Jumaat, 28 September 2012

IKUT SUKA DIA@MEREKA AJE

'Hari Leher-V tak wajar, mentaliti tak serius'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:04PM Sep 27 2012
 
Penganjuran "Hari Leher-V" pada 1 Oktober ini yang dilihat cuba mempersendakan kerajaan tindakan tidak wajar dan menggambarkan mentaliti tidak serius, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi.

NONE"Bila mereka buat begini (anjur hari leher-v), (ia) tunjuk mentaliti mereka tidak melihat isu ini secara serius.

"Apa yang mereka buat tidak wajar," kata Dr Puad selepas sidang media semasa mengadakan lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Joseph, Sentul di ibu negara.

Portal antarabangsa progerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) Gay Star News pada 17 September melaporkan, Hari Kolar-V kebangsaan akan diadakan pada 1 Oktober sebagai respons terhadap dakwaan kerajaan menyokong garis panduan kepada kelompok itu.

Selain aktivis, kempen itu dilaporkan disokong oleh seorang 'paderi gay' di Malaysia dan pengusaha restoran yang akan menghidangkan makanan percuma untuk lelaki yang memakai pakaian jenis itu di kedai mereka.

'Ada ke garis panduan gay?'

Ketika berita ini ditulis, dilaporkan hampir 2,800 orang sudah memberikan komitmen di laman sosial Facebook bahawa mereka akan turut serta dalam kempen itu.

Gay Star News merupakan laman berita 24 jam milik Gay Star News Ltd yang baru ditubuhkan. Ia dilihat bertujuan mempromosikan gaya hidup kelompok itu.

NONEPada 13 September lalu, Sin Chew Daily melaporkan menteri pelajaran menyokong "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah membetulkan keadaan.

Antara simptom itu, menurut harian berbahasa Cina itu, mempunyai badan sasa, suka menunjukkan aset di badan, memakai baju dengan leher-V.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Puad bagaimanapun menafikan terdapat garis panduan gay dikeluarkan oleh kementeriannya.

"Mana ada garis panduan gay. Ada ke? Saya tanya NGO majlis PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) mereka tak keluarkan garis panduan itu," katanya lagi.
Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama'
  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:02PM Sep 27 2012
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri.
"Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini.
muhyiddin visit penang 160612Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan pangkat Nor Mohamed kepada menteri memandangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara itu didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing.
Nor Mohamed sendiri juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam.
Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.Parlimen diberitahu, Bank Negara mengalami kerugian kerugian berkenaan pada 1992 akibat kegiatan berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat itu, Anwar berkata beliau yang merupakan menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.

Katanya, setelah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan bahawa aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah seliaan Nor Mohamed.
mahathir soros meeting circa dec 15 2006 270912 02Isu berkenaan timbul semula apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menimbulkan isu pembiayaan asing kepada NGO tempatan, didakwa bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
Mahathir turut menyerang jutawan George Soros hujung minggu lalu dengan dakwaan, pertubuhan yang diasaskan oleh dermawan itu menyalurkan dana bagi tujuan itu.
Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997.

Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006.Mahathir turut mengutus surat sepanjang tiga halaman bertarikh 11 Januari 2006 kepada Soros untuk meraih sokongan ke atas projek Forum Keamanan Global yang diusahakannya.
Serangan ke atas Malaysiakini, cerita lama diungkit lagi
  • Premesh Chandran
  • 8:50PM Sep 27 2012
 
KOMEN serangan terhadap Malaysiakini menampakkan bahawa kerajaan semakin terdesak.

Sepanjang minggu lalu lalu, media arus perdana - TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star - melancarkan serangan ke atas Malaysiakini dan organisasi masyarakat sivil kerana menerima geran dari yayasan antarabangsa yang mereka dakwa sebagai satu plot untuk menggugat kestabilan kerajaan.

NONEMalaysiakini telah diserang kerana mempunyai pelabur asing yang
didakwa dikaitkan dengan jutawan George Soros. Malaysiakini diburukkan lagi bahawa beberapa pemegang saham kami mempunyai kaitan politik.

Saya faham sebab serangan itu. Lagipun, pilihan raya semakin dekat, dan berdasarkan perkembangan semasa, keputusannya boleh memihak kepada mana-mana parti.

Oleh itu, media arus perdana telah diarah oleh pemilik politik mereka - Umno dan MCA - untuk menyerang dan menjatuhkan suara-suara yang mahukan pilihan raya bebas dan adil, menggesa siasatan dibuat terhadap pelbagai skandal rasuah dan agar prinsip-prinsip demokrasi dipatuhi dan ditegakkan.

Jadi, tidak mengejutkan apabila mereka berulangkali melaporkan tuduhan, sindiran dan perkara separuh benar, bersama-sama dengan dos hodoh perkauman - satu strategi yang disempurnakan oleh yang tidak lain dan tidak bukan - ketua propaganda Nazi Joseph Goebbels.

Mari kita lihat tuduhan ini satu persatu dan mematahkannya:

1. Tuduhan yang sama 11 tahun yang lalu

Tuduhan berulangkali oleh bekas pengarang berita Malaysiakini, YL Chong bahawa pada tahun 2001 kami merahsiakan geran RM188,000 dari Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) dan dia meletak jawatan selepas mengambil satu pendirian mengenai perkara itu.

Tuduhan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dicanangkan dalam media arus perdana 11 tahun yang lalu - diungkit semula pada tahun 2001 - sebagai "bukti" kaitan kami dengan Soros. Kami telah menerbitkan jawapan kami untuk mematahkannya, sejurus selepas tuduhan tersebut dibuat.

azlanPendek kata, Malaysiakini bersikap terbuka dengan kakitangan tentang
kontrak untuk membangunkan satu aplikasi perisian untuk Centre for Advanced Media Prague (Camp), yang merupakan cabang bahagian teknologi MDLF.

Chong berjumpa media dengan membuat tuduhan bahawa perjanjian itu adalah satu geran dan kami telah merahsiakan perjanjian itu. Hakikatnya, Malaysiakini sudah pun membuat pengumuman mengenai perjanjian perisian itu di lamanwebnya.

2. 'Orang Soros dalam lembaga pengarah Malaysiakini'

Ekoran kejayaan membangunkan teknologi tersebut serta kejayaan melancarkan model langganan pada bulan Januari 2002, MDLF memutuskan untuk melabur dalam Malaysiakini - yang pertama bagi mereka dalam medium online - menyimpang daripada pelaburan tradisional mereka dalam akhbar, televisyen dan stesen radio.

Malaysiakini menerima RM1.3 juta untuk 29 peratus ekuiti dan MDLF bersetuju untuk menandatangani perjanjian tidak campurtangan dalam urusan editorialnya. Berikutan itu, Malaysiakini mengadakan sidang akhbar dan membuat pengumuman mengenai perkara itu.

Pada masa pelaburan itu dibuat, MDLF diterajui oleh pengasas bersamanya, Sasa Vucinic seorang wartawan yang stesen radionya B92 di Belgrade terbabit dalam satu perjuangan yang panjang dan amat sukar untuk membantu menjatuhkan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic.
Milosevic kemudiannya didakwa dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang berkaitan dengan peperangan di Bosnia, Croatia dan Kosovo.

Sasa telah menubuhkan MDLF dengan strategi untuk membantu media bebas di Eropah Timur berkembang berikutan kejatuhan komunisme. Soros, seorang rakyat Hungary yang mempunyai rekod yang menyokong kebebasan akhbar, adalah antara penderma utama MDLF.

Tontonilah TED talk Sasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang falsafah MDLF.

Sehingga ini, MDLF terlibat dalam 269 projek untuk 85 syarikat media bebas di 27 negara.
Nazri komen macam menteri pelajaran, kata TPM
  • Abdul Rahim Sabri & Nigel Aw
  • 6:04PM Sep 27 2012
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tuntutan oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong sebagai perkara "munasabah" hanyalah pandangan peribadi menteri berkenaan.

Katanya, beliau sendiri telah mendapatkan penjelasan menteri hal ehwal undang-undang tersebut pagi ini, susulan kenyataan Nazri selepas menerima memorandum NGO berkenaan semalam.

NONE"Apa yang dinyatakan itu pandangan dia, tetapi saya jelaskan, kita pun ada pendirian, polisi kerajaan tentang soal itu pun jelas dan kita pun dah buat keputusan.

"Jadi sepatutnya (apabila Nazri) terima  memo itu, dia boleh serah kepada saya. Nanti kita boleh buatlah. Jadi tak payah komen. Dia komen macam dia jadi menteri pelajaran, susahlah saya.

"Saya beritahu dengan (Nazri), dan dia pun kata betul, dan pandangan itu peribadi. Mungkin dia rasa silap buat kenyataan. Saya dah panggil dia, dan ulasan dia telah buat," katanya.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menerima memorandum daripada mana-mana pihak.

"Cuma apa tuntutan dalam memorandum itu, biasanya kita akan kaji, saya pun tak baca lagi apa tuntutan dalam memorandum itu.

"Kalau soal pentadbiran, soal guru itu dah lama dah. Jawatankuasa (telah) kita tubuhkan. Tapi kalau ia menyentuh soal undang-undang dan dasar, dia tidak boleh jawab macam itu. Kita kena kaji.

"Jadi tak apalah dia dah terlepas cakap. Tapi apa yang dicakap itu (tidak semestinya) betul dan mengikut polisi kerajaan. Jadi saya telah beritahu dia, supaya tidak membuat kenyataan sebegitu (selepas ini)," katanya.
'Saya bukan munafik'
Terdahulu, Nazri ketika bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata.

NONE"Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik.

"Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam.

"Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata Wee pada sidang medianya pagi tadi.
'Kerajaan cuba sembunyi hutang Syed Mokhtar?'
  • Hazlan Zakaria
  • 2:58PM Sep 27 2012
 
MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengesyaki bahawa kerajaan cuba menyembunyikan isu berhubung hutang komersil ditanggung syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang didakwanya bakal menyebabkan "malapetaka ekonomi" kepada negara.

"Saya syaki mereka cuba sembunyikan sesuatu tentang hutang komersial empayar perniagaan taikun Syed Mokhtar Al-Bukhary.

"Ia adalah malapetaka ekonomi yang hanya menunggu masa untuk meletup," kata Tony pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau menjangkakan, keadaan itu mungkin sama seperti keadaan yang berlaku sebelum ini ketika kumpulan syarikat Renong Bhd menanggung hutang RM20 bilion daripada bank tempatan.

Pua mendakwa kumpulan syarikat milik Syed Mokhtar kini menanggung hutang lebih RM34 bilion daripada institusi kewangan.
Najib: George Kent layak dianugerah projek LRT
12:02PM Sep 27 2012  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang "membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".

"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut," katanya yang berpendapat bahawa proses berkenaan dilakukan secara telus dan terbuka.

Dalam jawapan bertulisnya kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat itu, Najib mempertahankan bahawa GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

NONEPua dalam soalannya meminta Najib menjelaskan sebab syarikat George Kent dipilih sedangkan syarikat berkenan tidak berpengalaman dalam sektor rel dan tender syarikat itu lebih mahal daripada syarikat lain yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

Jawapannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan dari PKR sebelum ini yang mendakwa firma pembinaan George Kent berkenaan "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Pengarah strategi parti PKR Rafizi Ramli pada bulan lalu mengemukakan satu surat daripada pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang didakwa menyatakan demikian.

NONERafizi juga mendakwa perdana menteri campur tangan dalam proses bidaan berkenaan sehingga  memihak kepada "sekutu rapatnya".

Dalam jawapannya di Parlimen itu, Najib bagaimanapun berkata GKLP JV lulus penilaian teknikal dan pemilihan firma berkenaan dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh ke atas "kehendak teknikal, kewangan dan perundangan dan juga syarat kontrak".

Gabungan firma berkenaan juga berkepakaran dalam bidang subsistem rel, kata Najib yang menyenaraikan perkara teknikal tersebut.

"Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman di dalam sektor rel adalah tidak tepat..." katanya yang berpendapat bahawa proses tender itu dijalankan dengan telus dan terbuka.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil kira aspek penglibatan syarikat tempatan dalam projek seperti itu, kata Najib.

"Aspek pembangunan vendor serta peluang syarikat berwibawa tempata di dalam menguasai bidang pengetahuan berteknologi tinggi melalui penglibatan secara langsung di dalam projek seumpama ini," katanya.
Tambahnya, perkara itu terutamanya bagi "memastikan negara mendapat manfaat sepenuhnya dari perbelanjaan besar projek infrastruktut yang dijalankan.
Apa yang Dr M beritahu mangsa perang WWII Soros
  • Steven Gan
  • 9:00AM Sep 27 2012
 
EKSKLUSIF Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu jutawan George Soros - mangsa Perang Dunia Kedua (WWII) , bagaimana beliau sendiri telah menyaksikan seorang askar British dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun.

Dalam sepucuk surat peribadinya, di mana beliau menulis kepada Soros enam tahun lalu untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha anti-perang global oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menceritakan peristiwa yang tidak dapat dilupakanya itu yang berlaku di Alor Setar semasa Jepun menyerang Malaya.

NONE"Kematian askar muda British itu yang dibunuh dengan bayonet oleh
Jepun di kampung saya, telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya," tulis Dr Mahathir dalam surat 11 Januari 2006. Malaysiakini mempunyai salinan surat tersebut.

"Ia mungkin kelihatan seperti satu kejadian kecil tetapi saya menangisi kematian lelaki muda ini - 8,000 kilometer dari rumah dan keluarganya - dengan bayonet ditusuk ke tubuhnya. Dan dia menjerit dua atau tiga kali. Dan kemudian semuanya senyap.

"Saya seorang remaja ketika itu dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu berlaku pada diri saya. Bagaimana kita boleh membunuh orang dengan begitu kejam dan tidak langsung merasa bersalah."

Menurut penulis Barry Wain dalam bukunya, Maverick Malaysia, ini adalah salah satu peristiwa traumatik yang mempengaruhi zaman remaja Dr Mahathir dan "telah mengubah haluan hidupnya".

Soros sendiri tidak asing terhadap kekejaman perang.

NONEDilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Budapest, Hungary, dia
terselamat sewaktu Perang Budapest, di mana tentera Jerman dan Soviet bertempur dari rumah ke rumah pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1947, ketika masih remaja, Soros berhijrah ke England.

Dr Mahathir telah menulis kepada Soros untuk menggesa spekulator matawang itu menyokong Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.


 1. Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan
Menteri: Polis, SPRM tak siasat skandal 'copgate'
11:26AM Sep 27 2012  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata polis tidak menjalankan apa-apa siasatan ke atas dakwaan mengenai hubungan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga tidak membuat sebarang siasatan ke atas dakwaan tersebut dengan alasan sama – tiada sebarang aduan diterima.

NONETambahnya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Mac 2012 menolak penubuhan jawatankuasa siasatan kerana "tiada bukti kukuh dapat dikemukakan".

"Setakat ini juga, tiada sebarang laporan polis diterima mengenai pendedahan yang telah dibuat oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff berkenaan hubungan bekas ketua polis negara dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa beliau masih berkhidmat dalam PDRM.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada MP Segambut Lim Lip Eng berhubung dakwaan skandal yang popular dengan jolokan 'copgate' itu.
NONEMalaysiakini sebelum ini melaporkan, pemberi maklumat polis mendakwa dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes tersebut - salah seorang daripada mereka adalah Ramli (kiri).

Pegawai berkenaan didakwa memalsukan bukti pada 2007, namun kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan pada pertengahan 2011.
Ramli pada 29 Februari lalu mendakwa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Musa dan 'Tengku Goh' bersekongkol di sebalik tindakan tersebut.
Malaysiakini pada 2007 menyiarkan laporan khas berhubung skandal berkenaan, yang menunjukkan rentetan peristiwa dan tokoh penting yang didakwa terlibat.
Musa Hassan pada Mac lalu menafikan dakwaan beliau melindungi tokoh kongsi gelap atau berkonspirasi dengan Abdul Gani untuk menganiaya Ramli. 
Suaram: SKM macam nak cari salah
  • Koh Jun Lin
  • 11:08AM Sep 27 2012
 
Suara Rakyat Malaysia (Suram) mendakwa, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja mencari kesalahan mereka walaupun tidak menemuinya.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1"Ia seperti cari salah - mencari kesalahan untuk membina kes dan memfailkan pendakwaan terhadap kami walaupun tidak menjumpai sebarang kesalahan dalam operasi kami.

"Kami telah lakukan semuanya menurut Akta Syarikat. Akaun kami dikemas kini... jadi ini benar-benar untuk mencari salah dan jelas bermotifkan politik," kata setiausaha kumpulan hak asasi manusia itu Cynthia Gabriel.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas bekas pengurus akaun Suaram Leong Mee Nan disiasat oleh SKM kira-kira tiga jam semalam.

Peguam korporat yang menemani mereka memberikan khidmat secara pro-bono, kata Cynthia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan