Isnin, 17 September 2012

SAPE BOLEH LAWAN KUASA ALLAH...YANG MANA ALLAH BERI HIDAYAH DAN YANG MANA TIDAK...YANG MANA ALLAH HANCURKAN....ALLAH MAHA PERKASA

Ustaz Azhar Idrus gegarkan Kuala Kangsar!
Posted on Monday, September 17 @ 04:26:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Perakitedaily

KUALA KANGSAR: Dianggarkan lebih 20, 000 hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Koleh Islam Darul Ridzuan semalam.

Sejak petang lagi, rakyat dari seluruh negeri Perak berpusu-pusu memasuki Kuala Kangsar untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Daie Sejut Ummat itu.

Pelbagai lapisan termasuklah anak-anak muda, hadir ke program tersebut dan ternyata auranya sangat sehinggat dapat mengumpulkan puluhan ribu masyarakat.

Tidak perlu membuat konsert rock yang melalaikan, tidak perlu artis-artis yang popular, hanya seorang Ustaz dapat menarik orang ramai.

Telatah Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana dan program tersebut ternyata lebih baik daripada program Kerajaan Negeri iaitu konsert rock malam Hari Malaysia baru-baru ini yang melalaikan umat Islam.

Sudah pasti Umno tidak senang dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus semalam!


Turut kelihatan YDP PAS Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss


Anak-anak muda sangat teruja mendengar ceramah UAI






Puluhan ribu hadir




Berpusu-pusu rakyat mahu bersalaman dengan UAI





Imam Muda Jabbar turut hadir semalam.

Sumber: perakitedaily.blogspot.com


 12 individu di sebalik filem hina Nabi dan Islam
Posted on Monday, September 17 @ 01:53:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh SH

BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).

Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:


Sam Bacile

Julai lalu, individu ini dilaporkan memuat naik treler filem ini di YouTube dengan menggunakan nama samaran ini.

Selasa lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile mengakui sebagai pembikin filem itu selepas bercakap kepada Associated Press (AP) dan Wall Street Journal (WSJ).

Bacile memperkenalkan dirinya sebagai pemaju hartanah yang berpangkalan di California, sama ada berusia 52 atau 56 tahun, mendakwa beliau merupakan penulis dan pengarah filem itu.

Sebelum ini, dia memberitahu pemberita AP dan WSJ di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Bacile turut mengakui sebagai rakyat Amerika Israel telah menghasilkan filem dua jam ini tahun lalu di California dan pembiayaan untuk filem bernilau AS$5 juta (RM15.2 juta) ini datangnya daripada 100 penderma Yahudi.

Berdasarkan laporan awam oleh TIME dan beberapa carian lain, tidak ada sebarang maklumat mengenai individu yang bernama Sam Bacile Sam di California, yang kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa nama itu adalah nama samaran.

Sementara itu, Kerajaan Israel turut menafikan mempunyai rekod Bacile sebagai seorang warganegara.

"Lelaki ini benar-benar tanpa nama. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh mengesahkan dia memegang kerakyatan Israel, dan walaupun dia, kita tidak terlibat, " jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor kepada CNN.

Filem ini menunjukkan pencabulan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila menggambarkan perlakuan seks Baginda.

Umat ​​Islam percaya, adalah tidak boleh untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan mana-mana keadaan, terutama perkara-perkara yang menghinakan.

(Pada tahun 2005, sebuah akhbar Denmark menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan rusuhan di banyak negara-negara Timur Tengah.)

Treler filem mula mendapat tentangan di Timur Tengah minggu lalu selepas Bacile memuat naik ke akaun YouTube dalam terjemahan bahasa Arab.


Nakoula Basseley Nakoula

Khamis lalu, pegawai penguat kuasa undang-undang telah mengesahkan Nakoula sebagai orang di sebalik pembikinan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Dia mula dijejaki AP Rabu lalu berada di rumahnya di Los Angeles di mana laporan sebelum ini mengatakan dia memperkenalkan dirinya sebagai Nakoula.

Apabila AP meminta untuk melihat lesen memandunya untuk pengesahan, Nakoula kemudiannya menunjukkan ibu jarinya pada nama tengah beliau, Basseley – signifikan dengan nama samaran Bacile.

Dalam temu bual itu, Nakoula menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan atau mengenali Bacile dan dia hanya mengakui menyediakan logistik untuk filem itu.

Sebelum ini, seorang wartawan AP mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bacile mendaftar di alamat berkenaan.

Menurut kertas laporan mahkamah persekutuan, nama lain yang digunakannya termasuklah Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Ada pada satu ketika, dia menggunakan nama Abanob sebagai nama pertama.

Salah seorang pelakon yang bekerja dalam filem itu memberitahu sebuah organisasi portal berita, BuzzFeed, ceknya telah ditandatangani dengan nama itu.

Ia agak mungkin nama anaknya, ataupun dia menggunakan nama Nakoula untuk menutup identiti sebenarnya.

Terdahulu, Nakoula juga dilaporkan mempunyai sejarah dengan undang-undang.

Menurut peguam persekutuan, dia telah terlibat dalam skim penipuan dengan menubuhkan akaun bank palsu yang menggunakan nombor Keselamatan Sosial yang dicuri.

Beliau kemudian akan mengeluarkan wang dari akaun dan memindahkan ia ke akaun palsu lain.

Pada 2010, dia telah didakwa atas tuduhan menipu bank dan diperintahkan membayar AS$790,000 (RM2.4 juta).

Dia dijatuhi hukuman 21 bulan di penjara persekutuan dan diharamkan daripada menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun.

Laporan The Daily Beast kelmarin menyebut Nakoula sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 1997 dan didakwa dengan niat untuk mengeluarkan wang haram. Selepas mengaku bersalah, beliau dipenjarakan setahun di Los Angelas.


Steve Klein

Klein mendakwa bahawa dia adalah perunding skrip filem Innocence of Muslims dan dia tidak tahu nama sebenar Bacile, tetapi dia telah diminta oleh pembikin filem misteri itu untuk membantunya dalam membuat filem.

Namun, sebab utama Klein digugurkan dari filem itu juga masih tidak jelas dan kemungkinan disebabkan oleh hubungannya dengan kumpulan pelampau Kristian di selatan California.

Menyifatkan dirinya sebagai veteran Vietnam, Klein merupakan pengasaskan Kesatuan Kesetiaan Kristian, anti-Mormon, anti-Islam dan organisasi saksi anti-Jehovah pada tahun 1977.


Cindy Lee Garcia

Seorang pelakon dari Bakersfield, California, yang mempunyai peranan kecil dalam filem itu, Garcia memberitahu Gawker bahawa skrip yang diberikan kepadanya dan pelakon lain adalah untuk filem yang dipanggil ‘Desert Warrior’.

Katanya, sebelum penggambaran bermula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan menjadi sebuah filem seperti ini - skrip tidak pernah menyebut Nabi Muhammad SAW atau lain-lain perkara mengenai agama Islam semasa pasca penerbitan.

Nama watak utama dalam skrip asal ialah Master George dan bukannya Nabi Muhammad SAW manakala Garcia memainkan watak seorang wanita muda yang diserahkan oleh ibunya kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai muslihat filem ini.

"Sekarang, seseorang telah mati kerana filem ini yang saya juga adalah salah seorang daripada pelakonnya. Ia membuatkan saya sakit," katanya kepada Gawker.

Menurut Garcia, berdasarkan makluman awal yang diterimanya, Desert Warrior, digambarkan sebagai sebuah drama sejarah padang pasir yang terletak di Timur Tengah dan bakal diarahkan oleh Alan Roberts.

Filem yang membabitkan 59 pelakon dan kira-kira 45 orang petugas di belakang kamera itu juga dijadualkan ditayangkan pada minggu ketiga bulan Ogos 2011, di Los Angeles.

Pelakon yang menerima tawaran itu juga masih tidak menerima bayaran.

Garcia turut memberitahu Gawker bahawa dia telah bertemu Nakoula di set penggambaran; Nakoula mengakui dirinya berasal dari Mesir, bukannya Israel.

Katanya, lelaki berambut putih itu fasih berbahasa Arab dengan beberapa orang yang berkaitkan dengan filem itu.

"Beliau kelihatan tenang. Dia hanya duduk di sana dan hanya memberitahu krew perkara tertentu yang perlu dibuat," katanya.


Tim Dax

Seorang lagi pelakon ‘Innocence of Muslims’, Dax mudah dikenali kerana keseluruhan kepalanya yang botak itu dipenuhi.

Melalui blog Joe My God, dia mengakui seronok berlakon dalam filem itu tetapi mengakui dia juga telah ditipu - dia berkata, terpilih untuk membintangi filem bertajuk ‘Desert Storm’ dan wataknya adalah berbeza sama sekali dari apa yang telah muncul dalam treler YouTube.

"Watak saya dipanggil Sampson di atas kertas dan saya akan mendapat skrip setiap hari apabila tiba di set.

“Kami tidak pernah menerima skrip penuh atau dialog pengucapan sebelum penggambaran.

“Banyak persoalan yang timbul mengenai skrip dan dialog. Penerbitnya, Sam yang saya pasti bukan orang Mesir itu sentiasa meminta kami hanya fokus terhadap lakonan jika ditanya mengenai skrip,” katanya yang digambarkan sebagai pelakon gay dalam filem itu melalui e-emel yang ditulis kepada blog terbabit.

Dia menambah, suara yang dialih suara juga sudah diubah dan suara itu bukan miliknya.


Alan Roberts

Disenaraikan sebagai pengarah, Alan Roberts mungkin atau tidak hanya sebagai nama samaran. Tetapi tumpuan telah beralih kepada Roberts selepas Nakoula - dianggap orang yang sama sebagai Sam Bacile yang enggan mengakui sebagai pengarah filem penuh kontroversi itu.

Ketika diwawancara Gawker, Eric Moers mengaku telah diupah petugas grip dan juruelektrik untuk filem Desert Warrior.

"Alan bekerja di bawah Sam," katanya.

"Tetapi Alan mengarah filem, terdapat ada soalan tentang hal itu," katanya.

Kedua-dua Moers dan Dax menyifatkan pengarah filem itu sebagai lelaki berbangsa Inggeris putih dan berusia 50-an.

Menurut laman web ini, Roberts telah mengarahkan sembilan filem, termasuk filem pada 1994, Save Me.


Terry Jones

Terdahulu, dunia Islam digemparkan dengan tindakan membakar al-Quran, Jones telah mengetuai Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.

Dia dikenali kerana anti-Islam dan penyokong filem Innocence of Muslims walaupun tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia adalah penyalur kewangan pembikinan filem itu.

Jones, bagaimanapun, turut menonton treler filem itu, Selasa lalu sempena ulang tahun ke-11 serangan 11 September.

Dalam satu kenyataan kepada TIME, Jones berkata, "Kami telah dihubungi oleh pengeluar filem untuk membantu mengedarkan ia."


Morris Sadek

Seorang aktivis Kristian Koptik, Sadek memuat naik trailer filem itu di laman blog beliau.

Aktivis yang berasal dari Mesir yang berpangkalan di Washington memberitahu AP, dia memaparkan filem itu kerana ia ‘menerangkan’ masalah Kristian Koptik yang dihadapi dari umat Islam.

Sadek, sekutu Pastor Jones, telah merancang untuk menyebarkan mesej filem itu dan dipertanggungjawabkan membantu menyiarkan filem itu di stesen televisyen Mesir.

Sadek adalah seorang aktivis anti-Islam dan ahli utama Perhimpunan Kebangsaan Amerika Koptik.

Bercakap kepada Reuters, beliau menjelaskan matlamat dia dalam mempromosikan filem itu adalah untuk mengambil perhatian nasib orang-orang Kristian yang mencakupi 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Selepas dia mula mempromosikan klip itu di laman web beliau, Mesir mula merancang demonstrasi besar-besaran di kedutaan AS di Kaherah tetapi, protes menjadi lebih prolifik dan terkenal.


Jimmy Israel

Israel juga disebut dalam dokumen prapenerbitan.

Katanya, dia memang bekerja dalam filem itu untuk mencuba peranan kecil dalam filem ini tetapi akhirnya menetap untuk menjadi penerbit.

Beliau menjelaskan, dia adalah seorang bekas penulis lakon layar dan dia tidak menghabiskan masa lama untuk menghasilkan skrip filem Desert Warrior.

"Saya menyiapkan skrip ini hanya dua hari sahaja," katanya kepada BuzzFeed.

Katanya, kualiti filem itu tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan.

Tambah Israel, Bacile yang hanya pada nama sebagai pengarah tetapi telah membelanjakan wang sebanyak AS$5 juta (RM15.2 juta).


Vine Theater

Sebuah produksi filem kecil di Boulevard Hollywood, Vine dikatakan yang sepatutnya menayangkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW ; Innocence of Muslims pada akhir bulan Jun.

Seorang pekerja, yang tidak mahu dikenali memberitahu AP, ketika filem itu ditayangkan tidak ramai yang datang menonton.

Katanya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam telah meminta mereka untuk menayangkan ia.

Polis kemudiannya telah dihantar untuk memantau panggung itu.


John Walsh

Seorang blogger yang berpusat di Los Angeles, Walsh orang yang mencetuskan kebencian agama dalam filem itu.

Pada bulan Jun lalu, beberapa hari sebelum filem ditayangkan di Teater Vine, Walsh menyatakan dalam blognya tentang kebimbangan mengenai filem itu.


Sheik Khaled Abdalla

Seorang pengacara TV Mesir, Abdalla dilaporkan telah mencetuskan kemarahan ramai apabila dia menyiarkan klip treler filem itu.

Selepas beliau menunjukkan video itu pada 8 September lalu, Wire Atlantik melaporkan jumlah rating di YouTube semakin meningkat.

Menurut Guardian, Abdalla dilaporkan telah mencetus kemarahan di kalangan penonton terutamanya yang beragama Islam.


* Dipetik dari portal newsfeed.time.com



http://www.tkodaily.net



Boleh Tak Berikan FM Kepada Bayi Sementara Ibu Memerah Susunya?
Posted on Monday, September 17 @ 01:57:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Wanita Oleh CikguAzleen

Assalam, Saya menerima pertanyaan dari seorang rakan ibu yang baru melahirkan anak beberapa minggu yang lalu. Saya rasa amat penting untuk saya kongsikan pandangan saya ini kepada anda semua.





Rakan saya ini bertanyakan
Boleh tak berikan FM kepada bayi sementara beliau memerah susu?
Ini jawapan saya…


Pilihan untuk memberikan susu ibu sepenuhnya atau FM adalah pilihan ibu dan ayah..
Sukar saya nak jawab pertanyaan anda ini secara terus..
Beginilah saya kongsikan..
1 – Mengapa kita nak berikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi?
Antara salah satu sebabnya adalah kerana susu ibu memang dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan bayi anda. Percayalah bahawa kandungan susu anda tidak sama dengan kandungan susu saya. Ini kerana keperluan bayi saya tidak lagi sama dengan keperluan bayi anda.
Bayangkan, antara ibu dengan ibu pun, kandungan susunya tidak sama.. Apatah lagi FM yang dihasilkan oleh lembu!
Selain daripada itu, dalam kandungan susu ibu mengandungi bahan yang melindungi usus bayi terutamanya yang baru lahir seperti bayi anda – usus bayi tidak matang sehinggalah berusia 180 hari..
Bahan ini tidak terkandung dalam mana-mana FM..
Sekiranya bayi disusukan FM, keseimbangan dalam ususnya sudah tercemar, walaupun hanya satu botol yang diberikan.
Bagaimanapun, keseimbangan ini boleh diperolehi kembali dengan menyusukan bayi secara eksklusif semula selama 2-3 minggu..
Ini benar-benar seperti kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. :D
Kerana 1 botol FM yang diberi, anda memerlukan 2-3 minggu untuk mengembalikan keseimbangan dalam usus bayi anda.
Sanggupkah anda melakukan sedemikian?
2 – Mengapa anda mengumpulkan EBM?
Kebanyakan ibu mengumpulkan EBM untuk memastikan beliau terus mampu memberikan susu ibu kepada bayi apabila kembali bekerja kelak tanpa menghadapi banyak masalah..
Tetapi adakah kita mahu memberikan susu ibu kepada bayi berusia 2-3 bulan (selepas bekerja) tetapi memberikan FM kepada bayi berusia 2-3 minggu?
Jadi, adakah sangat penting untuk ibu mengumpulkan EBM sehingga mengabaikan df kepada bayi?
3 – Breastfeeding lebih dari sekadar membuatkan bayi rasa kenyang..
Melalui bf, ibu juga memberikan kasih sayang, keyakinan, keselesaan dan perasaan selamat kepada bayi.. Ini semua jauh lebih penting dari sekadar memberikan rasa kenyang kepada bayi.
Kesimpulannya, apa yang penting untuk ibu yang baru saja bersalin?
1 – Menjaga kesejahteraan dirinya sendiri – ibu yang tidak sihat tidak dapat membantu menjaga bayinya
2 – Menjaga kesejahteraan bayinya – susukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif, memupuk hubungan erat dengan bayi, mengenali bayi dan memberi peluang kepada bayi mengenali ibu
3 – Mengumpul stok EBM jika mahukan perjalanan penyusuan bayi tanpa masalah berat
Saya harap perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan samada mahu memberikan FM kepada bayi sementara anda mengumpulkan stok EBM..
Semoga tenang dan perjalanan penyusuan anda dirahmati Allah SWT.

sumber links


JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t: 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

CUKUPLAH ALLAH BAGI SEGALA2NYA

"Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qanaah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan
keempat-empat hal ini,
cukuplah neraka baginya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan