Jumaat, 14 September 2012

DAYA SAING POLITIK LEMAH..JANGAN TAK ERTI MENANGKIS...KITA HANYA BUAT KERJA SEMBUR2 CAT...BERSAINGLAH SECARA MATANG...BERPENDIDIKAN TINGGI..BERHEMAH...BERSOPAN SANTUN...BUKAN CARA SAMSENG...DAN UGUT2...ALLAH BALAS SEMUA KERJA2 JAHAT KITA...ALLAH LAH PALING BERKUASA BAIK DIDUNIA ATAU DIAKHIRAT...ATAU DIMANA2 PUN

Bas PKR disimbah cat lagi di luar masjid
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 2:19PM Sep 14 2012
 
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Datuk Chua Jui Meng, bas tersebut diserang di luar sebuah masjid di Tangkak, Johor.
NONEBerucap merasmikan bilik operasi PKR di Tangkak, Chua juga berkata, ketika kejadian berlaku Anwar sedang bersolat di masjid tidak jauh dari tempat itu.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agun g PKR Saifuddin Nasution yang mengikuti rombongan itu memberitahu Malaysiakini, mereka dimaklumkan polis bahawa perbuatan khianat itu dilakukan seorang remaja yang menaiki motosikal.

"Polis mengejarnya dan berjaya mendapatkan nombor pendaftaran, tetapi akhirnya nombor itu didapati palsu," kata Saifuddin.
Anwar: Ingin memberdaya, tapi wanita diperdaya
1:22PM Sep 14 2012  
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Wanita Pakatan Rakyat menyediakan rangka kasar program yang lebih berkesan, khususnya terhadap wanita desa dan kawasan pedalaman.

NONESambil menyifatkannya cabaran besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut.

"Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman.

"Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan PKR tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama.

"Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya....

"Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu rangka dasar khas. Kita tidak punyai banyak masa," katanya dalam majlis perlancaran Agenda Wanita Pakatan di Shah Alam malam tadi.

'Buku Jingga' untuk wanita itu menggariskan cadangan Pakatan berkaitan dasar berkatan wanita yang akan digunakan sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

NONEAnwar berkata, beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu menembusi "sedikit ruang" dengan sokongan wanita desa dan pedalaman.

"Tetapi kita perlu sedikit push di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan semua pemimpin utama Wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Jelajah seluruh negara
Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan agenda mereka, khususnyadi desa dan pedalaman.

Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat Parlimen dan cawangan.

NONEZuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor.

"Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing," kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu.

Kemudian Zuraida mencelah: "Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut."

Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenal pasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan.

Wanita Pakatan juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu.
Serangan untuk lemahkan k'jaan negeri, kata KM
  • Susan Loone
  • 1:18PM Sep 14 2012
 
Serangan awal pagi ke atas ibupejabat DAP dan tiga pusat perkhidmatan di Pulau Pinang adalah usaha sistematik untuk mengancam dan melemahkan kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
NONEMenurutnya, kejadian itu adalah serius kerana ini adalah kali
pertama dalam sejarah di mana ia turut membabitkan pusat perkhidmatan ketua menteri.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dipilih oleh rakyat.

NONELim menggesa ahli dan penyokong parti itu supaya kekal tenang dan bersedia.

"Kita tidak tahu berapa banyak lagi pusat tersebut akan
diserang tetapi kita pasti akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan," kata Lim ketika mengunjungi pejabat utama DAP di di Jalan Rangoon.

NONE"Walau bagaimanapun serius pun serangan itu, ia tidak akan
menghalang kita daripada berkhidmat kepada rakyat dan meneruskan dasar dan program negeri yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Lim, yang juga ADUN Air Putih, merujuk ke pusat khidmatnya yang turut disimbah dengan cat merah.

Pusat perkhidmatan Lim masih belum memasang kamera CCTV manakala kamera di ibupejabat DAP telah merakamkan dua lelaki bertopi keledar serta baju-T merah dan putih, membaling paket ke bangunan tersebut.



1. Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi
Kit Siang tampilkan saksi peristiwa 13 Mei
  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:05PM Sep 14 2012
 
Lim Kit Siang menampilkan saksi bagi menyangkal tuduhan beliau kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor semasa tragedi 13 Mei 1969, seperti pernah didakwa Facebook filem Tanda Putera.

NONEAhmad Habib, 64, berkata, berdasarkan pengalamannya berada di kawasan rumah menteri pada 13 dan 14 Mei, dakwaan itu sama tidak benar kerana tiada seorang pun orang Cina di situ.

"Ketika itu kami semua diminta oleh pihak polis untuk berkumpul di kawasan rumah menteri besar pada ketika itu.

"Dan semasa kejadian, tidak ada seorang pun lelaki bangsa Cina yang berada di kawasan rumah menteri besar," kata Ahmad dari Pulau Pinang.

Ahmad ketika kejadian sedang menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM).

Pengarah Shuhaimi Baba pada 5 Ogos menjelaskan watak Lim tiada dalam filem itu dan foto beserta kapsyen dalam Facebooknya bukan berasal dari Tanda Putera, sebaliknya daripada orang ramai.

Kawasan dikawal ketat
Bagaimanapun, tambahnya, isu permohonan maaf berkenaan penyiaran gambar itu sepatutnya tidak timbul kerana ia dikeluarkan selepas dimaklumkan orang ramai.

Menurut Ahmad, sekiranya Lim berada di kawasan perumahan menteri besar yang dikawal ketat, mustahil untuk tokoh popular DAP itu kencing di tiang bendera tersebut.

NONE"Tiang bendera berada di dalam kawasan rumah menteri besar. Kawasan itu dikawal oleh pengawal keselamatan dan polis.

"Jika Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera, mungkin dia ditangkap atau mungkin dia sudah tidak ada di sini lagi," kata Ahmad berseloroh.

Sehubungan itu, Ahmad yang kini merupakan seorang usahawan hartanah berkata lagi, beliau tampil hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Saya tak pernah jumpa Lim Kit Siang sebelum ini. Tak pernah kenal. Semalam baru pertama kali jumpa.

"Tapi selepas baca cerita di Malaysiakini dan saya berada di tempat kejadian, jadi saya suruh peguam saya menghubungi Lim untuk saya jelaskan perkara sebenar," kata Ahmad lagi.
Pakatan: Labur banyak tapi taraf pendidikan rendah
  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:35PM Sep 14 2012
 
Pakatan Rakyat menubuhkan panel khas bagi mengkaji Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 yang diperkenalkan kerajaan ekoran pelaburan besar terhadap bidang itu didakwa tetap menghasilkan taraf pendidikan rendah.

NONE"Kita setuju dengan segala objektif yang dikemukakan. Cuma kami bimbang tentang bagaimana pelaksanaan itu akan dilakukan. Itu yang kita ragui.

"Memandangkan sebelum ini, kerajaan banyak menghabiskan duit untuk pendidikan, tetapi taraf pendidikan kita yang terendah," kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, salah seorang anggota panel itu.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua berkata, selain mengkaji semula, mereka juga akan menghantar laporan kajian pelan itu selewat-lewatnya pada Oktober depan.

Menurut Pua lagi, kajian semula terhadap pelan pendidikan itu penting bagi memastikan negara mempunyai taraf pendidikan yang kompatetif menjelang 2015.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Setuju kenyataan Najib
Pelan tersebut dihasilkan dalam satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Sementara itu, Pua berkata, panel khasnya juga turut menuntut menteri pelajaran supaya mengemukakan kesemua dokumen berkaitan pelan tersebut.

NONE"Kami juga mahu melihat laporan pelan itu secara terperinci. Bukan nak tengok kenyataan media. Tapi nak laporan penuh proses awal pelan ini," kata Pua lagi.

Laporan yang diminta oleh panel khas ini ialah laporan daripada Unesco pada April 2011, Laporan Bank Dunia sidang pertama 2010 dan laporan daripada panel bebas dari Malaysia dan antarabangsa.

Sehubungan itu, Pua berkata, beliau bersependapat dengan Najib untuk tidak mempolitikkan pelan pendidikan ini.

Sebaliknya, katanya, tujuan untuk mengkaji semula pelan tersebut dibuat bagi membantu kerajaan dalam proses mendapatkan pelan pendidikan negara yang lebih baik.

"Kami disini pun tidak mahu mempolitikkan perkara ini tetapi untuk membantu menambah baik pelan yang sedia ada demi masa depan pendidikan negara yang lebih terjamin," kata Pua lagi.
Pasangan diraja 'sedih' dakwaan foto dada Kate terdedah
2:54PM Sep 14 2012  
Putera William dan isterinya Catherine, "sedih" dengan dakwaan sebuah majalah Perancis, yang ia akan menyiarkan foto isterinya dalam keadaan dadanya terdedah, kata satu sumber diraja hari ini.

"Insiden itu, jika benar, memutarkan jam 15 tahun ke belakang," kata sumber diraja yang menyertai lawatan pasangan itu ke Malaysia, kepada AFP - merujuk kepada perhatian sengit pihak media terhadap ibu William, mendiang Puteri Diana.

Diana maut dalam satu kemalangan jalan raya ketika mahu mengelak buruan paparazzi di Paris pada 1997.

Mengumumkannya sebagai satu eksklusif dunia, majalah Closer menjemput pembaca, melalui lamanwebnya, memilih edisi baru dan menikmati "foto yang dunia tidak sabar untuk melihat - gambar  Duchess of Cambridge dalam keadaan dadanya terdedah, di teres sebuah tempat penginapan".

Pendedahan itu bakal menjadi satu lagi insiden yang akan memalukan keluarga diraja itu selepas sebuah  tabloid Britain menyiarkan gambar bogel Harry - adik lelaki William.

"Pasangan diraja itu sedih bila mengetahui mengenai dakwaan adanya foto tersebut," kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa pihak istana sedang menyiasat kesahihan foto itu, sebelum "membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan".

Pasangan diraja Britain itu sedang melancong sepanjang tahun 2012 sebagai sebahagian daripada perayaan pemerintahan 60 tahun nenek  William, Ratu Elizabeth II.

Mereka kini dalam lawatan sembilan hari yang bermula di Singapura. Mereka tiba di Malaysia pada hari Khamis, dan akan berlepas hujung minggu ini ke Kepulauan Solomon dan kemudiannya ke Tuvalu.

Tetapi  isu foto itu bakal mencemarkan program pelancongan mereka yang bertujuan untuk membantu memperkenalkan pasangan itu di luar negara selepas perkahwinan mereka yang gilang gemilang tahun lepas yang telah ditonton di seluruh dunia.

- AFP
Aziz: Kod etika k'jaan sementara boleh digunapakai dalam PRU13
9:35AM Sep 14 2012  
Penggubalan kod etika untuk kerajaan sementara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dapat digunapakai menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.
  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kod etika itu mengandungi perkara 'boleh dan tidak boleh' yang bukan sahaja perlu dipatuhi oleh kerajaan sementara yang dilantik, malah juga semua parti politik, calon, ahli politik serta ejen pilihan raya yang terlibat.
  
"Kita sedang dalam proses menyiapkannya. Jadi, Insya-Allah dalam PRU akan datang kita akan dapat menggunakannya," kata beliau kepada wartawan selepas menjadi panel jemputan Bernama Radio24 dalam program 'Dalam Radar Khas' di Wisma Bernama malam tadi.
  
Selain Abdul Aziz, anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution turut hadir pada program selama satu setengah jam yang bertajuk 'PRU 13: Ujian Untuk Semua' itu.
  
Mewujudkan sebuah kerajaan sementara dan satu kod etika merupakan satu daripada 22 cadangan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan awal tahun ini.
  
Abdul Aziz berkata kod etika itu kebanyakannya diolah daripada undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya dengan memberi lebih penekanan.
  
Katanya sistem kerajaan sementara di negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia juga dilihat dalam merangka kod etika tersebut.
  
Antara kesalahan yang dianggap melanggar kod etika ialah mengumumkan satu projek baru untuk rakyat, yang sebelum ini tidak pernah diperkatakan ataupun terkandung dalam mana-mana pelan pembangunan terdahulu.
  
Mengenai pengundi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, Abdul Aziz berkata Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada cadangan itu memerlukan pindaan pada akta berkaitan sebelum dilaksanakan.

"Salah satu syarat yang dicadangkan ialah memerlukan rakyat Malaysia balik dan tinggal sekurang-kurangnya sehari di Malaysia dalam tempoh lima tahun sebelum PRU," katanya.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana sehingga kini, hanya 2,400 rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara telah mendaftar sebagai pemilih.

Terdahulu dalam wawancara itu, Abdul Aziz berkata SPR sudah 85 peratus bersedia untuk menghadapi PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa.

Beliau juga berharap negeri yang diperintah parti pembangkang akan turut mengadakan pilihan raya negeri bersama dengan pilihan raya umum bagi menjimatkan kos kewangan, masa dan tenaga kerja.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan