Khamis, 26 Julai 2012

KAYA DIDUNIA SEMENTARA... BAIK TERSANGAT2 JIKA KAYA DIAKHIRAT YANG BERSIFAT KEKAL@HAKIKI...DIDUNIA SAD AJE....TAK BERBALOI JIKA NAK BANDINGKAN SEKSAAN DIDALAM NERAKA KECUALI TAQWA... ITU PUN LEWAT DARI ORANG MISKIN TAQWA...SEBAB MEREKA TAK BANYAK PERKARA HENDAK DIHISAB




»» TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP ««


► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..

-awinda al habsyi-

40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".




Ancaman Aqidah terhadap umat Islam masakini-
Tausiyyah Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari

alat2 hiburan, alat2 muzik (kompang, guitar, dll) dimana sahaja tetapi bukan di masjid.
sebab:
di masjid ada niat iktikaf.
ada solat tahiyatul masjid.

Syarah Syeikh: masjid tempat org merintih, berdoa kpd tuhan. jadi suasananya perlu tenang.
alat2 muzik dimain utk melentokkan perasaan. Mustahil 2 perkara dapat dihimpun skali dlm satu masa.

boleh di surau, madrasah, pondok tetapi bukan masjid.

bermain kompang d dlm masjid haram. karangan kitab ringkas syeikh mmbalas cabaran ulama2 indonesia mmbahas bhw bermain kompang dlm masjid haram.

Pendapat bhw barqi yakni makruh dlm kompang d masjid.

Syeikh meneruskan tausiyyah dgn cerita Saidina Abdullah bin Muzaffah/Huzaffah r.a.

Abdullah bin Muzaffah/Huzaffah ra ditangkap dan dibaw amenghadap kpd maharaja Qisra. ditawar anak dara raja spya masuk kristian. dicabar imannya dgn perempuan.

Jwbnya: aku lebih senang dibunuh 1001 kali drpd memeluk agama kristian.

yg kedua ditawar adalah harta dunia. sebahagian kekuasaan dan kekayaan Aku(Raja Qisra) utk kamu masuk Kristian.
Jwbnya: jika diberi dunia seluruhnya pon aku xkan masuk walau sesaat.

kemudian diikat beliau utk dipanah tetapi diarah spy xdak mengena sasaran utk timbulkan ketakutan kematian.

tiada kesan kpd saidina Abdullah.

Diancam slps itu hendak dbunuh dgn cara digoreng minyak panas menggelegak.
Abdullah menangis. Ditnya: adakah kamu takut mati dan hendak masuk Kristian?
aku menangis bukan kerna takut mati, tetapi kerna mati itu hanya sekali. Aku teringin sekali mati sebanyak rambut yg ada dikepalaku.
Pertanyaan Syeikh: berapa ratus ribu rambut kita atas kepala?

Rasulullah S.A.W perintahkan sahabat kibar, Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a supaya mengucup kepala saidina Abdullah r.a.


prof dr mohd amin rahimahullah brcerita, 7 org anak mesir yg pergi belajar di Eropah hanya 3 yg balik masih beraqidah. baki 5 murtad.
Nasihat Syeikh: jika tidak kuat aqidah dan amalan jgn dihantar anak belajar ke Eropah.

Syeikh menyambung cerita dgn brkongsi pengalaman di Pahang pada ziarahnya ke Malaysia kali ini. Hendak dibawa utk menjamu selera ditempat yg jauh katanya.

4 soalan kaki makan?
makan apa? gaji 400
makan dimana? gaji lebih ckit.
makan dgn siapa? 10 ribu ke atas
memakan siapa? ahli politik jahat berkuasa (ahli jemaah ketawa)

cabaran pertama perempuan seksi, kecantikan.
cabaran kedua harta dan pangkat.
cabaran ketiga, nyawa.

7 org yg mndpt naungan Allah.
org yg menolak perempuan. inni aqofullah. ssnguhnya aku takut Allah Jalla Wa'ala.

(Selingan Jenaka Syeikh)Dugaan kpd tok2 guru, didatangkan muslimah cantik, bersuara manja utk bertanya soal hukum, atau ingin belajar qasidah. Beri salam dgn lembut terus masuk ke hati tok guru. Tok guru berkata dlm hati, Iya, doaku sudah maqbul.

saidina hubaib b. adi dpotong anggota badan sblm penaklukan kota mekah.
ditanya musyrikin kpdnya sukakah jika Rasulullah menebusmu sekarang dan dtukar ganti tempatmu.
Jwbnya: jika nyamuk mngigit Rasulullah S.A.W pon aku x snggup melihatnya inikan pula mnggantikan tempat aku. *Mohon pembetulan atau tambahan jika ada pada sesiapa yg hadir disana. Wallahu'Alam.

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Rafizi dakwa SYABAS cuba cipta krisis air

  • Koh Jun Lin
  • 5:04PM Jul 26 2012
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menangguhkan bayaran kepada loji rawatan air antara enam hingga tujuh bulan, dengan tunggakan yang meningkat hingga RM2 bilion.

"Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd memungut wang daripada anda dan saya; ia memungut wang daripada keluarga kita, tetapi menyekat wang ini," kata Rafizi dalam satu forum di Subang Jaya pada malam tadi.

Beliau mendakwa SYABAS berusaha untuk mencipta satu krisis air dalam tindakan terdesak untuk membantu Umno merampas semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Jika masalah ini berterusan, tambahnya, pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail terus menikmati gaya hidup "superstar" dengan gaji tahunan sebanyak RM5 juta, walaupun negeri itu mempunyai kadar air tak berhasil yang paling tinggi di negara ini.

"Jika Rozali mahu terus sekat bayaran kepada loji pemprosesan air untuk menghilangkan keupayaan mereka dan mencipta krisis air di Selangor, sekurang-kurangnnya dia boleh lepaskan (gaji) RM5 juta setahun.

"Setuju atau tidak?," soalnya yang disambut dengan jawapan "Ya" oleh para hadirin.

SYABAS merupakan salah satu daripada empat pemegang konsesi pembekal air di Selangor.

Polis: 'Tan Sri' terlibat beli ijazah palsu

  • Hazlan Zakaria
  • 11:56AM Jul 26 2012
Anggota masyarakat terkemuka - ada yang bergelar 'Tan Sri' - telah dikaitkan dengan pembelian ijazah palsu daripada sindiket yang telah dilumpuhkan oleh Jabatan Jenayah Perdagangan Selangor baru-baru ini.

Kebanyakan yang terlibat adalah mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Bercakap kepada pemberita dalam taklimat media di Shah Alam hari ini, beliau berkata, sesetengah daripada mereka yang dikaitkan dengan sindiket ijazah palsu itu, termasuk 'Tan Sri'.

Menurutnya, mereka yang membeli ijazah tersebut "memang tahu" ianya palsu dan jika mereka menggunakannya untuk mendapatkan pekerjaan atau bagi apa jua tujuan, ia melibatkan unsur penipuan.

Wanita PKR lancar kempen 'Tolak Najib'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:54PM Jul 26 2012
Wanita PKR hari ini melancarkan kempen "Tolak Najib" bagi mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai pemangku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

NONEKetuanya Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu dijalankan kerana Najib masih gagal mengemukakan perancangan bagi hala tuju pembangunan wanita di Malaysia walau telah tiga bulan memangku jawatan itu.
Menurut Zuraida lagi, matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar jelas tidak seperti digambarkan kerana jurang gaji antara gender dan proses kepimpinan wanita di semua peringkat masih belum terlaksana.
"Semenjak 2008, jutaan dana telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM). Namun sehingga kini semua pencapaian perlaksanaan dan hasil tidak diketahui.

"Jadi WANITA PKR melancarkan kempen ini bagi memberi pendedahan kepada wanita di luar sana tentang janji yang tak ditepati yang dibuat oleh Najib," katanya pada sidang media pelancaran kempen itu di ibu pejabat PKR hari ini.
NONESelain itu, Zuraida berkata, pihaknya turut menyeru agar Najib mengemukakan calon bagi jawatan menteri wanita KPWKM.

Zuraida berkata, Najib tidak mampu menggalas tanggungjawab yang banyak kerana presiden Umno itu kini sudah memegang "puluhan jawatan".

"Antara puluhan jawatan yang dipegang perdana menteri ialah menteri kewangan, pengerusi Khazanah Nasional, pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengerusi projek berimpak tinggi.
"Adakah dengan puluhan jawatan ini beliau mampu mentadbir KPWKM dengan baik?," soal Zuraida.

Zuraida berkata kempen "Tolak Najib" yang mensasarkan golongan wanita itu akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 28 Julai bermula dengan program mengedar risalah di kawasan bandar sehingga ke pedalaman.

Najib memangku jawatan kementerian pembangunan wanita pada April lalu selepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan tersebut berikutan desakan serta penglibat keluarganya di dalam isu National Feedlot Corporation (NFC)
VIDEO l 4.33 mins


Wanita hampir diragut di tandas diminta buat laporan

  • Hazlan Zakaria
  • 1:07PM Jul 26 2012
Polis Selangor hari ini merayu kepada wanita yang hampir menjadi mangsa ragut yang didakwa berlaku di dalam tandas di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya supaya tampil membuat laporan polis.

"Kami menggesa mangsa membuat laporan polis kerana ada gambar suspek (CCTV)," kata Ketua Polis negeri Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Katanya, walaupun wanita itu tidak hilang apa-apa, tetapi pelakunya mungkin terlibat dalam kes-kes lain.

Beliau memberitahu pemberita demikian dalam sesi taklimat media mingguna di Shah Alam hari ini.
40 orang terkaya S'pura miliki aset RM189.34b

  • Bernama
  • 5:27PM Jul 26 2012
Empat puluh orang paling kaya di Singapura kini secara terkumpul memiliki aset bernilai US$59.4 bilion (US$1=RM3.18) meningkat US$5 bilion atau sembilan peratus berbanding tahun lepas.

Mengikut senarai orang paling kaya di Singapura yang diterbitkan oleh Forbes Asia, pasangan adik-beradik Robert dan Philip Ng, anak kepada pengasas Far East Organization, mendiang Ng Teng Fong, menduduki tangga teratas dengan harta bernilai US$9.2 bilion iaitu meningkat US$300 juta berbanding tahun lepas.

Far East Organization bersama Sino Group, syarikat sepemunya berpangkalan di Hong Kong, merupakan salah satu kumpulan hartanah terbesar di Asia dengan jumlah dagangan tahunan terkumpul sebanyak US$5.5 bilion.

Keluarga tokoh perbankan, mendiang Khoo Teck Puat kekal di tangga kedua dengan US$6.7 bilion. Mendiang Khoo telah meninggalkan hartanya kepada 14 anak-anaknya pada 2004.

Bagaimanapun, keluarganya masih menguasai kepentingan dalam Goodwood Group of Hotels di Singapura tetapi menjual pegangan dalam Standard Chartered Bank pada 2006 dengan harga anggaran US$4 bilion.

Di tangga ketiga ialah Pengerusi United Overseas Bank (UOB), Wee Cho Yaw, yang memiliki aset bernilai US$4.7 bilion, peningkatan US$500 juta berbanding tahun lepas.

Terdapat lapan muka baharu yang tersenarai tahun ini dan antaranya, Eduardo Saverin, pengasas bersama Facebook, di tangga kelapan dengan aset bernilai US$2.2 bilion.

Saverin, pemuda berusia 30 tahun kelahiran Brazil itu, menetap di Singapura sejak 2009 dan telah melabur dalam syarikat bayaran atas talian, Netswipe.

Beliau melepaskan taraf kerakyatan Amerika Syarikat tahun lepas.

Taikun hartanah, Raj Kumar dan anaknya Kishin RK dengan aset bernilai US$1.5 bilion di tangga ke-11 dan adik Raj Kumar, Asok Kumar Hiranandani di tangga ke-19 dengan US$910 juta.

Usahawan kelahiran India, Bhupendra Kumar Modi, kini rakyat Singapura, menduduki tangga ke-23 dengan aset bernilai US$755 juta, pemilik Hotel 81, Choo Chong Ngen di tangga ke-25 (US$690 juta) dan pengusaha hotel Michael Kum di tangga ke-26 dengan memiliki aset bernilai US$670 juta.

- Bernama
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan