S'gor hantar surat tuntutan maaf pada Utusan, Zaini
Majlis mesyuarat kerajaan Selangor kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini berkenaan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwanya berunsur fitnah dan hasutan. "Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil terhadap akhbar dan penulisnya, Datuk Zaini Hassan kerana artikel tersebut berniat jahat, palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau merujuk kepada artikel bertajuk "Jual aset PKNS: Sultan
Selangor murka?" yang tersiar dalam muka 11 Utusan Malaysia hari ini.
Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini.
"Kerajaan negeri juga telah mengarahkan PKNS mengambil tindakan yang sama," kata Abdul Khalid selepas mesyuarat exco hari ini.
"Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan," tambahnya.
Teknologi membran dimulakan di Shah Alam
Bagi
menambah bekalan air negeri, Selangor akan memperkenalkan teknologi
penapisan membran yang dipertikaikan kerajaan pusat di sebuah loji
lamanya di Shah Alam yang ditutup 17 tahun lalu, sebagai projek
perintis.
Exco negeri Xavier Jayakumar berkata, dengan kos antara RM50 hingga RM80 juta untuk baik pulih dan naik taraf, Loji Rawatan Air Bukit Jelutong yang ditutup pada 1995 itu dijangka dibuka semula dalam tempoh enam bulan.
"Ini merupakan antara daya usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknologi yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor," katanya.
Menurut Xavier, semua kos akan ditanggung kerajaan negeri.
Dalam kenyataannya hari ini, Xavier berkata, pembukaan semula loji itu akan menghasilkan air terawat sebanyak 50 hingga 100 juta liter sehari (mld) dan menampung lebih daripada separuh permintaan air tambahan di Shah Alam.
Katanya lagi, kerajaan negeri juga mengarahkan syarikat perunding untuk menyiapkan laporan dalam masa dua bulan bagi diteliti dan dinilai oleh Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi (Upen) Selangor.
Loji air tersebut dibina pada tahun 1963 dan ditutup pada awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara tercemar di tahap 4.
Sementara itu, Xavier juga memberitahu sudah melawat loji itu di seksyen 13 bersama pegawai Upen, yang disertai pegawai dari Konsortium ABBAS, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan syarikat perunding.

Mahfuz: Jangan bayar saman AES
Naib
Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak
membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir
mempertahankan diri di mahkamah.
Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.
"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.
"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.
"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.
"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.
Kementerian berkenaan mendedahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun semalam.
PNB sebelum ini telah menafikan dakwaan aktivis warisan, Teoh Chee Keong bahawa ketinggian menara itu akan ditambah kepada kira-kira 120 tingkat.
Jawapan bertulis itu juga mengesahkan bahawa projek ini akan melibatkan pengambilalihan tanah swasta sekitar tapak menara serta tanah kerajaan bagi projek tersebut, serta pembinaan jalan akses tambahan.
Sekali lagi, ini bercanggah dengan penafian PNB bahawa tiada tanah swasta yang akan terlibat
Kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.
Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.
Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).
Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.
Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.
Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur.
Selain itu, katanya, projek berkenaan mesti juga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih luas dalam ruang kawasan terbabit dan mewujudkan peluang perniagaan.
"Projek ini mesti memenuhi syarat-syarat tersebut dan jika ia dipenuhi, ia boleh diteruskan.
"Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean ke-7 bertema "Discovering Tomorrow's Asean", di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berkata, ia adalah projek jangka panjang dan tidak harus dilihat bagi tempoh satu atau dua tahun.
Semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.
“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020".
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.
Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Ia merupakan kenyataan yang semberono. Kita bercakap mengenai kesinambungan.
"Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia."
Selain itu, beliau berkata Warisan Merdeka merupakan projek 10 tahun dan melepasinya dan kawasan di sekitar Stadium Merdeka, lokasi projek itu, merupakan kawasan strategik.
"Jika anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi.
"Baik kita bayangkan KL pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir," kata Najib.
Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.
"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.
"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.
"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.
"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.
Menara Warisan Merdeka 118 tingkat, kata kementerian
Walaupun penafian
awal oleh syarikat pemaju, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, tetapi
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengesahkan
bahawa ketinggian Menara Warisan Merdeka, memang akan ditambah menjadi
118 tingkat - daripada 100 tingkat yang dirancang.Kementerian berkenaan mendedahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun semalam.
PNB sebelum ini telah menafikan dakwaan aktivis warisan, Teoh Chee Keong bahawa ketinggian menara itu akan ditambah kepada kira-kira 120 tingkat.
Jawapan bertulis itu juga mengesahkan bahawa projek ini akan melibatkan pengambilalihan tanah swasta sekitar tapak menara serta tanah kerajaan bagi projek tersebut, serta pembinaan jalan akses tambahan.
Sekali lagi, ini bercanggah dengan penafian PNB bahawa tiada tanah swasta yang akan terlibat
Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat
Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre
menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan
kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100
tingkat.Kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.
Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.
Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).
Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.
Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.
Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur.
PM: Menara 100 tingkat diterus selagi berdaya maju
Cadangan
pembinaan menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat oleh Permodalan
Nasional Bhd akan hanya diteruskan jika ia berdaya maju, kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Selain itu, katanya, projek berkenaan mesti juga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih luas dalam ruang kawasan terbabit dan mewujudkan peluang perniagaan.
"Projek ini mesti memenuhi syarat-syarat tersebut dan jika ia dipenuhi, ia boleh diteruskan.
"Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean ke-7 bertema "Discovering Tomorrow's Asean", di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berkata, ia adalah projek jangka panjang dan tidak harus dilihat bagi tempoh satu atau dua tahun.
Semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.
“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020".
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.
Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Ia merupakan kenyataan yang semberono. Kita bercakap mengenai kesinambungan.
"Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia."
Selain itu, beliau berkata Warisan Merdeka merupakan projek 10 tahun dan melepasinya dan kawasan di sekitar Stadium Merdeka, lokasi projek itu, merupakan kawasan strategik.
"Jika anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi.
"Baik kita bayangkan KL pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir," kata Najib.
Jambatan usang pun tak terjaga, kata Anwar
Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak kerana mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang
menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan
jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan, lapor TV Selangor.
"Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka.
"Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan!" perli Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh penyokongnya pada ceramah petang semalam.
Sebelum ini calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah jatuh ke laut dua kali akibat keusangan jambatan di Batu Sapi. Kali terakhir beliau jatuh semasa mengggunakan jambatan itu di Kampung Gas.
Anwar berucap di hadapan lebih seribu penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat Sandakan petang semalam dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat.
Katanya, kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Najib yang mewakili Umno-BN.
Beliau berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' BN, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon PKR ke Parlimen 4 November ini menjadi pukulan kepada Umno-BN.
"Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.
"Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp," kata Anwar.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.
"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.
"Di Kedah pula selepas memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,000 dan macam-macam lagi," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan dengan bersama-sama melakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun.
Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi dianggap penting kepada rakyat Sabah khususnya dalam usaha mendapat pembelaan sebenarnya apabila diabaikan oleh pimpinan BN sejak sekian lama meskipun negeri itu makmur dengan sumber asli dan alamnya.
Seramai 1,615 pengundi pos di P185 Batu Sapi akan membuang undi bermula hari ini.
22 Oktober 2010, 9.40 minit malam
Laman 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower sehingga ke saat ini sudah mengumpulkan 101,000 peminat ataupun saya namakan mereka sebagai aktivis sosial yang sekeras-kerasnya membantah cadangan mendirikan Menara Warisan yang dijangka menelas kos hampir RM10 bilion.
Saya bukan peminat fanatik facebook. Namun sebagai seorang pensyarah, hampir setiap hari saya terpaksa mengaksesnya.
Pelajar-pelajar saya lebih banyak bergantung kepada media sosial ini berbanding dengan media lama iaitu emel. Cuma, sehari dua ini saya menjadi terlalu obses dengan laman facebook ini.
Saya pada mulanya agak pesimistik terhadap kewujudan laman 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower ini.
Masakan tidak, selalunya sesebuah laman yang memprotes apa-apa agenda kerajaan hanya akan mampu menarik sekurang-kurangnya 10,000-20,000 peminat dan selepas itu akan lenyap begitu sahaja.
Namun, terdapat dua hal yang amat menarik perhatian saya terhadap kewujudan laman ini.
Pertama, pada awalnya pemilik laman ini dihalang daripada mengakses lamannya sendiri. Secara langsung menampakkan bahawa seolah-olah wujudnya arahan daripada individu tertentu kepada pentadbiran Facebook untuk menghalang pemiliknya daripada berkomunikasi dengan aktivis-aktivis sosial yang meningkat seratus orang bagi setiap 5 minit.
Tapisan halus ini walau bagaimanapun tidak bertahan lama dan ditarik balik mungkin kerana pihak pentadbiran Facebook dan individu tertentu akur dengan suara ribuan aktivis sosial ini.
Keduanya, mesej-mesej yang dipaparkan di laman berkenaan nyata merupakan satu amaran yang amat keras kepada pentadbiran Najib untuk menghormati hak rakyat dan seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah yang sedang membelenggu rakyat marhean ini daripada menghabiskan duit rakyat dengan melaksanakan projek ini.
Kata mereka projek ini hanya akan menguntungkan puak pemerintah sahaja dan sekurang-kurangnya akan menguatkan teori Marxism bahawa yang kaya akan terus kaya dan miskin akan hancur binasa dibumi sendiri.
Kebanyakkan aktivis sosial ini sudah muak dengan kedaifan sistem pengangkutan dan sistem kesihatan di negara ini. Malah, ada yang yang amat marah dengan sistem kebajikan di negara kita yang didakwa tarafnya menyamai negara-negara dunia miskin.
Lebih daripada itu, ada yang mahukan RM5 bilion itu digunakan untuk memantapkan sistem pendidikan negara serta membantu meningkatkan taraf masyarakat Orang Asal di negara ini yang sekian lama tidak dipedulikan.
Saya tertanya-tanya mengapa tiada langsung peruntukkan untuk komuniti masyarakat India? Apa, dengan membantu sekolah-sekolah tamil maka masalah sosioekonomi masyarakat India ini akan dapat diatasi dengan efisien? Entahlah. Paling memeningkan, MIC hanya memilih untuk diam.
9.58 minit malam
101, 662 aktivis sosial membantah cadangan pembinaan Menara Warisan ini. Angka ini akan terus meningkat dan di kala pemimpin kita komited untuk mempertahankan Putrajaya walaupun berkecai tulang dan juga badan, walaupun bercerai jasad dari nyawa, ingatlah bahawa beratus ribu aktivis ini akan jadi penentu siapa ke Putrajaya.
10.18 minit malam
102,533 aktivis sosial sudah mengundi untuk menyahkan projek ini dan undian ini terus meningkat. Media aliran perdana pula memilih membutakan mata untuk tidak melaporkan nilai berita ini.
Untuk kali pertama dalam sejarah negara, rakyat Malaysia memilih untuk bangun dari tidur menentang kepincangan sistem pemerintahan negara ini. Selamat berjuang!
Penulis adalah pensyarah, Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman
Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata dan tiada sebarang kaitan dengan institusi yang sedang berkhidmat oleh penulis.
Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.
"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.
"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.
Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.
Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.
Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.
"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.
"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.
IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara online dengan melayari imrnetwork.my.

Menara Warisan, antara tulang, badan berkecai...

Hasan Ali tubuh rangkaian TV, radio online
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.
"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.
"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.
Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.
Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.
Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.
"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.
"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.
IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara online dengan melayari imrnetwork.my.
MB umum anggota pasukan petugas minggu depan
Kerajaan
Selangor akan mengumumkan keanggotaan pasukan petugas bebas mengkaji
isu sekitar pembinaan kondominium berhampiran kuil Subramaniar di Batu
Caves selepas mendapat persetujuan mereka yang dicadangkan.
Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia akan hanya diumumkan selepas mesyuarat mingguan exco minggu depan kerana beliau sendiri akan menghubungi nama-nama yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan petugas tersebut.
"Nama-nama yang kita anggap sesuai saya sendiri perlu dapat persetujuan daripada mereka," katanya selepas mesyuarat exco, sambil menambah pasukan petugas itu akan mempunyai lima sehingga tujuh orang anggota.
Pembentukan pasukan petugas itu diumumkan Khalid di Parlimen semalam dan menurutnya, ia mungkin diketuai seorang bekas hakim.
Anggota pasukan itu yang merangkumi perancang, peguam dan individu berkaitan industri, akan menasihati kerajaan negeri cara terbaik untuk mendepani isu tersebut bagi memastikan kesucian tempat itu terpelihara di samping tidak mengabaikan pembangunan yang telah dirancang.
"Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).
Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.
"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.
BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.
Ditanya adakah wajar Umno mengadakan perbincangan mengenai hubungan dengan MCA, Hasan berkata, beliau tidak akan campurtangan mengenai perkara itu.
"Soal Umno nak kaji, tak kaji, apalah Hasan Ali boleh buat. Dalam Umno ada ulama dan mereka ini yang sepatutnya berbincang.
"Hasan Ali tidak akan campurtangan dalam perkara itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran IMR Network di Shah Alam petang tadi.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah dapat menghapuskan "projek kroni", di mana rakyat dikenakan bayaran yang tinggi tanpa mendapat apa-apa faedah.
"Kerajaan negeri mengadakan perundingan dengan syarikat yang menguruskan sisa apabila kontrak berakhir pada Julai 2009," kata Lim (kanan) di majlis menandatangani kontrak tersebut hari ini.
"(Kami telah) dapat mengurangkan kos (sebanyak) RM11.2 juta setahun atau (sebanyak) 42.4 peratus (sepanjang) tiga tahun."
Lim berkata, dua majlis perbandaran (Pulau Pinang dan Seberang Perai) telah dapat menjimatkan RM33.5 juta di kawasan ini, dan membuktikan sekali lagi keberkesanan dasar CAT (kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) yang diamalkan kerajaan negeri.
Pertukaran syarikat konsesi itu dapat dilakukan selepas Pulau Pinang menarik diri daripada skim penswastaan pengurusan sisa pepejal di bawah Akta 672, dan memutuskan untuk menjalankan kerja tersebut melalui mekanisme majlis tempatan sendiri.
Sementara itu, Lim berkata, kos pengurusan sisa pepejal sejak tahun 2001 adalah kira-kira RM500 juta, ketika harga lebih rendah pada waktu itu.
"Dengan kontrak baru, kosnya ialah kira-kira RM300 (juta), walaupun apabila harga adalah lebih tinggi sekarang. Kita dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM200 juta. Itulah kebaikan tender terbuka. Ia membantu anda menjimatkan wang".
Beliau mempersoalkan kenapa harian berbahasa Cina itu memburukkannya sedangkan lebih banyak lagi penonton yang tetap kekal dalam acara itu walaupun di luarnya hujan lebat.
"Hujan lebat sehingga 7.30 petang dan sehingga 8 malam, majlis makan malam itu sudah penuh. Saya gembira dengan perkara ini," katanya selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya walaupun tujuh organisasi media membuat liputan program itu, hanya China Press yang melaporkan insiden keluar majlis itu.
"Jadi bagaimana kamu hendak jelaskan tentang orang ramai yang tetap menunggu walaupun hujan lepat," soalnya.
Sabtu lalu, China Press melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 orang yang hadir dalam program di Kulai meninggalkan majlis ketika Chua berucap.
Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia akan hanya diumumkan selepas mesyuarat mingguan exco minggu depan kerana beliau sendiri akan menghubungi nama-nama yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan petugas tersebut.
"Nama-nama yang kita anggap sesuai saya sendiri perlu dapat persetujuan daripada mereka," katanya selepas mesyuarat exco, sambil menambah pasukan petugas itu akan mempunyai lima sehingga tujuh orang anggota.
Pembentukan pasukan petugas itu diumumkan Khalid di Parlimen semalam dan menurutnya, ia mungkin diketuai seorang bekas hakim.
Anggota pasukan itu yang merangkumi perancang, peguam dan individu berkaitan industri, akan menasihati kerajaan negeri cara terbaik untuk mendepani isu tersebut bagi memastikan kesucian tempat itu terpelihara di samping tidak mengabaikan pembangunan yang telah dirancang.
DAP: Nak percaya ketua audit atau Rahman Dahlan?
Anggota
parlimen DAP hari ini menyelar tindakan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC)
yang mendakwa Pakatan Rakyat memanipulasikan perakaunan kreatif dalam
Laporan Ketua Audit Negara 2011."Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).
Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.
"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.
BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.
Isa: Peneroka jangan percaya 'makhluk perosak'
Pengerusi
Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengingatkan sesetengah
pihak supaya tidak mengorbankan Felda demi kepentingan politik mereka.
Beliau berkata pihak yang disifatkannya sebagai 'makhluk perosak' itu lebih berminat mendapatkan 'keuntungan politik' daripada membela nasib lebih 100,000 peneroka Felda seluruh negara.
"Saya minta semua peneroka Felda supaya jangan sesekali percaya apa yang keluar daripada mulut makhluk perosak ini. Kami juga minta peneroka dan anak peneroka jangan sertai mereka dan jadi makhluk perosak Felda.
"Kita bercakap berkenaan perniagaan menguntungkan peneroka sendiri. Makhluk perosak ini bercakap soal politik sahaja tanpa memikirkan apa terjadi kepada Felda akibat perbuatan mereka," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau menyampaikan sijil 'International English for Speakers of Other Languages' kepada 480 pelajar yang menamatkan program itu dengan jayanya di Balai Felda di ibu negara hari ini.
Mohd Isa bagaimanapun berkata sehingga kini perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak mendatangkan kesan yang besar kepada kepercayaan peneroka terhadap Felda sendiri.
"Ini kerana segala isu yang dilemparkan kita jawab dengan fakta yang tepat, seperti dakwaan kata Felda bankrap kita jawab dan sekarang dah senyap isu itu.
"Makhluk perosak ini cakap tak berdasarkan fakta, mereka hanya melempar sesuatu isu kepada peneroka tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak. Kita lakukan perkara yang betul, dan sudah tentu peneroka tak percaya dengan isu-isu yang dilemparkan itu," katanya.
-Bernama

'Biar ulama Umno bincang isu hudud dibangkit MCA'
Bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyerahkan kepada ulama
Umno bagi berbincang mengenai rakan mereka dalam BN, MCA, berhubung isu
hudud yang dibangkitkan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Ditanya adakah wajar Umno mengadakan perbincangan mengenai hubungan dengan MCA, Hasan berkata, beliau tidak akan campurtangan mengenai perkara itu.
"Soal Umno nak kaji, tak kaji, apalah Hasan Ali boleh buat. Dalam Umno ada ulama dan mereka ini yang sepatutnya berbincang.
"Hasan Ali tidak akan campurtangan dalam perkara itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran IMR Network di Shah Alam petang tadi.
P Pinang hapus 'kontrak kroni' untuk lupus sisa pepejal
Kerajaan
Pulau Pinang telah menandatangani satu kontrak dengan PLB Terang Sdn
Bhd untuk menguruskan pelupusan sisa pepejal di Pulau Burung.Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah dapat menghapuskan "projek kroni", di mana rakyat dikenakan bayaran yang tinggi tanpa mendapat apa-apa faedah.
"Kerajaan negeri mengadakan perundingan dengan syarikat yang menguruskan sisa apabila kontrak berakhir pada Julai 2009," kata Lim (kanan) di majlis menandatangani kontrak tersebut hari ini.
"(Kami telah) dapat mengurangkan kos (sebanyak) RM11.2 juta setahun atau (sebanyak) 42.4 peratus (sepanjang) tiga tahun."
Lim berkata, dua majlis perbandaran (Pulau Pinang dan Seberang Perai) telah dapat menjimatkan RM33.5 juta di kawasan ini, dan membuktikan sekali lagi keberkesanan dasar CAT (kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) yang diamalkan kerajaan negeri.
Pertukaran syarikat konsesi itu dapat dilakukan selepas Pulau Pinang menarik diri daripada skim penswastaan pengurusan sisa pepejal di bawah Akta 672, dan memutuskan untuk menjalankan kerja tersebut melalui mekanisme majlis tempatan sendiri.
Sementara itu, Lim berkata, kos pengurusan sisa pepejal sejak tahun 2001 adalah kira-kira RM500 juta, ketika harga lebih rendah pada waktu itu.
"Dengan kontrak baru, kosnya ialah kira-kira RM300 (juta), walaupun apabila harga adalah lebih tinggi sekarang. Kita dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM200 juta. Itulah kebaikan tender terbuka. Ia membantu anda menjimatkan wang".
Chua salahkan akhbar isu keluar majlis
Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini menyalahkan akhbar China Press kerana mengetengahkan isu penonton keluar daripada majlis makan malam parti itu ketika beliau berucap di Kulai pada Sabtu lalu.Beliau mempersoalkan kenapa harian berbahasa Cina itu memburukkannya sedangkan lebih banyak lagi penonton yang tetap kekal dalam acara itu walaupun di luarnya hujan lebat.
"Hujan lebat sehingga 7.30 petang dan sehingga 8 malam, majlis makan malam itu sudah penuh. Saya gembira dengan perkara ini," katanya selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya walaupun tujuh organisasi media membuat liputan program itu, hanya China Press yang melaporkan insiden keluar majlis itu.
"Jadi bagaimana kamu hendak jelaskan tentang orang ramai yang tetap menunggu walaupun hujan lepat," soalnya.
Sabtu lalu, China Press melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 orang yang hadir dalam program di Kulai meninggalkan majlis ketika Chua berucap.
Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
BalasPadamAdakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut
{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita