'Occupy' pejabat MB lepas 36 pucuk surat gagal
Sekumpulan
penduduk Cameron Highlands akan berhimpun di hadapan pejabat Menteri
Besar Pahang esok bagi menyatakan bantahan terhadap pelbagai isu,
termasuk pembinaan insinerator sampah RM38 juta di Blue Valley.Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan (bawah) berkata, aktivis parti bersama 40 penduduk akan berkumpul bermula jam 11 pagi esok.
"Setelah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, nampaknya masalah penduduk Cameron masih tidak selesai," kata Arutchelvan.
Katanya, sudah menghantar 17 pucuk surat kepada pejabat daerah Cameron, termasuk tujuh kali perjumpaan; sebanyak 15 pucuk kepada menteri besar dan empat pucuk lagi kepada perdana menteri.
Selain pembinaan insinerator yang diimbangi menjejaskan alam sekitar, pelbagai masalah melibatkan perumahan penduduk dan pemilikan tanah di kawasan tinggi itu turut dibangkitkan
CJ: Beri pandangan, tapi bukan sehingga hina badan kehakiman
Semua
pihak boleh memberikan pandangan masing-masing terhadap badan kehakiman
negara atau sebarang keputusan penghakiman tetapi bukan sehingga
peringkat menghina institusi itu.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata seperti di negara luar contohnya England, mereka bebas memberikan pandangan sedemikian kerana secara tidak langsung ia boleh memberi penambahbaikan kepada sistem perundangan yang ada.
"Memberi pandangan ini adalah bagus dan ini boleh membantu kita develop undang-undang kita. Anda juga boleh menulis tetapi jangan sampai menghina mahkamah umpamanya.
"Kami terbuka dan kritikan ini perkara biasa dan banyak kita dengar keputusan mahkamah, ada yang katakan tidak logik atau sebagainya. Buktikan kalau kata keputusan hakim tidak adil, berpihak atau rasuah," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Persidangan Majlis Hakim-Hakim Malaysia Ke-46 di Kota Bharu hari ini.
Hadir sama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Besar Sabah dan Srawak Tan Sri Richard Malanjum.
Arifin berkata sebagai hakim, mereka tidak boleh mempertahankan diri terhadap tuduhan sedemikian dan ia sesuatu yang tidak adil kepada para hakim.
"Saya minta kritik yang betul dan bukannya secara emosi. Jangan kata oh kita ini bodoh, stupid judgement. Bagi tahu mana stupid...Saya sebagai judge tidak boleh mempertahankan diri kerana saya hanya boleh bercakap melalui penghakiman sahaja. Saya tidak boleh menjawab atau berdebat," katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaiki persepsi pelbagai pihak dan sebab itu persidangan sedemikian adalah landasan terbaik untuk mereka memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.
Beliau berkata apa yang membanggakan, banyak pihak datang menyatakan tahap kepuasan hati mereka dengan kes-kes membabitkan bidang perdagangan yang dapat diselesaikan dengan sempurna.
"Mereka puas hati bukan sahaja terhadap bidang kehakiman tetapi juga terhadap kes-kes yang telah diselesaikan. Kami boleh memberi jaminan setiap kes itu boleh diselesaikan dalam tempoh setahun sekurang-kurangnya dan apa yang berlaku itu merupakan satu rekod di peringkat antarabangsa," katanya.
Mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kabinet tidak pernah memberikan arahan kepada badan kehakiman negara, beliau berkata kenyataan itu adalah benar.
"Saya sebagai Ketua Hakim Negara mengesahkan kenyataan itu adalah tepat. memang tidak ada. Saya selalu ingatkan hakim agar serlahkan keputusan yang meyakinkan rakyat," katanya.
Menurutnya badan kehakiman adalah badan bebas dan tidak pernah sama sekali mencampur adukkan soal kehakiman dan badan eksekutif.
Semalam, Zaki meminta semua pihak berhenti menuduh badan eksekutif campurtangan dalam urusan badan kehakiman.
Selain itu Arifin turut meminta para peguam meningkatkan kualiti guaman masing-masing walaupun mereka bebas menceburi bidang lain termasuk politik dan berpendapat masih ada ruang untuk mereka memperbaikinya.
Mengulas mengenai persidangan itu, Arifin berkata ia bagi para hakim bertukar pandangan demi memartabatkan institusi badan kehakiman yang dihadiri 120 hakim seluruh negara.
- Bernama

'Saat kita perlukan sergahan minda'
Pada
2 Oktober 1960, dalam ucapannya di pembukaan Kongres Ahli-Ahli Tarikat
As-Sufiah Seluruh Malaya, bertempat di Dewan Bandaran Kuala Lumpur, ahli
politik dan agamawan terkenal tanah air yang dikenali sebagai Dr
Burhanuddin al-Helmi telah memetik pandangan Syed Jamaluddin al-Afghani,
seorang tokoh besar Islam.
Al-Afghani telah ditanyakan apakah makna kepada ‘benih pembaharuan Islam' yang beliau gagaskan; al-Afghani dikatakan membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang panjang, sebahagiannya berbunyi:

"Hendaklah kita pulihkan
kembali kepada kebenaran perbalahan antara Ahli Sunah dan ahli Syiah.
Sesungguhnya perpecahan itu ialah rekaan raja-raja yang tamak..."
(Burhanuddin al-Helmi, 2005: 39).
Ketika almarhum Dr
Burhanuddin al-Helmi menghimbau kembali alam remajanya, dalam ucapan di
kongres tersebut, beliau menjelaskan betapa beliau asalnya "memusuhi
jumud dan kolot, pada saya tasawuf dan tarekat itu suatu ajaran
mematikan semangat dan campur aduk dengan bidaah" (Burhanuddin al-Helmi,
2005: 34).
Beliau kemudian menyambung, "kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk Islam yang hanif ini terutamanya dan kesan-kesannya ialah daripada ulama Syiah dan ulama tasawuf sama ada ulama-ulama itu datang secara saudagar atau secara mubaligh, bukan masuk melalui ulama-ulama fikah, Islam masuk di Nusantara kita ini " (Burhanuddin al-Helmi, 2005: 35).
Perubahan set minda beliau itu dirujuk oleh Dr Burhanuddin al-Helmi sendiri sebagai "perlawanan di dalam diri saya sendiri" (Burhanuddin al-Helmi, 2005: 36).
Kenyataan-kenyataan Dr Burhanuddin al-Helmi di atas mengandungi makna tersendiri tentunya. Dalam kajiannya mengenai sistem pendidikan Islam di Malaysia, Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2010) memaparkan bagaimana keluasan ilmu telah disingkatkan dan dikotakkan oleh sistem pendidikan Islam tempatan, pengkaji ini seterusnya mengulas pendapat Dr Burhanuddin al-Helmi itu seperti berikut:

"By stripping Islamic
educatiopn of its pristine ideals, noble purposes and praiseworthy
practices, the Malay-Muslim ruling establishment has transformed it into
yet another area vulnerably bound to its largesse and patronage, which
would ultimately be translated into political influence and support for
Umno and BN. Political considerations explain the express prohibition of
pluralisme within Malaysian Islam. Any sign of dissent from official
Islamic orthodoxy is frowned upon as reflective of deviance that is
liable to prosecution in religious courts. Yet, this homogenization of
Islam runs against the grain of Islamic history, which is rich with
contestations between sects, school of thought and factions. The sufi
and Shi'a provenances of Malaysian Islam, as recognized by prominent
Malay nationalist Dr Burhanuddin Al-Helmy, have not been fully
acknowledge in Malaysia's official Islamic discourse as it does not
tally with the ruling elites' hegemonic agenda based on carefully
constricted version of Malay-Muslim unity. Thus, Malay Shi'as and sufis
have been foremost at the receiving end of government heavy-handedness
ostensibly based on the concern to maintain the purity of Islamic faith
(Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2010: 76-77)."
Sebahagian
besar objektif kajian Ahmad Fauzi Abdul Hamid adalah untuk menunjukkan
betapa sistem pendidikan Islam Malaysia telah dibelenggu oleh satu
faham, satu sekte atau satu sekolah pemikiran yang statik. Pilihan sekte
ini dilakukan oleh state atau negara dan dipaksakan kepada setiap individu Islam.
Adalah penting supaya gejala minda tertawan ini dibebaskan dari kekangan mazhab dan putus-tentu sebuah majlis agama yang hari ini telah menetapkan supaya Islam yang dipraktikkan di muka bumi Malaysia haruslah dari satu acuan, satu sekte, dan kita penganut Islam hanya boleh memuaskan diri semata-mata dengan satu mazhab yang telah ada.
Alasan pihak majlis agama ialah kepelbagaian boleh mengakibatkan perpecahan. Gejala puas dengan satu sekte atau mazhab ini saya namakan sebagai homosektual. Lawannya adalah heterosektual.

Beberapa
tahun setelah Dr Burhanuddin al-Helmi bersuara, iaitu pada tahun 1973,
dalam sebuah seminar bernama ‘Simposium Sastera dan Agama'; penerbit,
sasterawan, penterjemah, dan penerbit yang terkenal al-Marhum Ustaz
Yusoff Zaki Yaacob (1986) mengkritik gejala homosektual ini;
"Di Malaysia, kurang terdapat kebebasan berfikir dalam persoalan-persoalan agama. Pemikiran yang menyimpang dari mazhab Syafie akan terdedah kepada tindakan Majlis-majlis Agama di setengah-setengah negeri di Malaysia. Misalnya, baru-baru ini Majlis Agama Perak telah mengharamkan pengedaran sebuah buku mengenai perancangan keluarga, yang dikarang oleh dua ulama besar Mesir dan diterjemahkan ke bahasa Malaysia oleh Jabatan Perancang Keluarga, kerana buku itu dalam penilaian Majlis Agama Islam Perak adalah bertentangan dengan pendapat kitab Al-Mahalli, sebuah kitab aliran mazhab al-Syafie yang amat dipegangi oleh pengikut-pengikut mazhab Syafie.

"Seandainya buku-buku Islamiah yang
kontroversial seperti itu didedahkan kepada perdebatan-perdebatan yang
terbuka dan bebas dari tembok-tembok mazhab, tentulah kita akan melihat
satu polemik yang akan menghasilkan pemikiran-pemikiran Islamiah yang
baru, kerana tidak ada pendapat yang mutlak dalam masalah-masalah
ijtihad seperti itu.
"Pada hemat saya, adalah lebih
membina dan berkesan jika suatu pendapat dalam masalah-masalah
ijtihadiah yang kontroversial itu ditumpaskan dengan kekuatan
hujah-hujah dari ditumpaskan dengan kekuatan undang-undang kerana cara
yang demikian menyegarkan iklim berfikir.
"Di suatu
masa yang lampau, karya-karya A Hassan Bandung dan karya-karya Abu Bakar
Asyari dan karya Tuan Guru Haji Muhammad Noor Ibrahim, Mufti Kelantan
telah diharamkan di Johor Baharu. Malah lebih jauh dari itu dia
setengah-setengah negeri di Malaysia, semua kitab-kitab agama harus
lebih dahulu disahkan oleh Majlis Agama sebelum diterbit dan diedarkan.
"Inilah saki baki undang-undang penjajah yang digunakan untuk membunuh
perkembangan pemikiran-pemikiran Islamis yang dinamis. Undang-undang
yang merugikan itu merupakan satu undang-undang agama tahun 1904 yang
diperbaiki dalam tahun 1925. Menurut undang-undang ini, sesiapa yang
mengecap buku agama tanpa izin dari Majlis Agama akan didenda dua ratus
ringgit atau dihukum penjara." (Yusoff Zaki Yaacob, 1986: 9-10)
Kecaman
al Marhum Yusoff Zaki di atas bukanlah sesuatu yang asing, Abdullah
Taib (1985) seorang antropologis terkenal tanah air dalam bukunya yang
berjudul Asas-Asas Antropologi menulis;
"Sejak tahun 1920-an beberapa buah negeri di Tanah Melayu telah
menubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Hingga ke hari ini
sudah hampir 60 tahun majlis itu berjalan atas nama seperti itu.
Penubuhan majlis agama ini ialah hasil ‘kebijaksanaan' penjajah
Inggeris" (Abdullah Taib, 1985: 226).
Harus diingatkan buku beliau ini telah menjadi teks subjek antropologi di kebanyakan universiti-universiti tempatan untuk satu tempoh yang agak lama. Untuk merungkai kekangan dan warisan penjajah ini dari terus membarah, al Marhum Yusoff Zaki (1986: 10) mencadangkan satu rumus iaitu supaya faham heterosektual menjadi pegangan:

"Kini di saat kita
mengkehendaki satu bentuk pemikiran Islam yang dinamis, sesuai untuk
menjiwai pembangunan kita, maka undang-undang yang cuba menahan
perkembangan pemikiran Islam dalam tembok-tembok mazhab yang sempit itu
perlu dihapuskan.
"Masanya telah tiba untuk
kita memulakan perkembangan pemikiran Islamiah yang tidak tertakluk
kepada satu mazhab, kerana persoalan-persoalan yang timbul di zaman
moden ini tidak mampu diatasi dengan pemikiran mazhab Syafie sahaja.
"Inilah beberapa faktor yang mendinginkan suasana penulisan Islamiah
yang serius di negeri ini. Masalah-masalah ini perlu dihadapi dan
diatasi dengan tegas. Jika tidak, masa depan perkembangan karya-karya
Islamiah akan lebih gelap dan terus menerus miskin."
Sergahan
minda yang segar dari ustaz Yusoff tersebut disambut beberapa tahun
kemudian oleh almarhum Profesor Dr Syed Hussein al-Atas (1979) dalam
satu acara untuk Hari Sastera yang berlangsung pada 24-27 Julai 1978 di
Kuala Terengganu.
Profesor Syed Hussein menyebut:
"Bagi para penulis dan penyair kita di Malaysia dan Asia Tenggara seluruhnya, apakah ertinya soal pembukaan kembali pintu ijtihad ini? Ertinya mereka harus menghidupkan semangat bebas berfikir, bebas dari belenggu feudalisme; dari belenggu faham-faham yang sudah usang; dari belenggu faham taklid yang negatif. Mereka mesti menghidupkan semangat ini hingga ada nanti yang terpengaruh dan tampil ke muka, di kalangan generasi yang akan datang, bagi mendirikan sistem-sistem pemikiran yang dapat menggerakkan jiwa masyarakat ke arah kemajuan dan keadilan. Sebagai penulis-penulis Islam mereka mesti mengetahui dasar-dasar agama Islam; mesti mengetahui tentang ilmu-ilmu zaman sekarang; mesti mengetahui tema-tema yang penting dan yang belum cukup diperhatikan; mesti pandai mengolah unsur-unsur Islam, ilmu pengetahuan, tema, jalan cerita dan keadaan sekeliling, dalam satu hidangan yang akan berhasil meninggikan darjat kesedaran, pemikiran dan perjuangan ke arah yang murni" (Syed Hussein al-Atas, 1979: 91-92).

Sesungguhnya belenggu
feudalisme yang disebutkan oleh Syed Hussein al-Atas ini merujuk kepada
feudalisme dalam bidang ilmu itu sendiri. Adalah sangat menarik, saudara
kepada al-Marhum Syed Hussein al-Atas iaitu sarjana besar tanahair,
Profesor Syed Naguib al-Attas (1979: 1-5), hampir setahun sebelumnya
telah pun mengusulkan hal yang hampir sama di pentas antarabangsa.
Dalam tulisannya yang bernas, Profesor Syed Naguib al-Attas (1980) menyatakan pengajian fardu ain yang diterapkan dalam pendidikan Islam sebagai contoh haruslah membawa sama sentuhan Syiah (dan tentu sahaja Sunni). Beliau menyatakan pendidikan yang beliau maksudkan itu bukan sahaja di peringkat tinggi, iaitu universiti, tetapi juga mencakupi dunia pendidikan anak-anak di peringkat sekolah rendah. Sebagai bukti, tulisan beliau dirujuk di sini:

"The core knowledge
representing the fardu ‘ayn, integrated and composed as a harmonius
unity at the university level as a model structure for the lower levels,
and which must invariably be reflected in successively simpler forms at
the pre-university, secondary, and primary levels of the educational
system thoughout the Muslim world, must reflect not only the Sunni
understanding of it, but also accomodate the Shi'i interpretation." (Syed Naguib al-Attas, 1980: 42).
Pandangan
(mungkin kata yang lebih tepat ialah impian) beliau di atas membawa
kesan positif yang besar tentunya jika dipraktikkan untuk generasi
Muslim yang ada. Malangnya, menurut kajian Ahmad Fauzi Abdul Hamid
(2010) gagasan murni Profesor Syed Naguib itu diketepikan malah tidak
pun diperhitungkan sama sekali oleh pihak berkuasa negara ini demi
menjaga status-quo pemerintah:
"The
ideal form and practice of an Islamic curriculum, as conceived for
instance by Syed Naguib Al-Attas, remains far-fetched in
state-sanctioned Islamic education in Malaysia. The outcome in terms of
enforcement of narrowly interpreted religious law against Muslim
non-conformists is all too obvious in Malaysia. Whereas Al-Attas' scheme
was broad enough to accommodate even Shi'a interpretations of the
revealed sciences, Malaysia has been fastidious in instituting
pre-emptive action against and punishment of Malay-Muslims who profess
the Shi'a variant of Islamic faith deemed to have deviated from the path
of Sunni orthodoxy." (Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2010: 52).
Pendita
Za'ba jauh terdahulu dari tokoh-tokoh yang telah saya sebutkan tadi
telah mencadangkan rumus supra mazhab atau heterosektual ini, iaitu
dengan menggunakan akal fikiran yang sihat, dan tidak bertaklid buta.
Dalam tulisan beliau di Qalam bilangan 31 bulan Februari 1953, Pendita Za'ba menolak sama sekali apa yang beliau namakan sebagai ‘taklid buta':
"Demikian lagi pada pihak usul (akidah) dan tasawuf: Kita lihat Hasan al Basri, Abu Hassan al-Asyaari, Imam al Harmin, al Ghazali dan lain-lain, semuanya itu daripada orang yang bebas dan merdeka memakai fikiran dan timbangan mereka sendiri pada masing-masing cawangannya, di bawah suluhan ilmu dan akal mereka sendiri masing-masing. Tiap-tiap seseorangnya itu bersendiri memahamkan dan menguji segala pegangan-pegangan agama yang diterima atau ditolaknya. Mana-mana masalah yang telah sedia diputuskan oleh orang lain dahulu daripadanya maka diperiksanya dan ditimbangkannya semula. Kalau munasabah pada pendapatnya sendiri maka diterimanya, kalau tidak maka ia sendiri ada jalan lain memahamkannya dengan fahaman yang lain pula. Maka dengan demikianlah telah terjadi pada bahagian usul bermacam-macam mazhab dan pembawaan pula seperti mazhab Jabariah, mazhab Qadariah, mazhab Muktazilah, mazhab Ahli al Sunnah, Mazhab Kharajiah, Mazhab Zaidiah, Mazhab Amamiah, Mazhab Abadiyah dan lain-lain lagi. Dan pada bahagian tasawuf kita dapati berbagai-bagai cara tarekat seperti Qadariah, Naksyibandiah, Satariah, Samaniah, Muhammadiah, Ahmadiah dan lain-lain pula. Akan sebabnya terjadi sekalian itu, baik pada usul atau pada fikah atau pada tasawuf, ialah oleh kerana pendeta-pendeta agama kita pada masing-masing zamannya dahulu itu tidak hanya bertaklid kepada pendapat orang lain sahaja, melainkan masing-masing tahu mengambil fahaman bersendiri dan menerbitkan pendapat sendiri daripada punca-punca yang diberi di dalam Quran dan sunah itu." (Za'ba, 2009: 138)

DR MOHD FAIZAL MUSA atau
nama penanya Faisal Tehrani bertugas sebagai felo penyelidik di
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya
melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS S'gor
PAS
Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi
pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga
(JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.
Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).
PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.
Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.
Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.
"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.
"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.
Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.
"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.
Khairiah, 38, yang juga ketua bahagian khidmat nasihat perundangan Majlis Perbandaran Kota Bharu , merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pelantikan Khairiah diusul Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan.
Dalam ucapannya pada majlis itu di Dewan Negara di ibu negara, Abu Zahar mengingatkan anggota Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga menasihati mereka supaya tidak beremosi dan tidak sesekali melanggar serta mengingkari sumpah setia yang telah dilafaz demi kepentingan rakyat.
-Bernama
Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).
PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.
Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.
Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.
"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.
"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.
Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.
"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.
Kerajaan BN undang 5D
ULASAN
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyerang Pakatan Rakyat kerana
menggalakkan budaya mungkir janji, tidak berterima kasih dan tidak
melangsaikan hutang.
Sebenarnya, BN adalah parti yang memungkiri janji mereka untuk bertindak adil kepada kaum-kaum minoriti melalui penindasan dan penganiayaan terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di rumahnya dengan gerai burger lembu, tarian punggung oleh veteran tentera dan seruan untuk menggantung beliau kerana derhaka.
Ambiga sasaran mudah kerana beliau seorang Hindu, India dan wanita. Ini selaras dengan pendirian mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu perkauman antara Melayu dan bukan Melayu akan menjadi penentu pilihan raya umum yang akan datang.
Najib mahu rakyat berterima kasih kepada BN, padahal sepatutnya parti politik seperti BN yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana mengundi mereka.
Tambahan, Najib tidak layak untuk bercakap tentang pelangsaian hutang apabila hutang berbilion-bilion ringgit yang diambil oleh kroni-kroni Umno daripada bank-bank tempatan dalam skandal-skandal kewangan masih lagi tidak dibayar. Kenapakah kroni Umno boleh mendapat layanan istimewa berbanding dengan rakyat?
Najib kononnya yakin untuk mencapai kemenangan 14-0 dan memenangi kesemua negeri, namun beliau tidak berani untuk memanggil pilihan raya. Jelas beliau tahu bahawa Pakatan sudah berjaya memaklumkan rakyat bahawa kerajaan BN akan membawa gejala 5D, iaitu defisit, debt (hutang), deceits (penipuan), dictatorship (pemerintahan diktator) dan brain drain (penghijrahan modal insan).
Malah lidah Umno New Straits Times telah menyerang saya minggu lepas kerana saya telah membongkar gejala 5D.
Namun begitu, saya mengakui bahawa sekadar memaklumkan rakyat tentang 5D ini tidak mencukupi. Apakah jalan penyelesaiannya? Cabaran besar Pakatan adalah untuk meyakinkan rakyat boleh membanteras gejala 5D.
Dasar visa kerja Australia
Pakatan percaya bahawa dengan membasmi rasuah dan korupsi kita berupaya untuk menangani gejala 5D.
Buat masa ini, tahap rasuah makin teruk. Kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sudah pun jatuh kepada nombor 60 berbanding nombor 37 pada tahun 2003.
Daripada memberi pinjaman kepada penternak lembu, keluarga menteri yang tidak pernah menternak lembu pula diberi pinjaman RM250 juta yang kemudian disalah guna untuk pembelian kondo. Kita juga boleh melihat kekayaan melampau pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sarawak.
Hutang kerajaan Persekutuan Malaysia mencecah RM600 Bilion Atau RM21,500 setiap orang untuk 28 Juta Rakyat Malaysia.
Penipuan dan kuasa diktator BN jelas akan membiarkan rasuah berleluasa dan menyebabkan penghijrahan modal insan yang lebih besar. Sejak merdeka pada tahun 1957, lebih dua juta rakyat Malaysia meninggalkan negara.
Perubahan dasar visa kerja Australia baru-baru ini yang akan membenarkan graduan Australia untuk terus menetap di Australia selama 2 hingga 4 tahun hanya akan mempercepatkan proses "brain drain" ini.
Bajet tambahan 2012 berjumlah RM13.8 bilion baru-baru ini akan meningkatkan unjuran defisit RM45.9 bilion dalam bajet 2012 kepada jumlah besar RM59.7 bilion, iaitu defisit yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
Sikap tidak bertanggungjawab dalam urusan kewangan oleh kerajaan BN dibuktikan apabila dana tambahan ini merangkumi peruntukan RM1.5 juta kepada ahli-ahli Parlimen BN sementara Ahli-ahli Parlimen Pakatan tidak mendapat satu sen pun.
Lebihan bajet negeri Pakatan
Setakat 31 Mac lalu, hutang kerajaan berada di tahap RM470 bilion. Jika kita masukkan defisit yang dijangka dalam bajet 2012, maka hutang kerajaan akan meningkat melebihi RM500 bilion di akhir tahun 2012.
Ini tidak pula mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontingen yang bernilai hampir RM110 bilion yang tidak termasuk dalam kunci kira-kira. Jika liabiliti kontingen ini ditambah kepada hutang rasmi kerajaan, maka hutang kita akan bertambah kepada RM600 bilion ataupun RM21,500 setiap seorang rakyat Malaysia!
Kali terakhir negara kita menikmati lebihan bajet adalah pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak 1997, kita telah mengalami defisit bajet selama 15 tahun berturut-turut.
Oleh itu, kita mahukan Anwar menjadi perdana menteri baru untuk memulihkan defisit bajet kepada lebihan bajet. Hutang kerajaan kita telah meningkat 5 kali ganda daripada RM89 bilion pada tahun 1997 kepada RM470 bilion setakat Mac 2012, berbanding dengan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya tiga kali ganda.
Berbeza dengan prestasi kewangan BN yang kurang baik, kerajaan-kerajaan negeri Pakatan telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun dan juga mengurangkan hutang kita.
Pulau Pinang telah mengurangkan hutang sebanyak 95 peratus ataupun RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir tahun 2011. Ini telah dicapai bukan dengan penipuan tetapi melalui pentadbiran bersih berdasarkan prinsip cekap, akauntabel dan telus.
Jelas bahawa sistem tender terbuka, pendedahan kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan harta secara terbuka dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, serta Enakmen Kebebasan Maklumat berjaya membanteras rasuah.
Negeri-negeri Pakatan seperti Pulau Pinang telah pun membuktikan bahawa kerajaan bersih dan baik boleh menamatkan gejala 5D.
LIM GUAN ENG setiausaha Agung DAP dan anggota Parlimen Bagan.

Khairiah Mohamed angkat sumpah senator
Timbalan
Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan Khairiah Mohamed hari ini
mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara
Tan Sri Abu Zahar Ujang.Khairiah, 38, yang juga ketua bahagian khidmat nasihat perundangan Majlis Perbandaran Kota Bharu , merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pelantikan Khairiah diusul Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan.
Dalam ucapannya pada majlis itu di Dewan Negara di ibu negara, Abu Zahar mengingatkan anggota Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga menasihati mereka supaya tidak beremosi dan tidak sesekali melanggar serta mengingkari sumpah setia yang telah dilafaz demi kepentingan rakyat.
-Bernama
Hampir 10,000 warga asing dalam penjara M'sia
Seramai
9,757 warga asing menjalani hukuman penjara di Malaysia sehingga enam
bulan pertama tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
(KDN) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi.
Katanya, jumlah itu adalah kira-kira 27 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di semua penjara di negara ini seramai 36,728 orang.
“Angka ini bukanlah sesuatu yang mencemaskan namun kita akui banduan asing di Sabah lebih ramai daripada banduan tempatan dengan merekodkan seramai 1,020 banduan warga asing daripada jumlah 1,300 banduan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Keluarga 1KDN di Kompleks Penjara Kajang semalam.
Katanya sebagai langkah mengatasi kesesakan di penjara, banduan-banduan ini akan dihantar ke penjara lain bagi memastikan jumlah banduan di sesebuah penjara dapat diseimbangkan.
“Dan bagi banduan warga asing pula, kita tidak mahu isu kesesakan di penjara menjadi bebanan kepada negara termasuk KDN,” katanya.
Menurutnya, 3,600 banduan daripada 4,100 yang mengikuti sistem parol telah menamatkan tempoh parol dan dibebaskan sepenuhnya.
“Kurang daripada satu peratus banduan yang menjalani sistem parol ini ditahan semula oleh pihak keselamatan selepas didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mengulangi kesalahan jenayah,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan