Selasa, 24 Julai 2012

TIPU DAYA ...ITU KERJA SYAITAN...NAK BUAT@LAKUKAN KITA TAK MAMPU LARANG...MUNGKIN MEREKA ANGGAP IA PANDAI@BIJAK...CUMA KITA NAK INGAT JUGA..SATU HARI KITA AKAN MATI JUGA...KASARNYA 'MAMPUS'...DALAM KUBUR DAN DIPADANG MASHYAR JAWABLAH...SABIT MASUK NERAKALAH...INGAT NERAKA TU MACAM PANGGUNG WAYANG KE....

'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf

Mohd Sabri Said, 24 Jul 2012
PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.

Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf.

Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.

Akibat fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.

"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.

Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.

Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.

Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.

Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.

Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.

Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.

Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan.

Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung.

Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.

Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya 11 Ogos

Harakahdaily, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya pada 11 Ogos ini bermula jam 2 petang hingga 8 malam di Kediaman Rasmi MB Selangor, Shah Alam sebagai medan pemantapan peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan.
Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, DPPM berbesar hati menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta,  alumni-alumni kampus dalam dan luar negara, bersama-sama seluruh kepimpinan Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan serta ahli parlimen dan Adun Pemuda PAS untuk hadir dalam program yang penuh bermakna itu sebagai kesinambungan daripada siri-siri Xpresi Anak Muda bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.

Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar), program itu akan memberi penumpuan terhadap aspek peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di samping wadah untuk alumni dan profesional muda berdialog dan memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto yang bakal ditawarkan.

“Program ini turut memberi ruang kepada golongan profesional muda membina jaringan dan maklumat mengikut bidang kepakaran yang diperlukan dalam agenda mengisi kemenangan kelak, selain platform untuk alumni dan profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi,” ujarnya.

Antara agenda menarik pada program itu adalah sesi “Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto PAS” yang akan menampilkan beberapa profesional muda dari bidang syariah, ekonomi, undang-undang, kesihatan, sains dan teknologi, pendidikan, budaya dan kesenian dalam dan luar negara, melontarkan harapan dan cadangan akhir terhadap tawaran Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya yang berkaitan kepentingan dan kebajikan anak muda.

Seterusnya, kata beliau peserta turut berpeluang berdialog secara langsung bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam slot “Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang”.

“Majlis penutup Xpresi akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Profesional Muda, serahan infaq dan ikrar pilihanraya oleh alumni dan professional muda, seterusnya majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pusat dan Pemuda PAS,” tambahnya.

Program itu, jelasnya terbuka kepada peserta muslimin dan muslimat dan boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara.

Katanya, pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian berikut, http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.

“Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak,” ujar Khairul Faizi.

Soal jawab iblis dengan Allah

http://www.myannur.com, 24 Jul 2012
Kisah tentang soal jawab iblis dengan Allah SWT sebagaimana yang telah diriwayat oleh Anas bin Malik r.a. berkata:
Iblis telah bertanya pada Allah SWT, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.” Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”
Iblis bertanya :“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah SWT :“Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”
Iblis bertanya :“Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah SWT :“Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”
Iblis bertanya :“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”Firman Allah SWT: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”
Iblis bertanya :”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?” Firman Allah SWT: “Azan untukmu ialah seruling.”
Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?” Firman Allah SWT : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”
Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah SWT: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”
Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?” Firman Allah SWT: “Perangkap bagimu ialah wanita.”
Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?” Firman Allah SWT: “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”
Sabda Rasulullah SAW: ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.” (Riwayat Muslim)
Sumber :http://www.ustazcambodia.com/
PS : Doa di atas adalah doa yang dibacakan oleh Muhammad bin Wasi’ pada setiap pagi sehingga iblis gerun kepadanya, Wallahua’lam.

Media mampu menipu kita...lihat gambar ini

http://naimnikmat.blogspot.com, 24 Jul 2012

ANDA INGIN TAHU BAGAIMANA MEDIA MAMPU MENIPU KITA , SILA LIHAT GAMBAR INI.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/549027_340468299368140_2035487573_n.jpg

Gambar ini berjaya memberi persepsi bahwa Islam itu "Militan yang menakutkan",. Inilah fitnah media barat & ZIONIS terhadap Islam. Perkara yang sama juga berlaku semasa BERSIH di mana media memainkan peranan menggambarkan keganasan yang tidak pernah dilakukan peserta BERSIH tapi dilakukan penyamar...Kaedah ZIONIS ini diguna pakai kerajaan yang terdesak mengekalkan kuasa....

Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab

Subky Latif, 24 Jul 2012
TAMRIN Tun Ghafar Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi Bersih 3.0 hujung April lalu menulis  surat panjang kepada Perdana Menteri Najib membantah  apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu.  Semua yang disebutnya adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.
Dia memberi tempoh dua minggu kepada Najib, jika tiada respons dia akan mengedarkan surat itu kepada umum. Kerana tidak  menerima maklum balas, dia naik pentas pembangkang dan kelihatan dalam tunjuk perasaan rakyat yang tujuannya untuk menyampaikan sikap dan salah laku pimpinan  UMNO yang diketuai Najib kepada orang ramai.

Awal Julai ini dia menerima surat  tunjuk sebab dari Setiausaha Agung UMNO,  mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan disiplin parti.

Seperti Najib tidak menjawab suratnya, Tamrin juga tidak menjawab surat tunjuk sebab itu. Tetapi saya dapati Tamrin muncul dalam TV secara on-line menyebut bukan dia mesti diberi surat tunjuk sebab, sebaliknya Najib  dan sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mesti menunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan UMNO.

Dia mnunjukkan antara petikan perlembagaan UMNO tentang tujuan dan tanggungjawab sekalian ahli UMNO dari setinggi hingga serendahnya di peringkat akar umbi mestilah  peduli dan prihatin terhadap  masalah rakyat. Tetapi UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi dengan masalah rakyat.

Dia juga menyebut tentang semangat perlembagaan UMNO yang mahu  parti itu  dan kerajaan yang dipimpinnya menjaga kedaulatan  dan keselamatan negara.

Dia membangkitkan tentang apa yang dikiranya keselamatan negara sudah digadaikan apabila berpuluh ribu orang asing telah diberi kerakyatan segara dan didaftarkan menjadi pengundi untuk PRU 13 ini.

UMNO telah membenarkan pegawai dan jabatan kerajaan membawa orang luar bagi dijadikan pengundi. Tidakkah ia satu kerja pengkhianatan kepada keselamatan negara?

Hingga katanya, dalam kawasan pilihan  raya Parlimen Pekan yang diwakili Najib terdapat satu kawasan pengundi yang dinamakana Kampung Kampuchea. Pengundinya terdiri dari pelarian dari Kampuchea.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan orang-orang UMNO sekarang bukan lagi apa yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpiin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dulu seperti bapanya Tun Ghafar Baba dan bapa Najib, Tun Razak.

Tamrin ditanya mengapa semua salah laku UMNO dan pemimpinnya itu tidak disampaikan kepada parti melalui saluran yang sewajarnya tetapi sebaliknya dia membuat teguran terbuka dan menggunakan pentas pembangkang?

Jawab Tamrin, UMNO tidak mahu dengar teguran  kita dan tidak akan layan bantahan rakyat. Dia sudah menghantar surat kepada Najib sebagai Presiden UMNO  dan  Perdana Menteri. Dia tidak jawab. Tiada jawapan sejak hujung April hingga Julai sekarang.

Jika babanya Tun Ghafar Baba tidak dilayan oleh UMNO sedang dia adalah bekas Timbalan Presiden UMNO  dan bekas Timbalan  Perdana Menteri, maka siapa dalam UMNO hendak layan ahlinya yang tidak ada kedudukan dalam parti.

Katanya, bapanya minta berjumpa dengan seorang Menteri Besar, Menteri itu kerana terlalu sibuk memberinya enam bulan untuk menemuinya. Sehari sebelum temu janji itu pegawai Menteri Besar itu memaklumkan pertemuan itu dibatalkan.

Inilah layanan Menteri Besar terhadap orang disebutkan sebagai negarawan. Tetapi kata Tamrin bapanya minta bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru itu juga seorang yang sibuk, banyak memberi kuliah agama, dia pun bukanlah  sihat sangat, tetapi dalam masa tiga hari  saja bapanya dapat bertemu dengan  Menteri  Besar  Kelantan.

Tok Guru terima bapanya sebagai tetamu negeri, sediakan motokar untuk ke mana saja. Apa yang mengharukannya Tok Guru katakan kepada Tun Ghafar bahawa Tun Ghafar boleh berapa hari dia suka, kalau mahu tinggal di Kelantan, kerajaan akan sediakan rumah untuknya.

Mengapa Tamrin naik pentas pembangkang dan tidak mengadakan pentas partinya? Jawabnya, UMNO akan adakan ceramah untuknya dan kalau pun UMNO adalah majlis ceramah,  tiada siapa dalam UMNO itu hendak mendengarnya.

Maka pilihannya ialah menyertai ceramah pembangkang supaya pendedahannya tentang kepalsuan UMNO sekarang dapat disampaikan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO.

Katanya, dia sayangkan UMNO dan masih  ahli UMNO. Teguran yang dibuatnya di merata-rata itu ialah kerana sayangkan UMNO dan mahu pemimpin-pemimpin UMNO membetulkan semula perjuangannya.

Pencacai Umno kantoi fitnah Setpol MB Kedah di bulan puasa...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 24 Jul 2012

Mungkin disebabkan terdesak untuk mencari duit raya, pencacai UMNO sanggup melakukan apa sahaja hatta menabur fitnah didalam bulan Ramadhan ini.

Ahad lalu hari kedua seluruh ummat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa sebuah Blog Pro UMNO yang bernama 'Padi Jantan' telah menyebarkan satu fitnah.

Pemilik Blog tersebut menyiarkan sebuah berita kononnya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah telah ditangkap kerana rasuah dan rentetan dari itu kebanyakkan blog Pro UMNO yang lain menggunakan laporan yang berbentuk fitnah oleh 'Padi Jantan' itu untuk menyerang PAS.

Bukan saja Blogger Pro UMNO, malah Blogger Pro PR pun ada yang percaya dengan fitnah dari 'Padi Jantan' itu dan membidas pihak PAS..

Berikut adalah jawapan dari Setpol MB Kedah sendiri dalam hal ini..

Setpol MB Kedah difitnah rasuah

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin.

Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.

“Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar,” katanya, ketika dihubungi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menyifatkan ia antara usaha mengheret pemimpin Pas terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan. Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan. Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan,” katanya.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, dan mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya.

“Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan Menteri Besar selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya. Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej Menteri Besar dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.

Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog proUmno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Puat Mohd Ali - Sinar Harian

Kalau terdesak sangat nak cari duit raya sekalipun.. hormatlah sikit bulan Ramadhan ni..

Transformasi Hishammudin: Dari tidak tahu ke serba tahu

Harakahdaily, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein (gambar) wajar dipotong gaji RM10 dalam sesi Parlimen yang akan datang disebabkan proses transformasi yang berlaku kepada beliau daripada 'Menteri yang tidak tahu' kepada 'Menteri yang serba tahu' hanya dalam tempoh 24 jam.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan berkata, pemotongan itu wajar kerana perubahan yang begitu cepat berlaku kepada menteri itu.

Hishamudin berubah dalam reaksinya apabila menjawab isu   dakwaan liar dan tidak berasas oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan di Parlimen pada Khamis lepas.

Beliau membuat dakwaan bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) sedang meresap kedalam PAS dan dan ancaman komunis kedalam DAP menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Semasa ditanya pada hari Jumaat, Hishammuddin telah menunjukkan bahawa beliau 'Menteri yang tidak tahu, dengan menekankan bahawa beliau 'tidak pasti' berhubung dengan dakwaan resapan pengganas dan komunis ke dalam Pakatan Rakyat

“Saya tidak mempunyai meklumat yang relevan (berhubung isu ini) buat masa ini, Oleh itu, saya tidak boleh mengatakan samada ianya benar atau tidak. Apa yang boleh saya katakan adalah, topik ini amat sensitif,” kata Hishamudin.

Namun apabila Hishammuddin dikecam kerana memberi 'respon pengecut yang tidak bertanggungjawab' terhadap dakwaan Sofian, Hishammuddin telah melakukan aksi membuat balik kuang  dalam tempoh 24 jam dan menjadikan beliau sebagai 'Menteri serba tahu'.

Kata Hishammuddin pada hari Sabtu pula, dakwaan berhubung dengan “peresapan” pengganas JI dan ancaman komunis kedalam Pakatan Rakyat bukanlah berada pada tahap yang boleh mengancam keselamatan negara ini.

“Setakat ini, berdasarkan laporan yang sampai kepada saya, sebarang penembusan idelogi (dalam pembangkang), tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ini. Jadi jangan jadikan ia lebih daripada itu,” kata Hishamudin seolah-olah beliau serba tahu pula.

Tambahnya lagi, apa yang dikatakan oleh Cawangan Khas hanyalah "fakta semata-mata", dan "Jika ia tidak mengancam keselamatan negara, kami tidak akan menganggapnya sebagai satu ancaman".

Kata-kata Hishammuddin itu tidak menggambarkan sikap munasabahnya sebagai seorang Menteri Dalam Negeri tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dalam mempertahankan golongan yang tidak patut dipertahan, kata Lim Kit Siang (gambar), anggota Parlimen Ipoh Timur itu.

"Apa itu 'fakta semata-mata' yang Hishammuddin katakan dengan merujuk kepada dakwaan Sofian bahawa pengganas JI sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP?" soal Kit Siang.

Kit Siang mencabar Hishammuddin dan Sofian untuk memberikan nama pengganas JI yang telah meresap ke dalam PAS dan komunis ke dalam DAP, dan sekiranya mereka berdua ini tidak dapat berbuat demikian, maka dakwaan ini bukan sahaja “fakta semata-mata” tetapi kenyataan fitnah-palsu yang berpucuk daripada imaginasi liar Sofian.

Tazkirah Ramadhan: Jangan jadi macam ni!!!

http://kachipemas.blogspot.com, 24 Jul 2012
Ini salah satu adegan yang tak perlu diikut
ha inilah akibat dari main mercun. Islam pun tak suruh, main mercun bukan budaya orang Islam, buatlah kerja yang berfaedah lagi baik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan