Khamis, 28 Jun 2012

SUSAH KALAU KITA MENGANGGAP KITA SAJA YANG BETUL...ORANG LAIN SEMUA TAK BETUL...KALAU SALAH...KATAKAN ORANG PUN BUAT SALAH...MALAH LAGI TERUK...NI KESAN FANATIK ATAU FIKIRANNYA TAK BERFIKIR DILUAR TEMPURUNG....ATAU ILMU AGAMA TERLALU RENDAH PENGETAHUANNYA.....

Rakyat Mesir kagum TG Nik Aziz, kongsi dalam Facebook

http://omakkau.blogspot.com, 28 Jun 2012

SEORANG RAKYAT MESIR TERHARU DAN KAGUM DENGAN CARA HIDUP TGNA SEHINGGA SEBARKAN DAN KONGSI GAMBAR BELIAU DALAM FACEBOOKNYA..

JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS, SILA KLIK KEPADA FOTO


Seorang rakyat Mesir berbangsa Arab, rasa amat terharu dan kagum akan cara hidup seharian TGNA yang amat sempoi dan merendah diri, membeli minuman digerai minuman ditepi jalan,  sehingga beliau membuat perbadingan dengan Erdogan Perdana Menteri Turkey .

Gambar tersebut beliau muat naikkan di akaun Facebooknya sambil sebar dan kongsi.

Katanya:

نيك عزيز في ماليزيا ، و أردوغان في تركيا . . . . إبراز الجانب الإنساني مطلوب ،

Ertinya: "Nik Aziz di Malaysia dan Erdogan di Turki...perlihatkan aspek ciri kemanusiaan yang dituntut.."

ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA.

Dari Uthayakumar ke S Ambiga

Zulkifli Sulong, 28 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional (BN) terperangkap di celah-celah tindakan ultra NGO naungannya terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga (gambar).

"Kalau pilihan raya 2008 pengundi India menolak Umno dan BN kerana usaha yang dibuat Uthayakumar dan Hindraf, kini muncul hero baru kaum India, S Ambiga.

"Pergilah ke mana-mana dan bertemu dengan masyarakat India, mereka akan berkata Ambiga adalah ikon baru mereka," kata anggota Parlimen Teluk Intan, S Manogaram dalam satu majlis sebelum ini.

Menjelang PRU 2008, nama peguam Uthayakumar meniti dari bibir ke bibir orang India di negara ini.

Kesan dari perjuangan mereka, masyarakat India menolak BN sehingga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kalah kepada calon PSM yang bertanding atas nama PKR di Sungai Siput.

Kerana orang India juga, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menang besar di Parlimen Kota Raja, Selangor.

Beliau mendapat undi majoriti 20,751 undi menjadikan beliau pemimpin PAS yang menang dengan majoriti paling besar dalam pilihan raya umum 2008.

Di Kota Raja, 26.27 peratus dari 57,323 pengundinya dari masyarakat India. Pengundi Melayu hanya 46.78 peratus.

Padahal dalam pilihan raya umum 2004, Dr Mariah yang turut bertanding kalah dengan majoriti 8,239 undi kepada calon BN dari MIC, S Vigneswaran.

Menjelang pilihan raya itu, isu tuntutan Hindraf dan hero mereka Uthayakumar menyebabkan mereka menolak BN khasnya MIC.


(Uthayakumar hero pengundi India PRU 2008)

Selasa lalu, anggota Parlimen Seri Gading, Mohamad Aziz tanpa memahami isu dengan jelas menghina Ambiga sehingga mencadangkan beliau dihukum gantung kononnya kerana penderhakaan yang beliau lakukan melalui perhimpunan Bersih 3.0.

Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi rang undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, beliau mendakwa Ambiga sebagai 'pengkhianat' kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Ekoran itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan lapan lagi ahli parlimen parti itu menyuarakan rasa terkejut mereka.

"Ia satu hasutan, rasis dan mengancam. Ianya rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," katanya.

Presiden MIC, G Palanivel juga melompat marah dan membuat kenyataan membantah kenyataan Mohamad Aziz itu.

Hasilnya, hari ini Mohamad terpaksa menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Ambiga yang beragama Hindu dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia mula dilihat menjadi hero masyarakat India apabila sekumpulan aktivis NGO Umno membuat senaman punggung di depan rumahnya.

Sekumpulan yang mengaku ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) pimpinan Mohamad Ali Baharon membuat senaman punggung di depan rumah Ambiga.


(Ambiga melayan tetamu yang datang membuat senaman punggung di depan rumahnya)

Ambiga menawarkan air 100 Plus kepada mereka selepas penat bersenam, namun Mohamad Ali dengan angkuh berkata "kami orang Melayu orang Islam tidak minum air ini, kami minum air suam je".

Di samping kumpulan pimpinan Mohamad Ali, sekumpulan lagi NGO Pro Umno membuat gerai menjual berger daging lembu di depan rumah Ambiga.

Ia menjadi satu penghinaan kepada penganut agama Hindu kerana mereka tidak memakan daging lembu dan menyebabkan simpati kepada Ambiga memuncak.

Dengan Ambiga sebagai ikon baru sokongan masyarakat India, Pakatan Rakyat yakin sokongan pengundi India kepada mereka meningkat kembali selepas tenggelam isu Hindraf.

Rumah Timbalan Pengerusi DHPP dipecah masuk

Khairil Abdul Rahim, 28 Jun 2012
JERANTUT: Kediaman Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam di Taman Bukit Pedah, dekat sini, dipecah masuk semalam.

Menceritakan peristiwa tersebut, Balasubramaniam berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 pagi selepas 10 minit beliau meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N Letchmy, 54, keluar bekerja dan hanya anaknya, Koshini, 25, berada di rumah.

Menurutnya, anaknya telah diacu parang di leher oleh perompak terbabit dan mengalami sedikit kecederaan sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan.

“Semua bahagian kediaman saya digeledah, malah cermin di bilik tidur juga dipecahkan. Beg sandang yang digunakan untuk kerja, komputer riba, telefon mudah alih, wang tunai, barang kemas dan koleksi wangian berjenama semua dilarikan perompak,” katanya.

Balasubramaniam yang juga Ketua DHPP Pahang menceritakan, anaknya Koshni pada mulanya tergamam melihat empat lelaki masuk ke dalam rumahnya sambil menghunus parang.

Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudiannya mengacukan parang di lehernya, manakala dua lagi menggeledah keseluruhan bahagian rumah.

“Anak saya turut disepak, ditampar dan dilempar dengan pelbagai objek. Mereka juga cederakan tangannya dan ugut sembelih lehernya jika tidak ditunjukkan tempat simpanan barang berharga.

“Selepas menggeledah semua bahagian rumah, mereka kurung Koshini dalam bilik air. Apabila mendengar keadaan agak tenang, dia berusaha keluar melarikan diri ikut pintu dapur, lalu ke rumah jiran meminta tolong dan menghubungi saya memaklumkan kejadian itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jerantut.

Mohamad Aziz samakan Ambiga dengan Al-Maunah

Hazayani Zakaria, 28 Jun 2012

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Tindakan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz menafikan bahawa beliau membuat kenyataan bersifat perkauman terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga disifatkan sebagai tidak relevan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Mohamad tidak boleh melepaskan diri dengan membuat penafian sedemikian sedangkan kenyataannnya itu tidak dipersetujui oleh MIC dan Ahli Parlimen BN Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri.

"Beliau membuat kenyataan yang mengancam Datuk Ambiga dan kenyataan ini pun tidak dipersetujui MIC dan Ahli Parlimen Putarajaya sendiri.

"Oleh sebab itu beliau tidak boleh lari dengan menyatakan ini satu soalan seperti yang beliau sebut (dalam sidang media) pagi tadi.

"Ini adalah satu kenyataan, bukan satu soalan lagi sebab itu saya minta speaker buat ruling dan selepas mengamuk seketika, beliau (Mohamad) tarik balik.

"Kita beri pandangan secara waras, kita tidak mengamuk seperti beliau," kata Guan Eng pada sidang media di lobi Parlimen, sejurus Mohamad menarik balik kenyataannya dalam Dewan Rakyat.

Mohamad berbuat demikian setelah diarahkan oleh Timbalan Speaker, Datuk  Wan Junaidy Jaafar ekoran tindakan Guan Eng yang bengun meminta satu keputusan dibuat berhubung kenyataan Mohamad yang disifatkan sebagai "keterlaluan".

Mohamad dalam ucapannya kelmarin bertanya sama ada Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau turut menyamakan tindakan Ambiga dengan kes Al-Maunah yang disifatkan sebagai contoh kepada sikap penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ternyata Mohamad "menjatuhkan hukuman" terhadap Ambiga apabila menyamakan beliau dengan Al-Maunah.

"Dalam kes ini dia telah jatuhkan keputusan bahawa tindakan Ambiga sama dengan Al Maunah.

"Soalan yang dikemukakann itu patutkah kita gantung dia (Ambiga) tapi keputusan dia dah buat.

"Kalau dia minta Ambiga disiasat itu tak apalah tapi dia kata Ambiga sama dengan Al Maunah yang sepatutnya digantung, tapi  kenapa tak gantung,  ini kenyataan keterlaluan," katanya.

Belum ada pegawai KGT disiasat polis

Aslani M, 28 Jun 2012

KOTA BHARU: Anehnya ada pihak mendakwa terdapat laporan polis mengenai penyelewengan membabitkan pegawai Kelantan Golden Trade (KGT) sejak Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai di syarikat berkenaan disiasat.

Lebih pelik pula laporan polis itu didakwa dibuat Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad. Beliau hanya meletak jawatan pada 17 Mei lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut laporan polis dibuat Nik Mahani berhubung salah laku membabitkan seorang pegawai kanan KGT.

Ketika itu juga pegawai kanan di KGT hanya Nik Mahani, kerana Prof Umar Vandillo hanya bertindak sebagai penasihat syarikat berkenaan sejak Disember 2011.

Nik Mahani juga merupakan seorang daripada lapan lembaga pengarah KGT.

Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar berkata, biar pun dakwaan polis dilapor dibuat pada 31 Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai atau kakitangan di KGT disiasat.

“Kebiasaannya kalau ada laporan polis pastinya ada siasatan dilakukan. Pihak polis juga tidak menghubungi kami sampai sekarang. Jadi kita hairan bagaimana ada pihak mendakwa ada laporan polis dibuat terhadap pegawai KGT.

“Ini menjadi satu persoalan, mungkin laporan akhbar sebelum ini semata-mata mahu memburukkan imej KGT yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat sekarang,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar milik Umno mendakwa polis sedang menyiasat tiga laporan polis terhadap pegawai kanan KGT yang mengeluarkan Dinar dan Dirham Kelantan.

Laporan itu mendakwa kononnya KGT berdepan dengan kemelut salah laku seorang pegawai kanan.

Mahadi juga berkata, berdasar siasatan audit dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK) tidak ditemui sebarang penyelewengan urus tadbir atau kewangan anak syarikatnya, KGT.

Katanya, kalau benar ada penyelewengan dan salah urus sudah tentu ditemui dalam laporan audit dalaman dan luaran yang dibuat sebelum ini.

“Jadi kita tidak tahu di mana asas didakwa berlaku penyelewengan membabitkan KGT kerana pihak polis pun belum datang menemui kami.

“Kita bimbang isu sengaja ditimbulkan kerana konflik individu tertentu sahaja dan cuba melepaskan perasaan terhadap KGT dengan mencipta tuduhan,” ujarnya.

DAP anti Islam hanya propaganda - Dr Mazlee

Muhammad Faizal, 28 Jun 2012
SHAH ALAM: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek berpendapat hudud tidak boleh dilihat dari sudut hukuman semata-mata tetapi perlu melihat matlamatnya secara menyeluruh.

Beliau yang juga turut mengajar subjek tersebut di UIAM berkata, objektif yang ingin dicapai melalui hudud adalah ingin menjadikan sebuah masyarakat yang bersih dan baik.

"Saya melihat menariknya hudud itu bukan dilihat kepada hukumannya tetapi dari sudut objektif yang mahukan sebuah masyarakat yang bersih tanpa jenayah, rompak, rogol, tuduhan zina mahupun memaparkan gambar-gambar orang berzina di dada akhbar dengan niat untuk memfitnah," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam anjuran Roketkini.com bersama Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Tambahnya lagi, oleh kerana mungkin masyarakat berbilang kaum di negara ini sukar menerima perlaksanaan hudud, namun ianya boleh dilakukan dengan melaksanakan objektif-objektif yang terkandung di dalam hudud itu sendiri.

"Bila kita melaksanakan objektif hudud itu seperti meningkatkan keadilan, pemerintahan yang telus, banteras rasuah mahupun meningkatkan intergriti pihak berkuasa dan undang-undang.

"Dengan secara tidak langsung objektif yang dilaksanakan dalam hudud akan dapat dicapai tanpa perlu melaksanakan hukum tersebut," katanya.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kesal dengan pihak tertentu khususnya di kalangan Melayu yang sering menuduh DAP sebagai anti Islam.

"Persepsi propaganda ini dimainkan sejak dulu lagi, iaitu semasa DAP belum menyertai Pakatan Rakyat yang berniat untuk menimbulkan kerisauan terhadap Islam dan orang melayu.

"DAP anti Islam hanyalah dari sudut pandangan Umno sahaja bukanya orang lain, malah MCA juga ada mengeluarkan kenyataan yang tegas mengenai Islam tapi ia tidak dilihat sebagai anti Islam kepada Umno," katanya.

Tambahnya lagi, jika dilihat kepada perlaksanaan dan dasar-dasar DAP sehingga kini tidak ada suatu pun yang mengancam Islam apatah lagi bukti yang dilakukan oleh parti tersebut di Pulau Pinang.

Wajarkah pelabur mengelakkan kaunter FGVHB?

Dr. Rosli Yaakop, 28 Jun 2012
Pengapungan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur. Masa dan ketika pengapungan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang.

Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun.  Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya.

Maklumat terpercaya memberitahu pada mulanya harga IPO saham FGVHB dicadangkan pada RM5.85 se saham tetapi akhirnya bila pengapongan diluluskan Suruhanya Sekuriti Malaysia, harga didapati telah diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunaan sebanyak RM1.20 atau 20.5% dari harga awal. Ini mengambilkira - berasaskan akaun terkini yang terkandung di dalam prospektus yang telah diluluskan - prestasi FGVHB yang tidak berapa memberangsangkan kebelakangan ini.

Juga, penurunan harga IPO terpaksa dibuat memandangkan pasaran saham yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi (over-pricing) boleh memantulkan selera pelabur sehingga mereka mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham termasuk saham FGVHB yang bakal diapongkan ini. Penerbit (Felda) saham pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP dan seumpamanya terpaksa dikerah untuk menyelamatkan keadaan.

Pada harga RM5.85 se saham, pengapungan 2,188,890,000 (2.2 bilion) unit saham FGVHB menjana kira-kira RM12 bilion tetapi pada harga RM4.65 dana dijana hanya kira-kira RM10 bilion, kerugian sebagayak RM2 bilion. Hatta, belum disenaraikan pun harga telah jatuh, maka kemungkinan bahawa harga pasca pengapungan juga boleh jatuh tidak boleh ditolak sama sekali.

Felda, yang bakal menawarkan seluruh sahamnya dalam FGVHB untuk dijual, iaitu, berjumlah 1,208,890,900 (1.2 bilion) unit atau 33% dari seluruh saham yang bakal diapongkan, akan kerugian RM1.4 bilion akibat daripada penyemakan menurun harga IPO saham FGVHB ini. Pada harga RM 5.85 se unit, ia menjana RM7 bilion tetapi pada harga RM4.65 se unit, ia hanya menjana RM5.6 bilion.

Mengambilkira harga yang tidak memberangsangkan ini, sepatutnya cadangan penyeneranain FGVHB ditangguhkan ke suatu waktu yang lebih baik supaya Felda tidak rugi besar. Soalnya: Kenapakah Perdana Menteri mahu menyenaraikan juga FGVHB dalam suasana pasaran yang tidak menentu yang jelas menyebabkan kerugian besar kepada Felda? Sikap ini amat sukar difahami. Penganalisis berpendirian penyenaraian FGVHB dibatalkan sahaja kerana tiada apa-apa untungnya kepada 112, 635 orang peneroka dan 1.6 juta ahli keluarga mereka.

Wajar bakal pelabur-pelabur mengambil iktibar dari bencana yang telah menimpa saham Facebook kerana pengapongan saham Facebook di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2012 lalu adalah yang terbesar di dunia setakat ini dan pengapongan saham FGVHB pula adalah yang kedua terbesar. Tidak boleh ditolak bahawa bencana yang telah menimpa saham Facebook boleh juga menimpa saham FGVHB. Lagi pun, Perdana Menteri telah menjadikan pengapongan saham Facebook sebagai tanda aras (benchmark) kepada pengapongan saham FGVHB.

Pengapongan saham Facebook pada 18 Mei pada harga IPO USD38 se saham menjana USD104 bilion untuk Facebook, yang tertinggi di dunia tetapi sejak pengapongan, harga telah jatuh teruk mencecah harga terendah USD25.52 se saham, iaitu, jatuh sebanyak 32.8%.

Untuk menyekat kejatuhan harga berterusan, Facebook melancarkan kempen perhubungan awam besar-besaran mulai hari Selasa, 12 Jun 2012 tetapi harga hanya pulih sedikit kepada USD27.40 pada waktu tutup perniagaan pada hari berkenaan, menunjukkan bahawa pengiklanan secara besar-besaran pun tidak mampu menghasilkan kesan yang diharapkan. Prestasi lemah saham Facebook ini memeranjatkan ramai pelabur. Dengan membeli saham Facebook, ramai pelabur mengharapkan untuk menjadi kaya dengan segera tetapi dalam tempoh sebulan sejak penyenaraian, satu pertiga daripada nilai pelaburan telah terhakis. Ramai yang menjadi papa.

Selain daripada saham Facebook, banyak lagi saham yang menerima nasib seperti Facebook, iaitu, harga merudum pasca pengapongan. Setakat 30 Mei 2012, harga saham syarikat-syarikat berikut (ini contoh sahaja) telah jatuh teruk selepas pengapongan:



Ini menunjukkan dengan jelas bahawa masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengapongkan saham apatah lagi saham yang amat besar jumlahnya sperti FGVHB ini.

Kini, ramai pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook. Pada hari Rabu, 13 Jun 2012, tiga pelabur telah memfailkan saman menuduh Facebook dan penanggungnya (its underwriters) gagal mendedahkan kepada pelabur-pelabur maklumat bahawa penganalisis  telah menyemak turun unjuran hasil bagi suku tahunan dan tahunan 2012 sebelum hari pertama urusniaga saham berkenaan bermula (Jumaat, 18 Mei 2012). Maklumat ini adalah “material information” yang wajar didedahkan kepada  semua pelabur-pleabur.

Saman ini kemudian (pada hari yang sama) disusuli oleh satu tindakan saman berkumpulan (class-suit action) yang difailkan oleh firma guaman Robbins Geller Rudman & Dowd, menamakan Facebook, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dan penanggung-penangung utama penyenaraian itu termasuklah Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Merril Lynch dan Barclays Capital sebagai tertuduh. Menurut siaran akhbar firma berkenaan, mereka dituduh melanggar  Securities Act 1933. Saman berbunyi:

“Pada atau sekitar 16 Mei 2012, Facebook memfailkan dengan SEC Borang S-1/A Penyata Pendaftaran (Registration Statement) untuk IPO.  Pada atau sekitar 18 Mei 2012, Prospektus yang merupakan sebahagian daripada “Registration Statement” menjadi efektif dan tertuduh (defendants) telah menjual 421 juta saham biasa Facebook kepada orang awam pada harga USD38 se saham dan menjana hasil jualan melebihi USD16 bilion.

Saman menuduh bahawa “Registration Statement” dan Prospektus yang diterbitkan berhubung dengan IPO berkenaan adalah falsu dan menyeleweng (false and misleading) menyalahi Securities Act. Penuduh berkeyakinan bahawa tertuduh telah gagal mendedahkan maklumat bahawa Facebook telah mengalami penurunan yang ketara di dalam pertumbuhan hasil (revenue) berpunca dari penambahan penggunaan Facebook app atau sesawangnya melalui “mobile devices” berbanding melalui traditional PCs.

Pada masa IPO, Facebook telah mengarahkan penanggung-prnanggungnya menurunkan unjuran prestasi bagi tahun 2012. Penyemakan semula ini adalah “material information” yang sewajarnya dikongsi dengan semua pelabur-pleabur tetapi tertuduh hanya mendedahkannya secara berpilih-pilih kepada pelabur-pelabur tertentu (certain preferred investors) dan telah tidak memasukkan “material information” berkenaan di dalam Registration Statement dan/atau Prospektus.”

Seorang peguam sekuriti yang pakar, Chris Keller (rakan kongsi firma guaman Labaton Sucharow) berpendapat bahawa “kes ini (saman terhadap Facebook)  besar dan agak kuat.”

Sesetengah penganalis pasaran melihat bahawa kejatuhan berterusan harga saham Facebook mulai hari Jumaat, 18 Mei 2012 (hari ia mula diniagakan)  di sebabkan oleh “too many shares were offered at too high a price causing a supply-demand imbalace that lead to the stock falling as much as 18% from it $38 offering price.” (“terlalu banyak saham ditawarkan pada harga yang terlalu tinggi menyebabkan penawaran dan permintaan tidak seimbang  menyebabkan harga saham jatuh sehingga 18% dairpada harga tawaran $38”).

Penganalisis pasaran menganggap pengapongan saham Facebook adalah “botched IPO” dan pengawalselia pasaran kewangan, iaitu, Securities and Exchabge Commision dan Senate Banking Committee dilaporkan telah mengambil maklum akan hal ini dan akan bertindak.

Kalau Facebook dikatakan gagal mendedahkan “material information” kepada pelabur, maka penganalisis melihat bahawa di dalam kes penyenaraian FGVHB terlalu banyak “material information” yang gagal didedahkan oleh pengurus terbitan dan bank-bank penangung kepada bakal  pelabur.

Diperhatikan bahawa prospektus ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memang tidak difahami langsung oleh peneroka-peneroka Felda yang bakal melabur di dalam sahm FGVHB ini. Tidak ada usaha dan program yang teratur untuk memberi kefahaman secukupnya kepada bakal pelabur mengenai pengapongan saham FGVHB ini. Malah, ada permohanan dibuat oleh penerbit saham bagi dikecualikan dari mendedahkan maklumat mengenai prestasi anak-anak syarikat FGVHB di luar negara. Kalau Facebook disaman oleh pelabur-pelaburnya, maka adalah lebih wajar kalau pelabur-pelabur juga menyaman FGVHB.

Penganalis berpendapat bahawa harga saham FGVHB setelah diampungkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur.  Sebabnya, antaranya ialah, pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook.

Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun.

Ketiga, faktor-faktor  fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.

Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan. Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan.  Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.

Memangkan faktor-faktor di atas, pelaburan dalam saham FGVHB berkemungkinan berisiko besar. Penganalis mengambil sikap mengelakkan dari membeli saham FGVHB. Pelabur-pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melabur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan