Pusingan kedua debat Lim, Chua
Setiausaha
agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
bersemuka dalam debat pusingan kedua petang ini dengan tajuk 'Debat 2.0
DAP dan MCA: Dasar siapa memberi lebih manfaat kepada negara?'Perdebatan hari ini diuar-uarkan sebagai wadah untuk pemimpin berkenaan mengulas isu pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, perkhidmatan komuniti, perpaduan nasional, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.
Dikendalikan dalam bahasa Inggeris, ia akan berlangsung selama dua jam - lebih lama berbanding waktu yang diperuntukkan semasa perdebatan pusingan pertama dalam bahasa Mandarin pada 18 Februari.
Debat kali ini akan disiarkan secara tertunda pada jam 11 malam melalui saluran Astro Awani dan Astro AEC dengan sari kata Melayu dan Mandarin.
Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) yang bertindak sebagai penganjur menjelaskan langkah itu diambil untuk membolehkan lebih ramai orang menontonnya pada malam hari.
LAPORAN LANGSUNG
3.59PM: Lim Guan Eng kelihatan tersenyum tenang sepanjang perdebatan berlangsung sementara Chua Soi Lek kelihatan serius dan tegang.
4.00PM: Dalam ucapan penggulungannya, Chua menyebut tentang kejayaan penyenaraian Felda.
"Pasaran saham kita terus melonjak naik di kala pasaran dunia suram," kata Chua disambut ketawa sinis penyokong DAP.
Chua turut mengambil kesempatan membidas slogan "Ubah" yang digunakan DAP dalam ucapannya.
"Apa itu ubah? Ubah bererti ubah dari keraajaan berasaskan konsensus kepada kerajaan DAP, PKR dan PAS yang tidak mampu pun untuk bersetuju tentang logo dan bila mahu mendaftarkan
"Slogan anda sepatutnya bukan ubah, tetapi 'rampasan kuasa didahulukan, pentadbiran huru-hara diutamakan'.
"Ubah kerajaan juga bermaksud ubah untuk 'song' (sedap-sedap), tetapi tiada apa-apa dibuat," kata Chua.
"Adakah anda sedar 2008 ke tahun 2010, GDP Pulau Pinang mengecut sebanyak 1.8 peratus sedangkan GDP nasional berkembang 5.5 peratus," katanya lagi.
3.50PM: Lim berkata, MCA jelas takut kepada Umno kerana tidak melawan apabila digelar sebagai "isteri yang dipukul suami"
" Apabila MCA tak jawab Menteri gelar MCA sebagai battered wife, ini bukti MCA takut kepada Umno," katanya.
Menurutnya lagi, pentadbiran Pakatan membawa manfaat kepada rakyat kerana BN kini memberi perhatian kepada rakyat untuk memenangi undi mereka.
"Kalau Pakatan tak menang, takkan ada 50 juta untuk sekolah Cina, takkan ada 100 juta untuk sekolah Tamil," katanya.
3.38PM: Dalam sesi seterusnya, Lim dan Chua masing-masing akan memilih soalan daripada para hadirin yang diletakkan dalam satu kotak.
3.30PM: Ahli panel Chor bertanya kepada Lim apakah yang telah dilakukan berhubung dakwaan bahawa Anwar menyalurkan lebih RM3 bilion, dan apakah yang dilakukan Pakatan berhubung dakwaan kerugian RM26 bilion akibat rasuah.
Lim berkata, inilah kali pertama beliau mendengar seorang menteri menyebut bahawa rasuah menyebabkan kerugian berbilion ringgit.
Berhubung dakwaan RM3 bilion, beliau berkata SPRM yang didakwanya berada bawah BN perlu menyiasat Anwar.
3.28pm: Soalan dari panelis bebas, James Chin kepada kedua-dua pendebat: "Bagaimana anda akan berhadapan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?"
Jawapan Lim: "Kalau kita tak hapuskan rasuah yang miskin tetap miskin yang kaya lagi kaya.
"Orang Melayu boleh jadi bagus. Polisi BN yang menyebabkan orang Melayu tidak maju.
"Ia adalah diskriminasi apabila Umno memberitahu orang Melayu tidak boleh maju tanpa Umno.
"Kita semua boleh makmur bersama-sama.
Chua ketika menjawab soalan itu berkata, beliau bersetuju bahawa agenda DEB telah dirampas, tanpa mengulas lanjut siapa yang merampas agenda tersebut.
3.25PM: Chua mengelak soalan mengenai perkongsian kuasa dalam BN dengan menuduh bahawa Pakatan Rakyat gagal menunjukkan perkara sama.
Malah PAS juga masih belum menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, katanya.
Jawapan Chua menerima sorakan "boo" oleh penyokong Lim sehingga terpaksa ditenteramkan oleh moderator.
Seorang lagi panelis bertanya: Bagaimana untuk melaksana pendapatan minimum RM4,000 untuk setiap isi rumah dan sekiranya ia akan menggunakan dana awam.
3.19PM: Sesi kedua berlangsung dengan anggota panel mengemukakan soalan. Lim dan Chua mempunyai masa tiga minit untuk menjawab.
Panelis, Wan Hamidi bertanya adakah MCA sangat takut kepada Umno sehingga tidak berani mempersoalkan isu rasuah? Adakah wujud perkongsian sama rata dalam BN, soalnya lagi.
3.15PM: Menjawab soalan yang dikemukakan, Lim berkata DAP merupakan parti pelbagai kaum dan pernah mempunyai MP Melayu.
Malah beliau pernah dipenjarakan kerana satu keluarga Melayu, tapi Umno menuduh bahawa DAP anti-Melayu, katanya.
3.04PM: Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Dato Dr Michael Yeoh mengajukan soalan pertama kepada Chua Soi Lek
"Apa yang akan anda lakukan untuk memperolehi lebih banyak sokongan dari golongan kelas menengah bandar kepada MCA?" tanya Michael Yeoh.
Chua Soi Lek menjawab bahawa masyarakat Cina masih lagi menguasai sebahagian besar ekonomi di kawaan bandar.
Menurutnya lagi, MCA juga berjaya mewujudkan Kolej Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk masyarakat Cina tetapi DAP langsung tidak mampu mewujudkan tadika untuk orang Cina.
Michael Yeoh kemudian mengajukan soalan berikut kepada Guan Eng: "Adakah DAP parti Cina? Adakah DAP parti berbilang kaum?"
"Apa yang anda akan lakukan untuk menarik sokongan bukan Cina kepada DAP?" tanya Michael Yeoh.
Menjawab soalan itu, Lim menegaskan yang DAP adalah parti berbilang kaum sejak penubuhannya lagi.
Beliau turut membidas dakwaan MCA tentang 'kegagalan' DAP mewujudkan tadika.
"DAP parti politik. Tugas utama bukan wujudkan tadika,
"Kenapa Kolej TAR diwujudkan? Ia adalah bukti kegagalan MCA dalam memastikan orang Cina mendapat tempat dalam universiti awam," katanya.
2.55PM: Walaupun moderator mengingatkan para penyokong supaya bertenang, kedua-dua kem tetap melaungkan slogan dan bersorak.Chua ketika ucapan pembukaannya, juga bahasa Melayu, berkata MCA tidak menyokong seruan Lim supaya debat diadakan di antara perdana menteri dan ketua pembangkang.
Katanya, Datuk Seri Najib Razak sibuk sejak tiga tahun lalu dengan program transformasi dan Anwar hanya sibuk membuat retorik.
Moderator Tan Sri Michael Yeoh memberi peringatan untuk kali kedua bagi mententeramkan para penyokong.
2.50PM: Lim menegaskan pentadbiran yang telus boleh dilaksanakan apabila perdana menteri, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri mengisytiharkan harta mereka.
"Adakah MCA berani mengisytiharkan harta mereka?
"Mungkin MCA ada terlalu banyak harta untuk disorok?
"Mungkin juga MCA ada terlalu banyak nombor plat kereta untuk disorok?" kata Lim sinis.
2.44PM: Lim Guan Eng menyampaikan ucapan pembukaannya dalam bahasa Melayu.
Menurutnya, perbahasan hari ini membincangkan soal dasar negara tetapi MCA tidak layak untuk berbahas kerana parti itu tidak menentukan dasar negara yang dimonopoli sepenuhnya Umno.
"Umno yang menentukan dasar (negara).
"MCA mendakwa bercakap untuk orang Cina, tetapi hanya untuk Cina di Semenanjung sahaja.
"DAP bercakap untuk semua rakyat Malaysia," kata Lim penuh bersemangat di sambut tepukan bergemuruh penyokongnya.
2.33PM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengambil tempat di dalam dewan yang memuatkan 1,500 orang itu.
2.30PM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.
Nama beliau dilaung-laungkan penyokong-penyokongnya berulang-kali dengan meriah.
Kumpulan penyokong MCA melaung dan menuduh Lim Guan Eng "menipu" apabila setiausaha agung DAP itu memasuki dewan, manakala kumpulan penyokong DAP membalas dengan laungan "MCA samseng."
Reman ke atas Uncle Seekers, teman wanita dilanjutkan
Reman
ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein
Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu
siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan
Sultan Johor.Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.
Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.
Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
- Bernama
Utusan: Chew nafi Guan Eng ada hubungan sulit
Isteri
kepada ketua menteri Pulau Pinang, Betty Chew menafikan bahawa suaminya
itu, Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita, lapor
Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar tersebut memetik kenyataan Chewdi Pulau Pinang, yang antara lainnya turut menafikan bahawa beliau pernah menyerang wanita tersebut.
"Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini.
"Jika benar, kenapa sehingga hari ini MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya seperti dipetik dalam akhbar edisi hujung minggu itu.
Laporan itu timbul ketika tumpuan pada waktu ini terarah kepada pusingan kedua debat di antara Lim dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang akan berlangsung petang ini.
Isu berkenaan ditimbulkan dalam satu persidangan DUN Melaka yang kecoh pada Isnin lalu apabila seorang wakil rakyat BN meminta Chew menjawab dakwaan berkenaan.
Chew tetap enggan menjawab dakwaan tersebut walaupun berkali-kali diasak oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang antara lainnya mendakwa, isu berkenaan banyak dipaparkan dalam blog tempatan.
Insiden ketika Gan mengemukakan soalan tersebut turut dibenarkan oleh Yang Dipertua DUN tersebut, untuk dirakam oleh stesen TV dan juga akhbar, yang menimbukan kemarahan wakil rakyat DAP.
Kelima-lima wakil rakyat DAP berkenaan seterusnya digantung enam bulan daripada persidangan DUN susulan protes yang dilancarkan mereka pada keesokan harinya.
Permohonan tersebut bagi membolehkan jabatan itu menjelaskan kedudukannya kepada media dan penulis blog.
Nik Raina dituduh pada bulan lalu atas dakwan mengedarkan buku Irshad Manji, Allah, Kebebasan dan Cina.
JAWI bertindak ke atas kedai buku berkenaan pada 23 Mei, namun pengharaman ke atas buku berkenaan hanya dibuat secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri pada 29 Mei.
Isu berkenaan mencetus perdebatan dan kritikan di ruang media dan blog.
Dalam satu surat bertarikh 27 Jun, JAWI menyatakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa minat dan perdebatan umum akan menjejaskan perjalanan kes tersebut.
Surat yang ditandatangani ketua pendakwa syarie JAWI Ibrahim Deris itu turut dihantar kepada peguam Nik Raina, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
Nik Raina didakwa oleh JAWI memandangkan beliau merupakan seorang Islam, sedangkan beliau tidak terlibat dalam pemilihan buku untuk dijual di kedai tersebut.
Tanggungjawab itu dipegang oleh penolong pengurus besar (operasi dan pembarangan) Border, SStephen Fung Wye Keong yang bukan Islam.
JAWI bagaimanapun tidak dapat mendakwa seorang bukan Islam atau sebuah syarikat di mahkamah lalu mendakwa Nik Raina.
Badan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan; Kementerian Pengangkutan; Jabatan Perdana Menteri; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MRT Corp.
Pegawai Spad kelihatan berada di Dewan Perhimpunan Cina dan Selangor (KLSCAH), empat dialog sepatutnya berlangsung, tetapi beredar sebelum sesi bermula.
Akhbar tersebut memetik kenyataan Chewdi Pulau Pinang, yang antara lainnya turut menafikan bahawa beliau pernah menyerang wanita tersebut.
"Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini.
"Jika benar, kenapa sehingga hari ini MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya seperti dipetik dalam akhbar edisi hujung minggu itu.
Laporan itu timbul ketika tumpuan pada waktu ini terarah kepada pusingan kedua debat di antara Lim dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang akan berlangsung petang ini.
Isu berkenaan ditimbulkan dalam satu persidangan DUN Melaka yang kecoh pada Isnin lalu apabila seorang wakil rakyat BN meminta Chew menjawab dakwaan berkenaan.
Chew tetap enggan menjawab dakwaan tersebut walaupun berkali-kali diasak oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang antara lainnya mendakwa, isu berkenaan banyak dipaparkan dalam blog tempatan.
Insiden ketika Gan mengemukakan soalan tersebut turut dibenarkan oleh Yang Dipertua DUN tersebut, untuk dirakam oleh stesen TV dan juga akhbar, yang menimbukan kemarahan wakil rakyat DAP.
Kelima-lima wakil rakyat DAP berkenaan seterusnya digantung enam bulan daripada persidangan DUN susulan protes yang dilancarkan mereka pada keesokan harinya.
JAWI mahu segerakan kes ke atas pengurus Borders
Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengemukakan permohonan kepada
mahkamah supaya menyegerakan kes pendakwaan ke atas seorang pengurus
kedai buku Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz.Permohonan tersebut bagi membolehkan jabatan itu menjelaskan kedudukannya kepada media dan penulis blog.
Nik Raina dituduh pada bulan lalu atas dakwan mengedarkan buku Irshad Manji, Allah, Kebebasan dan Cina.
JAWI bertindak ke atas kedai buku berkenaan pada 23 Mei, namun pengharaman ke atas buku berkenaan hanya dibuat secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri pada 29 Mei.
Isu berkenaan mencetus perdebatan dan kritikan di ruang media dan blog.
Dalam satu surat bertarikh 27 Jun, JAWI menyatakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa minat dan perdebatan umum akan menjejaskan perjalanan kes tersebut.
Surat yang ditandatangani ketua pendakwa syarie JAWI Ibrahim Deris itu turut dihantar kepada peguam Nik Raina, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
Nik Raina didakwa oleh JAWI memandangkan beliau merupakan seorang Islam, sedangkan beliau tidak terlibat dalam pemilihan buku untuk dijual di kedai tersebut.
Tanggungjawab itu dipegang oleh penolong pengurus besar (operasi dan pembarangan) Border, SStephen Fung Wye Keong yang bukan Islam.
JAWI bagaimanapun tidak dapat mendakwa seorang bukan Islam atau sebuah syarikat di mahkamah lalu mendakwa Nik Raina.
Agensi k'jaan tak muncul dalam dialog MRT
Enam
agensi kerajaan hari ini tidak hadir ke sesi dialog dengan pemilik
hartanah sepanjang Jalan Sultan Kuala Lumpur yang terjejas dengan projek
kontroversi MRT.Badan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan; Kementerian Pengangkutan; Jabatan Perdana Menteri; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MRT Corp.
Pegawai Spad kelihatan berada di Dewan Perhimpunan Cina dan Selangor (KLSCAH), empat dialog sepatutnya berlangsung, tetapi beredar sebelum sesi bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan