Sabtu, 20 Oktober 2012

83 PERATUS TAK SOLAT@TAK SEMBAHYANG....KUATKUASA HUDUD TAK DE....AKHIRAT JAWAB

Kerajaan buat program cegah seks kerana masih pelajar
Posted on Thursday, October 18 @ 05:15:32 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Satu lagi tajuk berita yang sepatutnya merisaukan semua ibu bapa yang beragama Islam dalam usaha kerajaan untuk mencegah hamil luar nikah. Tajuknya : “No sex please...we’re students” bukankah tajuknya sepatutnya “No illegal sex please…we’re Muslim”?  Jelas bahawa objektif program ini ialah “ways to address the problem of teen pregnancies” menurut kata Menteri Wanita, Datuk Seri Najib iaitu untuk mencegah kehamilan di kalangan remaja bukan mencegah zina di kalangan remaja.

 
No sex please... we’re students
17 October 2012 KUALA LUMPUR (Oct 17, 2012): The government has since last month begun a pilot project, called Reproductive Health and Social Education, which teaches students about the risks of premarital sex. 
Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said the programme, introduced as part of the school curriculum, is one of the ministry's ways to address the problem of teen pregnancies. 
With these programmes, he said, the ministry hopes that the public would also cooperate to curb the problem of out-of-wedlock pregnancy among teenagers.
 


Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?
Posted on Saturday, October 20 @ 06:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Riduan Mohd NorHarakahDaily
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.

Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.

Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan ‘menikus’ untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.

Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan.

Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini.

Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka.

MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini?

DPPM percaya, umat Islam di negara ini merasa malu kerana mendapat pemimpin negara yang begitu lemah sehingga ada pemimpin parti komponennya yang menghina Islam lalu mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Sehubungan itu, DPPM mencabar Perkasa keluarkan kenyataan dan pendirian tegas berhubung sokongan terhadap UMNO dalam Barisan Nasional dalam PRU13.

Jika mengundi MCA dianggap haram, mengundi Umno yang bersekongkol dengan MCA bagaimana pula?

Justeru, Jika benar Perkasa mahu mendaulatkan Islam dan menjaga kesucian Islam, mereka perlu tegas dalam menyatakan ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ sekalipun mereka akan dihina dan dicemuh oleh Umno.

Persimpangan ini perlu dipilih dan Perkasa perlu ikhlas dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka dengan berpandukan perkara berikut: Mahu menjaga kepentingan agama Islam atau kepentingan politik dan dunia yang sempit sehingga mengundang kemurkaan Allah SWT.

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia 


Setpol Zambry rasmi Konsert Amal Tiger Beer
Posted on Saturday, October 20 @ 05:15:32 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Perakite
Inilah yang dimaksudkan Dr Mahathir Mohamad berkawan dengan syaitan yang dikenali. atau sekurang-kurangnya berkawan dengan air syaitan yang memang dikenali. Tengok lambang pun dah tau, syaitan ini haram.

Namun ada pak haji yang tergamak membantu merasmikannya.

 


Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie tidak boleh bersubahat merasmikan konsert amal itu yang jelas ditaja oleh Harimau @Tiger.

Konsert di Taiping itu khabarnya diadakan untuk menarik minta geng muda terutamanya kaum Tionghua berhibur sambil beramal di samping diadakan juga cabutan bertuah kepada pengunjung.

Janganlah (meskipun terdesak) dengan mengambil jalan mudah segala perkara tanpa menghirau maruah diri dan agama sehingga sanggup bersubahat.

Sumber: perakite.blogspot.com 


UMNO tipu kami untuk adakan demonstrasi ini...
Posted on Saturday, October 20 @ 05:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Anak Sungai Derhaka

Penduduk Flat Taman Medan Cahaya kesal sikap dengan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa didalangi Umno menggunakan pangsapuri mereka untuk memfitnah Kerajaan Negeri kononnya gagal memberikan air percuma kepada penduduk taman terbabit. 

Sedangkan menurut penduduk yang ditemui, mereka mula menikmati 20 meter padu air percuma sejak tahun 2011 lagi seperti yang dibuktikan dalam bil air yang ditunjukkan kepada Selangor Kini. 



Menurut A Ramlee Yahaya,48, yang mendiami Blok H memberitahu majoriti peserta demontrasi tersebut merupakan ahli-ahli Umno dan orang-orang luar yang tidak beliau kenal.

“Saya tahu sebab banyak muka yang saya tak pernah tengok pun dan ada juga yang saya dapat cam orang luar seperti bekas calon PRU-12 dari Umno, Munaliza Hamzah(bekas calon Umno Taman Medan) bukan penduduk kami.

“Selain itu orang-orang Umno seperti Ruslan Baba memang main peranan penting dalam demontrasi itu, tetapi orang sini sendiri memang tak ramai yang sertai,” ujar Ramlee.

Menurut Ramlee lagi, beberapa jawatan penting dalam Persatuan Penduduk Blok H juga dimonopoli beberapa pemimpin Umno peringkat akar umbi sekaligus menyebabkan kepentingan politik dibawa ke dalam persatuan itu.

Ramlee yang berada di lokasi ketika demontrasi itu diadakan, menganggarkan seramai kira-kira 150 orang yang menyertai demontrasi tersebut, bukannya sehingga 3,000 yang disebut oleh media perdana.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam memberitahu sebelum demontrasi ‘menuntut air percuma’ itu diadakan, persatuannya dimaklumkan tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

“Bila demo berlangsung, filem hina Nabi tak disentuh langsung, tetapi tuntutan air percuma pula yang dilaungkan, sedangkan kami dah terima air percuma,” kata Fuad yang kesal tindakan Umno menipu penduduk dengan menggunakan isu filem hina Nabi..

Terdahulu, media arus perdana menyiarkan laporan penduduk Taman Flat Medan Cahaya mengadakan demontrasi menuntut bekalan air percuma dari Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun menurut Adun Taman Medan, Haniza Talha, penduduk di situ mula menikmati air percuma apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengemukakan permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membolehkan pemberian tersebut disalurkan kepada unit-unit kediaman di situ ~Selangorku


Ceh!! tak habis-habis menipu orang puak-puak UMNO ni.. 

Kalau UMNO tumbang lepas PRU ni.. aku rasa mungkin akan ditubuhkan satu sayap baru dalam UMNO.. iaitu sayap Demonstrasi.. kerja depa buat demo saja sepanjang tahun...



Wartawan Ni Pun Satu Hal Gak, Tanya Soalan Silap Orang... Kah Kah Kah!
Posted on Saturday, October 20 @ 04:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog inderasipejuang
Wartawan bertanyakan kepada Datuk Seri Hj Najib (DSHN) Wassatiyah berkenaan kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek (DSCSL) yang mengatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan... maka dijawaplah oleh DSHN "Saya tak nak komen"... kah kah kah... apahal lah lu orang wartawan tanya SOALAN MAUT tu kat DSHN... beliau tu baru aje KEBAH dari DEMAM beb... selepas ditanya oleh BUDAK SEKOLAH RENDAH berkenaan NAJIS MUGHALAZAH... baru aje beliau NAK SIHAT lu orang dah nak tanya balik SOALAN MAUT kat beliau... bagilah beliau BERIHAT sikit beb, kah kah kah!

Lu orang wartawan kalau nak bertanyakan SOALAN pun AGAK-AGAK lah dengan soalan tu beb... tak kan soalan pun lu orang nak Kementerian Penerangan dan Komunikasi dan Multi Media nak SEDIAKAN... kah kah kah... cukuplah dengan AKTA-AKTA GILA yang dah DIPERKENALKAN oleh Kementerian PAN TIN TUN tersebut.... kah kah kah... lu orang patut TANYA soalan tesebut kepada TUN MAHADEAD ke...ULAMA MUDA UMNO ke... DATUK HASAN ALI PEJUANG AKIDAH ke... GURU PONDOK SAMAAH RM2 JUTA ke atau pun setidak-tidaknya kat Yb Nasharuddin Mat Isa.... kerana PERKARA-PERKARA sebegini mereka lagi ARIF DAN PANDAI... kah kah kah!.

Beliau tu bukan TAK BOLEH JAWAP beb... cuma kalau beliau jawap takut lu orang nanti TAK FAHAM dengan JAWAPAN beliau... sebab apa beb bukan lu orang aje nanti TAK FAHAM... gua sendiri pun nanti tak faham bila bunyi nya " EERRKK... EERRKK... EERRKK..." kah kah kah... jadi gua harap BEBENOR lah beb... lain kali jangan lah lu nak GATAL-GATAL MULUT tanya SOALAN-SOALAN MAUT kat DSHN... sebab gua KESIAN beb kat beliau... dah lah ada GELARAN WASSATIYAH... MAQASID SYARIAH... MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW... dan MACAM-MACAM lagi lah yang bla bla bla bla... kah kah kah!.

Lagi satu beb gua bukan nya apa... cuma nak ingatkan kat lu orang aje sebelum MENTERI PAN TIN TUN bersuara... sebab kalau beliau dah mula bersuara pasti akan ada AKTA-AKTA GILA yang mahu DIPERKENALKAN... sebab semua itu STANDARD pada beliau... kah kah kah... lagi satu Kementerian beliau ada KOMUNIKASI... jadi kalau lu orang asik tanya SOALAN-SOALAN MAUT... ini dah tentu macam MELANGGAR CARA-CARA KOMUNIKASI yang duduk dibawah Kementerian beliau... jadi sebelum beliau bersuara... lebih baik lu orang BERHATI-HATI dengan soalan-soalan lu orang apabila menanyakan kepada DSHN WASSATIYAH... kah kah kah!.

Sebab itu gau cakap kat lu orang beb... yang UMNO ialah UNITED MUNAFIKUN NATIONAL ORGANISATIONS... yang berubah-rubah macam SIFAT SESUMPAH... bila keadaan tertentu akan berubah kepada yang DIRASAKAN SELAMAT... dan bila rasa ada UNTUNG maka BERCAKAP lah mereka tentang HUKUM-HAKAM DALAM ISLAM... yang SEOLAH-OLAH tanpa Umno ISLAM DAN MELAYU akan MAMPOS MERAGAN di BUMI MALAYSIA... kah kah kah... namun HAKIKAT DAN KENYATAANYA adalah sebalik... yang mana ISLAM DAN MELAYU hanya digunakan untuk menjadi PERNAFASAN dikala NYAWA UMNO MEMERLUKAN PERTOLONGAN KECEMASAN... atau pun dalam bahasa PERUBATAN... NAZAK NAK MAMPOS... kah kah kah!. sumber mk

Dari blog: inderasipejuang.blogspot.com



Ceramah umum - Road To Putrajaya
Posted on Saturday, October 20 @ 04:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: labus

"Ceramah umum bagi mengutip dana untuk pembinaan markas PAS & PASTI caw Kg Permatang Durian.

Assalamualaikum, Ceramah berikut diadakan bagi mengutip dana untuk pembinaan markas PAS & PASTI caw Kg Permatang Durian yg sedang dlm pembinaan

Penceramah :-
 YB Dato Saifudin Nasution (Ahli Parlimen Machang/Setiausaha Agung PKR)
 YB. Ust. Izzat Shauki (Adun Bukit Lada)
Tarikh : 21/10/2012 (Ahad – 9-00mlm)
Tempat : Markas PAS, Kg Permatang Durian,09400 Padang Serai, Kedah 
Sebarang Pertayaan sila Hubungi
Saudara Pauzi Hassan: 013-4031852 (Ketua  PAS CAW Kg. Permatang Durian)
Saudara Saiful : 017-5689267 (Ketua Penerangan MTD Lunas)
Saudara Fauzi Mardzuki : 019-4621465 (Bendahari PAS CAW Kg. Permatang Durian) 
Jutaan terima kasih didahulukan 


Saifuddin Tidak Perlu Peduli Kepada Kritikan Serigala
Posted on Saturday, October 20 @ 03:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh MSO

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Saifuddin Abdullah tidak perlu melayan kritikan-kritikan dan sindiran sinis yang dilemparkan kepada beliau kerana ingin cuba membawa politik baru yang lebih matang dan bersikap profesional.

Ahli Parlimen Termerloh itu juga tidak perlu merasa takut dan surut ke belakang dari mempertahankan prinsip politiknyadiketengahkan.  

Hanya segelintir manusia yang jumud atau pun tidak mempunyai kemuliaan diri saja akan mengkritik dan mempersoalkan kesetiaan Saifuddin di dalam Umno. Cara mereka berpolitik itu jauh lebih rendah daripada corak pemikiran Saifuddin yang mementingkan politik matang, ke depan (berpandangan jauh) dan dinamik.

Kepada saya sesetengah yang mengkirtik Saifuddin itu berlagak besar konon merekalah pejuang Umno padahal pada satu masa mereka merupakan orang yang kencing Umno sambil berlari kerana mendokong Anwar Ibrahim. Mereka adalah pencari makanan jalan dan juga serigala yang menyamun untuk mengenyangkan perut sendiri. Orang seperti ini beridealismekan perut bukan ada gagasan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Mereka akan mendahulukan perut. Perutisme bukan petriotisme.

Diharap Saifuddin teruskan dengan nawaitu dan gaya politik barunya iaini berkata benar sekiranya sesuatu itu benar dan sedia untuk mengatakan salah jika ia salah. Jangan sesekali mencampur adukan soal sentimen peribadi dengan perjuangan parti. Stail dan amalan politik Umno sejak lebih 50 tahun sudah tidak popular lagi dan lebih malangnya ia akan meruntuhkan Umno secara perlahan.

Apa yang hendak dibawa oleh Saifuddin menerusi pendekatan dan gaya politik baru ialah meninggalkan faham kolot dalam berpolitik selama ini, di mana orang politik suka bergaduh soal-soal remeh temeh dan meninggalkan soal pokok. Bagai Saifuddin sebagai anak muda yang intelektual tentu tidak mahu lihat bangsanya membuang masa atau pun membasir dengan politik yang tidak membangun itu.

Sudah lebih 50 tahun merdeka dan Umno menguasai kerajaan, apakah patut kalau politik menegakkan benang basah, politik tidak boleh mengkritik diri sendiri terus diamalkan. Saya rasa Saifuddin tidak akan menghadapi apa-apa kerugian kalau beliau dihadang mengambil sikap politik terbuka dan rasional, tetapi yang ruginya Umno juga? Sementara kepada Saifuddin sebagai orang yang cuba meneroka sesuatu yang baru beliau kena sedia menghadapi apa saja termasuk dari kumpulan serigala lapar yang selalu menyengih taring dalam Umno itu.

Apa disuarakan Saifuddin dengan menimbulkan isu Soros yang dimainkan Umno untuk mengenakan oposisi dan juga isu mengganggu ngo pejuang hak asasi, Suaram (Suara Rakyat Malaysia) adalah sesuatu yang tepat. Sebagai seorang yang mahu mewaraskan politik negara isu-isu yang berbau resis sebegitu perlulah dibawa keluar dan itulah apa yang dipraktikkan oleh Saifuddin.

Mereka yang menuduh beliau makan keliling dan tidak yakin dengan Umno adalah mereka yang bukan saja pendek tubuh badan tetapi otak juga kemetot. Kalaulah Najib mendengar kritikan dan pandangan orang sebegini Najib juga kelak akan lemas dalam botol. Juga tidak mustahil Najib akan sentiasa dihanyir oleh najis serigala lapar.

Kalau mereka tidak otak pendek mereka tidak akan cuba menyusahkan Saifuddin sebalik akan menyanjung kalaupun sukar untuk mengamalkan kerana daya fikiran mereka kita tidak ianya tidak sedalam mana. Kepada Saifuddin syabas diucapkan dan saudara tidak perlu mengaku kalah kepada orang yang lantang cakap tetapi akalnya sebenar tidak seberapa.
Saifuddin Tidak Perlu Peduli Kepada Kritikan Serigala


Patut pun 83 peratus orang Melayu tak solat
Posted on Saturday, October 20 @ 02:31:48 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: anaabdullah

" Tidak lama dahulu penulis ada dengar sendiri salah seorang ustazah dalam rancangan tanyalah ustazah TV 9 mengatakan poligami bukan “sunnah”.Baru baru ini ustaz Ghazali Ibrahim dalam rancangan Taskirah TV Al Hijrah pula mengatakan orang bujang  tak  apa solat lebih kurang.

Pada hemat penulis ia salah perlu diperbetulkan. Kalau tidak solat akan jadi adat bukan ibadat pada generasi kini dan akan datang.

Sama ada ustaz Gahazali Ibrahim sedar atau tidak kita yang prihatin dengan dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW wajib mengambil berat agar kesalahan itu tidak berterusan.
Penulis tidak tahu dari mana kaedah dakwah yang di gunakan, sedangkan  Rasulullah SAW menyatakan menerusi sabdanya yang bermaksud:” Barang siapa yang tinggal solat dengan sengaja, kafir”.
Yang peliknya dan sangat menyedihkan mengapa ustaz Ghazali Ibrahim berkata, orang bujang boleh solat lebih kurang, sedangkan tinggal solat jadi kafir.
 Apakah  orang bujang atau dengan kata lain zaman bujang boleh solat lebih kurang, iaitu boleh solat dan boleh tak solat.
Setahu penulis orang yang belum baligh sahaja yang tak wajib solat dan boleh tak apa tak solat,tetapi usia 7 tahun disuruh solat miskipun belum wajib solat kepadanya. manakala orang bujang tak boleh tinggalkan solat hatta sakit, tidak ada harapan sembuh sekalipun.
Barangkali kaedah yang digunakan itu semata mata untuk menggalakkan orang bujang meremeh remeh mengerjakan solat lima waktu, tanpa menyedari ia adalah punca 83 peratus orang melayu di Malaysia kini tak solat lima waktu.
Lebih lebih lagi Islam memerintah ibubapa memukul anak anak mereka berusia 10 tahun, jika  meninggalkan solat, sedangkan mereka belum lagi diwajibkan solat. Apatah lagi orang bujang yang sudah di wajibkan solat.
Penulis percaya dan yakin pendekatan seumpama ini datang dari orang melayu yang berfahaman Islam lebral. Atau dengan kata lain mereka terdiri daripada pendakyah islam lebral yang sangat berbahaya.
Mereka menggunakan fikiran, termasuk mentafsir Al Quran boleh dilakukan melalui imagenasi yang sangat dilarang dan bertentang dengan ajaran islam yang disampaikan oleh Rasululllah SAW.
Penulis cukup bimbang dengan pendekatan yang salah dan tidak  diperbetulkan akan lahirlah orang melayu yang berfahaman islam liberal bahawa solat sebagai adat bukan lagi ibadat. Puasa dianggap adat bukan lagi ibadat,zakat dianggap adat bukan lagi ibadat, haji dianggap adat bukan lagi ibadah.
Apa akan jadi dengan orang melayu jika salah berterusan dan  tidak diperbetulkan?


Foto-foto Ibadah Haji Tahun 1960an
Posted on Friday, October 19 @ 22:33:36 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Ibnuhasyim

IBADAH Haji adalah salah satu ibadah yang paling di idam-idamkan oleh seluruh umat Muslim di dunia, iaitu melaksanakan rukun Islam yang ke 5,.. 

Berikut gambar-gamabar ibadah haji sekitar tahun 1960an.


Gambar airport Jeddah tahun 1960an


Sempadan Kota Makkah Tahun 1960an


Wukuf di Padang Arrafah




Melempar Jumrah


Bercukur Setelah Lempar Jumrah


Tawaf


Shalat Berjama'ah


Pemandangan Para Jama'ah di saat Mengelilingi Ka'bah


Shalat Berjama'ah di Luar Halaman Ka'bah


Sumber: ibnuhasyim.com 



Ingat Samseng, Ingat Noh Omar
Posted on Friday, October 19 @ 22:05:24 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber nusajayakini.com

KULAI – Makan Malam Dana PRU-13 Kempas anjuran PAS Kawasan Pulai mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat khususnya masyarakat kaum Tiog Hua.

Turut hadir dan berucap dalam jamuan makan malam yang diadakan di IOI Palm Villa Resort itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan.

Dalam ucapannya, beliau sedikit sebanyak mengulas isu belanjawan negara yang dibentang oleh kerajaan baru – baru ini.

“Bajet negara kita, sudah 16 tahun berturut-turut merupakan bajet defisit. Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan kita pada hari ini akibat mengutamakan kroni.

“Tuan-tuan ingat kata-kata saya. Ingat rahsuah, ingat BN. Ingat boros, ingat Rosmah. Ingat lembu, ingat Shahrizat. Ingat samseng, ingat Noh Omar,” tegas beliau lagi.

Kata-kata beliau yang ringkas, diselangi dengan lawak jenaka dalam bahasa jawa menarik perhatian hadirin dengan fakta yang dikemukakan amat bernas.

YB Ng Sui Lim juga dalam kenyataannya membongkar salah laku tindakan Menteri Pertanian Dan Asas Tani, Noh Omar yang dikatakannya sebagai samseng.

Dalam ucapannya, YB Ng Sui Lim menyatakan bahawa Noh Omar pernah mendapat tanah sesama Selangor diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Noh Omar pernah mohon tanah zaman BN perintah Selangor. Akhirnya yang mohon tu pun BN, yang luluskan pun BN.

“Untuk pengetahuan tuan-tuan, tanah yang diluluskan itu adalah sebanyak bukan 2 atau 3 ekar, tapi 30 ekar dengan bayaran premium sebanyak RM9760 sahaja.

“Harga tanah macam ni hanya Noh Omar dan kuncu-kuncunya sahaja yang boleh beli. Inilah yang dikatakan Noh Omar didahulukan.” Tegas beliau lagi.

Beliau turut mendedahkan salah guna kuasa dan urus tadbir tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani tersebut.

Tanah tersebut dikatakan telah dibuat usahasama dengan sebuah syarikat Prestin Agro Food untuk menternak udang yang tidak terdapat dalam portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani.

“Saya ingin jelaskan sekali lagi, Menteri Perumahan boleh membeli rumah. Tapi pada masa yang sama tidak boleh terlibat secara langsung menjadi pemaju perumahan.

“Sama juga, Menteri Pertanian boleh beli udang, makan udang dengan otak-otaknya sekali, tetapi tidak boleh terlibat untuk menternak udang. Ini amat bercanggah dengan portfolio yang ada,” jelas beliau lagi.

Dalam ucapan yang sama, beliau dengan yakin menyatakan bahawa masyarakat Cina khususnya kaum Tiong Hua secara puratanya 80 peratus telah memberi keyakinan dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Turut hadir dalam majlis yang sama adalah Pengarah Strategik Keadilan, Saudara Rafizi Ramli, Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub, dan ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.

Sumber: nusajayakini.com 


Panas: Gara-Gara Terlibat "Projek" Pembangunan Meragukan, Wang KWSP RM30.43 Juta Kini Lesap
Posted on Friday, October 19 @ 21:53:28 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog PahangDaily

KUANTAN, 19 Okt - Pakatan Rakyat Indera Mahkota hari ini mempersoalkan tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan diri mereka dalam satu projek pembangunan meragukan dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dekat sini.

Menurut kenyataan pihak terbabit mereka mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran terhadap projek Bandar Indera Mahkota itu penuh dengan unsur rasuah dan penyelewengan.

Difahamkan, projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa. Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang.

Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001. Selain itu, laporan juga menyebut sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual. Lapor kenyataan itu lagi, KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut.

Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar. "Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1B. Malah KWSP juga tidak memasukkan terma denda atas kelewatan. KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 menyebabkan KWSP akhirnya dikenakan faedah kelewatan berjumlah RM4.7 juta", kata kenyataan tersebut.

[Mengikut pengiraan pihak terbabit, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan. Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta.

Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu? Oleh itu, mereka mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP! Mereka juga menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability).

Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?. Soalnya sekarang apakah pencarum KWSP harus berdiam diri atas senario yang berlaku ini. Ada pihak sewenangnya mengaut keuntungan dengan projek itu. MBSB dipercayai merupakan anak syarikat KWSP, namun sikap segelintir pihak yang ambil kesempatan inilah yang perlu dihindari sebenarnya. Jika tidak, lama kelamaan habis wang KWSP dibolot mereka].

Sumber: pahangdaily.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan