Ahad, 15 Julai 2012

JIKA BANYAK2..BERTALU2..BERSEPAH2..BERLONGGOK2..TERPAMPANG2..MACAM TERHEGEH2 JE..FAHAM2 JE LAH..ORANG TENGOK PUN BORING..MELUAT..AGAK2LAH..KALAU BETUL ITU SATU HAL.KALAU TAK BETUL ITU KIRA MENIPU DAN BERPURA2

Umno Kota Bharu undang artis hiburkan guru

Aslani M, 15 Jul 2012
KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.

Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.

Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.

Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.

“Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.

“Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu sumber di sini.

Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.

Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.

“Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,” kata mereka.

Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.

Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.

“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.

Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.

“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.

Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.

Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat

Harakahdaily, 15 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.


Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada  Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.

Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.

“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.

Pelakon Adam Hamid pula sertai PAS

Anis Nazri, 15 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.

Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.

Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.

Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.

Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.

Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.
Penduduk bimbang projek sambungan LRT Kelana Jaya

  • Leven Woon
  • 5:26PM Jul 15 2012
Satu lagi projek sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) menyebabkan kontroversi, kali ini kebimbangan terhadap kerja-kerja steamroll yang dibimbangi tidak selamat.

Penduduk sekitar stesen sambungan ke-12 dari Kelana Jaya hari ini tampil mendakwa, tiada pelan keselamatan disediakan oleh syarikat kontraktor utama Prasarana Negara Bhd.

kelana jaya lrt extention subang 150712Stesen ini dibina berdekatan bekas kuari di Putra Heights.

Penduduk bimbang kerja-kerja itu menjejaskan keselamatan mereka kerana Prasarana antaranya didakwa tidak mendedahkan pelan migrasi struktur dan pelan kontingensi untuk mengukuhkan kuari berdekatan kediaman mereka.

Dalam sidang media hari ini, jurucakap Persatuan Penduduk Subang Alam Ibrahim Abu Bakar berkata, kerja-kerja pembinaan itu bermula awal Jun lalu.

Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren


KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.
“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.
Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:
“Makcik dah biasa dah.”
Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.
Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.
Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.
Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.
“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.”

Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara

http://greenboc.blogspot.com, 15 Jul 2012

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.

Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.Lihat: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/najib-dimalukan-di-hari-koperasi-negara.html
Iklan sasar rakyat S'gor penuhi Komuter

  • Zulaikha Zulkifli
  • 12:58PM Jul 15 2012
Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''.

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.

ktm sayangi selangor 150712Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.

Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.

Menurut sumber Malaysiakini, iklan tersebut telah dipasang secara berjajaran bermula daripada stesen KL Sentral sehingga ke stesen komuter menghala ke Pelabuhan Klang.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.

ktm sayangi selangor 150712Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab piak itu.

Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

ktm sayangi selangor 150712"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.

Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bendera BN telah dinaikkan di stesen komuter laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, Mohd Zin Mohamed menafikan mengeluarkan arahan membenarkan bendera BN di pasang di kesemua 28 stesen komuter di Selangor.

Tiga perhimpunan yang buat pemimpin Umno demam

http://naimnikmat.blogspot.com, 15 Jul 2012


http://bm.harakahdaily.net/cache/428854_329853467098559_978735113_n_thumb_medium490_0.jpg

Sabda Rasulullah SAW :

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan