DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu
Salmah Mat Husain, | 09 Jul 2012 |
Bagaimanapun, beliau hanya berkata “karut semua tu”.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.
Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.
“Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja,” ujarnya.
Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya.
Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.
'Najib tak perlu debat Anwar'
9 Julai 2012
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, rakyat dapat menilai pelbagai langkah yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara, tiga tahun lalu.
Katanya, Ketua Umum PKR itu seharusnya berdebat dengan orang lain kerana apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sehingga ini penuh dengan retorik.
“Sebagai Perdana Menteri, kita tidak menggalakkan Datuk Seri Najib berdebat dengan Anwar. Beliau telah membuktikan kepimpinannya. Kita telah melihat dengan jelas hasil-hasil transformasi.
“Daya saing negara meningkat daripada tangga ke-28 ke-21, kemudahan menjalankan perniagaan daripada 23 ke 18, dan kita telah diiktiraf negara kelima menjadi pilihan negara FDI di Asia dan kita tepati segala janji, bukan janji-janji kosong seperti pakatan rakyat,” katanya
semasa debat keduanya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, di sini semalam.-Bernama
Dr Rani tolak debat dengan Hasan Ali
9 Julai 2012
Satu debat perdana anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GWP) bakal diadakan di Meru melibatkan Hasan dan Dr Rani.
Dr Rani menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor tahun lalu.
"Saya tidak nafikan yang wakil Hasan Ali ada datang ke pejabat saya bagi menghantar jemputan bagi mengadakan debat.
"Namun demikian, pihak saya tidak pernah memberi sebarang jawapan atau bersetuju untuk mengadakan debat yang dicanangkan kepada orang ramai kini," katanya pada sidang media di lobi Bangunan SUK hari ini.
Pihaknya juga menegaskan yang tindakan Hasan itu sebagai satu provokosi atau gangguan gangstrerisme yang cuba dilakukan terhadap Pas.
"Saya minta agar cubaan yang tidak bermaruah ini dihentikan dengan segera," tegas beliau.
Tambah beliau, Hasan hanya terdesak untuk menunjukkan dirinya masih lagi relevan di mata rakyat walupun hakikat sebenar adalah sebaliknya.
"Beliau jelas kelihatan terdesak. Ini adalah usaha beliau untuk memberi gambaran yang saya tidak berani berdepan untuk berdebat dengan beliau," katanya lagi.
Katanya lagi, jika Hasan benar-benar ikhlas, beliau sudi menghantar, Timbalan Pesuruhjaya Pas, Khalid Samad untuk berdebat.
ini kerana, Dr Rani berkata yang Hasan gentar untuk berdepan dengan Khalid, yanh juga Ahli Parlimen Shah Alam.
"Jika benar mahu debat, carilah tempat dan moderator yang neutral. Bukan berpihak kepada mana-mana parti untuk mengelakkan terjadinya ketidak adilan," tambahnya.
BR1M kali kedua dalam pertimbangan kerajaan
9 Julai 2012
"Mengenai syor pemberian BR1M kali kedua, perkara tersebut dalam pertimbangan pihak kerajaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Pada 7 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.
Ahmad Husni berkata pemberian BR1M yang lalu telah dimanfaatkan oleh 4.33 juta isi rumah dengan peruntukan kerajaan berjumlah hampir RM2.16 bilion.
"Kejayaan program itu adalah hasil pengukuhan ekonomi negara dan kemampuan mengurus kewangan negara dengan baik dan cekap serta kerajaan sentiasa memastikan penggunaan hasil dibelanja secara berhemah bagi memberi manfaat dan pulangan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, katanya penerima BR1M masih boleh menebus baucar apabila tempoh penebusan telah dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.
Baucar tunai itu sebelum ini mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April lepas dan boleh ditunaikan di kaunter-kaunter bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank di seluruh negara. - Bernama
Gambar yang disorokkan dari pengetahuan rakyat
http://omakkau.blogspot.com, | 09 Jul 2012 |
GAMBAR YANG DISOROKKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT!!!!....YAB LIM GUAN ENG BERGADUH SAKAN DENGAN ISTERINYA YB BETTY CHEW???
Gambar ini sudah pasti diharamkan keluar di semua akhbar arus perdana milik dan kawalan UMNO dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya.
Gambar terbaru YAB Lim Guan Eng dengan isteri kesayangannya YB Betty Chew.
Gambaran kononnya rumah tangga mereka sedang bergolak kencang ekoran YAB Lim Guan Eng ada skandal hubungan sulit dengan bekas kakitangannya.
(Gambar) Amuk samurai di Putrajaya, seorang mati
http://duniacacamarba.blogspot.com, | 09 Jul 2012 |
[Gambar-Kemas Kini] Amuk Pedang Samurai di Putrajaya, Seorang Disahkan Meninggal Dunia
[SH] Seorang lelaki mati ditembak
selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis
dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini,
petang tadi.
Turut ditembak rakannya seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang
itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan
tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa
pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju
itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok
pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba
menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan
sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak
jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan
terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga
memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Berita Berkaitan:
[MK] Seorang lelaki bertubuh sasa
tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini
menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan
keadaan kecoh.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor
bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di
tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro
Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat
kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa
tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.
Suspek lelaki yang berseluar jean
cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua
dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
P/s: Betulkah pasangan tersebut mahu menggulingkan kerajaan? Kenyataan itu pula dikeluarkan oleh Utusex, surat khabar yang paling banyak kena saman!
Sumber gambar: Pelbagai |
Kemas Kini:
Yang berikut ialah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia tentang insiden tersebut:
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs
bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan
seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan
melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang
samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut
terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan
kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua
cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah
telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua
saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak
yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota
MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena
tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan
terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah
menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan
masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan