Khamis, 19 Julai 2012

APA YANG KITA KATA...TAK KAN MENJADI WALAUPUN NASIHAT DAN SEBAGAINYA...JIKA TIDAK IKHLAS DAN TAK BERAMAL APA YANG KITA CAKAPKAN...ORANG MELIHAT AKHLAK KITA DAN KELUARGA KITA...BAGAIMANA ZINA...BAGAIMANA HUKUM HUDUD SERTA KEADILAN...ITU SEMUA DALAM RANGKA TUNTUTAN ISLAM...

Polis: JI, bekas komunis dikesan resapi Pakatan

  • Bernama
  • 8:09PM Jul 19 2012
Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
  
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
  
"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
  
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
  
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.  
  
Mohd Sofian berkata tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga
melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.

NONE"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.
  
"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.
  
Beliau berkata perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.
  
"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"katanya.

- Bernama



  • Farouk Harakiri · Pengulas Tertinggi · Senior Technician di Singapore Technologies Aerospace Limited
    itu jer lah modal polis.. buat siasatan yg tak tak menjurus kepada kesahitan kes... . Sedangkan kes kes Jenayah terangcang dan jenayah kolar putih serta jenayah jenayah lain beermaharaja lela di dalam Negara..

    Betul ker JI meresapi di dalam parti PAS..? dan Betul ker masih ada lagi parti Komunis di selatan Thai itu sedangkan China dan Russia pun dah katup buku Komunis nie...

    Kepada Pak Polis.. rentikan lah nak melembukan rakyat sedangkan rakyat tahu PDRM adalah Anjing sebenar kepada UMNO yg terkenal dengan jenayah2 kolar putih dan samseng di dalam Negara..

    • Naim Bassterra · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      tak kira la JI ke komunis ke.....yg penting umno hancur...umno la pengkianat negara yg utama melantak duit ryt untuk kroni....hapuskan umno dulu yg lain blakang cerita....umno2 naper la ko cam sial...polis ni talibarut umno ke

    • Paya Datu · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Di Bumi ALLAH
      tu aje ke modal umno...al qaeda...osama bin ladin...taleban x trlibat dgn PAS jgk ke?

    • Danish Haiqal
      apabila polis menjadi balaci umno/bn beginilah jadi nya... apa2pun rakyat dah bertekad nk tukar kerajaan...jadi bersedialah berkhdmat untuk Negara yg dipimpin oleh Kerajaan Rakyat..

  • Lvhalim Mamat · Pengulas Tertinggi · Ikbn dusun tua
    Jangan bagi kenyataan sahaja, tapi tiada bukti..buktikan dan buat pendakwaan kepada yang dituduh...

  • Mohamed Salem
    SAYA TAK TERKEJUT LEPAS NI KARPAL SINGH DILABEL SEBAGAI PEJUANG JEMAAH ISLAM DAN HADI AWANG SEBAGAI KOMUNIS..... INGAT OTAK RAKYAT KAT LUTUT KE......

    • Razman Rashid
      Video rakaman debat sinar Nasrudin-fathul.. http://www.stiforp.asia/Hishamuddin

    • U Chang Eng · Pengulas Tertinggi · Monash University
      SS Nazi Germany!

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      mmmmno akan lebey mudah lingkup dgn statement begini, kan 2 ekor panda tu dari negara komunis, keh keh keh

  • Apex Event Network
    komunis ke hindu ke niger ke ape ke...tetap pangkah PR

    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Ada Tanda Tanda UMNO bakal menggunakan Polis dan tentera Untuk Mengambil Tindakan Darurat.. Hampir Pasti UMNO takut Bubarkan Parlimen..!! Kami Lagi Banyak Bukti Polis dan UMNO Diresapi Anasir Zionisme.. Bukti Masa BERSIH 3.0 dan Peristiwa Memali.. http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc

    • Razman Rashid
      Video rakaman debat sinar Nasrudin-fathul... http://www.stiforp.asia/Hishamuddin

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Bila Polis mula 'memburukkan' parti pilihan rakyat(PR) bermakna greenlight PRU13 semakin hampir...terimakan hakikat bahawa dinegara ini, semua agensi adalah kroni UMNO, dgn mengundi PR saja perkara ini boleh dihentikan.

  • Azmi Yusof · Pengulas Tertinggi · Sek men keb majidi baru
    haa ni takde laen la ni mula nak carik alasan nak tgkp borong pemimpin pmbgkg sblm pilihanraya tak pon ade cubaan nak istihar darurat n gantung parlimen..ehh datuk tolong laa taktik ko dah basi laa..sblm bapak ko sempat mengurat mak ko dulu..hitler dah buat dulu laa..

    • Pak Ngoh Geliga · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bekerja sendiri
      Tak usah nak temberang lah polis,tektik ini telah diramal,,tektik yahudi,, semua kerja polis kebelakang ini hanya untuk mempertahankan umno,dimana ketelusan polis menanggi keadilan, buat kerja tu biar diterima akal la,,

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      x nmpak lagikah kamu bakal tumbang x lama lagi? Guna sgala kekuasaan pun masih x mampu nak dptkan sokongan! Guna media perdana 100% pun masih gagal! Beli sana beli sini, tipu sana tipu sini, rasuah sana rasuah sini, pun masih GAGAL! Cuba berlagak baik dgn bentang bajet & bagi bermacam2 (brim dll), pun masih GAGAL! Guna kekerasan dlm Bersih 3.0, bukan setakat GAGAL, bahkan sokongan paling jatuh menjunam dimata rakyat malaysia. & skrg taktik memburukkan PR pulak?? Pasni apa lagi?? Apa kamu ni x belajar lagi ker? x nmpak lagi ker sgala usaha kamu menjadi sia2 & sperti debu berterbangan. Apakah mata kamu buta, setelah sgala yg berlaku, masih x nmpak2 bahawa campurtgn dari langit telah berlaku?? Klau Allah dah campurtgn, kamu toksah buang masa masih nak fikirkan kekal berkuasa. Krn telah ditakdirkan kamu bakal kecundang & tumbang dari tampuk kekuasaan x lama lagi!! Sgala perbuatan/perlakuan sperti yg terjadi sperti dlm artikel diatas, diibaratkan cuba melawan Allah. Klau sesuatu umat manusia itu cuba menentang kudrat & iradat Allah, agak2nya dia akan berjaya ker?? x belajar lagi ker apa yg dah jadi pd fir'aun, 'aad, tsamud, lut, kaum nabi Ibrahim, kaum nabi Nuh dll. Masih nak lawan ker??? Subhanallah!!!....

PM label peserta BERSIH golongan 'mufsidun'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:33PM Jul 19 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru warga imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara supaya tidak menjadi golongan "mufsidun" yang mengadakan perhimpunan BERSIH di kota suci Mekah dan Madinah.
Katanya, golongan imam perlu menjadi seperti kumpulan "muslihun" - kumpulan yang disifatkannya sebagai golongan yang melakukan pembaharuan atau tranformasi.

bersih in meccaNajib menyifatkan golongan "mufsidun" sebagai kumpulan yang membuat kerosakan perpaduan antara kaum serta dan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

"Kita merupakan merupakan golongan 'muslihun dan bukannya golongan 'mufsidun'. Dalam konteks mendahulukan perpaduan (yang) berasaskan keharmonian kaum.

"Berbanding dengan golongan 'mufsidun', yang jelas merosakkan dan memecahbelahkan perpaduan kaum, (dan) antara kita sesama umat Islam. Contohnya Himpunan BERSIH 3.0 yang merosakkan daripada memperbaiki keadaan," katanya.

Katanya lagi, perhimpunan BERSIH yang diadakan di dua kota suci itu pada April lalu menyebabkan "imej umat Islam di negara ini rosak sehingga berkemungkinan kuota haji akan ditarik balik".

"Ini bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh sesiapa. Pernah (kerajaan Arab Saudi) tidak membenarkan jemaah sebuah negara (menunaikan haji).

bersih in madinah"Ini bukan perkara yang perlu dimainkan. Saya tahu ada negara sudah sampai di Jeddah, tetapi disuruh patah balik. Dibayar harga minyak, disuruh balik, tak boleh tunai ibadah haji," katanya.

Menurutnya, kerajaan membenarkan sesuatu perhimpunan atau berbeza pendapat dengan kerajaan tetapi dibuat "mengikut cara, undang-undang dan berhemah".

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara yang dihadiri lebih 10,000 orang di Serdang pagi ini.

Katanya lagi, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah, supaya kuota jemaah haji Malaysia "tidak dikaji semula".

NONE"Saya nak beritahu tok-tok imam, kerajaan sudah berusaha melalui saluran tertentu dan tertutup, saya juga ada hubungan yang rapat dengan Raja Abdullah untuk menyampaikan laporan sebenar (mengenai BERSIH).

"Kita khuatir ribuan (jemaah) boleh jadi tak dapat (tunai haji) tahun ini... Kita menjelas dan meyakinkan kerajaan Arab Saudi supaya tidak kaji semula kuota haji. Alhamdulillah, ini perjuangan kita," katanya.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata perhimpunan tersebut menghimpun sejumlah imam dan ahli jawatankuasa dari seluruh negara merupakan program yang julung kalinya diadakan.

Dalam program berkenaan, kumpulan pentadbir masjid itu turut menyanyikan lagu Negaraku dan 1Malaysia sambil mengibarkan bendera yang dibekalkan penganjur.
Najib seru imam tentang gay, lesbian

  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:27PM Jul 19 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara supaya "menentang habis-habisan" fahaman dan golongan yang menyimpang dengan ajaran Islam.
Dalam ucapannya kepada lebih 10,000 imam dan ahli jawatankuasa masjid hari ini, Najib antara lainnya berkata golongan itu perlu menentang kumpulan lesbian, gay dan juga fahaman seperti liberalisme dan pluralisme. 
NONE"Siapa yang mengancam akidah, akhlak, kesucian Islam wajib kita perjuangkan menentang mereka. Tidak kira dari sudut mana.

"Kalau (pihak) yang mengamalkan sudah menyimpang dengan lesbianlah, apa bendalah, homoseksuallah, apalah, pluralismelah, liberalismelah, (dan) apa isme yang bertentangan dengan Islam.

"Atas nama apa sahaja, wajib kita tentang habis-habisan. Ini perintah Allah (dan) Maqasid Syariah," katanya.

Berucap dalam Majlis Perhimpunan Perdana di Serdang itu, Najib berkata agama Islam juga menuntut supaya umatnya menjaga nyawa, akal, keturunan dan harta benda seperti mana yang dituntut dalam Maqasid Syariah (Tujuan-tujuan syariat).

Najib juga mengingatkan imam dan ahli jawatankuasa masjid tersebut supaya tidak mencemarkan kesucian masjid dengan "mencari keuntungan tertentu, untuk mendapat pengaruh atau melontar perasaan benci kepada pihak lain.

NONE"Masjid bukan gelanggang untuk mengecam umat lain, tetapi masjid adalah tempat untuk melakukan ibadat dengan keadaan tenang dan tenteram jiwa, mengajak dengan cara yang baik, dan berdakwah dengan bijaksana dan hikmah. Inilah peranan masjid," katanya.

Dengan memberi contoh di zaman Rasullah SAW, baginda pernah mengarahkan sebuah masjid diruntuh dan dibakar kerana golongan munafik menggunakan untuk menaburkan fitnah sesama umat Islam

"Ini (perkara) serius dalam Islam. Jangan ada tempat seperti ini. Tidak perlu dijadikan platform untuk menabur fitnah kepada umat Islam," katanya.

Dalam majlis itu juga Najib yang juga menteri kewangan menghadiahkan lebih 14 ribu imam di seluruh negara yang kain yang "baik dan berkualiti" kepada para imam untuk membuat jubah sempena Aidilfitri.

Bahkan lebih 130,000 ahli jawatankuasa masjid turut mendapat faedah yang sama, tambah Najib yang juga presiden Umno.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan untuk membekalkan dua tong air zam-zam dan buah kurma kepada seluruh masjid dan surau dalam negara.



ANAK dakwa pendapatan Felda susut lepas disenarai

  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:29PM Jul 19 2012
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa pendapatan Felda kini susut hampir lima kali ganda selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman mendakwa, pendapatan Felda sebanyak RM2.4 bilion sebelum ini susut kepada RM508 juta selepas penyenaraian itu dijalankan.

NONE"Daripada RM2.4 bilion menjadi RM508 juta sahaja. Inilah kesan daripada penyenaraian Felda," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Mazlan turut mendakwa, dua badan kerajaan, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen juga telah menjual sebahagian daripada saham mereka dalam FGV.

"Dua buah syarikat ini sudah jual sebahagian saham mereka. Mereka (FGV) kata dalam masa dua minggu akan naik sampai RM6 tapi sekarang (saham FGV) tak stabil menjadikan seunit (harga) RM5.35.

"Timbul tanda tanya dan sahlah dakwaan kita sebelum ini yang mengatakan FGV tidak berada di landasan yang betul," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, penyenaraian itu turut memberi kesan kepada bayaran pendapatan untuk peneroka.
Mazlan mendakwa, beliau menerima aduan daripada beberapa peneroka Felda yang menerima pendapatan bulanan mereka lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

Kata Mazlan, setiap 14 haribulan, peneroka biasanya akan menerima 14 peratus bayaran bagi hasil pendapatan bulanan mereka.

Bagaimanapun, kini, peneroka hanya menerima bayaran tersebut setiap hujung bulan.

"Tapi bila penyenaraian ini, berlaku ketidaktentuan iaitu ia jejaskan pembayaran kepada peneroka. Mereka hanya akan dapat baki bayaran mereka bila hujung bulan.

"Hasil penyenaraian ini, pendapatan peneroka lewat," kata Mazlan lagi.
Ketakutan pada jenayah berjangkit ke Internet?

  • Aidila Razak
  • 1:01PM Jul 19 2012
LAPORAN KHAS Siri gambar menunjukkan seorang lelaki tua, dengan darah di merata-rata tempat memberi gambaran jelas kejadian jenayah telah berlaku.

Dalam tempoh 24 jam selepas itu, gambar lelaki dengan kesan darah di tempat letak kereta pusat membeli-belah 1Utama dilihat sekurang-kurangnya oleh 4,000 orang.

NONEPada keesokan harinya, dalam berita, lelaki itu dikenali sebagai Lim, seorang peniaga berusia 69 tahun.

Pada awal bulan ini, satu lagi amaran mengenai jenayah ganas sekali lagi beredar pada rangkaian sosial atas talian.

Walaupun tidak disertakan dengan gambar-gambar ngeri, tulisan di Facebook menceritakan kisah yang menakutkan, disandarkan kepada laporan berita saluran berpangkalan di Singapura, menceritakan sindiket tikam dan rompak' mangsanya.

Maklumat di Facebook itu sehingga ke hari ini diedarkan dalam ruang siber melalui rangkaian mudah alih dan aplikasi pesanan seperti Whatsapp.

Bagaimanapun, saluran berita daripada Singapura dan pihak polis menafikan kewujudan laporan tersebut, termasuk mengatakan bahawa apa yang dipaparkan tidak benar.

Adakah pengguna media sosial, dengan niat mereka yang bersungguh-sungguh untuk mencegah jenayah, menyebarkan ketakutan dan paranoia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan