Selasa, 14 Ogos 2012

MANA YANG TAK SUKA KEBAIKAN...DAN APA YANG KITA BUAT ADALAH SURUHAN ALLAH@SYARIAT...ATAU DISEBUT DALAM QURAN DAN HADIS...TAPI DITOLAK DAN BENCI...YANG BENCI DAN MENOLAK NI ADALAH SYAITAN...SYAITAN MEMANG TAK SUKA PADA KEBAIKAN...SYAITAN KERJANYA MENGAJAK MANUSIA MASUK NERAKA BERSAMA2 DENGANNYA...

Kaji semula kerjasama PR, Hasan Ali gesa Pas
NOOR AZURA SAHRIL
13 Ogos 2012
Hasan Ali
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas  perlu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ini kerana menurut Hasan, Pas sehingga kini berdiam diri dan gagal dengan pendirian mereka sebelum ini dalam menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.

Hasan berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebelum ini, yang jelas  satu ketika dahulu mengatakan, Pas perlu laksanakan hudud dan tidak akan ketepikan undang-undang Islam.

Harun Taib pernah katakan bahawa Pas akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan.

Katanya, dalam format kini, Pas telah gagal melaksanakannya apa yang dikatakan oleh Harun Taib itu, bahawa  Pas kini perlu memilih  rakan baru dalam perjuangannya.

"Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan.

"Tidak boleh biarkan bersetuju untuk tidak bersetuju. Pas kena yakin dan menegakkan konsep dan objektif mereka sebelum ini untuk  menegakkan negara Islam," katanya.

Menurut Hasan, tindakan Pas yang terus berdiam diri itu kerana takut akan ditolak oleh pengundi bukan Islam.

"DAP sangat konsisten bahawa Malaysia  menyatakan Islam adalah agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan.

"Implikasinya sangat besar dan DAP tidak pernah gunakan agama Persekutuan dan menggunakan Islam sebagai agama rasmi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia berkata,  menyatakan rasa sedihnya dengan kepimpinan Pas yang berdiam diri, dan sehingga kini tidak bersuara.

"Amat malang pemimpin Pas tidak berani bersuara. Semakin lantang penolakan negara Islam  dan hudud oleh DAP, pemimpin Pas hanya berdiam diri.

"Mereka tidak mahu menjejaskan undi orang  bukan Islam terhadap mereka seterusnya menjejaskan peluang mereka ke Putrajaya." katanya.

Katanya, Majlis Syura seharusnya memainkan peranan dengan membawa perkara penting  dibawa bersama ke mesyuarat Pakatan dan bukan peringkat Pas Pusat sahaja.

Dalam pada itu, Hasan yang juga Presiden Jati mengumumkan penubuhan  sebuah  unit di bawah badan itu, yang diberi nama Yayasan Murni Akidah akan menjadi platform dalam menangani masalah permasalahan akidah.

Jelasnya,penubuhan Yayasan itu lebih menyeluruh rangkumannya dan tidak terhad seperti asalnya Unit Selamatkan Akidah,  sewaktu beliau menyandang  jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebelum ini.

"Dengan penubuhan Yayasan, skopnya lebih  luas dan tidak terbatas sepertimana unit," katanya kepada pemberita pada sidang media pada majlis berbuka puasa bersama 100 masyarakat Islam yang pernah menerima bantuan pihak gereja sebelum ini.

Menurutnya, Yayasan Murni Akidah akan mengkaji punca permasalahan akidah yang dialami masyarakat Islam daripada pelbagai sudut dengan melibatkan pelbagai individu termasuk golongan akademik.

Seterusnya, kata Hasan, Yayasan akan mengemukakan pandangan daripada hasil kajian tersebut dalam bentuk proposal ke peringkat pentadbiran Kerajaan untuk tindakan selanjutnya selain usaha bersama Jati dan pihak lain.

"Jati telah mengenal pasti gerakan kritianisasi ini juga semakin menular ke sekolah,hospital selain golongan miskin dan memerlukan bantuan.

"Justeru, Yayasan Murni Akidah akan mengkaji punca dan langkah menanganinya supaya ianya dapat dibendung," katanya.

Hasan berkata, Yayasan kini dalam proses pendaftaran dan  ditubuhkan secara rasminya selepas Aidilfitri.
Jangan caci hudud, kata Nik Aziz
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
13 Ogos 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz bagaimanapun  berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung  memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai  mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.
“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.
“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.
Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang menolak sebenarnya menolak hukuman hudud.
“ Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” katanya.
Abby Abadi: Banyak publisiti, fitnah selepas hijrah
NORAFIZA JAAFAR
13 Ogos 2012
Abby Abadi
Abby Abadi
BATU CAVES - Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Hal itu diakui sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya di hadapan 200 orang tetamu yang hadir pada majlis agama itu.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.

Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.


Pas, DAP tetap bekerjasama
Wartawan Sinar Harian
13 Ogos 2012
Dr Dzulkefly Ahmad
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Perbezaan pendapat antara Pas dan DAP mengenai hukum hudud diakui berlaku, namun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meletakkan kesalahan itu di atas bahu Umno kerana enggan melaksanakan hukum tersebut.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Umno terus enggan melaksanakan hudud walaupun majoriti ahlinya beragama Islam dan memegang kuasa pemerintahan negara.

“Selain itu, terdapat akta yang jadi batu penghalang kepada pelaksanaan hudud ialah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menghalang negeri-negeri dari melaksanakan undang Islam ini.

“Akta ini meletakkan hukum berkaitan dengan jenayah Islam tidak boleh melebihi RM3,000 denda, lima tahun penjara dan enam sebatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata Dr Dzulkefly, sejak usul itu dicadangkan, DAP lantang menolak hudud, namun mereka tidak bangkang atau membantah pelaksanaan itu secara keras.

“Berbeza dengan Umno yang jelas ahlinya kebanyakan Islam, membantah pelaksanaan hudud sedangkan ia merupakan salah satu syariat Islam,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan walaupun DAP tidak bersetuju dengan hudud tetapi tidak bermakna Pas menolak untuk bekerjasama dengan parti tersebut.

“Kami tidak risau atau bimbang untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP walaupun mereka tidak bersetuju mengenai pelaksanaan hudud. Itu hak mereka,” katanya
Tamrin masuk Pas tiada kesan pada Umno
Wartawan Sinar Harian
13 Ogos 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi
BATU PAHAT – Tindakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, keluar Umno dan menyertai Pas langsung tidak memberikan kesan kerana bakat kepimpinannya dalam politik tidak seperti ayahnya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, soal siapa pun ahli Umno yang menyertai pembangkang adalah perkara biasa dan tidak langsung menjejaskan perjuangan Umno, termasuklah Tamrin.

"Tamrin sudah lama tidak aktif dalam Umno, saya yakin punca utamanya berpaling tadah kerana merasakan dirinya tersisih.

“Beliau sebenarnya memerlukan satu tempat yang baru untuk menaikkan namanya dalam politik sedangkan dalam Umno beliau sudah tidak popular lagi. Sebab itulah beliau keluar dan sertai Pas," katanya selepas menyampaikan wang pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Senggarang, semalam.

Mohd Puad berkata, Umno juga tidak merasakan pemergian Tamrin suatu kehilangan kerana beliau tidak mempunyai kualiti sehebat arwah bapanya.
Hasan: Temu bual Anwar dengan BBC bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual

13 Ogos 2012
Hasan Ali
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali
KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menghalalkan kegiatan itu.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata temu bual itu juga membawa maksud ia menyokong kegiatan homoseksual.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, beliau tidak bersetuju bahawa temu bual itu bermaksud tidak menyokong kegiatan homoseksual tetapi menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dengan wanita.

Surendran: Cuba lihat ayat pertama dalam temu bual itu " We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia", adakah ayat itu meminta supaya kegiatan homoseksual dihalalkan?

Hasan: Ya.

Ketika ditanya peguam itu sama ada jawapan Anwar dalam temu bual itu "We do no promote homosexuality in public sphere and domain" bermakna ia menyokong kegiatan homoseksual, Hasan menjawab "Ya".
  
Hasan, saksi defendan pertama,  berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC  mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review archaic laws, punitive, punishment not relevant dan public spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.

Selepas Hasan selesai diperiksa semula oleh Firoz, Hakim Datuk V.T.Singham yang mendengar perbicaraan itu mengemukakan satu soalan kepada Hasan sama ada beliau ada membuat sebarang penjelasan dengan Anwar apakah maksud temu bual itu sebelum membuat kenyataan itu kepada media dan Hasan menjawab "Tidak"

Singham : Kenyataan itu dibuat atas tafsiran anda? 

Hasan : Betul.   

Firoz kemudianya meminta Hasan menjelaskan mengapa beliau tidak meminta penjelasan Anwar mengenai maksud temu bual itu.

Hasan menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana ketika sidang akhbar bersama media itu ianya berlaku secara  "impromtu" (tanpa persediaan) dan beliau tidak menyangka mengenai soalan itu.

Beliau juga berkata sekiranya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, beliau perlu membuat penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan, maka beliau perlu menghubung ramai orang.

Ketua Pengarang Utusan, Abdul Aziz dalam keterangannya menafikan bahawa wujudnya campur tangan pihak lain terutama parti pemerintah dalam penerbitan artikel itu dalam akhbar Utusan Malaysia.

"Tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam urusan operasi atau arahan kepada jabatan pengarang dalam penyiaran artikel. Jabatan pengarang menyiarkan artikel berdasarkan pertimbangan editor yang bertugas," katanya  emasa pemeriksaan semula oleh Firoz.

Abdul Aziz, saksi defendan ketiga, juga berkata akhbar itu bertanggungjawab untuk menyiarkan perkara yang benar dan bukan lahir untuk menyiarkan perkara yang tidak benar.

Menjawab soalan Surendran ketika diperiksa balas, Abdul Aziz menafikan bahawa ada wakil Umno yang menjadi ahli dalam lembaga pengarah Utusan Melayu campur tangan dalam urusan operasi harian jabatan pengarang.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dangan cadangan Surendran bahawa Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita positif mengenai parti pemerintah tetapi menyiarkan berita negatif bagi parti pembangkang.

Beliau juga menafikan akhbar itu dari tahun 1998 iaitu sejak Anwar meninggalkan parti pemerintah, tidak pernah menyiarkan berita positif mengenainya.

Bagaimanapun kepada satu soalan lain Surendran, Abdul Aziz berkata beliau bersetuju bahawa Utusan Malaysia tidak memberikan liputan yang seimbang mengenai parti pemerintah dan pembangkang.

Perbicaraan bersambung 23 Okt ini. - Bernama
Hudud: DAP sedia muzakarah
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
13 Ogos 2012
Hudud: DAP sedia muzakarah
Muka depan Sinar Harian Ahad 12 Ogos 2012 (semalam)
SHAH ALAM - DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu.

"Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak.

"Saya mahu tahu adakah persetujuan parti-parti lain diminta oleh Umno bagi mengisytiharkan negara Islam secara unilateral? Bagi saya, kenyataan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan pendirian Pas yang juga dihormati dan diiktiraf oleh DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, walaupun berbeza pendapat mengenai sesetengah isu, perjuangan PR atas dasar bersama dan prinsip sejagat seperti kebenaran, ketelusan, kesaksamaan dan demokrasi akan terus dipertahankan.

Kelmarin, Abdul Hadi menegaskan DAP berhak menyatakan pendirian berkenaan hudud, termasuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum Islam itu.

Namun kata Abdul Hadi, Pas akan terus berusaha jelaskan kepada pemimpin DAP, termasuk Pengerusinya, Karpal Singh, tentang prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, DAP menghormati syariah dan hudud yang dibawa agama Islam kerana ia adalah sebahagian daripada agama itu.

"Kita menghormatinya, malah nilai keamanan dan kebaikan dibawa setiap agama perlu dihormati agama lain. DAP hormati asas agama yang dibawa mana-mana agama," katanya.
Tiada tindakan terhadap Abdullah Saamah
Wartawan Sinar Harian
13 Ogos 2012
Harussani Zakaria
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.


'Pas tetap tuntut Majlis Fatwa segera sidang'
Tuan Ibrahim Tuan Man
13 Ogos 2012
tuan-ibrahim-tuan-man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat
KENYATAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan  lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan secara jelas Umno juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 24 September 2011.  Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi Umno kerana menolak hukum ALLAH.
Bahkan bagi Pas dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.
Media pro-Umno sering cuba menghinakan minda orang Melayu berkait hubungan antara Pas dan DAP.
Walhal hubungan Umno-MCA adalah jauh lebih teruk – dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai penyebab negara mundur dan menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.
Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa Adun Kemelah yang mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap, sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut dikeluarkan.
Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana Umno sering menyuruh Pas untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?
Sebelum Pas membuat hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, Umno sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk halang hudud di Kelantan.
Berlatarbelakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka tentulah juga haram dan berdosa.
Perdirian Pas dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum ALLAH dapat ditegakkan kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.
Pas meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi. Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC sebagai kafir zimmi.
Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.
Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.
Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, ALLAH mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu ALLAH.
Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum ALLAH? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum ALLAH? Tentulah hukum antara mereka gidak sama.
Pas tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.
Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.
Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk lima dekad lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang Pas, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. Pas menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.
Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan