Rabu, 26 September 2012

CERITA POLITIK..CERITA JENAYAH...CERITA KEMALANGAN.. SAMA NAIK...SAMA HEBAT...CERITA AKHIRAT ...CERITA MATI...CERITA ALAM KUBUR...ORANG LUPAKAN

Risau oh Risau Den. Hutang keliling pinggang.
Posted on Tuesday, September 25 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: mat_sempoi

"risau... risau...
adus... risau.... 
Hutang Malaysia apa jawaban standard pencacai UMNgOK?
ASSU: pakar ekonomi pakatan mmg lah cakap mcm tue...Mak Oi...  bijak ke dungu puak-puak ni?
Ni jawaban eden:
bukan PKR je cakap. Org BN, pakar ekonomi dunia dll yg cakap.Tak cekap pulak puak2 pencacai carik maklumat2 ni??? Ye ler... cerita fitnah lebih menarik dari cerita kebenaran. Nanti tak tambah dosa, cacing kepanasan pulak.

korang bukak link ni. pilih Malaysia.
http://www.economist.com/content/global_debt_clock

Pada hari ni. setiap rakyat berhutang USD$5660.37 (GDP debt=55.8%) --> Ni maklumat walaupun byk disembunyi2. rasa-rasanya banyak lagi hutang kut?

ini pula kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin pada Mac lalu,”Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu”. (Tajuk: Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion – 53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!)

"Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (Tajuk: Hutang Malaysia masih terurus, http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120725/ek_02/Hutang-Malaysia-masih-terurus).

Mengulas mengenai hutang kerajaan yang tinggi, Nor Mohamed berkata, ia bukan satu isu besar kepada negara.
Bekas Menteri Kewangan Kedua itu berkata, "hutang Malaysia sebenarnya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah yang memiliki hutang melebihi 100 peratus".
(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120824/ek_01/Majoriti-rakyat-dapat-faedah)

dan banyak lagi. Mereka semua akui, tetapi guna kata-kata menepis yang berjaya menawan hati dan kalbu pencacai-pencacai mereka yang dalam alunan mimpi.

Mereka-mereka ni takpa. Harta dah belambak. Kalau Malaysia bangkrap macam 'Greece' pun mereka tetap kaya.

USA, Jepun, Eropah dll. dorang tu kuasa besar dan ada pengaruh. Apa-apa hal perang je, tagih minyak dan wang pada negara kaya Arab.

Kita apa ada. Cuma para menteri yang kaya dan gila kuasa.

Cuba tengok statistik baru.
bukak ni (carik sendiri dan baca):

http://www.statistics.gov.my

(Sumber: http://wartashubhi.blogspot.com.au/2012/04/pm-dan-tpm-pemimpin-umno-paling-kuat.html)

Semua negeri-negeri kuat bawah BN berhutang memanjang. Termasuk selangor dulu. Kini, negeri-negeri yang kurang berhutang dan tiada hutang adalah negeri-negeri PR. PR skrg sibuk mengambus hutang-hutang BN dulu (defisit hutang). Tetapi dihina dan dikecam. Dulu, bisnes pasir Selangor asyik declare rugi, tetapi kenapa bila PR buat untung banyak? Kenapa jadi begini? Dulu pun untung jugak sebenarnya, tetapi masuk poket sendiri itu ini, declare kata rugi. Sapa nak marah. Kiteorang berkuasa, itu undang-undang kiteorang boleh ubah... (hah hah hah).

Hutang Negeri Sembilan dengan Pusat RM1.44 bilion (sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120425/dn_16/Hutang-Negeri-Sembilan-dengan-Pusat-RM1.44-bilion)

Tengok aje le gaji dan elaun-elaun menteri di Malaysia. Sehingga kaya raya mampu beli harta mewah, jam tangan mewah, artis mewah dll.
Dan siapa diantara melaun yang terkaya di Malaysia (dan dunia ni)? Menteri jugak. Cthnya CM Sarawak tu.
(sumber: http://my.news.yahoo.com/no-surprise-taib-richest-man-073035902.html)"




Penggambaran Video Krisis Air, Umno BN Semakin Memalukan
Posted on Monday, September 24 @ 15:21:31 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Azmizam

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyelar usaha buruk, yang dipercayai didalangi Umno Barisan Nasional apabila secara terdesak dan memalukan menjalani penggambaran video bagi menggambarkan krisis air di Selangor. Tindakan tidak matang dan berniat jahat itu dilakukan di sekitar Petaling Jaya dan berusaha membina persepsi negatif terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

AMK Selangor hairan melihat bagaimana jahat dan begitu buruknya strategi politik Umno Barisan Nasional, serta memperalatkan orag awam yang dipercayai diupah bagi "menjayakan" video tersebut. Sebagai sebuah parti antik yang mempunyai pelan politik, AMK Selangor merasa Umno Barisan Nasional sedang benar- benar goyah dan hanya menunggu masa untuk dikuburkan.
Secara tegas AMK Selangor berpendapat, rakyat Selangor sendiri memahami isu air yang melanda Selangor ini adalah kesan daripada kegagalan Syabas menyediakan air terawat yang mencukupi , dan mengambil pelbagai langkah bodoh bagi mengelakkan konsesi mereka dibatalkan oleh Kerajaan Negeri. Sikap mereka ini dilihat betul-betul seperti mengabaikan tanggungjawab utama mereka tetapi dengan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang bukan tugas mereka.

Terimalah Kemerosotan Dengan Lapang Dada

AMK Selangor ingin menasihatkan Umno Barisan Nasional terutama pimpinan Selangor agar menerima hakikat bahawa hari-hari terakhir mereka sedang menjelang. Justeru, sikap melampau mereka dalam menjalankan propaganda politik usang mereka hanya akan menambah kebencian rakyat , yang jelas sudah bersedia menolak mereka di peringkat nasional juga.

AMK Selangor yakin, bahawa Umno Barisan Nasional ini, akan dihukum dengan cara paling aib dan hina jika mereka sendiri yang berkehendakkan begitu , maka hendaklah sering beringat tentang apa yang mereka lakukan, dengan niat untuk memfitnah dan berpolitik secara bodoh ini akan mengakibatkan masa depan politik mereka menjadi amat buruk. AMK Selangor sedia menyambut sebarang bentuk kempen politik yang matang, tetapi menolak jika Umno Barisan Nasional bersikap bacul dan menggunakan orang awam.

Hakikat sebenar adalah Umno Barisan Nasional berada pada tahap kemerosotan paling buruk dalam sejarah penubuhannya, namun AMK Selangor mempelawa mereka untuk terus mengamalkan sikap politik yang berani dan penuh profesional bagi memberi lebih manfaat kepada rakyat. Sebagai pembangkang di Selangor, banyak lagi ruang positif yang boleh dimainkan oleh Umno Barisan Nasional sekiranya mereka mahu menyumbang sesuatu kepada negeri dan rakyat.

Hentikanlah niat dan pelan propaganda lemah yang mereka rancangkan. Ini kerana rakyat telah bijak menilai dan memperincikan setiap penipuan yang mereka lakukan. Umno Barisan Nasional hanya sekadar menambah cela pada maruah sendiri jika segala yang mereka rancang dan propagandakan itu menemui kegagalan dan dibongkarkan oleh pesaing sendiri.

Justeru AMK Selangor hari ini menyelar tindakan bodoh sombong Umno Barisan Nasional itu dan menghulurkan nasihat supaya mereka segera bertindak matang kerana pilihanraya akan datang, kuasa rakyat akan terusi memainkan peranan. AMK Selangor ingin mengajak Umno Barisan Nasional berpolitik secara berani, dan sekiranya mereka lupa, tsunami 2008 akan berulang, dan menenggelamkan mereka sepertimana Firaun tenggelam dengan bala tenteranya, akibat sikap zalim, sombong dan bodoh.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Kantoi...Masalah air di Selangor pun sanggup berlakon... penasihat APCO, wajib tolak umporno..
Posted on Monday, September 24 @ 15:29:45 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharshooter


Iklan air masalah air Selangor berjalan 'rahsia' di PJ
Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.




Iklan air masalah air Selangor berjalan 'rahsia' di PJ


Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Penduduk berkenaan juga memberitahu, kawasan tersebut tidak mengalami masalah air.
Pihak penerbit pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

Malaysiakini juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

CUBA ANDA TENGOK BETUL2 ...TONG AIR SEMUA BARU...NAMPAK SANGAT MEMANG BERLAKON...MEMANG SIAL LA MEREKA YANG BUAT FITNAH..

Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.

Dipercayai lakonan dibiyai oleh BN dan penggambaran rahsia dilakukan di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..

Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut..
 


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooterhttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saham FGVH: Hutang RM3,640 dikira RM4,000

Khairil Abdul Rahim, 25 Sep 2012
BANDAR JENGKA: Harapkan dapat saham percuma, rupa-rupanya dikira hutang. Sudahlah begitu, jumlah hutang yang dicaj pula melebihi daripada harga sebenar.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, sepatutnya peneroka perlu membayar balik pinjaman untuk 800 unit saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sebanyak RM3,640 (pada harga terbitan RM4.55), sebaliknya peneroka perlu membayar RM4,000.

Serentak dengan itu beliau menggesa Felda memberi penjelasan mengenai jumlah bayaran balik pinjaman untuk saham yang tidak mengikut harga sebenar atau berhadapan dengan saman peneroka.

“Setiap negeri membuat pinjaman melalui bank yang berbeza. Peneroka Felda di Johor contohnya melalui Maybank, mereka diminta membayar semula pinjaman sebanyak RM5,000. Bagi negeri Pahang pinjaman melalui CIMB yang dikenakan caj RM4,000

“Sekiranya setiap peneroka di negeri ini terpaksa membayar RM4,000 berbanding jumlah sebenar, ke mana perginya lebihan wang RM360 bagi setiap peneroka yang membayar baik hutang saham tersebut?

“Bayangkan sekiranya setiap peneroka membayar RM360, dengan andaian kira-kira 80,000 peneroka yang membeli saham tersebut secara hutang, ia bermakna terdapat lebihan berjumlah lebih RM28 juta,” katanya dalam sidang media di Jengka 19 di sini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) Pahang Abdul Rahim Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan Timbalan Pengerusi Anak Aris Fezul Ismail.

Tambah Mazlan, persoalannya mengapakah jumlah yang perlu dibayar tidak sama dengan hutang saham yang diterima dan siapakah yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada hutang saham peneroka.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, beliau mengetahui perkara tersebut melalui peguam Harris Abdullah yang menyerahkan dokumen berkaitan kepadanya yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar peneroka kepada pihak bank dan ia ditulis menggunakan pen.

Katanya, pada awal proses mendapatkan saham itu, peneroka diminta menandatangani borang kosong dan kali kedua pula dengan mengisi borang biru.

“Kita sudah membuat road-show menasihatkan peneroka supaya tidak menandatangani borang kosong kerana ia berisiko dan terdedah kepada tindakan manipulasi, malangnya tidak ramai yang percaya.

“Masih ramai peneroka tidak sedar mereka sebenarnya telah tertipu, malah masih ramai yang tidak tahu perkara ini dan ada antaranya masih menganggap saham yang diberikan adalah percuma, sehinggalah mereka menerima surat tuntutan bayaran pinjaman semula ini,” katanya sambil menunjukkan surat tuntutan bank berkenaan.

Beliau berkata, kebimbangan yang diramalkan Anak selama ini menjadi kenyataan dan ia terbukti menerusi maklumat terbaru itu.

Dalam pada itu, Mazlan berkata jika tiada sebarang jawapan daripada Felda atau bank berkaitan tuntutan melebihi hutang Anak akan meminta peneroka membuat laporan polis kerana menganggap ia sebagai satu penipuan.

“Kami sebagai anak peneroka berasa simpati dengan nasib peneroka yang tertipu dengan janji kosong yang mengatakan mereka akan menjadi jutawan sebaik saja saham FGHV disenaraikan.

“Kini mereka terpaksa menanggung lebih banyak bebanan hutang selain terpaksa membayar semula wang pinjaman rumah dan kos penanaman semula sekitar RM50,000 hingga RM60,000,” katanya.

Mazlan berkata, kebanyakan peneroka kini berusia 70 hingga 80 tahun, namun masih dibebani dengan masalah hutang.

“Mereka tidak meminta untuk berhutang sebaliknya dipaksa untuk berhutang. Seandainya mereka ini mati nanti, bagaimana mereka mahu menghadap Tuhan dengan hutang yang masih belum dibayar?,” soalnya.


Subhanallah, hikmat duduk Iftirash dari segi kesihatan

http://detikislam.blogspot.com, 25 Sep 2012

Kebanyakan kita tidak mengetahui hikmat duduk Iftirash dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambar rajah Refleksologi, bila dalam duduk Iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki & kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk Iftirash ini memberi 'tekanan refleksologi' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands etc. spt dalam gambar rajah).

Ini merugikan! Eloklah kita cuba duduk secara Iftirash yg sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah & juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology exercise' utk bahagian kritikal - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands etc brain, neck, throat etc.

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT. Dari Abu Hamid al-Sa`idi (r.a.) katanya: "Aku melihat Nabi Muhammad (s.a.w.).. Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yg kedua (Utk membaca Tahiyyat Awal), ia duduk di atas kaki kirinya & menegakkan kaki kanan (Duduk Iftirash)....." (Hadith shohih riwayat Bukhari)

Pengajaran Hadith

1. Disunatkan duduk Iftirash pada tahiyyat pertama.

2. Duduk Itirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud & ketika duduk Istirahah (iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yg kedua)

3. Amalan duduk Iftirash adalah sunnah Rasul (s.a.w.) & apabila kita mengamal & menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala & keberkatan dari Allah (s.w.t.)

4. Amalan-amalan Rasul (s.a.w.) adalah bercahaya & boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah (s.w.t.) sumber kbakti.multiply.com 

Panas! Pak Lah silap parking...?

Kedahkini, 25 Sep 2012




2 NEGARAWAN dari UMNO/BN kini menyokong tuntutan ROYALTI.

Mantan PM, YB Tun Pak Lah Badawi dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah kini menyokong R.

Jika masih ada suara sinis kata R ni gerakan dari Pakatan Rakyat, mereka  adalah belaci yang dunggu!

R bukan saja disokong oleh pemimpin Parti Politik, tetapi juga oleh DYMM SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V.

R hanya tuntut ROYALTI dan Hak PENDARATAN MINYAK & amp; GAS ke Kelantan mengikut Perlembagaan. -R

Pilihan raya UIAM batal, e-undi bermasalah
G MANIMARAN dan RAZIATUL HANUM A. RAJAK
25 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengadakan semula pilihan raya kampus berikutan masalah teknikal dalam sistem pengundian secara (e-undi).

Jurucakap bahagian komunikasi korporat UIAM berkata, masalah ini dihadapi ketika proses pengundian dimulakan jam 6.30 petang tadi khususnya di kampus induk Gombak. Pengundian diadakan di kampus Gombak dan Kuantan.
Difahamkan ini kali pertama UIAM, yang mempunyai sekitar 20,000 pelajar, berhadapan dengan masalah ini.
Ekoran masalah itu, pengundian semula akan diadakan secara manual dalam tempoh seminggu.

Jurucakap Pro-Aspirasi Nasional, Mohd Hafiz Ariffin, e-undi yang digunakan di UIAM pagi tadi menghadapi masalah.

"Saya dimaklumkan e-undi hadapi masalah jadi mereka (UIAM) terpaksa mengadakan pilihan raya kampus sekali lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sementara itu, jurucakap Pro-Mahasiswa UIAM, Mohd Saiful Mat Amin berkata, pilihan raya kampus itu dijangka diadakan minggu hadapan.

"Kami diberitahu pelajar perlu mengundi sekali lagi sama ada minggu ini atau minggu hadapan tetapi besar kemungkinan minggu hadapan," katanya.

UIAM antara 15 institusi pengajian tinggi awam yang menjalankan pilihan raya kampus, hari ini.

Kenyataan dikeluarkan UIAM sebentar tadi juga mengesahkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam berkata, untuk mendapatkan keputusan pengundian yang adil dan telus, pihaknya akan mencadangkan kepada senat supaya mengadakan satu lagi pilihan raya kampus secara manual.

 Beliau berkata, pilihan raya kampus tersebut dijangka dilangsungkan semula lebih kurang seminggu dari sekarang.

"Masalah teknikal disedari apabila jumlah pengundi yang layak dan didaftarkan tidak selari dengan keputusan yang kami peroleh melalui sistem e-pengundian.

"Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliyyah mempunyai 300 pengundi tetapi e-pengundian mencatatkan jumlah melebihi 2,000 pengundi yang layak," katanya dipetik Bernama.

Katanya, sebanyak 32 kerusi dipertandingkan melibatkan 18 kerusi di kampus Gombak dan 13 kerusi di kampus Kuantan.

BERIKUT KENYATAAN MEDIA UIAM (Bahasa Inggeris]
The IIUM Student Representative Council (SRC) General Election 2012/2013 was held today, the 25th of September 2012. The General Election was held in conjunction with the Campus General Election of other IPTA nationwide. The voting began at 9.10 am and polling stations were closed at 5.10 pm this afternoon.
The election exercise was handled by the IIUM SRC Election Commission chaired by Datuk Dr. Mizan bin Hitam, Deputy Rector (Student Affairs), IIUM with the assistance from 300 staff of the Students Affairs and Development Division (STADD) and other Kulliyyah/Center/Department from both IIUM campuses of Gombak and Kuantan.  However, upon findings, the final tally shows some votes were not captured due to incomplete encryption process.   

Thus, in the name of fair and transparent election, IIUM SRC General Election Commission is of the view that the 2012/2013 IIUM SRC General Election results cannot be formally announced due to the technical problem encountered during the e-voting process.

According to the feedback from the Technical Committee of the IIUM SRC General Election 2012/2013,theElection Commission decided to conduct a re-election exercise upon Senate approval. In this regard, the Election Commission may resort to the use of manual voting and this process is expected to be carried out about a week from now, InsyaAllah.

However, the campaign process was done in conducive environment of the Garden of Knowledge and Virtue without any sign of influence from outsiders or political parties. The candidates are all independent and they DO NOT represent the interest of  any particular groupings. Their standing for contest are of their own manifestos and pledges premised  on the needs of the voters.
The claim of any particular interest group outside the University on the political support given to the candidates is baseless since it has never been proven to be so and in addition to what had been declared by the candidates.
Voter turnout was  75.02% of the total eligible voters i.e. 15,715. 31 seats were contested of which 18 seats were contested in Gombak and 13 seats were contested in Kuantan. The seats contested represented each of the Kulliyyah (faculty). Each Kulliyyah was represented by two seats in addition to five international seats for international students.
The Election Commission of the 2012/2013 SRC General Election apologizes on the technical problem on the E-Voting system and for any inconveniences that this untoward incident may have caused.
Released by;
Election Commissioner
IIUM SRC General Election 2012/13
Student Affairs Division


Rita Rudaini syukur, mahkamah batal permohonan Aidil
NORAWAZNI YUSOF
25 September 2012

Rita Rudaini
SHAH ALAM – "Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.”

Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.

"Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.

"Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan)  maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.

Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

"Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif," katanya.

Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah  berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap  Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.

Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita  di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.

Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan  juga adalah alamat di Negeri Sembilan.

“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu," katanya.

Permohonan hak penjagaan anak  difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara.


Pro-Aspirasi menang di UUM
Raziatul Hanum A Rajak
25 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Sebagaimana telah dijangkakan, kumpulan Aspirasi, yang pro-Kerajaan Pusat telah memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pemilihan perwakilan pelajar bagi sesi 2012/2013.
Daripada 36 kerusi itu, lapan membabitkan kerusi umum manakala 28 lagi kerusi peringkat fakulti.
Dua kerusi lagi dimenangi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Sebanyak 22 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding pada hari penamaan calon Khamis lalu.

UUM salah satu universiti mengadakan pengundian hari ini.
Pengundian di UUM ditutup pada jam 1.30 petang tadi.

Jurucakap Pro-Aspirasi UUM, Mohammed Syafiq Mohd Shokri berkata, mereka memenangi tujuh kerusi daripada lapan kerusi yang diperuntukkan di peringkat umum dan 27 kerusi bagi pusat pengajian.

"Kami meraih kemenangan bagi pilihan raya kampus kali ini meskipun terlepas satu kerusi umum kepada calon bebas.

"Selama tiga hari ini kami berkempen secara siber iaitu laman sosial Facebook dan turut menggunakan cara lama di mana, setiap malam kami mengadakan rapat umum di kolej kediaman," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi petang tadi.

Beliau yang juga bekas MPPUUM sesi 2011/2012 berkata, kemenangan merupakan amanah dan ia tidak akan dipersiakan oleh barisan pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa UUM.

Keputusan diumumkan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, jam 2.30 petang.

Pro-Aspirasi menang besar di Upsi
Wartawan Sinar Harian
25 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pilihan raya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), hari ini.
Keputusan hari ini menyaksikan, calon Pro-Aspirasi memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan dan baki empat kerusi dimenangi calon Pro-Mahasiswa.
Daripada 29 kerusi tersebut, hanya lima sahaja menyaksikan berlaku pertandingan iaitu tiga dimenangi Pro Aspirasi, dua dimenangi pro mahasiswa.
Baki kerusi dimemangi tanpa bertanding.
Peratusan keluar mengundi adalah 67.8 peratus daripada 11, 640 pelajar.
Pelajar tingkatan enam ditahan belasah teman wanita

25 September 2012
KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Enam di Lipis ditahan selepas terbabit dalam kes samun dan membelasah teman wanitanya yang juga pelajar sekelasnya.

Dalam kejadian 5.40 petang semalam iu, pelajar perempuan berusia 18 tahun itu dipukul dengan topi keledar di kepala selain ditendang berkali-kali oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek turut bertindak melarikan rantai leher mangsa yang bernilai RM1,000 selepas membelasahnya.

"Kes dipercayai gara-gara teman wanita suspek didakwa gagal menjelaskan hutang yang tidak diketahui jumlahnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian di Tanjung Lipis, Lipis itu, mangsa ditemani tiga rakannya untuk bertemu dengn suspek bagi menyelesaikan kes hutang yang membabitkan suspek dan mangsa.

"Tiba di tempat berkenaan, suspek terus melenting dan bertindak memukul mangsa. Mangsa yang cedera di kepala dan muka menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis," katanya.

Abdul Razak berkata suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal, bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis pada jam 10 malam tadi selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 6.10 petang kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu kes jenayah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan tahun lepas yang bakal dibicara bulan depan. 

"Suspek kini ditahan reman di Lokap Balai Polis Kuala Lipis selama  empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama
PRU: Zahid yakin prestasi BN 'tidak lebih buruk 2008'
G MANIMARAN & NOOR AZURA SAHRIL
25 September 2012
Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Sementara teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlarutan, pemimpin kanan Umno yakin prestasi parti itu tidak akan merosot daripada paras yang disaksikan empat tahun lalu meskipun tidak mengatasi rekod 2004.
Bercakap kepada Sinar Harian Online di pejabatnya di sini semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merumuskan: "Tidak lebih baik daripada keputusan pilihan raya 2004, dan tidak lebih buruk daripada pilihan raya 2008."
Buat kali pertama prestasi Barisan Nasional (BN) merosot sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan tewas di lima kerajaan negeri pada Mac 2008.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN hanya memperoleh 140 kerusi manakala pembangkang 82 kerusi.
Naib Presiden Umno penggal pertama ini diajukan persoalan ini ketika beberapa pihak dalam Umno dan luar BN meramalkan prestasi perikatan 13 parti itu akan merosot berbanding 2008 sementara Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai Pas, DAP dan PKR yakin akan menambah kerusi dalam usaha menawan Putrajaya.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini pernah berkata, sehingga 105 kerusi Parlimen berada dalam tangan mereka sekarang.
Minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih berkeyakinan bahawa BN masih boleh menang pada PRU13, namun jika kemenangan itu, adalah kemenangan yang hanya dengan majoriti mudah.
Parlimen memperuntukkan 222 kerusi. Kerajaan dengan majoriti mudah akan dibentuk apabila memperoleh 112 kerusi manakala kuasa dua pertiga akan diperoleh jika mendapat 148 kerusi.
Ini pilihan raya umum pertama dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.
Pada 2004, ketika di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, BN memperoleh 92 peratus kerusi Parlimen dan hanya kalah satu negeri dan dapat menawan semula Terengganu. Ia pilihan raya umum pertama sejak mengambil jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003.
Sehubungan itu kata Zahid, perlu bagi BN terus bekerja keras biarpun kini jentera parti telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU pada bila-bila masa.
Sambil menyatakan PRU kali ini pastinya lebih mencabar, cabaran yang lebih utama bagi BN adalah khalayak.Jelasnya, komunikasi secara lisan melalui media baru memainkan peranan  kerana medium komunikasi telah bertukar dengan media baru yang menguasai sebahagian besar khalayak.
Bagaimanapun, kata Zahid, faktor media sahaja tidak menjadi penentu utama yang menjadi penyumbang kepada pembuat keputusan.
"(BN) bukan sahaja (perlu) bekerja keras, tetapi bekerja dengan penuh bijaksana, hati khalayak mesti diambil. Kita mesti ambil hati khalayak.
"Analisis saya tidak bias, walaupun saya naib presiden, analisis saya tidak bias, saya memandang dari segi objektif," katanya.
Ditanya mengenai penekanan diberikan oleh pemimpin-pemimpin kanan secara berterusan ketika merasmikan persidangan bahagian sepanjang dua tiga minggu lalu bahawa ahli-ahli Umno perlu menyelesaikan masalah dalaman dengan segera, Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, "yang mencabar bukan kekuatan parti pembangkang... itu kita boleh atasi."
"Isu yang dibangkitkan (oleh pembangkang), kita boleh atasi," katanya dengan yakin.
Pun begitu tambah beliau, fokus pihaknya ialah masalah dalaman Umno, antaranya "kerana budaya selesa... yang masih tebal."
Apabila ditanya bahawa masalah dalaman sudah lama ditekankan termasuk sejak Najib dipilih sebagai Presiden Umno pada Mac 2009, Zahid berkata, "ya, ya... kerana itu kita katakan seratus peratus masalah dalaman mesti diselesaikan."
"Walaupun presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (Umno) telah diminta turun ke bawah, namun kita mendapati (ia) isu yang menjadi stigma besar kepada ibu pejabat parti Umno," kata beliau.
Beliau turut mengakui keadaan itu ketara di negeri-negeri BN mengalami kekalahan pada 2008.
"Ya, ya, ya," jawab beliau mengenai soal isu puak yang dikhuatiri menjejaskan peluang Umno-BN dalam PRU13.
Sambil menegaskan kepimpinan Umno ada kaedah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah berkenaan, Zahid yakin bahawa walaupun tidak seratus peratus selesai, sebahagian besar dapat diatasi menjelang PRU13.
'Pengamal perubatan Islam' mengaku tidak salah tuduhan rogol

25 September 2012
SEREMBAN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang wanita, akhir bulan lepas.
Muhammad Sombhah Abdullah, 48, dituduh merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah, di sebuah kampung di Labu, Nilai dekat sini antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang pada 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Datin M. Kunasundary membenarkan Muhammad Sombhah diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh juga diarah melapor diri pada setiap 1 haribulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mangsa dan keluarganya.
Terdahulu, Hakim Kunasundary membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin supaya pihak media dilarang menyiarkan nama mangsa, identiti keluarga dan alamatnya dalam apa-apa bentuk saluran bagi menjaga imej mangsa.
Muhammad Sombhah diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh. - Bernama
Lima kereta mewah dibawa lari 10 penjenayah di Kajang

25 September 2012
KUALA LUMPUR - Sepuluh penjenayah bersenjatakan parang, kapak dan pisau melarikan lima kereta mewah dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long di Kajang dekat sini awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata kereta itu adalah tiga jenis Honda Accord, sebuah Honda Civic dan sebuah Honda CRV.
"Mereka telah mengikat dua pengawal keselamatan dan dua orang daripada mereka menyamar menjadi pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata mereka dipercayai memecah masuk tingkat bawah premis dua tingkat itu kira-kira pukul 3 pagi sebelum mengambil kunci kereta di dalam pejabat.
Polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang berjaya melepaskan diri kira-kira pukul 7 pagi, katanya.
Azman berkata polis sedang meneliti kejadian itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis itu.  - Bernama
Kes Ketua Pemuda diserang: 5 saksi diambil keterangan

25 September 2012
Datuk Norizan Ali
Datuk Norizan Ali
SERDANG - Polis mengambil keterangan daripada lima orang saksi berhubung kes Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali yang parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman
Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata keterangan tersebut diambil daripada isteri Norizan, Datin Roslinda Kamarudin, 38, serta jiran terdekat yang ternampak insiden itu.
"Kita sudah menemubual mangsa tetapi masih belum merakamkan percakapannya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.
Tun Hisan berkata polis akan menyiasat kes tersebut mengikut pelbagai sudut termasuk dalam hal politik, hubungan dengan masyarakat atau latar belakang pekerjaan mangsa.
"Banyak bukti kita telah perolehi namun masih menyiasat apa bukti yang betul dan tidak betul," katanya.
Dalam kejadian itu, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran sebelum didatangi dua lelaki warga Indonesia yang menaiki motosikal dan menikam mangsa.
Tikaman tersebut menyebabkan Norizan cedera parah di perut dan jari tangan serta mangsa kini dirawat di Hospital Ampang. - Bernama
KDN nafi polis manipulasi kadar indeks jenayah

25 September 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak tuduhan pihak tertentu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanipulasi kadar indeks jenayah dengan mengklasifikasikan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.
 
Beliau berkata ini kerana statistik dengan jelas menunjukkan jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks adalah lebih besar berbanding jenayah bukan indeks.
 
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) di Parlimen hari ini, yang hendak tahu adakah benar PDRM memanipulasi indeks jenayah dan juga jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks dan jenayah bukan indeks dari tahun 2007 hingga 2011.
 
Hishammuddin berkata dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 108,886 kes jenayah dilaporkan iaitu 101,313 merupakan jenayah indeks dan 7,573 jenayah bukan indeks.
 
"Pada tahun lepas jumlah besar kes jenayah ialah 229,997; 2010 (252,844), 2009 (271,831); 2008 (271,004) dan 2007 sebanyak 252,324," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan