Rabu, 25 Julai 2012

DARI BLOG TRANUNGKITE...KREDIT UNTUK TRANUNGKITE...NYATAKAN YANG HAQ WALAUPUN PAHIT MEMBACA DAN MENDENGARNYA

Polis pukul orang awam di Seremban bukan kes pertama
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:30:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Kes polis amuk di sebuah hotel di Seremban tempoh hari mengejutkan semua pihak. Namun ini bukan kali pertama aksi polis memukul orang awam di rakam. Dikhabarkan sebelum ini 5 orang anggota polis telah memukul pekerja kedai telefon bimbit di Sikamat, Seremban.

Aksi rakaman CCTV tersebut di http://www.youtube.com/watch?v=-wUGiWvbDBw&feature=plcp  
Sidang akhbar kes ini dilaporkan di http://www.kwongwah.com.my/news/2011/11/02/120.html  
Seorang pegawai polis sepatutnya melindungi orang awam, bukan memukul atas dasar anda mempunyai kuasa. Sekalipun diprovokasi, anda perlu bersikap profesional. Sebelum kejadian ini berlaku, juga telah ada satu lagi insiden membabitkan anggota polis di mana 5 orang anggota polis telah memukul pekerja kedai telefon bimbit di Sikamat, Seremban, negeri Sembilan. Sumber http://facebookaans.blogspot.com/2012/07/video-polis-pukul-orang-awam-disebabkan.html


 

 Lagi kes culik, rompak wanita di tempat letak kereta
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:23:45 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Farra Suhanna 25 tahun, dilaporkan telah diculik di tempat letak kereta di Kuala Lumpur oleh 3 orang lelaki yang memandu BMW. Farra kemudian ditinggalkan di Templer Park. Kereta Kia Forte beliau dengan beberapa barangan lain termasuk cincin pertunangan telah dilarikan oleh penculik tersebut.
 
Woman executive abducted and robbed
NST 23 July 2012 
KUALA LUMPUR: A young female executive became the latest victim of shopping mall attacks after she was abducted in front of Publika, Solaris Dutamas, near here, on Friday. 
Sentul police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said police are investigating the case and would meet the mall management to discuss boosting security in the area. 
The 25-year-old victim was attacked by three men who got out of a white BMW as she parked her Kia Forte, and alighted to go for a snack at 11pm. She endured a terrifying experience as two of the men, armed with a knife, forced her back into her car and drove her to Templer's Park in Rawang before leaving her there. 
When contacted yesterday, the victim, who wished to be known only as Farra Suhanna, said as she parked her car in front of the BMW, two men got out, crossed to her car and forced her into the front passenger seat. 
"One got into the driver's seat while the other got into the rear seat. and we drove off, behind the BMW. "I pleaded with them to let me go but they refused. They told me they would release me later. "There were many cars around us and I tried to shout for help but the windows were shut. 
"After a while, they blindfolded me with my shawl and later left me at a secluded area near the park. "They then drove off with my car and belongings, including my engagement ring." 
Farra Suhanna later sought help from the nearby village and a police team took her to Rawang police station where she lodged a report. Sentul police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said they were investigating the case and would meet the mall management to discuss boosting security in the area. 
"We will find ways to step up security," he said. This is the fifth case involving patrons being attacked and robbed at shopping complexes in the past two months. 
 


Janji Dibohongi - Sultan, Mufti dan Menteri Besar Johor Wajib Baca Kisah Ini dan
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:58:28 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"


BANTU IBU RINGAN BEBAN: Cik Noraini bersama anak-anaknya selepas balik daripada menjual makanan.

JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak bagi menampung keluarga.


IKakak sulung mereka yang berusia 16 tahun pula sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan sebab gagal menjelaskan yuran sekolah seperti yang dilaporkan di sini.

tu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit.
Ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Noraini, 35 tahun, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain sedangkan mereka ada potensi untuk maju.
"Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan kerana bersusah payah membantu saya meneruskan kehidupan harian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.
"Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.
Cik Noraini berkata, beliau terpaksa bergantung kepada tiga anaknya: Hamirul, 11 tahun; Nabila, sembilan tahun dan Alyah, lapan tahun, mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami telah meninggalkannya dalam keadaan 'digantung tak bertali' sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, berikutan itu tiga anaknya terpaksa ponteng sekolah lebih 100 hari, sejak Januari lalu.
Cik Noraini berkata tiga anaknya berjalan di sekitar rumah mereka di Kempas hingga ke Taman Cempaka di sini menjual makanan dengan hasil pendapatan RM40 sehari.
"Anak sulung saya kini bekerja sebagai juruljual di pasar raya berhampiran rumah dengan pendapatan bulanan RM500. Namun, RM400 daripada gajinya diserahkan kepada saya bagi menguruskan keperluan harian selain membayar sewa rumah, bil elektrik dan air," kata beliau.
Sementara itu, anak ketiga Cik Noraini, Nabila, berkata:
"Walaupun penat, kami kuatkan semangat. Kami berjalan dengan membawa bakul berisi makanan ketika panas atau hujan.
"Saya berpuas hati setiap kali makanan kami habis dijual kerana tahu dapat membantu ibu dan meringankan beban yang ditanggungnya."   
Kes Sultan Johor dan Uncleseekers: Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan. Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau 'Uncle Seekers'. Tokoh Islam terkenal di Malaysia, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal .
Sekarang ana beritau ante, jangan satupun posting ante pasal Sultan Johor tu ante buang. Biarkan kat situ dan biarkan blog ante hidup macam biasa. Ante tulis macam biasa. Antara ante dan Sultan Johor, hakim dia Allah ..
Seorang peguam yang meninggalkan negara ini sejak tahun lalu berkata dokumen pemindahan hakmilik pesawat yang dimiliki Almarhum Sultan Iskandar kepada anakandanya dan pemindahan wang sejumlah RM60 juta ..
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 1). “Time shall unfold what plighted cunning hides, Who covert faults at last with shame derides” William Shakespear. Kamal Hisham JaafarBakal pencatat sejarah. Peguam dakwa ...



Mohon Ingkar Pandangan Mufti
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:32:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Nurem

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ingkar atas pandangan Tuan Mufti Sohibussamahah Datuk Harussani, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda Jaya berkenaan dengan pandangan menangguhkan puasa bagi atlit muslim yang menyertai Olimpik bermula pada 27 Julai 2012 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1433 Hijrah.

Setelah diteliti pada pandangan yang diberikan oleh Tuan-tuan mufti, kaedah "Rukhsah" (keringanan) yang diberikan kepada orang musafir itu adalah sebab utama menjadi hukum puasa Ramadhan itu boleh ditangguhkan.

Pandangan saya pula begini. Mari kita kembali kepada Sirah Nabawiyyah Rasulullah s.a.w. Antara peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah Rasulullah s.a.w di bulan Ramadhan adalah perang Badar. Pensyariatan berpuasa di bulan Ramadhan telah bermula pada 2 hijrah. Perang Badar juga berlaku pada 2 hijrah. Ini bermaksud, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa Ramadhan sebelum peperangan Badar itu berlaku lagi dalam beberapa hari. Namun, puasa tetap diteruskan para sahabat seramai 313 orang. Jika ada diantara kita yang berhujjah bahawa tempat berlakunya perang Badar itu dekat dengan Madinah dan tiada keperluan untuk melakukan Rukhsah, mari saya perjelaskan lagi.

Menurut pandangan ahli sejarah, jarak di antara tempat berlakunya perang Badar dan kota Madinah sejauh 150km. Sudah cukup syarat untuk Rasulullah s.a.w bersama dengan sahabatnya untuk melakukan Rukhsah. Namun persoalannya, mengapa Rasulullah s.a.w tidak menggunapakai Rukhsah ini, sedangkan baginda dalam keadaan musafir, berperang untuk menentukan jatuh bangunnya dakwah Islam ketika itu, tambahan pula pensyariatan berpuasa itu baru sahaja bermula ? Jawapannya, ini adalah kerana, puasa itu sebagai satu penyerahan mutlak kepada Allah untuk menunjukkan lemah dan naifnya tenaga manusia dalam mengatur segala urusan dunia. Jika manusia berpandangan bahawa mereka akan lebih bertenaga hasil daripada makanan dan minuman, pada hakikatnya mereka ditipu oleh akal mereka sendiri. Hakikatnya, Allahlah jua yang memberi kudrat dan kekuatan pada 4 kerat tulang kita untuk melakukan sesuatu. Sekaligus, ini membuktikan bahawa, bukan puasa menjadikan seseorang itu lemah dan bukan makan dan minum itu menjadikan seseorang itu kuat dan bertenaga.

Jika melihat kepada logik akal, 1000 orang tak berpuasa vs 313 orang berpuasa, siapa yang menang ? Sudah tentu bilangan 1000 orang itu dengan mudah sahaja menganyang 313 orang. Tetapi sejarah Islam tercatat apa ? 313 yang berpuasa itu yang johan, ganjarannya tak main la pingat emas Olimpik yang bernilai Rm 2 juta. Apa kelas.

Akhirnya, apakah Rukhsah yang Tuan-tuan mufti gunakan dalam menangguhkan hukum berpuasa Ramadhan semata-mata untuk meraih pingat emas Olimpik, dan jika atlit kita berjaya meraih pingat emas Olimpik sekalipun, adakah pingat emas itu mampu melepaskannya daripada azab neraka ? Dapat syafaatkan umat Islam daripada terlepas seksaan api neraka ? Jika tidak. Ia masih tidak menepati Maqosid Syari'yyah.

Andai saya silap dalam perbahasan ini, mohon sangat diperbetulkan.

http://saynotodunyayestoakhirat.wordpress.com"


 POLIDU: Sesuatu akan berlaku pada Olimpik 2012?
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:39:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: MaZaShah

"

Kronologi serangan terhadap rakyat Israel dibeberapa buah negara pada tahun 2012

Azerbajian - Pada pertengahan Januari 2012, pihak berkuasa Azerbajian menahan beberapa suspek (dipercayai mempunyai kaitan dengan Iran) dipercayai cuba berkomplot untuk menyerang kedutaan Israel di Baku. Mereka juga dipercayai merancang untuk membunuh guru dan rabbi di sekolah Chabad ni Azerbajian. Israel terus menunding jari ke arah Iran.




Georgia - Pada 13 Februri 2012, berlaku letupan di bandar Tbilisi. Penyiasat Georgia mengesyaki ia dilakukan oleh perisik Iran yang mensasarkan rakyat Israel. Israel mengeluarkan kenyataan ia adalah komplot pembunuhan rakyat Israel yang dilakukan oleh Iran.


India - Pada 13 Februari 2012, hari yang sama juga, berlaku letupan yang mengegarkan bandar Delhi. Israel dan penyiasat India terus menunding jari kepada Iran. Seperti biasa, mereka mengatakan, perisik Iran mensasarkan rakyat Israel di India.


Thailand - Pada 14 Februari 2012, letupan kuat mengegarkan Bangkok,tanpa berlengah panjang, Israel dan penyiasat Thailand mengatakan ia adalah komplot perisik Iran yang mensasarkan rakyatnya di negara tersebut.


Kenya - Pada 25 June 2012, dua orang yang dipercayai perisik Iran telah ditahan kerana memiliki bahan letupan. Mereka ditahan sehari selepas bom tangan dicampakkan ke sebuah bar di Mombasa. Israel seperti biasa menyalahkan Iran didalam isu tersebut.


Cyprus - Pada 7 July 2012, penahanan dilakukan terhadap mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Iran. Suspek dipercayai cuba melakukan serangan terhadap rakyat Israel di Cyprus.


Bulgaria - Pada 19 June 2012, berlaku satu siri serangan terhadap rakayt Israel di Bulgaria. Seperti biasa Israel menundig jari ke arah Iran. Pada serangan yang terakhir dalam tempoh beberapa bulan ini dengan tegas menyampaikan pesanan seolah berbunyi 'enough is enough. Seolah-olah Iran akan medapag pengajaran yang setimpal.


Simpati Dunia
Adakah ini merupakan satu signal yang diberikan oleh Israel terhadap dunia bahawa rakyatnya benar-benar terancam. Ini juga merupakan salah satu kaedah regim Zionis untuk mendapat simpati masyarakat dunia. Seperti biasa, rakyat dan atlit dari Israel akan mendapat layanan istimewa dan kawalan ketat dari pihak berkuasa ketika Olimpik 2012 berlangsung.


Olimpik 1972
Merupakan sejarah hitam bagi Israel apabila atlitnya dijadikan sasaran. Ini menyaksikan 11 rakyat Israel terkorban. Ini memberi lesen kepada Israel untuk bertindak balas. Justifikasi kepada Israel untuk menyerang sasaran mereka di Lebanon (Operation Spring of Youth / Operation Wrath of God).


Berdasarkan kronologi di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa seseolah sesuatu akan berlaku pada Olimpik 2012, dimana ia akan memberikan justifikasi untuk Israel bertindak balas untuk menyerang sasaran mereka kali ini iaitu Iran atau ia hanyalah sandiwara politik dunia.

dipetik dari http://bangsarakyat.blogspot.com/"
 

Orang Terengganu bodoh?
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:38:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Pendek kata setiap kali saya ke Kuala Lumpur telinga ini sering saja dengar perkataan orang Terengganu memang bodoh.

Saya tak kecil hati dengan cop yang diberikan oleh orang Kuala Lumpur kepada orang Terengganu. Memang pun orang Terengganu bodoh. Ada benarnya hujah itu. boleh diterima hujah pakai. Ada lojiknya.


Setekat hari ini berapa orang saja ahli parlimen dari Terengganu di lantik sebagai menteri penuh.Itu pun semacam terpaksa dan dipaksa. Yang tahan lama tak salah ingat saya Dr Yusof Noor dan Datuk Manan Othman. Dr Abdullah Mat Zain tak tahan lama.Akhir sekali layak jadi pegawai agama bagi pejabat perdana menteri.
Datuk Ahmad Syaberi Chek mungkin akan cipta rekod, tetapi dengar kata sudah tak layak menjadi menteri belia,kerana tak ada apa yang dia buat untuk memperkasakan belia di Negara ini. Tidak lebih daripada itu hanya sekadar main sukan yang tak ada nilai ekonomi masa depan belia.
Pada PRU 12 bukan sikit ahli parlimen Terengganu, Cuma seorang saja yang dilantik sebagai menteri. Itu pun hanya ihsan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Datuk Seri Idris Jusoh yang dikatakan cerdik hanya ;layak jadi pengerusi MARA lubok buat duit supaya boleh jadi lebih kayaraya.
Manakala yang lain lagi ternasuk Datuk Nasir Ibrahim mengigau ekor untuk dilantik sebagai  menteri.Timbalan menteri pun tak layak ada hati nak jadi menteri. Menteri Besar Terengganu bolehlah, macam Dtuk Ahmad said, dah  tiada orang lain lagi,  Macam mana nak lantik, sedangkan mereka itu bodoh belaka dan tak layak menjawat jawatan menteri  Kabinet.
Jadi ahli parlimen tiada apa yang dilakukan.Sedangkan  Negeri Terengganu perlu membangun sesuai dengan gelaran negari kaya rakyat miskin. Kita tengok  hospital. sehingga hari ini hanya satu saja hospital yang dibina iaitu hospital Setiu yang ada wad tetapi hanya tiga orang doctor saja setakat hari.
Bagaimana dengan hospital Besut, Hospital  Dungun, Hospital kemaman dan hospital Hulu Terengganu. Sehingga hari ini hospital tersebut bertaraf kelinik tidak lebih daripada itu.Bangunannya masih bangunan bekas tinggalan penjajah.
Sepatutnya Kuala Nerus perlu ada hospital, Marang juga demikian, kerana Hospital Kuala Terengganu sekarang ini penuh sesak tak dapat menampung pesakit yang semakin hari semakin bertambah ramai.
 Jika Komplek sukan boleh dibina dengan kos ratusan juta mustahil hospital yang serba lengkap tidak boleh dibina oleh kerajaan pusat  untuk kepentingan rakyat agar ia sesuai dengan slogan rakyat didahulukan.


 United Munafik National Organization
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:34:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"Orang UMNO masih tidak faham. Yang tidak mahu menerima UMNO sebagai satu2 nya wadah perjuangan politik Melayu ialah orang Melayu sendiri. Janganlah merasa hairan. Bukan semua orang Melayu bersetuju dengan UMNO dan bila mereka tidak dan enggan bersetuju, mereka tetap juga Melayu. UMNO boleh mendepankan apa hujjah sekali pun, tapi jika orang Melayu enggan menerima posisi UMNO sebagai suara mutlak orang Melayu, tidak ada apa2 yang UMNO boleh lakukan. UMNO tidak boleh paksa orang Melayu mesti menyokong nya.  Fakta ini nampak nya tidak di fahami oleh pimpinan UMNO.

Tidak menyokong UMNO tidak mengurangkan keMelayuan kita. Tidak memyokong UMNO tidak bererti membelakangkan Islam. Demikian juga, saya tidak boleh memaksa orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. Yang boleh saya buat ialah membentangkan penghujjahan saya. Orang Melayu mesti diberi kebebasan untuk membuat pilihan tanpa diadili secara negative.
Orang Melayu memamfaatkan demokrasi dengan memilih wadah untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Kita jangan menyamakan kepentingan nasional dengan kepentingan UMNO. Orang Melayu boleh memilih PAS, PKR atau DAP. Kalau UMNO respons seperti orang gila dengan mengheret cerita karut seperti penyelinapan masuk komunis dan ekstremis Islam, maka orang akan membaca ini sebagai usaha yang sangat terdesak dilakukan oleh UMNO untuk kekal berkuasa.

UMNO bukanlah satu2 nya wadah politik untuk orang Melayu menjaga dan membela ugama mereka, raja2 Melayu mereka, ekonomi mereka, bangsa mereka. Selagi rakyat Malaysia mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2, semua kita akan selamat. Semua kita dijagai oleh sistem undang2 yang adil dan saksama.

Ini bukan soal marah atau tidak suka pada UMNO. Orang Melayu kian sedar bahawa UMNO semenjak tahun 1981 memperjuangkan kepentingan segelintir orang Melayu yang terpilih dan istimewa. Itu sebab kita tidak boleh menerima lagi istilah Bumiputera. Dalam istilah BumiPutera- yang berada didepan ialah Putera- kata lambang kepada putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, pemimpin atasan kerajaan. Yang istimewa dan terpilih ini berada dihadapan mengaut segala sumber kekayaan negara meninggalkan sisa2 dibelakang untuk dinikmati oleh rakyat biasa yang terbanyak. Mereka lah yang dahulu sekali merompak dan menyamun harta negara.

Baki yang sedikit, itulah peninggalan yang disyukuri oleh mereka yang terkenang semasa dahulu dimana kehidupan tidak begitu rumit dan expectations tidak begitu sukar.

Suatu masa dahulu, kerajaan rasis Amerika menggunakan psychiatry untuk mengasingkan mereka yang menentang supremacy kaum kulit putih. Kaum bukan pulih putih disijilkan sebagai orang gila dan diperintah oleh mahkamah yang dikuasai oleh white supremacists untuk dikurung dalam institusi orang gila. Dengan cara demikian, suara penentangan terhdap kezaliman kerajaan rasis disenyapkan.

Di Malaysia, rasis UMNO pun mengamalkan alienasi seperti ini. orang Melayu yang menentang UMNO di golongkan sebagai golongan yang murtad Melayu dan meninggalkan Islam. Atas premis ini UMNO kemudian nya memutarbelitkan isiu mahu menutup kelemahan yang mereka lakukan.

Semasa dalam UMNO, keMelayuan saya sebagai contoh, tidak pernah di pertikaikan. Bilamana, saya yang masih orang yang serupa, masih Melayu sebaik sahaja bertukar parti politik, maka Melayu saya di pertikaikan.
Kita biarkan UMNO terus sombong dan bongkak meminggirkan semakin ramai orang Melayu yang menolak UMNO. Penyokong Melayu yang menyokong PKR dan PAS lebih ramai dari pengundi Melayu yang menyokong UMNO. Ini yang tidak di fahami oleh UMNO. Jika orang Melayu sendiri menolak UMNO, dimanakan justifikasi UMNO untuk terus hidup?

Kerana itu, kita kena faham strateji UMNO menggunakan 4R- Race, religion, Rulers dan Riots. Ras, raja melayu, ugama dan rusuhan. Agenda nya ialah menakutkan rakyat supaya mempercayai jika UMNO kecundang maka agama Islam, bangsa Melayu, raja2 Melayu akan musnah dan rusuhan akan berlaku. Rusuhan akan berlaku jika pihak UMNO tidak menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang. Sebab orang UMNO menyangkakan kuasa yang mereka ada sekarang bersifat hak milik kekal. Kuasa yang ada bersifat hak milik sementara lah dol.

Orang Melayu tidak mati bergelimpangan jika UMNO tiada atau tewas. Orang Melayu tidak mati jika UMNO hilang kuasa. Orang Melayu bukan kanak2 kecil atau orang tua yang uzur yang memerlukan penjagaan UMNO. Tidak ada orang Melayu mati bila UMNO tewas di Kelantan. Tidak ada Melayu mati bila UMNO tewas di Pulau Pinang atau di Selangor atau di Kedah.

Penjaja Melayu yang meraung buat bising dan yang dijuarai oleh Reezal Merican yang bergegas dengan kenderaan Hummer nya ke Komtar adalah penjaja Melayu yang tidak membayar sewa selama 5 atau 6 tahun. Solusi nya ialah menggantikan mereka dengan penjaja Melayu yang benar2 mahu berniaga dan faham tanggung jawab membayar sewa premis perniagaan dan patuh pada syarat2 yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Itu sahaja.

Bandingkan pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang memborong  agihan premis perniagaan bazar Ramadhan dan menyewakan premis tersebut kepada peniaga2 Melayu dengan sewaan yang tinggi. Kita semua tahu terdapat pihak berkuasa tempatan yang mengagihkan premis2 bazar ramadhan kepada pimpinan UMNO yang kemudian nya bertindak sebagai rent seekers lintah darat menyewakan nya kepada peniaga2 Melayu.

Lihatlah kezaliman kerajaan UMNO dan syarikat kroni mereka yang  menzalimi rakyat Selangor dengan kekurangan air yang dicipta untuk tujuan politik. Kita tahu gameplan kerajaan UMNO. Ini mesti suatu alasan untuk panggil tender tertutup untuk membina suatu lagi projek berbilion Ringgit untuk kroni mereka. Hujan turun dengan lebat, air di Selangor tidak ada? Jika air yang kurang ialah air yang dirawat, ini membuktikan si pemonopoli tidak cekap melakukan kerja mereka. Apa yang mereka buat dengan untung yang banyak? Dan mengapa tidak mengurangkan ketirisan NWR? Wang dan untung mahu, tapi tanggungjawab membetulkan paip yang bocor tidak mahu. Syarikat yang incompetent yang mengancam kesejahteraan rakyat mesti diambil tindakan keras.  Ini dengan terang suatu pengkhianatan dan pengkhianat mesti digantung.

Semua yang pimpinan UMNO buat hari ini ada muslihat nya.  Bila saya menulis mengenai perkara kos landsan MRT Sunagi Buloh- Kajang yang gila, ada seorang menempelak saya dengan menyatakan saya tidak tahu membezakan keadaan diMalaysia dengan negeri cina. Jarak nya hanya 150km tapi harga nya ialah USD17B (RM53B) or USD133M per km.  landasan keretapi Bullet Train sejarak 1318km dari Beijing - Shanghai (keretapi paling laju didunia pada kelajuan 350km per hour) mempunyai kos  USD22B or USD16M per km.

Bayangkan banyak mana wang rakyat dirompak dan dilanun oleh kroni UMNO.


PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN [ 40hari hanya RM300 SHJ]
Posted on Tuesday, July 24 @ 15:36:42 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: traveller06

"

PENDAFTARAN DIBUKA, DAFTAR SEGERA ...
UNTUK MENDAFTAR SECARA ONLINE SILA KE LINK DAFTAR



MISI PROGRAM CUTI SEKOLAH :

MAHIR TAJWID
HAFAL JUZ 'AMMA
HAFAL SURAH-SURAH PILIHAN
SOLAT BERJEMAAH
QIAMULLAIL
HAFAL 2 JUZUK
SIJIL

ASRAMA DISEDIAKAN ATAU BERULANG


MAKLUMAT LNJUT BOLEH TERUS KE WEBSITE WWW.STADHA.BLOGSPOT.COM
SUMBANGAN DAN ZAKAT AMAT DIALU2 KAN. SEKOLAH INI MENERIMA SUMBANGAN UNTUK PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN.
 "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan