Khamis, 20 September 2012

MENGAMALKAN SUNAH NABI MUHAMMAD SAW...ITU SALAH SATU TANDA KITA SAYANG KAT NABI..SERTA DALAM PELBAGAI SEGI...BERMAKNA BUKAN CARA PERPAKAIAN SAJA...MALAH BERNEGARA DLL

Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok

Harakahdaily, 20 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.


Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.


“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

Terima kasih Tun Mahathir

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 20 Sep 2012
Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.
Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu’ dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :”Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami “. Allah berfirman kepada Adam :” ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya “. Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :” Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.


62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)


Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Dr Mariah fail saman dakwa hina raja

Hazayani Zakaria, 20 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu.

Saman terhadap seorang doktor perubatan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin.
(Gambar: Dr Mariah bersama peguam di lobi mahkamah.)

Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen.

"Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah.

Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu.

Gaji minimum RM900, janji tidak ditepati

Harakahdaily, 20 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Garis panduan yang dikeluarkan sekali lagi membuktikan bahawa Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan BN tidak mampu menepati janjinya dalam melaksanakan gaji minimum di Malaysia.


Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan Jerit, Sivaranjani Manickam menyatakan demikian sebagai respons kepada Majlis Perundingan Gaji Negara yang telah mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, baru-baru ini.

Katanya, semasa perjumpaan Jerit dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada bulan Jun 2012 mengenai perlaksanaan Gaji Minimum, Jerit telah dimaklumkan oleh KSM bahawa semua pekerja layak mendapat gaji minima dan tiada pekerja yang dikecualikan melainkan pekerja domestik (domestic maids).

"Jerit dimaklumkan perkara ini apabila Jerit membangkitkan persoalan yang mengatakan bahawa Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) sedang memberi tekanan untuk menyertakan sekali beberapa elaun yang diperolehi kini oleh pekerja dapat dalam pengiraan Gaji Minimum RM900," ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun kini, katanya garis panduan yang dikeluarkan mendedahkan 3 sektor telah dimanipulasi pengiraan kadar gaji minimum.

Menurutnya, bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian kutipan caj perkhidmatan itu yang diagihkan kepada pekerja sebagai sebahagian daripada gaji minimum.

Tambahnya, bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas (Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200 dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian daripada bayaran tersebut sebagai sebahagian daripada gaji minimum.

"Bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif keselamatan dibayar kepada pekerja juga dibenarkan distruktur sebagai gaji minimum," ujarnya lagi.

Beliau turut memberikan satu contoh perkiraan yang diberi dalam garis panduan itu

Bagi pekerja di Semenanjung Malaysia yang bergaji pokok sebanyak RM625 dan dibayar elaun tunai sebanyak RM275, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai itu untuk dijadikan sebahagian daripada gaji minimum.


Gaji Semasa
Gaji Selepas Perintah

RM625 (gaji pokok)
RM275 (elaun)

Jumlah=RM900


RM625+(RM900-RM625)  = RM900 (gaji minimum);
RM275 – (RM900-RM625) = RM0 (elaun)

Jumlah=RM900
Sumber: Garis Panduan Majlis Perundingan Gaji Negara Mengenai Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012

Beliau berkata, apabila melihat contoh di atas, maka dapat lihat jelas tiada impak dalam gaji seseorang pekerja setelah kerajaan melaksanakan gaji minimum.

Katanya lagi, gaji minimum dilaksanakan untuk menjamin pekerja dibayar kadar gaji yang berpatutan, membawa pekerja keluar dari kancah kemiskinan dan memastikan Negara Malaysia  dapat membentuk masyarakat berpendapatan tinggi.

Jadi, kata beliau apa salahnya gaji asas RM900 diberikan tanpa menjejaskan elaun-elaun yang diberikan.

Bagi pekerja perhotelan, katanya bayaran caj perkhidmatan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dibayar melalui cukai yang dikenakan terhadap pelanggan, ianya tidak dikeluarkan oleh majikan secara langsung.

Tambahan pula, ujarnya tidak ada pihak yang boleh merampas mana-mana elaun atau insentif yang diberikan kepada pekerja (Seksyen 2 (Upah), Akta Kerja 1955).

Selain itu, tambahnya kajian juga menunjukkan RM900 juga adalah satu kadar yang rendah berbanding kos hidup masa ini.

"Mengapa ada sesetengah pihak masih mahu menekan dan memeras warga pekerja?" tanya beliau.

Justeru, ujarnya Jerit amat kecewa dan membantah keras tindakan Kementerian Sumber Manusia yang mengeluarkan garis panduan yang mendiskriminasi golongan pekerja dari sektor perhotelan dan perladangan dan ini melanggar prinsip asas hak asasi manusia.

Maka, tegasnya Jerit menuntut pelaksanaan gaji minima adalah berdasarkan gaji pokok tanpa pemotongan sebarang elaun dari pendapatan pekerja.

Beri geran hasilkan filem cinta kepada Rasulullah

Harakahdaily, 20 Sep 2012
SEOUL: Kartunis Zunar mencadangkan agar kerajaan memberikan geran kepada penggiat seni tanah air untuk menghasilkan filem untuk melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw.


(Zunar menghasilkan beratus kartun dan membukukannya untuk menyampaikan mesej politik)

Dengan cara ini, katanya, ia akan melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw dan menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat.

Beliau mengulas cadangan mengadakan demo bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhamad yang dijadualkan Jumaat ini.

"Bagi orang bukan Islam, berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini malah akan terus menggalakkan penerbitannya," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam satu kenyataannya.

Bagi beliau, filem, kartun dan karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang-orang Barat yang tidak peka dan tidak tertakluk kepada peraturan Islam.

"Saya menyeru penerbit/pengarah filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari perspektif Islam sekaligus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat," tegasnya.

Karya-karya seni tentang ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.

"Filem terakhir, dalam pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976.

"Saya juga kesal pemerintah Islam tidak mengambil inisiatif bagi menyediakan dana bagi karyawan Islam untuk menghasilkan karya-karya seni mengenai Nabi Muhammad," tambah beliau yang kini berada di Seoul, Korea Selatan dalam kenyataannya.

Menurut beliau, pemerintah Islam sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan kroni.

"Pemerintah di Malaysia mengambil komisyen dari kapal selam, mengumpul kekayaan dari hasil balak, manakala pemerintah Islam di Timur Tengah mengumpul harta dengan hasil minyak.

"Individu Islam yang kaya pula menghabiskan duit membeli kelab bola sepak Inggeris.

"Ini bukan saja tidak membantu penghasilan karya seni mengenai Nabi Muhammad, tetapi menghina Nabi Muhammad!" kata beliau sinis.

Hina Nabi: Provokasi bukan daripada Pemuda PAS

Harakahdaily, 20 Sep 2012
KUALA LUMPUR: “Sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia,” tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Justeru, katanya Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat, 21 September (esok) adalah aman dan bebas provokasi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

1. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 21 September 2012  ini adalah aman dan bebas provokasi. [sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia]

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah memberi amanah penuh kepada Jabatan AMAL untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal. Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh pihak Jabatan AMAL Malaysia.

3. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan aman untuk membantah penghinaan ke atas  Nabi SAW dan ia akan dilangsungkan dengan akhlak Islami yang tinggi , beradab dan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokatif. Say No kepada apa jua bentuk provokasi.

4. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW sekali-kali tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.

5. Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalanraya.


6. Elakkan diri dari melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan AMAL atau pasukan Peguam DPPM [JUHAM] yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang berada di situ.


7. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke Kedutaan Amerika mengiringi pimpinan PAS [Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS dan DPPM] menyerahkan memorundum Bantahan DPPM terhadap filem jijik menghina Nabi SAW yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang.


8. Kepada peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaikiLRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.


9. DPPM mengundang dan mengharapkan semua warga prihatin khasnya NGO-NGO Islam dan bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW.


10. Malam ini [Khamis 20 Sept], DPPM menyarankan agar seluruh ummat Islam bermunajat memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah swt di seluruh masjid dan pusat tarbiyah yang berhampiran untuk ummat Islam berdepan dengan ujian bertali arus dari musuh-musuh Islam yang tidak pernah kenal penat dan lela

Arahan, peraturan Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW

Nasrudin Hassan at-Tantawi, 20 Sep 2012
1. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 21 September 2012  ini adalah aman dan bebas provokasi. [sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia]

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah memberi amanah penuh kepada Jabatan AMAL untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal. Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh pihak Jabatan AMAL Malaysia.

3. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan aman untuk membantah penghinaan ke atas  Nabi SAW dan ia akan dilangsungkan dengan akhlak Islami yang tinggi , beradab dan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokatif. Say No kepada apa jua bentuk provokasi.

4. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW sekali-kali tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.

5. Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalanraya.

6. Elakkan diri dari melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan AMAL atau pasukan Peguam DPPM [JUHAM] yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang berada di situ.

7. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke Kedutaan Amerika mengiringi pimpinan PAS [Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS dan DPPM] menyerahkan memorundum Bantahan DPPM terhadap filem jijik menghina Nabi SAW yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang.

8. Kepada peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaikiLRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.

9. DPPM mengundang dan mengharapkan semua warga prihatin khasnya NGO-NGO Islam dan bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW.

10. Malam ini [Khamis 20 Sept], DPPM menyarankan agar seluruh ummat Islam bermunajat memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah swt di seluruh masjid dan pusat tarbiyah yang berhampiran untuk ummat Islam berdepan dengan ujian bertali arus dari musuh-musuh Islam yang tidak pernah kenal penat dan lelah.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API~

Ust Hashim tak tanding, sapa bakal MB Perlis?

cenangau.blogspot.com, 20 Sep 2012



MalaysianInsider melaporkan:

PAS yakin dapat menawan Perlis dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 berikutan pepecahan yang teruk berlaku dalam Umno negeri tersebut menurut pesuruhjaya PAS negeri Hashim Jasin.

Menurut Hashim, beliau diberitahu oleh bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa Umno Perlis telah berpecah kepada empat kumpulan.

“Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu, iaitu diketuai oleh Shahidan sendiri, MB Datuk Seri Mohamad Isa Sabu, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan bekas menteri Datuk Azmi Khalid. - TMI.



Nampak gayanya, Perlis pun dah tak selamat untuk Umno BN. Kalau ikut faktor geografi patutnya Perlis dah dapat kat Pakatan Rakyat masa PRU12 lagi sekali dengan Kedah.

Tah apa sebab Perlis tak jatuh aku taktau tapi ada member yang kerja kat Perlis bagitau antara faktor yang kuat adalah faktor Shahidan.

Shahidan ni walaupun nampak teruk tapi orang Perlis ramai sayang kat dia pasai dia ni depa kata sangat pemurah dan jenis hemoi muka tak malu.

Walaupun realitinya Shahidan memang bolot sungguh  masa dia jadi Menteri Besar dulu, tapi dia tak makan sorang, dia selalu melabor untuk ambik hati pengundi Perlis. Ditambah dengan sifat hemoi tak tau malu, memang ramai yang malu alah dengan dia.

Lagi satu, member tu jugak bagitau, Shahidan punya stail politik cantas pun cukup hebat. Mat Isa Sabu sebagai Menteri besar pun lansung dia tak heran.

Kalau dah berpecah sampai 4 puak peluang untuk calon Pakatan Rakyat menang dengan undi sabotaj memang cukup besar. Ditambah pulak dengan 80% undi orang cina, memang peluang untuk rampas Perlis cukup besar.

Cuma yang aku sikit mushkil pasai apa pulak Ust Hashim Jasin sebagai pesuruhjaya PAS Perlis takmau bertanding masa PRU13 nanti.

MalaysianInsider juga melaporkan:

“Saya nak maklumlah, dalam pilihan raya akan datang ini saya tidak bertanding dah. Ini Ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tahu dah.

“Saya dah cari ganti saya dan dah ada dah (untuk DUN Sanglang) dan ada dalam Dewan Harian.

“Saya pun dah tolong perkenal dia,” katanya lagi - Ibid.



Dia tak teringin nak jadi Menteri Besar macam Ust Azizan ka? Kalau Ust Azizan boleh takkan Ust Hashim Jasin tak boleh?

Kalau bukan Ust Hashim sapa yang akan jadi Menteri besar? Takkan Anuar Tahir kut? Dia bukan Anwarinas ka? Hahaha...

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

-------------------------------------------------------------
Source: http://cenangau.blogspot.com/2012/09/ust-hashim-jasin-tak-bertanding-pru13.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29

LAPORAN ASAL HARAKAHDAILY

Hashim Jasin umum tidak bertanding lagi

Tabik dua belah tangan untuk Hashim Jasin

msomelayu.blogspot.com, 20 Sep 2012

Saya tabik dua belah tangan kepada Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin yang membuat pengakuan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pendirian itu dibuat dalam interviu dengan pengarang Harakahdialy Zulkifli Sulong.

Saya terharu dan merasa bangga dengan sikap dan pendirian beliau itu. Apa lagi mengharukan walaupun tidak menjadi calon namun sebagai Pesuruhjaya kata beliau sudah dan sedang berusaha membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Hashim Jasin: Umum tak tanding.
Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam.

Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din.

Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis.

Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran.

Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan.
Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB.

Tindakan beliau itu wajar diikuti oleh semua khususnya mana-mana wakil rakyat yang kini masih berhajat dan berdoa untuk dicalaonkan lagi walaupun sudah dua atau tiga penggal bertanding dan sudah kehabisan 'reng'.

Mungkin bagi mana-mana wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri masih relvan, kalau diberi laluan bertanding kerana ia boleh membantu kemenangan parti.

Tetapi kalau bertanding sekadar hendak melepaskan hutang atau pun kerana tidak bersedia memberi laluan kepada rakan lain sesuatu tidakan yang buruk. Jelas sikap dan pendirian itu sebagai tomak.

Saya percaya apa dilakukan Hashim Jasin itu sebagai model atau contoh yang perlu diambil oleh mana-mana wakil rakyat lain. Tindakan itu merupakan masej jelas kepada yang masih terus berangan untuk digelar YB. Cara beliau itu juga satu pendidikan atau tarbiyah yang cukup indah sekali.

Hendaknya selepas ini akan ada pula kenyataan sama dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau pun tokoh yang kini sakit, sering berulang alik ke hospital ataupun yang penyakit kroniknya sudah dikenali membuat kenyataan dan pendirian sama.

Alasan bahawa kesihatannya sudah pulih tidak patut dijadikan modal untuk membolehkan diri dicalon lagi.

Jangan sesekali menjadikan penyakit dan keuzuran untuk menangih simpati agar rakyat terus mencalonkan kita. Ada lagi kalau kita membayar rakyat sesen dua untuk pergi melobi kita kononnya kita masih diingini dan mampu memikul tanggungjawab. Itu juga dipanggil politik wang atau hakikatnya rasuah. Saya mengira tidak ada mana-mana wakil rakyat atau tokoh Pas yang ingin bertanding melakukan rasuah atau politik pitis.

Sekali lagi diseru mana-mana wakil rakyat yang uzur dan penyakitnya sudah dikenal pasti berundurlah secara terhormat. Jangan nanti dipaksa berundur baru hendak berbuat demikian ia sesuatu yang tidak manis. Kalau kita sudah tahu kudrat dan keupayaan kita elok kita mengaku dan tidak menjadi munafik kepada diri sendiri.

Biarlah kita meninggalkan rekod perkhidmatan dengan cara terbaik bukannya kita diundurkan dengan cara paksaan. Kalau kita berhenti dalam kemenangan kita akan disanjung, tetapi kalau kita berhenti kerana kekalahan, segala rekod perkhimdatan baik selama ini akan terpadam. Yahooooo... [wm.kl.7:13 pm 19/09/12]
-------------------------------------------------------
Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/09/tabik-dua-belah-tangan-untuk-hashim.html

LAPORAN ASAL HARAKAHDAILY

KPRU terbit buku Pendedahan di Parlimen

Harakahdaily, 20 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Buku pertama Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) berjudul “Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia” kini diterbitkan dengan kata pengantar oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Buku ini disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng dan memberi tumpuan kepada topik-topik penting tatkala Malaysia berada di ambang perubahan.

Sebagai sebuah badan pemikir dan penyelidikan, KPRU berharap kelahiran buku ini dapat memanjangkan wacana yang mengangkat dasar kepedulian rakyat.

Buku setebal 290 halaman ini berharga RM28 (tidak termasuk kos kiriman) dan merupakan penerbitan bersama KPRU dengan Strategic Information and Research Development Center (SIRD). Sesiapa yang berminat untuk membelinya sila emel Ooi Heng melalui ooiheng@gmail.com dengan menyatakan nama, nombor telefon bimbit, alamat dan bilangan tempahan.

Berikut ialah petikan kata pengantar Anwar Ibrahim.

Berbeza dengan sistem parlimen di India, Indonesia, United Kingdom dan Australia, ahli-ahli Parlimen di Malaysia tidak diperuntukkan dengan pegawai penyelidik. Justeru, penubuhan Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) sebagai sebuah pasukan penyelidikan yang digerakkan oleh saudara Ooi Heng dan sekumpulan anak-anak muda yang komited dalam membantu urusan penyelidikan dan penyediaan maklumat sebagai dukungan terhadap peranan wakil-wakil rakyat pembangkang sewajarnya dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya. Komitmen mereka sememangnya bererti dalam memudahcara tugas serta tanggungjawab seseorang wakil Parlimen yang secara umumnya berperanan untuk menggubal undang-undang dan juga dasar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Parlimen seharusnya menjadi “gelanggang” rasmi di mana segala bentuk perbincangan, perbahasan dan persetujuan melibatkan dasar negara termasuk aliran keluar masuk wang awam dikawal selia secara telus dan terbuka. Dalam erti kata lain, Parlimen bukan sekadar platform untuk perbahasan dasar-dasar yang berkait dengan kepentingan rakyat, bahkan seharusnya ia bersifat luwes yakni berupaya berperanan sebagai pemantau yang menjadi penimbang tara kepada ketelusan pentadbiran kerajaan yang memerintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan