Khamis, 12 Julai 2012

JIKA BENAR...PEMBERI DAN PENERIMA DUA2 MASUK NERAKA...

Pakatan khuatir undi pos luar negara dimanipulasi

Hazayani Zakaria, 12 Jul 2012
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mekanisme yang berkesan jika bercadang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Rakyat bimbang undi pos mereka di luar negara turut dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara.

Katanya, Pakatan Rakyat sebelum ini memang mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi memberi peluang warga negara Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka.

"Kalau nak jalankan undi pos di luar negara, prosedur mesti telus. Kita bantah undi pos di Malaysia pun sebab tak telus dan dimanipulasi dan memang ada pendedahan dah dibuat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman SPR bahawa mereka sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usul itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang September ini.

Namun katanya, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Hatta berkata, Pakatan juga pernah mencadangkan perkara itu dan tidak mahu sebarang syarat dikenakan warga negara di luar untuk mengundi secara pos.

"PAS juga memandang perkara ini satu perkembangan positif dan kita amat bersetuju bahawa warga negara Malaysia yang berada di luar negara juga diberikan hak mereka untuk menyertai pilihan raya dan memilih kerajaan yang mereka sukai.

"Dalam PSC Pakatan menyokong penuh hasrat ini satu perkembanagn baru dalam sistem pilihan raya kita malah mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan tanpa meletakkan sebarang syarat.

"Kita mengatakan bahawa dengan suasana komunikasi dan media hari ini rakyat di luar negara lebih mengetahui perkembangan Malaysia daripada sebahagian rakyat Malaysia sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Tak perlu pinda undang-undang baru

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk meminda Akta Pilihan Raya sebaliknya beliau berkata, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

katanya, SPR hanya perlu menambahkan peruntukan dalam peraturan sedia ada bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

"SPR tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos.

“SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Anthony juga menyifatkan pindaan akta itu sebagai membazir masa kerana mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan.

"SPR membazir masa jika mahu meminda akta. Peruntukan sudah ada, SPR hanya perlu memberikan tafsiran jelas terhadap pengundi pos dan mekanismenya sahaja," katanya.

RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat

Muhammad Faizal, 12 Jul 2012
SHAH ALAM: Umno BN didakwa sanggup membayar RM160 juta kepada Ahli Parlimen PKR bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen sewaktu Datuk Seri Najib Razak mula-mula mengambil jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani memberitahu proses pembelian Ahli Parlimen memang berlaku sewaktu Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya lagi, beliau bersama tujuh lagi telah ditawarkan dalam bentuk pakej iaitu seramai lapan orang bagi mendapatkan majoriti kepada BN di Parlimen.

"Kami seramai lapan orang ditawarkan RM10 juta seorang tetapi dinaikkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen.

"Menurut mereka bayaran ini akan dilaksanakan jika kesemua kelapan-lapan Ahli Parlimen lompat," jelasnya pada sidang media di bangunan Annex, di sini.

Beliau turut memberitahu, kesemua mereka tidak perlu lompat masuk ke Umno tetapi cukup sekadar sebagai Ahli Parlimen bebas dan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka menjanjikan RM10 juta akan diberikan dalam bentuk aset bangunan kedai manakala RM10 juta lagi diberi tunai.

"BN mengarahkan kami semua tinggal di Indonesia selama dua tahun sehingga semuanya reda," tambah Amran.

Amran menyatakan prinsip perjuangan dan kesetiaan pada parti tidak dapat dibeli dengan wang ringgit walaupun tawaran diberikan itu satu nilai yang tinggi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memberitahu kegiatan pembelian Ahli Parlimen ini akan diteruskan dan pendedahan video akan dilakukan oleh Azam Ismail dan Indera Mahkota.

"Walaupun mereka dari Umno menafikannya tetapi kita ada video yang boleh membuktikannya.

"Soal beli Ahli Parlimen adalah satu hakikat dan tawar menawar itu berlaku, ia bukan satu perkara yang direka oleh Pakatan Rakyat," jelas Khalid.

Beliau menyata, tranformasi yang dilakukan dalam pemerintahan Najib adalah membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan majoriti di Parlimen.

Sementara itu, Abdul Aziz Kadir, Ahli Parlimen Ketereh beliau turut menerima panggilan telefon dan dipanggil berbincang namu beliau telah menolak pelawaan tersebut kerana kesetian beliau pada parti dan juga Pakatan Rakyat.

Kaji semula syarat undi pos rakyat di luar negara

Harakahdaily, 12 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanah air supaya tahu perkembangan politik di tanah air dilihat seolah-olah memandang rendah keupayaan mereka dalam mengetahui politik semasa.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta SPR mengkaji semula usul membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pos dengan syarat mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Tujuan SPR bagi memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik di tanah air.


“Bagi DPPWP, tujuan tersebut adalah tidak relevan sekiranya perlu ada di dalam negara sekali dalam tempoh 5 tahun  semata-mata untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik tanah air,” ujar Ketua Pemuda DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.

Katanya, dunia kini merupakan dunia yang berteknologi maklumat di seluruh dunia terdapat di hujung jari setiap manusia.

Beliau menambah, rakyat Malaysia boleh mengetahui perkembangan tanah air hanya perlu dengan melayari internet sahaja.

“Pelbagai maklumat boleh didapati. Apatah lagi kebanyakan suratkhabar kini menggunakan internet sebagai medium penyebaran berita mereka,” katanya lagi.


Justeru, ujarnya syarat SPR supaya rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanah air supaya tahu perkembangan politik di tanah air dilihat seolah-olah menganggap mereka ini duduk di bawah tempurung.

DPPWP, katanya percaya rakyat Malaysia di sana sentiasa mengambil berat situasi di Malaysia melalui pebagai medium.

“Apakah sekiranya mereka ini tidak mengetahui situasi politik, mereka kehilangan kelayakan mengundi yang sememangnya wajib untuk setiap rakyat Malaysia?

“Apakah SPR boleh mengetahui bagaimana seseorang itu tahu atau tidak perkembangan politik di Malaysia?” tanya beliau. 

Bagi DPPWP, ujar Kamaruzaman cukuplah sekadar rakyat Malaysia di luar negara mendaftar undi sahaja bagi membolehkan mengundi pos.

Tambahnya lagi, tidak perlu menyusahkan mereka dengan menetapkan syarat tersebut.

Katanya, tugas SPR sepatutnya memudahkan setiap rakyat Malaysia untuk mengundi bukan menyulitkan mereka.

“SPR juga dilihat semakin tidak relevan dengan cadangan-cadangan yang tidak munasabah.

“Sepatutnya SPR bertindak dengan memperbaiki kepincangan asas sistem pilihan raya seperti yang dibangkitkan Bersih,” ujarnya.

Hapus ISA: Transformasi Najib tipu rakyat

Harakahdaily, 12 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat kesal kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu zalim masih terus digunapakai oleh kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tanpa berlaku istilah ‘transformasi’ atau ianya dihapuskan sehingga kini.
“Dan kami menyatakan sokongan agar mendesak kesemua baki 45 tahanan dibebaskan dengan segera,” kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss (gambar).

Malah, katanya DPPM ingin bersama turut berhimpun membantah kezaliman ISA yang telah dirancang pada 15 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting, Taiping jam 11.00 pagi.

Menurutnya, DPPM yakin rakyat yang menentang kezaliman ISA akan turun bersama bagi menyuarakan bantahan dan kekejaman bukan sahaja kepada mangsa tetapi kepada seluruh ahli keluarga mangsa sehingga kini.

Justeru, katanya DPPM mengharapkan rakyat dan terutamanya anak muda bangkit menzahirkan bantahan bersama kelak.

“Marilah sama-sama kita tunjukkan simpati terhadap semua mangsa dan ahli keluarga serta sokongan agar mereka semua dibebaskan dengan segera,” ujarnya.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sudah tentu juga masyarakat antarabangsa tertipu dengan istilah ‘transformasi’ yang dijanjikan Najib terhadap akta lapuk lagi zalim itu perlu didedahkan.

Katanya, pendedahan baki tahanan ini bukti bahawa kezaliman ISA masih menjadi akta yang paling zalim yang masih dikekalkan sebenarnya.

Menurutnya lagi, rakyat umpama tertipu tentang penghapusan akta ini selama ini jika pendedahan mogok lapar yang dilancarkan oleh 45 orang tahanan yang masih berada di dalam kem tahanan tersebut diketahui umum juga akhirnya.

Beliau berkata, DPPM merancang untuk menjelajah seluruh negara untuk mendedahkan kezaliman ISA yang sebenarnya masih ‘kuat’ bertahan di dalam pemerintahan Najib selama ini.

“Kami akan mendedahkan kezaliman ISA ini oleh kerana kepimpinan Najib tidak menepati janji untuk menghapuskan akta zalim ini.

“Semua ini adalah pembohongan semata-mata bagi menutup suara rakyat!” tegasnya.

Occupy: Mengapa ditahan, mereka mahu jumpa MB

Anis Nazri, 12 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang mengecam tindakan pihak polis yang bertindak menahan sekumpulan 31 orang peserta 'Occupy Pejabat MB', 10 Julai lalu.

Pengerusinya, N. Balasubramaniam (kiri), berkata kesemua mereka yang ditahan itu sewajarnya didengari masalah, bukan bertindak menahan mereka.

"Mereka merupakan penduduk kampung yang masalah mereka sudah sekian lama tertangguh untuk diselesaikan.  Lagipun, mereka bukan membuat kekecohan, cuma ingin menemui menteri besar sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan pihak polis yang menahan mereka termasuk kanak-kanak, menunjukkan sikap polis yang 'double standard'.

Katanya, dalam banyak kejadian jenayah, pihak polis tidak bertindak sepantas itu untuk mengambil langkah pencegahan.

"Apa yang lebih penting, tindakan yang boleh diambil ialah mendengar apa yang mereka mahukan.  Kalau menteri besar tiada, berilah satu tarikh lain untuk temujanji semula, bukan bertindak menahan mereka," tegas beliau dalam nada kesal.

Pada program 'Occupy Pejabat MB' itu, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam.

Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan mereka tamat.

Seseorang itu hanya boleh ditahan tidak lebih dari 24 jam.

Tragedi wanita diragut dan dibiar orang awam di Malaysia

http://pulakdah.blogspot.com, 12 Jul 2012

Nampaknya tragedi sedih yang menimpa kanak-kanak malang Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang di langgar dan dibiarkan kesakitan apabila orang ramai yang lalu lalang sekadar membiarkan mangsa kini berulang di Malaysia.

Kejadian ini berlaku pada 10 Julai 2012 apabila seorang wanita telah di ragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terheret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malangnya lagi apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkan sahaja. Sehinggalah tidak lama kemudian ada seorang yang datang membantu dan menghubungi ambulans yang tiba sejam kemudian.

Sekurang-kurangnya 10 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar membiarkan mangsa.

Selepas seorang awam yang perihatin menghubungi ambulans, barulah mangsa dialihkan dari tempat kejadian oleh dua orang penduduk tempatan berbangsa India.

Hari ini diberitakan wanita malang itu telah meninggal dunia 8 jam kemudian di hospital.

Fakta kejadian :
- Seorang balu berumur 60 tahun bernama Tan Kim Chuan yang baru sahaja dua minggu berpindah ke Rifle Range.
- Dia ragut pada jam 6.02 pagi oileh seorang bermotosikal dan di rakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang telah lalu lalang dan membiarkan Tan Kim Chuan dalam keadaan kesakitan dan meminta tolong
- Mangsa meninggal pada jam 3.45 pagi selepas dikejarkan ke hospital kerana kecederaan di bahagian kepala yang teruk.

Persoalannya mengapa perkara ini boleh berlaku di dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang?

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala sembilan jam kemudian di Hospital Pulau Pinang.



Di sinilah tempatnya dimana kejadian itu berlaku.


Pegawai penyiasat Asst Supt Wong Yeut Oon berkongsi rasa sedih Lay Yong (kakak Kim Chuan) di bilik mayat Hospital Pulau Pinang.

Lagi usaha mekap Najib nak bagi Umno BN nampak baik?

http://cenangau.blogspot.com, 12 Jul 2012
mStar melaporkan:
Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948 - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. - mStar.
Nampaknya Najib masih tak berani nak bubar parlimen dan adakan pilihanraya. Nak buat macamana, persepsi Umno BN sekarang ni cukup teruk.

Pasai tu secara tiba-tiba boleh keluar pulak cadangan ni. Pada aku cadangan ni tak lebih dari sekadar usaha Najib untuk pakai mekap bagi tebal nak tutup semua kedut-kedut dan parut di muka umno BN. Nak bagi nampak lebih muda dan menawan.

Tengok ke nama pun dah tau dah.

Realitinya, ISA yang katanya dah dimansuhkan pun sebenarnya masih belum di mansuhkan. kalau tak silap aku masih ada 45 di tahan di pusat tahanan di bawah ISA. Mansuh apa kejadahnya macam tu.

Pasai tu lah pada aku undang-undang baru ni pun tak lebih sekadar makep untuk Umno BN. Kalau betul Najib nak buat perubahan, nak buat transformasi melalui undang-undang, 45 orang yang masih di tahan di bawah ISA tu mesti dibebaskan segera ataupun didakwa di mahkamah kalau betul ada kes.

Sama jugak macam akta Himpunan Aman 2012 yang diluluskan awal tahun ni. Kalau diteliti undang-undang tu tak ada bezanya pun ada atau takdaknya. Akhirnya pihak polis masih jugak ada kuasa untuk tak benarkan himpunan diadakan. Kalau PM bagi arahan suruh halang sesuatu himpunan takkannya berani PDRM nak derhaka. Pandai la depa cari alasan, bagi alasan untuk tak benarkan.

Apa pun, jangan lupa temu janji kita Sabtu ni di Masjid Wilawah Persekutuan dalam

Himpunan Oren (kaler kuning) Selamatkan Felda


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/lagi-usaha-mekap-najib-nak-bagi-umno-bn.html#ixzz20ObDdtrq

Anwar minta Najib jangan takut sekat Mahathir

Harakahdaily, 12 Jul 2012
KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.

Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan  beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.

"Apabila saya menolaknya, dia gunakan RM2,000 juta wang Petronas untuk membantu syarikat perkapalan Mirzan iaitu MISC," kata Anwar.

Menurut Anwar, 10 tahun kemudian, sekali lagi terbukti sikap Mahathir apabila beliau membela tindakan anaknya Mirzan yang membeli penguasaan dalam syarikat pembuat arak dari Filipina, San Maguel dengan harga RM2,900 juta secara tunai.

"Bila kita buat semua tak boleh. tunjuk perasaan haram, tetapi dia semua boleh, beli syarikat arak pun boleh," tempelak Anwar.

Yang terbaru, kata Anwar, San Maguel telah membeli syarikat Esso Mobil Malaysia dan dinamakan Petron.

Lalu, semua kapal terbang MAS telah dipaksa untuk membeli minyaknya dari Petron ini dan tidak boleh membeli minyak dari Petronas.

"Ini pun Najib takut nak bantah. Kat Mahathir takut, Obama takut, Syed Mokhtar takut...balik rumah pun takut...Apa nak jadi dengan Perdana Menteri kita ni," kata Anwar diikuti sorakan dari ribuan hadirin yang hadir malam itu.

Anwar mengajak semua rakyat negara ini agar bersama-sama membina negara ini dengan ilmu.

"Setiap sesuatu kita perlu mulakan dengan ilmu...Min huna naklam...permulaan tindakan kita dengan ilmu," kata beliau bagi memastikan semuanya dibuat dengan betul bukan kerana takut atau emosi.

Anwar memberikan contoh apa yang berlaku di Kelantan sekarang.

"Memang Kelantan secara relatifnya agak miskin tetapi Kelantan berkat," kata beliau.

Rasuah: Kesan Buruk Yang Boleh Meruntuhkan Ekonomi Negara

Published on December 10, 2010
Fikir-fikirlah dan amatilah sketch kartun ini
KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL
RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.
Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward
John B. Saunders pula menulis dalam kamus ‘Mozley and Whiteleys Law Dictionary’ memberi definisi ‘corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty’.
Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok).
Menurut ‘Transparency International’ pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.
NAMA LAIN BAGI RASUAH
Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
Hadis nabi SAW ada menyatakan :”Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum” (HR. Abu Daud & Tirmizi)
Ibnu Mas’ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:
“Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :
1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia.
2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.
3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya.
Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).
Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui.
HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH
1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
Ertinya : ” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadits :-
Ertinya : “Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”.
( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya.
SUAPAN ATAU SOGOKAN
Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau peratusan;
4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang terdahulu;
PUNCA DAN SEBAB RASUAH
Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap;
1. Tamak dan haloba.
2. Dengki dan khianat.
3. Sombong dan Takabbur.
4. Suka berbuat yang haram.
5. Tiada keberkatan Hidup
6. Nafsu serakah.
7. Gila Kuasa.
8. Menafikan hak orang lain.
9. Ingin menunjuk-nunjuk.
10. Zalim dan kasar.
Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:
1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.
Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.
Allah swt telah berfirman:
“dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.
Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service).
4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.
7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya.
Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.
KESALAHAN RASUAH
Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA
1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.
2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.
3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah.
4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.
5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan.
1. Kesan Terhadap Individu:
(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.
2. Kesan Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.
3. Kesan Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:
1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.
2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan kejahatan.
3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.
4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.
5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.
6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …..” (11)
(Surah ar-R‘ad: 11)
7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada..
8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak orang lain.
9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.
10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.
11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.
KESIMPULAN
Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:
1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.
2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.
3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.
Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur
Oleh : Aziran Mat Nor


Rasa Susah atau Rasuah pilihan anda?



Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Dalam al-Quran jelas mengharamkan gejala rasuah sebab ia hanya mengundang kepada kemudaratan dalam sistem sosial. Tapi zaman sekarang ni ramai orang tidak sedar dan tidak mampu untuk membezakan antara rasuah dan "hadiah". Hadiah yang dimaksudkan ini adalah satu term yang selalu dipakai oleh orang yang ingin membri rasuah dengan cara selamat.

Ini lah salah satu cabaran umat Islam zaman sekarang. Apa yang kita mampu buat untuk menghidari diri dari gejala ini ialah memantapkan iman dan jati diri kita.

Zaman sekarang ni kita dapat lihat, secara terang-terangan orang memberi dan menerima rasuah. Lihat saja sistem politik kita. "Mereka Islam atas nama tapi kafir atas dunia". Tanpa segan silu mengambil rasuah, songlap,curi, rompak.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
 
 

Peringatan: Memberi & Menerima Rasuah

Assalamualaikum,
Saudara, ramai orang cakap pasal rasuah. Orang politik selalu cakap, tapi merekalah yg sering ambil rasuah tapi bukanlah dakui mereka sebagai rasuah. Kalau diberi konsesi tanah untuk projek atau projek untuk dilaksanaka, akan ada kos projek itu ditop-up oleh mereka supaya kos yg dianggarkan atau kontrak yg akan dibayar kelak lebih tinggi dari kos sebenar projek tersebut atau pulagan keuntungan di jack-up, supaya orang politik itu dapat perbzaan keuntungan dari projek. Pada mereka ini bukan rasuah. Ada yg terima wang dari orang bisnes, dianggap 'sumbangan politik' bukan rasuah. Kalau polis terima wang nasi lemak dari pesalah trafik contohnya dikira rasuah. Apakah sesuatu itu rasuah atau tidak memang jelas. Namun rasuah pd orang yg berkuasa tidak dikira rasuah, tetapi hadiah atau sumbangan ikhlas dari yg memberinya! Apakah ketetapan Islam mengenai Rasuah?
Diriwayatkan hadith dari Abu 'Uwainah hadith dari 'Amri b Abi salamah hadith dari bapanya (i.e. abi Salamah) hadith dari abi Hurairah (r.a) brkata:' Telah melaknat Rasulallah (s.a.w) orang yg memberi rasuah dan orang yg menerima rasuah pada hukum (agama).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Hukum Akhkam Islam]
Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) melaknat orang yg menerima dan memberi rasuah, sama dosanya. Apabila seseorang itu dilaknat Rasulallah (s.a.w), maka sejajar dgn ketetapan Ayat 80, Surah an-Nisa', maka seumpama Allah (a.w) melaknatnya. Orang yg dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w) atau Allah (a.w) pasti masuk neraka, wal iya zubillah.
Saudara, oleh kerana beratnya ketetapan Islam terhadap orang yg merasuah dan menerima rasuah itu, berwaspadalah. Orang politik wajib berwaspada, kerana merekalah berkuasa yg mudah untuk mendapat rasuah, dan orang bisnes pula, kerana inginkan sesuatu, sering memberi rasuah. Kalau yg beri rasuah itu bukan Islam oklah, kerana memangpun di akhirat kelak mereka akan masuk neraka. Tapi, bagi kita yg Islam ada peluang masuk syurga, janganlah hapuskan peluang tersebut!

Jazakallahu khairah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan