Rabu, 1 Ogos 2012

TENGAH BERKUASA BOLEH BUAT APA SAJA...TAPI ALLAH MENGHUKUM TENTU TIADA KUASA MELAWAN ALLAH SWT

NFC: Rafizi, Johari ditahan di bawah Bafia

Muhammad Faizal, 01 Ogs 2012
SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini menjelaskan pihak polis datang kerumahnya kira-kira jam 6.50 pagi tadi.

"Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi.

"Lebih kurang 10 orang pegawai yang datang iaitu lima daripadanya adalah pegawai dari Bank Negara," jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA).

"Selepas ditahan, saya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk buat laporan polis berhubung penahanan saya sebelum dibawah ke mahkmah.

Turut ditahan pagi tadi  dan hadir di mahkamah seorang lagi individu, Johari Mohamad yang didakwa bertanggungjawab mendedahkan dokumen berkenaan kepada Rafizi.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum itu turut hadir di mahkamah pagi ini adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sementera itu, Peguam N Surendran bertindak sebagai peguam yang mewakili beliau pagi ini.

Terkini! Rafizi Ramli ditangkap!

http://jalanpulang1978.blogspot.com, 01 Ogs 2012
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli (gambar, tengah) ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
Baca http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/08/terkini-rafizi-ramli-ditangkap.html

Perubahan politik di Johor, Sabah

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, 01 Ogs 2012
Tidak terdengar lagi rhetoric megah Umno/BN bahawa Johor dan Sabah adalah ‘simpanan tetap’ atau kubu pertahanan terkuat Umno sejak zaman berzaman.

Dengan perkembangan terbaru politik di Sabah pula, negeri itu akan juga mengakhiri zamannya sebagai kubu kuat Umno/BN. Demikianlah putaran roda politik dan setiap pelaku di pentas politik sewajarnya menyedari hakikat ini.

Perkembangan baru di Sabah, menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini. Ini jangkaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisannya dalam Harakahdaily kelmarin di mana beliau menyimpulkan bahawa simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.


"Hari ini diramalkan ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," kata ahhli Parlimen Kuala Selangor itu yang mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Penganalisis politik di Sabah meramalkan akan ramai lagi Adun dan Ahli Parlimen Sabah dari BN akan meninggalkan komponan parti itu dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Gelombang ini dikatakan sukar ditahan disebabkan beberapa isu, antaranya, isu kemiskinan terutama di kawasan pedalaman yang tidak ada perubahan sejak zaman berzaman, isu pendatang luar yang melimpahm hampir-hampir tidak terkawal, isu tanah dan pelbagai lagi.

Bagaimana pula di Johor - sebuah negeri yang sentiasa dimegahkan oleh Umno sebagai kubu kuatnya. Perkembangan menunjukkan bahawa oleh kerana banyaknya kerusi campuran baik di peringkat Parlimen mahupun Dun di negeri itu menyebabkan ketirisan mendadak sokongan pengundi terutama di kalangan pengundi Cina.

Kini tidak lagi terdengar suara angakuh pemimpin Umno Johor yang  selama ini bermegah bahawa Johor adalah kubu terkuat Umno. Kalau tidak masakan Muhyidin Yasin menyeru Umno/BN supaya mempertahankan kawasan parlimen Gelang Patah dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Nusa Jaya yang terletak di Gelang Patah adalah pusat pentadbiran kerajaan Johor yang baru.

Saya berkunjung ke Gelang Patah beberapa bulan lalu dan mendengar sendiri ulasan dari beberapa penduduk di situ, khususnya kalangan masyarakat Cina, bahawa mereka sangat tertekan dengan harga barang naik, peluang pekerjaan yang sangat terbatas dan lain-lain.

Seeorang petani Melayu di situ, Haji Solihin Markom, memberitahu bahawa orang kampung di sini hanya memerhatikan perubahan dari kampung menjadi bandar sedangkan “kedudukan kami macam dulu juga.”

Yang heboh di sini, katanya, ialah kesibukan orang kampung menjual tanah kerana harga mahal. Tetapi, katanya, adakah mereka berfikir selepas menjual tanah mereka, akhirnya mereka hendak ke mana kerana harga rumah semakin mahal di mana-mana.

“Adakah pemimpin politik yang ada di Johor memikirkan hal ini,” tanyanya.

Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad pernah mendedahkan secara terperinci mengenai isu penjualan saham KFCH & QSR kepada CVC serta isu salah urus tadbir tanah oleh kerajaan Johor melalui KPRJ dan isu-isu lain.

Sudah sampai masanya, katanya, PAS/Pakatan Rakyat Johor menggandakan usaha dalam mendapatkan mandat dari rakyat untuk menerajui kerajaan dalam usaha mengembalikan hak rakyat yang telah diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah. Peratusan kaum ialah Melayu 33.54%, Cina 54.06% India: 12.22%

Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851. Jumlah pengundi undi waktu itu 60,653.

Menurut penganalisis politik di Johor, dalam pilihan raya umum 2008, pengundi Cina belum memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon dari Pakatan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terkini, peratus sokongan pengundi Cina jauh lebih meningkat, bahkan hampir-hampir lapan puluh lima peratus dikatakan menyokong Pakatan.

Ini yang membimbangkan Muhyidin Yasin menyebabkan beliau menggesa Umno/BN mempertahankan Gelang Patah. Jika terjadi kejatuhan Gelang Patah, menimbulkan kesan paling buruk kepada Umno/BN.

PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman  berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum  ini'.

Pada PRU yang lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.
Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Ini adalah keputusan 2008 yang lalu, di mana kini PAS/Pakatan menaruh harapan akan meraih kemenangan lebih banyak lagi bukan saja di Muar, tetapi juga kawasan Parlimen dan Dun di Batu Pahat, Pontian, Tanjung Piai, Kulai Jaya, Kluang bahkan Johor Bahru  sendiri.

Kawasan Parlimen Tanjong Piai (P165) kini diwakili oleh Wee Jeck Seng dari MCA. Pihak Umno di kawasan ini dikatakan sangat bimbang dengan kedudukan kawasan ini memandangkan Pakatan Rakyat sedang berusaha bersungguh-sunggu untuk menawan kawasan tersebut yang merupakan kawasan kerusi campuran antara Melayu dan Cina.

Kebanyakan kerusi campuran ialah antara 50:50 iaitu antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa kawasan Parlimen di Johor yang dikatakan mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai. Antaranya, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Ini yang menyebabkan pemimpin Umno sangat bimbang, memandangkan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah.

Penganalisis berpendapat, pada PRU akan datang, dijangkakan antara 80 hingga 90% pengundi Cina akan mengundi DAP, sementara antara 70 hingga 80% akan mengundi PAS/PKR.

Inilah gelombang perubahan yang akan melanda Johor dan Sabah, walaupun pemimpin BN cuba menafikannya, tetapi pada hakikatnya begitulah. Tunggulah PRU akan datang ini.

Rakyat perlu celik mata isu genosid Rohingya

Muhammad Nuruddin Bashah, 01 Ogs 2012
Rakyat Malaysia digesa untuk mencelikkan mata melebarkan telinga terhadap isu genosid yang melanda kaum Rohingya di Arakan. Sejak 3 Jun yang lalu selepas satu kontroversi gadis Burma yang dituduh dirogol oleh 3 lelaki Rohingya di Sittwe Myanmar, walaupun tanpa bukti dan perbicaraan, puluhan ribu nyawa Rohingya telah melayang tanpa harga.
Mereka secara mendadak menerima lonjakan genosid semula walaupun sebelumnya kelihatan mulai reda sejak sinar demokrasi dikatakan kian muncul di negeri Buddha tersebut. Mereka mengalami bentuk genosid atau penghapisan jejak bangsa yang cukup dahsyat, dikepung, tiada muamalah jual beli dibenarkan, dibunuh oleh orang awam Buddha dengan lesen wewenang diberikan oleh tentera Burma serta aktiviti pemerkosaan yang cukup sadis.

Rakyat Malaysia juga digesa menyokong tindakan pro-aktif yang dijalankan oleh Mapim sebuah ikatan NGO-NGO Islam Malaysia yang ke Myanmar 1 Ogos 2012.

Menurut Setiausaha Agung Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, antara agenda pertemuan itu ialah untuk mendesak Presiden Thein Sein membenarkan misi kemanusiaan masuk ke Myanmar untuk membantu pelarian Rohingya tanpa gangguan ala barbarian seperti misi Mavi Marmara suatu ketika dahulu ke Palestin.

Mereka  juga akan berjumpa dengan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Aung San Suu Kyi bagi membincangkan isu yang sama memandangkan ikon demokrasi itu telah berkempen sekian lama isu kemanusiaan dan kebebasan.

Lebih bermakna, Mapim akan membawa surat daripada para sami Buddha di Alor Setar yang menolak keganasan dan kezaliman kerana ia bercanggah dengan semangat ajaran Buddha. Sebelum ini Mapim dan Persatuan Ulama’ Kedah telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha  di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar.

Sebenarnya Aung Syu Kyi telah dihubungi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui panggilan telefon sejurus selepas Mapim mengutus surat untuk menggesa pemimpin itu bertindak atas isu genosid ini.

Sebelumnya Mapim telah menghantar surat kepada OIC, ASEAN, Setiausaha PBB, malah kepada Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaikan anjing menyalak bukit. Tiada respons!

Malah yang menjadi kemarahan rakyat Malaysia yang prihatin adalah apabila usul mengenai kezaliman ini dibawa oleh Datuk Kamarudin Jaafar ke dalam parlimen ia ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia atas alasan tidak penting dan tdak relevan! Adakah nyawa umat islam di luar sana tidak penting sehingga berdiskusi pun dianggap membuang masa oleh kerajaan yang mengaku hebat di mata dunia Islam? Lebih menyedihkan, saat usul itu ditolak, telah 29,000 nyawa Rohingya melayang di Myanmar sejak 3 Jun 2012 yang lalu.

Perhatian isu ini secara teliti. Bayangkan jika Gaza dikepung da dibedil, sekurangnya mereka memiliki roket dan kerajaan HAMAS yang tegar menyerang balas. Rohinga tiada senapang malah tiada pedang pun untuk mempertahankan nyawa mereka. Mereka disembelih hidup-hidup!

Mereka tiada doa daripada umat islam selazim yang diterima oleh pejuang Chehnya, Afghanistan dan Palestin. Mereka tiada pengenalan diri, kad identiti  sehingga mereka dianggap tidak wujud dalam sejarah bangsa. Sekalipun rakyat patani dihimpit, mereka masih boleh bersekolah dan bebas ke bumi Malaysia, sedangkan Rohingya bakal menerima maut jika menyeberangi sungai sempadan ke Bangladesh.

Bersama kita doakan misi Mapim ke sana serta menantikan kejayaan kapal pertama yang bakal mengangkut bantuan ke Arakan melalui jalan laut insya Allah.

Inilah gambar-gambar palsu pembunuhan umat Islam Rohingya

http://pulakdah.blogspot.com, 01 Ogs 2012
Pembunuhan umat Islam di Burma (Myanmar) memang benar berlaku, penindasan terhadap umat Islam yang masih hidup juga memang benar berlaku. Laporan-laporan yang melibatkan umat Islam di Arakan bukanlah palsu. Namun malangnya beberapa gambar yang beredar di dalam internet, sama ada di Facebook, Twitter, BBM, malah termasuk juga rakan-rakan blogger ternyata palsu - sama ada disengajakan atau tersalah informasi.

Malah terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mengedit gambar-gambar ini dan menyampaikan bahwa itu adalah gambar kekejaman terhadap kaum muslim Rohingya. Pastinya sebagai sesama muslim kita akan percaya akan gambar sedemikian.

Berikut ini adalah beberapa gambar yang pernah dan masih lagi beredar tetapi setelah diselidiki ternyata ianya palsu:


Terbukti gambar ini bukanlah gambar mangsa pembunuhan, sebaliknya gambar tersebut adalah situasi ketika umat Buddha di Tibet membantu mengeluarkan mayat mangsa korban gempa bumi di China. - Sumber Tibetan Community | Tibet Times


Seperti komen yang boleh dilihat dalam facebook di atas, dikatakan bahawa ini adalah gambar muslim yang dibakar di Burma, dan mereka yang percaya terus melontarkan komen-komen simpati dan kutukan. Gambar ini sebenarnya adalah gambar aktivis Tibet (bernama Jamphel Yesh) yang melakukan demonstrasi ketika kedatangan Presiden China ke India. Aktivis tersebut adalah pelarian yang mencari suaka ke India, dan melakukan aksi membakar diri ketika mengetahui Presiden China (ketika itu Hu Jintao) akan datang berkunjung. - Sumber: International Bussines Time | The Guardian



Ini sebenarnya adalah gambar dari Pattani, di selatan Thailand pada Oktober 2004. Gambar tersebut bukanlah gambar mayat, tapi gambar para demonstran muslim yang ditangkap kerana konflik yang berlaku di sana setelah sebelum ini ada ketegangan di antara umat Islam dengan masyarakat buddha.


Kumpulan gambar ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari penangkapan mereka yang terlibat dalam rusuhan di Selatan Thailand. - Sumber: People's Daily | Frontline


Ini bukan gambar pembunuhan umat Islam melainkan gambar demonstrasi yang dilakukan oleh masyarakat Burma terhadap pemerintah kerana kenaikan harga barang di negara tersebut pada tahun 2007. -  Sumber: Ahrchk | My Sinchew


Gambar ini sebenarnya adalah gambar mangsa dari kejadian pengeboman yang berlaku di bandar Myawaddy di daerah Burma Timur yang bersempadan dengan Thailand dan ia terjadi pada Februari 2011. - Sumber: Arakan Info


Gambar ini dikatakan sebagai korban muslim Rohingya ketika rusuhan di Burma, tetapi sebenarnya adalah mangsa ledakan tangki bahan api di Kongo pada tahun 2010.


Sekali lagi ditekankan bahawa kejadian pembunuhan dan penindasan terhadap umat Muslim Burma adalah benar-benar terjadi. Tetapi ramai yang agak ragu dengan kebenarannya apabila timbul gambar-gambar palsu seperti ini.

Jika orang Islam sendiri yang mengedit dan menyebarkan gambar-gambar palsu sedemikian dengan sengaja untuk mengeruhkan keadaan atau untuk menimbulkan ketegangan dengan masyarakat Buddha secara keseluruhan, maka ia adalah tidak adil, sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Qur'an:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan." (Al Maa'idah: 8)

Namun jika telah terlanjur menyebarkannya kerana kesilapan maklumat, semoga Allah mengampuni kita semua.


Hayati 55 tahun kemerdekaan negara

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong,
Pertama sekali mari kita panjatkan rasa syukur kepada Ilahi, dengan rahmatNya Malaysia hari ini telah pun mencapai 55 tahun kemerdekaan. Bertapa bertuahnya kita sebagai warganegara yang menikmati keamanan ini hasil daripada perjuangan generasi terdahulu. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan? Jika kita bertanya kepada masyarakat umum, pelajar, mahupun mahasiswa, pasti mereka menjelaskan bahawa kemerdekaan adalah bebas daripada penjajahan kuasa asing. Namun, pada tulisan kali ini penulis ini mengajak sidang pembacaan sekali, untuk menghayati erti kemerdekaan daripada sudut yang lebih luas, bukan sahaja mengenal erti kemerdekaan dari sudut fizikal iaitu bebas daripada kuasa asing, namun yang ingin kita  lihat adalah erti kemerdekaan dari sudut yang lebih besar iaitu merangkumi kemerdekaan dari sudut mentaliti, sahsiah, dan juga sosial kemasyarakatan.

Adakah kita benar-benar merdeka? Satu persoalan yang bersifat subjektif yang mana jawapannya pelbagai. Ya kita sebenarnya benar-benar merdeka. Buktinya, Malaysia mampu membangun dengan begitu pesat sejak 1957. Kita mampu mencipta nama di pentas dunia, kita mampu mencipta nama dalam apa-apa bidang, ekonomi, politik, mahupun  teknologi. Namun, kemajuan yang kita kecapi hari ini bukan berstatus mutlak, kerana, walaupun kita bebas merdeka dalam bentuk fizikal, namun sebenarnya minda masih lagi terjajah. Mengapa penulis berhujah sedemikian? Contoh kecil yang boleh penulis ketengahkan pada kali ini adalah penggunaan bahasa Inggeris, yang mana kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Niat penulis bukanlah ingin menyentuh mana-mana pihak tetapi, lebih kepada mencetus kesedaran kita dalam soal penggunaan bahasa dalam perspektif kemerdekaan. Adakah kita masih jajah mahupun bebas?

Ramai yang tidak yakin bahawa bahasa Melayu turut mampu meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas, jika kita sedar bahawa bahasa itu sebagai warisan bangsa. Kita cukup bangga apabila anak kita boleh fasih berbahasa Inggeris, namun kita tidak rasa sedikit pun kebimbangan jika kita anak kita tidak betul berbahasa Melayu. Hal ini disebabkan minda kita masih lagi terjajah yang mana bahasa Inggerislah segala-galanya kehidupan kita hari ini.

Tanggap buruk perlu kita ubati dengan segara, kerana menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah membuat pemerhatian tentang peristiwa ini. Beliau membuat catatan dalam Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22, bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung. Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Kejayaan bahasa Melayu melahirkan ribuan doktor, jurutera, ahli kimia, ahli farmasi dan lain-lain, dan mereka yang berjaya ini pula mampu mengikuti pengajian sarjana dan kedoktoran di Korea, Jepun, Rusia, Mesir atau Sweden, tidak membuktikan apa-apa kepada mereka. Mereka tetap terjajah dalam minda yang mengagungkan bahasa Inggeris (Abdullah Hassan 2009 bahasa Melayu di persimpangan: antara jati diri dengan rumpun globalisasi).

Oleh yang demikian, setelah kita mencapai 55 tahun kemerdekaan yang akan  genap 31 Ogos nanti, marilah kita renungkan kembali, fikirkan sejenak adakah kita pada hari ini masih lagi terjajah mahupun bebas seperti diwar-warkan. Merdeka mahupun kemerdekaan itu besar ertinya, hayati erti kemerdekaan itu sewajarnya, semoga kita menjadi bangsa berdaulat, makmur, dan sepakat. Selamat menyambut hari kemerdekaan 55 tahun Malaysia.

Rohingya: Pendirian Bangladesh dikesali

Harakahdaily, 01 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) mengutuk sikap Bangladesh yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim Myanmar.

Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina semalam mengatakan negaranya tidak bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak keluar dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.

"Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.

"Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan darurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh," tegasnya.

Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar .

Laporan yang diterima menunjukkan keganasan ke atas Muslim Rohingya masih berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.

Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita menurut Azmi, berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara sangat ganas dan brutal.

"Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas .

"Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan," katanya.

Kelucahan melampau di bulan Ramadhan (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 01 Ogs 2012
http://bm.harakahdaily.net/cache/529983_468163136528962_1121909725_n_thumb_medium490_0.jpg

Siapalah yang takder kerja ni.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan