Jumaat, 24 Ogos 2012

YANG KANTOI AKAN KANTOI...YANG JAHAT2 DAN KAKI TIPU TIBA GILIRAN PUN AKAN KANTOI...HUKUM ALLAH TETAP TIBA...TUNGGU AJE LAH

 Ancaman keselamatan negara pada ketika ini
Posted on Thursday, August 23 @ 10:28:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: rozmal

"Penjenayah adalah merupakan ancaman utama keselamatan negara pada ketika ini. Warga asing sekarang ini tidak takut-takut lagi melakukan jenayah serta mengancam keselamatan negara. Semua pihak harus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengancam keselamatan negara kita Malaysia di alaf baru ini, bukan hanya mendendangkan pengancam keselamatan negara di alaf atau dekad yang lampau.

 

Awang Hitam baling 'bom'
22 Ogos 2012
KUALA LUMPUR: “Ketika itu, saya dan lima rakan hendak melintas jalan sebelum seorang lelaki warga Afrika tiba-tiba membaling beg plastik hitam mengandungi molotov koktel ke arah kami,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Shirlie.
Wanita berusia 27 tahun itu cedera kedua-dua kakinya selepas molotov koktel dilempar lelaki itu meletup di hadapannya di Jalan Tun Razak, di sini, jam 5 petang kelmarin.
Shirlie berkata, ketika kejadian dia bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.
Menurutnya, ketika itu mereka nampak seorang lelaki Afrika memegang bungkusan makanan di tangannya yang berjalan di belakang mereka dan pakaian suspek yang kemas membuatkan mereka tidak mengesyaki apa-apa.
“Ketika melintas jalan, tiba-tiba lelaki itu berlari ke arah kami dari arah belakang dan membaling bungkusan berkenaan sebelum ia meletup di depan saya.
“Kemudian, lelaki itu yang juga cedera pada kaki melarikan diri ke dalam hotel berdekatan,” katanya.
Menurutnya, akibat jalan itu sunyi tiada sesiapa menyaksikan kejadian berkenaan dan mereka juga tidak mampu mengejar suspek.
Katanya, akibat kejadian itu, dia cedera di kedua-dua kakinya manakala dua lagi rakannya terkena kaca di lengan kanan mereka.
“Saya yang tidak mampu berjalan terpaksa dipapah rakan menaiki teksi sebelum kami mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas itu saya membuat laporan di Pondok Polis HKL untuk tindakan lanjut,” katanya.
Nyaris maut ditembak
22 Ogos 2012
IPOH: Seorang anggota polis nyaris maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penjenayah yang cuba merompak seorang ahli perniagaan di kawasan industri IGB, Kampung Tawas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, satu das tembakan dilepaskan terhadap anggota terbabit, tetapi tersasar sebelum tiga penjenayah lelaki termasuk seorang wanita melarikan diri menaiki Proton Waja.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis itu cuba membantu mangsa wanita berusia 39 tahun yang dirompak kumpulan penjenayah.
Menurutnya, kejadian berlaku sejurus ahli perniagaan itu selesai mengutip wang sewa lori dari pemiutang di kawasan industri itu.
“Seorang anggota polis yang kebetulan berada di restoran itu dikatakan cuba menangkap seorang penjenayah.
“Bagaimanapun, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan bagi menghalang anggota polis terbabit,” katanya.


 Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian
Posted on Monday, August 20 @ 16:31:05 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Zulaikha Zulkifli

Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat suaminya pada hari raya ketiga esok - tarikh yang ditetapkan pihak penjara untuk membuat lawatan.

Noorliza mendakwa Hoslan dikurung selama 14 hari bermula 14 Ogos lalu kerana didakwa menghasut tiga banduan lain untuk memukul seorang ustaz di dalam penjara.

Selain itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Noorliza berkata, beliau ke penjara Kajang pada 16 Ogos bersama adik iparnya selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Akak tak pasti (Hoslan dipukul). Akak tak sedap hati, akak pergi ke penjara. Tapi pegawai penjara beritahu dia (Hoslan) dikurung di bilik berasingan. Bila akak nak pergi tengok betul ke sama ada dia dipukul, mereka tak benarkan," kata Noorliza, 43.

" NONESelepas akak kira, 14 hari dia dikurung, maknanya akak tak boleh jumpa semasa hari rayalah. Pegawai tu kata lagi, kalau nak jumpa kena buat rayuan. Tapi kebanyakan pejabatkan tutup sebab raya, macam mana nak buat rayuan," katanya.

Selepas tidak dibenarkan berjumpa Hoslan, Noorliza bersama adik iparnya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun, Noorliza mendakwa, pegawai polis yang menerima laporan itu berkata, mereka tidak boleh membuat apa-apa tindakan kerana kejadian itu merupakan masalah dalaman penjara.
"Akak dengan anak-anak ingat nak melawatnya di penjara esok. Tapi dah jadi macam ini, esok jugalah kami balik kampung naik keretapi.
NONE"Memang rasa terkilan. Anak-anak dah balik dari asrama. Mereka balik memang nak jumpa imam. Tapi dah jadi macam ini, kita tak boleh lawan undang-undang," kata Noorliza sambil menahan sebak.

Tarikh lawatan seterusnya Noorliza untuk berjumpa Hoslan adalah pada 2 September akan datang.

Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempar selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

NONEHasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.

Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.

Ketika ditemui Malaysiakini minggu lepas, di Taska tempat dia bekerja, Noorliza, 43, berkata beliau dan anak-anak tidak pulang beraya ke kampung pada Aidilfitri kali ini kerana ingin melawat suaminya pada hari raya ketiga.

Noorliza yang berasal daripada Sungkai, Perak berkata, beliau akan beraya di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga.

Pada hari raya keempat pula Noorliza berkata, beliau bersama anak-anak akan pulang ke kampungnya dan kemungkinan menaiki keretapi.

NONEMenurutnya, ini adalah pertama mereka beraya tanpa imam Hoslan.

"Ini memang kali pertama kami beraya tanpa Imam. Anak-anak semua Alhamdulillah tak ada kata apa-apa. Mereka faham," tambahnya.
Bercerita mengenai kelengkapan rumah dan sumbangan yang diterima, Noorliza bersyukur kerana ada pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya dari segi kewangan dan barangan dapur bagi meringankan bebannya.

"Alhamdulillah sebab ada juga sumbangan saya dapat dari Muslimat PAS, dari Baitulmal. Ada juga yang beri beras dan barang-barang dapur. Jiran-jiran pun faham apa yang berlaku. Mereka kenal sangat imam sebab imam peramah dengan semua orang. Jadi mereka pun ada bantu juga," katanya lagi. - Malaysiakini



 Raya berdarah di Syria
Posted on Monday, August 20 @ 16:46:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog AnakRimau
Beirut: Hari Raya pertama disambut dengan pertumpahan darah baru di Syria kelmarin dengan sekurang-kurangnya 84 orang maut di seluruh negara itu, kebanyakannya askar manakala ibu negara Damsyik digegarkan dengan pertempuran.

Keganasan baru itu meletus ketika duta baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi berkata perkara utama sekarang ialah menamatkan perang saudara dan bukan sekadar menghalangnya daripada berlaku.

Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia melaporkan semalam, 16 mayat ditemui di perkampungan Al-Tall, sebuah kubu kuat pemberontak di wilayah Damsyik dan 34 lagi adalah askar, 28 orang awam dan 22 pemberontak menjadi korban di tempat lain.

Pertubuhan berpejabat di Britain itu mengumpul maklumat menerusi laporan aktivis di Syria yang memantau pertempuran antara pemberontak dan askar kerajaan di selatan Damsyik.

Guna senjata berat

Aktivis penentang pentadbiran Presiden Bashar al-Assad dari Suruhanjaya Umum Revolusi Syria berkata, tentera kerajaan menggunakan kereta kebal dan senjata berat termasuk mesingan untuk menyerang kawasan pinggir Damsyik, Maadamiet Al-Sham, semalaman.

Selain itu, penduduk Aleppo menyambut Aidilfitri dalam susana suram selepas bandar dekat sempadan Turki itu yang dilanda perang sejak tiga bulan lalu diberi amaran pemerintah bahawa ia akan menjadi lokasi ibu segala perang.
Ramai penduduk di Aleppo selain di tempat lain terpaksa berlapar kerana kekurangan makanan sebahagiannya berpunca daripada penutupan kedai menyebabkan protes meletus meskipun lebaran sudah tiba.

Bashar pula muncul di khalayak ramai dengan pegawai kanannya untuk mengerjakan solat Aidilfitri di sebuah masjid Damsyik kelmarin manakala penunjuk perasaan melancarkan protes di ibu negara dan bandar lain menyuarakan kemarahan terhadap pentadbirannya.

PBB tamat misi

Pemantau PBB juga menamatkan misi kelmarin selepas keganasan meningkat dan kuasa dunia gagal mencapai kata sepakat mengenai cara menangani Bashar dan memulihkan keamanan di negara penting Asia Barat itu.

Misi mereka ditamatkan beberapa hari selepas Brahimi menggantikan Kofi Annan.

Ada ramai yang berkata kita mesti elakkan perang saudara di Syria, tetapi saya percaya keadaan itu sudah berlarutan buat beberapa lama. Apa yang perlu dilakukan ialah hentikan perang saudara dan itu bukan mudah, katanya ketika diwawancara televisyen France 24.

AFP

...............
http://anakharimau.blogspot.com

 Rumah Terbuka Anwar Ibrahim hambar sekali.. gambar sebagai bukti
Posted on Monday, August 20 @ 21:11:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"
Secara rasminya DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan Kerusi Parlimen Permatang Pauh (P044) yang di sandangnya kini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini semalam.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Malangnya kehadiran beliau mula kelihatan ditolak oleh rakyat Permatang Pauh sendiri dengan tidak memberikan sambutan terhadap majlis yang melibatkan DS Anwar Ibrahim.

Contoh terbaru ialah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DSAI dan TKM1 yang telah berlangsung semalam ini..

Tengoklee.. betapa hambarnya sambutan rakyat Permatang Pauh..





Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI


  “Alif Mim Nun Wau (UMNO)…bunyinya sarkis”
Posted on Thursday, August 23 @ 09:55:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Warkah buat Penerbit filem ‘Tanda Putera’ Oleh : Mazir Ibrahim.
Apabila kehangatan isu filem 
‘Tanda Putera semakin meninggi
, maka penerbit dan pengarah filem tersebut terpaksa mengadakan sidang akhbar khas untuk cuba menjelaskan keadaan.Tuduhan terbaru datangnya dari laman sosial facebook yang mempromosikan filem berkenaan, yang mana gambar Lim Kit Siang yang sebenarnya sedang ditahan oleh pegawai emigresen, telah diseleweng dan dijadikan sebagai bukti bahawa Lim Kit Siang ditangkap kerana kencing ditiang bendera rumah Menteri Besar Selangor pada ketika itu.





Dalam sidang akhbar tersebut, terdapat dua perkara penting yang boleh kita analisis bagi melihat sejauh mana kefahaman karyawan filem kita tentang subjek yang menjadi bahan ceritanya iaitu sejarah dan politik.

Pertama, penerbit filem terbabit telah menyatakan kesediaan mereka untuk membuat tayangan khas untuk pembangkang, tujuannya untuk menunjukan bahawa tiada unsur-unsur meragukan (hasutan perkauman) dalam naratif filem tersebut.

Tetapi kesediaan ini bersyarat iaitu, jika pembangkang (Pakatan Rakyat) bersedia menampung kos tayangan khas itu tadi, maka mereka sanggup menayangkannya, jika tidak maka hasrat tersebut tidak akan terlaksana hinggalah ia ditayangkan kelak kepada umum.

Persoalan kos ini agak menarik minat kita, apabila seorang produser filem, membuat filem atas pembiayaan Finas, iaitu salah satu agensi kerajaan yang mana wang dana Finas itu adalah bersumberkan wang cukai rakyat, ingin meletakan ‘harga’ untuk satu tayangan khas.

Adakah penerbit ini sedar bahawa, mereka bukan sahaja mengadaptasi satu sejarah rakyat/negara (cerita bukan idea asal pengkarya) dan mendapat pembiayaan dari wang cukai rakyat, tetapi tetap mahu mengaut keuntungan sungguhpun tayangan khas ini bukan bertujuan untuk hiburan hatta bukan untuk membuat untung.

Bukankah tayangan khas itu mempunyai tujuan yang khas? ianya mahu membuktikan bahawa filem itu bersih dari elemen hasutan perkauman sebaliknya filem tersebut memaparkan simbol semangat juang pemimpin seperti yang ingin disampaikan oleh pengkarya terbabit. Jadi kos apa yang perlu dibayar lagi oleh pihak pembangkang?

Ini samalah dengan perangai kontraktor UMNO, sudah diberi kuasa kemudian mahu ambil kesempatan mengaut harta rakyat pula. Dalam situasi luar biasa sebegini, seharusnya penerbit bersikap profesional untuk berurusan dengan pembangkang kerana kita sebagai pembangkang amat profesional dalam mengkritik karya Malaysia atau dasar kerajaan.

Kedua, tuduhan penerbit filem tersebut bahawa Lim Kit Siang ‘mudah terasa’ dengan gambar yang dimuat naik dilaman facebook sungguhpun gambar tersebut telah dikeluarkan oleh pihaknya.

Kita tidak pasti apakah maksud sebenar tentang ‘mudah terasa’ si Penerbit filem ini, adakah beliau bermaksud Kit Siang terlalu sensitif dan terasa hati dengan gambar tersebut? Wallahualam.

Namun, dakwaan tersebut seolah-olah gambar yang dimuat naik itu gambar yang bersifat gurauan hingga penerbit tersebut menggunakan perkataan ‘mudah terasa’. Bukankah gambar tersebut dengan kapsyen diberi adalah salah. Adakah penerbit ini faham bahawa gambar adalah fakta dan sesuatu kapsyen juga adalah fakta. Jadi, dengan gambar Lim Kit Siang dalam aksi sedang ditahan oleh pegawai emigresen dengan kapsyen yang salah merupakan satu kesalahan.

Mereka yang bekerja dengan media amat arif akan hal ini. Tetapi adakah penerbit tersebut terlalu bodoh untuk memahami asas fakta sebegini?

Ini bukan soal terasa hati kerana satu gurauan atau jenaka bodoh. Tetapi ini kesalahan fakta yang memalukan malah, kesalahan ini juga mungkin boleh membahayakan nyawa seorang insan, dan insan ini adalah ahli politik vateren dalam arus perdana politik Malaysia.

Malah, subjek (gambar dan kapsyen) tersebut merupakan subjek yang sensitif, yang melibatkan satu trajedi hitam dalam negara, ia kes jenayah dan kes rusuhan kaum. Apakah penerbit ini tidak sedar hingga beliau sanggup mendakwa bahawa LKS ‘terasa hati’ dengan paparan gambar dan kapsyen yang penuh dengan niat hasutan itu.

Setahu kita, karyawan dan artislah yang kuat terasa hati, lebih-lebih lagi apabila karyanya menerima kritikan oleh masyarakat umum.

Dalam sidang media itu juga, sutradara filem terbabit turut mengeluh kerana filemnya dikritik hanya dengan menonton sedutan pendek filem, sebelum ianya ditayangkan.

Ingin kita jelaskan disini, sebab itulah kita mahu filem tersebut ditayangkan secara khas kepada pihak yang berkaitan supaya semua pihak jelas akan kedudukan sebenarnya.

Lagi pun, ini juga peluang yang baik untuk pengarah tersebut merasai apa yang kita dalam Pakatan Rakyat rasai. Apabila pengarahnya ‘terasa hati’ dengan kritikan awal iaitu sebelum filemnya ditayangkan, kes ini samalah dengan kes Buku Jingga dan dasar-dasar PR.

PR tak pernah berpeluang memerintah Malaysia, jadi mana mungkin dasar yang kita sarankan itu mampu menunjukan hasil. Jika nak tahu hasilnya, nah..berilah PR peluang memerintah. Pasti selepas itu, anda mahu PR terus memerintah Malaysia.

Bagi para karyawan, setiap paparan subjek dalam layar putih atau apa jua medium, paparkanlah realiti subjek dengan penuh nilai estatik, bukan sensasi subjek yang plastik.

DAP menghormati hak pengkarya dan kita meraikan kebebasan bereskpresi. Ini merupakan dasar DAP yang teguh sejak sekian lama. Pengkarya punya peranan dan tanggungjawab moral atas setiap karyanya, begitu juga dengan ahli politik.

Gunakanlah subjek dalam setiap karya anda dengan penuh bermutu, karya yang bagus adalah karya yang malar segar, belajarlah sedikit dari P.Ramlee untuk berani menyatakan realiti dalam karyanya.

Teringat dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok “ Alif Mim Nun Wau (UMNO)…bunyinya sarkis”. 
Before even being released Tanda Putera (Mark Of Princes) has become a target of critics who say a film depicting race riots four decades ago that still haunt the country was irresponsible - charges rejected by its director.

Please SHARE this article to your Facebook. We count on your support to make this (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Page, Blog (http://bit.ly/8TpQpX ) this (http://on.fb.me/RsrVao ) Group as a Special Media Project for M'sia 13th General Election.

Sila Share artikal ini ke FB anda. Kami hargai komen dan kerjasama kalian untuk menjadikan Page ini> (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Blog ini> (http://bit.ly/8TpQpX ) dan Group ini>  (http://on.fb.me/RsrVao ) sebagai Projek Media Khas menjelang Pilihanraya umum ke13 nanti.

Ummi Hafilda Kantoi Lagi Di hari Raya...
Posted on Thursday, August 23 @ 10:44:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: siasahkini

"

Ada sumber mengatakan kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh Ummi Hafilda ini adalah hasil buah pemikiran seorang pemimpin UMNO yang terlibat dengan satu kes rasuah, beliau adalah Master Mind yang menggerakkan Ummi Hafilda untuk menyerang Anwar dan Azmin. 
berita disini


KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.
Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga.

Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/azwan-ali-mengamok-2.jpg
Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.milosuam
 http://siasahkini.blogspot.com/2012/08/ummi-hafilda-kantoi-lagi-dihari-raya.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan