Ahad, 29 Julai 2012

AURA DAN NUR MACAM SAMA...TAPI AGAK JAUH BEZANYA....ADA NUR LEBIH DARI ADA AURA...ADA NUR...LEBIH KEPADA TAAT..TAQWA SERTA DAPAT RAHMAT DARI ALLAH....SEBAB NUR ITU DIBERI OLEH ALLAH BEGITU JUGA AURA...TAPI NUR ITU MEMPUNYAI KELEBIHAN...SEJUK MATA MEMANDANG

MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan
  • S Pathmawathy
  • 3:36PM Jul 29 2012
 
MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.
Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.
Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.
Setpol MB: Cerita Mat Sabu 'dicantas' hanya rekaan
2:26PM Jul 29 2012  
Setiausaha politik kepada menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata dakwaan bahawa timbalan presiden parti, Mohamad Sabu disekat daripada bertanding di negeri itu merupakan satu perkara yang direka-reka.

Dalam satu tulisannya di blog sanusisetpol.blogspot.com, Muhammad Sanusi juga percaya bahawa perkara itu sebenarnya ditimbulkan untuk memulakan proses mencantas pemimpin tertentu dalam PAS Kedah.

"Orang yang membangkitkan kes itu kepada Malaysiakini sengaja mereka-reka cerita untuk memulakan cerita baru – mengadakan cerita cantas untuk memulakan proses mencantas.

Beliau menyalahkan golongan yang ghairah untuk membawa Mohamad bertanding di Kedah – di kawasan parlimen Pendang – sebagai kumpulan yang bertanggungjawab menimbulkan perkara itu.

"Ini dimainkan oleh juak-juak yang ghairah dengan auranya dan sedikit gopoh dalam usaha membawanya ke Pendang.

"Juak-juak yang tenggelam dengan kegopohan itu lupa bahawa isu mereka itu telah memberikan imej negatif kepada timbalan presiden PAS itu, kepada PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang," katanya yang tidak menyebut sebarang nama.

Tambahnya, PAS Kedah tiada masalah dengan Mohamad Sabu dan penceramah popular itu tidak ditolak di negeri tersebut.
"Tetapi bila sumber dalaman yang menjadi sumber utama cerita itu telah mengadakan-adakan cerita cantas, dia sebenarnya telah membuat garisan calar pada imej, integriti dan ketokohan Abang Mat sebagai timbalan presiden PAS.

"Mana boleh dia dicantas di Kedah di kala auranya begitu segar di negeri ini. Ada yang mengenali PAS dan beristiqamah dengan kerja- kerja jemaah atas teladan yang ditunjukkan oleh beliau," katanya lagi.

Kenyataannya itu secara langsung menunjukkan bahawa pimpinan tertinggi PAS Kedah telah maklum dengan isu tersebut dan Muhammad Sanusi seterusnya memberikan beberapa senario berhubung usaha cantas-mencantas dan melobi seperti yang dibangkitkan.

"Cantas dalam parti politik berlaku kepada pimpinan setempat, penyandang atau yang sudah ditetapkan untuk berada di situ atau pernah berada di situ.

"Cantas dilakukan supaya seseorang pemimpin tidak dipilih sekali lagi, ataupun supaya tidak diberi peluang dipilih setelah adanya keputusan atau arahan supaya di bertanding di sesuatu kawasan.

"Cantas tidak boleh berlaku kepada orang di luar tempat itu, tidak pernah berada di situ, bukan penyandang, atau hanya baru dicadang di salah satu peringkat yang ada beberapa peringkat lagi.

"Cantas juga tidak berlaku kepada orang yang ditolak. Cantas juga tidak berlaku kepada pimpinan yang sengaja merebahkan dirinya atau berundur sukarela," katanya lagi.
Mohamad Sabu pernah mewakili kawasan parlimen Kuala Kedah apabila menang dalam pilihan raya umum 1999.
Muhammad Sanusi seterusnya berkata, tindakan cantas-mencantas merupakan budaya politik Umno dan BN dan tidak boleh dibiarkan meluar di dalam PAS.

"Ini budaya politik bahaya. PAS mesti istiqamah dengan sikap menolak bila diberi amanah atau jawatan, tetapi berhabis-habisan dan bermati-matian melaksanakannya bila diberi tanggungjawab memikul amanah oleh jemaah," katanya lagi.
Lagu tema kemerdekaan paling buruk dalam sejarah negara
  • Najwan Halimi
  • 9:14AM Jul 29 2012
 
Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

NONESemakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang cincai dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur -- "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" -- diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.

Apa kaitan malam, siang, Bulan dan Matahari dengan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti Bulan dan Matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?

NONEMaka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.

Pendengar kemudiannya akan dibuai dengan lirik perihal "janji dikota" (kononnya) dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"?

Pendengar yang bijak pasti akan dapat memahami bahawa lirik ini secara tersirat bertujuan memerangkap minda khalayak seolah-olah Umno-BN (kerajaan sekarang) telah berjaya menepati janji dan kini telah sampai masanya rakyat (pendengar) supaya mengundi Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang sebagai membalas budi atas janji-janji tersebut.

Lantaran itu, timbul persoalan apakah kewajaran bagi sesebuah lagu yang seharusnya bertemakan penghayatan kemerdekaan diolah sebagai medium propaganda picis dan ditransformasikan menjadi lagu kempen untuk meraih undi dalam pilihan raya?

NONEPada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah wahyu penguasa yang diturunkan sebagai ingatan kepada rakyat.
Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.

Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong janji 1Malaysia yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.

Akhir sekali adalah pada rangkap 'rap' -- lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.

Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1Malaysia.

Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Ini langsung tiada kena mengena dengan semangat patriotisme.
NONEDan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan.

Jelas, menerusi lagu ini, Umno-BN cuba untuk memanipulasi sentimen patriotisme bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan menerapkan propaganda lekeh dalam usaha terdesak mereka untuk meraih undi menjelang PRU yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme di dalam lagu ini melainkan puja-pujian dan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan Umno-BN.

Semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini.

Justeru, rakyat khususnya anak muda tidak wajar untuk terus membiarkan diri mereka dihenyak dan diperbodohkan oleh propaganda sempit ini.

Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara.

Najwan Halimi merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. Tulisan ini merupakan pandangan peribadinnya dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
Tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' kekal, logo rasmi guna 1Malaysia

29 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.
  
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
  
"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
  
Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari  Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - Bernama
 
Hasrat berkahwin raya kedua berkecai, tunang mati dalam kemalangan

29 Julai 2012
KOTA BAHARU - Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan perkahwinan bulan depan, tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Maktab Perguruan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Siti Mukaramah Lajim, 19, dari Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, dijadual melangsungkan perkahwinan dengan bakal pasangannya itu, Abdullah Zawawi bin Abdullah Fauzi, 25, pada hari raya kedua.

Kemalangan berlaku ketika mangsa, seorang kerani, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Pusat Boling Pasar Raya Billion di sini pada pukul 9.30 pagi.

Kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya bagi urusan pengebumian.

Siti Mukaramah, yang membantu ibu bapanya menjual ikan di Pasar Gok Kapor, dekat sini berkata kali terakhir dia menemui tunangnya semalam di rumahnya bagi menyerahkan borang perkahwinan sebelum diproses.

Katanya semua persediaan untuk majlis perkahwinan itu telah siap diatur, malahan kad jemputan juga telah diedar.

"Apa boleh buat...Saya reda dengan pemergiannya kerana takdir telah menentukan segalanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.   

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Mahussin Hassan berkata pemandu treler itu tidak cedera dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Baharu.

Mahussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kemalangan itu pada pukul 9.43 pagi. - Bernama
 
Pas: Jangan mudah dakwa undi BN pahala lebih
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Pas: Jangan mudah dakwa undi BN pahala lebih
Mohd Amar
KOTA BHARU- “Jangan mudah meletakkan andaian mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti (akan) diberi ganjaran pahala lebih,” kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Bagi tujuan itu, Mohd Amar meminta Pemuda Umno Kelantan supaya tidak melabelkan pengundi yang akan mengundi BN mendapat pahala berdasarkan kenyataan Pas tidak dapat mengotakan janji-janji sahaja.

“Dosa dan pahala adalah berlandaskan dasar perjuangan, bukannya dilihat pada ketidakmampuan sesebuah parti dalam mengotakan janjinya,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang menyifatkan pengundi BN akan mendapat pahala lebih dengan mengundi parti itu jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu.

Kenyataan Anuar itu adalah susulan kenyataan Mohd Amar pada 29 Jun lalu yang mencabar Umno mengundi parti itu atau BN pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan pahala jika Umno percaya perjuangannya selari dengan kehendak Islam.

Beliau yang juga, Pengerusi Jawatankuasa Islam, Pendidikan dan Dakwah menegaskan, kenyataan Anuar berhubung BN terbukti lebih banyak mengotakan janji dan menggerakkan syiar Islam tidak boleh dibanggakan.

“Di Kelantan, terdapat 118 projek Kerajaan Persekutuan yang terbengkalai biarpun Kerajaan Negeri beri kelulusan," katanya.

Pada masa sama, Mohd Amar menempelak Anuar kerana bagi beliau, Ketua Pemuda Umno Negeri itu kurang layak untuk berbincang soal itu.

“Soal dosa dan pahala ini adalah perkara luas kerana berkaitan agama. Ia bukan mudah diperkatakan,” katanya.
 
Calon MB Kedah: 'Aura' Mukhriz ada kelebihan
NURUL FATIHAH SULAINI
29 Julai 2012
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR - Aura kepimpinan yang ada pada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyebabkan rakyat Kedah tidak ragu-ragu memilihnya sebagai calon Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) merampas kembali tampuk Kerajaan Negeri.

Kini, Mukhriz juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Kedah.

Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sarif berkata, kewibawaan Mukhriz, yang juga ahli Parlimen, atas kapasiti pemimpin bukan sahaja dapat memenangi hati golongan muda tetapi melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Mungkin dengan meletakkan Mukhriz sebagai calon MB sokongan rakyat terhadap BN akan bertambah kuat.

"Kita sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama serta sokongan penuh terhadapnya.

“Bagaimanapun segalanya tertakluk kepada keputusan presiden (parti Datuk Seri Najib Tun Razak), siapa yang dipilih kita sokong,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai kajian Universiti Utara Malaysia (UUM), 69 peratus responden memilih Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah sebagai calon Menteri Besar jika BN menerajui Kedah, beliau menerima kebenaran itu.

Abu Hasan berkata, kajian yang dibuat UUM itu juga dapat menjadi penanda aras terhadap kerja-kerja dilakukan oleh BN untuk melihat potensi rakyat memilih BN atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pada itu, beliau meletakkan 70 peratus keutamaan rakyat terhadap pemilihan calon parti berbanding hanya 30 peratus dari aspek parti.

“Jika dulu rakyat pilih parti untuk menentukan kerajaan mana yang layak memerintah. Tetapi sekarang rakyat lebih memilih calon berkaliber, berpontensi serta mempunyai aura dapat menarik sokongan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, soal siapa yang layak menjadi calon MB terserah kepada presiden parti.

Selalunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terbaik akan dipilih menjadi calon Menteri Besar, katanya.

“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai isu ini kerana bimbang boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti. Sepatutnya semua bersatu untuk terus memberi sokongan kepada Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bagi merampas semula Kedah.

“Bagi saya keutamaan parti dan calon sama penting untuk meraih sokongan pengundi. Rakyat akan memilih parti mana yang lebih berwibawa serta kriteria calon boleh menawan hati mereka,” katanya.

Nawawi berkata, rakyat semakin bijak untuk menilai kepimpinan seseorang pemimpin dengan menggunakan pelbagai saluran maklumat termasuk internet sebelum membuat pelbagai analisis mengenainya.

“Kita tidak boleh selesa dengan hasil kajian yang dikeluarkan sebaliknya perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai kemenangan termasuk meningkatkan gerak kerja dengan lebih berkesan,” katanya.

Ketua Umno Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, setiap pemimpin dalam BN tidak boleh berpuashati dengan hasil kerja sebaliknya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat memilih BN.

Sementara itu, Mukhriz ketika dihubungi enggan mengulas mengenainya.
PR yakin karisma Anwar mampu pikat undi
NURUL AINI MOHAMED ALI
29 Julai 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma tersendiri serta gabungan gandingan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi kekuatan utama meraih kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Faktor ini menjadi salah satu faktor penguat Anwar menjadi pilihan, tidak mengira kaum. "Tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum kerana karisma yang tersendiri boleh mempengaruhi  undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini bahawa faktor Anwar, selaku Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang, mungkin akan mempengaruhi PRU13 nanti.

Prof Dr Teo Kok Seong, yang menyertai forum meja bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) minggu lalu antara lain berkata, ia adalah kerana undi orang Cina terhadap Ketua Umum PKR itu merupakan 'undi harapan' yang kononnya boleh membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Dua hari lalu, Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, PRU13 merupakan penentu pertembungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar.

Sambil menekankan bahawa Anwar sentiasa bergerak bersama-sama PR, Rafizi berkata, "jadi bukan saja kaum Cina mula meletak harapan, tetapi semua lapisan masyarakat akan mula menaruh harapan tinggi kepada Anwar sekali gus mampu memperkuatkan sokongan rakyat terhadap PR."

Sehubungan itu katanya, undi semua kaum di Malaysia amat penting, malah perjuangan PR sendiri bukan berpaksikan kepentingan satu-satu kaum.

“Tidak kira apa saja yang cubaan musuh(Barisan Nasional) lemparkan, hakikatnya Anwar pernah satu ketika dahulu menerajui kepimpinan tertinggi negara iaitu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan (dan Timbalan Presiden Umno).

“Pengalaman beliau mentadbir negara ini mampu mempengaruhi corak pemikiran pengundi atas pagar,” ulas beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, faktor Anwar mampu mempengaruhi undi dalam PRU yang akan datang tidak dapat dinafikan.

“Rakyat kini mahukan perubahan. Saya yakin rakyat kini mudah mendapatkan maklumat dan semakin terbuka pemikiran mereka untuk menerima Anwar sebagai calon pemimpin,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Salahuddin juga berkata, selain faktor Anwar, prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR juga mampu meyakinkan para pengundi bagi memilih Anwar sebagai pemimpin.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tidak menolak kemungkinan undi kaum Cina merupakan undi harapan dalam PRU13.

“Kaum Cina mula rasa kecewa dengan kepimpinan BN yang gagal membanteras rasuah dan meningkatkan ekonomi negara tetapi saya yakin PR mampu memberi perubahan dari segi sosial dan ekonomi,” katanya.

Beliau menambah, DAP yakin dan menyokong Anwar kerana beliau mampu mendukung harapan rakyat dan mampu melakukan perubahan dalam negara ini.
 
Gesaan supaya Lajim keluar Umno

29 Julai 2012
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada  Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan  Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya.

Lajim, 57, semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lajim juga mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) atau Sabah Reform Front dan barisan 17 wakil — seorang bagi setiap kawasan Parlimen — di negeri ini.

Di CYBERJAYA, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta Lajim bersikap 'gentleman' dengan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga sebagai anggota Umno.

Beliau turut menolak tindakan Lajim itu akan menjejaskan pengaruh Umno di Sabah dan menegaskan bahawa Umno Sabah dan Pemuda Umno Sabah akan tetap kuat.

Khairy bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis Sidang Kemuncak Pelajar India 1Malaysia di Universiti Limkokwing. - Bernama
Bumburing umum keluar UPKO, tubuh angkatan perubahan Sabah

29 Julai 2012
TUARAN - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keluar parti itu, yang merupakan satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit, dekat sini, hari ini.

Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front.

Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).- Bernama
Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
Tengku Razaleigh Hamzah
SHAH ALAM - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya - kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.

Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.

Beliau berkata, ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.

"Saya kata apa yang dilakukan oleh mereka sudah cukup kecuali hendak digerakkan di peringkat 'grass root' supaya mereka tak tunggu pemimpin datang baru nak bergerak. Tengok parti-parti lawan bergerak sepanjang masa.

"Jadinya, saya cadang kalau boleh diatasi atau diselesaikan dua perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, saya rasa masalah boleh selesai...

"Satunya mengenai tuntutan rakyat Kelantan terhadap royalti minyak yang sememangnya sudah pun ditentukan oleh Akta Kemajuan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974 atas kehendak Tun Razak yang juga menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu," kata beliau lagi.

Katanya, satu lagi isu yang perlu ditangani ialah infrastruktur bagi kemudahan rakyat terutamanya jalan raya.

Tengku Razaleigh pada masa yang sama menepis kritikan kononnya beliau kerajaan Pas yang menuntut royalti petroleum.

"Saya cakap bukannya kerana saya memihak kepada pembangkang, tidak. Saya cuma hendak jelaskan apa yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum yang saya tolong gubalkan atas arahan arwah Tun Razak.

"Kalau itu boleh diterima oleh Umno pada ketika itu, masa Tun Razak jadi Presiden, saya jadi Naib Presiden, mengapa Umno sekarang ini tidak boleh pakai, tidak munasabah," katanya.
 
Ops Noda: Polis tahan lapan pelacur
  • Bernama
  • 2:55PM Jul 29 2012
 
Lapan wanita warga Vietnam dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di empat premis pusat hiburan di Serdang Perdana, Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur, malam tadi.

Kesemua wanita warga asing berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam Operasi 'Ops Noda' yang dijalankan secara bersepadu oleh Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, diketuai Inspektor Roslin Mohd Isa.

"Serbuan kira-kira 11 malam itu hasil maklumat awam dan risikan polis. Siasatan mendapati kesemua suspek wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial," kata Roslin ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut ditahan lima lelaki warga tempatan dipercayai penjaga permis berkenaan.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke IPD Serdang untuk diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menganjurkan pelacuran dan seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah, katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan