Sabtu, 18 Ogos 2012

JANGANLAH KITA MAKAN KIRI KANAN ATAU ATAS BAWAH...KITA ADA PEMIMPIN TAK BOLEHLAH BERGERAK SORANG2

Saman Pesalah Ringan Terlalu Mahal
Posted on Friday, August 17 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber PAS Miri

Masalah Kekurangan Parkir, Pemandu Jadi Mangsa Saman Trafik

MIRI
– Masalah kekurangan parkir kereta di Bandaraya Miri menyebabkan ramai pemandu meletak kereta di lorong atau dipinggir jalan jadi mangsa saman trafik.

Oleh kerana tiada parkir untuk meletak kenderaan, ramai juga yang kurang bernasib baik dikenakan kompuan saman oleh Polis Trafik disebabkan meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalu lintas.

Antara kawasan yang kekurangan parkir adalah disekitar jalan Bintang Mall Miri, kawasan pasaraya, pasar ikan, kawasan tamu dan juga hampir kesemua kawasan komersial di bandaraya Miri.

Kawasan ini patut ditambah lagi kawasan parkir terutama sekali apabila waktu puncak, ramai yang terpaksa meletak kenderaan mereka di simpang jalan dan juga di pinggir jalan.

Pihak Polis Trafik sepatutnya mengawal lalulintas bukan hanya menunggu pemandu tersebut meletak kenderaan mereka disitu lalu menyaman pesalah trafik apabila tiada pemandu dalam kenderaan tersebut.

Kadar kompaun saman trafik juga terlalu tinggi untuk pesalah ringan seperti meletak kenderaan di lorong jalan. Sepatutnya kompaun dikurangkan serendah-rendah rm30 seperti dulu tetapi sekarang ini tiada lagi rayuan boleh dibuat walaupun pesalah membayar awal dari hari yang ditetapkan.

Adakah pihak kerajaan tidak memikirkan akan nasib mereka yang kurang berkemampuan yang terpaksa membayar terlalu mahal kerana melakukan kesalahan ringan seperti yang tersebut diatas?

Sekiranya mereka melakukan kesalahan berat sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian, kita tidak mempertikaikan tetapi bagi kesalahan ringan ini sudah tentu keterlaluan dan perlu dikaji semula.

Sepatutnya pihak Polis Trafik menjalankan tugas mengawal lalulintas bukannya menyaman mereka yang meletak kenderaan ditempat yang salah sebab tugas tersebut boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kita mencadangkan agar perkara ini perlu dikaji semula, pihak PBT patut membuat lebih banyak lagi kawasan parkir untuk kenderaan di pusat bandar sebab bukan mudah untuk mencari tempat letak kenderaan semasa waktu kemuncak dan pihak Polis Trafik juga perlu faham mengapa ada sesetengah pihak terpaksa meletak kenderaan diluar kawasan parkir bukan mereka sengaja tetapi terpaksa disebabkan kekurangan parkir di Bandaraya Miri.

Kalau diikut peraturan sebenar sudah tentu pihak Polis Trafik akan sentiasa menyaman mereka yang meletak kenderaan diluar parkir seperti di kawasan rumah ibadat, kawasan orang ramai berhimpun dan sebagainya.

Harap perkara ini mendapat perhatian dan kajian semula dari pihak PBT dan Polis Trafik, agar jangan menyusahkan mereka yang memerlukan kewangan terutama sekali waktu perayaan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Parking Shortage, Driver Become Victims of Traffic Summons

MIRI
- Shortage of car parking at the Miri City caused many drivers parking in the hallway or just off the road become victims of traffic summonses.

Since there is no car park for parking, and many are less fortunate imposed by the Traffic Police summonses compound because placed against the vehicle traffic alerts.

Among the areas that lack car park is around Bintang Street Mall Miri, the supermarkets, fish market, Tamu area and also almost all the commercial areas in the Miri city.

This area should have more car park area especially during the peak hours, many are forced to park their vehicles at the road junctions and also at the roadside.

The Traffic Police should control the traffic flow is not just waiting for the drivers park their cars there, then sue the traffic offenders when there is no driver in the vehicle.

Compound rate of traffic summons also too high for minor offenders, such as parking in the hallway. Compounds should be reduced as low rm30 as before but now there is no appeal can be made even if the offender to pay earlier than the appointed day.

Does the government did not think be the fate of the less fortunate who have to pay too expensive for committing minor offenses such as the above?

If they are committing a grave offense to cause an accident or death, we do not dispute that but for this minor offense certainly excessive and should be reviewed.

Traffic Police should carry out to control the traffic flow not to sue them that parking at the wrong place because the task can be done by local authorities (PBT).

We suggest that this matter should be reviewed; the local council should make more car park area for vehicles in the city center because it is not easy to find parking during the peak hours and the Traffic Police should also understand why there is some parking outside the parking area is not intentionally, but they had to due to lack of car park in the Miri city.

If you follow the real rules of course, Traffic Police will continue to sue them out of parking in the car park such as places of worship, public areas assembly and so on.

Hope that this matter gets the attention and review from the local authorities and Traffic Police, so that do not burden their financial needs, especially during festivals.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber: PAS Miri


  Windows 8 RTM Sedia Dimuat-Turun Pelanggan MSDN Dan TechNet
Posted on Friday, August 17 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber amanz.my

Bagi para pelanggan MSDN dan juga TechNet, seperti mana yang dijanjikan oleh Microsoft sebelum ini, kini anda sedia untuk memuat-turun Windows 8 RTM (Release To Manufacturing) dan mencubanya sendiri pada komputer anda, jauh lebih awal sebelum Windows 8 dilancarkan kepada umum pada 26 Oktober kelak.

Melalui sistem operasi Windows 8, Microsoft membawakan pelbagai perubahan, termasuk memperkenalkan antaramuka baru yang mesra bukan sahaja pengguna desktop biasa, tetapi turut dioptimasikan untuk pengguna skrin sentuh, terutamanya tablet. Disamping itu, Windows 8 turut diintegrasikan dengan lebih menyeluruh bersama sokongan awan SkyDrive, serta memperkenalkan Windows Store bersama dengannya.


Selain daripada pelanggan MSDN dan juga TechNet, Microsoft turut sama menyediakan sokongan percubaan selama 90 hari untuk Windows 8 Enterprise dalam bentuk 32-bit dan 64-bit, membolehkan mereka yang berminat untuk memuat-turun versi Enterprise dan mencubanya sendiri. Namun versi ini tidak boleh dikemaskini kepada versi akhir, sekaligus menjadikan ia tidak boleh digunakan lebih daripada 90 hari pada komputer masing-masing.

Sumber: amanz.my


  Hamburg bandar Jerman pertama iktiraf hari kebesaran Islam
Posted on Friday, August 17 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"
Lesson during Ramadan by Sheikh Ramadan at Al Quds al-quds mosque, Hamburg Germany

BERLIN: Hamburg menjadi bandar Jerman pertama mengiktiraf hari kebesaran dalam kalendar Islam, langkah bagi menggalakkan integrasi agama minoriti yang sering dikecam oleh golongan yang menentang pendatang seperti yang dilaporkan di sini.

Kakitangan dan pelajar Islam akan dibenarkan mengambil cuti meraikan hari kebesaran Islam dan kelas-kelas agama Islam akan dibenarkan di sekolah pemerintah, kata pihak berkuasa dan kumpulan Islam setelah rundingan selama lima tahun.

"Kami harap pengenalan kelas agama Islam di bandar wilayah utara ini akan menjadi isyarat kepada 15 wilayah lain di Jerman," kata Encik Daniel Abdin, daripada majlis masyarakat Islam Hamburg.

"Persetujuan ini merupakan langkah penting dalam mengiktiraf Islam di negara ini," katanya.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa tahun depan dan merupakan perjanjian pertama seumpamanya di negara yang menjadi tempat tinggal sekitar 4 juta penduduk Islam, dengan separuh daripada penduduk itu merupakan warga Jerman.

Jerman mempunyai sekitar 82 juta penduduk dan isu toleransi agama dan bangsa merupakan isu sensitif.

Penggubal dasar undang-undang berfahaman konservatif, Encik Volker Kauder, yang juga sekutu rapat Canselor, Cik Angela Merkel, awal tahun ini berkata bahawa Islam bukanlah sebahagian tradisi dan identiti Jerman.

Bulan lalu, sebuah mahkamah di Cologne pula melarang amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki, yang mengundang kritikan masyarakat Islam dan Yahudi.

Kumpulan-kumpulan Islam di Hamburg, yang mewakili sekitar 150,000 Muslim, menyatakan perjanjian itu merupakan tanda bersejarah penerimaan Islam di negara itu. - Reuters.

u/p: Najib, Rosmah dan Sultan-Sultan Melayu ...

Anak Sultan, Jangan Jadi Setan

Malaikat pun kena cakap “Daulat Tuanku”?

Sultan of Johor: Why I asked to drive the last train out

Apakah Sultan dan Raja-Raja Melayu Tidak ...

Tunku Mahkota Johor biadap, tidak menunjukkan ...

PEMBAZIRAN NYATA: Pencen khas untuk balu ...

Jangan Ikut Perangai Sultan: Islam tidak ajar buat ...

Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.

Sultan dan Raja yang mengaku Ketua Agama Islam

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"


 
IKLAN: AlQuran Al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida`.
Posted on Friday, August 17 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: reban

"Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/431158_458648064167733_1899535828_n.jpgAl-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan

panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Harga RM75.00
 
 
 
 
" 

Menjelang Aidilfitri, Imam Hoslam DiZalimi!!!
Posted on Friday, August 17 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: wan_jtk

"Kezaliman berlaku!!!

Disampaikan oleh isteri Imam Hoslan bahawa suaminya kena belasah dalam penjara. Tidak ada sesiapa dibenarkan melawat melawat beliau selama 14 hari.

Laporan polis sudah dibuat oleh isteri beliau di Balai Polis Kajang. Polis kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

" Pemilik Nama Anwar Ibrahim ‘Asli’ Penyokong Freemason
Posted on Friday, August 17 @ 04:04:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: laniismaa

"

Kantoi…. itulah yang boleh dikatakan kepada Incik Ibrahim Ali. Ibrahim Ali sebelum ini mendakwa Anwar Ibrahim penyokong Freemason, itulah latah gelabah Ibrahim.
Namun begitu Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Ibrahim adalah Anwar lain. Lelaki paling kanan dalam gambar.
Sepatutnya Ibrahim lebih berhati-hati…taklah nanti orang nampak bodoh sangat!! 


Bagaimanakah Cara Terbaik Menyambut `Eidul-fitri?
Posted on Friday, August 17 @ 03:06:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"
 Ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.  Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.


Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?

1.  Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan  ALLAH atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya.  Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir.  Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir.

2.  Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik. 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya.  Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3.  Makan dahulu sebelum solat `Eidulfitri. 

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari  `Eidul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)”

(HR al-Bukhari)

4.  Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.” 

(HR Ibnu Majah.  Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5.  Ikut serta wanita dan anak-anak.

Ummu `Atthiyyah berkata:

“Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin.  Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

6.  Mengerjakan solat `Eidulfitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-fitri ialah sunnat muakkad.  Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda melakukan solat `Eidul-fitri secara berjamaah di musolla iaitu satu kawasan lapang di luar.  Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7.  Mendengar khutbah Hari Raya.

8.  Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat.  Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

9.  Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat radhiAllahu `anhum saling memberikan ucapan:

“TaqabbalAllahu minna wa minkum”  yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”
 
Lain-lain ucapan tertentu juga dibolehkan.  Sebarang bentuk ucapan dibenarkan selagi ia tidak membawa kepada dosa.

"



Kenapa saya berada di sebelah Najib?.. penjelasan Ust. Nasharudin (Video Inside)
Posted on Thursday, August 16 @ 23:36:28 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"

Ketika perhatian kini bertumpu padanya kerana isu kenyataan beliau mengenai isu hudud antara PAS-DAP,bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pulang ke tanahair dari Makkah,Arab Saudi tengahari Khamis.


Selain isu berkenaan penyiaran gambarnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga telah mengundang reaksi.

Kalangan pimpinan PAS tertentu kelihatan macam 'gatal tangan' hendak kenakan Nasharudin ekoran perkembangan terbaru ini.

Bercakap dalam sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ,Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok menegaskan beliau tidak berhajat hendak meninggalkan PAS ataupun menyertai UMNO.


Beliau juga relaks saja menjelaskan pertemuannya dengan Najib di persidangan OIC itu adalah atas jemputan beberapa rakan ulama di negara ini bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Kedua-dua isu berkenaan merupakan fokus utama sidang OIC itu.

Namun kalangan pimpinan PAS melihat dengan penuh curiga pertemuan itu sekalipun ia diadakan secara terbuka dan disiarkan oleh media.

Hakikatnya perbezaan ideoloji politik tidak harus menjadi sempadan atau pengalang dalam perjuangan keatas isu-isu melibatkan kepentingan Islam contohnya dalam isu Palestine dimana umat Islam bersatu suara.

Berikut adalah video penjelasan Nasharudin tentang isu ini..

Sila lihat video tersebut di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan