Khamis, 20 September 2012

ZAKAT DALAM RUKUN ISLAM...PUSAT ZAKAT SEBAGAI 'AMIL'...INI BUKAN DUIT KERAJAAN ..BANK ATAU HAK PERIBADI...INI HAK ASNAF2...YANG PEMBAYAR ZAKAT DAH BAYAR...JANGAN TAK AMANAH...DAN PEMBAHAGIAN TAK IKUT SYARAK...TUGAS AMIL...KUTIP...BUAT KIRA2..BANCI ASNAF2 YANG PATUT TERIMA...DAN AGIIH2KAN...JANGAN DUIT DIPERAM...TAK BAGI PADA ASNAF...SALAH SENDIRI TANGGUNG DIHADAPAN ALLAH NANTI

Hak institusi zakat: Isu yang gagal difahami?

  • Hamizul Abdul Hamid
  • 4:57PM Sep 20 2012
ULASAN Dalam dunia pengurusan zakat, ada dua urusan utama atau disebutkan sebagai core business of zakat, iaitu kutipan dan agihan zakat.

Secara asasinya sesebuah institusi zakat akan menjalankan amanah mengutip zakat dan selepas itu, bertanggungjawab pula mengagihkan kembali zakat kepada semua asnaf yang berhak.

Dalilnya, semasa Nabi Muhammad SAW mengutuskan Saidina Muadz bin Jabal RA ke Yaman sebagai gabenor dan amil, maka nabi menyatakan:

"Ambillah daripada penduduk Yaman yang kaya sebahagian harta mereka (sebagai zakat) dan agihkan kembali harta itu kepada golongan fakir (dan miskin) di sana." (Hadis riwayat Bukhari)
Atas dasar itulah, sesebuah organisasi zakat tidak akan berjaya jika mengabaikan salah satu daripada elemen ini. Kecekapan kutipan mestilah diiringi dengan kecekapan agihan.

Timbulnya pelbagai tohmahan liar dan sangkaan negatif kepada sesebuah institusi zakat, apabila kecekapan hanya berlaku dalam aspek kutipan; tidak pula dalam bab agihan.
Hak institusi zakat
Harus diingat, sesebuah institusi zakat itu berhak menjalankan kerja-kerja kutipan dan agihan ini atas arahan pemerintah Islam (ulil amri), sesuai dengan tindakan nabi melantik para sahabat sebagai amil, misalnya Muadz bin Jabal RA dan Abu Hurairah RA sebagaimana yang dipaparkan dalam hadis di atas.
Bahkan dalam mentafsirkan ayat 103 daripada surah at-Taubah, kalimah "ambillah" yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, merupakan suatu penegasan bahawa pihak amil berhak mengambil waima secara paksa harta orang-orang kaya jika mereka enggan berzakat.

Dan dalam konteks ini, pastilah yang berhak ‘merampas' itu para penguasa zakat yang diberi kuasa. Siapakah yang layak diberikan kuasa, andai bukannya para amil lantikan pemerintah.
Disebutkan oleh Sa'id Ibn Mansyur daripada Suhail RA bahawa: "Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Sa'ad bin Abu Waqas, Ibn Umar, Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, kataku: Apakah aku (patut) membahagikannya (sendiri) atau aku berikan kepada pemerintah? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada pemerintah. Seorang pun tidak ada di antara mereka yang menyuruh aku membahagikannya sendiri."

(Disebutkan dalam kitab al-Majmu' dan dinukil kembali dalam Pedoman Zakat oleh Tengku Muhammad Hasbi Ash Shidieqy, hlm 51).
Jelas di sini, jumhur fuqaha bahkan pendapat dalam kalangan sahabat sendiri, bahawa lebih utama menyalurkan zakat kekayaan kepada pihak pemerintah, yakni melalui amil yang dilantik oleh pemerintah.
Imam Abu Yusuf (anak murid Imam Malik) pernah mengungkapkan kepada Khalifah Harun al-Rasyid:

"Wahai Amirul Mukminin, perintahkanlah para amil zakat untuk mengutip harta zakat dan bahagikannya kepada mereka yang berhak.

"Lakukanlah semua urusan itu sesuai dengan sunah Rasulullah SAW dan para khalifah selepas baginda."

(Lihat al-Kharaj sebagaimana diungkapkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi, Institusi Zakat, hlm 52)
Kemahiran mengurus zakat
Oleh itu, hanya institusi zakat yang lebih layak menjalankan kerja-kerja mengutip dan mengagih zakat.

Ini kerana, pihak pengurusan zakat yang disebut sebagai amil, telah dilatih untuk mentaksir zakat secara tepat, sesuai dengan pelbagai inovasi pengiraan dan berdasarkan perakaunan baharu zakat yang dirumus oleh fuqaha kontemporari dan para pakar kewangan Islam terkini.
Ambil sahaja contoh dalam menaksir harta zakat perniagaan; ramai orang (termasuklah kadang kala kalangan agamawan yang kurang arif) yang mengambil jalan mudah mengira zakat atas keuntungan semata-mata; walhal zakat perniagaan itu dikenakan ke atas kecairan modal dan juga keuntungan semasa.
Begitu juga dalam pentaksiran zakat pendapatan, implementasi had al-kifayah pembayar dan perkembangan fatwa mengenainya hanya lebih dimaklumi oleh amil yang terlatih, yakni amil zakat.

Sebab itulah, Umar al-Khattab RA dalam memperkasakan pentadbiran negara, melantik pegawai khas bergaji, yang bertugas mentaksir zakat umat Islam demi kebaikan semua pihak tanpa ada sebarang kepentingan lain.
Bahkan, dalam aspek pengagihan zakat ia memerlukan mereka yang lebih memahami situasi masyarakat. Tidak selalunya tepat, andai kita hanya mentafsir berdasarkan lahiriah manusia semata-mata.

Maka, demi memastikan zakat hanya disalurkan kepada mereka yang layak, maka pelbagai inovasi dalam bancian dan siasatan diwujudkan. Para amil zakat dilatih agar menghadami keperluan ini.
Formula had al-kifayah asnaf misalnya, dilahirkan demi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak disantuni seoptimanya dengan wang zakat. Ini penting, atas beberapa faktor berikut:
  1. Keterbatasan sumber zakat
  2. Menangani kes penipuan zakat
  3. Mengoptimakan natijah agihan zakat
Dalam isu keterbatasan sumber, hal ini hendaklah dimaklumi bahawa kutipan zakat sebenarnya masih belum mampu memenuhi keperluan seluruh asnaf zakat.

Ambil sahaja dua asnaf zakat yang muqaddam (paling utama), iaitu golongan fakir dan miskin; keperluan menyediakan keperluan mereka masih belum sampai ke tahap maksimum.
Misalnya, tidak semua asnaf miskin mampu disalurkan bantuan kewangan dan makanan bulanan dan tidak semua juga mampu dibiayai modal perniagaan.

Ini kerana, sumber yang ada masih terbatas dan ia mewajibkan pihak institusi zakat untuk lebih cermat dan cerdas menyalurkan dana berkenaan.
Manakala dalam isu menangani kes-kes penipuan zakat, ia lebih rumit memandangkan orang-orang yang mahu mengambil kesempatan hari ini, semakin licik dalam tindakan.

Kelicikan mereka boleh menyebabkan wang zakat jatuh ke tangan orang yang salah, yakni bukan asnaf; dan pada masa yang sama akan menyebabkan orang-orang yang sebenarnya lebih berhak dan layak tidak menerima haknya.
Sementara itu, dalam usaha mengoptimakan kesan atau natijah di sebalik agihan zakat, maka pihak institusi zakat sebenarnya memang perlu mempunyai data dan maklumat yang lengkap dan kemaskini mengenai seseorang asnaf.

Misalnya, latar belakang keluarga, pendidikan yang dilalui, pengalaman bekerja, sejarah kesihatannya dan pelbagai perkara lain.

Adalah tidak munasabah memberikan modal perniagaan makanan kepada seorang yang berpenyakit TB misalnya, kerana ia lebih memudaratkan.
Peranan pembayar zakat
Namun begitu, pihak institusi zakat juga wajar menyedari bahawa mereka hanyalah sebagai pemegang amanah, yakni pihak yang diberikan autoriti sementara bagi mengendalikan urusan zakat.

Para pembayar menyerahkan harta-harta zakat mereka dengan satu niat, yakni melepaskan kewajipan zakat. Kepada siapakah ia dilepaskan? Sudah pastilah ke bahu para amil zakat.
Maka, dalam konteks ini para pembayar zakat sebenarnya seakan-akan enggan lagi mengambil tahu perihal harta zakat mereka.

Namun, dalam konteks yang lain, hakikatnya ia masih perlu, kerana matlamat sebenar di sebalik pensyariatan zakat oleh Allah SWT untuk memastikan harta kekayaan mereka itu benar-benar dapat memperkasakan ummah keseluruhannya.
Umar al-Khattab RA misalnya menegaskan, harta zakat hendaklah diagihkan secara maksimum sesuai dengan keperluan umat Islam dan Umar tidak membenarkan wujudnya lebihan harta zakat untuk dibawa ke tahun hadapannya.
Syeikh Muhammad bin Salih al-Utsaimin pula dalam fatwanya menyatakan: "...agihan zakat kepada lapan asnaf ini boleh memenuhi keperluan khusus bagi mereka yang menerimanya... melalui zakat juga, terjalin kedamaian masyarakat dengan bersatunya hati mereka (antara orang-orang kaya dan miskin)." (lihat Ensiklopedia Zakat, hlm 48).
Realitinya, zakat antara mekanisme perkongsian harta dan sekali gus mengekang pengumpulan harta hanya kepada orang-orang dan golongan yang tertentu sahaja.

Ertinya, zakat mencegah monopoli kekayaan dan dalam hal ini Allah SWT menegaskan:

"Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (al-Hasyr: 7)
Maka, pembayar zakat masih wajar mengambil tahu apakah agihan zakat yang dilakukan itu benar-benar sampai kepada lapan asnaf ataupun tidak.

Seandainya berlaku ketempangan dalam pengurusan zakat, khususnya dalam urusan agihan, maka para pembayar wajar memberikan teguran dan mencadangkan penambahbaikan.

Ia hakikatnya corak check and balance demi menjamin kesinambungan keberkesanan sistem zakat.
Kendatipun fuqaha majoritinya cenderung agar semua pembayar menyalurkan zakat mereka kepada institusi zakat yang ditubuhkan pemerintah; namun ia masih tertakluk kepada keamanahan dalam pengurusan zakat berkenaan.

Seandainya ternyata dan terbukti, penyaluran zakat tidak sampai kepada matlamat, maka sebahagian fuqaha menegaskan zakat itu boleh disalurkan sendiri oleh pembayar kepada mustahiknya (penerima).
Perbincangan ini dibahaskan antaranya oleh Syeikh Rashid Ridha, yang dengan tegas menyatakan:

"Kepada pemerintah-pemerintah semacam ini (yang menyeleweng daripada amanah zakat - penulis), tidak boleh kita (umat Islam) membayarkan zakat (kepada mereka) walaupun ketua pemerintahan itu bergelar khalifah," (rujuk TM Hasbie Ash Shidieqy, Pedoman Zakat, hlm 53).
Budaya kerjasama
Oleh itu, biar pun penyerahan harta zakat telah berlaku; namun keprihatinan pembayar zakat masih diraikan dalam kerja-kerja agihan.

Misalnya, mereka boleh mencadangkan orang yang difikirkan layak dan sesuai untuk menerima bantuan zakat, manakala pihak zakat akan menyiasat demi membolehkan mereka diberikan zakat jika menepati kriteria kelayakan.
Budaya saling membantu seperti ini, walaupun bukan lagi menjadi suatu tuntutan wajib kepada pembayar zakat; namun masih menepati ajaran Islam.

Allah SWT menegaskan berulang kali, sikap saling membahu, ambil tahu dan memperbetulkan kesilapan, akan menjadikan hasil sesuatu pekerjaan itu lebih baik dan cemerlang.
Sikap ini jujurnya, jauh lebih mulia daripada tindakan segelintir pihak yang sering menuding jari dan mencebik bibir serta memicingkan mata atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan zakat.

Mereka tidak berminat untuk memperbaiki kelemahan; sebaliknya lebih bergembira mendedahkan keaiban.
Akibatnya, umat Islam menjadi rosak kerana hilangnya kepercayaan kepada sebuah institusi yang diamanahkan menguruskan hal ehwal zakat.

Sedangkan kesilapan yang terjadi bukanlah menjadi kesalahan total yang membawa hukuman ‘mati mandatori'; masih ada jalan bagi memperbaiki kelemahan berkenaan.
Apatah lagi jika terbukti bahawa institusi zakat berkenaan selama ini sudah berusaha sehabis daya menunaikan amanah zakat dengan penuh jujur dan akauntabiliti.

Tidak sewenang-wenangnya menghamburkan wang zakat tanpa kelihatan sebarang manfaat. Institusi zakat seperti ini, sekali melakukan kesalahan; sewajarnya terus diperbetulkan dan tidak pula ia diperbesar-besarkan.
Nabi Muhammad SAW menukilkan, para amil yang ikhlas dan penuh keazaman menjalankan amanah seumpama:

"Seorang amil yang bekerja mengutip zakat di atas kebenaran, samalah dengan seorang pejuang yang sedang beperang di jalan Allah sehinggalah dia kembali ke rumahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Mutakhir ini, apabila ada pihak yang sering menyinggung institusi zakat, khususnya dalam aspek agihannya, maka ia berpotensi menjadi polemik yang berpanjangan.

Namun, polemik ini bisa dicantas jika umat Islam memahami bahawa tugas sesebuah institusi zakat sebagai penyambung amanah zakat, dapat dibantu oleh seluruh umat Islam yang lain.
Beramallah dengan saranan-saranan Allah SWT, bantulah institusi zakat andai mereka tersalah dan yang paling penting, sentiasa berusaha menjadikan zakat sebagai senjata ummah yang terampuh demi kebaikan bersama.

HAMIZUL ABDUL HAMID eksekutif komunikasi korporat Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT : 

AMIL ZAKAT


1). Amil Zakat ialah semua pihak yang bertugas melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penjagaan, pencatatan dan pengagehan harta zakat. Mereka dilantik oleh pemerintah di dalam negara Islam atau mereka diberi kebenaran atau dipilih oleh institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau oleh masyarakat Islam untuk membuat pungutan dan pengagehannya serta melakukan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan zakat seperti mengajar masyarakat tentang hukum zakat, menerangkan tentang sifat-sifat pemilik harta yang wajib dikeluarkan zakat dan golongan-golongan yang berhak menerima zakat, memindahkan, menyimpan, menjaga, mengembangkan serta memanfaatkan harta zakat sesuai mengikut ketetapan dan syarat-syarat yang telah dibuat di dalam cadangan pertama Simposium Masalah Zakat Semasa Kali Ke-3 yang dianjurkan oleh Perbadanan Zakat Kuwait. Yayasan-yayasan ini dan jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan zakat yang ada pada masa kini juga dianggap sebagai autoriti sedekah (zakat) dalam bentuk semasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam syariat Islam. Oleh yang demikian Yayasan-yayasan dan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut wajib mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan di dalam bahagian (Amil Zakat).

2). Di antara tugas-tugas yang diamanahkan kepada amil-amil zakat ada yang berbentuk pemberian kuasa (kerana ia berkaitan dengan tugas asas dan kepimpinan) . Oleh yang demikian orang yang memegang amanah ini disyaratkan supaya mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah di antaranya ialah: Islam, lelaki, jujur (beramanah) dan mengetahui hukum-hukum zakat di dalam lapangan kerja. Selain dari itu terdapat juga beberapa tugas lain sebagai bantuan yang boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak dapat memenuhi sebahagian dari syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagaimana di atas seperti kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan komputer, stor dan pembaikian aset tetap dan sebagainya.

3). Amil-amil zakat berhak mendapatkan imbuhan dari kerja mereka iaitu dari bahagian golongan amil zakat yang diberikan oleh pihak yang melantik mereka dengan kadar tidak lebih dari upah yang sama dengannya walaupun mereka bukan dari kalangan orang-orang fakir dengan mengambil kira bahawa jumlah wang yang dibayar untuk semua amil zakat, persiapan dan pembiayaan pengurusan pejabat tidak lebih dari satu perlapan dari hasil pungutan zakat (12.5 %). Perlu diperhatikan juga, amil zakat tidak boleh dilantik lebih dari keperluan dan sebaik-baiknya gaji kesemua amil zakat yang dilantik atau sebahagian daripada mereka adalah diambil dari perbendaharaan negara supaya wang kemasukan zakat b oleh diagehkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat. d) Golongan amil zakat tidak boleh menerima apa-apa bentuk rasuah, hadiah atau hebah sama ada dalam bentuk barang ataupun wang tunai.

4). Mengemaskinikan pusat penyelenggaraan Yayasan-yayasan pembangunan zakat dan pejabatnya dengan kelengkapan-kelengkapan, perabot dan peralatan-peralatan yang diperlukan jika peruntukan untuk kelengkapan tersebut tidak boleh diambil dari sumber-sumber lain seperti perbendaharaan negara, hebah atau sumbangan-sumbangan yang lain. Peruntukan tersebut boleh diambil dari bahagian yang diperuntukkan kepada amil zakat mengikut keperluan dengan syarat kelengkapan tersebut hendaklah mempunyai hubungan secara langsung dengan pungutan dan pengagehannya atau mempunyai hubungan dengan peningkatan jumlah kemasukan zakat.


5). Pihak yang melantik atau memberi kebenaran kepada sesebuah perbadanan zakat untuk beroperasi hendaklah sentiasa memerhati dan mengawasinya untuk mencontohi sunnah Nabi s.a.w di dalam kawalannya terhadap amil-amil zakat. Amil zakat hendaklah seseorang yang jujur (amanah) dan dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kesemua harta zakat yang ada bersamanya malah dia bertanggungjawab untuk menggantikan segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pencerobohan, kecuaian dan kelalaiannya.

6). Amil-amil zakat sepatutnya menghiaskan diri dengan adab-adab Islam secara umum seperti sopan santun, lemah lembut terhadap orang-orang yang mengeluarkan zakat, sentiasa berdoa kepada mereka dan juga kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat, mengajar tentang hukum-hukum zakat dan menjelaskan kepentingannya di dalam masyarakat Islam untuk mencapai perpaduan masyarakat dan mengagehkan zakat secepat mungkin kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat. 


  GOLONGAN FAKIR 

 1). Fakir ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pendapatan yang halal mengikut pendapat jumhur ulama fekah atau orang yang memiliki harta kurang dari kadar nisab syar'ie zakat mengikut pendapat mazhab Hanafi. Kedudukan mereka lebih teruk daripada kedudukan orang-orang miskin dan ada pendapat yang mengatakan sebaliknya. Dari sudut ilmiah, perbezaan ini tidak akan memberi apa-apa kesan kerana kedua-duanya sama ada orang-orang yang fakir dan orang-orang yang miskin sama-sama terdiri dari golongan yang berhak menerima zakat.

2). Orang fakir berhak mendapat zakat sekadar yang cukup untuk memenuhi keperluan asasnya selama setahun kerana zakat dikeluarkan berulang kali pada setiap tahun. Kriteria keperluan asas yang boleh disumbangkan oleh zakat untuk orang-orang fakir adalah sesuai mengikut keperluannya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain yang perlu mereka dapati sesuai mengikut keadaannya tanpa berlebih-lebihan atau terlalu jimat, perkara ini perlu diambil perhatian oleh orang fakir sendiri dan orang yang mengeluarkan sumbangan.

 3). Di antara golongan yang boleh menerima zakat yang termasuk di dalam kategori fakir setelah mereka terbukti mempunyai syarat-syarat memerlukan bantuan dan mereka tidak mempunyai sumber kemasukan atau harta, tidak mempunyai keluarga yang boleh menanggung keperluannya sama ada yang ditetapkan oleh syarak ataupun undang-undang seperti: Anak yatim, anak pungutan, janda, orang tua, orang yang terlalu tua, orang yang sakit, orang yang cacat, orang yang mempunyai pendapatan yang rendah, pelajar, penganggur, tahanan penjara, orang-orang yang kehilangan ahli keluarga dan tawanan.

  GOLONGAN MISKIN 

Miskin ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang memiliki harta atau mempunyai sumber pendapatan yang sesuai untuk menampung sebahagian dari keperluannya tetapi masih lagi tidak mencukupi mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama. Manakala mengikut Mazhab Imam Abu Hanifah pula, orang miskin adalah orang yang tidak memiliki sesuatupun. Mengikut mazhab Imam Hanafi dan Imam Maliki, keadaan mereka adalah lebih teruk dari orang fakir sedangkan mengikut mazhab Imam Syaf'ie dan Imam Hambali adalah sebaliknya (iaitu keadaan mereka lebih baik dari orang fakir). Golongan miskin hendaklah menggunakan hukum yang terdapat di dalam bahagian: "Golongan Fakir" sebagaimana yang telah dijelaskan.

 1). Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fekah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat.

 2). Di antara golongan masyarakat yang berhak menerima zakat dari kategori ini adalah sebagaimana berikut: - Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam: Secara melembutkan hati orang yang diharapkan supaya memeluk Islam atau supaya orang yang mempunyai pengaruh memeluk Islam demi kepentingan Islam dan umat Islam. - Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam: Secara melembutkan hati orang-orang yang mempunyai bidang kuasa untuk bertindak seperti pemerintah, pemimpin sesebuah negara dan seumpamanya sama ada orang perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk sama-sama memperbaiki kedudukan golongan bangsa asing, golongan minoriti Islam dan membela kepentingan mereka atau untuk melembutkan hati pemikir-pemikir dan para ilmuan untuk mendapatkan sokongan dan pembelaan mereka dalam permasalahan umat Islam seperti membantu orang-orang bukan Islam yang ditimpa bencana alam jika bantuan dari harta zakat tersebut boleh menarik pandangan mereka terhadap Islam dan umat Islam. - Orang-orang yang baru memeluk Islam kurang dari tempoh satu tahun dan mereka masih memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang baru walaupun bukan berbentuk pemberian nafkah. Bantuan tersebut sama ada diberikan secara langsung kepada mereka atau diberikan secara menubuhkan Yayasan-yayasan ilmiah dan kemasyarakatan untuk melindungi dan menetapkan hati mereka di dalam Islam serta menyediakan apa sahaja yang boleh meneguhkan mereka seperti mewujudkan suasana yang sesuai dengan kehidupan baru mereka sama ada dari sudut moral ataupun material.

3). Pengagehan zakat dari bahagian ini hendaklah mengikuti beberapa ketetapan sebagaimana berikut: - Penagehan yang dibuat hendaklah memang ternyata membuktikan tujuan dan hala tuju polisi syarak sehingga tercapai matlamat yang diimpi-impikan oleh syariat Islam. - Pembiayaan yang disalurkan hendaklah sesuai mengikut kadar yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kemudharatan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat dan tidak berlebihan kecuali jika memang diperlukan. - Perlu diperhatikan bahawa pengagehan di dalam bahagian ini hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan dari timbulnya kesan yang tidak boleh diterima oleh syarak atau untuk mengelakkan dari timbulnya tindak balas yang tidak baik dalam diri golongan muallaf (yang dijinakkan hati mereka) dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan terhadap Islam dan umat Islam.

 4). Digalakkan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan moden supaya projek yang dibuat mempunyai kesan yang lebih efektif dan menjadi pilihan yang lebih bermanfaat serta lebih cepat untuk mencapai tujuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak hasil dari pengagehan harta zakat ini 1). Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fekah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat. 2). Di antara golongan masyarakat yang berhak menerima zakat dari kategori ini adalah sebagaimana berikut: - Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam: Secara melembutkan hati orang yang diharapkan supaya memeluk Islam atau supaya orang yang mempunyai pengaruh memeluk Islam demi kepentingan Islam dan umat Islam. - Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam: Secara melembutkan hati orang-orang yang mempunyai bidang kuasa untuk bertindak seperti pemerintah, pemimpin sesebuah negara dan seumpamanya sama ada orang perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk sama-sama memperbaiki kedudukan golongan bangsa asing, golongan minoriti Islam dan membela kepentingan mereka atau untuk melembutkan hati pemikir-pemikir dan para ilmuan untuk mendapatkan sokongan dan pembelaan mereka dalam permasalahan umat Islam seperti membantu orang-orang bukan Islam yang ditimpa bencana alam jika bantuan dari harta zakat tersebut boleh menarik pandangan mereka terhadap Islam dan umat Islam. - Orang-orang yang baru memeluk Islam kurang dari tempoh satu tahun dan mereka masih memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang baru walaupun bukan berbentuk pemberian nafkah. Bantuan tersebut sama ada diberikan secara langsung kepada mereka atau diberikan secara menubuhkan Yayasan-yayasan ilmiah dan kemasyarakatan untuk melindungi dan menetapkan hati mereka di dalam Islam serta menyediakan apa sahaja yang boleh meneguhkan mereka seperti mewujudkan suasana yang sesuai dengan kehidupan baru mereka sama ada dari sudut moral ataupun material. 3). Pengagehan zakat dari bahagian ini hendaklah mengikuti beberapa ketetapan sebagaimana berikut: - Penagehan yang dibuat hendaklah memang ternyata membuktikan tujuan dan hala tuju polisi syarak sehingga tercapai matlamat yang diimpi-impikan oleh syariat Islam. - Pembiayaan yang disalurkan hendaklah sesuai mengikut kadar yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kemudharatan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat dan tidak berlebihan kecuali jika memang diperlukan. - Perlu diperhatikan bahawa pengagehan di dalam bahagian ini hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan dari timbulnya kesan yang tidak boleh diterima oleh syarak atau untuk mengelakkan dari timbulnya tindak balas yang tidak baik dalam diri golongan muallaf (yang dijinakkan hati mereka) dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan terhadap Islam dan umat Islam. 4). Digalakkan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan moden supaya projek yang dibuat mempunyai kesan yang lebih efektif dan menjadi pilihan yang lebih bermanfaat serta lebih cepat untuk mencapai tujuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak hasil dari pengagehan harta zakat ini  :

GOLONGAN MUALLAF

 1). Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fekah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat.

2). Di antara golongan masyarakat yang berhak menerima zakat dari kategori ini adalah sebagaimana berikut: - Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam: Secara melembutkan hati orang yang diharapkan supaya memeluk Islam atau supaya orang yang mempunyai pengaruh memeluk Islam demi kepentingan Islam dan umat Islam. - Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam: Secara melembutkan hati orang-orang yang mempunyai bidang kuasa untuk bertindak seperti pemerintah, pemimpin sesebuah negara dan seumpamanya sama ada orang perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk sama-sama memperbaiki kedudukan golongan bangsa asing, golongan minoriti Islam dan membela kepentingan mereka atau untuk melembutkan hati pemikir-pemikir dan para ilmuan untuk mendapatkan sokongan dan pembelaan mereka dalam permasalahan umat Islam seperti membantu orang-orang bukan Islam yang ditimpa bencana alam jika bantuan dari harta zakat tersebut boleh menarik pandangan mereka terhadap Islam dan umat Islam. - Orang-orang yang baru memeluk Islam kurang dari tempoh satu tahun dan mereka masih memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang baru walaupun bukan berbentuk pemberian nafkah. Bantuan tersebut sama ada diberikan secara langsung kepada mereka atau diberikan secara menubuhkan Yayasan-yayasan ilmiah dan kemasyarakatan untuk melindungi dan menetapkan hati mereka di dalam Islam serta menyediakan apa sahaja yang boleh meneguhkan mereka seperti mewujudkan suasana yang sesuai dengan kehidupan baru mereka sama ada dari sudut moral ataupun material.

3). Pengagehan zakat dari bahagian ini hendaklah mengikuti beberapa ketetapan sebagaimana berikut: - Penagehan yang dibuat hendaklah memang ternyata membuktikan tujuan dan hala tuju polisi syarak sehingga tercapai matlamat yang diimpi-impikan oleh syariat Islam. - Pembiayaan yang disalurkan hendaklah sesuai mengikut kadar yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kemudharatan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat dan tidak berlebihan kecuali jika memang diperlukan. - Perlu diperhatikan bahawa pengagehan di dalam bahagian ini hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan dari timbulnya kesan yang tidak boleh diterima oleh syarak atau untuk mengelakkan dari timbulnya tindak balas yang tidak baik dalam diri golongan muallaf (yang dijinakkan hati mereka) dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan terhadap Islam dan umat Islam.

 4). Digalakkan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan moden supaya projek yang dibuat mempunyai kesan yang lebih efektif dan menjadi pilihan yang lebih bermanfaat serta lebih cepat untuk mencapai tujuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak hasil dari pengagehan harta zakat ini

HAMBA YANG INGIN MEMERDEKAKAN DIRINYA 

Memandangkan kepada golongan ini sekarang ini sudah tidak ada lagi, bahagian zakat mereka dipindahkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima harta zakat mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama fekah. Manakala sebahagian ulama yang lain pula berpendapat bahawa bahagian ini masih boleh dilaksanakan iaitu kepada tentera-tentera Islam yang menjadi tawanan 

ORANG YANG BERHUTANG 

Orang-orang yang berhutang yang termasuk di dalam pengertian golongan ini ialah:

a) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan peribadi yang tidak boleh dielakkan dengan syarat-syarat sebagaimana berikut: - Hutang tidak dibuat kerana maksiat. - Mempunyai hutang sekeliling pinggang. - Orang yang berhutang sudah tidak mampu lagi menjelaskan hutangnya. - Hutang sudah tiba tempoh pembayarannya atau telah wajib dijelaskan ketika zakat diberikan kepada orang yang berhutang.

 b) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan kemasyarakatan seperti berhutang untuk mendamaikan orang-orang yang membuat pertikaian kerana terpaksa menanggung bayaran diat (pampasan kerana melakukan jenayah) atau kerana terpaksa menanggung gantirugi barang-barang yang dirosakkan, untuk mendamaikan di antara orang yang terpaksa menanggung pembayaran dan orang yang menerima bayaran. Orang seperti ini berhak menerima zakat walaupun mereka orang kaya yang mampu menjelaskan hutang masing-masing.

 c) Orang-orang yang berhutang kerana menjamin hutang orang lain di mana orang yang menjamin dan orang yang dijamin kedua-duanya berada di dalam keadaan kesempitan wang.

d) Orang yang berhutang untuk membayar diat (pampasan) kerana membunuh dengan tidak sengaja, apabila keluarganya (aqilah) benar-benar tidak mampu untuk membayar denda tersebut, begitu juga dengan baitulmal. Pembayaran diat tersebut boleh diserahkan secara langsung kepada wali orang yang dibunuh. Manakala bayaran diat bagi pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja tidak boleh dibayar dari harta zakat. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa wang untuk pembayaran diat tidak boleh diambil dari harta zakat dengan mudah (dengan sewenang-wenangnya) lebih-lebih lagi jika terdapat banyak kes pembunuhan tidak sengaja dan terdapat ramai dari kalangan golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat yang sangat memerlukannya. Oleh yang demikian digalakkan supaya menubuhkan tabung-tabung bantuan sebagai jaminan
masyarakat untuk sama-sama meringankan beban orang yang terpaksa membayar diat seperti orang yang terpaksa membayar diat disebabkan berlaku kemalangan lalu lintas dan sebagainya, begitu juga dicadangkan supaya membuat tabung-tabung bantuan kekeluargaan dan tabung-tabung bantuan mengikut jawatan untuk mengambil manfaat dari sistem aqilah (kaum keluarga yang terpaksa membayar diat pembunuhan tidak sengaja) sesuai mengikut keperluan semasa. :

 FI SABILILLAH

 1) Apa yang dimaksudkan dengan golongan yang berhak menerima zakat (Fi Sabilillah) adalah orang berjuang di jalan Allah dalam pengertian yang sangat luas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah adalah dengan maksud untuk menjaga agama dan meninggikan kalimah Allah (kalimah tauhid) seperti berperang, berdakwah, berusaha menegakkan hukum Islam, menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam dan membendung arus pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian pengertian jihad tidak hanya terbatas kepada kegiatan ketenteraan sahaja.

IBNU SABIL 

 Ibnu Sabil iaitu orang asing yang tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini boleh diberikan zakat dengan syarat-syarat sebagaimana berikut:
 a) Masih dalam perjalanan musafir di luar kawasan (negeri) tempat tinggalnya. Jika dia masih lagi berada di dalam kawasan (negeri) tempat tinggalnya tetapi dia memerlukan bantuan, dia dianggap sebagai golongan (fakir) atau (miskin).
 b) Perjalanan musafir tersebut bukan untuk urusan yang bertentangan dengan syarak supaya zakat yang diberikan tidak dijadikan sebagai bantuan untuk melakukan maksiat.
 c) Pada masa tersebut dia tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke negerinya walaupun dia seorang yang kaya di negerinya. Jika dia mempunyai wang tunggakan (hutang yang belum tiba tempoh pembayaran) atau wang (hutang) bersama orang yang tidak diketahui di mana dia berada atau wang (hutang) bersama seseorang yang berada dalam kesempitan kewangan atau wang (hutang) bersama orang yang tidak mengaku berhutang, semuanya itu tidak menghalanginya dari berhak menerima zakat

 2). Bahagian zakat untuk golongan ini diagehkan kepada pejuang-pejuang mujahidin, pendakwah yang menjalankan dakwah secara sukarela serta pihak-pihak lain yang menguruskan hal ehwal jihad atau dakwah termasuk kos peralatan perang, kelengkapan dan pelbagai jenis kemudahan untuk menjalankan dakwah termasuk seluruh nafkah (perbelanjaan) yang diperlukan oleh para pejuang dan pendakwah. Pengertian fi sabilillah juga merangkumi perkara-perkara berikut:

 a. Membiayai pergerakan tentera penggempur yang bertujuan untuk mengangkat panji Islam dan melawan serangan musuh yang dilancarkan terhadap umat Islam yang berada di setiap pelusuk negara mereka.

b. Membantu pelbagai kegiatan kebaikan yang dilakukan oleh orang perseorangan ataupun kumpulan tertentu yang bertujuan untuk melaksanakan hukum Islam (perundangan Islam) dan menegakkan hukum Allah di seluruh negara umat Islam dan memerangi kesemua perancangan jahat musuh Islam yang berusaha untuk menghapuskan akidah umat Islam serta menyingkirkan syariat Islam dari pemerintahan.

c. Membiayai pusat-pusat dakwah Islam yang dikelolakan oleh tokoh-tokoh Islam yang ikhlas dan benar-benar jujur di dalam negara bukan Islam dengan tujuan untuk menyebarkan Islam melalui pelbagai cara yang betul sesuai mengikut keperluan semasa. Manakala masjid-masjid yang didirikan di negara bukan Islam pula boleh dilaksanakan sebagai pusat untuk melaksanakan dakwah Islam.

d. Membiayai segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan kedudukan golongan minoriti Islam yang tinggal di negara yang dikuasai oleh orang bukan Islam dan yang sedang menghadapi perancangan jahat musuh Islam untuk menghapuskan umat Islam yang masih berbaki di negara mereka

ZAKAT 

Makna dari Segi Bahasa:

 Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

 Makna Dari Segi Syara':

Zakat dari segi syarak bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya.

MENGAPA WAJIB ZAKAT

 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan atas diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah I



Maksudnya : "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). " (Surah At-Taubah : 103)



 SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB MEMBAYAR ZAKAT

 i. Islam
ii. Merdeka
iii. Milik Sempurna
iv. Cukup Nisab
v. Genap Setahun

 ZAKAT PENDAPATAN CARA PENGIRAAN

 2 cara untuk mengira zakat pendapatan:
Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun)

Contoh : Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat ialah : 2.5% x RM100,000 = RM2,500 setahun.

Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)

Contoh : Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan - perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM14,000 maka, zakat adalah 2.5% atas RM10,000 = RM250 setahun.

ZAKAT SIMPANAN CARA PENGIRAAN 

2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab. Contoh : Kalau jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM20,000, maka zakat ialah: 2.5% x RM20,000 = RM500 setahun.

ZAKAT PERNIAGAAN CARA PENGIRAAN

 2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat yang bersamaan atau melebihi nisab. Harta perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih + pelaburan jangka pendek didarab dengan 2.5%). Secara praktik, lihat pada kunci kira-kira perniagaan. Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan Muslim, ambil kira peratus milik muslim sahaja dalam harta tersebut.

 ZAKAT SAHAM PENGIRAAN ZAKAT

 2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut tidak kurang dari nisab.

 ZAKAT EMAS/PERAK CARA PENGIRAAN

2.5% atas nilai emas semasa yang disimpan setahun (dengan syarat tidak kurang dari paras nisab). Bagi emas perhiasan yang dipakai ia tidak dikenakan zakat, kecuali melebihi uruf (kadar kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat). Zakat akan dikenakan atas lebihan setelah ditolak uruf. Uruf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah RM5000.

 ZAKAT TANAMAN CARA PENGIRAAN

 10% atas nilai tanaman-tanaman yang layak dizakat seperti padi dan biji-bijian dan buah-buahan pada masa ia dituai sekiranya melebihi nisab yang telah ditetapkan.

Contoh : Padi : Nisabnya 450 gantang @ 1,620 kg. Lazimnya zakat dibayar secara wang tunai dan bukan hasil tanaman. Untuk tanaman-tanaman yang lain atau buah-buahan, secara praktik bolehlah diguna nisab 85 gram emas iaitu RM3,000. Kalau nilai lebih dari nisab, baru dikenakan zakat. Zakat atas hasil tanaman dikenakan sebanyak 10% jika disirami menggunakan air hujan atau sungai (sumber semulajadi) dan sekiranya diairi dengan pengairan secara tersusun (seperti taliair) dikenakan atas 5% sahaja .


ZAKAT TERNAKAN

 
PENGENALAN
Binatang-binatang ternakan telah dianugerahkan Allah SWT. kepada hamba-hambaNya dan manfaatnya banyak diterangkan dalam ayat-ayat suci Al-Quran umpama Surah An-Nahl : 5-7, 80, Yasin : 71-73
Termasuk dalam kumpulan yang diwajibkan zakatnya ialah unta, lembu, kembau, kambing, biri-biri dan kibasy.
Ternakan-ternakan ini amat penting bagi manusia, antara lainnya untuk ditunggangi sebagai kenderaan, dimakan dagingnya, diminum susunya dan diambil /pergunakan bulu dan kulitnya.
Oleh itu Allah SWT meminta pemilik binatang ini bersyukur atas nikmat yang dianugerahkannya kepada mereka, antaranya dengan mengeluarkan zakatnya.
DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN
Dari Abu Dzar r.a. berkata : Aku telah datang kepada Nabi s.a.w bermaksud :- "Demi jiwaku dalam kekuasaanNya atau Demi Tiada Tuhan Selain daripadaNya, atau sebagaimana janji/sumpah. Apabila seseorang memiliki unta, sapi atau kambing/biri-biri, tidak menunaikan haknya (zakatnya), maka pada hari kiamat nanti ia tampak lebih besar dan gemuk dari dirinya yang biasa. Ternak-ternakannya akan memijak-mijaknya dengan telapak-telapak kakinya dan menanduknya dengan tanduk-tanduknya. Setelah selesai rombongan ternakan terakhir memijaknya, maka yang pertama mengulanginya pula, itulah hukuman yang ia perolehi.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Tidakkah mereka melihat bahawa sesungguhnya kami telah menciptkan bagi mereka dengan kekuasaan kami binatang ternakan untuk mereka miliki dan kami peruntukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebahagian daripadanya jadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan. Dan daripadanya mereka dapatkan manfaat-manfaat yang lain berupa minuman, apakah mereka tidak bersyukur?"
(Yasin : 71-73)
SYARAT WAJIB ZAKAT
1) Islam
2) Merdeka
3) Milik Sempurna
4) Cukup Haul- iaitu genap satu tahun pemeliharaan.
5) Cukup Nisab - Permulaan NIsab bagi unta 5 ekor, bagi lembu atau kerbau 30 ekor dan kambing/biri-biri/kibasy ialah 40 ekor.
6) Binatang ternakan itu tidak digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja, umpamanya membajak sawah, menarik kenderaan, memusing kincir air dan sebagainya.
7) Bebas berumput. Binatang-binatang yang dikenakan zakat itu hendaklah dipelihara secara lepas bebas di padang rumput. Sekiranya ditambat atau membawa rumput kepadanya tidak dikenakan zakat.
ZAKAT LEMBU/KERBAU
Nisab
Bilangan minima yang dikenakan zakat bagi lembu dan kerbau ialah 30 ekor. Apabila seseorang yang mempunyai lembu atau kerbau sebanyak 30 ekor dikenakan 1 ekor anak lembu janta (Tabe') yang berumur satu tahun lebih. Manakala yang mempunyai 40 ekor pula dikenakan zakatnya 1 ekor lembu betina berumur dua tahun lebih (Masinnah).
Berikut adalah jadual bilangan lembu/kerbau dan jumlah dikeluarkan zakat ialah :-
Bil (Nisab)
Jumlah Dikeluarkan Zakat
Syarat Umur
30-39
40-59
60-69
70-79



80-89
90-99
100-109



110-119

1 ekor anak lembu/kerbau jantan
1 ekor lembu/kerbau betina
2 ekor anak lembu jantan
2 ekor :
1 ekor anak lembu jantan
dan
1 ekor lembu betina
2 ekor lembu betina
3 ekor anak lembu jantan
3 ekor :
1 ekor lembu betina
dan
2 ekor anak lembu jantan
3 ekor :
2 ekor lembu betina
dan
1 ekor lembu jantan
atau
3 ekor lembu betina
atau
4 ekor lembu jantan
1 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih

1 tahun lebih
2 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih

2 tahun lebih
1 tahun lebih

2 tahun lebih
1 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih

ZAKAT KAMBING/BIRI
Nisab
Kadar nisab yang paling minima bagi kambing biri-biri/kibasy ialah 40 ekor.
Berikut adalah jadual bilangan kambing/biri/kibasy dan jumlah zakat dikeluarkan ialah :-
Bil (Nisab)
Jumlah Dikeluarkan Zakat
Syarat Umur
40-120

121-200

201-299

300-400
1 ekor kibasy / biri-biri
atau
1 ekor kambing
2 ekor kibasy / biri-biri
atau
2 ekor kambing

3 ekor kibasy / biri-biri
atau
3 ekor kambing
4 ekor kibasy / biri-biri
atau
4 ekor kambing
1 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih
2 tahun lebih

Nota : Demikianlah tiap-tiap pertambahan 100 ekor zakat ditambah seekor kibasy / biri-biri berumur 1 tahun atau seekor kambing berumur 2 tahun.
TANGGUNGJAWAB PEMILIK TERNAKAN SEMASA MENGELUARKAN ZAKAT TERNAKAN
Binatang ternakan yang dikeluarkan zakat itu mestilah tidak cacat, sakit, terlalu tua yang boleh menyebabkan ia tidak dapat digunkan atau nilai harganya kurang.
Binatang yang dijadikan zakat hendaklah ditentukan jenisnya serta umurnya serta rupa fizikal atau keadaan pertengahan iaitu tidak terlalu baik atau sebaliknya.
Jangan diambil zakat dari binatang ternakan yang sedang menyusukan anaknya atau hamil (mengandung)
ZAKAT TERNAKAN BERKONGSI
Ternakan perkongsian yang jumlah semuanya mencukupi kadar nisab dalam keadaan seperti ; sama tempat pemeliharaan, tempat tidur, tempat makan dan minum, sama gembalanya, sama jualannya, sama tempat perahan susu dan sebagainya adalah dikenakan zakat walaupun ditaksirkan pemilikan ke atas setiap orang tidak mencukupi kadar nisab.
Imam Malik, Syafi'e dan kebanyakan para Fuqaha' lainnya telah bersepakat bahawa para pencampur ternakan (ternakan secara kongsi) meski mereka masing-masing memiliki binatang ternakan, namun zakatnya dipandang sebagai seorang pemilik ternakan sahaja dan zakatnya wajib dikeluarkan setelah cukup haulnyanya (354 hari) dan kadar nisabnya.

 ZAKAT KWSP CARA PENGIRAAN

 Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat dua pendapat di dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:

1. Milik Tak Sempurna Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%. Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM100,000 maka zakatnya, adalah RM2,500. (Sebagau makluman, Pusat Pungutan Zakat menggunakan pandangan ini dalam pengiraan zakat KWSP)

2. Milik Sempurna Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majiakan). Ini bermakna ianya wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada didalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.

 Contohnya : seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya sebanyak RM100,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM2,500 bayaran zakat bagi tahun tersebut.

ZAKAT FITRAH MAKNA

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu . Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya . Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .

DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH

Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin" .

 HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH

 Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat . Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" . Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah . Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .

 SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka . Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya . Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan.

 Ianya tidak wajib keatas :

1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .

2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .

3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan . Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu harus -
 awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan

Waktu wajib -
 terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya . Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .

 Waktu makruh -
 selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .

Waktu haram -

selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .

 NIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

 i.Bagi diri sendiri - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" .

ii. Bagi diri sendiri dan tanggungan - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .

iii. Sebagai wakil - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" .

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan ( asnaf ) : ·
Faqir · Miskin · Amil · Muallaf · Hamba yang hendak merdeka dengan bayaran · Orang yang berhutang · Orang yang berjuang pada jalan Allah · Ibnu sabil ( orang yang sedang musafir bukan untuk maksiat dan mengalami kesengsaraan atau putus perbelanjaan )

 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT ·

 Orang kaya - harta , tenaga dan penghasilannya . · Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya ( majikan ) . · Keturunan Rasulullah S.A.W ( keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib · Orang kafir · Orang yang dalam tanggungan penjaganya .

HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT
i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya . ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya . iii Mengembangkan harta dan mensucikannya . iii.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan