Jumaat, 24 Ogos 2012

JENAYAH YANG DAH BERLAKU SUDAH JADI TAKDIR...TAK BOLEH DIPERTIKAI LAGI...NI LAH KESAN MENAFIKAN HUDUD...MAKA HUDUD YANG PALING MUJARAB UNTUK MEMBASMI JENAYAH...KERANA ALLAH PENENTU TAKDIR...SELAGI KITA INGKAR MAKA TUNGGU SAJA HUKUMAN DARI ALLAH..SEDAR2LAH DIRI ITU...KITA NI MAKHLUK JANGAN BERLAGAKLAH PADA ALLAH...DAH ALLAH HIDUPKAN DAH PATUT BERSYUKUR...NI MELAWAN PULAK....MEMANG JENIS TAK SEDAR DIRI

Mesir minta pinjaman USD4.8b dari IMF

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 23 Ogs 2012
KAHERAH: Kerajaan Mesir telah meminta pinjaman sebanyak USD4.8b untuk membantu meningkatkan ekonomi negara tersebut dalam sebuah mesyuarat dengan Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
(Hisham Qandil, Lagarde dan Morsi dalam pertemuan mereka)


Lagarde bertemu dengan Presiden Mohammed Morsi dan Perdana Menteri Hisham Qandil Rabu lalu untuk membincangkan berkaitan pinjaman tersebut dan meneliti program reformasi ekonomi Mesir dan pelan ransangan ekonomi Mesir.

Televisyen Mesir telah melaporkan permintaan pinjaman oleh Mesir, walaupun Lagarde belum lagi mengesahkannya.

"Kami tidak berbincang butir-butir mengenai amaun atau syarat," Lagarde memberitahu sidang akhbar bersama Qandil.

"Perdana Menteri mempunyai angka (pinjaman) tertentu, tetapi jumlah itu akan bergantung kepada rundingan antara pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pegawai-pegawai Mesir.

"Saya sedar tentang strategi dan cita-cita mereka untuk masa depan ekonomi dan sosial di Mesir, dan saya memberi jaminan kepada mereka tentang komitmen yang berterusan daripada pihak kami untuk menyokong Mesir dan rakyatnya dalam tempoh peralihan yang bersejarah ini," ujar beliau.

Qandil berkata bahawa Mesir mempunyai kata putus tentang bagaimana wang pinjaman tersebut akan dibelanjakan.

Mesir telah membuat satu permintaan pinjaman bernilai USD3.2b awal tahun ini. Perjanjian pinjaman tersebut sepatutnya ditandatangani pada musim bunga, tetapi ia telah ditangguhkan kerana percanggahan pendapat antara parlimen yang kini telah dibubarkan dan bekas kerajaan, yang ditubuhkan oleh majlis tentera sebelum pilihan raya presiden.


'Cabaran yang besar'


"IMF masih meneruskan dialog berkaitan dasar ekonomi dengan pihak berkuasa Mesir sejak permulaan peralihan dan menyediakan banyak bantuan teknikal atas permintaan daripada pihak kerajaan," ujar Lagarde dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas sidang akhbar.

Pada bulan Januari tahun 2011, Mesir menolak pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia (World Bank) selepas Qatar dan Arab Saudi menghadiahkan Mesir dengan wang tunai yang banyak - 500m USD dari Qatar – untuk menyokong belanjawan Mesir.

Satu pasukan teknikal akan tiba di Kaherah awal September untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan program ekonomi Mesir dan membincangkan kemungkinan bentuk-bentuk sokongan kewangan daripada IMF.

"Mesir menghadapi cabaran yang besar, termasuk keperluan untuk memulakan semula pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit belanjawan dan imbangan pembayaran. Untuk ekonomi Mesiri kembali berada di landasan yang betul dan meningkatkan taraf hidup untuk semua rakyat bukanlah satu tugas yang mudah," kata Lagarde.

Puluhan penunjuk perasaan berhaluan kiri berkumpul berhampiran ibu pejabat kabinet di tengah bandar Kaherah untuk memprotes lawatan Lagarde dan mengutuk IMF yang mereka sifatkan "meletakkan syarat-syarat yang hanya sesuai dengan ahli perniagaan".

Mereka turut menyalahkan IMF dan Bank Dunia untuk program penswastaan yang dilaksanakan oleh rejim Mubarak.

Bekas pegawai Kagat bantu dana Lebuh Raya Rakyat

Aslani M, 23 Ogs 2012
KOTA BHARU: Bekas-bekas pegawai Kor Agama (Kagat) dan guru agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menganjurkan satu perjumpaan bagi mengutip dana mengisi tabung wakaf Lebuh Raya Rakyat.

Jurucakapnya, Ustaz Mohamed Kassim berkata, perjumpaan tersebut akan diadakan pada 16 September ini di rumah Mejar (B) Nik Mat Deraman (Nik Mat Jeben) di Jalan Pasir Hor, Wakaf Che Yeh.

Katanya, kehadiran bekas-bekas pegawai Kagat dan guru-guru agama penting bagi mengumpul dana tersebut dan berjumpa semula selepas tamat berkhidmat sebagai anggota tentera.

“Saya bersama Mejar (B) Nik Mat dan Ustaz Abdu Mutalib Mat Yasin sebagai penganjur perjumpaan tersebut antara lain mahu berjumpa semula dengan bekas-bekas teman seperjuangan.

“Kami tidak berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia, jadi kami perlu platform sendiri untuk menghimpunkan semula bekas pegawai Kagat dan guru agama ATM,” katanya di sini.

Beliau yang juga bekas Pegawai Waran 1 bersara sejak 14 tahun lalu berharap bekas rakan-rakan seperjuangan menghadiri perjumpaan berkenaan bagi membantu kerajaan negeri untuk melaksanakan agenda untuk rakyat.

Selain itu katanya, sebahagian besar bekas pegawai Kagat dan guru agama seangkatan dengannya pernah berguru dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika belajar di Maahad Muhammadi pada 1965-1967.

“Kami banyak menimba ilmu agama daripada Tok Guru Nik Aziz ketika itu. Jadi sekarang apa salahnya kita membalas jasanya dengan turut sama membantu kerajaan membina Lebuh Raya Rakyat,” katanya.

Menurutnya sebagai murid tua Maahad Muhammadi tanggungjawab bagi membangunkan negeri perlu dipikul bersama.

Oleh itu mereka yang berminat diminta menghubungi Ustaz Mohamad di talian 012 9083 478 atau Mejar (B) Nik Mat – 013 9382 672).

Pemuda PAS cadang lesen memandu seumur hidup

Harakahdaily, 23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Terasa susah untuk memperbaharui lesen memandu saban tahun. Apa kata jika ada tawaran supaya lesen memandu hanya dibuat sekali sahaja tanpa perlu pembaharuan?

Begitulah lontaran idea yang dikemukakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan di Twitter pagi ini.

“Hari ini ramai yang beratur dan merungut sebab kena perbaharui lesen (memandu) saban tahun. Saya cadang selepas Pakatan Rakyat memerintah, beri lesen memandu seumur hidup tanpa perlu renew,” tulis beliau.

Menurut Nasrudin, memperbaharui lesen memandu adalah antara perkara yang membebankan rakyat terbanyak.

“Kenapa tidak lesen memandu dikeluarkan tanpa perlu renew?” tanya beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas lanjut mengenai mekanisme cadangan beliau, Nasrudin berkata hanya pemandu bermasalah, seperti yang sering melanggar undang-undang trafik sehingga lesen tergantung perlu memohon lesen memandu semula secara berkala.

“Bagi pesalahlaku trafik yang memohon lesen memandu semula, lesen memandu berwarna lain boleh dikeluarkan untuk membezakan mereka, yang memerlukan mereka untuk renew berkala jika berkelakuan baik untuk tempoh tertentu,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Namun, katanya mekanisme perlu diperhalusi tapi matlamat yang terpenting ialah mengurangkan beban rakyat dalam memperbaharui lesen memandu.

“Dahlah setiap tahun kena renew cukai jalan dan insuran kereta. Kini, apabila banyak saman, cukai jalan disekat maka kereta tidak boleh digunakan.

"Sebenarnya tidak ada keperluan untuk rakyat untuk memperbaharui lesen memandu, sekali dapat dah cukup, asalkan jaga kelakuan di jalanraya lesen memandu ini hidup,” katanya.

Cadangan itu setelah diperhalusi, kata Nasrudin akan dibawa beliau untuk dibincangkan bersama PAS Pusat dan seterusnya Pakatan Rakyat.

KDN diminta perjelas manipulasi kadar jenayah

Harakahdaily, 23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali yang mendedahkan wujudnya manipulasi data jenayah bagi menampakkan kadar jenayah menurun.

Surat tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat di mana klasifikasi 'jenayah indeks' akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) hari ini, mereka mahu pihak kerajaan memberi penjelasan segera berhubung dakwaan surat tersebut.

"Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, Pemandu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," kata mereka.

Mengikut surat 'Sumun Osram', jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi jenayah indeks sahaja iaitu jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan.

Jenayah bukan Indeks pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap.

"Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran," tegas mereka.

PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?

Harakahdaily, 23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya negara kucar-kacir jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara membayangkan perubahan besar bakal berlaku pada PRU 13.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Mahathir itu mempamerkan ketakutan dan tekanan yang dihadapi BN pada ketika ini.

"Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, ini menguatkan lagi hujah betapa Umno BN bakal kehilangan kuasa pada PRU 13.

"Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan pentadbiran mereka masing-masing dan dalam banyak perkara negeri Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri yang diperintah BN sendiri.

Ia termasuk soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat seperti yang direkodkan dalam laporan audit negara baru-baru ini.

"Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir?

"Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan," soalnya lagi.

Mengulas kenyataan Mahathir bahawa "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan", Edy berkata bekas perdana menteri itu seolah-olah sedang bercakap di depan cermin.

Ini kerana, apa yang disebut itu adalah apa yang sedang dibuat oleh Umno BN ketika ini.

"Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.

Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).

"SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah," katanya.

Antara MCA dan Sinar Harian, sapa yang hangpa lebih percaya?

http://cenangau.blogspot.com, 22 Ogs 2012
Sinar Harian melaporkan:
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. - Sinarharian.
Ingatkan 'ribut' sampai ke petang, rupa-rupanya 'seriat' ditengahari.

Malaysiakini pulak melaporkan:
Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.

Chong mendakwa, dalam temubual telefon dengan harian berbahasa Melayu tersebut, isu mengenai undang-undang hudud tidak dibangkitkan langsung.

"Mereka tidak pernah menyentuh tentang hudud, tidak dibangkit. Saya amat kecewa dengan laporan mereka," katanya ketika dihubungi.

Chong berkata beliau hanya memberi respon kepada cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya PAS bergabung dengan Umno di bawah BN.

Katanya, kenyataan beliau sangat jelas, iaitu mana-mana parti politik yang mahu menyertai BN memerlukan kelulusan kepimpinan tertinggi BN dan mereka mesti mematuhi perlembagaan BN dan semua kriteria yang ditetapkan oleh BN.

Beliau mengulangi bahawa partinya, termasuk di Kedah, menentang keras undang-undang hudud. - MKini.
Pertama sekali kalau disuruh pilih yang mana satu aku nak percaya antara laporan Sinarharian dengan laporan Malaysiakini, aku tentu pilih laporan Sinarharian. Bukan maksud aku laporan Malaysiakini tak betul tapi aku tak percaya penafian Pengerusi MCA Kedah tu.

Pemimpin MCA ni bagi aku tak jauh bezanya dengan pemimpin Umno, tara Ust Jamil Khair pun tak berapa nak boleh percaya pasai terbukti sanggup gunakan duit zakat untuk kepentingan diri sendiri inikan pulak pemimpin MCA, tambah-tambah dalam keadaan nak menyelamatkan diri macam ni, 10-1 pun payah aku nak percaya.

Lagi pun aku percaya wartawan Sinarharian yang tulis laporan tu tak mengada-adakan cerita tu dan cuma melaporkan apa yang dia dengar sendiri dari mulut Pengerusi MCA Kedah tu. Takkan kut wartawan tu berani nak buat cerita palsu terutama sekali melibatkan rakan kongsi Umno yang berkuasa membatalkan permit akhbar.

Lain la kalau buat laporan tak betul berkenaan PAS, PKR atau DAP. Yang tu mungkin berlaku, tambah-tambah pulak kalau ada komplot dengan Umno atau tak mustahil MCA pun.

Kalau betul wartawan Sinarharian tu mereka-reka cerita, aku cabar Pengerusi MCA Kedah tu saman Sinarharian di mahkamah. Biar wartawan berkenaan bela diri di mahkamah dengan segala bukti dia.

Apa pun, walaupun Pengerusi MCA tu menafikan laporan Sinarharian tu, episod ni tetap boleh jadi peluru untuk Pakatan Rakyat. Laporan Malaysiakini tu jadi satu lagi bukti yang MCA jugak tak kurang taraf 'Harbi' berbanding DAP kalau ikut neraca Tok Guru Pondok pujaan Umno, Mufti Pahang, Ketua Ulama' Muda Umno dan mererka-mereka yang sewaktu dengannya.

Kalau mengundi DAP haram,  dengan gunakan kaedah kias, mengundi MCA pun haram jugak. Jadinya dikerusi yang calon DAP lawan calon MCA secara 2 penjuru, pengundi yang berugama Islam haram keluar mengundi.

Jadinya, sefahan aku kalau ikut usul fiqh Umno dan PAS jugak mungkin berdosa sama pasai tak letak calon di kerusi-kerusi berkenaan. Boleh macam tu? Hahaha...

Awas, mi segera ada lilin...

http://shalehudin.blogspot.com, 22 Ogs 2012

AWAS!! Mee segera ada lilin pulak dahh...

Awas! mee segera dilapisi lilin

Oleh Posmen
Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.

Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.

Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:

  • Masak mee segera dalam periuk.
  • Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
  • Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
  • Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan.

Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.

Beza sempadan sesama Islam, bukan Islam

http://naimnikmat.blogspot.com, 23 Ogs 2012

BEZA SEMPADAN NEGARA SESAMA ISLAM DAN NEGARA BUKAN ISLAM (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/418859_260837997368922_1057418854_n.jpg

kenapa jadi macam ini? Bukankah Islam itu bersaudara.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan