Ahad, 8 Julai 2012

KITA USAHA AJE...PENENTUNYA ALLAH...ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...SEDARLAH...KITA NI MANUSIA BERERTI MAKHLUK...MAKHLUK NI LEMAH...HIDAYAH HAK ALLAH SERTA KERJA ALLAH...MAKA TERPULANGLAH SAPE ALLAH NAK BERI FAHAM AGAMA@ISLAM...

Dua penantian yang mendebarkan......
Posted on Saturday, July 07 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

"Dunia sedang memerhatikan kita. Jangan masuk sihat wal'afiat tapi keluar jadi macam Anwar Ibrahim atau lebih tragedi jadi macam mendiang K.Kugan.

Itulah saat yang dunia dan rakyat Malaysia nantikan kesudahan nasib Syed Abdullah putera Syed Hussien selama berada dalam tahanan reman selama 4 hari.

Satu lagi penantian ialah mahu dengar "auta" Mahathir tentang pembelian minyak Petron oleh MAS bukan minyak Petronas.

Petron milik anak Mahathir manakala Petronas milik rakyat Malaysia yang mana Mahathir jadi Penasihatnya.

Sama-sama kita tunggu."


 Apa Lojiknya Anwar Mahu Bersara Dari Politik?
Posted on Saturday, July 07 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: wfauzdin_ns

"APABILA DS Anwar menyebut bahawa beliau mungkin akan memikirkan untuk bersara di arena politik sekiranya PR gagal mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 akan datang, maka tokoh Pembangkang yang pertama mengulas isu ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.  Kemudiannya beberapa pimpinan dari PKR dan DAP serta tidak ketinggalan juga dari beberapa tokoh Umno.

Ulasan Tuan Guru Nik Aziz penuh pengertian iaitu DS Anwar seharusnya terus `mengajar' rakyat Malaysia berpolitik tidak kira samada PR menang atau tewas. Pimpinan dari PKR sepertima kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah terus mempertahankan Ketua Umum iaitu ayahandanya sendiri bahawa PKR masih memerlukan bimbingan DS Anwar. Pimpinan DAP pula tegas dari dulu iaitu DS Anwar mesti mengetuai PR dan DAP tetap yakin kali ini rejim Umno/Bn akan tumbang di Putrajaya.

Berbeza dengan ulasan pimpinan Umno. Di antaranya kenyataan Fuad Zakarshi dan Idris Haron yang masih ragu-ragu akan kenyataan DS Anwar dan menganggap itu hanya satu kenyataan politik dan permainan psikologi bagi meraih simpati.




Secara peribadi, saya bersetuju dengan kehendak DS Anwar itu. Ada lojiknya kerana sudah terlalu lama DS Anwar menghambakan dirinya untuk rakyat dengan berbagai dugaan dan fitnah yang beliau tempuhi. Kini, usia beliau mencecah 65 tahun di dalam keadaan tidak begitu cergas akibat penyakit tulang belakang yang dihidapinya. Namun, tokoh reformasi ini terus melupakan semua itu dan pada setiap saat tiada waktu yang tidak melibatkan beliau dengan rakyat jelata. Sabab hari, siang dan malam DS Anwar bersama rakyat, susah dan senang. Tidak terfikir oleh kita, di dalam usia se tua itu, tokoh ini mampu bergerak di dalam dua atau tiga program serentak pada satu malam, kadangkala menjelajah di dua negeri dalam tarikh yang sama. Terlalu kuat staminia yang `dipaksa' oleh DS Anwar.




Dari segi psikologi, amat mustahil tokoh yang sudah berusia ini mampu bergerak seaktif ini di dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh musuh-musuh politik beliau melalui serangan tidak pernah putus melalui media. Tuduhan seks, liwat, ejen asing, rasuah, fahaman ugama liberal, pro kaum Cina dan berbagai lagi tuduhan yang sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan dan dipercayai rakyat yang bijak. Malahan serangan berbentuk fizikal melibatkan diri dan keluarga beliau sendiri. Bukan satu fitnah apabila kereta beliau disabotaj, anak beliau YB Nurul Izzah diugut melalui SMS, di baling batu ketika ceramah, kereta dikemekkan dan berbagai lagi sehingga beliau dapat menyaksikan bagaimana seorang tua penyokong kuatnya berdarah di hadapan beliau akibat dibaling batu oleh rejim sekutu Yahudi.


Beliau cuba hadapinya dengan kekuatan tenaga yang tidak sekuat orang muda. Kekuatan rohani yang ada beliau memberanikan diri untuk mencabar ketua rejim Umno iaitu Najib Razak agar berdepan dengannya di pentas debat sebagai menebus penderitaan rakyat yang selama ini dizalimi oleh rejim sekutru Apco itu. Malangnya, Najib yang lebih muda dari beliau, bukan lelaki sejati. Najib hanya layak menjadi Menteri Wanita. Najib sehingga kini terus mempamirkan sikap penakutnya untuk berdepan dengan DS Anwar. Najib terpaksa gunakan media untuk melindungi telornya yang hilang di dalam seluar.

Di dalam usia mencecah 65 tahun sekarang ini, DS Anwar mungkin memikirkan apakah beliau boleh berdiri sekuat sekarang untuk 5 tahun lagi seandainya PR tidak mampu ke Putrajaya? Jika PR tewas (Nau'zubillah) di dalam PRU ke 13 nanti, kita terpaksa menunggu untuk 5 tahun lagi. Ketika itu, tokoh ini telah mencapai usia mencecah 70 tahun. Mungkin beliau berfikir, apakah yang boleh beliau lakukan di dalam keadaan usia sedemikian?

Saya juga boleh bersetuju jika kenyataan DS Anwar ini merupakan kenyataan psikologi yang baik. Beliau mahu semua pemimpin dan penyokong di dalam PR, terutamanya di dalam PKR sendiri untuk bekerja keras dari sekarang seperti yang beliau telah lakukan. Jika mahu beliau menerajui negara ini di dalam keadaan masih bertenaga seperti sekarang, tiada pilihan lain kecuali rampas Putrajaya di dalam PRU ke 13 ini. Di samping itu, pimpinan semua parti di dalam PR mesti lah bersedia untuk menampilkan tokoh muda yang berkaliber bagi meneruskan perjuangan ini.


Umumnya, kita menyokong PKR atau PR bukan kerana tubuh DS Anwar. Samada beliau masih ada bersama kita, atau beliau di dalam penjara, mahupun beliau bersara atau pergi selama-lamanya dari dunia yang fana ini, kita yang masih hidup wajib terus berjuang tumbangkan rejim zalim Umno/Bn. Cuma, pada waktu ini, ketika dan saat ini, kita perlukan nakhoda yang kuat, gagah dan licik seperti DS Anwar. Tapi, untuk 5 tahun akan datang kita tidak tergamak lagi untuk `memaksa' tokoh ini terus menghadapi dugaan dan fitnah seperti yang sedang beliau hadapi sekarang. /wfauzdin.blogspot.com"


 Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapa
Posted on Saturday, July 07 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Farahanim Rahimmalaysiandigest.com

KUALA LUMPUR: Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.

Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.

Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.

"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.

Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.

"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."

"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"

"Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."


"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.





Fazley bakal tanding di Rembau?
Posted on Saturday, July 07 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: salehgong

"Kerusi Khairy Jamaluddin 'Parlimen Rembau' menjadi kerusi panas apabila ada ura-ura mengatakan beliau akan berpindah ke DUN untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan apabila banyak konflik yang mengaitkan tidak serasian MB sekarang dengan Istana menyebabkan Datuk Seri Mohammad Hassan bakal digugurkan.

Ada juga orang mengatakan Rais akan kembali untuk memenuhi kerusi MB tetapi khabarnya Datuk Seri Najib tidak menyetujui kerana ini sudah bukan zaman Rais katanya, ada juga mengatakan Shaziman yang dilihat sangat berjaya dalam menguruskan Kementeri Kerjaraya, tetapi nama Khairy masih diutamakan.

Kerusi Khairy dikatakan bakal diberikan kepada Dato Fazley Yaakob, seorang pakar motivasi dan juga ahli perniagaan dan juga bekas penyanyi. Beliau juga adalah menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Fazley yang pernah dikaitkan dengan kontroversi penipuan ijazah kedoktorannya tidak membuat ulasan panjang, tetapi khabarnya beliau sangat disenangi rakyat dan mungkin ini adalah suatu pilihan bijak buat BN."


 Nasir akan ke Seri Iman
Posted on Saturday, July 07 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: salehgong

"'Ahmad Shabery bakal ganti Ahmad Said' lebih kurang beigtu lah tajuk muka hadapan Sinar Harian, beberapa hari lepas. Katanya ada ura-ura mengenai MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan di gantikan dengan Datuk Seri Shabery, ini memang benar sekali, memang MB Terengganu akan digantikan, tetapi bukan digantikan dengan Datuk Seri Shabery.

Datuk Nasir Fikri nama yang tidak asing lagi di negeri Terengganu, iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Terengganu telah di beri Green light untuk menerajui negeri Terengganu selepas ini,sumber ini diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri sendiri, Sinar Harian mungkin terlepas sumber ini tetapi begitulah kenyataannya.

Khabarnya Nasir akan di angkat menjadi Menteri Besar kerana ketidak upayaan Ahmad dalam mentadbir kerajaan, dan menurut sumber Istana, Tuanku Mizan inginkan seorang Menteri Besar yang datang dari kawasan Kuala Terengganu/Kuala Nerus kerana tidak mahu pembangunan bandar terbantut.

Nasir juga dikatakan sedang giat membuat program untuk langkah-langkah ke Seri Iman(kediaman rasmi MB), bukan sahaja program-program berskala Kuala Nerus diadakan tetapi beliau juga turut mengadakan program berskala Negeri, seperti pertemuan dengan pelajar-pelajar University dari Terengganu di Kuala Lumpur, dan juga Majlis bertemu Pengetua-Pengetua Terengganu di Melaka.

Ini sebenarnya adalah perkara yang baik,kerana semua rakyat Terengganu khabarnya senang dengan anak kepada Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri ini dan beliau digambarkan begitu dekat dengan rakyat. Mungkin ini adalah masanya Terengganu kembali kepada tangan yang berhak."


 exco PBT kedah lulus lesen pusat pelacuran yg berselindung sebalik pusat rawatan
Posted on Saturday, July 07 @ 10:50:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: Malaysialani

"mari o mari ... mari pakat tengok apa surat ini. ada worang email kek aku surat permohonan bukak pusat urut di SP yg kununnya buat rawatan kesihatn dan import pekerja dari china. aku difahamkan pusat ini diluluskan oleh exco. tandatangan dia pun nampak jelas kek situ.

herannya sblm lulus, exco terbabit suruh pemohon jumpa dia dulu............pastu dh jupa, exco tu sign kek bawah tu dgn ayat 'sila bantu'.

ada papa kot ni. siapa exco tu? cari sendiri lah...la ni rakyat pakat dok tuduh kek MB Azizan............orang tua tu apa satu pun tatau....mmg pandai permainan exco sekor ni


 surat ini menunjukan yg exco PBT mahu berjumpa sendiri dgn taukey pusat rawatan ini....majlis sp tidak berani meluluskan lesen ini,sebab itu majlis sp menberi kepada untuk kelulusan kepada exco ,hasil desakan ahli majlis tempatan  PKR lesen ini  di luluskan juga oleh exco.,pusat ini memang pusat  pelacuran di mana ramai gadis2 dari luar negara yg ramai....sila pergi sendiri....
bila taukey pusat rawatan itu berjumpa lesen diluluskan .....



tulisan di atas menunjukan taukey pusat rawatan ini boleh berjumpa tetapi ,taukey itu kena jumpa sendiri dgn exco









Photo: mari o mari ... mari pakat tengok apa surat ini. ada worang email kek aku surat permohonan bukak pusat urut di SP yg kununnya buat rawatan kesihatn dan import pekerja dari china. aku difahamkan pusat ini diluluskan oleh exco. tandatangan dia pun nampak jelas kek situ. herannya sblm lulus, exco terbabit suruh pemohon jumpa dia dulu............pastu dh jupa, exco tu sign kek bawah tu dgn ayat 'sila bantu'...... ada papa kot ni. siapa exco tu? cari sendiri lah...la ni rakyat pakat dok tuduh kek MB Azizan............orang tua tu apa satu pun tatau....mmg pandai permainan exco sekor ni














 Panas! Guru terima surat propaganda bodoh tulisan jawi!
Posted on Thursday, July 05 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: lipasmalas

"SEORANG Guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba menghantar email kepada MiLo SuaM mengadu tentang sepucuk surat tulisan jawi yang dikirim kepada beliau.

Menurut pengirim, penulis surat itu mendakwa konon sebagai kawan lama beliau yang merupakan bekas penyokong tegar Parti Islam, PAS yang kini sudah insaf dan meninggalkan parti itu. Walhal, beliau tidak kenal pun siapa pengirim surat itu.

Pengirim juga mendakwa, selepas beliau membuat tinjauan, ramai rakan-rakannya menerima surat yang sama dengan gaya penulisan dan rupa bentuk tulisan yang serupa.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan, kalau dilihat ia sekadar sepucuk surat daripada penulis upahan yang dihantar untuk menyebarkan propaganda bodoh kepada guru-guru di Pulau Langkawi.


Semakin hari semakin pelik gaya propaganda gerombolan songkok tinggi untuk memperbodohkan rakyat, semakin mengarut dan mencarut. Siap upah orang tulis surat jawi bagai kah kah kah

Konon-konon kalau tulis surat tulisan jawi, si penerima surat akan percayalah surat itu ditulis oleh seorang penyokong tegar Parti Islam, PAS yang sudah insaf, kah kah kah

ReJaM© "Fikir terlalu mendalam sampai biol team gerak saraf diorang ni..."

Sumber: MiLo SuaM


 Apabila polis dan askar masuk PAS...apa bakal terjadi? Jawab!
Posted on Thursday, July 05 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

" Cuba perhatikan susur-susur perkembangan tentang polis kita dan askar. Setelah BERSIH 3.0, banyak kecaman terhadap polis oleh rakyat mengenai keganasan mereka.

Tetapi jika melihat perkembangan terkini, seolah ada "cahaya " di hujung sana!

Pertamanya, orang nombor tiga dalam PDRM dahulu masuk PAS iaitu Dato Fauzi Shaari. Kemudian dua orang "polis lakonan" dalam Gerak Khas iaitu Zulkifli Ismail dan Abby Abadi mula berjinak dengan PAS (nota: Zulkifli telah masuk PAS).

Terkini, TG Presiden minta ahli PAS tidak menjadikan polis sebagai musuh. Satu uslub dakwah meramaikan kawan mengurangkan musuh.
Terakhirnya, Hero askar Melayu " Lt Adnan " Hairie Othman masuk PAS.

Kesannya, Gerak Khas bakal "dipadam" dari RTM jika ada lakonan Zul dan Abby. Jika anggota polis mahu jadi polis mithali, contohilah lakonan "polis baik" Abby dan Zul.

Dan yang harunya, Bulan Kemerdekaan kita bulan depan, bakal diharamkan tayangan filem "Lt Adnan" dalam TV kita. Cuba tanya Pembakar Jambatan Rais Yatim, benarkah begitu?

Jika lagu "Oh Azizah" serta filemnya Penarik Beca P Ramlee pun diharamkan dalam Radio RTM, apa lagi dengan filem Lt Adnan.

Tonton Gerak Khas....terbayang Abby dan Zul dengan PASnya.
Tonton Lt Adnan.....terbayang Hairie dengan PASnya.

Hebat juga pengaruh PAS ! Ada di mana-mana."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan