Selasa, 28 Ogos 2012

JENAYAH KIAN MENJADI2...BILA KITA TIDAK MEMBUDAYAKAN@TAK MENJADIKAN HUKUM HUDUD@HUKUM SURUHAN ALLAH SWT...HUKUM INI BUKAN SURUHAN MANUSIA ATAU CIPTAAN MANUSIA TAPI IA PERINTAH ALLAH...CUMA MUSUH2 ISLAM MENCIPTA UNDANG2 LAIN AGAR KITA MENOLAK HUKUM ALLAH...SUNGGUHNYA SYAITAN INI SANGAT LICIK

Lagi kawasan Felda di Pahang tiada air di hari raya

Hamba Allah, Terengganu,
Saya pulang berhari raya di daerah Bera baru baru ini iaitu di kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong juga tiada air paip pada sehari sebelum hari raya hingga hari raya pertama dan kedua.

Hasrat untuk bercuti selama 5 hari di Felda Bukit Mendi terpaksa dipendekkan kepada 3 hari sahaja berikutan tiada air paip.

Masalah ini sudah lama berlaku sejak saya berkahwin pada 1990 masalah ini tidak diatasi oleh kerajaan. 2 hari tidak dapat mandi, membasuh dan sebagainya.

Tak pernah dengar nak sambut merdeka kena minta permit...

http://anakkedah007.blogspot.com, 28 Ogs 2012

tak pernah aku dengar nak sambut merdeka kena minta permit..gila apa..!!!

Aduhai letih la layan kepala otak UMNO nie.. hidup sudah merdeka 54 tahun tak pernah lagi nak pie lepak kat Dataran Merdeka untuk sambut MERDEKA kena buat permohonan permit....
Tetapi mai merdeka ke 55 nie puak yang dok jaga Dataran Merdeka nie dah buat macam harta mak bapak mereka dah...

takan nak pergi ramai-ramai pakai baju kuning salah pada malam tersebut....adakah kerana jika ada yg pakai baju kuning... terus hangpa nak cop geng "JANJI BERSIH".... entah-entah mereka geng penyokong Safee Sali pakai baju Kuning Malaysia....besa laa tuuu...
Janji Bersih: DBKL belum terima permohonan
Jamilah Hamzah
27 Ogos 2012
SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur Himpunan Janji Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, jika permohonan dikemukakan, pihaknya perlu meneliti mengikut peraturan yang ada.
"Kami masih belum terima apa-apa surat daripada mereka (penganjur Gabungan Janji Bersih) untuk dibuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak.

"Bagaimanapun jika permohonan dibuat, kita akan kaji dan teliti terlebih dahulu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak mendapat kebenaran DBKL untuk diadakan di Dataran Merdeka.

Penganjur Gabungan Janji Bersih kini bercadang mengadakan sambutan Ambang Merdeka selama dua jam mulai 10 malam, Khamis ini.

Garis panduan UM larang propaganda parti di kampus
8:08PM Ogos 27 2012  
Universiti Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di dalam kampus melalui pelbagai cara.

Menurut garis panduan yang diwartakan pada 22 Jun lalu itu, aktiviti yang dilarang termasuk menyebarkan risalah berkaitan, mempamerkan sepanduk, poster, sebaran lisan dan melalui media elektronik.

Panduan sembilan halaman yang dimuat naik ke laman web UM itu juga menjelaskan ia bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kampus terjamin.

Perkara lain yang turut dilarang:
  • Berurusan dengan parti politik atau persatuan luar kampus tanpa kebenaran UM, termasuk membuat penyataan atau mengutip sumbangan bagi pihak parti politik dalam kampus.
  • Menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap parti politik melalui penggunaan simbol yang melambangkan parti politik, termasuklah melalui pakaian, topi dan lencana dalam kampus.
  • Menyatakan sikap terhadap badan yang yang menyalahi undang-undang yang ditetapkan sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau UM.
  • Memakai atau membawa logo atau simbol UM dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di luar kampus.

Ust. Fadzil kata tak bulo’ pada Dr M

Subky Latif, 27 Ogs 2012
PAS ada pengalaman menyertai BN pada zaman Tun Razak. Apabila Tun Razak mati, siapa dalam Umno yang menghormati persetujuan  dan janji Tun Razak itu?

Tuntutan melaksanakan syariah telah ada ketika PAS menyertai BN. Mengapa Umno tidak mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan syariah? Sebaliknya Dr Mahathir menjuarai menyingkirkan PAS?

Mengapa lebih 30 tahun kemudian baru Mahathair menyarankan semula kiranya PAS masuk maka hudud akan dilaksnakan? Adakah sudah dia dekat nak mati baru dia teringat?

Dan jika Umno hendak melaksanakan hudud, apa perlu ia menunggu PAS masuk Umno? Mengapa tidak ia buat saja?

Seperti Perdana Menteri, Najib war-warkan sekarang ia hendak transformasikan Umno dengan wasatiah dan hendak laksanakan maqasid syariyah. Buatlah hudud sama dalam apa yang   dijajanya itu.

Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz selalu sebut, jika Umno laksanakan Islam,  beliau akan bubarkan PAS. Walaupun saya tidak setuju dengan Tok Guru Nik Aziz, pada saya PAS mesti  dikekalkan bagi memastikan dari luar Umno benar-benar melaksanakannya, tetapi Tok Guru sudah membayang beliau tiada halangan untuk  bersama Umno.

Paling tidak, Tok Guru Nik Aziz akan masuk Umno. Kalau beliau masuk Umno kerana syariyah termasuk hudud, maka apa lagi yang tinggal dengan PAS?

Masalahnya ialah, bolehkah Dr Mahathir dan Umno dipercayai? Kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Dr Mahathir pernah tipu Tengku Razaleigh hidup-hidup. Ku Li bubarkan S46 dan masuk Umno, dia kepung Ku Li dan ikat kaki dan  tangannya.

Bila dia buang Tun Ghafar dari TPM dan Timbalan Presiden Umno, dia tidak cuba Ku Li menjadi ganti. Bila dia buang Anwar Ibrahim dia tidak peduli langsung Ku Li.

Tak usah Dr Mahatahir tipulah PAS. PAS 'tak bulo’. Jika Dr Mahathir sudah  sukakan hudud, apa  salahnya  dia masuk PAS  dan  ajak Umno masuk PAS?

Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis

http://aspanaliasnet.blogspot.com, 27 Ogs 2012
UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan tindakan yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO) perlukan kuasa lagi. UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat bersabar.

Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat tidak juga dihormati. UMNO tidak ada sikap berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus mempersendakan mandat rakyat itu.

Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke ususnya.

Kali ini kita akan menghadapi PRU yang tersengit dalam sejarah negara merdeka kita dan itu adalah satu fenomena yang ‘natural’ yang berlaku di mana-mana negara dan rakyat yang mahukan perubahan. Walaupun UMNO itu sudah dipersepsikan sebagai satu parti yang buruk, tetapi demokrasi juga membenarkan mereka mempertahankan diri dan kini segala usaha dan tenaga digembeling bagi mendapatkan kesinambungan kuasa dari rakyat.
Segala pujuk rayu jelas tidak berkesan kerana persepsi rakyat, negara dan antarabangsa terhadap UMNO sudah begitu tercemar. Maka digunakan cara membeli perasaan dengan berbagai-bagai bentuk. Dari pemberian BR1M sampailah kepada pemberian duit raya kepada rakyat termasuk kakitangan awam dan pesara. Pemandu teksi dibelikan tayar kereta dan banyak lagi bentuk pembelian undi dan perasaan rakyat dilakukan. Namun rakyat tidak juga dapat diyakinkan.

Rakyat sedar pemberian-pemberian runcit itu tidak boleh memperbaiki kehidupan mereka. Ikan yang diberi tidak akan membolehkan rakyat kenyang sampai ke akhir hayat. Yang penting rakyat mahukan ialah joran untuk membolehkan mereka pergi memancing untuk mendapatkan ikan itu sendiri. Pendek kata apa juga yang diberikan oleh kerajaan tidak berkesan dan rakyat tetap menolak mereka (UMNO) terus-terusan.

Apabila cara ini tidak mendapat sambutan, UMNO menggunakan cara menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu dengan memainkan isu perkauman dan agama. Isu 13 Mei diperbesarkan dan menjadikan DAP sebagi ‘punching bag’ dan terlebih khusus lagi menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran dengan tuduhan yang bertujuan untuk menyakinkan rakyat LKS adalah orang yang menyebabkan berlakunya 13 Mei 1969 itu.

Isu ini juga merupakan isu yang ‘counter productive’ untuk UMNO kerana bagi rakyat yang tahu hakikat sebenarnya itu semuanya adalah fitnah dan fitnah ini telah dibina oleh UMNO dan telah menjadi isu wajib yang kekal dalam siri kempen setiap kali pilihanraya tiba. Isu ini juga tidak memberikan kesan yang banyak kerana rakyat sudah mula faham bahawa 13 Mei itu berlaku kerana kekalahan BN dalam PRU 1969 dahulu dan DAP telah dijadikan mangsa untuk pihak lain melakukan kejadian itu kerana kepentingan politik.

Isu 13 Mei dijadikan isu politik ‘desperate’ UMNO. Semuanya ini adalah tindakan untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap sikap dan tindakan tidak amanah UMNO yang keterlaluan terhadap rakyat dan negara. UMNO ketinggalan zaman kerana rakyat mahukan keamanan dan tidak ada cara lain selain dari hidup dalam keadaan muhibbah di antara kaum. Rakyat sudah jemu dengan taburan fitnah dan isu untuk memecah-belahkan mereka.

Pemuafakatan di antara PAS dan DAP membuatkan UMNO tidak lena tidur terutamanya kepada pimpinan UMNO termasuk Dr Mahathir Mohammad. Mereka (pimpinan UMNO) begitu resah kerana permuafakatan kedua-dua parti yang berbeza ini. Perbezaan ini memang kejadian Tuhan dan Tuhan menuntut semua yang berbeza itu untuk bermuafakat untuk tujuan yang baik dan mulia.

Kalaulah Tuhan jadikan manusia ini ‘homogeneous’ bagaimana permuafakatan itu boleh berlaku? Permuafakatan hanya boleh berlaku dan dilakukan oleh mereka yang berbeza dan permuafakatan untuk hidup saling hormat-menghormati itu adalah tuntutan agama kita sendiri dan agama-agama yang lain. Yang ditegah oleh agama suci kita ialah permuafakatan untuk melakukan kerja yang tidak baik.

Tetapi segala permuafakatan yang dilakukan oleh rakyat berbilang kaum ini sangat meresahkan pihak UMNO kerana parti itu tidak suka kepada perpaduan untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Keadaan ini disedari oleh UMNO dan pemimpin parti itu samada yang tua atau yang muda dengan tidak disedari mereka seolah-olah mengakui yang mereka itu sudah tidak berguna lagi di mata rakyat kerana kedhaifan mereka untuk melakukan apa yang dituntut Tuhan ini.

Maka mereka mencipta berbagai-bagai ‘idiom’ dan kata-kata yang bertujuan untuk menghalalkan perlakuan mereka. Yang terakhir ini Dr Mahathir berkata yang lebih baik bekerja dengan iblis dan syaitan yang kita kenali daripada malaikat yang kita tidak kenali. Kata-kata ini mereka (UMNO dan Mahathir) menunjukkan bukti bahawa mereka tidak mengenali malaikat. Yang mereka kenali hanyalah syaitan dan iblis.

Oleh itu biarlah mereka yang mengenali syaitan untuk terus bekerja dangan syaitan yang mereka kenali tetapi rakyat pula bekerja dengan pihak malaikat yang pihak sini mengenalinya. Kita hormat kepercayaan UMNO yang mereka (UMNO) lebih selesa dengan syaitan kerana mereka mengenali syaitan itu. Tetapi kita dari pihak rakyat yang inginkan kebaikan itu, kita bekerjalah dengan pihak yang pihak kita kenali, iaitu apa-apa yang baik dan yang dituntut oleh agama kita.

Memang ada pun perpatah, ‘the good is for the good and the bad is for the bad’. Jika UMNO bersesuaian dengan kehendak iblis dan syaitan kita pun tidak boleh berbuat apa-apa. UMNO bolehlah bekerjasama dengan elemen buruk itu jika tidak mampu untuk bersama dengan nilai-nilai mulia tuntutan Tuhan itu.

Tetapi jangan bawa kami bersama untuk mengikut jejak langkah anda dalam UMNO itu. Jika UMNO selesa di sana teruskan berada di sana. “Suit yourself”. Biarkan rakyat yang ramai ini terus melakukan pencarian dan ‘soul searching’ ini kerana kami tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk UMNO dan BN yang tidak henti-henti menyesatkan kita semua.

Bagi rakyat ramai kita mahukan perpaduan semua kaum dan agama. Selagi berada bersama UMNO dan BN matlamat itu tidak akan tercapai sampai bila-bila. Mari kita berpadu, tetapi berpadu di luar BN.

Sin Chew putar belit kenyataan saya - Mohd Sabu

Harakahdaily, 28 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kesal dengan sikap tidak beretika wartawan Sin Chew Daily yang memuatkan berita kononnya PAS akan membentangkan cadangan atau usul di Parlimen bagi meminda Perlembagaan untuk dilaksanakan hudud.

Tegas Mohamad, beliau ditanya mengenai hudud oleh wartawan berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas panjang mengenai hudud.

"Saya katakan kepada wartawan tersebut, jangan sentuh soal hudud berulangkali. Saya tegaskan kepada beliau, pada saya sebarang perubahan yang hendak dilakukan dalam negara, mestilah melalui Parlimen, dibuat secara demokrasi dan dengan mengikut permuafakatan dalam Pakatan Rakyat," tegasnya kepada Harakahdaily.

Star Online hari ini melaporkan:

Mat Sabu: PAS will seek to use hudud law if Pakatan wins

KUALA LUMPUR: PAS will propose Constitutional amendments in Parliament to implement hudud law if it forms the government, said its deputy president Mohamad Sabu.

This was PAS’ stand and MPs from DAP or other parties, and non-Muslim MPs, could then raise their objections in Parliament, he said.

Better known as Mat Sabu, he said in an interview with Sin Chew Daily that the party had not discussed the matter as action would only be taken only after Pakatan Rakyat had formed the federal government. The daily ran the front page story on its evening edition yesterday.

Mat Sabu was commenting on PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s statement that the party would seek to implement hudud law through democratic means.

"Wartawan tersebut menelefon saya, pertuturan bahasa Malaysia beliau pun tidak berapa elok, sebab itu saya cakap lain, dia tulis lain.

"Malangnya kesilapan Sin Chew Daily tersebut dipetik Star Online," ujar beliau.

Jenayah ragut jadi budaya hidup di negara ini

Aspan Alias, 28 Ogs 2012
Saya telah diminta oleh seorang pengunjung blog saya melalui e-mailnya meminta saya memberikan komen tentang jenayah ragut yang agak berluas-luasa di negara ini. Insan yang menghantar email itu menyatakan yang beliau mahukan saya menulis tentang jenayah ragut yang telah berlaku kepada isterinya beberapa tahun dahulu yang menyebabkan isterinya tercedera dan telah menghadapi rasa fobia apabila berjalan di bandar untuk membeli belah atau ke pasar.
Pengadu ini mempersoalkan sama ada apa yang di bangga-banggakan negara ini sebagai negara yang aman dan selamat itu adalah benar atau sebaliknya. Sesungguhnya jenayah ragut memang banyak berlaku dan saya sendiri pernah menyaksikan peristiwa ragut belaku di hadapan mata saya sendiri. Dua orang yang menaiki motosikal telah lalu di sebelah wanita yang membimbing bag tangan dan terus sahaja meragut wanita itu dan mereka (peragut) terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terbaring di tebi jalan dan mengalami sedikit kecederaan di tangannya.

Peristiwa seperti ini selalu berlaku dan sekali gus ia menafikan yang negara kita adalah sebuah negara yang aman damai seperti yang di antara kita bangga-banggakan. Ini tidak termasuk kes rogol, bunuh dan pecah rumah yang menjadi bahan berita yang lumrah melalui saluran-saluran TV kita serta media cetak. Ada sahaja yang cedera dan mati akibat jenayah ini.

Banyak pihak bertanya kenapa perkara ini selalu sangat berlaku di negara kita? Ada yang bertanya bagaimanakah keadaaan sebuah negara yang aman itu?  Pihak penguasa polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain boleh kita lihat di mana-mana terutamanya di kotaraya-kotaraya dalam negara kita tetapi jenayah tetap berkembang dengan cepat dan deras. Malahan ramai di antara bekas anggota dan pegawai tertinggi polis menulis dan membuat kenyataan yang mengakui jenayah di negara kita meningkat dengan begitu ketara.

Selalunya apabila se sebuah negara yang sering berlaku samun dan rompak serta jenayah ragut ini berlaku dengan pesatnya ia merupakan petanda dan dalil yang rakyat miskin adalah ramai dan mengambil tindakan mencuri dan merompak harta benda orang lain untuk hidup.

Di negara-negara Scandinavia misalnya tidak ada kes-kes rompak dan samun yang ketara seperti yang berlaku di negara kita. Negara-negara dalam gugusan Scandinavia ini merupakan negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi malah ia melebihi pendapatan per kapita negara-negara G8. Kalau kita melawat negara-negara ini kita tidak akan nampak anggota polis berkeliaran seperti di negara kita. Di negara-negara yang saya sebutkan ini keamanan dan keselamatan diri individu rakyat seperti terjamin. Inilah contoh-contoh sebuah negara yang aman.

Sebaliknya di negara kita, kita melihat anggota polis dan penguatkuasa yang lain berkeliaran tetapi insiden seperti yang di tulis oleh pengadu kepada saya itu berlaku dengan meluas. Ragut di sana dan ragut di sini dan  dengan jelas kes ragut harta orang lain ini sememangnya menjadi perkara yang lumrah di negara kita ini.

Pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kuasa di tangan mereka pun melakukan ragut-meragut harta orang lain seperti harta rakyat seperti yang kita selalu dengar melalui pendedahan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Jumlah harta dan wang ringgit rakyat yang diragut oleh pemimpin-pemimpin kita melibatkan jumlah yang puluhan billion ringgit. Rakyat sentiasa diragut wang ringgit mereka oleh mereka dan pemimpin yang mereka (rakyat) amanahkan untuk menjaganya.

Jenayah ragut ini sememangnya sudah tidak dapat dihentikan lagi selagi mereka ini masih berkuasa. Jumlah yang terilbat dalam ragut oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah kecil. Yang penting rakyat fahami dan cuba untuk menghentikannya ialah kes-kes ragut yang berbillion ringgit yang dilakukan oleh pimpinan yang sedang berkuasa. Jenayah ragut yang mereka lakukan itu melibatkan harta wang  ringgit seluruh rakyat yang mengisi kantung perbendaharaan negara kita melalui berbagai bentuk cukai yang mereka bayar setiap hari.

Penjenayah ragut yang dilakukan oleh penunggang motosikal itu mudah untuk diselesaikan kerana sudah ramai yang tertangkap dan dipenjarakan. Tetapi masalah yang terbesar sekarang ini ialah untuk menyelesaikan kes ragut kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan besar kita serta penjawat-penjawat awam negara yang melibatkan ratusan berbillion ringgit itu.

Peragut-peragut jenis inilah yang amat susah untuk diselesaikan. Malahan yang mendedahkan kes ragut itu pula yang kena tuduh di mahkamah kerana ada undang-undang yang melindungi penjenayah ragut yang berkolar putih ini. Rafizi Ramli telah dituduh di mahkamah kerana mendedahkan kes ragut wang rakyat yang berbillion ringgit oleh keluarga yang mempunyai pengaruh dalam kabinet negara yang di dalamnya mempunyai penjenayah ragut yang besar-besar.

Sekarang rakyat yang sedar dan insaf telah mendapat formula yang jelas untuk menyelesaikan kes-kes ragut yang besar-besar ini. Caranya ialah dengan mengenepikan mereka dari kuasa yang ada pada mereka.

Waktu untuk mengenepikan mereka akan sampai tidak lama lagi. Masanya itu ditentukan oleh Najib, Perdana Menteri kita. Rakyat sekarang sedang memberikan tumpuan untuk menolak mereka yang sudah ketagih dengan kegiatan ragut meragut ini. Rakyat sudah kerugian begitu banyak oleh kegiatan ragut yang dilakukan oleh mereka yang sedang berkuasa itu.

Jika semua rakyat bekerjasama dalam PRU ini, isu penjenayah ragut ini akan dapat diselesaikan dengan cepat. Maka harta benda rakyat akan dapat diselamatkan dari diragut oleh pihak yang sudah sebati dengan kes ragut meragut ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Najib, bila nak buat empangan di Pahang

http://tukanglawan.blogspot.com, 28 Ogs 2012
Sebelum ni "tukanglawan" pernah dedahkan satu artikel berkenaan bekalan air tak ade di pahang, ye la dok sibuk pasal air di selangor sampaikan BN terlupa pasal masalah air di pahang,, jom baca kat sini.
Rupa-rupanya tempat najib pun tak ade air jugak, la, ingatkan "tukanglawan" tempat perdana menteri dah cukup maju.. rupanya takde air. kah..kah..kah...
Ni bawah ni artikel yang didedahkan harakahdaily

Di Pahang pada hari raya ke-2 hingga raya ke-3 juga tiada bekalan air di Felda Cini 1 & Felda Cini 3. Felda ini merupakan kawasan undi Najib tapi malangnya Najib tak mampu nak jaga. Jangan cerita nak jaga Malaysia, tempat sendiri pun kantoi.

Menyambut hari raya di sana terpaksa bawak anak-anak mandi di anak sungai dalam ladang sawit, seksanya.

Salam dan takbir!

Ok, najib sila buat empangan di pahang kata air banyak sangat di pahang, kesian la rakyat tempat sendiri takde bekalan air bersih. kah..kah..kah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan