Rabu, 19 September 2012

AGAKLAH2...JIKA NON MUSLIM ITU BIASA SEBAB TAK FAHAM SERTA BERLAINAN AGAMA...KITA MACAM MANA...ACARA2 MUNGKAR TAK HINA ISLAMKE...MUFTI PATUT JAWAB

Tee, penerima jantung 'baru' meninggal dunia

18 September 2012
Tee, penerima jantung 'baru' meninggal dunia
Dina Bato Sambua, 51, tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap mayat anaknya Tee Hui Yee di pusat persemadian jalan Fatimah, Batu Pahat Johor di sini hari ini. Foto Bernamar
Hui Yee
Tee Hui Yee selepas menerima jantung baru pada 2007.
BATU PAHAT - Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.
Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.
Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.
"Kira-kira pukul 8 pagi tadi, dia sekali lagi meminta saya mengurut bahagian dada dan belakangnya. Dia sempat menjamah sekeping roti bersama kaya sebelum kembali muntah. Saya cuba memujuknya ke hospital tetapi dia enggan sambil mengatakan dia hanya mengalami sedikit sakit," katanya yang ditemui di pusat persemadian, di Jalan Fatimah, di sini hari ini.
Dina berkata, dia kemudian memanggil suaminya, Tee Ah Soon, 57, yang berada di luar rumah untuk tindakan lanjut selepas mendapati keadaan gadis itu yang semakin teruk.
Menurut Dina, Hui Yee sepatutnya mula bekerja sebagai guru tadika di sebuah sekolah di Taman Maju di sini, hari ini dan anaknya itu turut memintanya memasakkan sejenis mi sempena ulang tahun kelima pembedahan pemindahan jantung, 5 Oktober depan.
"Saya tidak sangka dia sakit kerana dia sentiasa nampak gembira dan tidak pernah mengadu sebarang sakit. Kami baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur selepas dia menjalani pemeriksaan susulan di Institut Jantung Negara, Khamis lepas," katanya sambil menambah, mayat anaknya itu akan dibakar, Khamis ini.
Sementara itu, Ah Soon, yang merupakan pekebun sayur, pula berkata dia sempat memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada anaknya selama 10 minit selepas mendapati gadis itu tidak sedarkan diri.
Ah Soon berkata, dia kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital, bagaimanapun, pihak hospital percaya Hui Yee sudah meninggal dunia ketika masih berada di rumah.
Kakak Hui Yee, Tee Lee Ching, 30, pula berkata, adiknya sempat meluahkan hasrat untuk berkunjung ke taman tema Legoland menerusi perbualan telefon, Ahad lepas.
"Hui Yee melihat gambar saya bersama dua anak yang dimuat naik di laman Facebook. Dia bertanyakan harga tiket ke taman tema itu dan meminta saya membawanya ke tempat berkenaan apabila ada kelapangan. Saya berasa terkilan kerana tidak berpeluang membawanya ke sana," katanya.
Kisah Hui Yee yang menderita sakit jantung mendapat liputan meluas media apabila dia terpaksa bergantung nyawa selama setahun dengan jantung mekanikal ekoran tiada penderma jantung.
Pada 4 Oktober 2007, Hui Yee menjalani pembedahan pemindahan jantung yang didermakan keluarga lelaki Melayu dari Sitiawan, Perak tetapi tubuhnya menunjukkan penolakan sebelum dia sekali lagi menjalani pembedahan tersebut hasil organ yang disumbangkan seorang lelaki Cina dari Kangkar Pulai, dekat Johor Baharu, keesokan harinya.
Jantung 'baru' Hui Yee itu didermakan keluarga Chin Yoon Kiong yang membuat keputusan untuk mendermakan jantung mendiang selepas mangsa koma akibat kemalangan jalan raya. - Bernama
Kate menang kes, majalah Perancis diarah serah foto

18 September 2012
William dan Kate mahu saman majalah Perancis
Closer, yang diterbitkan di Perancis, majalah pertama mendedahkan foto kontroversi Kate.
[DIKEMAS KINI] PARIS - Sebuah mahkamah Perancis hari ini mengarahkan majalah gosip negara itu, Closer agar menyerahkan kesemua foto digital asal kontroversi kepada Duchess of Cambridge, Kate - isteri kepada Putera William.
Selain itu, mahkamah juga melarang penerbitan susulan imej-imej Kate dalam keadaan tidak mengenakan baju.
Ia tuntutan perundangan pertama dibawa oleh pasangan tersebut sejak mendirikan rumah tangga awal tahun lalu.
Majalah itu perlu menyerahkan foto asal dalam tempoh 24 jam. Ia akan dikenakan denda £8,000 (RM39,776) bagi setiap kesalahan jika menerbitkan semula foto-foto berkenaan.
Di bawah keputusan itu, majalah Closer tidak boleh menyiarkan lagi imej-imej itu, yang dirakamkan ketika pasangan tersebut bercuti di selatan Perancis, termasuk di laman webnya dan aplikasi tablet.
Majalah itu telah menerbitkan 14 foto khususnya keadaan Kate tidak berpakaian Jumaat lalu.
Dalam pada itu, sebuah di mahkamah Nanterre dekat Paris, memulakan siasatan jenayah ke atas majalah itu dan jurugambar.
Keputusan itu dikeluarkan selepas pendakwa raya berkata mereka sedang mempertimbangkan sama ada terdapat alasan bagi tuduhan jenayah.
Pasangan itu kini berada di Pasifik Selatan sempena lawatan kerja. Putera William dan Kate mendakwa privasi mereka telah dicerobohi.
Foto-foto itu turut disiarkan oleh sebuah akhbar Ireland dan mahu digunakan oleh majalah gosip Itali.
Ngeh: 'Jangan jadikan saya seolah anti-Islam'
NORMAWATI ADNAN, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
18 September 2012
Ngeh Koo Ham
Paparan kenyataan Ngeh Koo Ham yang diambil dari Facebook.
IPOH – “Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.

Koo Ham ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.

Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak.

“Secara jujurnya saya sendiri mengecam keras penyebaran video ini, cuma apa yang saya mahu nyatakan, adakah reaksi dan bantahan yang ditunjukkan di seluruh dunia suatu reaksi yang seimbang bagi menentang seorang lelaki.

“Ia hanya suatu pertanyaan kerana bagi saya, masa dan tenaga yang ‘terhimpun’ seluruh dunia ini sebenarnya boleh digunakan untuk perkara lain yang bermanfaat,” katanya yang merujuk kepada kesan kecaman termasuk kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens yang terbunuh di Benghazi akibat ditembak, baru-baru ini.

Mengulas mengenai cadangan penyertaan Pas bersama Umno dalam bantahan aman di Kedutaan AS di Malaysia, Jumaat ini, Koo Ham berkata, pihaknya menghormati tindakan berkenaan.

“Jika mereka merasakan ia satu keperluan, kita hormati tindakan itu, saya tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya mereka berhasrat untuk bergabung demi Islam,” kata Ahli Parlimen Beruas ini.

Menteri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam reaksinya kenyataan itu sebagai satu provokasi yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang marah dan terhina dengan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

“Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi bersama apa yang ditanggung, bukan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia mungkin akan kata dia hanya bertanya, tetapi soalan dia amat provokatif sekali,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan itu tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan orang Islam kerana apa yang dilakukan adalah tindak balas semula jadi.

“Dia seharusnya berhati-hati jika hendak buat kenyataan, jangan sampai menyinggung perasaan umat Islam,” katanya.
Khairy: DAP tak hormat perasaan umat Islam
Wartawan Sinar Harian
18 September 2012
Twitter Khairy Jamaluddin
Paparan Twitter Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - "Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam."

Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini.
Kata Khairy, "Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam."

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"
Kelmarin, Khairy memberi kenyataan bahawa Pemuda Umno sedang merancang mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims Jumaat ini.
Pergerakan itu turut mempelawa Pemuda Pas agar sertai bersama.

 Penghinaan Maha Dasyat Facebooker Umno Terhadap Tok Guru Nik Aziz
Posted on Monday, September 17 @ 22:33:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TintaHijau



Aku jumpa foto ni kat FB. Aku edit sikit kerana aku pun tak tergamak melihatnya. Haramjadah punya facebooker Umno.


Tergamak mereka menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan binatang haram tu.Inilah sikap facebooker dan blogger Umno yang sering mengedit gambar mengaibkan pemimpin Pas dan PR tanpa menghiraukan adab dan tatasusila.

Setahu aku tidak pernah ada dikalangan facebooker dan blogger PR yang menghina pemimpin Umno/BN seaib ini.

Tindakan anak haram umno ni bukan sekadar hina ulama tapi hina sunah nabi.Adakah anda yang beragama islam masih nak sokong umno?

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim) Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)
Sebab itulah menghirup menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW.2o adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW rujuk SINI.
Ni akaun FB si idham ni >https://www.facebook.com/profile.php?id=100002232972562

........



Zambry: Kenyataan Ngeh mengenai 'Innocence of Muslims' satu provokatif

18 September 2012
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam "Innocence of Muslims" sebagai satu provokatif.
Beliau berkata walaupun kenyataan pengerusi DAP Perak itu meletakkan tanda soal, namun ia mendukacitakan seluruh umat Islam.
"Koo Ham harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.
Ngeh menerusi laman twitternya mengeluarkan kenyataan "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?. (Khairy (Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?)
Filem antiIslam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Ngeh di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongannya terhadap filem tersebut selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.
"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," katanya.- Bernama
MB Selangor: PRU asing atau serentak 'strategi kami'

18 September 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan untuk membuat pilihan raya Dun berasingan atau serentak dengan PRU13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.

"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar... ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama... perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU13.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjangkakan PRU13 diadakan November berpandukan isyarat yang semakin jelas ditunjukkan oleh Perdana Menteri.
Abdul Khalid berkata: "Kita tengoklah pada strategi, ada baiknya kita buat pilihan raya berasingan... namun ikutlah pada keperluan...jika pilihan raya di buat pada 8 Mac tahun depan, tidak bolehlah kita nak buat pilihan raya berasingan.
"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya.
Abdul Khalid berkata, sebab utama kerajaan negeri belum membuat keputusan untuk membubarkan Dun secara serentak atau tidak adalah kerana pihaknya mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
"Sehingga kini, kita dapati hampir 50,000 orang pengundi masih belum dapat dikenal pasti status mereka di Selangor ini dan kita akan menggunakan pelbagai cara untuk mencari dan mengenal pasti kewujudan pengundi ini," kata Menteri Besar. - Bernama
Tunggu mandat akhir jika mahu PRU13 serentak, syor Pas
NURUL AINI MOHAMED ALI
18 September 2012
mahfuz omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR -  Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.
Mahfuz berkata, pendekatan itu akan mengelakkan isu ada negeri yang mahu mengadakan pilihan raya umum negeri asing berbanding PUR13 peringkat persekutuan.
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.
Jika tidak, kata Mahfuz, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Sehubungan itu tegas beliau, tidak timbul isu kos yang bakal meningkat hingga lebih RM80 juta seperti yang didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tertakluk di dalam undang-undang dibenarkan membuat pilihan raya Dun secara berasingan.
"Memang tidak menjadi masalah. Jika tidak, kita tunggu saja Dun akan terbubar sendiri bila mandat berakhir hujung bulan April tahun hadapan," katanya.
"Kalau negeri Sarawak boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" ulasnya ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media, hari ini.
Sebelum pertengahan 1990-an, Sabah dan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan. Sarawak sehingga kini masih mengadakan pilihan raya negeri berasingan, di mana kali terakhir ia berlangsung April 2011.
Bagaimanapun kata Mahfuz, Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan untuk mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah yang pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika calon luar dari kedah mahu bertanding dalam kerusi di negeri itu.
"Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," tegasnya.
Penoreh getah maut ditembak

18 September 2012
SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.
Katanya salah seorang anaknya, Kathiraven, 23, turut cedera akibat ditetak kumpulan itu dan kini masih dirawat di HSAH.
"Kami tiada bermusuhan atau berhutang dengan orang dan saya memang tidak menyangka kejadian ini akan berlaku sehingga menyebabkan kematian isteri saya.
Selain Kathiraven, kami ada tiga lagi anak berusia 15, 17 dan 18 tahun," katanya.
Dua lagi mangsa cedera akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian berkenaan, turut dirawat di HSAH.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan 15 hingga 20 individu di Ladang Bukit Lembu pada pukul 11.45 malam.
"Pergaduhan bermula di tepi jalan, dan salah seorang mangsa yang cedera, cuba membantu saudaranya yang terlibat dalam pergaduhan itu namun kereta yang dinaikinya terbabas dan dia ditetak selepas ditarik keluar dari kereta.
"Kumpulan terbabit kemudiannya memasuki kawasan perumahan dan melepaskan tembakan mengenai pipi seorang wanita yang tinggal di situ, selain turut mencederakan anaknya menggunakan senjata tajam," katanya.
Katanya mangsa yang terkena tembakan rebah dan maut di tempat kejadian manakala tiga lelaki yang cedera, dihantar ke HSAH untuk rawatan dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya, selain melibatkan kes dadah, ada beberapa perkara lain yang akan kita kenal pasti menerusi siasatan yang akan dibuat.
"Kita percaya ia kumpulan tempatan dan pada dasarnya, kita sudah mengenal pasti beberapa suspek dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang diberikan saksi kejadian," katanya.- Bernama
3 polis cedera kemalangan, banduan terlepas

18 September 2012
KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.
 
Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini, itu menyebabkan tiga anggota polis parah dan banduan itu melarikan diri.
 
Anggota polis yang cedera itu ialah pemandu, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Kpl Zulhairi Ramli, 24, dan Kpl Abd Rashid Ahmad, 51. Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
 
Ketua Polis Derah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusuff berkata ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.
 
"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Mohd Jasmani berkata seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruhnya menyerah diri namun banduan itu tidak mengendahkannya.
 
Beliau berkata pemandu lori berkenaan, Mohd Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan itu.
 
"Polis kini menubuhkan pasukan khas dan membuat sekatan jalan raya melalui 'ops tutup' di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit.
 
"Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dengan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bermula 28 Jun lepas," katanya.
 
Sehubungan itu, Mohd Jasmani meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan banduan terbabit agar segera melaporkannya di balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09-5142999. - Bernama
Anak pejuang Bukit Kepong hidup susah
NORDIANA JOHARI
18 September 2012
Anak pejuang Bukit Kepong hidup susah
Nazir tenang walaupun terpaksa menjalani kehidupan sendirian di rumah PPRT dan menghidap sakit buah pinggang.
MELAKA – Bapanya dikenali sebagai pejuang negara, namun bagi anak Allahyarham Koperal Mohd Yusoff Rono, ia bukan sesuatu yang membuatkan dia berasa bangga kerana terpaksa mengharungi hidup berliku.

Nazir Yusoff, 55, tinggal sebatang kara di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Ladang 2, Kandang, di sini, selepas berpisah dengan isterinya, kira-kira sembilan tahun lalu.

Lebih menyedihkan, dia kini menghidap sakit buah pinggang dan terpaksa menggunakan kerusi roda sejak Januari lalu.

Mungkin ada antara mereka tiada sedar, insan yang kini hidup susah sebenarnya anak kepada seorang anggota polis yang terselamat ketika serangan komunis pada peristiwa Bukit Kepong.

Ketika ditemui pemberita, Nazir kelihatan menjadikan televisyen sebagai peneman mengubat kesunyian, selain dua anaknya yang datang menjenguk.

“Saya reda menerima segala ketentuan ALLAH. Walaupun pedih untuk menanggung, tapi saya tetap bersyukur dapat bergerak dengan menggunakan kerusi roda," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Menurut Nazir, dia kini perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di Hospital Melaka.

Mengenang kembali kisah silamnya, Nazir berkata, sebelum ini dia aktif dengan Persatuan Belia (MYAC) sekitar tahun 1970-an dan suka terlibat dalam kegiatan membantu golongan memerlukan.

“Kehidupan bagaikan roda. Sejak berhenti daripada sebuah syarikat kewangan sebagai Eksekutif Pemasaran, saya hanya bergantung hidup dengan wang simpanan saja.

“Peristiwa menumpang tidur di surau selepas rumah roboh dilanda ribut juga, saya tidak dapat dilupakan dan pastinya menjadi sejarah sampai bila-bila,” katanya.

Bagaimanapun, nasib menimpa Nazir itu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (Jaim) yang turut menyumbang bantuan bulanan.
Rusdie: Innocence of Muslims 'sampah berniat jahat'

18 September 2012
Rusdie: Innocence of Muslims 'sampah berniat jahat'
Hos program Matt Lauer (kiri) menemu bual Salman Rusdie.
TEHERAN - Iran memperbaharui fatwa hukuman bunuh ke atas Salman Rusdie sambil menegaskan bahawa filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, tidak terbit jika penulis itu dibunuh sebagaimana dikehendaki dua dekad lalu.

Pengumuman itu dibuat sehari sebelum penulis itu mengeluarkan memoir yang menceritakan pengalamannya terpaksa bersembunyi selama sembilan tahun selepas satu fatwa agar beliau dibunuh dikeluarkan.

Fatwa terdahulu dikeluarkan oleh Ayatollah Khomeini pada 1989 susulan penerbitan buku The Satanic Verses.

Kini, Ayatollah Hassan Sanei berkata: "Filem ini sudah pasti bukan tindakan menghina yang terakhir, sehingga perintah bersejarah Imam Khomeini ke atas Salman Rusdie benar-benar disempurkan."

"Jika perintah imam dijalankan, penghinaan susulan dalam bentuk karikatur, artikel dan filem pasti tidak akan terjadi," kata beliau.

Sementara itu, Rusdie menyifatkan penerbitan filem Innocence of Muslims sebagai "sampah yang berniat jahat."

Ketika ditanya sama ada bersimpati dengan Nakoula Basseley Nakoula, beliau berkata, "tidak."

Beliau menambah, "ini kerana dia melakukannya dengan tujuan (jahat)."

"Dia melakukannya untuk mendapatkan respons dan dia (akhirnya) dapat," katanya lagi.

Penulis itu muncul dalam program Today untuk mempromosikan buku terbarunya berjudul Joseph Anton.

Beliau menambah, niatnya jauh lebih berbeza berbanding motif penerbit filem Innocence of Muslims.

"Dia melakukan sesuatu yang berniat jahat, dan ia sangat berbeza daripada menulis sebuah novel serius," katanya lagi.

"Sangat jelas, dia mahu melakukan provokasi dan sangat ketara, dia telah mencetuskan reaksi yang besar berbanding apa yang dia harapkan," kata beliau lagi.
Kerana RM350, ugut tikam dan bunuh ayah
Wartawan Sinar Harian
18 September 2012
Kerana RM350, ugut tikam dan bunuh ayah
Tertuduh mengaku ugut tikam dan bunuh ayah kandungnya kerana RM350 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana RM350, seorang anak seperti dirasuk hantu selepas mengamuk hendak menikam dan membunuh ayah kandungnya menggunakan sebilah pisau dalam satu kejadian di Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di sini, Khamis lalu.

Bagaimanapun, si anak yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu akhirnya ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang juga seorang warga emas.

Dia yang baru berusia 18 tahun itu bagaimanapun mengaku dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah kepada bapanya dalam satu kejadian di kediaman bapa saudaranya di Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di sini, kira-kira jam 9 malam, 13 September lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Selepas pengakuan bersalah direkodkan, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,500 oleh seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang hanya bekerja sebagai penoreh getah dan berasal dari Kampung Seberang Tepoh, di sini, berada di kediaman adiknya yang juga bapa saudara kepada tertuduh.

Sedang mangsa rancak bersembang dengan adiknya itu, tiba-tiba tertuduh datang mengamuk menggunakan sebilah pisau serta dalam masa sama mengugut hendak menikam dan membunuh mangsa kerana bengang permintaannya untuk mendapatkan RM350 sebelum ini tidak diendahkan.

Mangsa yang bimbang perkara tidak dingini berlaku terus lari membuat laporan polis dan sejam kemudian, susulan laporan diterima, tertuduh ditahan di kediaman mereka dan ditahan di Balai Polis Tepoh, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan