'Gunalah peluang pertahan Pas'
10 Julai 2012
Hasan dalam satu kenyataan berkata, Abd Rani seharusnya menyambut baik jemputan debat itu dan menggunakan peluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu Pas di negeri ini.
"Saya difahamkan Dr Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar untuk difahami seperti mendakwa saya menggunakan kaedah gengsterisme terhadap Pas.
"(Sepatutnya) Di pentas ini (debat), beliau boleh dapat menjelaskan apa yang Pas Selangor tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja di negeri Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.
Hasan menjelaskan, beliau bukannya individu bertanggungjawab mengusulkan acara debat tersebut sebaliknya ia diuruskan pihak penganjur iaitu Gerakan Masyarakat Prihatin Meru.
"Saya telah menyatakan persetujuan saya untuk menyertai debat tersebut kerana saya masih mengikuti perkembangan Pas secara dekat dan sehingga ini sentiasa diberi maklum balas mengenai gerak kerja parti oleh pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.
"Saya harap Dr Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi pihak penganjur," katanya.
Dr Rani tolak debat dengan Hasan
10 Julai 2012
Abd Rani berkata, pihaknya telah berbincang dan sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak cabaran Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu kerana tempoh yang dimaklumkan untuk berdebat adalah terlalu singkat.
Menurutnya, beliau menolak cabaran dikemukakan Hasan itu kerana kekangan masa untuk memenuhi undangan program ceramahnya sehingga September.
Katanya, malah, beliau hanya menerima jemputan tersebut sebanyak dua kali pada Jumaat dan Sabtu lalu tetapi tidak memutuskan sama ada untuk menerimanya atau pun tidak.
Beliau secara sinis mendakwa, cabaran Hasan tersebut lebih kepada bersifat ‘talian hayat’ untuk karier politiknya yang semakin suram selepas dipecat daripada parti tersebut Januari lalu.
“Bila kita tegur dia (Hasan), dia kata dia profesional tetapi dia sendiri tidak profesional kerana orang dia ada datang ofis saya hantar jemputan itu tetapi saya tidak memutuskan untuk bersetuju berdebat dengannya.
“Saya lihat tindakan dia ini adalah sebagai ‘talian hayat’ untuk dirinya bagi menarik orang ramai kerana daripada apa saya difahamkan, sekarang tak ramai orang turun ke program ceramahnya seperti awal-awal dahulu,” katanya pada sidang media di luar dewan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.
Menurutnya, walaupun Pas Selangor memutuskan untuk tidak berdebat dengan Hasan tetapi tidak menolak untuk berbuat demikian sekiranya cabaran tersebut dikemukakan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.
Abd Rani berkata, pihaknya akan menghantar Timbalan Pesuruhjaya III, Khalid Abdul Samad sekiranya Hasan bersetuju untuk berdebat.
PR kekal pendirian
10 Julai 2012
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata demikian apabila diminta memberi komen mengenai cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya hukum hudud dilaksanakan di Johor.
“Daripada sudut PR, kami masih berpegang kepada pendirian sebelum ini. Saya sedang meneliti kenyataan pelbagai pihak dalam isu ini,” katanya.
PR telah menyatakan pendiriannya secara bersama bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama sehingga parti komponennya bersetuju.
Zamil dakwa 8 wakil rakyat PKR pernah 'jual diri'
10 Julai 2012
Beliau berkata, aktiviti jual diri atau lompat parti itu dilakukan oleh wakil rakyat terbabit ekoran ura-ura mengatakan mereka tidak akan dicalonkan pada PRU13.
"Kesemua Adun dan Ahli Parlimen tersebut mengambil tindakan sedemikian selepas 16 September 2008 kerana mereka merasakan mereka tidak akan dicalonkan.
"Saya percaya perkara itu diketahui Anwar, tapi semua pemimpin masih kekal di PKR," kata beliau merujuk kepada pelan 16 September 2008, yang Anwar mendakwa boleh membentuk Kerajaan Pusat yang baru ekoran adanya beberapa wakil rakyat mahu keluar Barisan Nasional.
Bagaimanapun pelan itu tidak menjadi kenyataan.
Zamil berkata demikian selepas lebih tiga minggu Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam meraih sokongan dan menguasai majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, perkara itu disahkan melalui rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di sekitar Lembah Klang, setahun yang lalu.
"Pertemuan itu melibatkan dua wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dua ejen mewakili BN serta seorang pemandu kepada ejen. Mereka membuat tawaran bernilai RM2 juta sekiranya Ahli Parlimen PR keluar parti.
"Salah seorang daripada ejen ini ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita)," katanya.
Khalid berkata, rakaman yang didedahkan selama tiga minit 41 saat itu adalah sebahagian daripada rakaman penuh yang berlangsung selama tiga jam dan dirakam selepas beberapa Ahli Parlimen dari PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong meninggalkan parti itu.
Zamil menambah bahawa beliau mendapati aktiviti keluar parti atau jual diri ini berlaku disebabkan terlalu ramai calon yang diletakkan oleh Anwar bagi memenangi pilihan raya walaupun kurang berkualiti.
"Calon kelas 'C' yang diletak oleh Anwar di beberapa bahagian telah menang dan mereka ini bukanlah Ahli Parlimen sedia ada atau ketua cabang.
"Calon kelas 'C' dan tak berkualiti ini akhirnya menang PRU dan merekalah membuat aduan kepada Ketua PKR pusat dan negeri bahawa Adun dan ahli parlimen tak buat kerja supaya mereka dicalonkan pada PRU seterusnya," katanya semalam.
Dalam pada itu katanya, kegiatan itu telah berjaya dirakam oleh beberapa orang rakannya melalui telefon bimbit pada waktu dan tarikh yang berbeza.
"Saya akan dedahkan lapan lagi CD yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan berhubung Yang Berhormat (YB) menjual diri pada tahun 2008 lalu," katanya.
Zamil berkata, namun bukan niatnya untuk mendedahkan aktiviti kesemua ahli politik itu di khalayak tetapi ingin membuktikan bahawa ahli PKR juga merasa tidak selesa dengan kepimpinan Anwar dengan merisik melompat ke parti lain dan memperoleh wang.
Anwar hanya 'test market', kata Rafizi
8 Julai 2012
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu hanyalah satu cubaan Anwar untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat, terutama penyokong PR sekiranya berundur daripada memimpin perikatan tersebut.
Beliau berkata, jika Anwar mengundurkan diri, bagaimana PR akan menang dan menawan Putrajaya jika tidak berjaya dalam cubaan kali ini.
"Kelemahan PR ialah rakyat tidak kurang percaya kepada PKR dan kepimpinan Anwar.
“Anwar digambarkan pihak tertentu sebagai gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR PRU13 di Sunshine Square di sini, hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumkan akan mengundurkan diri jika gagal membawa PR menduduki Putraja dalam PRU13.
Serentak dengan itu, beliau mahu pakatan itu mencari pemimpin baru untuk meneruskan perjuangan dalam arena politik tanah air.
Pengumuman beliau mengejutkan ramai pihak dan beberapa pimpinan PR kerana masih memerlukan kepimpinannya untuk terus menerajui komponen parti itu.
Kenyataan itu diulangi Anwar pada satu ceramah di Rawang dan Selayang kelmarin dengan alasan adalah cubaan terakhirnya dalam perjuangan politik.
MB Kedah hanya bergurau?
9 Julai 2012
Azizan secara berseloroh menyebut tindakan mendedahkan maklumat rasmi Kerajaan Negeri sebelum diumumkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan bawah OSA pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Rabu minggu lalu.
Sebelum menjawab pertanyaan media berhubung dasar perumahan baru yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, Azizan sekadar berkata, “rujuk draf itu, salah tu bawah OSA,” katanya dalam nada gurauan.
Bagaimanapun beberapa pemimpin BN membidas kenyataan Azizan itu kerana mendakwanya akan mengambil tindakan di bawah OSA terhadap Keng Liang berikutan pendedahannya mengenai dasar baru perumahan negeri.
Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, jika hasrat menggunakan OSA diteruskan, Pemuda BN akan mempertahankan perjuangan Keng Liang kerana ia dibuat untuk kepentingan rakyat Kedah.
Keng Liang sebelum ini mendedahkan mengenai syarat baru draf dasar perumahan negeri berhubung kouta rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah, dinaikkan kepada 60 peratus, serta sekatan terhadap pemilikan rumah oleh 'orang luar' di daerah Kuala Muda dan Kulim.
Pada sidang media sama, Keng Liang mengakui hanya mengetahui mengenai tindakan OSA itu menerusi laporan akhbar.
Azizan ketika diminta mengulas perkara itu enggan ‘melayan’ tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya berkata, “mungkin beliau bimbang saya buat betul-betul."
Umno nasihat Pas jangan terlalu ghairah
9 Julai 2012
Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, jangan hanya kerana mahu mencapai cita-cita untuk mentadbir negara mereka boleh memecahbelahkan rakyat sesama Islam.
“Ke Putrajaya itu memang betul, kita orang Islam perlu mendekatkan diri dengan ALLAH SWT yang pastinya kita tidak akan tersasar dari ajaran agama.
“Urusan ke Putrajaya banyak dikaitkan dengan dunia yang kadang kalanya boleh menghuru-harakan negara, yang penting jangan memecahbelahkankita sesama Islam,” katanya demikian ketika mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud terhadap sikap pimpinan dan ahli parti itu yang begitu ghairah mahu menawan Putrajaya.
Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penutupan Kenduri Perdana Polis Kontinjen Kelantan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, di sini.
Mohamed dalam tegurannya itu berkata, sepatutnya tumpuan diberikan kepada agenda dakwah sebenar yang pada pandangan beliau seperti dipinggirkan.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas lanjut berhubung perkara itu, berkata, setiap perkara dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Shafie Apdal: Anwar harus segera bersara
9 Julai 2012
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya rakyat negara ini tidak bergantung hanya kepada seorang individu bagi membela masa depan mereka.
"Saya yakin rakyat Malaysia khususnya Sabah lebih percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Anwar dan jika dia mahu bersara tidak perlu tunggu sehingga selepas pilihan raya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Moginakan Kimaragang peringkat negeri Sabah anjuran Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu di Kampung Samparita, Ulu Bengkoka, kira-kira 30 kilometer dari pekan Kota Marudu di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13 dan akan kembali mengajar.
Mohd Shafie yakin masyarakat di luar bandar khususnya di Sabah lebih mengagumi kewibawaan Najib untuk membela nasib mereka berbanding pentadbiran parti pembangkang di beberapa buah negeri yang mengalami pelbagai masalah seperti Selangor dan Kelantan.
Menurutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar bandar dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan