Selasa, 17 Julai 2012

MEMANG ADA YANG BERJUANG BUKAN KERANA ALLAH...KERANA NAK PANGKAT...KEDUDUKAN...SUMBER PENDAPATAN...NAK POPULAR DLL...BIARLAH KITA BERJUANG IKHLAS KERANA ALLAH...BUKAN KERANA YANG LAIN...ALLAH TAK BOLEH KITA SYER2KAN@KONGSI2KAN

Konspirasi LIWAT 3 ???
Posted on Monday, July 16 @ 09:19:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: edyesdotcom

"



Adakah DSAI akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun ?

Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2.


Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup dalam pilihanraya akan datang maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali.


Umno Bn yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung. Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama briefcase usang ditangan.


Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekaligus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki tahta harus digunapakai. Taktik diversion dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah. Sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar Ibrahim didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia.


Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan.

Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3?

Siri Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya akan berlangsung di Padang Rakyat Kg Jalan Kebun, Kota Raja pada 18 Julai ini iaitu pada Rabu malam. Rakyat dijemput beramai-ramai hadir mendengar apa jawapan Anwar Ibrahim.

Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi.

Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim. Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.

Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang? Siapakah pula yang akan menggantikan tempat Rodwan Yusof? Apakah sumpah laknat akan sekali lagi bergema, maka masjid mana pula yang akan dijadikan venue dan siapakah akan menggantikan Ramlang Porigi ketika itu?

Justeru itu, Malaysia akan kerugian masa-masa berharga untuk terus ke depan apabila seluruh negara tertumpu kepada suatu yang sangat tidak berfaedah - Liwat, porno, liwat, porno, liwat!

Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal?

Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan!


Edy Noor Reduan (EDYES)
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
 Kebijaksaan Dr.Mursi, Ustaz Azizan dan Felda Venture!
Posted on Monday, July 16 @ 08:31:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: dewa

"Al-kisah, maka mengadulah sahabat saya dengan resah-gelisahnya bertanyakan isu pembelian saham Felda Venture sebanyak 500 ribu unit oleh kerajaan Kedah sedangkan dasar Pakatan jelas dalam membantahnya. ‘Apa rasional tindakan ustaz Azizan tu Prof?’, dia bertanya. Ada 3 rahsia dalam hal ini.

Terlebih dahulu, perlu kita selidik asal usul berita ini, selaras dengan ayat Quran yang menyuruh kita menyelidiki sesuatu berita itu terlebih dahulu. Sumbernya ialah tweeter KJ yang bersorak sakan dalam isu ini, lalu di re-tweet oleh Ustaz Asri yang turut kehairanan. Untuk menjimatkan masa, kita kira berita itu betul sahajalah.
Ada sekurangnya 3 rahsia dalam tindakan kerajaan PAS Kedah ini. PERTAMAnya, adalah sangat tidak bijak sekiranya tiada kerajaan negeri dibawah Pakatan yang memiliki pegangan dalam saham Felda Venture kerana ini akan menyukarkan Pakatan untuk membuat bantahan dari dalam. Dengan memiliki sebahagian saham, selaku minority shareholder, Pakatan sekurangnya mampu menimbulkan pelbagai bantahan dari dalam. Dalam bahasa undang-undang, pemegang saham tersebut akan mempunyai locus standi dalam hal ini. Tanpa sebarang saham, Pakatan tiada sebarang suara dan tidak mampu menzahirkan bantahan dari dalam. Kes yang dibawa ke mahkamah pun lebih senang ditolak kerana tiada tiada hak membantah kerana dikira ‘tiada interest’.
KEDUA, ini tidak bermakna PAS Kedah atau Ustaz Azizan bersetuju dengan Felda Venture. Lawan tetap lawan. Apa yang berlaku ialah tindakan bijak ini diambil untuk melindungi kepentingan Melayu sementara isu ini dilawan dari segenap penjuru, dalam dan luar.
KETIGA, jumlah yang diambik. Memang kerajaan negeri-kerajaan negeri  ditawar 513 juta unit saham. Tindakan bijak Ustaz Azizan menunjukkan bahawa kepentingan rakyat sentiasa mengataasi kepentingan politik pada Pakatan. Sekiranya keseluruhan Pakatan memboikot saham Felda Venture, nescaya harga saham yang berkemungkinan ditolak-tolak agar mencanak oleh UMNO akan diratah sepenuhnya oleh kroni UMNO dan pemegang saham. Jumlah Felda di Kedah banyak dan apa-apa tindakan kerajaan negeri tentulah mengambil kira kepentingan rakyat Kedah. Justeru, syabas atas kebijaksanaan Kedah.
Mari lihat situasi Dr.Mursi di Mesir. Ada yang mempertikai sikap lembut yang diambil oleh Dr.Mursi ke atas tentera Mesir  dan Israel. Tentera yang terkenal dengan korupsi dibawah Mubarak di mana jeneral-jeneralnya meratah kekayaan negara dengan mebahagi-bahagikan projek sesame mereka (sewaktu zaman Mubarak) di beri jaminan oleh Dr.Mursi dan Ikhwan bahawa harta mereka tidak akan disita, projek mereka yang sebelum ini tidak akan dikacau malah tentera akan terus diberi amanah untuk menjaga negara.
Inilah kebijaksanaan dalam berpolitik. Sekiranya Dr.Mursi dan Ikhwan mengambil pendekatan konfrontasi dan permusuhan dengan tentera Mesir dalam scenario politik Mesir sekarang, nescaya bergelimpanganlah mayat-mayat ditepi-tepi jalan-jalan Mesir dalam suatu pertempuran maha hebat antara rakyat pro-Ikhwan dan tentera.
Secara ringkasnya, usah cepat resah gelisah. Percayalah kepada kebijaksaan kepimpinan ulama dan usah segan untuk menegur secara berhikmah bila perlu. Dan jangan menari-nari dengan rentak gedang yang dipalu oleh musuh!
kepada KJ, kami masih ingat 'jenaka gila' anda betapa sahabat anda saja-saja meminjamkan beberapa juta untuk anda beli saham satu waktu dulu. Psiko betul. Sedarlah bahawa kau tu melukut ditepi gantang saja di zaman Najib-Mahathir ni. Insaflah. Peluang taubat masih terbuka. 
Wassalam dan salam sayang.

 YB Haji Ahmad Razif kritik Ahmad Said??
Posted on Monday, July 16 @ 08:29:10 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CuccXs

Ketua Penerangan Umno Terengganu YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu siri ceramahnya tidak mahu semangat pemimpin Barisan Nasional (BN) bermusim terutama ketika menjelang pilihan raya saja, sebaliknya terus mendokong semangat kerjasama bersama sayap lain.

Razif juga menyebut antara sebab kelemahan penerangan UMNO kerana MB Terengganu sendiri kurang menyokong program-program dalaman UMNO
Antara lain dia menyebut MB Terengganu sepatutnya menyerlahkan program-program kerajaan kepada masyarakat supaya masyarakat melihat ini adalah program UMNO.

Tapi Malangnya MB Terengganu tidak berbuat demikian sehingga masyarakat Terengganu melihat aktiviti penerangan UMNO macam layu berbanding dengan aktiviti PAS yang saban hari ada program serta ceramah.

Atas dasar itu dia merasa sedikit kekecewaan.

Nampaknya Razif tak boleh beza antara Kerajaan dan Parti. Rasanya Bijak Mat Said lagi dalam hal ini.


 Pengetua dan Guru Besar telah diperbodohkan dalam Program UMNO Terengganu
Posted on Monday, July 16 @ 08:18:30 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CuccXs

Beberapa siri penerangan isu-isu semasa untuk pengawai kerajaan terutamanya golongan pendidik telah diadakan di Terengganu. Program ini adalah anjuran daripada salah satu sayap dalam UMNO yang dipolupori oleh satu team yang dikatakan sebagai penggantikan team Idris lebih jujur dan ikhlas setelah Idris Jusoh sudah tidak mempunyai harapan menjadi MB Terengganu.

Antara program terkini yang diadakah ialah permuafakatan pendidikan yang melibatkan pengetua dan guru besar di daerah Dungun.

Siri ceramah 'brainwash' ini di sampaikan oleh seorang penceramah tempatan yang kini tinggal di Kuala Lumpur iaitu Yusof Mohamad, pensyarah UIAM.

Yusof Mohamad ini adalah abang ipar kepada YB Ustaz Wan Hassan Ramli ADUN PAS Dun Sura sekarang.

Yusof Mohamad adalah memantu kepada arwah Ustaz Omar Shukri yang terkenal dengan budi pekerti yang baik dan mulia tapi malangnya Yusof tidak seperti yang diharapkan walapun pernah mendapat pendidikan agama.

Malah Ustaz Omar Shukri sebelum meninggal dunia pernah berpesan sekirannya Yusof menjadi calon UMNO, dia akan berceramah walapun =un di atas kerusi roda.

Malah bukan itu sahaja, ibu kepada Yusof ini dikenali sebagai Mak Su Dayang pernah berkata sekiranya anaknya menjadi calon UMNO dia takkan jejak kaki rumah anaknya itu.

Bukan itu sahaja semasa ke KL rumah Yusof Mak Su Dayang pernah minta menurunkan gambar pimpinan UMNO sebelum dia masuk ke rumah.

Yusof jarang pulang ke rumah kerana masyarak kampungnya tidak boleh menerima dia, bukan kerana dia berfahaman UMNO tapi perangainya yang sombong dan berlanggak.

Dulu bila dia datang ke Surau Ustaz Omar Shukri dia terus kehadapan menjadi iman menolak arwah Haji Mohamad Embong, sehingga semua jamaah merasa tak selesa dan ada yang terus keluar bersolah ke Surau Bukit Chatak 2 berhampiran dengan Surau Ustaz Omar.

Malah ada yang tak puas hati, jenis yang muda seperti Haji Nawawi membuat saf lain dan bersolat di belakang.

Pecah belah solat di kampung itu adalah di sebabkan manusia Yusof ini sombong dan berlangak merebut menjadi iman.

Akhirnya mesyuarat AJK Surau memberikan syarat untuk mengekalkan Haji Mohamad sebagai Imam dan jika solat Raya Ustaz Wan Hassan menjadi khatib.

Oleh kerana tak puas hati dengan keputusan ini Yusof Mohamad ini tidak pernah pulang raya dan Tarawih di kampung. Kalau balik pun dia akan ke Masjid Intan Zaharah.

Bagaimana seorang yang tak menghormati ibu bapa, mertua dan adik beradik boleh jadi penceramah UMNO untuk siri-siri ceramah Isu semasa UMNO??

Malang pengetua dan guru besar daraeh Dungun boleh disajikan dengan motovasi kononnya yang diri sendiri pun tak terurus.

UMNO Terengganu, khususnya team yang kononnya nak ambil calon untuk golongan pendidik haruslah belajar lebih mendalam politik semasa jangan ambil takat muat penceramah yang sudah basi dan banyak masalah. 


 Utusan Malaysia Hilang Integriti Siar Berita Fitnah
Posted on Monday, July 16 @ 07:51:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh RIDUAN MOHD NOR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dalam PRU ke 13 nanti. Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat. Dasar ‘ampu’ atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak ‘di bakul sampahkan’ untuk menyenangkan pihak tertentu.
DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti ini. Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup. Seolah-olah, mereka mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata.
DPPM ingin menegaskan, bahawa DAP hanya bertanding tidak lebih dari 60 buah kerusi Parlimen daripada keseluruhannya 222 buah, atau lebih tepat lagi 40 buah kerusi Parlimen di negara ini. Kerusi-kerusi inilah yang mempunyai majoriti pengundi Cina di negara ini. Bagaimana mungkin DAP boleh bertanding di kerusi majoriti Melayu selebihnya? Sudah tentu fakta yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia jauh bercanggah dari kebenarannya.
Justeru, DPPM meminta Ketua Pengarang, kumpulan editor dan pihak berkepentingan dalam Utusan Malaysia agar segera insaf dari terus melakukan pembohongan. Rakyat semakin benci dengan penipuan yang tidak bermaruah dan politik fitnah seperti ini. Zaman ini rakyat semakin celik maklumat dan cerdik dalam menilai sesuatu. Rakyat tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah liar yang ditaburkan bagi mengabui pemikiran mereka.
Jangan sampai Utusan Malaysia menjadi bankrap disebabkan etika pemberitaan yang jahat dan jangan sampai pula UMNO-BN kalah teruk dalam PRU ke 13 disebabkan penolakan rakyat terhadap mereka ekoran berita mengarut seperti ini!

Disediakan oleh ;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

 Kisah Mistik Dari Pondok
Posted on Monday, July 16 @ 06:49:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh moniermatdin

Sedar tak sedar sudah hampir satu dekad saya dan rakan-rakan di NGO Wargakilang masuk kampung keluar kampung dan sesekali menjengah masyarakat marhain di pinggir kota, mencari keluarga susah dan daif untuk dibantu.

Mungkin kerana berada di landasan ikhlas yang betul-betul benar gamaknya, maka sepanjang satu dekad perjalanan kami ini, berbagai pintu hijab dan kisah-kisah mistik yang tak pernah difikir dek akal dibuka luas di hadapan mata.

Kali ini, sempena bulan Ramadhan ini saya nak tulis di sini dua tiga cerita untuk perkongsian bersama.

Tahun lepas, NGO Wargakilang pernah buat projek gotong royong di Pondok Bandar Hilir Sik Kedah dan diikuti dengan majlis Korban Perdana pada tahun yang sama. Di situ kami mula mengenali 2 orang Ustaz Muda; Ustaz Ismail dan Ustaz Lias yang kisah perjuangan mereka meneruskan kesimbungan system pendidikan Pondok tradisional ini ada saya catatkan di link berikut:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/01/ngo-wargakilang-selangkah-ke-alam.html

Depa dua orang ini gaji bulanan depa – bila saya tanya Ustaz Ismail, dia kata ada la dlm empat lima ratus sebulan – selebihnya bergantung kepada envelope surat yang org hulur kat dia waktu dia dok pi bagi kuliah merata masjid itu. Macam itu juga dengan Ustaz Lias; cukup sekadar untuk lepas makan hari-hari dan habuan boh minyak kereta.

Keutamaan mereka berdua ini ialah untuk mempastikan sistem Pondok sistem pendidikan secara Islam yang berakar umbi dari Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW terus hidup subur ke akhir zaman. Depa 2 orang ini cumalah KHUWAIDIN (Khadam/Hamba) yang TAKDIR hidup mereka adalah untuk menjadi HAMBA kepada Pondok ini. Hari-hari dok fikir macam mana nak pastikan Pondok Bandar Hilir boleh terus hidup dan anak-anak murid kat situ dapat terus menadah ilmu sehingga khatam dan menjadi insan-insan kamil yang bertakwa. Itu saja matlamat depa, selain dari itu depa tak fikir apa-apa dah.

Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang Makcik menalipon Ustaz Lias. Makcik itu tanya: “Ustaz, hari itu kakak singgah di sebuah masjid solat Zohor, kebetulan waktu itu ada seorang Ustaz buat kursus Haji. Selepas solat, kakak tumpang dengar ceramah tu. Ustaz ini kata, barangsiapa yang ada kemampuan nak pi HAJI tapi dia tak ada cita-cita nak pi buat HAJI, maka mati dia adalah mati dalam keadaan JAHILIAH. Betoi ka Ustaz?”

Ustaz Lias jawab: “Betoi la, awatnya?”

Makcik itu jadi terkejut, dia kata dia ada duit berlambak-lambak tapi tak terfikir lagi nak pi buat Haji. Maka tahun itu juga, Makcik ini dengan anak-anak, suami dan kaum keluarga dia, depa pi Mekah ambik Haji ikut pakej.

Bila balik dari Haji, Makcik ini talipon Ustaz Lias lagi, dia kata: “Ustaz, best sungguh pi Mekah ini Ustaz, pi sekali rasa macam nak pi sekali lagi. Ustaz tak teringin nak pi ambik Haji ka Ustaz?”

Ustaz Lias jawab: “Teringin, siapa tak teringin, tapi bekalan (RM) tak cukup”
(Ustaz Lias habag kat kami, dia cuma ada RM15 aje dalam buku Tabung Haji dia waktu tu)

Makcik tu kata, tak apa, nah ambik RM1000 dulu Ustaz pi register dengan Tabung Haji. Diringkas cerita, tahun itu dua-dua orang Ustaz Lias dan Ustaz Ismail dapat pi ambik Haji – Makcik itu sponsor, guna pakej RM25,000 seorang. Kata Ustaz Lias, kalau ikut logik akal, dengan cuma berbekalkan RM15 dalam buku Tabung Haji itu, tak logik aih boleh pi Mekah ambik Haji.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah balasan cash dari Tuhan di atas dunia ini lagi di atas keikhlasan mereka berdua membantu di Jalan Tuhan; seperti kata orang alim, kalau kita ikhlas membantu di Jalan Tuhan, insyaallah Tuhan akan membantu kita dari sumber rezeki yang tak disangka-sangka.

Agak jauh sikit dari Pondok Bandar Hilir ini pula, ada sebuah Pondok lain yang dipanggil orang sebagai Pondok Mat Nahu yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Nahu. Pondok ini memang agak ke pedalaman, kisah Pondok ini ada saya catatkan di link berikut:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/04/bukan-semua-org-belajar-sebab-nak-dpt.html

Di sini tidak ada Wilayah CELCOM, Menara MAXIS mahu pun Orang Kunin DIGI; memang agak ke dalam sikit Pondok ini. Dalam banyak-banyak Pondok yang pernah team NGO WARGAKILANG kunjungi, Pondok inilah yang teramat daif sekali.

Di sini juga ada seorang Ustaz Muda; Ustaz Kamil, merangkap MUDIR Pondok Mat Nahu ini.. Berbeza dengan Ustaz-Ustaz Pondok yang lain yang mungkin sering memberi kuliah di luar kawasan, lalu mampu mendapat sedikit pendapatan extra untuk kesinambungan hidup seharian mahu pun untuk mencari dana bagi membaik pulih pondok masing-masing. Ustaz Kamil, mungkin kerana tidak ada liputan talipon bimbit agaknya, maka beliau dan pondok ini bagaikan terperosok di penjuru masa di pedalaman Kuala Beris ini.

Tahun lepas kalau tak silap, waktu lawatan kami di sana, waktu saya memberi sedikit ceramah motivasi Jati Diri untuk anak-anak muda berserban dan berjubah putih ini, memang jelas kelihatan dinding-dinding yang sedang mereput dimakan anai-anai dan atap zink berkarat berlubang sini sana dan juga lantai papan lama yang berkeriak-keriuk sewaktu kami tumpang berjemaah zohor bersama-sama mereka di situ.
(Penulis sedang menyampaikan ceramah motivasi Jati Diri)

(Sewaktu solat zohor, panas atap zink begitu cengkam merasa)

Lalu kami memutuskan untuk membantu setakat yang mampu. Sembang pi sembang mai, Ustaz Kamil bersetuju untuk kami melancarkan tabung membaik pulih Pondok Mat Nahu ini – menggunakan akaun Pondok (Agrobank) dan juga akaun beliau sendiri (Maybank). Kami Cuma tukang canang, memwar-warkan seantero internet, dan duitnya terus masuk ke akaun berkenaan.

Weekend baru ini, waktu kami ke sana lagi bertemu dengan Ustaz Kamil dan juga Tuan Haji Rozali (Penasihat Pondok); sewaktu menyaksikan kerja-kerja perobohan bangunan lama untuk digantikan dengan sebuah Dewan Solat yang lebih sempurna, saya ada ajukan satu pertanyaan kepada Ustaz Kamil.

Saya tanya: “Ustaz, saya nak tahu satu benda saja Ustaz, doa apakah yang Ustaz guna agaknya dan Ratib apakah yang Ustaz amalkan hinggakan daripada KOSONG RINGGIT dalam tabung itu, hari ini lebih kurang setahun saja dah mencecah RM130,000 lebih?”

Ustaz Kamil hanya ketawa kecil, dia macam segan nak cerita, cumanya dalam nada melawak dia kata, janganlah dok tanya sangat, nanti saya minta doa tiap-tiap minggu NGO WARGAKILANG kena turun sini, teruklah pulak!!. Ya lah, memang agak teruk buat kami, 3 jam perjalanan dari Pulau Pinang ke sini.

(Kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama sedang dijalankan)

(Dewan solat tempat kami solat zohor tempoh hari sudah pun diratakan)

(Mudah-mudahan Dewan Solat ini dapat dibina semula seberapa segera)

Walau doa apa pun yang Ustaz Kamil pakai, kami yakin dengan cerita-cerita mistik yang pernah kami dengar kisah Tok Guru lama-lama yang meratib di tikar sejadah minta turun DUIT dari LANGIT. Ya lah, bukannya duit itu turun dari langit, tapi hasil Ratib dan Doa beliau itu, Allah SWT telah menggerakkan hati-hati kami yang tidak dikenali beliau ini, mai jauh dari kilang2 di Penang/Kedah untuk turun membantu. Inilah yang saya katakan sebagai mistik ini; macam mana kami boleh tergerak untuk turun mai melawat Pondok ini hari itu, kami pun tak tahu.

Terima kasih kepada yang menyumbang walau pun sekadar RM20 cuma, moga sumbangan kita semua yang tak seberapa ini akan digantikan Allah SWT dengan bangunan berteduh yang kekal abadi buat kita semua di Akhirat nanti, mudah-mudahan insyaallah.

Menurut Kontraktor (adik ipar arwah TG Hj Mat Nahu – yg tidak mengambil untung, hanya upah untuk pekerjanya), untuk bangunan yang sempurna perlu dalam RM220,000. Macam ini rasanya, Ustaz Kamil kena giat berdoa dan meratib lagi…:-))

Mungkin selepas ini giliran dinding hati tuan-tuan dan puan-puan pula yang bakal diketuknya. Apa-apa pun, tidak rugi melabur untuk Akhirat; after all, kata orang ALIM harta kita cuma sah jadi Harta kita sekiranya boleh dibawa ke SANA, kalau setakat di dunia ini, ada berjuta dalam bank pun, belum tentu hak kita lagi, bila meninggal nanti, belum sempat kain kafan ditutup orang, anak beranak dah mula kira berapa duit wang simpanan/epf/pencen/insuran yang boleh dikongsi. Mailah kita buat kerja amal dan kebajikan sementara nafas masih ada.

Sekian, mudah-mudahan bermanafaat buat semua.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com/


Kita Gagalkan Propaganda Jahat Umno Melalui Media Baru: Pj Pas Perak
Posted on Monday, July 16 @ 05:23:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hafiez

IPOH, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat, ini kerana kita berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini, Jelas Ustaz Abu Bakar Hussian yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perak.
Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu, hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.
Memetik ucapan beliau,
“ Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali” Kita tahu apa strategi jahat Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.
“ Umno guna RTM tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat”.
“Namun kini saya yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya , tapi rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru”
“ Facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno”
“ InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini”. Tegas beliau.
  

Adakah Pemuda Umno Menipu ?
Posted on Monday, July 16 @ 05:14:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh SUHAIZAN KAIAT
Pemuda PAS Johor ingin memberi reaksi terhadap perubahan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor yang telah bertukar daripada Saudara Mohd Fadil Muskon ( Ketua Pemuda UMNO Air Hitam) kepada Datuk Zulkurnain Kamisan(Ketua Pemuda UMNO Parit Sulong).

Saya telah jelaskan pada 28hb Jun 2012 bahawa 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor Sdr Mohd Fadil Muskon. Mereka telah mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan.

Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan ini dengan menuduh saya dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai tuduhan seperti berikut :

No Akhbar 01

Sinar Harian
Edisi Johor
Tarikh Sabtu 30 Jun 2012

No Akhbar 02
Sinar Harian
Edisi Johor
Sabtu 30 Jun 2012

Tajuk  Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan
Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan

Kenyataan Pemuda UMNO Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu Sdr. Khalid Mohammad Ketua Pemuda UMNO Tebrau Ust Syahrin Jamaluddin

No Akhbar 03
Sinar Harian
Edisi Johor
Sabtu 30 Jun 2012

Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Sdr. Ismail
Kandunan Penafian dan tuduhan Ini terbukti mereka(Pemuda PAS) sudah tiada isu sehingga terpaksa mereka-reka cerita mengatakan Pemuda Johor sedang berpecah. Merepek... mereka sudah tiada isu untuk diperkatakan. PAS memang terkenal dengan sumber-sumber ‘dipercayai’ sehingga berani membuat kenyataan ada mesyuarat untuk mendesak Mohd Fadil meletak jawatan.

Pandai Pemuda PAS buat cerita. Baguslah orang PAS ambil berat hal pemuda dakwaan Suhaizan Mohamed

No Akhbar 04
Sinar Harian
Edisi Johor
Ahad 1 Julai 2012

Isu Pemuda UMNO goyang direka PAS Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin

No Akhbar 05
Sinar Harian
Edisi Johor
Isnin2 Julai 2012

Saya jamn tidak betul. Razali kecewa khabar angin krisis kepimpinan Pemuda UMNO Johor

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Datuk Razali Ibrahim

No Akhbar 06
Sinar Harian
Edisi Johor
Ahad 3 Julai 2012

Jangan buat fitnah. Kenapa sibuk mahu jaga tepi kain orang

Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad

UMNO. Saranan saya, baik Pemuda PAS jaga hal dalam kain sendiri. Apa yang didakwa berlaku itu hanya semata-mata permainan politik PAS yang semakin tersepit berikutan konterversi membabitkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Istana Johor. Mereka hanya nak alih isu, nak tutup masalah sendiri.

Orang-orang luar mempunyai tujuan tertentu dengan membesarkan isu ini. Jika isu tersebut benar tidak mengapalah ia dibincangkan, namun ia langsung tidak betul.

26 Ketua Pemuda UMNO bahagian di negeri ini sentiasa sepakat dan bersatu, sekali gus menafikan desas- desus yang menyatakan Pemuda UMNO negeri kini berhadapan dengan krisis kepimpinan.

Kini dengan perubahan kepimpinan UMNO Negeri Johor bermula esok membuktikan kebenaran kenyataan saya sebelum ini. Mustahil bagi mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan disaat-saat genting menghadapi pilihanraya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menawannya.

Saya mewakili rakyat Negeri Johor mahukan penjelasan daripada semua Ketua-ketua Pemuda UMNO yang telah menafikan dalam akhbar dan menuduh Pemuda PAS Johor dengan pelbagai tuduhan. Rakyat Johor mahu tahu siapa yang menipu dalam pergolakkan Pemuda UMNO Johor. Adakah Pemuda UMNO menipu rakyat Johor? Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini.

SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS JOHOR

 Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda!!!
Posted on Monday, July 16 @ 05:03:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh A.A.

Assalamualaikum, Terlebih dahulu saya menyatakan rasa tak puas hati dengan kenyataan dalam post " 4 Golongan Sedang Cuba Menjatuhkan Menteri Besar Kedah Posted on Sunday, July 15 @ 20:43:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Kami staf KUIN sebenarnya tidak pernah memakan hasutan pihak Umno atau mana2 pihak. Sepertimana pelajar kami yang 5 orang dahulu seperti mana yang semua ketahui. Kami yang merasa sendiri apa yang dilakukan oleh Rektor(Anak Emas MB Kedah).

Insaniah Holding Sdn. Bhd yang semuanya ditanggung oleh KUIN yang menyebabkan gaji & segala bayaran pinjaman kami ada masalah. Bagi orang yang hanya melihat dari jauh tanpa merasa sendiri tidak tahu semua ini.

Yang paling pelik Rektor pernah kata " ANAK SYARIKAT KITA BEGITU UNIK SEBAB SEMUA GAJI KITA TANGGUNG" yang paling teruk sekali hanya berniaga dalam KUIN saya. Macam ni ka nak kembangkan KUIN??? Takat yang kami rasa telah melingkupkan KUIN ada la. Kalau tanya pasai keuntungan tak jawab sehingga kini.


Rasa anda kena ubah pandangan terhadap kami..Yang UMNO tu biarkan la. Jangan hanya untuk berjuang pada PAS kita sanggup mengenepikan kebenaran & anda nak manusia puji anda. 


 Bahana PTPTN?
Posted on Monday, July 16 @ 04:57:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"


Aduan Rakyat - 16 Julai 2012 ; Kolej Kejururawatan ICHS Tipu Duit Pelajar . Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012.


Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu.
Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran.
Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran. 
Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos.
Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain. Hari ini, para pelajar tahun akhir dimaklumkan yang mereka perlu mengeluarkan kos untuk 2 semester jika ingin menamatkan pengajian di kolej baru.
Ini disebabkan wang pinjaman PTPTN yang telah disalurkan ke kolej ICHS pada awal tahun telah habis dibelanjakan sewenang-wenangnya.
Kini, saya mewakili pihak ibu bapa pelajar, rasa terbeban memikirkan kami perlu menyediakan hampir RM9000 untuk tujuan pemindahan kolej ini. 
Para pelajar terpaksa melunaskan PTPTN walaupun bukan mereka yang membelanjakan duit tersebut. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga yang sederhana.
Saya amat berharap pihak UMNO dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini.
Perlu ada tindakan ke atas pengurusan kolej ini yang telah makan duit pelajar-pelajar ini. Hingga kini, masih tiada penyelasaian dan kata putus. Pihak Kementeria Pengajian Tinggi juga tidak dapat memberi jawapan untuk masalah ini.
Perhatian dan tindakan segera pihak tuan amat saya hargai. Saya cuma berharap masa depan dan harapan para pelajar untuk berbakti sebagi jururawat di negara kita tidak terbantut di tengah jalan. Bantulah saya mempetahankan hak mereka. 
Terima Kasih. 
By: Nurliza 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan