Selasa, 31 Julai 2012

KATAKANLAH APA SAJA...JANJI BOLEH MEMUJUKKAN HATI...TAK PERNAH BERLAKU SEBELUM NI...NAK DEKAT PRU RAMAI YANG MASUK PARTI PEMBANGKANG@BERSAMA PEMBANGKANG

MB S'gor: Keuntungan besar jika GLC maju tanah Talam

  • Nigel Aw
  • 1:10PM Jul 30 2012
NONEMenteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembelian tanah oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah bertujuan untuk pembangunan.

Katanya hal demikian dibuat selepas Talam Corporation mula melupuskan tanah yang menjadi harta dan keuntungan kepada perbadanan itu untuk membayar hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri.

NONEKerajaan negeri sedar keuntungan berganda diperolehi jika syarikat GLC memajukan tanah tersebut berbanding menjualnya, kata Khalid dalam temubual dengan Malaysiakini Sabtu lalu.

"Nilai tanah itu kurang daripada nilai pembangunan. Kerajaan negeri mempunyai banyak pengetahuan tentang apa yang ingin dimajukan dan mempunyai kekuatan untuk meluluskan pembangunan.

"Jadi kenapa kamu perlu menjual sebidang tanah yang belum diteroka bila kamu mampu memajukannnya?... Jika kamu jual pembangunan, kami bercakap tentang peningkatan nilai pembangunan, tetapi jika kamu menjual tanah sekaki persegi, itu merupakan perbezaan yang besar," katanya.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menambah adalah lebih baik kerajaan negeri menyimpan aset tersebut berbanding wang tunai, apatah lagi kerajaan negeri mempunyai rizab tunai sebanyak RM2 bilion - pertambahan lima kali ganda sejak Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri.

Ahli jawatankuasa Pusat MCA Datuk Chua Tee Yong (kanan) mendakwa kerajaan negeri memaksa syarikat berkaitan kerajaan untuk mendapatkan tanah daripada perbadanan itu, bukan menjualnya bagi mendapatkan semula RM392 juta secara tunai yang terhutang kepada kerajaan negeri.

"Saya dapat mengesannya... Saya beritahu kamu, kadang kala bila saya mendapati kerja seperti ini, bagaimana boleh saya...," kata Khalid sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Saya tidak faham dan saya tidak peduli, saya telah sampai ke tahap itu... Sekalipun parti saya datang kepada saya dan berkata, kamu tidak menerangkan kepadanya (Chua), dia masih tidak faham.

"Saya beritahu mereka, sebab itu saya letak jawatan sebagai guru, kerana sehingga satu masa saya beritahu kepada pelajar saya, mereka masih tak faham, saya akan panggil mereka supaya datang ke sini, saya akan buat untuk kamu dan kamu boleh simpan jawapannya," sindir Khalid.


VIDEO l 5.20 mins


Karpal: Hudud bukan inti manifesto Pakatan

30 Julai 2012
Karpal Singh
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama
Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut

30 Julai 2012
Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.
Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.
SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

[BERITA BERKAITAN - 'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati]
[BERITA BERKAITAN - Eksekutif wanita TV9 ditemui mati]
Pegawai polis hadapi 6 tuduhan di tiga mahkamah
5:50PM Jul 30 2012
Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
  
Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
  
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
  
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
  
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
  
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
  
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.
  
- Bernama
Adinda Sultan Selangor mangkat
RUWAIDA MD ZAIN
30 Julai 2012
Adinda Sultan Selangor mangkat
Upacara persemadian adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat tengah malam tadi. – Foto oleh Zulfadhli Zaki
SHAH ALAM - Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat jam 12.15 tengah malam tadi.

Almarhumah yang lahir pada 19 Ogos 1956 merupakan adinda bongsu Sultan Sharafuddin Idris Shah
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.
Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.
Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Dalam pada itu, Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada Sultan Selangor serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan Tengku Puteri Aishah.
Kerajaan Negeri turut merasa sedih atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga ALLAH mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan.
LGE: DAP, PAS bekerjasama 'dengan mata terbuka'
4:58PM Jul 30 2012
DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan 'dengan mata terbuka', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa bahawa  MCA, MIC Dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup".

guan eng meets pas representatives 240309 mat sabuDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata MCA dan Gerakan meneruskan serangan kononnya DAP menyokong PAS dalam
pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menurutnya "menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang".

Lim menyifatkan MCA dan Gerakan seakan-akan “pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu” dengan cubaan mereka untuk
menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong pelaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.

"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

"Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah.  Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk
memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pelaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

NONE"Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan," kata Lim.

DAP dan PAS, tambahnya, boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama "yang
menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita".

Untuk sebab itulah, katanya, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.

Jelas, 'dasar bersama' tersebut, tegas Lim,  tidak menyebut tentang pelaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.

Beliau mendakwa, ini berbeza dengan Umno Pulau Pinang yang telah memanggil untuk pelaksaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara.

Malah, katanya, ADUN Kemelah, Johor daripada Umno, Ayub Rahmat telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” Umno akan merangkumi rakyat bukan Islam juga.

Lim mendakwa, bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim tetapi juga Ketua Wanita Umno Kepala Batas telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua.

Dalam erti kata lain, katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam.

"Saya tidak mendengar pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk Umno ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap Umno.

"Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin Umno terhadap hudud untuk semua?" soalnya sambil menambah DAP tidak akan menggunakan taktik jijik yang didakwanya digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin DAP.

Menurut Lim lagi, DAP tidak pernah menyalahgunakan imuniti parlimen untuk menonjolkan video seks Soi Lek.

"Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya," katanya.

Malangnya, tegas Lim lagi, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin Gerakan terhadap Umno walaupun Umno "bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan".

Lim mendakwa bahawa Umno-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang  digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

Ini, tegasnya, berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia.

Jelas, katanya, terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dan kerjasama MCA atau Gerakan dengan Umno, apabila PAS dan Umno dua-dua menyokong hudud dan negara Islam.

Menurut Lim lagi, PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam manakala Umno didakwanya hanya menyokong hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris.

DAP, tegas Lim, bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka, tetapi mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup".
BN Sabah: 'Lajim Ukin kini bersendirian'

30 Julai 2012
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan
KOTA KINABALU - Umno Beaufort, yang sebelum ini dipimpin oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin, masih berfungsi dengan kebanyakan anggota jawatankuasa (AJK) bahagiannya kekal dengan Umno.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mereka termasuk timbalan ketua bahagian, naib ketua, kebanyakan AJK, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dan majoriti anggota anggota jawatankuasa tiga sayapnya.

"Kesemua mereka masih kekal dalam Umno. Begitu juga dengan ketua cawangan yang kekal dengan Umno. Apa yang jelas, Lajim kini bersendirian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, seperti dengan kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri yang lain di seluruh negara, BN bersedia untuk mempertahan kerusi Parlimen Beaufort dan Tuaran.

"Dan Insya-Allah, kami akan memenanginya lagi demi masa depan rakyat dan negeri dan negara," katanya.

Abdul Rahman mengulas tindakan Lajim yang meletak jawatan sebagai Anggota Majlsi tertinggi Umno, Ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort BN, berkuatkuasa Sabtu lepas dan juga peletakan jawatan Datuk  Wilfred Bumburing sebagai Timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

"Setengah orang mungkin berkata pengumuman Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyertai pembangkang adalah satu perkara yang mengecewakan atau sedih.

"Secara peribadi, saya berpendapat pengumuman itu merupakan seperti majlis yang meriah bagi Barisan Nasional kerana kini, Umno Beaufort boleh secara agresif menggerakkan jenteranya tanpa diganggu oleh ketidaktentuan sejak  beberapa bulan lepas," katanya.

"BN menyaksikan pemimpin datang dan pergi. Tetapi belajar daripada pengalaman, BN terus berdiri teguh dan terus menjadi parti pilihan bagi majoriti rakyat Malaysia," katanya.

Abdul Rahman berkata, adalah jelas bahawa rakyat mengundi BN sebagai sebuah parti dan bukan calon individu seperti apa yang Lajim dan Bumburing sering keliru.

"Rakyat meletakkan kepercayaan mereka atas "dacing" yang menyediakan rancangan masa depan dan bukan mengenai "Primadona" yang hanya memikirkan kepentingan sendiri dan kedudukan sahaja," katanya. - Bernama

Kerajaan Selangor rakam takziah kepada Sultan

Harakahdaily, 30 Jul 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan adinda Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj  serta kerabat Diraja Selangor  atas kemangkatan adinda YAM Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Kerajaan Negeri turut  merasa sedih  atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

Jenazah YAM Tengku Puteri Aishah, 56,   dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 12 tengahari hari ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah.

Kematian eksekutif TV9, ahli keluarga terdekat ditahan

12:41PM Jul 30 2012
Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.
  
arjunaidi mohamedKetua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed (kiri) berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.
  
Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Beliau berkata hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.
  
"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.
  
Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
  
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan