Isnin, 17 September 2012

DEKATKAN PTD DENGAN ALLAH....AGAR MEREKA FAHAM TUGASNYA SEBAGAI MAKHLUK ALLAH...FAHAM AKAN DIBANGKITKN....SERTA SEGALA YANG DILAKUKAN AKAN DITANYA OLEH ALLAH SWT...TAK KAN DIDUNIA DIPANDANG MULIA...SEDANGKAN AKHIRAT MASUK NERAKA...KAN NAYA TU

Makanan cekik darah di Penarik
Posted on Sunday, September 16 @ 17:12:55 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: upinipin

"Saya sekeluarga dari kelantan nak balik ke trg'ganu. singgah makan yang jenis goreng2 di tepi jalan pantai kat penarik, setiu.

saya ambik sotong goreng sekor yang mahal nak mampuhhhh rm15 sekor, kembong goreng 2 ekor rm10, kepok goreng rm2, oklah. air nyior 2 gelas, teh o ais se, nescafe ais se, air suam se. seme sekali rm36. terkejut berok jugak sbb sotong tu rm15 sekor.

makan tepi laut kan kelulut pun sotong hage 7 inggit je. tp pelik beto, ramai orang jugak di penarik tu, makanan bukan sedap sangat. minyak yang dia orang guna tu saya agak dah berbelas kali resaikel gamoknya. rasa semacam je....
saya harap orang kppdnk sekali skala g lah tengok harga kat penarik tu dan orang pejabat kesihatan pun silalah pantau kebersihannya.

Tok Mun mahu tanding PRU lagi
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
17 September 2012
Tok Mun mahu tanding PRU lagi
Tok Mun yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu membuang undi pada PRU12 lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU – Maimun Yusuf, 93, atau terkenal dengan nama Tok Mun yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu kini mencari pihak yang sudi menjadi penyokong dan pencadang untuk membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tidak serik dengan kekalahan pada pilihan raya umum lalu, Tok Mun yang sebelum ini turut memberitahu sebuah akhbar untuk bertanding lagi pada PRU13 berkata, kesukaran mencari kedua-dua individu tersebut disebabkan penyokong ‘dacing’ terlalu ramai.

“Tiada orang mahu menjadi penyokong dan pencadang sebab ramai yang sokong dacing (Barisan Nasional) sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Gemia, di sini, semalam.

Walaupun usia hampir melewati seabad, Tok Mun masih sihat dan berupaya meneruskan kerja menjaja kain dengan basikalnya bagi menambah pendapatan selain mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Biarpun berhasrat bertanding namun Tok Mun tidak mempunyai wang simpanan bagi tujuan itu.

Bagaimanapun dengan pendapatan yang ada, Tok Mun memberitahu masih tidak menyimpan wang untuk pilihan raya, namun tidak menolak untuk berhutang dengan mana-mana pihak.

“Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja.  Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit,” katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Mun dikatakan akan bertanding di kerusi Dun pada pilihan raya umum akan datang dan telah ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendapatkan maklumat bagi persediaan menghadapi pilihan raya.

Ditanya sebab Tok Mun beria-ia bertanding sedangkan beliau sendiri adalah penerima bantuan JKM, beliau menjawab kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam.

Pada pilihan raya umum 2008, Maimun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, calon Bebas yang menggunakan simbol kunci itu tewas kepada calon BN apabila sekadar memperoleh 685 undi.
PKR: Cegah kematian ketika latihan PTD
Nik Nazmi Nik Ahmad
17 September 2012
SAYA ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Aldy Hasmi Abu Hassan, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang meninggal dunia ketika menjalani latihan Wataniah di Pekan, Pahang semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua tahun selepas kematian seorang pelatih PTD Norhashimah Wahid, ketika menjalani latihan ala-komando.

Saya difahamkan keluarga Allahyarham Norhashimah telah dimaklumkan bahawa modul komando telah pun diberhentikan dan prosedur operasi diubah berikutan tragedi yang menimpa beliau.

Berikutan tragedi yang menimpa Allahyarham Aldy Hasmi, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang meminta aktiviti lasak bagi PTD dihentikan serta-merta.

Namun dengan berulangnya kematian seorang lagi anggota PTD membangkitkan persoalan adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam benar-benar belajar daripada tragedi yang lepas dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya tidak mempertikaikan perlunya pegawai PTD kita cergas dari segi fizikal dan mental. Namun ramai peserta kursus-kursus ini mempersoalkan mengapakah perlu latihan fizikal yang terlalu mencabar berbanding dengan tugas mereka sebagai PTD.

JPA harus mendedahkan kepada umum sama ada kedua-dua kes Norhashimah dan Aldy merupakan kemalangan ataupun wujud elemen kecuaian. JPA juga harus memikirkan semula secara serius dan menyeluruh latihan buat PTD agar lebih relevan dengan keadaan semasa dan memastikan keselamatan PTD terpelihara.

Sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga arwah Aldy Hasmi dan Norhashimah.

Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR
Gadis badang cipta rekod baru
IZWAN ROZLIN
17 September 2012
Gadis badang cipta rekod baru
Priya menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut.
Gadis badang cipta rekod baru
Devendiran bergantung di kren dengan menggunakan rambutnya
SUNGAI BULOH – Ketika berusia sembilan tahun, D Shanmuga Priya pernah melakar sejarah tersendiri dengan menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut sejauh 57.7 meter.

Namun semalam, gadis yang kini berusia 20 tahun itu mengulangi kejayaan sekali lagi apabila berjaya menarik van berat yang sama tanpa henti sejauh 96.4 meter sekali gus memecahkan rekod dibuatnya sendiri 11 tahun lalu dan tercatat di dalam Malaysia Book Of Record.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka berjaya menarik van sejauh itu sedangkan sasaran awalnya hanya 70 meter.

“Apa yang saya buat ini adalah berdasarkan latihan menarik lori 1.2 tan setiap minggu selama sebulan selain mengamalkan makan hanya buah dan sayuran,” katanya.

Menurutnya, teknik pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan dia tidak cepat penat selain mengamalkan petua lain termasuk bersenam setiap hari.

Penuntut Kolej Segi itu berkata, kejayaannya turut didorong oleh keluarga terutama bapanya, G Devendiran, 56.

"Ini adalah hadiah untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini (semalam) dan selepas ini saya berhasrat untuk menarik sebuah kapal terbang pula," katanya.

Persembahan sempena Hari Malaysia anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara di Kampung Baru Sungai Buloh itu turut memperlihatkan aksi bapanya  bergantung pada kren setinggi 15 meter menggunakan rambut selama lima minit.

Devendiran sebelum ini pernah menarik kapal seberat 110 tan menggunakan rambut dan van seberat 1.3 tan mengguna cuping telinga 10 tahun lalu.



Filem kontroversi: Pemuda Pas pelawa Pemuda Umno sertai protes Jumaat ini
JAMILAH HAMZAH
17 September 2012
Innocence of Muslims
Sebahagian paparan skrin yang menunjukkan klip filem di YouTube tidak dapat diakses oleh pengguna di Malaysia.
SHAH ALAM - Pemuda Pas pula mengajak sayap pemuda Umno dan seluruh umat Islam agar menyertai pihaknya dalam bantahan terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims  di ibu negara, Jumaat ini.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, soal jemputan tidak timbul tetapi mahu semua menyertai bersama bagi menunjukkan keprihatinan dalam isu tersebut.

Menurutnya, Pemuda Pas telah mengambil langkah awal berhubung isu tersebut dan kelmarin, wakil Pemuda Umno ada menghubunginya bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Saya ada dapat panggilan daripada pejabat Pemuda Umno dan mereka memang ada mengajak untuk bersama dalam bantahan yang akan diadakan namun tarikhnya tidak dimaklumkan.

"Tapi kalau Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mahu buat perkara sama, kita tak kisah... marilah bersama berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) nanti.

"Kita perlu ketepikan soal politik ini pada masa ini kerana ia membabitkan soal agama Islam," katanya kepada Sinar Harian Online petang semalam.

Laporan Bernama semalam memetik Khairy berkata, pihaknya bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.

Bagaimanapun tempat dan kaedah belum ditetapkan, kata Khairy.

Sehubungan itu, Khairy turut mengalu-alukan Pemuda Pas untuk bersama dengan mereka. Khairul turut berkata, cadangan Khairy itu adalah sama dengan tindakan yang hendak diambil Pemuda Pas minggu ini.

Justeru katanya, tidak timbul sama ada pihaknya menolak atau pun menerima pelawaan Pemuda Umno.

"Kita perlu tolak sentimen politik, mari kita, seluruh umat Islam, bersama menentang penghinaan ke atas agama dan Nabi junjungan kita," katanya lagi.
Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur
Wartawan Sinar Harian
17 September 2012
Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur
Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem itu. (Gambar kanan) Gurji tidak menyangka Bacile memperdayanya sehingga mencetuskan rusuhan berdarah.
Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur
Nakoula dibawa oleh pegawai persekutuan selepas menyerah diri, kelmarin.
AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.

"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.

"Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.
   
Bahana Innocence of Muslims

Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.

Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa.

Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.

Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.

Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.

Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.

Si penghina Nabi disiasat

Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.

Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak

Muhammad Faizal, 16 Sep 2012

KOTA KINABALU:
PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.

"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri.

"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.

"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.

"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.

"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.

Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.

"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala dari PKR pula adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa barisan Majlis Pimpinan Pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir dan memberi ucapan.

Majlis Sambutan Hari Malaysia itu dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin juga dihadiri  beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin yang baru memgumumkan menyertai PKR.

Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing

Abdul Aziz Mustafa, 17 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing sahaja tetapi utamakan keadaan keselamatan dalam negara ini.

Demikian pesanan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin sebelum itu menyatakan, kementeriannya akan memantau keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini dan juga pihak lain bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku berikutan penayangan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam.

"Jangan jaga keselamatan orang luar sahaja, kalau pun tak mahu jaga keselamatan pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) utamakan keadaan keselamatan dalam negara yang (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri) Mustapa Mohamed sendiri akui membimbangkan para pelabur," kata Mahfuz sambil merujuk kepada kenyataan Hishammuddin yang dilihat menolak untuk memberi jaminan keselamatan untuk pemimpin PR.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Mahfuz menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

"Keselamatan semua rakyat di jamin di dalam undang-undang dan perlembagaan dan kerajaan yang memerintah mesti memastikan keselamatan semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi.

"Kalau sebelum ini, Umno Barisan Nasional (BN) mendiskriminasikan rakyat dari segi pembanguna kerana dendam politik, nampaknya hari ini dalam soal keselamatan pun rakyat terpaksa hadapi diskriminasi Umno BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga menjangkakan piolitik Malaysia akan makin ganas berikutan kenyataan Hishammuddin itu.

Tembakan pistol oleh ADUN di N.Sembilan
Posted on Monday, September 17 @ 01:05:12 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"ADUN mana yang berjawatan EXCO Negeri Sembilan yang melepaskan tembakan ini?

Ianya mengingatkan kita kepada apa yang berlaku di Gemencheh pada ketika kehangatan Pilihanraya Umum 1982 yang melibatkan Speaker DUN Negeri Sembilan dan Menteri Kabinet juga dari Negeri Sembilan


Polis siasat ADUN lepaskan tembakan


17 September 2012 - Seremban: Polis sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8 malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.

Semalam, Pengerusi DAP negeri ini, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu.

Sumber: bharian.com.my

SEREMBAN 16 Sept. - Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya.

Sumber: utusan.com.my

Negeri Umno exco in gun shot scandal
September 17, 2012

SEREMBAN: A Negeri Sembilan state exco member is under police investigation for allegedly firing his pistol at his home in Seremban on Thursday night.

It could not be ascertained if anyone was injured as a result of his action but FMT learnt that the Umno politician fired his weapon following a personal problem involving a close relative.

The matter was revealed to the media today (Sunday) by DAP’s MP for Rasah Anthony Loke who questioned the delay of police action against the Umno exco man.

“I got to know that the exco member fired a shot at his home. The police took swift action when Opposition Leader Anwar Ibrahim’s bodyguard aimed his gun at individuals who provoked by trying to stop the latter’s car in Jasin last week.

Sumber: freemalaysiatoday.com"



 Fenomena Ustaz Azhar Idrus Melanda Seberang Perai Pula...
Posted on Sunday, September 16 @ 17:13:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

UAI Minum bersama anak muda Di Seberang Jaya 



Sebahagian Dari Anal Muda Yang hadir kuliah UAI di Masjid Batu, Permatang Pauh...Seberang Perai.. Nukilan Abu Luqman ada [5] gambar
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan