27 Oktober 2012

JANGAN KITA BUAT SESUATU...PAS TU MAKAN DIRI BALIK

BN nafi arah individu tertentu cari calon p'raya

  • Bernama
  • 7:33AM Okt 27 2012
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
  
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya,  perdana menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon.

"Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, semalam.

Sementara itu,Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.
  
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

"Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadangkala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.
  
"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Tengku Adnan juga berkata BN berkemungkinan akan menamakan calon pilihan rumum lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
  
Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
  
Katanya, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
  
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
  
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya.

Kelmarin, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.
  
"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.
  
"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya.

- Bernama


Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi

SATU lagi penipuan pilihanraya terbongkar kali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran upah RM200 terbongkar.
   
Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api.

Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah. 

Kepada anda warga Sabah yang terlibat, jangan khuatir, terima sahaja upah RM200 itu untuk belanja sekolah anak-anak. Tapi di hari mengundi nanti undilah Pakatan Rakyat.

Buang bayi ke tali air, polis tahan ibubapa gadis

  • Bernama
  • 7:50AM Okt 27 2012
Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin, bagi membantu siasatan.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan jam 9.47 malam kelmarin.
  
Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita semalam.
  
Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.
  
Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada jam 9.20 malam Rabu, disebabkan komplikasi bersalin.
  
Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.
  
Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan.

- Bernama
1. Pelajar buang anak baru lahir dalam tali air ditahan

300 berdemo aman bantah projek kondo di Batu Caves
8:52PM Okt 26 2012
Kira-kira 300 orang mengadakan demonstrasi aman di hadapan kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves kerana membantah cadangan pembinaan dua blok kondominium setinggi  29 tingkat berhampiran kuil itu.

protest at batu cave temple 261012 temple committee chairperson r nadarajah 02Bantahan tersebut diketuai oleh Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam Datuk R  Nadarajah (kiri) mulai jam 10 pagi, dengan para peserta membawa sepanduk membantah projek tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan demonstrasi tersebut, Nadarajah berkata pembinaan dua blok kondominium itu akan memusnah patung Dewa  Murugan tertinggi di dunia yang terletak kurang 300 meter dari tapak pembinaannya, lapor Bernama.

“Pembinaannya akan membahayakan nyawa pengunjung kuil dan pelancong dari seluruh dunia akibat (kemungkinan) benda jatuh berikutan  pembangunan besar-besaran di tempat berhampiran kuil ini.
  
“Oleh itu, projek ini perlu dihentikan terus, bukan hanya sementara dan kami menggesa kerajaan (Selangor) supaya menimbang masalah yang  kami hadapi," katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengetuai protes tersebut.

Sementara itu, Koh Jun Lin melaporkan bahawa Nadarajah berkata pihaknya memberi kerajaan negeri Selangor satu bulan untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja kekal terhadap pembinaan kondo tersebut.

"Kami akan memberikan sedikit masa untuk kerajaan negeri melihat sama ada mereka akan berhenti terus atau tidak," katanya.

Apabila ditanya pihak mana yang mereka akan saman sekiranya tuntutan mereka diabaikan, Nadarajah berkata beliau perlu mendapatkan nasihat guaman terlebih dahulu.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Exco Kerajan Selangor Xavier Jeyakumar sebaliknya menggesa jawatankuasa kuil tersebut supaya berjumpa kerajaan negeri.

"Saya dengan ikhlas meminta pihak kuil berhenti memberi kata-dua kepada kerajaan negeri," katanya, sambil menambah bahawa pintunya sentiasa terbuka.

Nadarajah mengakui bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah berhenti kerja sementara selepas menemui jawatankuasa kuil tersebut, tetapi berkata beliau tidak puas hati.

'Menyekat pandangan'

protest at batu cave temple 261012 condo drawingNadarajah dan peserta demonstrasi tersebut bimbang sekiranya pembinaan itu diteruskan, ia akan menghalang pandangan lereng bukit batu kapur itu dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bertingkat yang berdekatan.

"Anda akan halang terus (pandangan dari lebuh raya). Jika
pembinaan bangunan itu diteruskan, seolah-olah tidak ada Batu Caves.

"Orang ramai akan lupa mengenainya, tiada rasa hormat yang ditunjukkan," kata wakil Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Lim Teckwyn, yang turut hadir di perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada akan ada bantahan jika ia merupakan sebuah bangunan sembilan tingkat sahaja, bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu yang turut hadir  menjawab, di segi geografi, bangunan sembilan tingkat tidak akan menghalang bukit dan kawasan ini.

protest at batu cave temple 261012 samy vellu"Jika anda menggunakan jalan bertingkat itu yang dibina semasa
saya menjadi menteri kerjaraya, kami telah mengambil kira semua itu. Apabila anda menggunakan jalan tersebut, anda mesti sentiasa melihat keseluruhan lereng bukit. Semuanya."

Lim juga mendakwa bahawa Batu Caves merupakan kawasan alam sekitar yang sensitif dengan ratusan spesis haiwan, yang sebahagiannya adalah unik di kawasan tersebut.
Namun begitu, katanya, tiada penilaian impak alam sekitar dibuat bagi projek kondominium.

Menuding jari

Sementara itu, Xavier (kiri) mendakwa bantahan itu bermotifkan politik kerana projek tersebut telah diluluskan di bawah pemerintahan BN, dan tiada bantahan dari pihak kuil walaupun galeri jualan kondominium itu terdapat sebelah bukit sejak empat tahun lalu .

protest at batu cave temple 261012 04Beliau berkata semalam bahawa kelulusan bagi pembinaan kondominium itu telah dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan hanya mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

Sementara itu ketika ditanya siapa yang akan dipersalahkan dalam isu tersebut, Samy Vellu dan Nadarajah berkata mereka bukan berada di situ untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi mahu melindungi kuil dan persekitarannya.

Lim kemudian mencelah dengan berkata: "Saya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Datuk (Nadarajah), tetapi saya akan berkata, 'Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menghentikannya?'

Katanya, jika majlis sekarang tidak menghentikannya, maka merekalah yang akan dipersalahkan.

 
MIC seru kaum India bantah kondo dibina di Batu Caves
  • Bernama
  • 2:27PM Okt 25 2012
 
Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menyeru kaum India dari seluruh negara supaya menyatakan bantahan mereka secara aman bagi menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat dalam kawasan Batu Caves.

NONEKatanya, kerajaan Selangor patut campurtangan dan menghentikan segera pembinaan kondominium tersebut.
  
Kerajaan negeri, tegasnya, tidak wajar mengambil risiko kerana kawasan itu adalah bukit batu kapur bukan granit seperti di Damansara.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata batu kapur mudah menyerap air dan mengembang terutama ketika hujan lebat.

"Kondo itu dan juga gua mungkin runtuh, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang sekiranya aktiviti pembangunan terus dibiar berlaku di situ," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau berkata kerajaan Selangor harus mengenal pasti kawasan baru untuk projek kondominium tersebut.
  
- Bernama
 
 
about an hour ago

Jumaat, 26 Oktober, 2012.

KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves!



Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC.

Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun!

Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.

Mengapa boleh jadi begitu?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.

Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.

Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.

Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

JALAN PULANG
— with Pkrssu Sg Siput, Nooriyah Mohd Ali, AnakSungai Derhaka and 47 others.
 
 
Tiga lingkaran di balik masalah pengangkutan
  • Hazlan Zakaria
  • 4:01PM Okt 25 2012
 
Masalah pengangkutan awam di negara ini berkisar dalam "lingkaran Proton, politik dan keuntungan", kata Kumpulan Kerja mengenai Pengangkutan Awam Di Malaysia (KKPAM).

"Proton menjadi masalah tunggal terbesar yang dihadapi pengangkutan awam di Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan (Cetdem) Gurmit Singh, yang mewakili pertubuhan itu dalam jawatankuasa kerjanya.

energy policy shortcomings 140207 gurmit singh ks 1Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini bagi mempromosi forum awam berhubung pengangkutan awam KKPAM yang dijadual berlangsung pada 3 November ini di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Gurmit (kanan) mengeluh ekoran fokus terhadap kenderaan peribadi dan promosi pengilang kenderaan nasional hampir 30 tahun menyebabkan kerajaan mengabaikan keperluan kepada infrastruktur pengangkutan awam secara langsung dan tidak langsung.

Aktivis alam sekitar itu berkata, amaran awalnya berhubung perkara itu disekat oleh media arus perdana yang didakwa memesongkan kata-katanya dan "mencetak pembohongan mutlak".

Sementara itu, pesara tentera NB Deyananda menyalahkan politik sebagai punca pengangkutan awam tidak memuaskan, selain isu lain seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

"Orang terbabit sudah berkuasa lebih empat dekat dan di belakang semua masalah ini... Jawapan saya, untuk menyelesaikan masalah ini, kamu tukarlah orang yang bertanggungjawab," kata bekas pegawai tentera darat itu.

Eidul Adha: Medan dakwah Rasulullah

-, 24 Okt 2012

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Eidul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban.

Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukun Islam kelima.

Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.

Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah.

Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.

Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tapak kekuasaan Islam.

Tidak lama selepas peristiwa itu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam.

Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil contoh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.

Begitu juga ibadah qorban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengam ketaatan dan ujian yang berat.

Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal qorban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman dan mengemudinya di Mekah, Palestin dan Syam.

Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.

Marilah kita mengambil pengajaran diatas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT.

Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.

Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.

Ulama tanpa umat ada majikan

-, 24 Okt 2012

Ulama di Malaysia tidak punya umat, tetapi mereka memiliki majikan.

Demikian sindiran tajam Datuk Dr Siddiq Fadzil ketika menjawab soalan saya di Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk ‘Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam kelmarin.

Mereka yang hadir di Wacana tersebut sangat mengertikan maksudnya dan Dr Siddiq pun tidak menyambung kata-katanya, barangkali juga merasakan para hadirin sudah mempunyai jawapannya sendiri.

Beliau telah menjawab soalan saya di majlis itu yang berbunyi: “Telah diketahui umum bahawa Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi disebabkan kewibawaannya telah melayakkannya menjadi pemimpin ulama sedunia. Oleh itu, bilakah pula Malaysia boleh melahirkan ulama sehebat beliau.”

Lalu Dr Siddiq menjawab bahawa ulama di Malaysia tidak punya umat, tetapi mereka hanya memiliki majikan.

Dalam pengertian umum, seseorang yang punya majikan, ia akan patuh dengan suruhan majikannya dan tidak boleh ada sebarang dalih untuk engkar apalagi untuk membantah.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula, yang menjadi salah seorang ahli panel Wacana tersebut menghuraikan bahawa untuk menjadi ulama besar, seseorang perlu memiliki ilmu yang banyak, pembacaan yang luas, pendedahan yang juga luas dan pemikiran terbuka seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Katanya, Dr Yusuf Al-Qaradhawi membaca dan mengkaji begitu banyak bahan bacaan bukan saja buku agama tetapi juga pelbagai buku yang lain, sangat berpengalaman, memahami realiti masyarakat yang ada, di samping sering berbincang, menyebabkan beliau mempunyai fikiran terbuka dan terkini.

Wacana Sinar Harian Ke-15 itu memfokaskan ‘Peranan Ulama Menasihati Pemimpin’ – suatu tajuk yang sangat menarik. Moderatornya Dr Maszlee Malik dan panelisnya Datuk Dr Siddiq Fadzil, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Syahrin Md Jamaludin dari Pemuda Umno.

Dr Siddiq menyatakan kebimbangan dengan situasi sekarang iaitu politik wang begitu kuat dan amat khuatir sekiranya tidak dikawal, pemimpin tidak lagi ditentukan oleh undi rakyat tetapi oleh kapitalis yang menyediakan dana untuk memenangkan dan mengangkat mereka ke puncak kuasa.

Dr Mohd Asri Zainul pula berpendapat bahawa pemimpin boleh ditegur, tetapi perlu dengan tertib dan profesional. Baginya, pemimpin boleh dikritik secara terbuka jika menyentuh hal-hal yang berhubung dengan kepentingan umum, tetapi hal-hal bersifat pribadi boleh ditegur dengan memberitahu secara peribadi seperti soal menutup aurat dan sebagainya.

Dr Asri menyatakan lagi bahawa kita jangan meraikan ulama yg mengampu, umpamanya yang mengeluarkan fatwa bahawa bagi duit dapat pahala, dengan tidak mengetahui duit itu datang dari sumber mana.

Menurutnya, tokoh agama diheret dalam usaha mendapat pengaruh politik dan menambah jika ulama masuk Umno maka mereka hanyut. Katanya, inilah budaya Umno dan beliau mengaku bahawa beliau bukan aktivis PAS atau mana-mana parti politik.

Mengenai sejauh mana ulama PAS boleh ditegur? Beliau menjawab bahawa PAS belum jadi pemimpin negara, oleh itu tidak boleh dibahas sekarang. Dulu, katanya Umno terlalu selesa dan sangat sombong sehingga tidak boleh ditegur. Kalau menegur pemimpin peringkat atasan esok 'taulah akibatnya', katanya.

Dr Siddiq Fadhil pula berkata sambil tersenyum, dalam politik pendapat ulama dilihat tidak penting. “Yang ada ialah pendapatan,” katanya dengan berseloroh  dan menambah, “Itulah realitinya peranan ulama sekarang.”

Selanjutnya beliau berkata, kalau ulama tidak takut kepada Allah tetapi takut pada bosnya, maka itu bukan ulama.

Syahrin pula menyebutkan bahawa kini begitu mudah orang menggelar seseorang itu ulama hingga masyarakat keliru.

Beliau turut menafikan bahawa Umno tidak mahu merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Bukan tidak mahu buat, tetapi apa yang penting ialah pendekatan dan kaedah yang perlu kita gunakan dalam merealisasikan perkara (hudud) ini,” katanya.

Moderator Wacana Sinar Harian ke-15, Dr Maszlee Malik pula menggesa para mufti menyatakan pendirian mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai hudud yang kebelakangan ini didakwa semakin lantang memainkan isu itu.

Menurutnya, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ahad lalu, yang tidak mengkritik kenyataan Soi Lek, seolah-olah menunjukkan pandangan Soi Lek adalah benar.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menambah: "Para mufti dan ilmuwan setiap negeri mesti membuat pendirian dan pendapat sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan Soi Lek atau pun tidak.”

“Sama ada mereka redha atau tidak dan apakah pendirian serta langkah yang perlu diambil. Perdana Menteri pun tidak menafikan apabila Soi Lek membuat kenyataan seperti itu, seolah-olah membenarkannya walaupun ketika itu Perdana Menteri turut hadir dalam perhimpunan MCA baru-baru ini," katanya pada sidang media selepas Wacana Sinar Harian itu.

Wacana tersebut yang dihadiri pelbagai golongan dilihat sangat terbuka dan menyerlah. Seperti kata Dr. Maszlee, Sinar Harian akan dikenang dalam sejarah kerana peranannya mengadakan wacana seperti ini yang membuka minda untuk berfikir dan memberikan ruang kebebasan untuk bersuara.

Fokus perbincangan pada Wacana itu ialah mengenai fungsi ulama iaitu ahli panel, malah para peserta menyatakan rasa kecewa dengan keadaan sesetengah ulama sekarang yang kelihatan begitu lemah, tidak mampu untuk muncul ke depan  menyatakan yang hak. Malah ada tendensi, sesetengah mereka, terikat dengan pelbagai bentuk kawalan, menyebabkan mereka menghadapi tekanan psikologi yang mengakibatkan lumpuhnya daya juang mereka untuk mempertahankan kebenaran.

Pada pendapat saya, sewajarnyalah lebih banyak lagi wacana seperti ini diadakan, justeru saya percaya, masih ramai kalangan ilmuwan kita yang prihatin bersedia mengeluarkan pendapat.

Inilah masanya suasana yang mencetuskan pemikiran seperti wacana ini diperbanyak dan diadakan selalu kerana boleh membantu menukarkan suasana jumud dan lesu masyarakat sekarang kepada suasana yang menghantar kepada keadaan yang membolehkan hidupnya suasana berfikir.

Oleh sebab itu, ulama perluah bersedia menjadi prime-mover, penggerak utama ke arah ini.
Lelaki belasah ibu mertua
ADILA SHARINNI WAHID
24 Oktober 2012
Lelaki belasah ibu mertua
Tertuduh sempat tersenyum ketika gambarnya dirakam sewaktu keluar dari mahkamah, semalam.
KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membelasah ibu mertuanya hingga mangsa patah tulang rusuk, September lalu.
Hukuman terhadap Azmi Zahari, 37, bagaimanapun ditangguhkan berikutan menunggu laporan perubatan warga emas terbabit.
Azmi dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Meriam Deraman, 80, iaitu patah dua tulang rusuk kiri kerana ditumbuk di pinggang dan pipi kiri selain menghantukkan kelapa mangsa ke dinding.
Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi, 23 September di hadapan sebuah rumah di Kampung Che Deris, Jalan PCB di sini.
Tertuduh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut bersambung pada 28 November depan.

 Haiwan Korban Pasrah Dengar Nama ALLAH Disebut!
Posted on Friday, October 26 @ 23:21:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Sangat kagum!  Di dalam suatu video dokumentari, telah ditunjukkan bagaimana haiwan-haiwan yang bakal disembelih kelihatan tunduk dan pasrah apabila disebut nama tuhan haiwan-haiwan ini, iaitu ALLAH.

Malu rasanya.  Kerana kita yang manusia ini, yang beriman ini, jarang tunduk apabila disebut nama ALLAH.  Fikir-fikirkan...

Disunting dari artikel bertajuk:
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH.  Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut.  ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

“Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.”  
(Surah al-An`am, 6:18)
Dan firman ALLAH: 

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.”  
(Surah al-An`am, 6:121)

Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.

Di dalam suatu video dokumentari mengenai penyembelihan haiwan menurut cara Islam, video tersebut cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia.  Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri.  
Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan yang bakal disembelih kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”.  Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan.  [Tonton di sini]



Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video tersebut, “Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH.  Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”

Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih.  Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan.  Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.

Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih.  Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya.  Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq.  Justeru, berimanlah dengan ALLAH.  Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya.  Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.

“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.


*Sumber:  http://muzir.wordpress.com/2011/08/18/rela-menyerah-diri-dengan-basmalah-takbir/ "


Gagal pujuk Mak Tom, skandal seks Azmin Ali pula bakal muncul masa terdekat

TENTU anda masih ingat bagaimana sebelum ini, Ummi Hafilda mengheret ibunya Mak Tom, ke kaca televisyen TV3 untuk memburuk-burukkan Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN.

Di kala seluruh rakyat Malaysia beragama Islam, sanggup bergolok bergadai untuk pulang berhari raya bersama keluarga, Ummi Hafilda sanggup membawa ibunya berhari raya di perantauan, iaitu di sebuah Resort di Melaka semata-mata demi politik murahan.

Bagi yang belum menyaksikan drama ciptaan Ummi Hafilda itu, sila klik sini [Ummi beraya di perantauan].

Sebuah email yang dikirim kepada MiLo SuaM, kali ini mendedahkan bahawa Ummi Hafilda sekali lagi cuba mengheret ibunya ke kaca televisyen untuk memburukkan Azmin sempena Hari Raya Haji bagi menjayakan agenda politik murahannya.

Namun difahamkan, Mak Tom telah menolak kerja gila Ummi Hafilda dan enggan diheret lagi ke kancah politik murahan seperti itu. Maka sebagai gantian, skandal seks Azmin Ali pula yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Di bawah ini email yang dimaksudkan (screenshot).



Pengirim email yang mengaku sebagai salah seorang ahli Umno bahagian Putrajaya itu mendakwa beliau sudah tidak sanggup melihat budaya fitnah dan membunuh sesama Melayu sedangkan India dan Cina semakin bersatu.

Pengirim email yang nampaknya merupakan penyokong tegar Umno ini, meminta MiLo SuaM mendedahkan perancangan United Malays National Organization, Umno untuk mengulangi skandal seks Azmin Ali dalam masa terdekat.

Beliau yang mengaku masih menyokong dan sayangkan Umno berharap skandal seks ini tidak diteruskan sambil menyifatkan Umno yang selama ini diasaskan untuk memperjuangkan hak dan pusaka bangsa sudah rosak dan lari dari perjuangan.

ReJaM© "Rupa-rupanya masih ada penyokong Umno yang pandai menggunakan otaknya... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/gagal-pujuk-mak-tom-skandal-seks-azmin.html#ixzz2ASX7GaDy

Skim graduan beli kereta lebih membebankan orang muda - KEADILAN

JAWAPAN Dato' Mustapha Mohamad bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais sudah dijangkakan. Namun, kenyataan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa skim-skim pembiayaan yang ditawarkan kepada graduan dan siswazah boleh membantu meringankan bebanan harga kereta yang mahal memberi gambaran yang salah dan berbahaya.
Institusi kewangan di Malaysia memang menawarkan pakej pembiayaan kereta tanpa sebarang cagaran untuk tempoh 10 tahun, khusus untuk graduan baru dan siswazah yang masih menuntut. KEADILAN berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya menambah keberhutangan rakyat Malaysia dari umur yang begitu muda.
Masalah pokok bebanan bayaran ansuran kereta yang tinggi adalah cukai eksais dan cukai-cukai lain yang dikenakan sehingga mencecah 100%. Kaedah pencukaian secara sembunyi yang digunapakai Umno/Barisan Nasional selama ini menyebabkan rakyat terpaksa berhutang dalam tempoh masa yang panjang untuk membayar cukai kepada kerajaan.
Memanjangkan tempoh pinjaman untuk memberikan gambaran bahawa harga kereta lebih murah adalah satu langkah tidak menyelesaikan masalah, malah makin membebankan kerana terpaksa membayar faedah bagi tempoh yang lebih panjang.
Perbandingan berikut yang dibuat bagi 5 kereta utama yang sering dibeli oleh golongan muda menunjukkan perbezaan di antara cadangan Pakatan Rakyat yang menurunkan harga dengan menghapuskan cukai dan reaksi Barisan Nasional yang memanjangkan tempoh berhutang:

Proton Saga
Perodua MyVi
Proton Preve
Toyota Vios
Honda City
Harga atas jalan
42,000
56,000
62,000
74,000
85,000
Kadar faedah sewa beli
2.8%
2.8%
2.8%
2.5%
2.5%
Jumlah faedah dibayar
11,760
15,680
17,360
18,500
21,250
% faedah dibayar berbanding harga (termasuk cukai eksais)
28%
28%
28%
25%
25%
Ansuran bulanan
448
597
661
771
885
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)
500
500
500
500
500
% ansuran dari gaji purata RM1,800
25%
33%
37%
43%
49%
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800
53%
61%
65%
71%
77%





Harga kereta tanpa cukai eksais










% cukai yang dikenakan
85%
85%
85%
85%
85%
Harga atas jalan tanpa cukai eksais
22,703
30,270
33,514
40,000
45,946
Jumlah faedah dibayar
6,357
8,476
9,384
10,000
11,486
Ansuran bulanan
242
323
357
417
479
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)
500
500
500
500
500
% ansuran dari gaji purata RM1,800
13%
18%
20%
23%
27%
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800
41%
46%
48%
51%
54%





Penjimatan bulanan (RM)
206
274
304
354
407

(Perbandingan dibuat berdasarkan gaji purata RM1,800, pinjaman 10 tahun tanpa cengkeram)
Berdasarkan perbandingan tersebut:
§  Graduan muda terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya separuh dari gaji (53%) untuk menanggung ansuran kereta dan kos kereta, dibawah dasar kereta Umno/Barisan Nasional
§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda menjimatkan 50% dari bayaran ansuran kereta yang ditanggung berbanding sekarang (contoh: Proton Saga ansuran RM242 berbanding ansuran RM448)
§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda berpendapatan RM1,800 sebulan paling kurang akan menjimatkan RM206 sebulan, bersamaan dengan kenaikan gaji 12%
§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, harga Proton Saga hanyalah RM22,703
KEADILAN tetap dengan pendirian bahawa menghapuskan cukai eksais adalah cara terbaik mengurangkan beban orang muda di samping menambahbaik industri automotif Malaysia, bukannya dengan menggalakkan orang muda berhutang dengan lebih lama.
Jawapan Dato' Mustapha Mohamad hanyalah alasan tanpa memberi sebab sebenar kenapa Umno/Barisan Nasional menolak cadangan ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 OKTOBER 2012 

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/skim-graduan-beli-kereta-lebih.html#ixzz2ASXPLhWb

Tuduh PKNS jual aset, Noh Omar tak tahu apa yang dia cakap

SEMENJAK kebelakangan ini Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas Selangor sering keluar di akhbar-akhbar tempatan dengan cerita-cerita lucu.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau sudah terdesak untuk menonjolkan diri sebagai calon Menteri Besar.



Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' (kejahilan) Noh dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potential nilai aset-aset yang dimiliki.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor, hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/tuduh-pkns-jual-aset-noh-omar-tak-tahu.html#ixzz2ASXoR6YL
 
 

Skandal dana RM40 juta, laporan juga dibuat di Bank Negara Malaysia caw. Sabah

KAMI tiba jam 11.30 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis pengawal Bank Negara Malaysia, cawangan Sabah kerana tidak mendapat arahan pihak atasan BNM. Selepas 15 minit menunggu, kehadiran anggota polis termasuk SB di BNM cawangan Sabah. 

Selepas menunggu hampir setengah jam kami meminta agar dibenarkan kami untuk masuk menyerahkan laporan. Tetapi tidak dibenarkan dan kami minta agar beritahu kepada pihak pengurusan BNM Cawangan Sabah untuk terima laporan berkaitan isu skandal RM40 juta tersebut yang turut dilakukan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat . 

Dalam jam 12.05 tengahari barulah kami dibenarkan masuk, saya bersama Ervieana Ansari ( Naib Ketua AMK Malaysia ), Datuk Nani Sakam (Setiausaha Biro Strategi KEADILAN sabah) dibenarkan masuk dan menyerahkan laporan rasmi agar siasatan dibuat oleh BNM kepada En. Ishak Musa, Pengurus BNM Cawangan Sabah .

Turut hadir bersama dalam penyerahan tadi selain Pn Ervieana Ansari , Datuk Nani Sakam, juga Datuk Idris Alli ( AJK Biro Strategi KEADILAN Sabah, Jingga 13 Sabah dan teman-teman KEADILAN Kota Kinabalu. 

Fariz Musa
KOORDINATOR JINGGA 13 MALAYSIA

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/skandal-dana-rm40-juta-laporan-juga.html#ixzz2ASYDCOW0

Gara-gara mahu permit individu, Utusan Malaysia mula burukkan pemandu teksi

SALAH satu tuntutan pemandu teksi kelmarin ialah mahu Rejim Barisan Nasional memberikan permit individu kepada mereka kerana bayaran sewa yang dikenakan kepada pemilik permit terlalu membebankan.

Mana tidaknya, seorang sahaja kroni Umno memiliki berpuluh-puluh permit teksi untuk disewakan dan mengambil untung atas angin apabila menyewakan permit milik mereka kepada pemandu teksi yang bertungkus lumus membanting tulang setiap hari.

Gara-gara tuntutan ini, nampaknya akhbar propaganda Utusan Malaysia milik United Malays National Organization, Umno sudah hilang punca apabila golongan pemandu teksi mengancam akan berkempen untuk Pakatan Rakyat jika tuntutan mereka tidak ditunaikan [Malaysiakini].

Sehari selepas golongan pemandu teksi yang dianggap sebagai "duta kecil" kerajaan itu mengancam mahu berkempen untuk Pakatan Rakyat, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) mula menyerang golongan itu dengan cara memburuk-burukkan mereka.





Nampaknya Umno dan Barisan Nasional melalui akhbar rasmi milik mereka sudah mengistiharkan perang kepada golongan pemandu teksi. Ini merupakan berita baik untuk Pakatan Rakyat.

Ini juga merupakan petanda bahawa tuntutan golongan pemandu teksi tidak akan dilayan oleh Rejim Barisan Nasional. Faham sajalah, permit teksi yang dipegang oleh kroni-kroni Umno merupakan sumber "untung atas angin" mereka.


ReJaM© "Kini golongan pemandu teksi pula akan membenci Umno dan Barisan Nasional... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/gara-gara-mahu-permit-individu-utusan.html#ixzz2ASYRfghs

"Saya tak pernah perang dengan KCS," MB Kedah.
Posted on Friday, October 26 @ 20:55:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan