Isnin, 24 September 2012

SALAHKAH KITA HIDUP DALAM KEADAAN HARMONI...SALAHKAN KITA BERPOLITIK SIHAT TIDAK DENGKI MENDENGKI...HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN...YANG SUKA KEADAAN TEGANG@BERGADUH@BERBALAH2 NI IALAH SYAITAN

سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤)وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Surah Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)

 

Kehebatan Rasulullah Di Akui Orientalis Barat

by admin on March 2, 2012

Indahnya Dhuha Itu #1ANTARA tanda penghormatan dan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW ialah melalui membaca selawat. Semakin banyak selawat dilafaz semakin besar fadilat dan ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT. Kita seharusnya selalu membaca selawat dan jangan menunggu ketika tibanya musim Maulidur Rasul barulah hendak mempergiatkan bacaan itu.
Sebenarnya, bukan manusia mukmin saja yang rindu dan cintakan Rasulullah SAW, kerana jika rajin menyusuri sirah Baginda akan terpahat satu kisah yang sebenarnya patut kita semat di dalam hati sebagai penghayatan.
Diceritakan oleh Jabir bin Abdullah, katanya,
“Dulu, masjid menggunakan atap dari pelepah kurma. Apabila berkhutbah, Baginda Rasulullah SAW berdiri berdekatan salah satu pelepah itu. Apabila dibina sebuah mimbar untuknya, Baginda selalu berdiri di atasnya. Kami mendengar tangisan dari pelepah itu seperti unta bunting, sehingga Rasulullah SAW datang mendekatinya lalu mengelus pelepah itu, kemudian pelepah itu terdiam.” (Riwayat Bukhari)
Baginda Rasulullah SAW berpindah ke mimbar yang baru dibina itu adalah hasil pandangan sahabat, memandang semakin ramainya jemaah. Jadi, berdasarkan kisah itu, dapat kita tafsirkan betapa Rasulullah SAW menjadi manusia yang sentiasa dirindu seluruh makhluk Allah kerana Baginda pembawa rahmat.
Kejadian yang dapat disaksikan oleh sahabat Baginda membuktikan kenabian Rasulullah SAW dan hal itu memperkukuhkan iman dan takwa dalam kalangan mereka. Aisyah pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berada di tengah-tengah sekelompok kaum Muhajirin dan Ansar. Lalu datang seekor unta dan bersujud kepada Baginda, maka berkatalah sahabat, ‘Wahai Rasulullah SAW, binatang dan pohon bersujud kepadamu, maka kami adalah lebih sepatutnya bersujud kepadamu.’
Lantas Rasulullah SAW segera menjawab,
“Sembahlah Tuhanmu dan muliakanlah saudaramu. Sekiranya saya menyuruh seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescaya saya menyuruh wanita bersujud kepada suaminya. Dan sekiranya saya menyuruhnya (wanita) berpindah dari gunung kuning ke gunung hitam dan dari gunung hitam ke gunung putih, maka tidaklah patut baginya untuk melaksanakannya.” (Riwayat Ahmad)
Di sini, ada beberapa aspek yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita semua. Satu, kita tidak boleh menyembah atau sujud selain daripada Allah SWT. Keduanya ialah Rasulullah SAW ada juga menyelitkan unsur pengajaran kepada kaum wanita supaya taat dan patuh kepada suami. Dua aspek itu digabung dan inilah kelebihan Rasulullah SAW apabila mendidik sahabat.
Selain itu, Baginda Rasulullah SAW melalui dialognya dengan sahabat ada menekankan perkara habbluminnas (hubungan semasa insan). Baginda meminta kita agar bersikap memuliakan saudara seagama kita. Tetapi seandainya kita secara jujur meneropong situasi semasa yang terjadi dalam kalangan mukmin, maka bertanyalah kita, apakah suruhan Baginda itu kita patuhi ?
Yang banyak berlaku ialah saling menghina, dengki-mendengki, fitnah-memfitnah dan seribu satu macam perangai mazmumah (keji) yang dilakukan. Sepatutnya kita sentiasa ingat akan apa yang Allah pesan,
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (Surah al-Hasyr ayat 7)
Sebenarnya, keunggulan Rasulullah SAW terus menerus mencatat reputasi terhebat dalam sejarah peradaban manusia. Jika sebelum ini, kita hayati sendiri bagaimana haiwan dan pokok pun hormat dan cintakan Baginda dan hal seperti itu adalah mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada Baginda sebagai bukti kerasulannya. Malah dalam kalangan bukan Islam di dunia Barat pun turut memperakui kehebatan Baginda.
Misalnya, tokoh legenda Perancis yang tersohor, Napoleon Bonaparte. Dia walaupun bukan seorang Islam, namun dia pernah berkata, “Saya tabik kepada manusia agung ini. Saya tabik hormat kerana keagungan akal dan hatinya.”
Tentu sekali pandangan peribadi Napoleon itu jarang kita temui, kerana laporan benar dan jujur mengenai Rasulullah SAW sentiasa saja ‘terlipat dan tersembunyi’. Malah jika boleh, luahan jujur orang-rang Barat yang bukan Islam mengenai kehebatan Nabi kita akan cuba disorok sedalam-dalam agar tidak kelihatan.
Baiklah, kita ambil satu lagi pandangan ikhlas seorang ilmuwan dari Itali, Prof Laura Vecccia Vaglieri yang lebih terkenal sebagai seorang orientalis banyak menghasilkan artikel mengenai Islam. Katanya, “Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa, Muhammad tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir mengenai kebenaran. Beliau tidak menggunakan pendekatan sihir yang memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan. Apakah yang beliau lakukan? Beliau menyuruh mereka supaya menggunakan akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa mudah, dia menyuruh manusia membaca ‘Buku Alam’ dan berfikir mengenainya supaya dengannya manusia yakin ada kewujudan Illahi.”
Begitulah panjang lebarnya cetusan tokoh Barat itu dalam memperkatakan tentang keunggulan Rasulullah SAW. Tetapi mengapakah pada masa ini mereka tidak membaca dan mengambil peduli apa yang tokoh-tokoh mereka pernah katakan itu hinggakan tercetus Islamofobia dengan sengaja mewujudkan bentuk provokasi sentimen agama yang sempit dan tidak bertamadun.
Masih banyak lagi tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam yang mengakui kelebihan agama Islam dan mereka mengangkat imej Nabi SAW di puncak tinta kajian mereka.
Michael H Hart seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka di Barat meletakkan nama Nabi kita pada kedudukan teratas dalam kalangan 100 orang tokoh dikagumi.
Inilah semua menjadi bahan bukti yang mempamerkan kepada kita Rasulullah SAW sejak zaman hayat Baginda begitu dimuliakan, dihormati, dirindu dan dicintai sahabat, kaum muslim malah segala makhluk di muka bumi ini turut merasainya.
Oleh demikian, marilah kita mempertajamkan rasa cinta terhadap Baginda bukan hanya sekadar berselawat saja, tetapi mengikuti setiap apa sunnah Baginda agar kehidupan dunia menjadi sejahtera dan akhirat dilimpahi bahagia.

Sumber: http://epondok.wordpress.com/

Berita: Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan

by admin on February 17, 2012


Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;
“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”

Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.
Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,
“Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)
Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka

Sumber: http://www.tranungkite.net/

Gambar-Gambar Barang-Barang Rasulullah SAW

by admin on June 11, 2012


Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui solat, selawat-selawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan pribadi mulia panutan alam??
Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)
Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …


The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW )
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap mohor surat Nabi SAW)
Tapak kaki Rasulullah SAW
Dua helai rambut Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Nabi
Antara pedang-pedang yang pernah dimiliki Nabi
Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas
Busur Panah Nabi SAW
Baju dan barang-barang Rasulullah SAW
Antara sandal peninggalan Rasulullah SAW tercinta
Sumber: http://inijalanku.wordpress.com/

PAS P Pinang adakan pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja

Mohd Sabri Said, 24 Sep 2012


(Mujahid menyerahkan al-Quran, kek dan kain berlogo PAS kepada Bishop Sebastian Francis)

PULAU PINANG: Ketika umat Islam berkeluh kesah dengan filem pendek yang menghina pemimpinnya, Muhamad saw, PAS Pulau Pinang membuat pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik.

Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, Sebastian Francis yang baru dilantik menjagai hal ehwal Kristian Kortolik melibatkan lima  buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak menyambut kedatangan rombongan PAS yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan penuh rasa harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia.

Gereja yang terletak di Jalan Besi, Gelugor itu dimasuki tepat pukul 5.45 petang semalam setelah berkumpul di Masjid Negeri untuk bersolat asar serta mendapatkan penerangan tujuan kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Rahman Kasim yang bertindak sebagai orang tengah pertemuan bersejarah itu.

(Mujahid dan rombongan disambut oleh Sebastian Francis)

Rombongan yang turut disertai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri, Bukhori Ghazali, Peguam Rosidi Husain, Setiausaha PAS Jelutong, Saudara Nasir serta beberapaa orang rakan lain mendapat penjelasan terbuka dari hati ke hati seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh jambatan perkauman.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga sebab dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia.

Ini membuktikan kaum bukan penghalang untuk menjalinkan persabahatan dan persaudaraan atas nama sejagat, katanya.

Sesuai dengan kedudukan Malaysia yang berbagai kaum tambahnya, apa salahnya semuanya hidup dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera.

"Jika kita mengutamakan perpaduan, Malaysia akan terus aman. PAS adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa melihat kaum mana yang terlibat. Ia adalah satu usaha yang murni demi kebaikan umat manusia," terangnya yang telah 35 tahun berkhidmat sebagai Bishop di beberapa buah negeri.

Baginya, kunjungan berkenaan boleh memberikan gambaran bahawa Islam dan kristian selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun sebagaimana yang buat menerusi filem 'Innocence Of Muslims' yang hangat di tentang oleh ramai masyarakat Islam di dunia.

Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kaum dan agama sesuai dengan kedudukan PAS sekarang untuk mendaki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

(Mujahid, Ustaz Soid dan Rosidi berbincang dengan Sebastian Francis di pejabatnya)

Lagipun PAS akan meneruskan semua dialog dengan masyarakat bukan Islam termasuk Kristian sebagai mana yang digerakan sebelum ini.

"Lajnah akan terus bekerjasama dengan PAS negeri untuk menganjurkan dialog dengan semua kaum di Malaysia termasuk Kristian. Hasil dialog yng dilaksanakan dahulu meninggalkan infak yang positif termasuk penerangan Hudud yang dipertikaikan ramai pihak, " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin menyifatkan pertemuan tersebut membuka ruang untuk memahami sesama sendiri
lebih- lebih lagi jika ada isu yang mencetuskan konflik.

Beliau yang pertama kali menyertai pertemuan seumpama itu merasa bangga kerana mengetahui Kristian juga memahami kehendak Islam dan sudi bertemu mencari jalan kebaikan.

"Pertama kali saya sertai pertemuan ini sudah cukup memberikan info bahawa tiada permasalahan sesama umat sekiranya wujud sikap tolak ansur, " ujarnya.

Diakhir pertemuan Bishop Sebastian Francis dihadiahkan sebuah Al Quran terjemahan, kek dan kain yang tertera lambang dan tulisan Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Kerjasama Pakatan Rakyat untuk padam ‘mitos’ BN

Roketkini.com, 24 Sep 2012
IPOH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan ada tiga ‘mitos’ yang cuba dibawa oleh kerajaan Umno BN dalam usahanya untuk memburukkan pemerintahan.


Pakatan Rakyat jika kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang menyebelahi Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya di Konvesyen DAP Perak semalam, beliau menyeru agar semua ahli parti Pakatan Rakyat agar sentiasa bekerjasama dan memastikan kemenangan di Perak tetapi juga berjaya menawan Putrajaya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Umno BN akan lakukan apa sahaja cara untuk memenangi piliharaya yang akan datang.

“Mereka tahu jika mereka hilang kuasa mereka juga tidak boleh hidup, tetapi tidak untuk Pakatan Rakyat kerana kita berjuang untuk rakyat. Kita lihat banyak maslah yang timbul anataranya skandal korupsi Malaysia yang dahulu ditangga ke-37 pada tahun 2003 dan  jatuh terus ke tangga 60 tahun ini,” kata beliau.

Ahli Parlimen Bagan ini semasa dalam ucapan ada menyebut tiga ‘mitos’ yang digunakan untuk menipu rakyat.

“Pertama, Malaysia akan bankrap jika diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang ditunjukan oleh empat negeri dibawah Pakatan Rakyat yang ditadbir dengan telus dan ikhlas membuktikan negeri tersebut mampu mengumpulkan jumlah lebihan yang banyak,” katanya lagi.


Guan Eng juga menyatakan ‘mitos’ kedua penipuan kerajaan Umno BN ialah, MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Tionghua bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Malaysia akan menjadi negara Islam. Umno pula cuba menakut-nakutkan pengundi bahawa jika Pakatan memerintah Malaysia kana menjadi negera Kristian.

“Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Umno BN jelas menunjukkan mereka berbohong, dan mereka juga mempunyai percanggahan pendapat di dalam Umno dan parti komponen,” kata Guan Eng.

“’Mitos’ terakhir kerajaan Umno BN adalah, perkara 13 Mei akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya yang akan datang.”

Jelas Guan Eng, ‘mitos’ ini ditujukan kepada orang bukan Melayu walaupun hakikatnya undian orang Melayu yang akan menentukan nasib Malaysia selepas ini. Pilihanraya 2008, membuktikan pengundi sudah matang dan perbezaaan kaum yang cuba dimainkan oleh kerajaan Umno BN tidak berjaya, apabila Pakatan Rakyat telah memenangi lima negeri sewaktu itu.

“Pehimpunan Bersih membuktikan orang Melayu menunjukkan keinginan untuk pilihanraya yang bersih dan adil kerana itu mereka boleh sama-sama turun berkumpul untuk perhimpunan aman tersebut,” katanya lagi.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, kerajaan Umno BN menyebut dalam ‘mitos’nya kerajaan akan bankrap jika Pakatan Rakyat hapuskan tol.

“Kerajaan tidak akan bankrap jika kita hapuskan tol, kecuali kroni-kroni yang mungkin akan bankrap,” ujar beliau.

[Jenayah Menurun] Warga emas mati dibunuh di Pekan Pahang

http://greenboc.blogspot.com, 24 Sep 2012
Pekan - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Pengesahan dibuat berdasarkan barang-barang yang turut dijumpai di lokasi seperti Mykad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik mangsa yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi mencari semalam turut menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa di sekitar kawasan tempat kejadian.

Menurutnya, anggota badan mangsa yang ditemui terpisah mungkin akibat dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan.

Katanya, operasi mencari dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung.

“Hasil maklumat yang diperoleh daripada dua suspek berumur 26 dan 35 tahun, kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas itu bekerja iaitu di Peramu Jaya 1.

“Pemeriksaan yang dilakukan hasil petunjuk yang diterima berjaya menemukan satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam.

Yahaya berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota lain yang dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata, salah seorang suspek adalah rakan mangsa yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan di daerah Pekan dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun pada 2004.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes samun. Suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek kerana tanpa bantuan mereka sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat serta mayat mangsa.

“Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka.

Keluarga mangsa reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kehilangan Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu. -SH

Ulasan GB

Jenayah menurun?

Sekarang di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri berlaku kes jenayah pembunuhan.

Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat?

Angka jenayah tidak boleh dipermainkan kerana Hukum kebenaran dan keadilan itu tidak boleh disembunyikan. "anda" bakal terima padahnya jika cuba mempermainlkan dengan hukum itu.

Suaram, Scorpene, Altantuya dan dana asing

Aspan Alias, 24 Sep 2012
Isu Suaram dengan tuduhan terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas ini tidak tahu apa pula yang akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.

Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya. Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu yang berada di atas persada kuasa negara kita.

Jika isu penyaluran dana asing itu benar-benar salah ia mestilah ada peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan itu salah mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.

Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti tentang penyaluran wang rakyat terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan yang terlibat seperti yang disebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran dana dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup menjahanamkan wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada perbendaharaan negara.

Jika Suaram menghadapi isu ini, ia adalah disebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah negara. Malahan isu yang dibawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis, negara yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah lagi jika ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait dengan pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu.

Orang ramai merasakan oleh kerana ketelusan pentadbiran kerajaan Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan dilindungi dan ia akan membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit tentang jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.

Rakyat jangan terbawa-bawa dengan tindakan pihak berkuasa di sini kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain dari isu hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang sangat sensitif ini.

Kita dapati Suaram mendapat sokongan moral dari banyak NGO-NGO tanahair kerana Suaram begitu berani untuk membongkar isu Scorpene ini hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya.

Pembunuh kepada Altantuya telah pun mendapat keputusannya iaitu, mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang tidak langsung disebut dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan itu.

Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Gambar mana terbaik pandangan anda! Jom lihat

http://kachipemas.blogspot.com, 24 Sep 2012

Gambar Terharu & Pelik: Gambar Mana Terbaik Pandangan Anda !!! Jom Lihat


Sekilas pandang kita sendiri dapat memberi jawapan, perbuatan  mana yang  terbaik dan mengikut tuntutan agama..sendiri mahu tahu dan fikirlah..Nukilan Abu Luqman

Ngeh bantu tukang karut Umno?

Ahmad Lutfi Othman, 24 Sep 2012
Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama dalam perarakan besar-besaran ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang Jumaat, 21 September lalu, untuk membantah filem jijik menghina Rasulullah s.a.w. Innocence of Muslim, yang turut mencetuskan rangkaian demonstrasi di seluruh dunia.

Daripada gambar yang dirakam jurufoto Harakah, Nasir Sudin dan W#an Zahari Wan Salleh ketara sekali sambutannya nampak hebat terhadap program anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu, walaupun ia dirancang secara spontan. Pada masa sama, tidak jauh dari situ, di Masjid Kg Baru, bantahan turut disuarakan Pergerakan Pemuda Umno, bersama beberapa NGO yang sealiran dengannya.

Turun ke jalan-jalan raya atau ke medan terbuka, untuk meluahkan perasaan, sama ada melaungkan kebencian atau mengungkapkan kecintaan, juga aksi protes atau tanda sokongan, melalui demonstrasi aman (walaupun seringkali bertukar kecoh selepas diganggu aparat regim pemerintah) merupakan hak yang patut dihormati.

Justeru, amat tidak wajar sekali tanggapan yang meremehkan hak berhimpun dan menyuarakan pandangan dalam demonstrasi aman, tidak kira membabitkan perhimpunan berkaitan isu filem bangsat Sam Bacile, atau perarakan raksasa Bersih menuntut pilihan raya adil dan bebas, juga bantahan terhadap isu alam sekitar seperti Lynas, dan tidak terkecuali Occupy Dataran Merdeka oleh aktivis kampus berkaitan tuntutan pendidikan percuma.

Kita dapat (dan mudah) memahami pendekatan agresif media dan NGO tali barut Umno untuk mengeksploit semaksimum mungkin reaksi Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, yang mempertikai hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merancang protes besar-besaran terhadap filem jijik itu, sekali gus mempersoal (bertanya), adakah umat Islam wajar menghabiskan masa dan tenaga untuk memberi respons terhadapnya.

Sememangnya kenyataan Twitter Ngeh itu perlu ditegur dan diperbetulkan. Dan saya yakin Ahli Parlimen Beruas dan bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu sudah mendapat pengajaran sewajarnya daripada insiden tersebut. (Rupanya reaksi segera melalui Twitter kerap juga menimbulkan kesan negatif yang mungkin tidak terduga; dan ini sepatutnya diberi perhatian istimewa oleh semua ahli politik, agar lebih berhati-hati dan tidak mudah gatal tangan, 'kan?).

Tentunya sebagai seorang pemimpin yang sering turun ke jalan-jalan raya dan merancang siri demonstrasi menangani banyak isu, bukan sahaja selepas kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan secara tidak bermaruah pada 2009, malah berkaitan hak-hak rakyat sebelum tahun 2008, dan Ngeh juga pernah ditahan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0, beliau tidak seharusnya "terlepas pandang" dengan sensitiviti umat Islam, yang sepatutnya dekat dan akrab dengan beliau.

Sesungguhnya kita ditakdirkan hidup bersama, berkongsi keistimewaan bumi Malaysia, yang penuh dengan kepelbagaian dan keunikan ini, dari Perlis ke Pulau Sebatik. Setiap warga perlu melihat setiap perbedaan itu sebagai peluang untuk lebih dekat dan rapat, saling memahami dan mengerti. Mungkin selama ini masih luas jurang yang memisahkan kita, meskipun berada dalam persepakatan politik yang sama, sehingga elemen sensitif pun "terlepas pandang".

Oleh itu, saya tidak fikir Ngeh pernah berhasrat untuk cuba  menafikan hak setiap warga bagi terlibat dalam sebarang perhimpunan aman seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan. Bukankah selama ini pemimpin DAP sering berhujah menggunakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan bagi menyokong pendirian mereka. Saya kira beliau mungkin sukar memahami atau terkeliru dengan reaksi dan kemarahan umat Islam seluruh dunia, apatah lagi sebahagiannya menunjukkan aksi "ganas", seperti dipaparkan melalui TV satelit.

Semasa memohon maaf dan menarik kenyataan kontroversinya itu, Ngeh sendiri mengakui bahawa beliau tidak bermaksud sama sekali untuk menghina Islam. "Saya cuma mahukan masyarakat kita berfikir dengan lebih mendalam untuk mengambilkira  bagaimana kita memberi respon terhadap sebarang isu maupun provokasi," katanya sambil mengutuk keras video 13.5 minit Innocence of Muslim.


Berbicara dengan beberapa rakan bukan Islam, saya turut terkesan bahawa sebahagian mereka tidak dapat menyelami perasaan serta nurani kecintaan  seorang Muslim yang cukup tinggi terhadap insan agung, Muhammad bin Abdullah.

Mereka agak kaget dengan sikap umat Islam yang bersedia melakukan apa saja, hatta untuk mati sekalipun, demi menunjukkan rasa sayang kepada Rasulullah. Lebih menghairankan mereka apabila orang Islam yang begitu mencintai Nabi ini pun adakalanya bukanlah seorang Muslim yang taat kepada setiap perintah Allah.

Pastinya kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat di Libya, Christopher Stevens  dan tiga lagi kakitangan kedutaan AS, yang memaparkan keganasan dan kemusnahan harta awam,  banyak mempengaruhi tanggapan negatif mereka  dan memperkukuhkan salah faham terhadap Islam. Tragedi di Benghazi itu telah mencemarkan nama Islam sedangkan membunuh wakil atau duta, dilarang Nabi s.a.w.  sendiri.

Apa pun, respons melulu berdasarkan salah tanggapan atau kejahilan tidak harus disamakan dengan kenyataan terancang bermotif jahat atau bermaksud menghina. Ramai membandingkan bantahan keras Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek mengenai hukum hudud, seperti sering disiarkan The Star, sehingga memberi gambaran betapa buruk dan kejamnya undang-undang Islam itu. Begitu juga dengan kenyataan pemimpin tertinggi Umno sendiri memperlekeh sunnah Nabi s.a.w. termasuk oleh Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak bermaksud bahawa apa jua kenyataan  daripada pemimpin DAP harus dilihat daripada perspektif berbeda berbanding bidasan tokoh MCA. Kedua-duanya mesti diadili dengan sikap terbuka, jujur dan matang, serta mendekatinya dengan penuh berhikmah jika ia lahir daripada kejahilan atau silap perkiraan.

Sememangnya kepada tukang kempen Umno-BN, yang sentiasa menanti-nanti peluang untuk merobek persefahaman  PAS dan DAP, serta memburuk-burukkan lagi imej Pakatan Rakyat di kalangan masyarakat Islam, singgungan Ngeh itu ibarat bulan jatuh ke riba, "cukup dialu-alukan".

Dan tidak mustahil ia boleh mempengaruhi keputusan Najib Razak untuk menamatkan teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13! Najib sudah hilang keyakinan untuk mendapatkan semula mandat rakyat. Apabila kesatuan Pakatan berjaya "dicelarukan", dan majoriti pengundi Melayu kembali "ke pangkuan jalan", itulah peluang keemasan Najib untuk mengekalkan kuasa, yang kini dilihat hampir terlucut itu.

Bukan rahsia lagi, seperti selalu saya tekankan, berdasarkan pengolahan dan pengurusan isu oleh propagandis BN, seperti dipaparkan Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3, maka pengundi Islam akan terus dimomokkan dengan "hantu" DAP ini.

Berterusanlah kempen bagi memalitkan label DAP sebagai anti-Melayu dan chauvinis Cina, misalnya  mahu menubuhkan negara republik dan menafikan kedudukan raja-raja Melayu, bercita-cita meletakkan Kristian sebagai agama rasmi dan bermacam-macam lagi tohmahan liar dan jahat, yang tidak pernah pun dibuktikan.

Umno, yang seolah-olah putus harapan dengan sokongan masyarakat bukan Islam selepas PRU12, kini hanya bergantung talian hayatnya dengan pengundi Melayu, terutama di kawasan pendalaman dan berusia tua, yang sebahagiannya dilihat masih termakan dengan putar-belit media mereka.

Sebenarnya sandaran harapan Umno itu cukup rapuh sekali. Ia sekadar berselindung di sebalik pakej manipulasi, pembohongan atau sekurang-kurangnya penyamaran yang begitu tipis. Cahaya mentari terang benderang akan membakar segala kepalsuan itu.  Lihatlah sendiri kes berkaitan kenyataan Ngeh di laman sosial itu, saya yakin akhirnya masyarakat dapat membuat penilaian secara adil.

Realiti langit terbuka dan akses internet yang hebat, peningkatan kadar urbanisasi dan kualiti pendidikan yang tinggi, faktor penentu 2.5 juta pengundi baru serta "usia bangka" regim pemerintahan -- semuanya akan menarik turun elit penguasa Umno-BN ke jurang paling dalam.


Balik kepada kenyataan Ngeh Koo Ham, saya tertarik dengan pandangan Dr Khairuddin Abd Malik, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak: "Saya memahami konteks tulisan Dato' Ngeh yang sedikit kurang arif tentang hubungan istimewa seorang Mukmin dengan Rasulullah. Beliau seharusnya lebih bijak beri komen ...

"Kepada non-Muslim seperti  Ngeh, kena sampaikan lebih dakwah kerana dia tak memusuhi Islam. Sekadar keliru melihat tindakan umat Islam yang tak fokus, rugi, kenali mana musuh dan mana satu objek dakwah.Fikir secara strategik. Buktikan Rasullullah adalah diutuskan untuk bawa rahmat kepada seluruh alam."

Seorang rakan pula mengirim SMS: "Umat Islam, termasuk pemimpin badan-badan dakwah dan individu Muslim yang dihormati, sepatutnya menerima permohonan maaf Ngeh seadanya. Untuk apa dipersoalkan soal keikhlasan dan seumpamanya? Dekati rakan-rakan bukan Islam kita, jadikan isu ini sebagai kesempatan terbaik untuk membuat penjelasan dan penerangan."

Royalti: Semak perjanjian Petronas-negeri?

Harakahdaily, 24 Sep 2012
KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan kerajaan negeri dalam isu royalti.


Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mengemukakan soalan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini, memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli.

Katanya, minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen, hari ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli. Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

AES: Terima saman 5 hari, jelaskan 60 hari

http://pulakdah.blogspot.com, 23 Sep 2012

Kamera AES : TERIMA SAMAN Dalam 5 Hari, JELASKAN Dalam 60 Hari


Salah sebuah kamera AES yang terletak di Ipoh, Perak.

Penggunaan kamera AES yang berkuatkuasa sejak malam tadi menjadi perhatian ramai pengguna hari ini. Kamera AES yang terletak di persimpangan lampu isyarat di Ipoh contohnya mampu merakamkan kesalahAN pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah.

Sebaik kesalahan pengguna berjaya dirakamkan, mereka akan menerima saman dalam masa 5 hari. Setiap kompaun saman yang bernilai RM300 ini perlu dijelaskan dalam tempoh masa 60 hari.

Kamera AES ini mampu mengesan kesalahan pengguna jalanraya dari jarak 50 meter hingga 500 meter.

PAS sokong Himpunan Hijau Lestari Pengerang

Salman Hussin, 24 Sep 2012
JOHOR BAHRU: PAS Johor menegaskan tidak terlibat dengan penganjuran Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang akan diadakan pada 30 September ini sebaliknya ia digerakkan sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang membantah projek Lynas tempoh hari.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Muhammad, berkata pimpinan parti-parti politik khususnya PAS tidak akan terlibat secara langsung dengan himpunan tersebut yang akan diadakan di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hujung bulan ini.

Bagaimana pun menurut beliau pada sidang media kelmarin (gambar), PAS dan Pakatan Rakyat memberi sokongan padu di atas usaha tersebut kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat untuk jangka panjang.

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini akan ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Menurut Dr Mahfodz, himpunan itu memang wajar diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

“Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang,” katanya.

Kata beliau, sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.

“Apa yang menimbulkan persoalan serta bantahan penduduk sekarang ini adalah isu membabitkan masa depan rakyat yang masih tidak jelas,  rakyat pada hakikatnya tidak menolak pembangunan ini tetapi biarlah pembangunan yang hendak dilaksanakan ini seimbang serta mengambilkira pandangan serta kepentingan nasib dan juga masa depan rakyat bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan mudah dengan memangsakan rakyat dengan sewenang-wenangnya,” tegas beliau.

Kedah selesai bahagi kerusi, yakin PAS terus kekal

Azamin Amin, 24 Sep 2012
ALOR SETAR:"Insya-Allah, saya yakin PAS akan memerintah," kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (gambar) ketika ditanya wartawan berhubung penilaian politik di negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada sebarang masalah dalam pembahagian kerusi di Kedah dan PAS negeri ini telah selesai serta menghantar lebih awal senarai calon kepada PAS Pusat.

Namun begitu, Ustaz Azizan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk memuktamadkan calon PAS Kedah yang layak bertanding.

"Tidak sesuai saya ulas berkaitan calon PAS Kedah, yang paling layak ialah pemimpin PAS Pusat," katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

"Saya lebih suka berdiam diri sehingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh PAS Pusat.

"Saya tidak mahu dilabel 'campur tangan' dalam isu Pusat. Biarlah Majlis Syura selesaikan. Lebih elok saya tumpu pada urusan pentadbiran negeri," katanya.

Ditanya sama ada 'pemain import' akan bertanding di negeri ini, Ustaz Azizan secara berseloroh menjawab, bahawa pihak media begitu pandai untuk mengusik, mencungkil dan 'melaga-lagakan' beliau.

"Secara asasnya yang menang, kita kekalkan dan lazimnya keutamaan kita beri kepada anak tempatan walaupun kita tidak terhadkan kepada yang lain.

"Namun kadang-kadang minit akhir, ada nama yang disenaraikan terpaksa diketepikan disebabkan pelbagai faktor, ada yang tarik diri sebab, ada yang tidak mampu dah dan macam-macam faktor.

"Itu semua terserah PAS pusat sebab yang kita mahu ialah kemenangan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk PRU-13 akan datang, jawapan yang sama tetap diberikan kepada media bahawa keputusan itu terletak di tangan PAS Pusat.

"Saya sudah pertahankan kerusi di kawasan saya (DUN Sala dan DUN Sg Limau) sejak 1995  sehingga kini, bertanding atau tidak terserahlah kepada PAS Pusat," katanya.

Turut ditanya sama ada perbezaan pendapat yang berlaku dalam PAS boleh menjejaskan kemenangan dalam PRU-13 akan datang, beliau memberitahu bahawa PAS sentiasa terbuka dalam hal tersebut tetapi bersatu apabila berdepan dengan lawan yang satu.

"Politik ini memang sukar tetapi sampai masanya kita akan bersatu. Memang ada perbezaan tetapi kita beza bukan mengenai masalah pokok.

"Parti lain lagi teruk, beza pendapat sampai tukar orang macam MCA dan Gerakan.

"Apa yang boleh kita buat ialah tingkatkan prestasi. Saya tidak terlibat rasuah, semua orang suka...kita buat yang terbaik dan yang akan nilai rakyat sendiri," katanya yang mempengerusikan mesyuarat tersebut selama empat jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan