Selasa, 25 September 2012

KETAHUI HUKUM2...MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG

Hukum Memakai “Braces”

by admin on November 13, 2011


Soalan :
Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?


Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”  (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Hukum Inai Lukis

by admin on December 27, 2011


“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”
Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.
* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Sumber: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com

Hukum Mewarnakan Rambut & Uban

by admin on February 2, 2012


SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?
JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.
Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW :
“Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra :
“Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda :
“Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW :
“Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Hukum Mewarnakan Rambut & Uban

by admin on October 13, 2011

SOALAN 
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?
JAWAPAN: 

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)
Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.
Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM 
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.
Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Apakah Hukum Merokok?

by admin on October 22, 2011

Soalan
Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-

Jawapan
Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.
Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada “ahl az-zikr” dalam halnya, “ahli az-zikr” dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.
Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :
1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok (persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah
Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar’ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun (seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta’liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35)
Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut “Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut “rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh ” ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346)
Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT
” Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman” ( Al-Furqaan : 59 )
Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.
Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya :
” Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat” ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)
Hadith lain pula menyebut :
” Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia” (Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi’ as-Solat, no 876)
2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)
Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.
Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.
Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : “Ad-Darar Yudfa’ Bi Qadaril Imkan” ; ertinya : “Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan” (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992) Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-
a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.
b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a’lam.
Zaharuddin Abd Rahman

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

by admin on October 9, 2011


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: www.ustazazhar.net

Apakah hukum jual beli secara ‘Bidding’ di eBay?

by admin on September 25, 2011

 Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama “al-Muzayadah”, iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya “saling naik menaik” dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.
Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak. Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه
Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]
Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram [2]
Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-
a- Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.
b- Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.
c- Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).
d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.
e- Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.
f- Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
Hukum Lelong di E-BAY
Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).
Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-
ما قارب الشيء يعطي حكمه
Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]
Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-
1) Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.
2) Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.
Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.
3) Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time’ kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.
4) PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.
5) Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.
6) Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.
7) Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.
Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.
LELONG DI SWOOPO

Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk
Setelah meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup berbeza dengan ebay adalah :-
3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids
Bidding rights, so-called “bids”, must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called “BidPacks”) at the currently applicable prices, which can be viewed in “My Swoopo” under “Buy Online Bids”.
Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.
Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user’s account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.
Certain bids (e.g. some “FreeBids”) are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.
4. Bidding / Use of the BidButler
Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user’s bid account.

KESIMPULAN
Jual dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli. Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini ;-
Bidding rights, so-called “bids”, must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called “BidPacks”) at the currently applicable prices,
Dan ini
Each bid costs just 40 pence, available in “BidPacks” of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]
Anda dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence ( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas, cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk menyertai bidding ini.
Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-
Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user’s bid account. [5]
Tatkala itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
16 Januari 2009
——————————————————————————————————————————————————–
[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.
[2] Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220
[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82
[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html
[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html

Kaedah bedah cara batin haram

by admin on September 30, 2011

Perbuatan dengan bantuan jin boleh pesong akidah
ISLAM mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.

Malah ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)
Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.
Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)
Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.
Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.
Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.
Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.
Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.
Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.
Memang ada ulama membenarkan perubatan dengan meminta pertolongan jin antaranya Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa dan ulama Saudi, Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah. Mereka mengharuskan khidmat jin dengan syarat penggunaan pada perkara diharuskan di samping wasilah juga diharuskan syarak.
Ini bermakna rawatan menggunakan khidmat jin diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT.
Namun, ada pendapat menolak pandangan ini kerana peristiwa Nabi Sulaiman bukan syariat yang ditinggalkan kepada kita.
Pendapat ini dihuraikan Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Dr Ahmad bin Nasir bin Mohd al-Hamd dan ramai lagi. Bahkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 pada 21 September 1995 juga memutuskan bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perubatan, mencari kekuatan dan kehebatan ditegah syarak dan haram.
Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin. Umat harus memahami, setiap penyakit ada penawarnya tetapi setiap penawar tidak dijamin boleh menyembuhkan. Semoga Allah membebaskan kita dari segala penyakit dengan reda-Nya, bukan diberi kesihatan dengan kemurkaanNya.

Sumber: Imam Muda Asyraf

Kesalahan Membaca Al-Fatihah

by admin on October 13, 2011

Saya terjumpa artikel ini dalam koleksi email saya. Sangat berguna untuk kita umat islam di mana solat adalah tiang agama.
PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.

Bercinta Dalam Islam

by admin on October 23, 2011

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

Rasa Cinta

by admin on December 28, 2011


“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”
Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,
“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)
Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.
Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.
Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.
Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.
Konklusi : Pernikahan adalah permulaan cinta
Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!

Sumber: http://www.ilmi-islam.com/

Cinta Islamik?

by admin on January 20, 2012


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah :
‘ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..’

‘saya cintakan awak kerana Allah..’
‘Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..’
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
‘macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!’
‘kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?’
‘tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’
‘kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..’
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
Nota Cinta :
Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas nikah jer
Bercinta lepas nikah lebih indah dan berkat(orang kata dan memang pun)
jangan ber”couple ” sebelum nikah nanti dah nikah dah bosan untuk couple…

Sumber: http://www.ilmi-islam.com/

3 Peringkat Cinta

by admin on November 3, 2011

Cinta adalah perasaan jiwa & tarikan hati. Ia adalah fitrah. Islam mengiktiraf fitrah ini & menggariskan 3 peringkat Cinta, iaitu:
Cinta AGUNG, Cinta PERTENGAHAN & Cinta HINA

“Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” – (At-Taubah:24)
CINTA paling AGUNG sudah tentu Cinta kepada-Nya, Allah Ta’ala, Rasul & jihad di jalan-Nya. Tiada Cinta yang boleh menyamai kedudukan Cinta ini. Seterusnya, CINTA PERTENGAHAN ialah Cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang yang dikasihinya samada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. Manakala CINTA HINA pula ialah Cintakan taghut, syaitan musuh-musuh-Nya, hawa nafsu, syahwat & mengutamakan kasih terhadap ibubapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan & kasihkan negara melebihi kasih & cintakan Allah Ta’ala, Rasul & jihad di jalan-Nya.
Sebenarnya dalam Islam tidak ada langsung istilah Cinta bagi mereka yang masih belum ada ikatan perkahwinan. Lihatlah 3 peringkat Cinta yang digariskan, adakah Islam mengiktirafkan Cinta kepada teman lelaki. Hatta, Cinta kepada tunang pun tidak diiktiraf inikan pula kepada teman lelaki. Bagaimana kita boleh menganalisis ciri-ciri pasangan yang bercinta kerana-Nya jika istilahnya pun tidak diiktiraf? Ingat, hal ini berbeza dengan dua orang insan yang saling jatuh Cinta kerana-Nya & menahan diri daripada asyik bercinta sehinggalah syariat menghalalkannya. Cinta yang hakiki adalah mencintai-Nya, kemudian Rasul-Nya, kemudian barulah selain mereka.
Ini adalah karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Al-Islam wa Al-Hubb):
“Kadang-kadang manusia tersalah menganggap Cintanya kerana-Nya padahal percintaannya menyebabkan makhluk-Nya lebih diagungkan daripada pencipta makhluk-Nya itu sendiri. Allah Ta’ala diketepikan. Mungkin matlamat dah betul dan jelas, tapi jalannya tidak cocok dengan syariat. Itulah yang disedihkan. Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
Apabila solat telah masuk waktunya.
Apabila jenazah untuk dikebumikan.
Apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan buruk padahnya.
Kita boleh buat satu kesimpulan, Cinta kerana-Nya hanya akan hadir selepas kahwin. Sebelum kahwin, andai terbit rasa Cinta antara dua orang, mereka perlu segera dijodohkan. Bukan senang nak bermujahadah apabila hati sudah terpaut pada seseorang. Lagipun, cepat berkahwin akan mengurangkan maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan. Maka, syariat tetap terpelihara. Barulah Cinta-Nya tidaks sirna dari hatinya”
Dalam satu hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami & lain-lain, Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikan di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”
Jatuh Cinta itu tidak salah, asyik bercinta itu yang salah. Perasaan jatuh Cinta anugerah-Nya. Tapi kalau rasa ia boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah Ta’ala tidak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar memelihara perasaan Cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tidak menjauhkan seseorang dari-Nya. Allah Ta’ala Maha Penyayang.
Praktikalnya?
Tidak salah kalau seseorang itu tetap sayangkan orang yang dia minati. Diyakini, orang itu pun sudah tentu amat mengharapkannya. Cuma kikislah keaiban-keaiban Cinta seperti hari-hari bergayut di telefon & lain-lain. Perbuatan-perbuatan ini yang salah bukan perasaan jatuh Cinta itu. Mujahadalah secara perlahan-lahan & penuh kerelaan kerana takut dan cintakan-Nya. Orang beriman utamakan kebenaran-Nya dalam hidupnya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-kutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)” – (Al-Baqarah 2:165)
Justeru, seseorang itu perlukan masa untuk mengubah situasi sedia ada. Jangan mengubahnya secara mendadak bimbang nanti tidak istiqomah mengubahnya. Waktu sekarang ini, fikirkan peranan & tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya yang nak memenangi redha Ilahi, pelajar yang nak cemerlang dalam pelajarannya & anak yang mahukan restu ibubapanya. Tanggungjawab ini semua perlukan komitmen yang bukan sedikit. Jangan biarkan ia terabai kerana seungkap nama lelaki yang bukan bergelar suami.
“Lelaki penzina tidak layak berkahwin kecuali dengan perempuan yang penzina, atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang penzina tidak layak dikahwini, kecuali oleh lelaki yang penzina atau lelaki yang musyrik dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman” – (An-Nuur:3)

Sumber: http://www.al-fikrah.net/

Lelaki Bergelang Tangan

by admin on February 17, 2012


Oleh: Ustaz Zainuddin Hashim
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.

Haram Rebonding

by admin on January 19, 2012


Assalammualaikum Ustaz.
Saya keliru dengan hukum yang menyatakan bahawa menggunakan teknik rebonding pada rambut adalah haram hukumnya. Saya telah melakukanya tetapi pada waktu tersebut saya tidak mengetahui tentang hukumnya. Adakah saya berdosa kerana telah melakukannya?

Dan betulkah hukum melakukannya adalah haram di sisi agama Islam?
- Nurul
Wa’alaikumsalam Warahmatullah.
Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum sebenar bagi teknik rebonding ini sama ada untuk meluruskan rambut atau mengkerintingkannya. Ini kerana tidak terdapat dalil yang khusus melarang atau mengharuskan perkara ini secara jelas. Dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak lebih bersifat umum sahaja. Disebabkan itulah berlaku perselisihan di kalangan ulama kepada dua pandangan iaitu mengharamkan dan mengharuskan.
Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa harus pada sesetengah keadaan bagi seseorang perempuan itu membuat teknik rebonding di atas sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi jika isteri membuat teknik ini semata-mata untuk memperagakan di hadapan suaminya sahaja. Begitulah kesimpulan daripada pandangan Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-Tolibin dan pendapat Imam Ramli di dalam kitabnya Nihayah al-Mujtahid.
Selain itu, perkara yang perlu diteliti juga berkaitan dengan teknik rebonding ini ialah:
1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?
Sekadar peringatan: Syukurilah nikmat Allah SWT yang sedia ada. Allah Taala tidak akan menzalimi hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya. (Riwayat Abu Daud)
Wallahualam.

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Lelaki dan Cincin Suasa

by admin on November 29, 2011


Sumber:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
http://www.ustazazhar.net/
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.


JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu.
(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Menonton Wayang: Apa Hukumnya?

by admin on November 12, 2011


Ada rakan saya berkata kepada saya bahawa hukum menonton wayang di pawagam adalah haram kerana banyak kemungkaran di dalamnya. Adakah ini benar? Selain itu , adakah berkaraoke di tempat karaoke juga haram? Harap ustaz dapat membantu dalam hal ini.
Nafiz

Assalamualaikum Warahmatullah.
Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.
Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.
Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
Wallahualam.
Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab
Sumber: http://www.iluvislam.com/

Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

by admin on January 31, 2012

Soalan

Assalamualaikum,

Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Hukum, Khatan Wanita & Bagaimana Rasulullah?

by admin on April 24, 2012
www.rashdantopa.com
Soalan:
Assalamualaikum ustaz,
Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja..Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak-anak kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki…
Wassalam

Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
  1. Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
  2. Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
  3. Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Aurat Antara Wanita Islam Dengan Wanita Bukan Islam

by admin on February 1, 2012


Soalan
Saya pelajar sebuah IPT yang menetap di asrama yang bercampur dengan wanita bukan Islam. Menjadi satu bebanan bagi saya dan kawan2 saya untuk memelihara aurat dalam keadaan orang kafir tinggal sebilik dangan kami.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari ustazah tentang hokumnya jika kami mendedahkan aurat zahir kami kerana keadaan terpaksa.
Jawapan
Saya sering ditanyakan masalah ini,terutamanya melibatkan mahasiswa dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam. Kerana ini sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.
Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini. Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka. Lafaz “nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama’.
Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya :
“Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu zimmah. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.
Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil dengan kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat oleh perempuan Yahudi atau Kristian kerana takut perempuan kafir akan menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka tentang apa yang mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata sahabat) daripada Umar RA yang bermaksud:
Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah: “Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki tempat mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.
Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah (alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’. Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah. Apabila illah/alasan tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut. Namun apabila illah/alasan itu kembali, maka hukum asal digunapakai semula.
Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.
Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka aurat dihadapan wanita bukan Islam diatas keperluan dan syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam (khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.
Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari dari Saudi iaitu Syeikh Ali Al-Shabuni.
Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211 mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain.
Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama, bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Maka sudah semestinya wajib menutup aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.
Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.
Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak. Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki lain. Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka spt lengan,kaki, rambut,leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang sulit-sulit kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita muslimah.
Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.
WALLAHU ‘A’LAM
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.

Sumber: http://johor.ikram.org.my/

Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng

by admin on January 15, 2012
Soalan: Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon penjelasan terperinci dari ustaz.
Jawapan:Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam. Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)

Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)
Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Hukum ‘Ringtone’ Bacaan Al-Quran

by admin on February 7, 2012


Soalan:
Asalamualaikum,
Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit dengan bacaan surah Al Quran?


Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :
“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.
Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :
إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.
Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.
Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.
Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.
Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-
a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.
Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.
Sekian, wassalam.

Sumber: http://www.al-ahkam.net/

Hukum Memakai Contact Lense

by admin on January 30, 2012


Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?
Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Nikah Gantung? Sah atau Tidak?

by admin on January 11, 2012


Soalan :
assalamualaikum.
boleh saya tahu lebh lanjut mengenai nikah gantung. atau mungkin ustaz boleh buat 1 entry khas mengenai nikah gantung.
salam.

Jawapan :
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah swt menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)
Hukum Perkahwinan
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Nikah Gantung
Banyak betullah istilah-istilah yang digunakan orang melayu dalam pernikahan ni, ada cina buta, ada nikah gantung dan macam-macam lagi. Nikah gantung yang saya faham adalah seperti majlis pernikahan dibuat dahulu dan majlis perkahwinan atau kenduri kemudian. Kebanyakkan orang mengatakan bahawa nikah gantung ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya zina. Sebut-sebut nikah gantung ni selalunya kita dengar kepada anak-anak muda yang masih menuntut ilmu atau mabuk bercinta, takut makwe dan pakwe dirampas orang lain, maka mereka sanggup merancang untuk kahwin gantung.
Sebelum membuat keputusan kawin gantung ni, terlebih dahulu minta izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Kalau ibu bapa bagi kahwin, maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan. Redha ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Redha Allah itu atas redha kedua ibu bapa”.
Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan perkahwinan tanpa redha mereka. Takut-takut hidup kita tak bahagia dan tidak aman, kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia.
Dalam hal yang lain juga perlu kita perhatikan, seperti tanggungjawab yang akan dipikul oleh orang yang sudah berkahwin, mampukah dia melaksanakan perkara tersebut seperti memberi nafkah, perlindungan, kebahgiaan dan sebagainya. Kalau mampu maka anda layak untuk berkahwin. Haram berkahwin bagi orang yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya. Boleh lihat di atas tentang hukum-hukum perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. “ (Al-Baqarah : 233)
Kahwin gantung, mestilah cukup rukun-rukun nikahnya seperti penganting lelaki, penganting wanita, dua orang saksi, wali, ijab dan qabul. Kalau cukup semua ini, maka perkahwinan tersebut sah dan bolehlah pihak penganting bersama. Ada adat melayu kita yang bercanggah dengan syarak seperti penganting yang nikah belum kenduri, tidak boleh bersama lagi. Sebenarnya perkara ini salah, kerana kenduri itu adalah sunat sahaja yang wajib itu adalah akad nikah. Tidak perlulah menghalang pengantin berjumpa atau berdua-duaan, lagipun saat itulah yang paling indah bagi pasangan pengantin.
Tidak boleh bersama bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin kepada isterinya, kerana maskahwin adalah wajib, jika dia gagal membayarnya, maka dia tidak boleh lagi bersama dengan isterinya. Kalau boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia tidak mahal. Beza dengan hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai puluh-puluh ribu. Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mencari kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula dengan hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang hantaran belum dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin pihak pengantin lelaki boleh berbincang dengan pengantin perempuan dengan cara yang baik. Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang sanggup berikan duit maskahwin kepada suaminya untuk kegunaan tertentu seperti belajar, yuran dan sebagainya, maklumlah pengantin lelaki masih belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan maskahwinnya murah dan ada yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah dan selesaikanlah segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.
Penutup
Apa-apapun sebelum berbuat sesuatu, fikirkanlah dan berdoalah semoga Allah memberikan satu jalan keluar dari segala kesulitan yang berlaku. Perkahwinan ini adalah satu perkara yang baik dan banyak ganjarannya. Di antaranya terhindar dari melakukan dosa, solat boleh khusyuk, mudah melakukan ibadah dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.” (Ar-Rum : 21)
Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Hukum Memakai Jenama Arak Di Pakaian

by admin on February 27, 2012


Soalan:
Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan ‘Carlsberg’ pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara’iah, Jabatan Hal Ehwal Syara’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Jawapan:
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-lainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:
عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.
Maksudnya:
“Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.
Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.
Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون
Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. “ (Surah Al-Maidah: 2)
Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.
Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan
Date Of Issue : 1998
Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/

Hukum ‘Perfume’ Beralkohol

by admin on March 30, 2012


Soalan:
Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat?


Jawapan:
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (‘rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90)
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
“Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?” Nabi membalas : “Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya “
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut “Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis”
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
  1. Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
  2. Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan”
  3. Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
  4. Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN ‘LARD’ ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. Jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Hukum Cukur Bulu Kening

by admin on February 22, 2012


SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

JAWAPAN:
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu”. Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.
Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.
Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini ayat yang ‘diboldkan’itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.
Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.
Wallahu A’lam.

Sumber: http://johor.ikram.org.my/

Hukum Mengucapkan “Merry Christmas”

by admin on October 18, 2011

Soalan:
Bolehkah saya mengucapkan “Selamat Hari Natal” kepada rakan saya yang beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari perayaan tersebut?
Nur Suliani, Sandakan, Sabah.

Jawapan:
Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.
Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [Surah al-Maidah, ayat 2] Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.
Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.

Hukum Memakai Inai Untuk Lelaki

by admin on October 18, 2011

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:
Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis-hadis yang masyhur; dan diharamkan kepada lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.
Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dari mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain-lain.
Dalil pengharaman adalah seperti berikut:
1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yang diharamkan syara’. Nabi bersabda:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)
2. Hadis berikut:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za’faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).
Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za’faran.4. Hadis riwayat Ya’la:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.
5. Hadis dr Abi Hurairah:
Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kenapa dengan lelaki ni?” Para sahabat menjawab: “Dia menyerupai wanita” Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie’.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.
Di bawah, video komen ustaz Azhar tentang hukum lelaki memakai inai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan