Selasa, 14 Ogos 2012

HUDUD BUKAN KEHENDAK ATAU TUNTUTAN POLITIK TAPI TUNTUTAN ALLAH SWT(ISLAM)...KALAU NAK BUAT FILEM BANYAK...KATAK..LEMBU...ORANG MELAKA..PERISTIWA DI NEGERI SEMBILAN ..KAPAL SELAM...DLL...SEMUA DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT

PR, Perkasa yakin PRU selepas Tahun Baru Cina
G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH
14 Ogos 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) dan Perkasa yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi sebutan arena politik tempatan sejak lebih setahun lalu, hanya akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina awal tahun depan.
Sambil mengakui tidak terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disiarkan oleh Sinar Harian Online petang semalam, Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, mengambil kira persekitaran semasa, ‘tingkap’ yang sesuai dan terbaik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah awal tahun depan.
“Saya percaya Datuk Seri Najib hanya akan bubar selepas sambutan Tahun Baru Cina. Apa yang pasti, pilihan raya selepas hari raya… iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, bermakna awal tahun depan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
"Saya tidak terkejut langsung dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Adnan. Mustahil PRU13 akan diadakan September atau Oktober sebab masa tidak sesuai kerana ramai akan pergi untuk menunaikan haji... itu jelas.
"Kemudian September, Oktober dan November juga bulan peperiksaan. Kira-kira 400,000 pelajar terlibat dalam peperiksaan SPM, dan dicampur dengan ibu bapa, jumlahnya 800,000 orang, selain 10,000 guru menjadi pengawas dan penyelia peperiksaan," kata beliau.
Pembabitan ibu bapa dan guru dalam peperiksaan, katanya, sudah perlu dan pasti akan diambil kira oleh Najib. Sebahagian guru juga dilantik sebagai pekerja pilihan raya.
Parlimen September-November akan bermula 24 September manakala Bajet 2013 akan diumumkan pada 28 September.
"Oleh itu, saya yakin ia akan diadakan tahun depan. Melainkan jika BN terdesak untuk membubarkan beberapa hari selepas 1 Syawal," katanya dengan merujuk kepada perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini.
Tengku Adnan berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh masa tersebut sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam.

“Saya tidak berkeyakinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober, mandat akan habis pada bulan Mac tahun depan.

“(Pun begitu) saya tidak tahu mengenai itu dan semua ini perlu ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno.
Dalam pada itu, pada satu sidang media di ibu negara tengah hari tadi, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya meramalkan PRU13 akan diadakan pada Februari depan dan yakin bahawa BN memperolehi kerusi majoriti.
Ibrahim berkata, BN bakal mentadbir Kerajaan Pusat sekali lagi dengan memperolehi 136 kerusi manakala 20 kerusi lagi masih dalam keadaan samar dalam PRU13.
Menurutnya, empat negeri PR bakal mengalami perubahan terutamnya di Kedah, diramal dimenangi BN kerana majoriti rakyatnya telah berubah ke parti itu setelah beberapa kajian lisan dijalankan.
"Kita yakin BN akan menang dengan majoriti kerusi yang bakal dipegang 136 dan 20 lagi masih mempunyai harapan kearah itu.
"Kita ramal PRU13 bakal diadakan pada Februari tahun hadapan dan negeri PR akan berubah kerajaannya terutama di Kedah manakala Selangor dan Kelantan dalam keadaan 50-50 serta Pulau Pinang agak susah BN mahu rampas kembali," katanya.
Justeru itu, Ibrahim menjalankan tinjaun seluruh daerah dalam tempoh dua bulan bagi meramalkan kedudukan parti politik negara yang bakal perolehi kemenangan pada PRU kali ini.
"Kalau sebelum ini, ramai yang mengatakan BN makin lumpuh, PR semakin kuat tapi itu semua berdasarkan penggunaan media baru seperti Internet atau online.
"Tapi selepas kita buat kajian, ramai masyarakat di luar sana telah memilih BN untuk diundi pada pilihan raya kali ini," katanya lagi.
Beliau berkata, kaum India dan Cina kelas atasan akan kembali memilih BN dalam PRU kali ini.
Najib arah Kabinet bincang Seksyen 114A
G MANIMARAN
14 Ogos 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.

"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Lebih 60 NGO tubuh Majlis Gerakan NGO Islam bantu Rohingya
NOR ATIEYAH YUSOFF
14 Ogos 2012
Dr Rashed Osman Joher
Dari kanan, wakil Rohingya, Dr Rashed Osman Joher dan Pengerusi Ikiam, Datuk Zahidi bersama NGO lain semasa Persidangan Gerakan NGO Islam Asean, semalam.
KUALA LUMPUR - Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) bersama 61 badan bukan kerajaan (NGO) Asia Tenggara bersetuju menubuhkan Majlis Gerakan NGO Islam yang akan berpusat di Malaysia bagi membantu etnik Rohingya.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, gerakan tersebut menggabungkan badan Islam bagi mencari jalan untuk membantu etnik tersebut.

Beliau berkata, kesengsaraan rakyat Rohingya membuka mata masyarakat Islam terutamanya NGO berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

"Antara misi kami ialah menggesa badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menganjurkan persidangan khas mengenai isu ini.

"Malah, mendesak mereka supaya mengambil tindakan ke atas Myanmar yang gagal mematuhi dan menghormati protokol Badan Hak Asasi Manusia Asean (AHRB)," katanya selepas menandatangani Resolusi Persidangan Gerakan NGO Islam Asean Misi Kemanusiaan Rohingya, hari ini.

Antara negara yang terlibat sama adalah Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand dan Kemboja.

Menurutnya, resolusi itu ditubuhkan untuk membantu pelarian Rohingya dari terus dianiaya dan dibunuh oleh pihak berkuasa Myanmar.

"Tindakan pemerintah Myanmar yang hanya mementingkan kerusi politik berbanding kesengsaraan masyarakat Rohingya yang dianiaya dan dibunuh sejak dua dekad lalu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketika rombongannya ke Arakan baru-baru ini, mereka diberi amaran oleh pemerintah Myanmar suapaya tidak meneruskan perjalanan ke perkampungan tersebut.

Beliau bersama ahli rombongan menghadapi pelbagai cabaran kerana disekat oleh tentera mereka dari menjejakkan kaki ke perkampungan tersebut.

Menurutnya, di sebalik kekejaman pemerintah Myanmar, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kemanusiaan terutamanya, Thailand.

"Kementerian Thailand bersimpati dengan nasib masyarakat Rohingya telah membawa isu kesengsaraan mereka ini ke peringkat antarabangsa dengan merujuk kepada OIC.

"Malah, Angkatan Tentera Laut Thailand turut membantu pelarian Rohingya berlindung dari kekejaman rejim Myanmar," katanya.
Dewan Negara putuskan senator keluar parti kekal atau gugur

14 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Negara yang bertindak keluar dari parti yang dianggotainya perlu melalui proses di mana perkara itu akan dibahas pada Persidangan Dewan Negara dan diputuskan sama ada kekal sebagai Senator ataupun digugurkan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu juga boleh dibuat secara undi belah bahagi oleh anggota Dewan Negara yang mengambil bahagian dalam perbahasan.
Sokong kempen #STOP114A, PR gesa pindaan dibatal
G MANIMARAN
14 Ogos 2012
Logo Parlimen Malaysia.
Logo Parlimen Malaysia.
SHAH ALAM - Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan pendirian menyokong kempen protes  #STOP114A - menggesa Kerajaan Pusat mengkaji semula Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang dikuatkuasakan sejak Jun lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, PKR berkata, pihaknya telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, pindaan akta itu meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Kelmarin, gesaan berhubung seksyen itu turut dilahirkan oleh Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin.

Kempen protes turut meminta orang ramai melahirkan sokongan dengan menandatangani petisyen. Laman sosial Facebook juga dibuka bagi tujuan itu.

"Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain," kata Tze Tzin yang juga Ahli Dewan Undanga Pantai Jerejak

Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

"Dan, jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.

"Oleh itu, PKR menggesa kerajaan untuk menarik balik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang," katanya lagi.

Kata beliau, PKR turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.

Dalam kenyataannya dua hari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut beliaua, akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun telah dipinda.

Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.

“Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.

Semalam, beberapa pengikut akaun Twitter Khairy juga meminta beliau membawa perkara itu ke Parlimen.

Pandangan itu disampaikan apabila Khairy berkata Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini.
"Ia mesti dibawa ke Dewan Negara dan dibahaskan sama ada ia jatuh ataupun kekal, ikut budi bicara Speaker, kejatuhan hanya atas keputusan Dewan," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Wan Junaidi berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, Senator dilantik mengikut jangka masa tertentu sama ada dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas saranan Perdana Menteri, ataupun dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Perkara itu kemudian akan dibawa ke Dewan Negara, dan atas permintaan anggota, perkara itu dibahas dan boleh diundi belah bahagi, sekiranya pada masa itu bukan masa persidangan, maka Speaker akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan persidangan khas," katanya.

Beliau berkata sekiranya Senator dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong maka pihak yang mencadang akan membawa perkara itu kepada Perdana Menteri sebelum memohon perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Yang di-Pertuan Agong setuju, ia akan dibawa ke Dewan Negara dan dibahas, siapa kata setuju kata setuju, dan siapa tidak bersetuju katakan tidak, sekiranya ada 15 orang anggota yang tidak bersetuju, maka undi belah bahagi akan diadakan," katanya.

Dr Wan Junaidi berkata Senator itu juga boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengundi bagi mempertahankan dirinya serta mempengaruhi Dewan sama ada beliau layak menjadi Senator ataupun tidak.

Ahad lepas, Senator Datuk Maijol Mahap, yang juga Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko), mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) kerana hilang keyakinan parti komponen itu benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah.

Sementara itu, mengulas kedudukan kerusi Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dewan Rakyat, Dr Wan Junaidi berkata jika mereka tidak memasuki mana-mana parti pembangkang, mereka akan ditempatkan di blok Bebas.

Bagaimanapun, beliau berkata Parlimen hanya akan bertindak selepas mendapat maklumat rasmi berhubung tindakan mereka yang keluar BN daripada pihak tertentu.

"Parlimen bertindak sebagai pelaksana dan tidak boleh mendengar khabar angin di luar sana, kalau mereka (Lajim dan Bumburing) dan parti mereka tidak beritahu Parlimen, kita tidak boleh bergantung kepada maklumat yang dibaca di dalam akhbar," katanya sambil menambah beliau tidak pasti sama ada Parlimen sudah menerima surat rasmi daripada mereka.
3 suspek kes letup Bank Rakyat ditahan, 1 diburu
ROSALWANI CHE SOH
14 Ogos 2012
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM.
[DIKEMAS KINI] ALOR GAJAH - Tiga suspek ditahan oleh polis berhubung kejadian ledakan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Melaka kelmarin.
Sumber berkata, tiga suspek lelaki berusia 24 dan 30-an yang baru beberapa tahun bertugas di negeri ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.
Difahamkan, suspek pertama ditahan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
“Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada suspek pertama, dua suspek lagi berjaya dikesan sebelum ditahan di tempat berlainan dalam kawasan mereka bertugas beberapa jam kemudian.
“Maklumat tambahan yang diperoleh mendapati terdapat seorang lagi suspek dipercayai masih bebas dan balik bercuti akan ditangkap dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka.
Dalam pada itu seorang suspek kes ditahan oleh polis Kelantan di Pasir Puteh awal hari ini.
Lelaki berusia 25 tahun, yang dipercayai bertugas sebagai kakitangan awam, berjaya diberkas kira-kira jam 2.45 pagi semasa berada di rumahnya di Kampung Merkang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek akan diserahkan kepada polis Melaka untuk tindakan selanjutnya.                                   

"Dipercayai lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan, bekerja berhampiran kawasan bank itu," katanya.
Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas cuba meletupkannya.
Dipetik media kelmarin, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah
sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).
Letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.
Hudud: Perkasa minta bukan Islam 'diam seketika'
Jamilah Hamzah
14 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Perkasa menasihatkan bukan Islam tidak mencampuri hal berkaitan Islam terutamanya isu hudud yang dicadangkan oleh Pas dan beberapa pemimpin Umno.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Islam jangan mempersoalkan hudud kerana setiap yang akan dilakukan akan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia.
Menurutnya, Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyat berhak membuat keputusan atas sesuatu perkara yang akan dilakukan dalam negara termasuk perkara-perkara yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan.
"Kita minta, orang bukan Islam yang lantang berbicara mengenai hukum hudud ini supaya berdiam seketika untuk mencari jalan penyelesaian dan cara terbaik untuk mendapat penjelasan mengenai isu ini.
"Hudud bukan undang-undang yang zalim tapi ia sesuai untuk semua, masyarakat bukan Islam tak perlu merasa tergugat," katanya kepada sidang media di pejabatnya dekat sini hari ini.
Sebelum ini, isu hudud telah dicadangkan oleh pemimpin Pas untuk dilaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya walaupun  Pakatan Rakyat yang lain tidak bersetuju dalam pelaksanaan itu.
Lebih sebulan lalu, wakil rakyat Umno dari Johor juga menyuarakan hasrat agar diadakan undang-undang hudud di negeri itu.
Pelbagai reaksi telah timbul ekoran isu hudud diperbangkitkan oleh semua parti politik negara.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata, orang Islam tidak seharusnya berlembut hati dan bertolak ansur sekiranya hukum-hukum ALLAH dipermainkan oleh kaum beragama lain.
"Kita boleh bertolak ansur untuk isu lain, tapi hukum ALLAH dan hal yang bersangkut dengan agama Islam jangan biarkan orang lain permainkannya.
"Jangan kita berpakat dengan orang seperti itu, kerana yang akan menang adalah orang lain," katanya lagi.
Hudud, ke arah ketegasan Pas
RAHMAN SHAARI
14 Ogos 2012
Perkembangan polemik hukum hudud sebenarnya tidak baru. Apabila Nasrudin Hassan Tantawi mengemukakan perkara ini semula, pembaca khasnya, dan rakyat umumnya, tidak berasa sesuatu yang segar. Karpal Singh yang bangkit menentang idea itu pun sudah menjadi klise.

Tiada kesungguhan dalam menyatakan perkara di atas.  Hasrat Pas untuk menubuhkan Negara Islam sudah lama, iaitu kira-kira empat dekad atau lebih. Pada masa lalu, Pas bersendirian untuk mencapai maksud tersebut. Apabila Pas mula bekerjasama dengan parti-parti yang bertentangan dengan hasrat itu, kita mengetahui munculnya suasana yang chaotic dalam perhubungan. Keadaan chaotic itu tersembunyi, iaitu merupakan kekacauan dalaman, atau sampah di bawah tikar.

Keadaan chaotic dalam hubungan Pas dan DAP dapat diimaginasikan, biarpun katalah Karpal Singgh tidak muncul menyanggah berkali-kali. Kata-kata Karpal, bahawa sesiapa pun perlu melangkah mayatnya dulu sebelum Negara Islam ditubuhkan, adalah suara ramai di
pihaknya. Orang lain dalam DAP agak diam, dan ini menyebabkan Nasarudin memutuskan bahawa hanya Karpal yang menentang hasrat Pas, manakala DAP secara keseluruhannya menerima hukum hudud.

Polemik Pas dan DAP muncul berkali-kali kerana masing-masing mahu mengemukakan diri, bukan idea. Mengapakah Pas yang sudah mengatakan Negara Islam tiada  dalam al-Quran  –   dan Negara Berkebajikan yang betul, kembali menyebutkan Negara Islam? 

Dalam menyatakan dan membincangkan hal ini, satu daripada beberapa sudut yang perlu diperhatikan ialah ketegasan Pas. Adakah Pas tegas? Dalam retorika yang terpapar di pentas-pentas ceramah, Pas kelihatan amat tegas. Namun, jika kita mengukur pendirian Pas melalui perubahan demi perubahan saranan presidennya, hasilnya lain. Datuk Seri Abdul Hadi Awang penah menyarankan Negara Islam, kemudian Negara Perpaduan, seterusnya Negara Berkebajikan, dan kini berbalik kepada Negara Islam. Peralihan daripada satu konsep ke konsep lain memperlihatkan betapa mudahnya Pas beranjak. Jadi, saya menyimpulkan, Pas tidak tegas.

Pada masa ini, Nasrudin Hassan Tantawi kelihatan jauh lebih tegas daripada yang lain. Adakah kini sampai sudah  zaman anak muda?  Dalam hal dukungan parti, saya fikir eloklah Nasrudin diberikan
Perkasa buat filem Anwar jika PR terus pertikai Tanda Putera
Jamilah Hamzah
14 Ogos 2012
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan pihaknya akan memberi sokongan padu kepada Pengarahnya, Datuk Paduka Suhaimi Baba.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata filem yang dikatakan mempunyai unsur perkauman oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah tidak benar kerana filem itu dibuat berdasarkan sejarah.

Menurutnya PR tidak perlu mempersoalkan plot ceritanya walaupun ada adegan yang menimbulkan sensitiviti kepada masyarakat kerana itu berkaitan dengan sejarah.

"Kami akan berunding dan membantu pengarah filem Tanda Putera itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa 'sensor'.

"Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, PR menyatakan filem arahan Suhaimi itu bakal menimbulkan kembali semangat dan menegangkan kembali hubungan perkauman di Malaysia seperti kejadian 13 Mei dahulu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata pembangkang tidak seharusnya menjadikan filem sejarah ini sebagai agenda lain untuk kepentingan parti sendiri.

"Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur Sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

"Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula selepas ini," katanya lagi dalam nada bergurau.

Menurutnya, filem yang berkaitan sejarah seharusnya diperluaskan untuk rakyat menghayati sejarahnya bukan memberi gambaran yang negatif terhadap usaha itu.
ruang dan peluang  yang cukup untuk beliau mencapai kemajuan.

Walaupun beliau amat muda untuk berhadapan dengan Karpal Singh, biarkan beliau melaksanakan wawasannya, yang tidak lain daripada wawasan Islam yang amat diyakininya.

Perlu dinyatakan dengan jelas, pada dasarnya Nasrudin tidak hanya berdepan dengan Karpal Singh yang panas, dan DAP secara suam, malah beliau juga perlu menjawab kenyataan  dan gesaan Marina Mahathir yang juga berbahang. Marina berkata “Enough with hudud” ( The Star, 19 Julai, 2012). Marina membuka kolumnya dengan mengisahkan seorang lelaki menembak isterinya yang dituduh berzina, terdapat dalam video. Keseluruhan tulisan Marina bermaksud menyatakan kezaliman, dan ini dikaitkan dengan hudud. Kata Marina, “I think this video should be shown to the growing number of politicians in this country who think hudud is a good idea for Malaysia.”  Dalam hal ini, seorang teman saya mengatakan Marina tidak menghayati  roh hudud, tetapi hanya sekadar mengetahui hal luaran hudud.

Saya bermaksud menyatakan bahawa tugas Nasrudin Tantawi adalah berat, jauh lebih berat daripada sekadar berpolemik dengan Karpal Singh. Dikatakan berat, kerana di samping beliau perlu terus bertegas dengan prinsipnya, beliau juga perlu mengambil kira perhubungan baik yang dijagai oleh teman-teman dan ‘pakcik-pakciknya’  dalam PKR, dan dalam Pas sendiri. Dalam PKR beliau tentulah perlu menjaga hati Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala dalam Pas beliau kena menimbangkan kaedah politik Mohamad Sabu.

Tampaknya kita tidak percaya akan adanya usaha singkat. Ertinya, akan terus berlaku perulangan. Jalan tegasnya perlu ada, dan saya fikir Nasrudin perlu menyebutkan dan mengamalkan pesanan penting Hadi Awang dalam dekad 1980an. Kata Hadi, kita kena memilih jalan lurus, tidak tertarik pada  di kiri kanan, untuk menegakkan Islam di muka bumi. Nasruddin mesti menggunakan inti fikiran Hadi, bahawa Pas menentang sesiapa saja yang menyokong perlembagaan yang bukan Islam. Kenyataan ini akan membawa Pas ke arah ketegasan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan