Selasa, 14 Ogos 2012

HEBAT...MEMUJI DIRI...BANGGAKAN DIRI..MASUKKAN BAKUL SENDIRI ANGKAT..BERJAYA MANA KITA PUN TU ANUGERAH ALLAH SWT...JANGAN KITA DAPAT DISESATKAN OLEH SYAITAN....HANTAR SURAT BUKAN CARI PENERIMA...KAN ITU KERJA AMIL..TAK KERJA TAK PATUT DAPAT BAHAGIAN ASNAF...DAH MACAM BADAN KEBAJIKAN..(TUGAS AMIL..BANCI ASNAF..KUTIP...BUAT AKUAN..BAHAGI2 KEPADA YANG LAYAK@ASNAF...BUKAN DUDUK MENUNGGU)

Hasan Ali: Saya berjaya 'kunci' mulut mubaligh Kristian

  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:28AM Ogos 14 2012
Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Ali mendakwa siri pendedahannya berhubung usaha mengkristiankan umat Islam berjaya menutup mulut golongan mubaligh Kristian.

Beliau mendakwa, langkah mendedahkan video pengakuan mangsa terbabit dan ceramah yang disampaikannya dalam siri jelajah di seluruh negara akhirnya berjaya mendiamkan golongan mubaligh itu.

NONE"Atas pendedahan video itu, reda sedikit bishop dan reverend. Mereka tak bercakap (soal mendekati orang Islam)," katanya bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Bercakap dalam satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur bersama lebih 100 umat Islam yang didakwa pernah cuba dimurtadkan malam tadi, Hasan berkata, masyarakat sedar dan tidak lagi mengkritik JATI.

Malah, katanya, usaha dan "ugutan" terhadap NGO itu juga tidak lagi kedengaran di alam maya seperti sebelum ini.

"Kalau baca dalam blog, orang 'tertinggi' (dulu) bantai JATI, ugut kita. Tetapi sekarang sudah reda," katanya.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan usaha menubuhkan sebuah yayasan antimurtad bagi memasuki "gelanggang utama" dakwah yang lebih luas.

Badan dinamakan Yasasan Murni Akidah itu, yang sedang dalam proses pendaftaran, dikembangkan daripada Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhkannya semasa menjadi exco agama Selangor, kata Hasan.

Hasan ali pc"Kita (melalui yayasan ini) akan kemukakan proposal pada pihak berwajib untuk melaksanakan cadangan yang melibatkan dasar dan implementasinya (berkaitan akidah)," katanya lagi.

Yayasan itu, kata Hasan, akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan NGO bagi membendung ancaman Kristianisani yang didakwanya kritikal dan getir.

Katanya lagi, yayasan tersebut kini mula menerima "bantuan" dan sokongan daripada golongan profesional.

Hasan juga berkata, JATI akan turut merekrut pendakwah yang mempunyai daya tahan dan daya saing seperti golongan paderi yang turun ke pedalaman dengan susah payah.

Langkah itu bagi menyaingi dakyah yang didakwanya disebarkan kumpulan Kristian.
 Sifat terpuji

Uzlah hati: Mengosongkan hati dari terpaut & terpesona dengan makhluk.
Zuhud : Tidak mahu dan tidak tolak takdir yang Allah Ta'ala tetapkan (tidak berangan-angan untuk dapat rezeki lebih dan tidak tolak rezeki yang Allah Ta'ala anugerahkan).
Tazallul : Rasa hina dihadapan Allah Ta'ala.
Tawadhuk : Rasa rendah diri kepada Allah Ta'ala.
Sedikit ketawa & banyak menangis.
Zauq : Rasa kemanisan iman.
Jazbah : Tarikan iman anugerah dari Allah yang menyebabkan peningkatan iman secara mendadak.

Sifat keji

Mengumpat: bercerita kisah benar tentang seseorang yang mana jika diceritakan kepadanya akan membuatkannya marah.
Fitnah : Mengadakan cerita yang tidak benar tentang seseorang samada dihadapan atau dibelakangnya.
Ujub: Rasa hairan diri tiada dosa.
Riyak: Meninggalkan amal ibadah kerana bimbangkan makhluk berkata itu ini.
Syirik: Mengerjakan amal ibadah kerana makhluk.
Cinta dunia & takut mati.

Kesimpulan: Adakah kita rasakan sifat yang terpuji semakin menebal dalam hati kita (peningkatan iman) atau sifat terkeji yang semakin menguasai hati kita? (kemerosotan iman).


 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala. 

Jadi, apa dia pop-up hitam ini?
8:31AM Ogos 14 2012
Awal tahun ini, pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan oleh Parlimen, secara radikal telah mengubah bagaimana pengguna atau pembekal perkhidmatan internet boleh tertakluk kepada tindakan undang-undang atau fitnah jenayah.

Secara ringkasnya, pakar undang-undang percaya bahawa pindaan kepada Seksyen 114A akan bermakna sesiapa sahaja, termasuk kerajaan, boleh memulakan tindakan undang-undang atau fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik lamanweb, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian WiFi berkaitan dengan kandungan yang disiarkan oleh individu lain.

NONEDalam lain perkataan, jika seseorang itu menyiarkan komen fitnah di blog, pemilik blog mungkin disaman atau didakwa melakukan fitnah jenayah.

Malaysiakini percaya bahawa undang-undang ini adalah tidak adil dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan.

"Perubahan-perubahan kepada undang-undang ini adalah satu penghinaan kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Kami percaya bahawa kerajaan menggunakan perubahan secara halus ini untuk menghakis kebebasan bersuara di talian.

"Malaysiakini
menyeru kepada semua pengguna internet untuk bangun menentang pindaan-pindaan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Malaysiakini menyertai Hari Tegah Siar browser pop-up anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) untuk menghebahkan mengenai undang-undang zalim ini kepada pembaca dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb rasmi kempen tersebut.

FAQ mengenai 114A


Adakah ini satu undang-undang baru?

Tidak, ia adalah satu pindaan yang dibuat awal tahun ini dalam Akta Keterangan. Sebelum ini, apabila seseorang dituduh dengan hasutan berkaitan posting di blog, pendakwa raya perlu membuktikan bahawa Encik/Cik X sebenarnya menulis posting terbabit di  blognya. Sekarang, jika Encik /Cik X mendakwa dia tidak memuat naik posting tersebut, dia dikehendaki membuktikannya.

Adalah tidak jelas bagaimana seseorang itu hendak membuktikan bahawa dia tidak meletakkan posting terbabit. walaupun jika kita katakan bahawa orang lain telah menggodam lamanweb tersebut dan memuat naik posting terbabit, memang tidak ada cara untuk membuktikannya.

Perkara yang sama juga membabitkan rangkaian WiFi. Jika seseorang di dalam rumah anda menggunakan WiFi anda yang didaftarkan di bawah nama anda untuk membuat posting, maka anda akan didakwa, melainkan anda boleh membuktikan bahawa orang lain di rumah anda yang melakukannya.

Adakah ia juga memberi kesan kepada pemilik lamanweb dan blog?

Ya, pemilik lamanweb kini bertanggungjawab ke atas semua komen yang dibuat di lamanwebnya.

Tetapi bukankah itu baik? Kita tidak harus membiarkan fitnah dalam talian.

Malaysiakini tidak akan membiarkan perbuatan memfitnah. Ambil forum awam kami sebagai analogi. Jika seseorang membuat  sesuatu fitnah semasa Debatkini, patutkah Malaysiakini bertanggungjawab, atau orang yang membuat kenyataan terbabit bertanggungjawab terhadapnya?

Seharusnya orang yang membuat komen itu yang perlu bertanggungjawab, bukan pemilik lamanweb.

Apakah kesan pindaan tersebut?

Semua lamanweb, hotspot WiFi, rumah dan pejabat akan terpaksa menghentikan orang daripada menggunakan internet untuk menghantar komen. Orang ramai akan menjadi lebih takut untuk bersuara. Jika bilangan orang yang bersuara dalam talian berkurangan, maka ia lebih mudah untuk mendakwa dan mempenjarakan yang lain.

Mereka yang menyokong kempen tegah siar


Sehingga ini, 57 lamanweb di Malaysia - termasuk portal berita, lamanweb komersil, NGO dan blog terkemuka - mengambil bahagian dalam kempen ini.

Portal/laman berita


    Free Malaysia Today
    Malaysiakini
    Digital News Asia
    The Nut Graph
    Harakah Daily
    Keadilan Daily
    BFM Radio
    Mobile World
    Tranungkite
    MalaysianWireless
    NegaraKita

Penulis blog dan tokoh masyarakat

    Marina Mahathir
    Lim Kit Siang
    Tukar Tiub
    Uppercaise
    Nat Tan
    Niki Cheong
    myAsylum
    Anil Netto
    juanajaafar
    NTGravity Zone
    Sarawak Bloggers
    Sivin Kit
    Fahmi Fadzil
    Cyril Dason
    2dayblogger
    Kaki Sakat
    Lucia Lai

Laman komersil dan keusahawanan


    lelong.com.my
    entrepreneurs.my
    nexusmediaworks
    MOL
    MudahAlih.my

Sumber dalam talian dan lamanweb komuniti

    cari.com.my
    anixekai.com
    LoyarBurok
    mobile88
    jbtalks
    edu.joshuatly.com
    Xela City

Laman persatuan/pertubuhan sivil/NGO


    Malaysian Bar Council
    Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
    Aliran
    Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling  Analysis (REFSA)
    Sinar Project
    Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
    SEACeM
    Tindak Malaysia
    Islamic Renaissance Front (IRF)
    Lawyers for Liberty
    Perak Women for Women
    Empower
    Women's Centre For Change
    All Women's Action Society (Awam)
    Sisters in Islam (SIS)
    Women's Aid Organisation (WAO)
    Voice of the Children
Pekerja kilang ditemui mati dengan kesan jerut
10:31AM Ogos 14 2012
Seorang pekerja kilang ditemui mati dengan kesan jerut di leher di sebuah pangsapuri di Taman Taming Jaya, Balakong dekat ibunegara malam tadi.
  
Mayat Sabturiah Faizal, 19, ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik tidur oleh kakaknya Samsiah, 30-an yang baru pulang bekerja di sebuah kilang berhampiran untuk berbuka puasa pada pukul 7 malam.
  
"Adik tinggal berseorangan kerana dia bercuti dan saya pulang untuk berbuka dengannya," katanya ketika ditemui pemberita.
  
Samsiah berkata walaupun tidak ada tanda rumah dipecah masuk, wang tunai berjumlah RM500 dan barangan kemas didapati hilang.
  
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

- Bernama
PAS Sabah mahu dua penulis anggotai panel RCI

  • Victor WS Tan
  • 10:22AM Ogos 14 2012
PAS Sabah menggesa kerajaan pusat sebagai memasukkan dua pengarang yang menulis secara meluas mengenai ledakan luar biasa penduduk Sabah dalam panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di negeri ini.

suhakam roundtable kk sabah 020806 dr chong eng leongMutalib Muhd Daud dan Chong Eng Leong (kiri) telah menulis
beberapa buah buku mengenai topik tersebut. Mutalib adalah anak kelahiran Kedah yang kini menetap di Sabah, manakala Chong menulis buku ketika dia menjadi pemimpin PBS. Chong kini bersama PKR.

Ketua Publisiti Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Mohammad Nor berkata dewan itu tidak gembira dengan barisan anggota RCI kerana ia kekurangan pakar mengenai isu berkenaan

"Mutalib dan Chong telah terlibat dalam menulis pendedahan mengenai isu pendatang haram di Sabah," tegas Mohd Firdaus.

Beliau berkata seorang lagi tokoh pakar yang penting kepada panel tersebut ialah Tan Sri Simon Sipaun, yang telah melakukan penyelidikan terhadap topik tersebut ketika berkhidmat sebagai naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Tidak ada seorang pun yang terbabit dalam siasatan tersebut yang benar-benar boleh mewakili rakyat Sabah," katanya.
Sokong kempen #STOP114A, PR gesa pindaan dibatal
G MANIMARAN
14 Ogos 2012
logo parlimen
Logo Parlimen Malaysia.
SHAH ALAM - Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan pendirian menyokong kempen protes  #STOP114A - menggesa Kerajaan Pusat mengkaji semula Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang dikuatkuasakan sejak Jun lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, PKR berkata, pihaknya telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, pindaan akta itu meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Kelmarin, gesaan berhubung seksyen itu turut dilahirkan oleh Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin.

Kempen protes turut meminta orang ramai melahirkan sokongan dengan menandatangani petisyen. Laman sosial Facebook juga dibuka bagi tujuan itu.

"Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain," kata Tze Tzin yang juga Ahli Dewan Undanga Pantai Jerejak

Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

"Dan, jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.

"Oleh itu, PKR menggesa kerajaan untuk menarik balik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang," katanya lagi.

Kata beliau, PKR turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.

Dalam kenyataannya dua hari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut beliaua, akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun telah dipinda.

Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.

“Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.

Semalam, beberapa pengikut akaun Twitter Khairy juga meminta beliau membawa perkara itu ke Parlimen.

Pandangan itu disampaikan apabila Khairy berkata Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini
Hudud: Abdul Hadi tidak wajar salahkan Pusat
ROSLINDA HASHIM
14 Ogos 2012
JITRA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menyatakan pendirian tegas mengenai pelaksanaan hukum hudud termasuk tidak menyalahkan pihak lain berikutan tidak dilaksanakan di negara ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pendirian Abdul Hadi yang sentiasa berubah didakwa ada kaitan dengan telunjuk DAP amat dikesali. Ia bukan suatu tuduhan sebaliknya berdasarkan fakta.
“Sebelum Abdul Hadi menyalahkan Kerajaan Pusat, seeloknya perbetul diri sendiri. Adakah beliau lupa fatwa yang pernah dibuat dahulu?
"Dulu mahu wujudkan negara Islam tetapi kini berubah kepada negara berkebajikan. Jadi macam mana Pas mahu laksana hudud,” katanya pada majlis berbuka puasa Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) bersama media di sini malam semalam.
Menurutnya, kenyataan pemimpin Pas sebelum ini berhubung hudud hanya sekadar untuk melepaskan diri dan beliau percaya rakyat sudah muak dengan pandangan mereka yang sentiasa berubah-ubah.
“Antara situasi yang mendukacitakan ialah slogan membangun bersama Islam, menubuhkan negara Islam dan dalam komponen itu diselitkan hudud. Selepas sekian lama berjuang mahu tubuhkan negara Islam, dua tahun lealu, Pas umum tidak mahu lagi bangunkan negara Islam, sebaliknya memilih negara berkebajikan,” katanya.
Mahdzir berkata, perubahan pendirian itu jelas menafikan perjuangan pemimpin Pas terdahulu yang sudah lama berjuang mahu membangunkan negara Islam.
“Abdul Hadi pernah mengeluarkan fatwa mahu bangunkan negara Islam hingga menyebabkan berlaku peristiwa Memali pada 1985. Ketika itu mereka yang terkorban diisytiharkan syuhada kerana berjuang mahu menubuhkan negara Islam,” katanya.
Sebaliknya, Mahdzir berkata, perjuangan Pas kini sudah tersasar daripada landasan sebenar, apabila mula mengubah slogan kepada membangunkan negara berkebajikan.
“Saya ingin bertanya kepada Abdul Hadi, apa yang berlaku sekarang. Perjuangan sekian lama untuk tubuhkan negara Islam dinafikan apabila ada campur tangan DAP. Pengorbanan pemimpin Pas terdahulu sia-sia sahaja kerana tujuan mereka kini adalah untuk tubuhkan negara berkebajikan,” katanya.
Sabtu lalu, Abdul Hadi menyelar Kerajaan Pusat kerana tidak melaksanakan hudud walaupun berkemampuan. Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukum hudud pada zaman pemerintahannya
Mufti Selangor minta NGO OKU hantar surat
Wartawan Sinar Harian
14 Ogos 2012
Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
PERSATUAN atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim di Selangor, yang mahu dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) terlebih dahulu diminta mengemukakan hasrat menerusi surat rasmi kepada Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, kata Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Beliau yang mengulas laporan Bicara Isnin mengenai cadangan supaya memasukan persatuan OKU Muslim ke dalam asnaf fisabilillah sebagai layak menerima bantuan zakat berkata, LZS sentiasa membuka ruang untuk berbincang.

"Sebab itu, adalah lebih baik persatuan-persatuan yang menguruskan OKU Muslim ini hantar surat. Di dalam surat rasmi itu, perlu dinyatakan apakah hasrat mereka dan perjelaskan apakah aktiviti yang dikendalikan oleh mereka.

"Saya percaya ruang (berbincang) sentiasa ada. Sekiranya aktiviti pembelajaran dan pendidikan yang dikendalikan persatuan-persatuan tersebut dinyatakan dengan terperinci tiada sebab untuk tidak dibincangkan (hasrat untuk dimasukkan ke dalam asnaf fisabilillah).

Lebih-lebih lagi aktiviti tersebut yang membawa kepada unsur amal makruf nahi mungkar," katanya.

Setelah hasrat persatuan-persatuan yang menguruskan OKU disampaikan menerusi surat rasmi, Mohd Tamyes berkata, perkara tersebut akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh jawatan kuasa khas.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bantuan zakat hanya boleh diberikan kepada Muslim sahaja.

"Jika persatuan itu tidak bercampur dengan ahli OKU bukan Muslim, hasrat untuk mendapatkan bantuan zakat ada ruang dibincangkan. Kerana kita kena tahu, antara lain tujuan zakat adalah menjaga maslahat masyarakat Islam," katanya.

Menurut beliau, mengenai boleh atau tidak persatuan-persatuan OKU Muslim ini mendapatkan bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah, akan diputuskan oleh jawatan kuasa khas.

"Yang penting hantar surat dulu," katanya.
Ribut landa Jengka, persiapan Aidilfitri mangsa terjejas
NORHAFIZAN ZULKIFLI
14 Ogos 2012
Roslan menunjukkan bumbung rumahnya yang rosak.
Roslan menunjukkan bumbung rumahnya yang rosak.
Kedai Mohamed Ramli antara yang paling teruk terjejas.
Kedai Mohamed Ramli antara yang paling teruk terjejas.
JENGKA - Dalam tempoh tak sampai seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, 27 keluarga dan sebuah kedai makan di Jengka 12 dan Jengka 21 mendapat dugaan menjelang hari lebaran itu apabila rumah mereka rosak akibat dilanda ribut, semalam.

Lebih memilukan apabila sebahagian daripada mereka sudah berhabisan wang ringgit membuat persiapan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, Ahad ini.

Kejadian ini merupakan insiden paling teruk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. Difahamkan sebanyak 16 rumah di Jengka 12 rosak dan 11 rumah kediaman di Jengka 21 turut mengalami nasib sama.

Salah seorang mangsa di Jengka 12 terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila keseluruhan atap tingkat atas rumahnya diterbangkan ribut.

Tidak hanya atap, malah hujan lebat malam semalam menyebabkan keseluruhan barangan tingkat atas rumah kedai tersebut dibasahi air.

Pemilik rumah terbabit, Mariam Ibrahim, 59, tidak menyangka kejadian tersebut akan menimpa dirinya lebih-lebih lagi di saat orang lain sedang sibuk melakukan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi saya. Lebih menyedihkan, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah seminggu yang lalu.

“Tidak habis lagi kepenatan pulang dari mengerjakan umrah, kini saya diduga pula dengan ujian sebegini,” katanya.

Reda dengan ketentuan Tuhan, Mariam bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dari kejadian ribut terbabit.

“Ketika ribut itu berlaku, saya dan anak-anak berada di Temerloh kerana membeli barangan kelengkapan menyambut Aidilfitri.

“Sekitar jam 7.15 malam semalam, saya dihubungi jiran yang mengatakan atap rumah saya habis diterbangkan ribut,” katanya.


Hanya sekali tiup

Menceritakan detik ribut tersebut, seorang pemilik kedai makan yang musnah 80 peratus dalam kejadian ribut itu, Mohamed Ramli Jamil, 45, berkata, angin ribut terbabit cuma datang sekali, namun cukup untuk menerbangkan keseluruhan atap kedainya.

“Ketika kejadian, saya sedang menyiapkan moreh untuk diagihkan di masjid selepas Terawih.

“Pada asalnya, ia cumalah ribut biasa berserta hujan. Selepas hujan dan ribut tersebut berhenti dan tiba-tiba datang satu angin kuat seperti berpusing menerbangkan atap kedai saya sejauh 50 meter,” katanya.

Dia menganggarkan kerugian sekitar RM5,000 dan ketika kejadian itu juga, terdapat wayar elektrik yang putus di rumahnya.

“Bimbang terkena renjatan, saya, isteri dan anak perempuan saya berlari ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri.

Seorang lagi penduduk yang rumahnya turut terjejas dalam kejadian terbabit, Roslan Mohd Junadin, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku sepantas kilat ketika mereka sedang bersiap untuk berbuka.

“Ia berlaku terlalu pantas sehinggakan kami tidak sempat menyelamatkan barangan kami. Secara tiba-tiba atap rumah kami terbang lalu merosakkan segala barang yang ada,” katanya.


Selesaikan Aidilfitri

Sebaik sahaja mendengar berita berkaitan kejadian ribut terbabit, pihak Felda terus turun padang melawat mangsa kejadian.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, sebanyak 16 rumah yang telah dikenal pasti dan wang bantuan bencana sebanyak RM300 telah dihulurkan kepada mangsa.

“Selain menghulurkan bantuan berupa wang, kami juga telah memanggil kontraktor untuk membaiki rumah mangsa yang terlibat dengan kadar segera.

“Pada hari ini (semalam) kerja-kerja pembaikan telah bermula dan kita harap pembaikan ini dapat disiapkan segera sebelum menjelang Aidilfitri,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian ribut terbabit merupakan takdir yang ditentukan Ilahi, justeru tidak kira peneroka mahupun generasi kedua, bantuan tetap akan dihulurkan.

Hadir sama melawat mangsa kejadian ialah Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amin Othman. Khairul Amin yang memberitahu, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Pungutan Zakat bagi membantu meringankan beban mangsa bencana terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan