Sabtu, 25 Ogos 2012

HUDUD JANGAN DIPERMAIN2KAN...DIPUTARBELIT...ACAH2 AJE...UNTUNG ALLAH MASIH HIDUPKAN LAGI KITA...MATI JAWAB AJE DALAM KUBUR DAN DIPADANG MAHSYAR..BUTA AGAMA JANGAN NAK JADI HERO@MACAM ULAMAK

Guan Eng pertahan kewajaran undang2 anti lompat

Harakahdaily, 25 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata undang-undang anti lompat parti yang dicadang di negeri itu bukan mahu menyekat kebebasan berpersatuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.

"Cadangan pindaan perlembagaan negeri untuk meluluskan undang-undang anti-katak ini bukan perihal kebebasan berpersatuan tetapi perihal pengkhianatan amanah awam serta pengkhianatan prinsip-prinsip asas demokrasi perwakilan dan kebertanggungjawaban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa rancangan kerajaan Pulau Pinang itu bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan.

Mengulas lanjut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu berkata, sememangnya kebebasan berpersatuan menjamin hak rakyat untuk meninggalkan atau menyertai mana-mana parti politik yang diingini.

Namun untuk seseorang wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat adalah tindakan yang tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berprinsip yang tidak menghormati pilihan demokratik rakyat.

"Jika mereka dipilih atas tiket sesebuah parti dan ingin meninggalkan parti tersebut, mereka harus letak jawatan dan membenarkan rakyat memilih semula.

"Demokrasi, kebertanggungawaban dan etika bererti bahawa rakyat harus diberi peluang untuk mengadili sama ada keputusan wakil rakyat untuk melompat parti itu boleh diterima atau tidak," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek yang mendakwa DAP tidak konsisten kerana menerima kemasukan dua bekas ahli Umno, iaitu bekas Adun Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta blogger Aspan Alias awal tahun ini.

"Chua Soi Lek  salah. Kedua-dua mereka ini telah menunaikan hak untuk berpersatuan dengan menyertai DAP.

"Oleh kerana mereka berdua bukanlah wakil rakyat, isu pengkhianatan amanah awam atau prinsip demokratik tidak timbul," katanya.

Saya tidak sebut KM ‘angkuh’, ‘sombong’ - Mansor

Roketkini.com, 25 Ogs 2012
GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman semalam menafikan laporan bahawa beliau menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai ‘angkuh’ dan ‘sombong’ seperti yang difitnahkan oleh blog pro-Umno.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Mansor menyifatkan laporan Malaysiakini yang bersumberkan blog UMNO tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Laporan tersebut memetik laman blog pro-UMNO, Gelagat Anwar; bahawa kononnya Mansor telah berkata demikian di dalam sebuah mesyuarat strategi PKR.

“Saya ingin tegaskan bahawa tidak ada mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan. Apa yang didakwa sebagai mesyuarat strategi cuma satu perjumpaan dengan ahli-ahli PKR dengan saya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri,” kata beliau.

Menurutnya, laporan negatif tersebut tidak lain bertujuan merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik di antara PKR dan DAP khususnya di Pulau Pinang, apalagi dengan bahang pilihanraya umum  yang semakin hampir.

“Tidak ada minit mesyuarat pun seperti yang dilaporkan,” ujarnya tanpa menolak kemungkinan bahawa perbualan beliau telah dirakam dan kemudiannya diputar-belit oleh pihak-pihak tertentu.

“Apapun, ia tidak akan menjejaskan jalinan kerjasama yang baik antara DAP dan tidak akan merosakkan hubungan baik antara beliau dan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana saya sememangnya kagum dengan kesungguhan dan kerja keras beliau dalam usaha membawa kemajuan dalam negeri ini dan kebajikan serta kesejahteraan kehidupan rakyat negeri Pulau Pinang,” tambah beliau lagi.

“Saya yakin, kerjasama baik antara PKR, PAS dan DAP akan terus diperkukuhkan dan jalinan antara saya dan Ketua Menteri Lim Guan Eng akan lebih menjadi akrab dan saya berdoa terhadap Allah s.w.t agar memberi perlindungan dan kekuatan kepada kami bagi meneruskan perjungan demi rakyat.” kata beliau sebelum sessi bergambar dan bersalam-salaman bersama pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, termasuk Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow.
Mansor: Gelaran 'tokong' untuk 'sanjung' Guan Eng
12:11PM Ogos 24 2012  
Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman hari ini berkata laporan berhubung kenyataannya yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai “sombong, angkuh dan tokong” bertujuan "memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP".

Sedangkan, istilah seperti "tokong" itu merupakan "sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang", katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Perkataan seperti sombong, angkuh dan tokong telah dipetik di luar konteks bertujuan untuk memberi gambaran yang buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
NONE"Sebagai contoh, perkataan tokong sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada ketua menteri," katanya.
Mansor (berjaket) mengulas laporan berhubung kenyataannya dalam satu dokumen didakwa minit mesyuarat strategik PKR negeri yang turut dinafikannya.

"Saya ingin menegaskan, tidak ada mesyuarat strategik parti sepertimana yang dilaporkan", katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa satu pertemuan telah diadakan "antara sekumpulan ahli PKR dengan pengerusi perhubungan negeri."

"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya, merujuk kepada transkrip yang disiarkan di satu laman blog yang disifatkannya sebagai laman "anti-PKR", gelagatanwar.wordpress.com pada Jun lalu.

Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP."
Mansor membacakan kenyataan itu sepenuhnnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Lim di Pulau Pinang hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Mansor menafikan bahawa beliau tidak mengeluarkan perkataan "sombong" dan "angkuh", seperti yang dilaporkan.
"Saya tidak fikir...saya telah menyatakan (sombong dan angkuh). Tetapi 'tokong' saya ada sebut dan ia sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu.
Umno Kelantan: Kuat kuasa hudud bukan perkara mudah
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
25 Ogos 2012
mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KOTA BHARU - Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menegaskan, hukum hudud bukan satu perkara mudah dan boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya tanpa perancangan rapi.

Beliau berkata, kajian secara mendalam berhubung perundangan syariah itu sangat penting dan wajar diberi perhatian sebelum membicarakan soal pelaksanaannya demi memastikan ia dapat direalisasikan dengan berkesan di negara ini.

“Kita hendak buat apa pun memerlukan perancangan dan kita sedar negara ini belum melaksanakan hudud lagi. Bukan buat sesuatu selepas itu baru hendak fikirkan persiapan. Ini tidak boleh.

“Sepatutnya kita perlu fokus kepada persiapan terlebih dahulu baru boleh melaksanakannya (hudud).

"Ini tidak, buat dahulu baru hendak menumpukan soal persiapan sedangkan masih dalam kekeliruan dan kekaburan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri di sini.
Hudud: Amaran Abim jangan sampai cetus Islamofobia
Wartawan Sinar Harian
25 Ogos 2012
Amidi Abd Manan
Presiden ABIM, Amidi Abd Manan
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memberi amaran fenomena Islamofobia, yang melanda di luar negara, akan menular ke Malaysia jika DAP dan MCA tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam dalam polemik berkenaan hukum hudud.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, beberapa kenyataan yang dikemukakan oleh pimpinan MCA dan DAP yang sama sekali tidak mengambil kira sensitiviti serta intipati tersirat yang terkandung dalam perundangan hudud serta Islam secara keseluruhannya.

"Sekiranya keadaan ini berterusan serta tidak dibendung, fenomena Islamofobia yang membayangi keharmonian hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia akan menular ke negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Amidi juga berkata, Abim ingin menegaskan bahawa Islam sama sekali tidak menafikan hak serta kebebasan masyarakat bukan Islam.

"Hakikat serta penegasan tersebut telah digariskan secara jelas dan tegas dalam perundangan Islam (hudud secara khususnya), menerusi prinsip maqasid as-syar’iyyah.

"Lantaran itu, sebarang usaha untuk mempolemikkan perundangan Islam untuk menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan bukan Islam seharusnya dihentikan," kata beliau.

Amidi juga berkata, semua pihak harus bersedia memahami keadaan itu bagi mengatasi segala bentuk salah faham dalam masyarakat.

Justeru katanya, Abim menawarkan ruang penjelasan dalam bentuk perbincangan serta wacana yang bersifat akademik dan ilmiah.

"Abim juga bersedia untuk mengadakan siri penjelasan terkemuka dengan masyarakat awam terutama sekali di kalangan masyarakat bukan Islam," katanya.

Amidi juga berkata, oleh kerana Islam merupakan agama persekutuan, Abim mengecam sama sekali usaha pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memomokkan perundangan hudud serta perundangan Islam sebagai sebuah agenda bersifat ancaman terhadap golongan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Kata beliau, Abim menilai tanggapan tersebut bersifat politik murahan yang dihalalkan untuk meraih dukungan politik secara meluas di kalangan masyarakat bukan Islam terutama sekali di saat negara dicengkam situasi politik 'black box' ataupun keadaan politik tidak menentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Hudud: Umno hanya kritik tapi tidak positif, sindir Nik Aziz
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
24 Ogos 2012
Mansor nafi gelar Guan Eng ‘angkuh, sombong’
Suasana ketika Nik Abdul Aziz dikunjungi Mohd Asri. – Foto ihsan laman sosial Nik Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hudud yang dibentangkan Pas Kelantan sudah menjangkaui 19 tahun sedangkan Umno pula  tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.
“Umno khususnya bekas Presidennya (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang sudah bersara, tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno, tempoh 19 tahun, satu huruf pun hudud ala Umno masih belum wujud.

“Jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud," kata beliau sambil menegaskan "apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata."
"Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Beliau yang sedang berehat di HUSM atas nasihat doktor berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Di akhir kenyataan yang diposkan menerusi laman sosial Facebook, Nik Aziz juga sertakan satu foto menunjukkan beliau dikunjungi Asri. Tetapi tidak pasti bila Asri mengunjungi beliau, tetapi difahamkan ia pertemuan lama.
Mengulas teguran Asri itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, digubal mengikut pakar perlembagaan dan undang-undang negara.
Katanya, antara mereka termasuk pakar undang-undang seperti Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Datuk Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar,  Datuk Hasbullah Mohd Hassan, H Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad.

"Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali,” katanya.

Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri  dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan.

Dalam masa yang sama,  beliau menyokong kenyataan Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya.
Pemuda Pas: Karpal peguam terbaik, tapi keliru hudud
NURUL AINI MOHAMED ALI
24 Ogos 2012
Raja Ahmad Al-Hiss
Raja Ahmad Al- Hiss
SHAH ALAM - Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al- Hiss mendakwa kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh baru-baru ini berkaitan hukum hudud merupakan manifestasi kejahilan terhadap undang-undang jenayah Islam secara keseluruhan.

Raja Ahmad berkata, Karpal mengalami kekeliruan kerana beliau melihat undang-undang Islam menurut perspektif sistem undang-undang jenayah yang diamalkan di Malaysia semata-mata.

“Tidak diakui yang Karpal memang pengamal undang-undang yang pakar dan salah seorang peguam terbaik di negara ini tetapi, undang-undang Islam bukan bidang beliau,” kata beliau hari ini.

Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.

Karpal sebelum ini mengatakan pelaksanaan hukum Hudud kemungkinan tidak berupaya mengurangkan jenayah bahkan pelaksanaannya mungkin menggalakkan lagi perlakuan jenayah disebabkan beban bukti yang tinggi diperlukan bagi menyabitkan kesalahn di bawah hukum hudud.

Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kebimbangan yang dicetuskan Karpal ini tidak berasas sama sekali. Ini kerana menjadi tanggungjawab setiap umat Islam membetulkan setiap salah faham dan kekeliruan yang timbul berkaitan dengan apa jua aspek di dalam ajaran Islam,” katanya.

Beliau juga melihat kenyataan yang dibangkitkan Karpal ini semata-mata dari aspek teknikal undang-undang hudud, terutama yang berkaitan dengan aspek substantif undang-undang jenayah Islam sendiri dan aspek undang-undang keterangan.

“Kami bersedia untuk berdialog dengan sesiapa saja bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang timbul, bukan saja yang berkaitan dengan hudud tetapi segala aspek di dalam ajaran Islam,” jelasnya.

Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean

Azmi Abdul Hamid, 25 Ogs 2012
MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam Asean berdasarkan  penghapusan etnik Rohingya Muslim yang masih berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhiine Buddhist.
Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas .

Sehingga ini Malaysia masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai keganasan ke atas Umat Islam Rohingya Myanmar walaupun suatu ketetapan telah dikeluarkan dalam persidangan OIC  di Jeddah baru-baru ini bahawa semua Negara OIC perlu menyemak semula perhubungan diplomatik dengan Myanmar.

Respon Myanmar untuk mengujudkan badan siasatan khas yang dianggotai oleh  Rakhine Buddhis yang merupakan seorang pendalang kepada kempen membenci dan melancarkan serangan keatas Rohingya Muslim tidak boleh diterima sebagai tindakan yang positif kerana regim Myanmar jelas cuba bermuslihat untuk mengaburi mata dunia terhadap polisi menghapuskan etnik Rohingya yang maseh kekal.

Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berani atas nama hak kaum minoriti serta hak asasi manusia bahawa jika Myanmar maseh berdegil maka persidangan khas ASEAN perlu diadakan untuk membincangkan usul menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara tersebut.

Mapim menegaskan bahawa isu pokok yang perlu ditangani ialah isu penafian hak kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar. Isu ini menjadi persoalan yang utama jika isu yang lain hendak diatasi. Bermakna Myanmar tidak mahu menghentikan operasi penghapusan etnik kerana menganggap etnik Rohingya adalah pendatang haram.

Oleh kerana itu Negara anggota Asean dan OIC tidak punya pilihan , selain memberi tekanan politik antarabangsa keatas Myanmar untuk mengubah dasarnya terhadap etnik Rohingya.

Ketetapan di persidangan OIC perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan sejarah Palestin tidak berulang lagi , yang mana OIC dilihat sebagai badan antarabangsa Umat Islam yang tidak punyai wibawa untuk menekan Israel menghentikan penghapusan etnik Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.

*penulis adalah Setiausaha Agong MAPIM

Semua pihak mesti tegas isu lompat parti

Tindakan keluar parti beberapa nama dikenali dari parti pemerintah mencetuskan sambutan positif daripada Pakatan Rakyat, yang melihatnya sebagai satu kemenangan yang meningkatkan lagi kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam episod terbaharu, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Lajim Ukin dan Tamrin Abdul Ghafar keluar parti dan menyertai kem PR. 

Perkembangan ini semakin menunjukkan sikap tidak konsisten parti-parti politik termasuk di pihak PR terhadap tindakan lompat parti.

Dalam kes individu seperti Wilfred, Lajim dan Tamrin, kesannya tidak sebesar lompatan ahli politik yang menjadi wakil rakyat, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tetapi sikap yang ditunjukkan pihak pembangkang memperlihatkan pendirian moral yang membimbangkan dalam isu ini.

Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan PR perlu menunjukkan sikap yang jelas dalam isu moral ini, yang implikasinya setara dengan isu moral seperti rasuah, yang kuat dikecam pemimpin-pemimpin PR sepanjang masa.

Kedua-dua pihak BN dan PR jelas bersikap selektif dalam isu lompat parti, dengan logik moral yang diubah dan diselaras sewenang-wenang dalam menangani isu lompat parti.

Sikap tidak konsisten kedua-dua pihak telah dicatat dalam sejarah, melalui episod projek 16 September, 2008 yang bermatlamat menumbangkan kerajaan BN di peringkat persekutuan dan kemudian lompatan yang menjatuhkan kerajaan negeri Perak dikuasai DAP, PKR dan PAS.

Kedua-dua pihak BN dan PR pernah menunjukkan sokongan kepada penggubalan undang-undang menghalang lompat parti, tetapi mengubah pendirian apabila kepentingan menyebelahi mereka.

Banyak pihak bersetuju dengan peraturan melepaskan kerusi sebagai wakil rakyat sekiranya melompat parti, kerana umumnya wakil tersebut dipilih berdasarkan ideologi atau perjuangan parti oleh pengundi di konstituensinya. 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini bersuara menuntut undang-undang lompat parti digubal.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan menegaskan, "Kita tidak mahu wakil rakyat mencabul hak rakyat sebagai pemilih."

"Jika seseorang wakil rakyat lompat, maka dia perlu dikenakan tindakan gugur jawatan sebagai wakil rakyat, sama ada Parlimen atau Adun," katanya dipetik Harakahdaily.  

Menurut Mahfuz, isu ini "bukan soal PAS (atau) BN. Ini soal mengkhianati amanah rakyat."  





Pendirian ini perlu terus ditegaskan dan diusahakan menjadi undang-undang yang dapat mengawal moral dan integriti politik negara kita daripada pengkhianatan amanah.

PAS sendiri kini mendesak Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang juga bekas timbalan presiden parti itu agar melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat ekoran hubungan rapat dengan Umno.

Pendirian ini bermakna PAS perlu menunjukkan sikap yang sama konsisten dalam hal melibatkan lompat parti, terutama melibatkan wakil rakyat.

Hal yang sama juga perlu dilaksanakan melibatkan wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah seperti isu kesihatan, contohnya untuk memberi laluan kepada ahli politik lain bertanding di kerusi sama.

Isu lompat parti ialah satu isu moral yang besar, melibatkan implikasi luas. Sudah sampai masanya isu moral melibatkan lompat parti tidak hanya dijadikan senjata untuk menyerang lawan.

Lompat parti perlu segera ditangani dengan tegas, dihalang daripada menjadi satu ciri politik negara kita.

Jangan dekati Sinar Harian - Nik Aziz


KOTA BHARU, 7 Sept: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan ahli dan para penyokong PAS agar jangan lagi mendekati akhbar Sinar Harian.


"Akhbar itu sudah menunjukkan sikap berpihak agak keterlaluan, maka saya dengan ini mengisytiharkan supaya setiap daripada kita mengelakkan daripada mendekatinya,” katanya pada satu program di sini.


Menurutnya, akhbar itu sengaja hendak menimbulkan suasana ketidaktentuan rakyat kepada kerajaan Kelantan sekarang.


Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, menjadi satu kewajaran sekiranya pemimpin PAS tidak lagi mendekati akhbar tersebut memandangkan cara pemberitaannya sudah berat sebelah.


Menjelang pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar harian juga memuatkan iklan tajaan Umno, namun ia dilakukan pada musim kempen pilihan raya sahaja.


Bagaimanapun Sinar Harian telah memulakan lebih awal episod menjadi alat kepada sebuah parti politik.


Malah, editor kanannya pernah memberitahu seorang pemimpin PAS, akhbar itu tidak dapat dijamin tahap biasnya kepada parti politik tertentu pada kempen pilihan raya umum nanti.


Biar pun usia masih setahun jagung, namun kewujudannya kini seperti menjadi perkakas kepada parti politik tertentu. Bermula 1 Julai lalu, saban hari akhbar Sinar Harian menjadi alat kempen Umno Kelantan.


Pada awalnya hanya dua halaman disediakan untuk pasukan wartawan tajaan Umno. Kemudian pada Ogos lalu bertambah helaian kepada empat.


Sehingga ke hari ini akhbar itu membiarkan dirinya diperalatkan. Difahamkan tajaan Umno itu dibayar kira-kira RM1 juta.
Anda mungkin juga m

Generasi muda, majoriti senyap penentu keputusan PRU-13



"KAMI mahu suara anak muda didengari," kata siswa yang pada awalnya ragu-ragu untuk berterus-terang.

“Jika mengundi, kami akan pilih parti yang boleh memberi jaminan kepada anak muda. Kami mahu masalah kami didengari. Kami mahu suara anak muda mendapat perhatian sewajarnya,” katanya lagi.
Pertemuan spontan di sebuah masjid di sebuah pusat pengajian tinggi yang awalnya membabitkan tiga individu bertambah kepada 10 orang selepas solat Jumaat.
Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini. Sama ada tinggal di luar bandar atau di kawasan urban, selera dan minat siasah generasi muda sukar dianalisis. Suara mereka menerusi Facebook dan Twitter sentiasa kritikal dan sinis.
“Kami tidak menentang mana-mana kelompok. Memadai isu pelajar ditangani. Kami datang dari luar bandar. Ayah bersara. Emak suri rumah sepenuh masa. Kami perlu bantuan kewangan. Apa pun namanya biasiswa, bantuan, pinjaman atau PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), kami tak kisah. Tetapi menghapuskan pinjaman pelajaran membebankan kami. Jika kami dianggap aset negara, kenapa kami dibebankan untuk belajar pada peringkat tinggi?” 

Suara yang hampir sama kedengaran pada majlis dialog di sebuah pusat pengajian tinggi lain seminggu lebih awal.

Hari ini isu pendidikan dan generasi muda sudah sebati. Mereka pewaris negara. Lebih utama, mereka mungkin sebahagian generasi muda yang bakal membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kita tidak pasti kecenderungan pengundi muda kepada politik kepartian. Namun mereka generasi Starbucks yang mempunyai budaya yang mungkin berbeza daripada ayah dan ibu sendiri. Mereka membesar dengan media baru, menjadi pengamal setia Facebook dan Twitter, serta tidak mudah menerima pendapat yang dianggap mempunyai ciri-ciri feudalisme.


Katakan mereka generasi X atau Y yang sukar dijangka, mereka tidak peduli kerana ledakan teknologi maklumat bagai melenyapkan kelompok yang ada di persekitaran mereka.

Yang mereka pasti ialah jaringan tanpa sempadan dan sumber maklumat berada di hujung jari. Sebahagian mereka mengakui tidak menganut fahaman politik tertentu, namun tegas mereka aspirasi muda jangan diketepikan.

Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini. Sama ada tinggal di luar bandar atau di kawasan urban, selera dan minat siasah generasi muda sukar dianalisis. Suara mereka menerusi Facebook dan Twitter sentiasa kritikal dan sinis. 

Lebih sukar apabila mereka dianggap sebagai majoriti senyap yang akan membuat perkiraan menerusi peti undi. 

Perkembangan siasah sejak 2 September 1998 mengaitkan aspirasi muda dengan pembangkang. Keputusan Pilihan Raya Umum pada 1999 dan 2008 hampir membuktikan tanggapan ini.

Terkecuali pada Pilihan Raya Umum 2004 apabila sebahagian pengundi terpengaruh dengan slogan Islam Hadhari yang dipopularkan oleh mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, suasana selepas itu berbeza. Ungkapan Islam Hadhari pun tidak kedengaran lagi apabila keputusan Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 memberi gambaran drastik. 

Sukar untuk menyatakan bahawa generasi muda hari ini sebagai penentu politik negara kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mendaftarkan nama sebagai pengundi.

Sebanyak 3.7 juta rakyat di negara ini gagal mendaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka generasi muda. Golongan yang tidak mendaftar secara langsung tidak berhak membuat keputusan menerusi peti undi. Jika sekadar bersuara dan heboh dengan aktiviti kepartian tanpa peluang membuat keputusan di peti undi, tidak akan mengubah keadaan.

Kajian sebuah parti politik pula mendapati 62 peratus pengundi muda tidak menyokong sesiapa. Mereka hanya membuat keputusan pada saat akhir pengundian.

Jika banyak isu yang membabitkan kepentingan mereka, ia mungkin menjadi penentu dalam keputusan terakhir di peti undi.

Justeru, mana-mana gerakan siasah perlu cekap mengambil kesempatan supaya generasi muda berpihak kepada mereka.

Pada hari ini pola pengundian hampir boleh diteka. Undi Melayu di luar bandar dan kawasan FELDA lazimnya berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN). Melayu kawasan urban dan sekitar kawasan pusat pengajian tinggi sukar diramal. Mereka bergantung kepada isu dan kekuatan calon seperti berlaku di kawasan Bangi, Shah Alam, Nilam Puri, Skudai dan Johor Bahru. Generasi intelektual dan terdidik lazimnya mempunyai tanggapan berbeza terhadap kualiti kepartian.

Pengundi Cina boleh dijangka hala tuju sokongan mereka. Kaum India di kawasan pedalaman masih menjadi misteri. Generasi muda yang banyak bertwitter dan Facebook kini perlu diberi tumpuan.

Jika hasrat dan keinginan mereka kurang dilayani, kita boleh mengerti arah mana mereka selepas ini. Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan