Jumaat, 21 September 2012

ALLAH SAJA YANG TEPAT...MENGETAHUI SAPE 'AKIDAHNYA BENAR SERTA IBADAHNYA SAH'

MUKTAMAT PRU13; Diadakan tahun 2013.
Posted on Friday, September 21 @ 07:47:40 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: mohdnoorawang

"

Najib Razak dan seluruh Kabinet kerajaan BN/UMNO bertahan sampai tamat tempuh 24 April 2013. Maka genaplah lima tahun kerajaan syaitan yangdikenali BN/UMNO berkuasa.


Risikan syaitan BN/UMNO  jika diadakn sekarang BN/UMNO hanya mendapat 120 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen. Najib cukup takut. Tapi yang paling takut BN/UMNO kalah ialah ketua syaitan yang dikenali Tun Mahathir. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Mahathir cukup takut jika Pakatan rakyat menawan Putrajaya dan Parlemn Malaysia?.
PRU12 pada 8 March 2008 Pakatan Rakyat (PKR,DAP,PAS) dapat mengurangkan dua pertiga majoriti dalam Parlmen Malaysia. BN/UMNO mendapat 140 kerusi Parlimen. Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen.
Terkini Bini Najib Razak, Rosmah Mansor  dikatakan memakai jam yang berharga mencecah RM400 RIBU Ringgit. Bini Najib juga membeli cincin bernilai RM24 Juta, Rosmah Mansor juga membeli beg tangan hampir RM800 Ribu sebuah. Cukup banyak wang Najib Razak yang diberi kepada bininya Rosmah Mansor.  Dimana Najib Razak dan Rosmah Manasor memperolehi wang berjuta juta ringgit?. Tidak mungkin Najib Rzak dan Rosmah merompak bank dan melabur dalam pasaran saham diLondon, Amerika Syarikat, Hong Kong, Tokyo, Shanghai dan Singapura.
Jawpan yang paling mudah dan difahami semua rakyat Malaysia termasuk permata kanak pintar milik Rosmah ialah dengan dua perkatan RASUAH dan penyelewengan kuasa.
PRU12 pengundi yang berdaftar seramai 8 juta. BN/UMNO hanya mendapat 52% undi dan Pembangkang mendapat 49% undi. Beza atau pemisah hanya kurang lebih 314 ribu pengundi sahaja.
Daftar pengundi yang terbaharu (2012) sehingga bulan June seramai 13 juta pengundi berdaftar.  Hampir 25 %  atau seramai kurang lebih 2.7 juta adalh pengundi baru atau kali pertama bakal mengundi tahun 2013.
Pengundi ini bakal menentukan kemenangan mutlak tahun 2013. Di Malaysia 70% penduduk berada di kawasan bandar atau pinggir bandar. Kawasan ini menjadi fenomena yang menakutkan kepada BN/UMNO. Terbukti PRU12 pengundi beralih arah kepada pembangkang.
Pengundi dikawasan Luar Bandar kira-kira 30% adalah pengundi yang sukar membuat perubahan. Pengundi ini adalah sasaran utama dan pendeposit tetap BN/UMNO rata rata bangsa Malayu dan Bumiputra.
Namun satu fenomena yang baru sedang berlaku di Malaysia, arus politk dan geopolitik atau lanskap politik sukar dibaca oleh BN/UMNO. Dimana jiringan atau akses dengan laman maya dan facebook atau manusia berinternet dan bermaklumat berminat dengan parti pembangkang.
Hampir 62% atau 18 juta penduduk Malaysia mengunakan internet. Hampir 12 juta penduduk Malaysia menggunakan Facebook .( sumber dari MKini). Kami sarankan kepada pemimpin Pakatan rakyat dari semua peringkatmenggunakan kemudahan alternatif berkempen dan memberi maklumat jaringan berinternet dan Facebook terutama generasi muda dan kumpulan celik berinternet
Ayuh kita gerakkan satu tranformasi politik  untuk menukar dan menjatuhkan parti syaitan yang bernama BN/UMNO. jika membiarkan syaitan berkuasa lagi banyak kemusnahan dan rasuah berlaku. Jangan biarkan Rosmah dan Najib membeli cincin, beg,  jam, kasut dan pakaian berbillion ringgit.

 Beli sendiri dengan duit tabung atuk!
Posted on Friday, September 21 @ 02:27:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Picture2u



Ramai tak sedar bahawa DS Rosmah adalah seorang penjimat dan suka menabung. Malah hampir semua keluarganya suka menabung. Jam tangan tatap belian baru berjenama Franck Muller sekitar RM350k itu adalah hasil tabungan atuk Rosmah.

......
http://kide-picture2u.blogspot.com


  Samseng Umno bertakbir sambil mencarut depan pejabat DAP Melaka
Posted on Friday, September 21 @ 02:23:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lipasmalas

"UNITED Malays No Otak, Umno lebih dikenali dengan panggilan UMporNO gara-gara sikap mereka yanggemar menggunakan isu-isu lucah untuk meraih sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu. 

Baru-baru ini gerombolan lucah yang terdiri daripada samseng upahan Umno telah berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP Melaka kononnya atas nama memperjuangkan Islam.

Namun apa yang lucunya, perhimpunan itu tidak lain sekadar himpunan samseng mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali.




Inilah jadinya bila orang yang tidak faham agama, tidak pernah peduli dengan Islam, tiba-tiba ke hadapan untuk memperjuangkan Islam bagi meraih sokongan politik.

Kita faham taktik mereka kononnya mahu menggambarkan diri mereka sebagai orang kampung yang berang dengan DAP. Dengan itu tindakan ini bolehlah dijadikan bahan propaganda TV3 Suku dan Utusan Syaitan. 

Namun jelas sekali mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah samseng-samseng upahan Umno. Lihat gambar di bawah, beberapa orang di kalangan mereka memakai baju Barisan Nasional.
   

Di bawah ini rakaman saat samseng-samseng ini mencarut beramai-ramai sebelum kemudiannya melaungkan takbir dan "Hidup Islam" berulang kali.

Klik sini untuk menonton video [Samseng Umno



 Siapa EXCO N.Sembilan kena tangkap khalwat?
Posted on Friday, September 21 @ 02:18:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Petikan ini diambil dari satu blog : “Contohnyo, apo jawapan yang nak diberi Tok Mad pado DS Najib yang dijangka turun Negeri Sembilan pada 29 September ini berkenaan isu ADUN ancam menembak orang, EXCO N9 kono tangkap khalwat, termasuklah kes waris Tok Mad sendiri yang sojak dulu sampai sekarang tak abih-abih kojo eh melompang oghang?”


Isu khalwat, melempang, menembak & Ketua Pemuda UMNO Seremban hilang sokongan; mewarnai hidup Mohamad Hasan
1. Syabas diucapkan kepada kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang berjaya melaksanakan mesyuarat semula pada 15-9-2012 yang lalu setelah pernah dibatalkan sebelum ini dek kesilapan notis mesyuarat yang diedarkan.

2. Walaupun tiada kehadiran pemerhati daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri serta wujud desas desus kononnya ada perwakilan yang tidak mendapat notis panggilan mesyuarat semula dan sembang sumbing menyatakan kali ini ramai perwakilan IMPORT bagi mencukupkan koram mesyuarat; namun Pemuda UMNO Bahagian Seremban akhirnya berjaya melaksanakan juga mesyuarat dengan kehadiran 96 orang perwakilan keseluruhannya. Cuma yang menjadi persoalannya, BETUL KE ada 96 orang perwakilan?

Suasana ketika mesyuarat semula Pemuda UMNO Bahagian Seremban pada 15 September 2012 yang lalu. Berdasarkan gambar, cukup ke 96 orang?

3. Andai jumlah 96 orang perwakilan itu diperincikan, setelah ditolak jumlah 3 orang wakil UMNO Bahagian, termasuk 15 orang Ahli Jawatankuasa yang hadir, MAKA sepatutnya hanya 78 orang sahaja perwakilan dari cawangan –cawangan dalam UMNO Bahagian Seremban yang hadir.

4. Dengan kiraan purata bersandarkan hanya perwakilan dari 16 cawangan sahaja yang hadir berbanding 63 cawangan pemuda UMNO yang wujud di Bahagian Seremban; BERMAKNA seramai 235 perwakilan dari 47 cawangan telah TIDAK HADIR di mesyuarat tersebut. Dan menjadi bertambah musykil apabila Naib Ketua Pemuda, Penolong Bendahari serta 7 orang AJK Pemuda UMNO Bahagian juga dikhabarkan turut tidak hadir dalam mesyuarat semula itu!

5. Secara rasminya, inilah rekod kedatangan TERBURUK perwakilan ke mesyuarat UMNO Pemuda Bahagian Seremban semenjak zaman Rahman Akbar, Datuk Yusof, Dato’ Murad, Osman Kucing, Mohd Nor Awang dan M Rosli menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban. Di zaman mereka ketidak hadiran perwakilan yang sangat sedikit sebegini tidak pernah terjadi dan ia hanya berlaku semasa Shahrul Ehsan menjadi Ketua Pemuda.

6. Zaman ketua-ketua pemuda terdahulu menyandang jawatan, mereka tak perlu pun nak pasang Banner atau Papan Iklan sebesar alam di simpang jalan sebagaimana yang dibuat Shahrul Ehsan kini, namun pada zaman mereka, kehadiran pemuda ke mesyuarat bahagian masih tetap memberangsangkan.

Banner Shahrul Ehsan di setiap persimpangan jalan utama di Seremban. Ketua Bahagian sendiri pun tak buat banner macam ni bhai! Berhajat nak jadi calon PRU-13 ke?

7. Adakah semua ini bermakna Shahrul Ehsan kini sudah mula hilang sokongan daripada Pemuda UMNO Bahagian Seremban? Semasa menang dalam pemilihan UMNO tahun 2008 dulu, Shahrul dapat 110 undi (sokongan perwakilan daripada 37 cawangan); namun jika jumlah perwakilan yang hadir tempohari dijadikan ukuran, nampaknya Shahrul Ehsan kini telahpun hilang sokongan daripada 21 cawangan yang pernah menyokong beliau sebelum ini. Kelebihan menyandang jawatan ketua nampaknya tidak menjadikan kedudukan Shahrul Ehsan bertambah kukuh, tetapi sebaliknya sokongan kepada kepimpinan beliau semakin merosot.

8. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Shahrul telah di'anugerah'kan kontrak bernilai jutaan ringgit daripada Menteri Besar? Adakah strategi membawa beberapa ketua pemuda dan AJK terpilih untuk melancong ke China, Korea, Thailand serta destinasi luar negara yang lainnya GAGAL untuk membantu Shahrul Ehsan mengukuhkan kedudukan serta pengaruhnya di Seremban?

9. Puluhan atau mungkin ratusan ribu RM telah dibelanjakan, namun sokongan kepada kepimpinan Shahrul masih merudum! Adakah Sharul Ehsan telah silap pencaturan? Mungkinkah rakan-rakan yang diharap membantu beliau sebenarnya hanyalah budak 2B (Balaci Bebal) yang hanya tahu mengikis, bercakap besar, selain suka memaki hamun orang?!



Agaknya dah berapa riban habis bawak geng pergi melancong ni brader?


10. Shahrul Ehsan perlu ambil ikhtibar daripada apa yang berlaku disamping berani buang ego serta mula muhasabah diri. Bukan kes Halim atau Samsol yang mempertikaikan notis mesyuarat sehingga terbatalnya mesyuarat yang perlu saudara fikirkan, kerana itu hanya hal kecil saja.

11. Apa yang perlu difikirkan sekarang lebih besar halnya seperti isu HILANG SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN daripada sebahagian besar ahli pemuda UMNO di Bahagian Seremban kepada dirinya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang dipilih.

12. Andai perkara ini dibiarkan berlarutan, BN dan UMNO Seremban perlu memikirkan ikhtiar serta strategi lain untuk menggerakkan kembali Pemuda UMNO bagi menghadapi PRU-13 tak lama lagi, kerana kini tersangatlah jelasnya bahawa Shahrul Ehsan adalah seorang pemimpin muda yang hampeh dan tak boleh harap.

13. Shahrul Ehsan juga perlu berhenti menghebohkan konon dia wakil Menteri Besar N9 di Seremban dan ghonti an la berangan konon nak 'langgar' Tok Sahak di Seremban jika hanya ada kekuatan sokongan 16 cawangan saja daripada 63 cawangan yang ada. Kok masih yor tak paham laie, pi tanyo oghang ghumah kau nun.

14. Janganlah poningkan kepalo MB N9 sobab banyak lagi yang Tok Mad nak pikirkan. Contohnyo, apo jawapan yang nak diberi Tok Mad pado DS Najib yang dijangka turun Negeri Sembilan pada 29 September ini berkenaan isu ADUN ancam menembak orang, EXCO N9 kono tangkap khalwat, termasuklah kes waris Tok Mad sendiri yang sojak dulu sampai sekarang tak abih-abih kojo eh melompang oghang. Dah kuek bonar ko?

15. Kami boleh saja 'lotup'kan isu paneh ni; contohnya di mana lokasi khalwat berlaku, bilo, dongan sapo, jam brapo; sapo pulak yang menembak, sapo yang ditembak, sobab apo sampai nak menembak oghang; sapo kono lompang, sobab apo kono lompang, di mano kono lompang etc. Tapi buek maso sekarang kami maleh nak kecoh sobab nak nengok apo tindakan Mohamad Hasan lopeh ni. Kok amik mudah bonar, kito kasi pocah yolah!

16. Jika pencacai Komplot Pembangkang masih mahu mengangkat pemimpin yang rendah akhlak dan busuk moral dikalangan mereka, biaq pi la depa nak hancus macam mana sekalipun. Namun UMNO sepatutnya jauh lebih baik dan mulia daripada itu.

17. Kami enggan berkompromi jika spesis seperti ini masih diberi tempat dalam parti dan kerajaan kerana 'mangkuk' sebeginilah yang telah banyak merosakkan nama baik UMNO. Jika Mohamad Hasan masih teragak dalam tindakan, biar rakyat saja yang selesaikan mereka!!

18. Tok Mad...Tok Mad...inilah bahano angkek orang bingai jadi pemimpin, konon bulih kontrol, penyudah eh sendiri yang poning!
 

 Rosmah Pakai Jam Tangan Bernilai RM350 000
Posted on Thursday, September 20 @ 20:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"Kita bercerita lagi tentang kemewahan Rosmah Mansor, isteri PM kita.

Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lense kamera…Dikatakan harga jam tangan yang dipakai oleh Rosmah Mansor dikatakan bernilai antara £70,000 - £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duit import lagi.
Jam Rosmah Mansor (Gambar) Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000   RM500,000)??

Jam Rosmah (Gambar) Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000   RM500,000)??

Jenama Franck Muller merupakan salah jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.

Jam Termahal Di Dunia (Gambar) Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000   RM500,000)??

Persoalannya bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?
  1. Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.

  2. Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi “Pendapatan Sampingan”? Mungkin?
P/S : Walaubagaimanapun, carian kami untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin? - Fathul Bari Suruh Kadir Sheikh Fadzir Bertaubat"



 Orang UMNO Hina ISLAM TakPaa!! Orang Putih Tak Boleh
Posted on Thursday, September 20 @ 19:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Era Pasca


Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...

Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...

P/S : Kita mungkin terlupa tetapi admin tak pernah lupakannya.... bahawasenya dah lama dah orang kat Malaysia ni menghina Rasulullah dan Islam...

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
ORANG UMNO HINA ISLAM TAKPAAA!! ORANG PUTIH TAK BOLEH..


Rejim di Malaysia bakal tumbang
Posted on Thursday, September 20 @ 18:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Liew Chin Tong

Antara lain, yang bakal menyumbang kepada kejatuhan rejim Barisan Nasional di Malaysia dalam pilihanraya umum akan datang adalah golongan pengundi muda, kadar urbanisasi yang tinggi, akses internet yang kian meningkat dan usia rejim itu sendiri menduduki tampuk kuasa.
Ada banyak sebab untuk komuniti antarabangsa menyedari akan hakikat ini, dan bersedia untuk suatu perubahan kejatuhan rejim dalam negara ini buat julung-julung kalinya sejak ia merdeka pada tahun 1957.

Setelah pihak pemerintah mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya 8 Mac 2008, negara telah memasuki suasana kempen berpanjangan dan kekal sedemikian sejak itu. Memandangkan Perlembagaan Malaysia menetapkan Parlimen dibubarkan pada 28 April 2013 kerana tamatnya mandat lima tahun yang diperolehi, maka pilihan raya terpaksa diumumkan tidak lama lagi.
Memang benar kerajaan memenangi 140 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat manakala pihak oposisi cuma berjaya mendapat 82 kerusi. Akan tetapi jika diteliti, keputusan itu menunjukkan jurang undi diantara kedua-dua gabungan semakin kecil.
Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan sebenarnya cuma memenangi 51.4% undi manakala pembangkang memperolehi 48.6%.. Daripada 7.9 juta undi, BN dan tiga parti pembangkang nasional dipisahkan hanya dengan lebih kurang 313,509 undi.
Sehingga penghujung Jun 2012, di dalam daftar pengundi terdapat 12.9 juta rakyat Malaysia. 2.5 juta – kira-kira 20% – adalah mereka yang mengundi buat kali pertama; dan merekalah yang bakal menentukan keputusan pilihan raya.
Koalisi 13 parti pemerintah – BN – akan menonjolkan pencapaian-pencapaian lalu dalam kempen dan bermain dengan kehendak status quo sementara gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat, berikrar untuk menambah baik pentadbiran negara melalui perubahan dasar yang radikal.
Status quo bagaimanapun tidak mungkin memberikan impak kepada demografi yang mirip dengan kebangkitan Arab: 48% rakyat Malaysia berumur 25 tahun dan 70% berumur bawah 40 tahun (walaupun tidak semuanya adalah pengundi). BN, terutama parti utamanya, United Malays National Organization (UMNO) telah sekian lama bergantung kepada undi kawasan luar bandar.
Oleh kerana itu mereka mempunyai sebab untuk bimbang memandangkan sebanyak 70% rakyat Malaysia sekarang tinggal di kawasan bandar berbanding 11% pada tahun 1957 dan 35% pada 1980.
Golongan muda dan penduduk bandar pula sangat galak dengan internet. Dengan 17.5 juta pengguna internet, kadar penggunaan internet Malaysia adalah 61.7% daripada populasinya dan 81% daripada kawasan padat huni. Selain itu, Malaysia juga merupakan salah satu negara paling aktif menggunakan Facebook dengan 12 juta pengguna, meletakkannya pada tempat ke-19 tertinggi.
Akses mudah kepada maklumat alternatif telah menjejaskan keberkesanan kawalan media perdana yang diamalkan kerajaan, baik melalui prosedur perlesenan, tapisan atau pemilikan partisan.
BN telah memeritah Malaysia sejak penampilan awalnya sebagai Perikatan memenangi pilihan raya untuk kerajaan-sendiri di bawah British pada tahun 1955. Ia kini adalah parti yang paling lama memerintah di dunia. Rejim komunis di Korea Utara, China dan Vietnam yang tidak diundi adalah diantara rejim yang memerintah dengan tempoh yang panjang.
Tanda-tanda negatif kesan daripada jangka hayat politik yang panjang semuanya kelihatan jelas di mata para pengundi yang semakin pintar. Pada dasarnya, bukan sahaja kerajaan telah membuatkan kumpulan-kumpulan etnik bukan Melayu rasa terpinggir melalui politik perkauman, rasuah yang menjadi-jadi dan ketidakadilan ekenomi intra-etnik. Tetapi turut menjauhkan pengundi-pengundi Melayu.
BN pernah seketika mempamerkan dirinya sebagai kuasa pertengahan dalam populasi yang bersifat perkauman. Bagaimanapun,  UMNO mula bertukar haluan ke ‘kanan’ dalam retorik dan tindakan pada 2005, ia mula kehilangan sokongan kaum Cina dan India. Pada 2008, sebilangan besar kaum Melayu kecewa dengan rasuah dan kronisme, dan akhirnya turut sama mengundi menentang kerajaan.
Rasa keterpisahan ini bukan sahaja tidak hilang pada tahun-tahun berikutnya. Tetapi sebaliknya, semakin banyak kumpulan yang menunjukkan penentangan terhadap kerajaan pusat. Kumpulan Kadazan Dusun Murut di Sabah bangkit dan sangat kritis terhadap cara kerajaan menguruskan skandal pemberian kewarganegaraan demi meraih undi yang telah lama berlarutan.
Skandal itu dikatakan telah membuka ruang pada UMNO untuk membina sokongan di negeri itu.
Strategis UMNO, dengan menggunakan akhbar yang dikawal parti tersebut, Utusan Malaysia, bergabung pula dengan kumpulan berhaluan kanan Perkasa, berkerja keras untuk menghalang kemerosotan sokongan daripada orang Melayu. Dan mereka melakukan apa sahaja untuk menggambarkan parti itu sebagai jaguh sebenar orang Melayu berbanding parti dan pemimpin Melayu pembangkang. Setakat ini kelihatan cubaan itu mengasingkan pengundi dari kelas pertengahan.
Keseluruhannya buat masa ini, apa yang diidamkan oleh rakyat Malaysia adalah keadilan ekonomi dan kerajaan yang lebih bersih serta terbuka. Namun, apa yang Perdana Menteri Najib Razak berterusan lakukan adalah ‘pembelian undi kecil-kecilan’ dengan memberikan wang tunai kepada kumpulan-kumpulan sasar sedangkan apa yang sangat diperlukan oleh negara adalah reformasi yang menyeluruh.
Terlalu lama di tampuk kekuasaan juga telah membuatkan BN mencipta musuh-musuhnya sendiri. Ramai pemimpin di dalam pakatan pembangkang dahulunya adalah daripada parti pemerintah itu sendiri, termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
Pengalaman mereka di dalam kerajaan mententeramkan pengundi bahawa pembangkang bersedia untuk melaksanakan tugasnya dengan cekap, sementara jaringan peribadi mereka di dalam sistem pemerintahan telah membekalkan mereka dengan maklunat berharga dan memahami sistem yang sebelum ini mengetepikan pembangkang.
Gabungan pembangkang sebelum ini (pada tahun 1990 dan 1999) telah ditubuhkan dengan tergesa-gesa ketika pilihan raya dan berpecah dengan mudah tidak lama selepas itu. Oleh itu  gabungan alternatif yang telah diuji lebih daripada empat tahun, melaluinya telah memperoleh  pengalaman penting mentadbir empat daripada 13 buah negeri merupakan faktor yang menarik dan kritikal.
Ketika semua kelebihan sedia ada memihak kepada BN tidak hilang sepenuhnya dan semua itu akan terus digunakan sepenuhnya sewaktu pilihan raya yang akan datang, faktor-faktor yang bergerak menentang pemerintah sedia ada juga telah menjadi semakin kuat, dan kelihatan terdapatnya kemungkinan kerajaan lama akan diundi keluar. – Roketkini.com
Rejim di Malaysia bakal tumbang - Oleh Liew Chin Tong


 Menukar Kerajaan tidak Kiamat Dunia
Posted on Thursday, September 20 @ 17:24:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh SAKMONGKOL AK47

Mulai sekarang kita panggil Dato Najib- Kim Il Najib. Semua gara2 gambar. Gambar Najib dan Kak Ros adalah gambar suci. Gabar alim agama seperti Nik Aziz takpe kalau diludahi dan dibakar. Ini agak nya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir bila dia kata , selepas PRU13 ini, Najib jadi orang garang.Pada peringkat gambar sahaja, kalau orang tak hormat, tangkap dan tembak.

Najib hendak jadi dictator macam Kim Il Sung. Kita tengoklah nanti- puak UMNO akan memuja pemimpin Korea Utara. Pemimpin Korea Utara pun ummatan wasatho- dalam konteks wasathiyah UMNO.

Dari sudut itu, Najib sama dengan Kim Il Sung. Jadi, Kim Il Najib lah nama yang paling sesuai dengan nya.  Seorang komunis dan seorang mengaku dia democrat.  Tidak lama lagi, bila kita berdepan dengan gambar Najib, kita semua mesti tunduk hormat macam orang Jepun. Sama seperti rakyat Korea lakukan bila berdepan dengan potret Kim Il Jung atau Kim Il Sung.
Kita orang Melayu yang beragama Islam ini janganlah taksub sangat dengan gambar Najib.  Kalau kita hendak orang hormat gambar Najib, kenalah kita juga menghormati gambar orang lain. Ketua Pembangkang sebagai contoh, kalau dalam negeri sistem Westmnister, adalah ketua Pembangkang Raja Malaysia. Seperti juga England, ketua Pembangkang ialah Her Majesty’s Oposition Leader. Dia pun PM in waiting. Jadi kena lah hormat juga. Dinegeri yang bertamaddun, kita saling hormat menghormati satu sama lain. Semua terlibat dalam industry yang sama yakni menawarkan kepada rakyat jelata kepimpinan kita, wawasan dan dasar kita dan keperibadian parti kita. Bolehkah kita hormat kalau character parti kita macam samseng?
Kalau kita hendak debat, maka berdebatlah atas dasar pemimpin dan kepimpinan, dasar parti kita dan keperibadian parti kita. Biarkan rakyat buat pengadilan. Kalau UMNO bagus, maka UMNO lah yang mereka pilih. Kalau PR bagus, maka PR yang mereka pilih. Sesiapa yang menang, kita akan nilai nanti apa yang mereka lakukan.
Apa yang sebenar nya Najib tawarkan kepada rakyat? Menawarkan pemimpin UMNO yang berkualiti? Ramai yang korap dan tidak bersih. Yang tuduh pemimpin UMNO korap ialah Dr Mahathir sendiri. Dalam suatu jamuan makan tengah hari dengan bekas2 menteri cabinet, Dr Mahathir sendiri yang mengistiharkan bahawa semua pemimpin kerajaan/UMNO adalah korap dari yang tertinggi sampai kepada yang kecil. Mengikut kefahaman saya yang lulus SA- Sekolah Atap, yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir yang ada weak school certificate, yang korap itu termasuklah Dato Najib sendiri. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir yang kata. Dan sebagai PM selama 22 tahun, dalam bab ini saya percaya Dr Mahathir sebab dia ada fail setiap menteri dibawah nya.
Pemimpin UMNO bodoh. Bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Mereka ini semua half past six leaders. Dr Mahathir kata, yang cerdik sudah masuk DAP, yang bijak masuk PAS dan yang pandai masuk PKR. Jadi tinggallah yang koro dan koman didalam UMNO.
Maka jika pemimpin UMNO bodoh seperti yang diperakui oleh Dr Mahathir. manalah boleh kita sandarkan masa depan negara, masa depan orang Melayu dalam tangan pemimpin yang korap, rasuah dan bodoh pula? 
Sekarang, bila Dr Mahathir melihat besar kemungkinan UMNO kalah, maka dia bertungkus lumus menegakkan benang basah. Kerana itulah, saban minggu Dr Mahathir asyik dok beri taklimat kepada badan pehubungan UMNO negeri2- supaya menerima calun2 payung terjun. Kita dah tak ada calun bermutu. Terpaksa ambik dari luar.
Mulakan dari Najib sendiri. Bolehkah Najib dijadikan contoh pemimpin yang baik? Najib sendiri, sebagai pemimpin- dia bukanlah maksum. Najib tidak boleh dijadikan sebagai contoh teladan- Najib dan pemimpin UMNO tidak mencerminkan pemimpin yang bersih dan pemimpin yang bagus. Kerajaan yang bersih dan kerajaan yang bagus memerlukan pemimpin yang bagus dan bersih.
Dari sudut mana, kita nak jadikan Najib sebagai tokoh wasathiyah? Sebagai pemimpin oang Melayu, dia nampak lembik. Depan orang Melayu dia takutkan orang Melayu dengan DAP. Depan orang Cina dia kata nanti PAS akan sunat dan potong tangan semua orang. Depan orang India dia akan kata PAS dan DAP bahaya. Depan raja2 Melayu dia akan kata, kalau PR memerintah, negara ini akan jadi repablik. Maka kerja dia hari2 ialah berdusta dan berbohong.
Dia tidak ikhlas dan jujur bila tolong dan bantu rakyat. Dia akan bantu dengan syarat rakyat kata terima kasih. Dia hanya bantu bila sokong UMNO dan Najib. Pemimpin yang jujur dan amanah, bila dia bantu rakyat dia tidak letak syarat. Hendak tolong, tolong kerana itu suatu amanah.
Tidak pernah buat keputusan yang muktamad. Negara dibiarkan dalam keadaan huru hara. Najib tidak berbunyi sedikitpun bila anasir2 jahat dan kaki busuk mengacau ketenteraman awam. Najib sebagai PM bisu seribu bahasa bila kaki busuk menggunakan agama untuk pecah belah masyarakat. Agama ajak orang melakukan kebaikan, puak UMNO anjur lakukan rusuhan. Najib sebagai ketua amat lemah.
Najib suka lakukan rasuah. Dr Mahathir kata pemberian BRIM dan bayaran2 lain hampir menyamai rasuah dan beli undi. Saya tidak boleh mengatakan sebaliknya apabila pemberian wang sana sini dilakukan dan diinstitusikan. Ertinya, rasuah dan sogokan kepada rakyat dijadikan suatu amalan kebiasaan. Inilah nilai yang hendak diterapkan oleh Najib.
Bagaimana pemimpin UMNO hendak dijadikan contoh teladan atau contoh sederhana sebagai umat pertengahan- ummatan wasatho? Rakyat dianjur belanja cermat dan jimat- isteri bersalut dengan berlian dan bertatahkan emas? Bagaimana jadi contoh teladan untuk jadi amanah, bila harta benda kerajaan diperlakukan seperti harta sendiri? Jet kerajaan digunakan untuk beli belah dan mengangkut kawan2 mandi lulur di Indonesia?
Kemudian bagaimana UMNO itu sendiri hendak dijadikan contoh teladan? Ahli dan penyokong tidak ada disiplin dan bertindak macam samseng kampong dusun? Semua jadi Sharif Dol. Penyokong UMNO tonggeng bontot didepan rumah Ambiga. Penyokong UMNO gesa Ambiga digantung kerana mempunyai pandangan yang berbeza. Inginlah kita ingatkan penyokong UMNO, kita hukum gantung pembunuh dan pengedar dadah. Kita gantung bunuh orang yang membunuh Altantuya. Mereka ini kita gantung bukan cerut leher orang yang berbeza pendapat dengan kita.
Malah setiap pemimpin UMNO banyak cacat dan cela dari ciri2 baik nya. Mereka kata Anwar Ibrahim tidak bermoral, pemimpin UMNO pun tidak kurang jahat nya. Orang Melayu tidak peduli sangat ciri2 peribadi yang ada pada pemimpin Melayu. Kalau mereka mengutamakan kebersihan moral, tentulah ramai pemimpin UMNO ditolak.
Jadi mengapa sekarang apabila tiba membezakan antara pemimpn UMNO dan bukan UMNO, perhitungan moral seseorang menjadi tersangat penting? Jangan lah berpura pura. malu kita bangsa Melayu, bila pemimpin UMNO boleh sebut dalam parlimen- kalau kita korap, mengapa rakyat tetap memilih kami?
Inilah yang kita mahu tukar. Kita jangan lagi memilih pemimpin yang korap sebab memlih mereka menjadikan mereka angkuh dan mereka akan buli dan mem-boss kita.
Yang dalam ketakutan sekarang ialah UMNO. Sebab itu dia gunakan segala cara untuk mengikat minda rakyat. UMNO ulang cerita lama dengan mengatakan dibawah PR, rakyat tidak ada masa depan. Kalau PR memerintah, orang Melayu terancam sebab DAP akan mendominasi. Masaalah UMNO ialah dia ingat Melayu dalam PAS dan Melayu PKR sama standard dengan orang UMNO. Najib lupa, jumlah ahli parlimen Melayu tetap mengatasi jumlah ahli parlimen Cina. Calun UMNO digantikan oleh calun Melayu dari PAS dan PKR dan calun Melayu DAP.Apa yang terjadi pada UMNO sekarang? Hendak cari calun yang berkaliber dan bermutu dari kalangan 3.2 juta pun susah. Kali ini UMNO akan mengenengahkan ramai calun2 payung terjun. Ini mengesahkan , walaupun UMNO itu ramai ahli nya, mutu mereka tidak ada. Setiap minggu Dr Mahathir bertemu dengan badan perhubungan UMNO setiap negeri berpesan pada mereka , bersedialah untuk menerima calun2 yang ditetapkan oleh pemimpin UMNO. Mesti buat bai`ah jangan sabotaj UMNO. Demikianlah cemas nya UMNO. Parti yang ramai ahli, tapi penuh sampah sarap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata dan disahkan dan diperakui oleh Najib dan Muhyidin.
Menukar Kerajaan tidak Kiamat Dunia


  Siasatan Polis Berhubung Gambar Pimpinan PR Yang Dipijak dan Dikencing
Posted on Thursday, September 20 @ 18:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Khalid Samad


Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang.

Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.


Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada. Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.

Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh. Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam.




Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat.

Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac. PAS Shah Alam telah memasang 5 sepanduk besar ukuran 10'x20' dan memasangnya dibeberapa lokasi strategik. Banner yg dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ianya banner yang dipasang di Seksyen 7.

Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam. Saya rasa mereka bukan warga Shah Alam tetapi adalah tenaga kerja dari luar. Selepas itu beliau minta diri dan meminta saya untuk memberikan apa jua maklumat tambahan kalau ada pada dirinya sebagai pegawai penyiasat.

Saya beranggapan siasatan baru sahaja bermula; maka saya amat terkejut apabila Hishamuddin memaklumkan bahawa ada yang telah ditahan pada hari Sabtu keesokan harinya. Betulkah perkara ini saya tertanya? Atau satu lagi helah politik mainan UMNO sepertimana biasa?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 
 Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar
Posted on Thursday, September 20 @ 16:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh MSO

Mahathir I C Kandar Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap menguasai Putrajaya. Sudah semacam tidak 'berapa sara' bekas PM ini dalam mempengaruhi orang ramai supaya mengekalkan kerajaan UBN pimpinan Najib. Kerana keacapan itu kalau kita selami dalam-dalam jiwa Mahathir apa yang dilakukan memberi gambaran yang beliau dalam keketaran. Keyakinan yang UBN akan menang bukan untuk ahli Umno dan Najib sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Dari segi psikologi apabila orang itu kerap bercakap mengenai sesutau topik, berulang-ulang ternyata dia obses dengan topik itu. Pemerhatian dan prihatin itu ada dua kemungkinan, sama ada dia seronok atau bimbang dengan apa yang dicapkkan itu. Dalam hal ini saya menyuluh Mahathir takut dengan apa yang bakal terjadi kelak.

Mahathir: Aku masih berkuasa?
Hari ini dia mengulangi sekali lagi pernyuataan untuk menyakinkan dirinya. Dia kata UBN akan menang dan satu-satu parti yang mampu untuk mentadbir. Dalam masa sama beliau terus memperkecilkan pembangkang. Isu yang dibawa kali ini katanya, Karpal Singh akan bergaduh dengan Nik Aziz dalam isu hudud.

Sinisnya, Nik Aziz kata potong tangan, Karpal Singh kata jangan. Bila berlaku begitu katanya maka pembangkang akan kelam kabut dan parlimen akan dipenuhi dengan hujah-hujah begitu, mengenai hudud.

Wah begitu sekali Mahathir menghina dan merendah daya fikir dan muslihat politik Karpal Singh dan Nik Aziz. Dia fikir hanya dia saja yang bijak dan orang lain semuanya haprak.

Mahathir masih belum sedar-sedar lagi dan terus masih tidak berpijak di bumi nyata. Atau dia sedar akan kebijaksanaan pembangkang tetapi sengaja diremeh-remehkan untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Saya yakin Mahathir sedar malaikat yang beliau tidak kenali yang ditugas untuk memacung leher UBN sudah kian mara ke arahnya. Makanya kerana beliau terlalu ketakutan dan sudah tidak ada obat untuk menenangkan jiwanya maka beliau terpaksa mengeluarkan pandangan dan kritikan yang merendahkan martabatnya sebagai negarawan seperti mana diangkat dan dinobatkan oleh media massa PB.

Sejujurnya dia yang bimbang dan cemas kalau BN kalah bukan orang Melayu. Ia bukan juga para pemimpin Umno, tetapi dirinya sendiri. Mahathir ada sebab kenapa dia perlu mempertahankan agar UBN menang. Kemenangan UBN bukan untuk membela rakyat tetapi melindungi dirinya. Mahathir reti dan faham kalau UBN tidak lagi menjadi penguasaan kedudukannya, penguasaannya ke atas kekayaan yang dihimpun sejak 22 tahun lalu akan hilang.

Peluang untuk beliau megumpul dan mencipta kekayaan bersama keluarganya dan waris politiknya Mukhriz juga akan terlepas. Itu masih lagi boleh ditelan, tetapi apa yang menakutkan ialah kalau kerajaan baru akan bertindak ke atasnya, membuka fail siasatan dan mengutip segala bentuk jenayah yang disorot selama 22 tahun lalu. Apakah di zaman Najib saja ada skandal manakala di zaman Mahathir bersih dan putih? Oh la la...

Sebagai seorang mungkin melakukan jenayah Mahathir tahu akan segala rekod jenayah yang dibuatnya kalau ada. Mungkin bahan bukti beliau sembunyi dan hilangkan, tetapi beliau sedar masih ada saksi hidup yang bila-bila masa sedia tampil ke mahkamah untuk menceritakan segalanya. Inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia akan menggunakan apa saja helah, ikhtiar dengan apa saja untuk memastikan Pakatan rakyat tidak menang.

Boleh jadi Mahathir percaya kepada kata-kata Anwar yang telah memaafkannya, untuk tidak mendakwa atas setiap jenis jenayah yang mungkin Mahathir lakukan. Tetapi Mahathir tidak percaya rakyat yang membenci dan kecewa dengannya selama ini berdiam diri. Mereka (rakyat) akan menuntut kerajaan agar mengheretnya ke mahkamah. Ini menyebabkan Mahathir jadi 'terkaba' waktu tidur.

Mahathit tahu ketika itu Anwar tidak akan boleh berbuat apa-apa untuk tidak melaksanakan kehendak rakyat. Adalah bahaya kalau Anwar mengambil sikap 'waafu hu rahim', ke atas Mahathir kerana kalau pendirian itu diambil Anwar pula akan dimurkai rakyat. Jadi hendak tidak hendak Anwar akan merestui tindakan ke atas Mahathir.

Anwar pun selalu berkata, saya sudah maafkan Mahathir atas segala dosa beliau kepada saya, tetapi saya tidak boleh menghalang rakyat untuk bertindak ke atasnya. Jadi saya akan serahkan kepada rakyat.

Ha... inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia tidak memanjangkan tidurnya untuk mencari helah dan muslihat bagi memastikan UBN menang. Adalah berbaloi kalau beliau tetap berusaha dan mencari ikhitiar itu kerana demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan keluarganya.

Di sini saya tengok kehidupan Mahathir terseksa dibandingkan dengan Abdullah Badawi. Benar Pak Lah tidak seorang perdana menteri hebat, tetapi hari ini jiwa dan hati Pak Lah tenang. Pak Lah tidak jadi seresah dan serisau Mahathir yang masih berhutang dengan rakyat dan Anwar.

Tidak tergamak untuk saya katakan, mungkin Mahathgir suka kalau beliau diambil Tuhan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Maaflah Dir agar kasar sikit... Mat Maslan sudah lama tidur bermimpikan berendur dengan puteri kayangan selepas malam semalam dia bermimpi ditebuh lembu laki Sharizat. [wm.kl.11:54 pm 19/09/12]  Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudah melampau ...
Posted on Thursday, September 20 @ 10:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: Yangretibase

"Setelah membaca rencana yang bertajuk "Dr Asri: Saya lebih suka negara sekular jika ..." oleh Abdul Rahim Sabri dalam Malaysiakini pada 16 September 2012, saya dapat membuat kesimpulan bahawa Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah seorang agamawan yang memisah dan mengasingkan aspek politik daripada Islam.
Dengan kata lain, bagi Datuk Dr Mohd Asri, politik itu satu entiti, manakala Islam pula satu entit; politik suku, Islam suku. Bahkan tergamak beliau menegaskan bahawa beliau lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik!

Bahaya sungguh fahaman dan pegangan Datuk Dr Mohd Asri ini kerana idola beliau yang banyak bersebaran di seluruh negara Malaysia ini turut sesat bersamanya. Kasihan mereka kerana menjadi mangsa kejahilan diri sendiri oleh 'kehebatan aura' Dr Mohd Asri.

Saya berasa sangat mustahil bahawa Dr Mohd Asri tidak tahu bahawa Islam itu meliputi segala-galanya. Tiada satu juzuk, walau sebesar zarah sekalipun, yang terpisah atau terasing atau terkeluar daripada Islam. Islam itu lengkap lagi sempurna. Lengkap dan sempurnakah Islam sekiranya aspek politik pemerintahan negara demi kemakmuran manusia dipisahkan daripada Islam?
Tidakkah Datuk Dr Mohd Asri tahu bahawa setiap gerak-geri kita manusia dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT? Maka sangatlah jahil bagi seseorang yang waras untuk mengatakan bahawa aspek politik itu terpisah dan terasing daripada Islam, padahal aspek politik pemerintahan negara itu merupakan satu juzuk terbesar dalam Islam bagi hamba Allah SWT yang diamanahkan oleh-Nya sebagai khalifah di muka bumi ini demi memakmurkan bumi Allah SWT ini.
Apabila Dr Mohd Asri tanpa berasa segan silu membuat pengakuan bahawa beliau lebih suka menerima konsep negara sekular, tidakkah kenyataan itu bermakna bahawa beliau menolak konsep negara Islam, dan sekali gus menolak Perintah Allah SWT melalui Firman-Nya dalam al-Quran, antaranya daripada Surah al-Maidah: 44, 45, 47, 48 dan 49?
Sebenarnya, wajib bagi setiap orang beriman kepada Allah SWT berjihad bersungguh-sungguh untuk menunaikan Perintah Allah demi mendiri dan menegakkan "baldatun toyyibatun warabbun ghofur". Tiada pilihan baginya. Maka, sangat sesatlah seseorang itu jika dia memilih konsep negara sekular.
Saya menyeru Dr Mohd Asri agar beliau segera bersyahadah, beristighfar serta bertaubat nasuha. Kembalilah kepada Allah dengan semurni-murni kembali. Mudah-mudahan terselamatlah dirinya dan pengikutnya yang ramai di negara kita ini daripada kesesatan yang mencelakakan beliau dan pengikutnya di alam fana' ini, dan lebih-lebih lagi di alam baqa'.
Oleh sebab cetusan buah fikiran 'pelik' Dr Mohd Asri ini dilahirkan olehnya sebagi ahli panel dalam Konvensyen Politik Islam Semasa anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), saya juga menyeru agar Dr Zaharuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) mengambil amanah dan tanggungjawab bagi menyatakan pandangannya berkenaan keraguan kami umat Islam Malaysia terhadap Datuk Dr Mohd Asri.
Saya juga berharap, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai ahli panel dalam konvensyen berkenaan yang memperkatakan "Politik dalam Islam" perlu tampil untuk membuat 'pencerahan' demi kesejahteraan semua pihak.
Akhir kata, saya berasa hairan mengapa tiada seorang ulama pun yang 'membuka mulut'; membisu semuanya, seolah-olah fahaman dan pegangan Datuk Dr Mohd Asri itu benar, tepat lagi betul.
Datuk Dr Mohd Asri, tolong maafkan saya. Saya ikhlas kerana Allah semata-mata.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan