Khamis, 19 Julai 2012

DIANGGAP BUKAN IBADAH...BUKAN BEKERJA UNTUK ALLAH...DIANGGAP MAKAN GAJI...DIANGGAP BUKAN BEKERJA DENGAN ALLAH...PENDAPATANNYA SUDAH TENTU AKAN JADI TAK BERSIH...BERDOSA PADA MASYARAKAT...BERDOSA JUGA PADA ALLAH....SEOLAH2 MEREKA TAK BENAR2 BERIMAN PADA HARI AKHIRAT....BILA ASKAR TAK FAHAM KEKUASAAN ALLAH@BALASAN ALLAH...ALLAH BOLEH HUKUM ORANG2 YANG ZALIM @SOMBONG BONGKAK SERTA MENINDAS ORANG NAK BERTAQWA...ALLAH BOLEH MATIKAN DAN MUSNAHKAN BILA2 MASA...DOA LAH KEPADA ALLAH...ALLAH MAHA MENDENGAR....

Nyaris Tumbang, Basyar Al Assad Tidak Ragu-Ragu Akan Guna Senjata Kimia
Posted on Wednesday, July 18 @ 04:02:29 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuhikam

"Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat  Hillary Clinton mengatakan, Bashar Al Assad tidak akan mampu mempertahankan kekuasaannya setelah sejumlah pegawai kanannya  mula membelot.  Sementara mantan duta besar Syria di Iraq yang membelot, Nawaf Fares, menyatakan Assad tidak akan ragu-ragu menggunakan senjata kimia jika ia sudah terdesak.

“Ada informasi, memang belum dapat dikonfirmasi kebenarannya, bahwa senjata kimia juga digunakan dalam serangan ke kota Homs,” kata Nawaf dikutip BBC (17/7/202).
Nawaf Fares adalah salah satu tokoh terpenting pemerintah yang membelot sejak pemberontakan terhadap pemerintah Syria meletus. Dia pernah menjawat  berbagai jawatan penting yang di tubuh oleh partai Baath yang berkuasa dan pernah mengepalai  Badan Rahasia Negara, selain menjadi gubernur di beberapa provinsi.
Selain soal senjata kimia, dalam wawancaranya dengan BBC Nawaf juga memaparkan bahwa kelompok yang mempunyai kaitan dengan  Al Qaidah bekerja sama dengan pemerintah Syria dalam mengatur berbagai serangan terhadap pembangkang.  Kerjasama ini tetap terjadi meskipun rejim  Al Assad didominasi Syiah Alawiyah.
“Banyak bukti dalam sejarah bahwa musuh bisa berkerjasama dan saling membantu saat memiliki kepentingan yang sama,” papar Nawaf.
“Al Qaidah sedang mencari ruang untuk bergerak dan dukungan saranan. Sementara itu, Rezim pemerintah mencari cara untuk meneror rakyat Syria,” tambahnya.  Hidayatullah.com

 Duit kerajaan tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4
Posted on Wednesday, July 18 @ 01:14:41 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"17 Jul 2012 - BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya. Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.

Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi. Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan. Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini. 
"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid. 
"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu. 
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11744-duit-tak-cukup-pibg-kempen-1m1rk4

 Satu Rumah , Satu Pistol
Posted on Tuesday, July 17 @ 15:54:18 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Apakah akan ada cadangan 1Rumah, 1Pistol selepas ini untuk mencegah jenayah yang berleluasa? Dulu bila kes ragut banyak dijalanan, maka diarahkan ramai polis buat rondaan di jalanan. Bila kes rompak banyak ditempat letak kereta, ada cadangan tempatkan anggota Rela di tempat letak kereta.


Cedera halang isteri dinoda
Harian Metro 17 Julai 2012 
KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan isteri daripada dinodai, seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya menentang sekumpulan perompak bersenjatakan parang apabila seorang daripada penjenayah itu mengoyak pakaian isterinya selepas mereka merompak rumahnya di Segambut, di sini, kelmarin. 
Tindakan lelaki berusia 27 tahun itu menyebabkan dia cedera dipukul perompak, tetapi berjaya menghalang isterinya daripada menerima nasib lebih buruk apabila kumpulan penjenayah berkenaan beredar bersama hasil rompakan, termasuk wang tunai lebih RM5,000 serta barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba kerana bimbang kekecohan akibat pergelutan itu akan menyebabkan jiran menyedari kehadiran mereka. 
Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama isterinya yang berusia awal 20-an serta ibunya berusia lewat 40-an, berada di ruang tamu rumah apabila lima lelaki menceroboh masuk jam 3.30 petang.  
Polis Latih Pengawal Keselamatan Pusat Membeli-Belah
Mstar Julai 16, 2012  
PUTRAJAYA: Lebih 25,000 pengawal keselamatan di pusat membeli-belah di seluruh negara akan menerima latihan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha kerajaan menangani kes jenayah di premis berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata modul latihan akan dibangun secepat mungkin berdasarkan modul latihan polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela). 

Sumber :


 Amuk lagi, kali ni Inspektor Polis pula yang mengamuk
Posted on Tuesday, July 17 @ 18:44:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Akhbar The Star 18 Julai 2012 melaporkan seorang Inspektor Polis telah mengamuk, mencederakan dua orang pekerja hotel dan merosakkan beberapa buah kenderaan di Seremban 2. Kedua-dua pekerja hotel tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan parah. Kita tunggu komen Menteri dan Ketua Polis dalam kes ini.
 
Police inspector runs amok and injures hotel staff
July 18, 2012 SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here, injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2. 
It is learnt that the officer, who is attached to the Commercial Crime Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a room before running amok hours later. 
Sources revealed that during the incident early yesterday, the officer had attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over the use of the weapon. He then dashed outside and damaged several parked cars. 
“Two hotel employees have been admitted to hospital with severe injuries,” said the sources. It is also learnt that authorities are checking to see how the officer had got his hands on the weapon which belonged to another policeman. 
The officer, who had returned his own gun to the station early this month, was believed to be under the influence of drugs. 
************************
 
“Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.” – Berita Harian
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011 
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. 
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. 
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. 
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus). 
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. 
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu. Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. 
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. 
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM. 
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya. 

 Politik Mau Islam Tak Mau
Posted on Wednesday, July 18 @ 09:41:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: MERONG

"1. MAHATHIR MOHAMED memperli Janggut Nabi, memperli hukum mencuri, tapi ahli UMNO buat DERK saja. Sampai lanie dok sanjung mamat sekoq nie. Kenang jasa konon. Habis Jasa Nabi nak kira camna.Takpala…di Padang Mahsyar nanti, pi cari Mahathir minta syafaat.

2. SAMY Vellu menghina Al-Quran terang-terangan, ahli UMNO buat DONO saja. Sampai lanie, bila mamat ni buat lawak org boleh layan lagi. Dalam bab nie aku hormat Ayatollah Khomeni krn berani mengeluarkan hukum bunuh dekat Salman Rusdie pasai menghina Nabi. Nak buat camnakan…lawan nanti SORU MISS. BODEK tak jalan. Tak kisahla..kena jual agama pun takpa. Tak percaya dgn cerita diatas….pi cari ahli MT UMNO yg tak tahan telinga merakam ucapan Mahathir waktu tu. Aku faham…bukan semua ahli MT sejahat tu berpolitik sampai nak menghina Nabi. Kemudian Aku dengan rasminya masuk PAS dengan sebab diatas. Sebab aku memilih PAS mungkin sebab aku dididik sejak kecil menghormati Ulama(Ulama pewaris Nabi) dan didlm PAS Ulama pula menjadi pemimpinnya. Sebab tula sampai lanie aku tak berani sgt nak komen pasal Ulama tak kirala UMNO ka PAS ka. Ilmu tak cukup. Biarla ULAMA berhujah sesama ULAMA. Masaalah utama masyarakat sekarang aku dok tengok, depa tak boleh bezakan diantara Tok Lebai, UStaz, Ulama dan Tok Guru. Boleh bercakap depan org ramai, hafal hadis sekerat dua, hafal Quran sepotong dua…..tu dah dikira Ulama. Bayangkan Zahir Mat Arif boleh jadi MURSYID. Dok dlm PAS, Aku cukup seronok dengan ahli dia krn semangat ukhwah yang TERbaik sesama sendiri. Dulu dlm UMNO sesama ahli pun dok tikam belakang. Kata sayang Melayu.Pemuhong. Seperti biasa dlm mana2 pertubuhan mesti ada cacat cela dia. Macam tu juga PAS. Aku terperasan sesetengah ahli PAS ni cuma minat dengan ceramah politik yg menghentam drpd ceramah politik yg berbentuk ilmu. Aku terperasan sesetengah mereka yg sudah berjinak menghadiri kuliah Agama memilih-milih Ustaz. Kalau boleh yg dari senegeri denganNya (nak mengaji Agama pun ada semangat KENEGERIAN?) ataupun hanya memilih ustaz yg garang DAN pandai melawak saja. Yang lagi kartun, cuma semangat nak pi ceramah politik, tapi ajak pi kuliah agama tak mau. Yang paling bahaya….dia rasa dia dah cukup Islam dengan pi dengaq ceramah politik saja. Suruh pi pondok buka kitab…buat-buat sembang bab lain. Yg paling sedih tuduh pula mengaji di pondok nie Israiliyat…pondok pun tak pernah pi, kitab pun tak pernah buka…berani nak komen. Pesan untuk diri saya dan sahabat semua…Yang terbaik bila menjadi ahli kepada parti yang memperjuangkan Islam….mai la kita berlumba mengenali Islam dengan lebih jelas dan dalam bukan setakat dalam politik saja. Kalau setakat jadi ahli PAS tapi perangai jahilliyah tak boleh nak buang…..nak kira camna? wallahualam

Note: Artikel terabur & tiada perenggan "

 Bilal masjid selalu ponteng?
Posted on Wednesday, July 18 @ 03:58:09 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"18 Julai 2012 - Kami jemaah Masjid Jamek Rengit, Batu Pahat, Johor sangat kesal dengan bilal kerajaan masjid ini yang selalu ponteng hingga boleh dikatakan tahap keterlaluan. Dalam seminggu hanya sehari atau dua hari sahaja beliau menjalankan tugasnya.
Perkara ini telah lama berlaku, pelbagai agensi telah kami adukan seperti, BPA Johor, BPA putrajaya dan JAIJ sendiri,namun langsung tiada sebarang tindakan.
Apa yang menghairankan, pejabat agama daerah Batu Pahat langsung tidak berbuat apa-apa tindakan dalam hal ini seolah-olah bersubahat dengan apa yang berlaku. 
Masjid ini mempunyai dua imam kerajaan,salah seorang daripada mereka (Imam Saleh) juga kerap ponteng,tapi tidak seteruk seperti bilal tadi.
Ini adalah satu amanah yang wajib dipikul oleh penjawat awam, lebih-lebih lagi dalam skop agama. 
Diharap dengan terdedahnya diaduanrakyat online ini, pihak yang berkaitan dapat meninjau, menyiasat seterusnya menyelesaikan masalah-masalah ini. 
Sekian teriam kasih 
By: kahar 

 Tentera Mesir terus bersikap kasar pada Ikhwanul Muslimin
Posted on Wednesday, July 18 @ 03:55:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: halimislam

"
Tentera Mesir bersikap kasar terhadap Ikhwanul Muslimin, mengatakan Angkatan Bersenjata tidak akan membiarkan negara Mesir didominasi oleh hanya satu kumpulan.

Kenyataan dari Ketua Dewan Tentera Marsekal Hussein Tantawi yang hanya datang beberapa jam selepas dia bertemu dengan Menteri Luar AS Hillary Clinton di Kaherah pada hari Ahad.

"Mesir tidak akan pernah jatuh. Mesir milik semua orang Mesir dan tidak untuk kumpulan tertentu, angkatan bersenjata tidak akan mengizinkannya,'' kata Tantawi kepada wartawan di bandar Ismailia, Terusan Suez.






Kebangkitan Rakyat Saudi berdemonstrasi kini bermula
Posted on Tuesday, July 17 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: halimislam

"Gelombang Kebangkitan Islam bermula di Arab Saudi sejak sekian lama, tetapi sejak akhir-akhir ini telah menjadi lebih terbuka dan jelas, "kata Mohammad Bayatian, ahli parlimen Majlis Industri dan Galian.

Bayatian mengatakan gelombang Kebangkitan Islam, yang bermula di Tunisia, kini telah tersebar di seluruh negara Arab untuk negara-negara seperti Bahrain dan Arab Saudi.

Kejadian ini menunjukkan petanda akhir rejim Saudi, tambahnya.

Penentangan terhadap rejim Riyadh telah meningkat jumlahnya selama beberapa hari terakhir di beberapa bandar meskipun pasukan keselamatan terus menjalankan demonstrasi dengan kekerasan.

Sejak Februari 2011, penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi secara terancang hampir di seluruh Arab Saudi, terutama di daerah Qatif dan Awamiyah di daerah Timur, penunjuk perasaan menyeru pembebasan semua tahanan politik, kebebasan bersuara dan berkumpul, dan menamatkan dasar diskriminasi yang meluas.

Baca Selanjutnya SINI "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan