Khamis, 23 Ogos 2012

MEMPERJUANGKAN SATU2 KAUM MEMANG DILARANG OLEH SYARAK...HINGGA RASULLULLAH SAW TAK MENGAKU UMATNYA...ISLAM ADALAH UNTUK SEMUA BUKAN UNTUK SATU2 KAUM...BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM SEMUA ORANG ISLAM TERLINDUNG...ORANG NON MUSLIM DILINDUNGI

Parti perkauman, anti Islam akan hancurkan negara

Mohd Azmi Abdul Hamid, 22 Ogs 2012
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendirian parti politik yang berciri perkauman dan bersikap anti Islam adalah merbahaya dan perlu ditolak oleh rakyat.

Jelas parti yang membawa sentimen membenci Islam dengan menuding undang-undang Islam sebagai undang-undang yang tidak sesuai dilaksanakan di negara ini adalah lebih bahaya dan boleh membangkitkan kemarahan kaum Muslimin dan menfitnah Islam sebagai agama Persekutuan yang disepakati sejak kemerdekaan dicapai.


Kini terdapat parti politik yang terang-terangan menyatakan bahawa jika parti pembangkang dapat dikalahkan dan BN berkuasa, ia akan memastikan negara atau negeri yang diperintah tidak akan menjadi negara atau negeri Islam.

Implikasi dari pernyataan yang dikeluarkan secara terbuka dalam perhimpunan parti tersebut jelas mengistiharkan  permusuhan yang khusus kepada Islam.

Soalnya kenapa permusuhan terhadap negara Islam kini menjadi isu utama sedangkan jelas yang sepatutnya perlu diberi perhatian ialah kewajaran sebuah pemerintah Islam ditegakkan untuk menegakkan keadilan sosial ekonomi dan politik yang gagal ditegakkan oleh sistem pemerintahan yang lain.

Ketua parti gabungan Barisan Nasional hendaklah bersedia menyatakan pendirian terhadap kenyataan parti rakannya MCA. Jika benar Umno menyatakan Islam boleh dimartabatkan dengan ujudnya kesepakatan antara parti orang Melayu, apakah Umno bersedia menolak kenyataan parti rakannya dalam Barisan Nasional mengenai isu ini.

Teras mendapati bahawa kejujuran Umno untuk bersepakat menegakkan hak Islam boleh dipersoalkan lantaran jelas niat utamanya hanya untuk berkuasa, bukan untuk menegakkan Islam.

Sekarang bola berada di gelanggang Umno. Jika ia tidak membuat pendirian tegas mengenai isu ini maka anjuran untuk berbincang dengan PAS mengenai menjaga dan menegakkan Islam di negara ini hanya sandiwara yang diulangi sekali lagi.

Teras menolak permainan politik perkauman dalam menegakkan Islam. Kepentingan Islam adalah mengatasi kepentingan politik walaupun politik adalah wasilah untuk menegakkan Islam.

Jika percaturan politik mewarnai strategi untuk menegakkan Islam namun berakhir dengan penggadaian hak Islam dalam membangunkan negara, maka  ia adalah tertolak dan perlu dibanteras.

Parti politik yang bercirikan perkauman sempit juga tidak boleh diterima sebagai peneraju kepimpinan negara lantaran ia pasti akan berhadapan dengan kebuntuan bila masing-masing kaum membuat tuntutan bukan untuk kepentingan semua tetapi hanya semata-mata untuk kepentingan kaumnya.

Kepentingan kaum yang mengatasi kepentingan Islam hanya berakhir dengan pertembungan yang tidak berhujung. Mereka yang meraih kesempatan untuk memimpin kaumnya akan mengeksploitasi sentimen bangsa lebih dari memelihara nilai keadilan dan kebenaran.

Teras menolak dengan tegas eskplotasi sentimen kaum yang tidak berteraskan Islam. Memperjuangkan kaum tanpa prinsip yang jelas berdasarkan tuntutan Quran dan pendekatan Sunnah yang sahih adalah tertolak.

Sememangnya politik Malaysia sukar untuk mengenepikan kepentingan kaum, akan tetapi dalam jangka masa panjang isu pokok seperti keadilan sosial, menjaga keseimbangan kemajuan ekonomi antara kaum, mewujudkan negara hukum, hendaklah menjadi teras dan tunjang dalam membangunkan negara.

Sementara itu, rakyat perlu menghormati bahawa kesepakatan bernegara antara semua kaum di negara ini yang berkaitan dengan kedudukan Islam, bahasa dan kebudayaan ketika kemerdekaan dicapai perlu dipelihara.


Penulis ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu



Mat Sabu: Isu Nasha dibawa ke biro politik PAS
  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:17PM Ogos 22 2012
 
PAS dijangka membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini agenda rasmi mesyuarat itu pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kemungkinan (perkara itu) kita akan bincang. Sudah tentu (ahli jawatankuasa biro) akan ditimbulkan perkara itu," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Nasharuddin (kiri) yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

Bagaimanapun, Nasharuddin yang ahli Majlis Syura PAS mempertahankan kenyataannya dan sedia berdepan Karpal di mahkamah.

Sementara itu, dalam ceramahnya malam tadi, Mohamad menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik".

NONE"(Kalau dulu nak) laksana hudud, (ada tuduhan akan) busuk sungai Kelantan. Banyak tangan (dilempar ke situ). Batu tak boleh buat jalan (kerana hukuman rejam).

"Tapi sekarang ia menjadi perbincangan antara kaum, semua agama. Ia satu perkembangan yang sihat.

"(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya.

Sambil membaca petikan kiriman SMS daripada seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang menyatakan "Islam menyatukan kita" , Mohamad menganggap perbincangan tentang hukum itu di kalangan bukan Islam memperlihatkan "satu perkembangan yang baik" berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang," katanya.
 
Pemuda PAS: Kenyataan Karpal jejas sokongan Melayu
5:13PM Ogos 22 2012  
Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi amaran bahawa kritikan oleh pengerusi DAP Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

NONEAkhbar Berita Harian hari ini melaporkan Nik Mohamad Abduh sebagai berkata, kenyataan pengerusi DAP itu memberi gambaran kepada masyarakat Islam bahawa DAP "tidak mesra Islam dan orang Melayu".

"Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS.

"Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti.

"Sama ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu," kata Nik Mohamad Abduh seperti dilaporkan Berita Harian.

Anak kepada musyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, kenyataan Karpal berhubung hudud sebelum ini juga bertentangan dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat.
pas muktamar 130610 nasruddin hassan 1Sementara itu, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menyifatkan kenyataan Karpal yang terus mempertikaikan hudud "semakin keterlaluan" dan dijangka "bakal berdepan dengan kemarahan orang Islam".

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubungan baik sesama Pakatan," katanya seperti  dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu turut memetik kenyataan Mufti Kedah Datuk Muhamad Baderudin Ahmad yang menggesa Karpal supaya menghentikan kritikan berhubung pelaksanaan hudud.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

"Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia," kataya.
Ambiga berundur dari BERSIH lepas p'raya umum
6:19PM Ogos 22 2012  
Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang.

Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta intelek dan industri.

Laporan itu menyebut, ia juga akan membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket, yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH.

Ambiga berkata usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai.

Katanya, mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998.
Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'
  • Ahmad Fadli KC
  • 9:47AM Ogos 22 2012
 
Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka.

Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri.

NONE"Kita mahu ia menjadi buah mulut pada hari raya di kampung-kampung kelak," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berkata kempen itu turut mensasarkan golongan pengundi di kampung-kampung.

Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung.

Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan “Turunkan Harga Kereta”.

NONEBerbeza dengan PKR, PAS yang akhir-akhir ini merekrut ramai golongan kreatif dan bekas penjawat awam menyertainya kelihatan lebih selesa mendekati pengundi secara konvensional.

Ketua Penerangan PAS  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi.

"Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Pemuda Umno: Ketepikan sementara politik
Sementara itu, exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail pula percaya hari raya perlu dimanfaatkan untuk mendekati mereka yang perlu dibantu dan mengenepikan kempen pilihan raya untuk seketika.

NONEMenurutnya, Pemuda Umno sendiri menggunakan bulan Ramadan untuk menyantuni golongan memerlukan yang merupakan acara tahunan pergerakan tersebut.

"Raya bukan jadi kempen untuk berkempen pilihan raya. Lebih baik kita kekalkan semangat kemenangan dan kesatuan umat Islam pada Hari Raya Aidil Fitri ini," kata Tun Faisal, orang kuat di sebalik kempen media baru BN.

Pergerakan itu turut mengadakan pelbagai program sempena hari raya, antaranya majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan.
 
Hudud: MCA Kedah mahu akhbar mohon maaf
  • Bernama
  • 1:11PM Ogos 22 2012
 
Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew meminta sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' semalam.

Beliau kecewa dengan tindakan akhbar itu yang memetiknya sebagai berkata MCA Kedah bersetuju dengan undang-undang Islam itu sedangkan beliau tidak ditanya tentang hukum hudud semasa temu bual melalui telefon dibuat dua hari lepas.

"Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata beliau akan menghantar surat dalam masa terdekat kepada akhbar itu sebagai peringatan supaya semua wartawan berpegang kepada prinsip profesionalisme dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang kepada wartawan dan akhbar itu sebaliknya saya mohon supaya mereka memohon maaf dengan laporan berita itu," katanya.

- Bernama
 
Mahathir: Anwar sama teruk dengan Obama
12:54PM Ogos 22 2012  
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menurutnya menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Oleh itu beliau menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

"Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal," katanya dalam blog chedet.cc hari ini.

"BN mendengar (keluhan) rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini," kata Mahathir.

Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa tindakan memberikan peluang kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan selama lima tahun adalah langkah berbahaya kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh itu.

"Banyak perkara boleh dimusnahkan dalam lima tahun. Selain itu, pembangkang yang menjadi kerajaan akan memastikan BN tidak kembali berkuasa. Pegawai kerajaan akan digunakan untuk mengancan sesiapa yang cuba menukar kerajaan," jelasnya.

Mahathir juga berkata, janji Pakatan untuk memberi pendidikan dan tol percuma serta bayaran 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak akan menyebabkan negara akan menyebabkan negara menjadi bankrap seperti negara Greece.

Tambahnya, negara memerlukan dana yang cukup untuk menbangunkan negara dan menghasilkan subsidi.

Namun sekiranya Pakatan membatalkan cukai, tol dan bayaran lain, negara akan kehilanfan dana dan rizab tunai.

Menurutnya lagi, kerajaan hanya boleh meminjam wang sekiranya ia boleh menghasilkan keuntungan dari pelaburan dan bukannya untuk perbelanjaan.

Mahathir juga mendakwa Anwar hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan tidak membuat apa-apa perubahan ketika masih dalam kerajaan.

"Sekarang apabila menjadi ketua pembangkang, dia mendakwa mahu membawa perubahan. Perubahan apa yang diperkenalkannya semasa dia masih dalam kerajaan?

"Apa yang dia mahu adalah untuk naik dalam Umno untuk menjadi perdana menteri. Bagaimana di mencapai objektif itu tidak dipertikaikan," katanya lagi.

Orang Asli dahagakan bimbingan Islam
  • Bernama
  • 1:15PM Ogos 22 2012
 
NGO Islam di negara ini diminta bergerak lebih aktif dalam memberi bimbingan agama kepada masyarakat Orang Asli yang baru memeluk Islam serta memberi pendedahan tentang agama itu kepada mereka yang masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.

Penerima anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2012 Hussein Ngah Yin berkata masyarakat Orang Asli yang baru memeluk agama Islam dahagakan bimbingan agar mereka dapat mengamalkan ajaran agama yang baru mereka anuti itu dengan baik.

"Justeru kami memerlukan bimbingan daripada NGO Islam serta individu Islam agar kami lebih memahami erti sebenar beragama bagi mengelakkan pelbagai pengaruh negatif masyarakat luar sehingga boleh menjejaskan keimanan kami," katanya kepada Bernama hari ini.

Hussein, 59, yang merupakan ketua masyarakat Orang Asli Bukit Kala, Gombak, berkata pengaruh serta tingkah laku negatif oleh segelintir masyarakat Islam serta kurangnya bimbingan menyebabkan beliau pada awalnya tidak tertarik kepada agama Islam.

Namun setelah mendapat bimbingan daripada rakan-rakan Islam, beliau memeluk agama itu pada tahun 2008.

Justeru beliau berharap sukarelawan NGO Islam dapat lebih kerap mengunjungi perkampungan masyarakat Orang Asli bagi mengikat tali silaturahim dan mengajar penduduk mengenai Islam.

"Kebanyakan kami dilahir dan dibesarkan dengan tidak mempunyai agama untuk dianuti dan pada kebiasaannya kami akan memilih agama apabila sudah dewasa dan mampu berfikir sendiri," kata Hussein yang juga penerima anugerah Saudara Baru Mithali Selangor 2008.

Mengenai perkampungan Orang Asli Bukit Kala, beliau berkata perkampungan itu mempunyai kira-kira 3,500 penduduk dengan 30 peratus merupakan penganut agama Islam, 10 peratus Kristian manakala selebihnya masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.

- Bernama
 
Proham gesa k'jaan siasat Puncak Niaga
10:29AM Ogos 22 2012  
Kumpulan hak asasi Proham menuntut kerajaan supaya menyiasat syarikat bekalan air Puncak Niaga ekoran laporan yang menyebut bahawa pengarah konsortium itu dibayar RM17.2 juta setahun walau syarikat itu mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM75.2 juta.

"Proham menuntut kerajaan persekutuan supaya menyiasat dan bertindak segera ke atas penyalahgunaan melampau – jika ada – dalam kes Puncak Niaga untuk membetulkan kesilapan demi kepentingan pengguna," kata setiausaha agungnya Datuk Denison Jayasooria dan anggotanya Tan Sri Ramon Navaratnam dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Puncak Niaga merupakan syarikat yang mendapat faedah hasil kepada langkah penswastaan bekalan air Selangor pada 2004 melalui anak syarikatnya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Proham juga menuntut supaya semua syarikat utiliti dikaji semula supaya syarikat yang mendapat faedah daripada projek penswastaan itu benar-benar memberi keuntungan kepada pengguna.

Dalam kenyataan itu, Proham menyatakan bahawa langkah penswastaan itu disasarkan untuk meningkatkan persaingan, kecekapan dan produktiviti dalam perkhidmatan air, namun usaha tersebut terus dihantui masalah di peringkat pelaksanaan dan penyampaian.

Dengan memetik kajian oleh ahli ekonomi KS Jomo dan Jeff Tan, Proham menyatakan bahawa langkah penswastaan tidak banyak meningkatkan persaingan dan kos kepada pengguna juga meningkat dengan tidak seimbang.

Proham juga menyebut bahawa langkah penswastaan kurang ketelusan dan kebertanggungjawaban sehingga membolehkan golongan yang mempunyai kepentingan politik dan hubungan yang baik akan meningkatkan kekayaan peribadi mereka.

"Proham mengakui bahawa penswastaan boleh berjaya sekiranya ia memenuhi hak asasi manusia dan kepentingan awam dan bukannya untuk ketamakan sendiri," kenyataan itu dipetik.

Ia menjelaskan bahawa air perlu dianggap sebagai keperluan hak asasi rakyat dan bukannya satu komoditi untuk mendapatk keuntungan.

"Dalam konteks ini, Proham menyeru kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula semua syarikat utiliti awam yang diswastakan dan membekal keperluan asas seperti air, elektrik, pengangkutan, dan perumahan untuk memastikan syarikat yang diswastakan ini memenuhi objektif asas dalam Garis Panduan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi."

Majalah Malaysian Business sebelum ini meletakkan Puncak Niaga di tangga ke-16 dalam senarai 50 pengarah yang menerima bayaran tertinggi, dengan memetik satu laporan tahunan yang menunjukkan salah seorang pengarah itu dibayar antara RM8.35 juta dan RM8.4 juta tahun lalu.

Identiti pengarah Puncak Niaga yang menerima bayaran tertinggi itu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.
 
Daku ingin mengembara lagi
  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 2:37PM Ogos 9 2012
 
Jumaat lepas saya telah meninggalkan Oxford setelah menjalani program zamilah (fellowship) selama 10 bulan. Saya tinggalkan Oxford dalam bulan Ramadan setelah sempat dua minggu berpuasa.

Saya tinggalkan tempat kediaman saya di Broad Street yang merupakan jalan yang begitu menarik lagi strategik. Saya tinggalkan bilik saya yang selama sepuluh bulan saya menetap sendirian dalamnya.

Saya tinggalkan rakan-rakan satu apartmen yang terdiri dari pelbagai negara. Sebahagian mereka ada yang terlebih dahulu meninggalkan saya.

Kami berkongsi dapur dan bilik air. Berkongsi pengalaman dan cerita. Berkongsi makanan dan kesukaan. Berbual, berhujah, bersetuju dan berbeza pendapat. Ada yang Syiah, ada yang agnostik, ada yang sufi, ada yang tradisi dan lain-lain.

Saya tinggalkan rakan-rakan yang saya telah curi pengalaman mereka. Saya tinggalkan OCIS tempat kami bertugas dan mendapat kemudahan. Saya tinggal Cornmarket Street yang penuh seni yang saya selalu terhibur setiap kali melintasinya.

Saya tinggalkan Oxford Union yang saya mendengar debat saban minggu dalam bangunannya yang bersejarah.

NONESaya tinggalkan dunia ‘berjalan kaki' saya selama saya di sana. Saya tiada kenderaan semasa di Oxford. Masjid yang sejauh hampir dua kilometer saya ulang alik terutama pada bulan puasa. Ia membantu meringankan badan.

Saya tinggalkan Oxford, satu tempat penuh dengan pelbagai diskusi dan seminar pemikiran. Saya tinggalkan banyak perkara yang menjadi kenangan kepada saya. Ia satu tempoh yang diingati.

Saya tinggalkan tempat itu, tetapi saya membawa segala kenangan dan pengalaman pulang bersama. Seperti mana pengembara lain, kembara sering membuat anda berfikir dan merenung kembali banyak perkara yang dilihat dan menilai banyak perkara yang dipegang.

Ramai para imam yang mengubah pandangan mereka disebabkan perubahan tempat seperti al-Imam al-Syafie yang mengubah fatwa-fatwa beliau di Iraq apabila melihat keadaan baru di Mesir.

Kembara juga membuka kesempitan penilaian kepada yang lebih luas dan jauh. Mary Morris telah mengumpulkan catatan wanita-wanita Barat yang berpeluang mengembara pada zaman wanita di mana wanita mereka dihalang oleh adat dan peraturan dari mengembara.

Dalam himpunan beliau Women Travellers, mencoretkan pelbagai pengalaman mereka yang membuka minda. Memberikan penilaian baru tentang kehidupan.

Faedah

Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Dalam al-Quran, Allah menegaskan banyak perkara yang mempunyai hubung kait dengan pengembaraan untuk mencapainya.

Ini seperti perintah Allah supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa dan kabilah dan pelbagai lagi.

Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.

NONEAllah juga menyebut (maksudnya): "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk, ayat 15)
Nabi SAW pula menegaskan: "Sesiapa yang melalui sesuatu jalan kerana mencari sesuatu ilmu, Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga." (Riwayat al-Tirmizi, bertaraf sahih).

Al-Imam al-Munawi (meninggal 1031H) dalam Faidh al-Qadir ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ia merangkumi setiap jalan, sama ada perjalanan sebenar, ataupun satu usaha.

Ia juga merangkumi setiap jenis ilmu tanpa mengira besar ataupun kecil dengan tujuan mencari redha Allah, maka termasuk dalam hadis ini.

Justeru itu kita dapati sejak awal Islam, jenerasi salaf telah mengamalkan hal ini. Mereka merantau untuk ilmu. Sehingga ada tokoh ilmuwan hadis seperti al-Imam Ibn Mandah (meninggal 395H) telah mengembara untuk ilmu selama 45 tahun. Bermula sejak umurnya 20 tahun dan pulang setelah berusia 65 tahun.

Al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) dalam Siyar A'lam al-Nubala ketika membicarakan mengenai Ibn Mandah menyebut:

"Setahu aku tiada orang yang lebih luas kembaranya dari beliau, lebih banyak hadis dibandingkannya. Di samping beliau seorang hafiz hadis dan thiqah (dipercayai). Telah sampai berita kepada kita bahawa jumlah gurunya seribu tujuh ratus orang."

former perlis mufti asri zainul abidin oxfordKitab-kitab Islam terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Kembara juga melonjak nama mereka dalam bidang ilmu. Di samping ia membolehkan mereka bertemu dengan banyak guru, ia juga menunjukkan kesungguhan terhadap ilmu.

Mereka meninggalkan kenikmatan hidup di tempat sendiri, bergantung kepada Allah untuk mencari ilmu.

Nabi SAW menyebut antara kelebihan orang yang bermusafir ialah doa mereka mustajab:

"Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibu bapa untuk anak, doa orang bermusafir dan doa orang kena zalim." (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).

Doa golongan di atas mustajab kerana pergantungan perasaan yang bulat kepada Allah. Sudah pasti lebih susah kembara lebih khusyuk doa dan pergantungan kepada Allah.

Maka doa insan dalam permusafiran sering mustajab. Doa pengembara ilmu tentu lebih mustajab kerana dia menuju jalan ke syurga. Saya harap saya diberikan Allah peluang seperti itu.

Saya kembali. Saya ingin bermusafir lagi jika diizinkan Allah. Melihat alam, memerhati kehidupan dan merenung kembali pandangan yang diberikan dan diri yang menuju Tuhan.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mel Ignore warning ambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
 
Umat Islam terkujat setempat?
  • Rahmat Haron
  • 12:44PM Ogos 13 2012
 
Minggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia.

NONEDalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog.

Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya.

Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Islam dalam wacana media antarabangsa Barat telah menjadi sama seperti komunisme di era perang dingin yang lalu. Islam yang kaya dengan ragam amalan budaya dan keilmuannya, dalam sejarahnya yang rumit juga, telah dikotakkan dalam bingkai ideologi sempit.

september 11 2001 wtc attack 911Kenyataannya hari ini, di mana-mana pun juga di dunia, umat Islam memang menjadi mangsa. Di Palestin, Rohingya di Burma, di Kashmir, di Pattani, di Iraq, di Afghanistan.

Ia sepertimana yang didongengkan oleh para penulis seperti Samuel P Huntington dalam The Clash of Civilization.

Di sini ideologi bukanlah tidak menyelidiki masalah yang nyata ada. Ideologi menumpukan terhadap masalah yang benar-benar wujud tetapi ideologi memitoskan kenyataan tersebut menjadi dogma tunggal keyakinan.

Sebagaimana Islam - yang ditanggapi sebagai ideologi - cepat mensejagat dalam apa yang disebut sebagai "lambakan globalisasi maklumat" yang di pacu kepantasan teknologi dan kecepatan pergerakan, atau lebih tepat lagi pergerakan modal kapitalisme.

Kemudiannya di banyak bahagian dunia Islam, di timur tengah sedang berlaku perubahan politik yang memberi pengaruh besar terhadap dunia hari ini. Ini kerana timbul aliran baru yang memecahkan dogma pertembungan tamadun Islam-Barat, apabila bangun gerakan pendemokrasian di dunia Islam.

Di sisi ini, kita dapat melihat nasib umat Islam yang dimangsakan oleh elit pemerintah Islam itu sendiri, seperti di Mesir, Tunisia, Bahrain dan bahkan di Malaysia juga dulu dan kini.

Terjerat dalam selirat Internet
Persoalannya, bagaimana untuk menyeimbangkan yang lokal dan global lantas menjadi glokal di sebalik latar permasalahan ini? Lucu kedengarannya. Apatah lagi di saat sebahagian besar umat manusia di Malaysia menginginkan perubahan pemerintahan dan reformasi politik.

Misalannya bagaimana sikap umat Islam terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, khususnya hak-hak minoriti. Kerana umat Islam di Malaysia, sebagai majoriti dapat menikmati hak-hak asasinya, seperti hak untuk mengerjakan ibadat serta tuntutan-tuntutan keagamaan.

Bagaimana pula layanan, dasar dan perundangan kita terhadap umat manusia minoriti di Malaysia pula, yang mana umat Islam menjadi majoritinya pula?

earthUmat Islam di Malaysia atas pengaruh globalisasi maklumat terpaksa atau perlu ambil tahu akan permasalahan umat-umat Islam di belahan dunia lainnya.

Di Xinjiang, umat Islam minoriti Uighur tidak dapat menunaikan ibadah puasa, rukun Islam ketiga atas larangan pihak berkuasa Parti Komunis China.

Manakala, di Thailand dan Burma pula melibatkan umat Islam minoriti di negara majoriti penganut ajaran Buddha. Di Filipina, majoriti penganut Katolik dan minoriti Islam di Mindanoa, Selatan Filipina.

Sebenarnya di dalam setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, ia sering berbalik kepada sistem pemerintahan, agihan kekayaan, kekuasaan negara tempat mereka bermaustatin, berbudaya dan berkehidupan.

Benar, kita mahukan dunia setempat yang lebih mensejagat. Kita mahukan cahaya matahari dan udara bersih segar masuk ke dalam rumah kita yang gelap. Bermakna kita perlu membuka pintu dan tingkap.

Yang penting kita perlu bersedia, kerana di luar sana terbentang dunia terbuka yang cukup luas dengan segala buruk dan baiknya.

Pada era globalisasi ini, kita semakin jauh meninggalkan politics of disinformation (era maklumat disekat/terhad) dan sedang meniti politics of misinformation (era lambakan maklumat, langit terbuka, pengetahuan tanpa batasan).

Kita di dalam peralihan, barangkali jalan yang belum lagi terbina atau tujuan yang masih jauh. Tetapi di alam maya kita telah terhubung dan bersambung, ada juga yang terjerat dalam selirat laman-laman sesawang di Internet.

Mercu sejarah Mekah dimusnahkan

Kadangkala kita hanya ingin mencari satu jawapan, tetapi carian enjin Google menemukan kita dengan jutaan jawapan terhadap satu pertanyaan.

Beberapa tahun yang lalu kita di kejutkan dengan kontroversi pelakon Rosnah Mat Aris berhubung kenyataannya terhadap isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah.

Pelakon itu bagaimanapun dilaporkan memohon maaf.

Pendapat awam umat Islam Malaysia seperti yang tercermin pada laporan serta perbincangan di dalam media-media tempatan menunjukkan kemarahan yang meluap-luap.

Kini, apakah maklum balas umat Islam Malaysia apabila diuji fikrah pemikiran, keyakinan dan pegangannya, terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku di serata dunia.

al marwa tower part of the abraj al bait towers complex mekah mecca 250209 03Katakanlah apa yang terjadi di Mekah, Arab Saudi. Bulan September tahun 2011, akhbar The Independent, melaporkan mercu tanda bersejarah Islam di kota suci Mekah dimusnahkan bagi memberi laluan pembinaan hotel-hotel gah dan gedung beli-belah mewah. Ia masih tentang Siti Khadijah.

Dalam laporan tersebut, wartawan Jerome Taylor menulis, "The house of the Prophet's first wife Khadijah has been turned into a toilet block."

Manakala makam Khadijah dan datuk Nabi SAW, Shaybah Ibn Hashem Ibn ‘Abd Al-Manaaf di Tanah Perkuburan Al-Ma'ala, juga telah diroboh musnahkan. Pada tahun 1998 dulu, makam ibu Nabi SAW, Aminah binti Wahab juga telah dirobohkan.

Jikalau globalisasi modal menerobos masuk ke kota suci Baitul Maqdis dengan industri persenjataan dan ketenteraannya.

Di Mekah pula, globalisasi modal, kapitalisme dan konsumerisme subur berkembang hasil limpahan rezeki petroleum, lantas bermegah membangunkan kota moden dengan merobohkan warisan sejarah ketamadunan Islam yang amat penting di kota kelahirannya itu.

Bukan pemujaan yang ingin diungkapkan di sini. Tetapi ia sekadar persoalan menguji diri kita sendiri, bagaimana agaknya hendak menjadi umat Islam di Malaysia dan di dunia dalam era globalisasi.

Terutamanya hal bersangkutan pensejagatan modal yang rakus dan dalam masa yang sama cuba menyantuni konsep warisan sejarah silam ketamadunan manusia setempat.

Misalnya Kota A Formosa, di Melaka, meski ia simbol kekuasaan penjajahan Portugis zaman lampau, kita cukup berbangga, melestari dan mengangkatnya sebagai warisan sejarah tanah air dan merupakan salah satu tarikan utama pelancongan negara.

Romantis ideolois berhubung hak asasi

Dalam konteks ini, mampukah umat Islam Malaysia, mengulang sentimen yang bersifat ideologikal dalam nada kemarahan serta kutukan yang sama terhadap pelakon Rosnah Mat Aris, di dalam kes perobohan makam Siti Khadijah serta ratusan tapak-tapak warisan tamadun Islam di Makkah.

Keengganan pemerintah Arab Saudi untuk membolehkan Unesco mengisyhtiharkan tapak-tapak warisan tersebut sebagai tapak warisan dunia, cukup menyedihkan.

Apakah kita benar-benar berupaya untuk keluar daripada kepompong ideologikal dalam mengemukakan sesuatu permasalahan dan mengakui hakikat kewujudan kita - berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - atau kerdil, atau jaguh gagah perkasa - di persada antarabangsa, di seluruh jagat raya ini.

Sepertimana yang pernah terungkap dalam gagasan Negara-negara Berkecuali, di Persidangan Afro Afrika, pada suatu lembaran sejarah silam.

NONEAtau benarkah umat Islam Malaysia, lebih kecil lagi orang-orang Melayu - atau orang Umno saja - hanya tertarik dengan isu setempat semata-mata seperti isu DAP kafir harbi atau haram undi DAP?

Pada tahap-tahap tertentu, barangkali saya juga telah jatuh ke tahap romantis ideologis berhubung hak asasi manusia dan demokrasi.

Kerana saya fikir mekanisme hak asasi manusia dan demokrasi, dalam kesemua cacat cela dan kekurangannya, masih tetap dapat kita tanggapi sebagai kunci laluan perhubungan kemasyarakatan- perkakas perundangan dan skema piawaian antarabangsa - alat pertimbangan budaya dan keilmuan masa kini.

Ia agar umat Islam dapat hidup mensejagat, boleh berwujud dan merdeka untuk mengamalkan hak-hak keagamaannya, dalam masa yang sama, turut sama mempertahan, menghormati dan menikmati hak asasi manusia keseluruhannya.

Saya kira hak asasi manusia dan demokrasi dapat menjadi salah suatu jawapan terhadap seruan Tariq Ramadhan:

"Our commitment must be individual, local, national and worldwide. The dynamics that today have made Islam a problem have also transformed it into a question: it is the responsibility of Muslim women and Muslim men to step forward with confident answers."


Agar kita benar-benar menjadi warga setempat dan warga alam semesta (kosmopolitan) yang bermartabat. Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya.


RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan