Jumaat, 29 Jun 2012

SEDAR2LAH DIRI TU...JANGAN TAK NILAI JAUHNYA KITA DENGAN ALLAH..SEDIKITNYA AMAL...JAHILNYA ILMU AGAMA...KURANGNYA BERJUANG UNTUK ISLAM...KIRA JUGA HUKUM KERJAYA KITA...JANGAN IKUT AKAL SERTA BERPANDU KEJAYAAN BARAT SEMATA-MATA....FIKIR JUGA PERKARA2 YANG MUNGKIN ADA LARANGAN ALLAH SWT....

K'jaan pertahan cuti peribadi Najib di Milan
7:27PM Jun 29 2012
Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga.

Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei - dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunakan wang pembayar cukai, jelas Timbalan Menteri di JPM Liew Vui Keong kepada parlimen malam tadi.

NONERombongan itu disertai polis pengiring, pegawai peribadi, doktor dan pegawai keselamatan. Kesemua perbelanjaan ditanggung kerajaan ekoran itu tugas rasmi mereka, kata Liew (kiri).

"Walaupun YAB perdana menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai perdana Menteri Malaysia.

"Sehubungan dengan itu, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang berpandangan isu keselamatan YAB perdana menteri harus diketepikan semata-mata kerana beliau sedang bercuti.

"Atas dasar keselamtan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan kerajaan bagi YAB perdana menteri menggunakan pesawat eksekutif kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi yang dibangkitkan oleh ahli yang berhormat tidak seharusnya timbul," katanya.

Liew menjawab soalan tambahan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang tidak berpuas hati dengan jawapan sebelumnya oleh menteri di JPM Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung perbelanjaan lawatan ke luar negeri Najib.
Rafizi tidak mempercayai SPRM untuk siasat Najib

  • Hazlan Zakaria
  • 3:01PM Jun 29 2012
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata beliau tidak mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri.

NONESebaliknya, kata Rafizi, beliau lebih yakin dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) polis, yang menurutnya lebih tulen, jujur dan profesional.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau .

Rafizi (kanan) menjelaskan bahawa rasa tidak selesa dengan SPRM itu berpunca daripada sikap tergesa-gesa dan pantas mereka menyoalnya selepas beliau mendedahkan dakwaan yang melibatkan perdana menteri berhubung projek LRT Ampang dua hari lalu.

Beliau juga berkata bahawa pengalaman beliau sewaktu skandal NFC juga memberinya sebab untuk kurang mempercayai SPRM berbanding dengan JSJK.

NONEBeliau berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau mendakwa perdana menteri campurtangan dalam proses perolehan Kementerian Kewangan dalam anugerah tender pembinaan projek sambungan LRT Ampang.


'Seolah-olah PM takut kepada Singapura'

  • Amin Iskandar
  • 4:33PM Jun 29 2012
ULASAN Semenjak Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, sehingga hari ini, hubungan kedua-dua negara tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Tanah yang berkongsi sejarah dan kebudayaan terpisah menjadi dua negara yang berbeza oleh kerana penjajahan dan kemudiannya akibat daripada politik.

NONEPada 22 Jun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra berhubung dakwaan penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan BERSIH 3.0.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau memanggil Ong ke pejabatnya untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penglibatan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Sebagai reaksi kepada isu ini, kumpulan pendesak Melayu PERKASA, membawa lebih kurang 500 orang berhimpun di hadapan kedutaan Singapura.

Perhimpunan yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali itu, mendesak agar ketiga-tiga diplomat yang menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu dihantar pulang segera.

NONEBayangkanlah jika diplomat Malaysia diketahui terlibat dengan perhimpunan anti-pemerintah Singapura. Sudah pasti mereka akan diterajang keluar serta-merta.

Oleh kerana Malaysia bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut kepada Singapura, seolah-olah ada sesuatu rahsia, maka undang-undang tidak berani dikuatkuasakan terhadap ketiga-tiga diplomat republik kecil itu.

Penglibatan Amerika, Britain, China?


Pejabat kedutaan atau konsulat seharusnya bersikap neutral dan tidak melibatkan diri dalam politik sesuatu negara yang mereka bertugas.

Kalaupun ketiga-tiga diplomat Singapura bersimpati dengan perjuangan BERSIH 2.0, tidak perlulah sehingga mereka turun ke lapangan dan memakai pakaian kuning (dakwaan PERKASA).

Jika berani, pihak Cawangan Khas Malaysia harus mendedahkan lagi penglibatan diplomat dari kedutaan-kedutaan lain dalam perhimpunan BERSIH, seperti kedutaan Amerika Syarikat, Britain, Australia, China dan Rusia kalau ada.

NONEJangan hanya dedahkan penglibatan kedutaan Singapura kerana menganggap ia mudah menarik simpati dari rakyat Malaysia terutamanya penyokong Umno.

Penglibatan diplomat kedutaan berbeza dengan pemerhati asing yang dijemput. Pemerhati asing diundang oleh pejabat ketua pembangkang untuk menyaksikan proses sebelum pilihan raya ke-13. Ini termasuklah menyaksikan kebangkitan rakyat menuntut reformasi pilihan raya diadakan.

Pemerhati yang hadir terdiri dari senator, ahli akademik dan pengamal media dari Australia, Pakistan, India dan Indonesia.

Sebelum pulang, sidang akhbar diadakan bagi menyampaikan cadangan kepada kerajaan Malaysia mengenai penambahbaikan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Kerajaan Malaysia pula boleh mengambil kira cadangan yang diberi atau tidak mempedulikannya. Ini peranan pemerhati asing yang langsung tidak menggugat kedaulatan negara.

Berbeza dengan diplomat. Ini harus kita fahami agar tidak menyokong apa sahaja yang sehaluan dan membenci apa sahaja yang bertentangan.
500,000 relawan bantu SPR
Kerajaan Malaysia tidak seharusnya takut dengan tuntutan BERSIH 2.0.

Bagi yang pernah melihat perjalanan pilihan raya di banyak negara, tuntutan BERSIH untuk reformasi pilihan raya adalah terlalu kecil berbanding dengan tuntutan kumpulan-kumpulan lain di negara-negara yang lebih maju demokrasinya.

bersih 3 rally 180512 04Di sesetengah negara, permintaan untuk reformasi pilihan raya adalah ekstrem sehingga meminta agar sistem pilihan raya diganti.

Di Malaysia, BERSIH 2.0 tidak meminta agar kerajaan menggantikan sistem sedia ada "First Past The Post" (FPTP) kepada sistem "Single Non Transferable Vote" (SNTV).

Tuntutan BERSIH 2.0 hanya berkisar kepada perubahan dalam beberapa aspek dalam sistem yang sedia ada seperti pembersihan daftar pemilih.

Jika SPR dan BERSIH 2.0 berbesar hati, mereka harus duduk semeja bagi membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan daftar pemilih.

azlanUmum tahu, untuk membersihkan daftar pemilih, belanjanya besar. Bayangkanlah audit SPR perlu dilakukan kepada setiap nama yang ada dalam daftar pemilih untuk memuaskan hati semua pihak.

Untuk menjimatkan kos, BERSIH 2.0 boleh menawarkan sukarelawan kepada SPR untuk melakukan audit.

Untuk mempercepatkan audit daftar pemilih sebelum pilihan raya umum ke 13, BERSIH 2.0 perlu menggembleng seramai sekurang-kurangnya 500,000 sukarelawan bagi membantu SPR membersihkan daftar pengundi seluruh negara.

SPR pula perlu meminta kemudahan dari kerajaan Malaysia seperti kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara, polis dan segala fasiliti bagi membantu mempercepatkan kerja.

Jika ini berjaya dilakukan, ratusan juta ringgit dapat dijimatkan. Dan ini menjadi permulaan baik bagi memulakan tradisi kerjasama antara NGO dan kerajaan.

NGO pula harus mengubah sikap. Selain dari mengkritik, berikan juga jalan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Tidak ada masalah untuk BERSIH 2.0 menyediakan 500,000 tenaga sukarelawan.

Jika perhimpunan pada 28 April 2012 berjaya menghimpunkan lebih 250,000 orang dengan risiko ditangkap dan ditembak gas pemedih mata, apa masalahnya untuk menghimpunkan 500,000 orang bagi membuat audit daftar pemilih?

Syarat utama untuk kerjasama baik kerajaan-NGO adalah kedua-dua pihak harus ikhlas dan bukan hanya mementingkan kepentingan politik masing-masing.

AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) sesi 2009-10 daripada Yayasan Nippon untuk untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Zunar tolak anugerah kartunis dari Najib

  • Hazlan Zakaria
  • 6:09PM Jun 29 2012
Kartunis politik Zunar berkata beliau menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Ahad lepas.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 zunar"Saya tidak mahu anugerah atau wang. Apa yang saya mahu adalah
hak saya. Kembalikan hak saya," kata kartunis yang nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, kepada Malaysiakini."Di bawah pentadbiran Najib saya ditangkap, buku saya telah diharamkan dan dirampas, polis menyerbu pejabat saya dan sekatan dikenakan di atas penerbit, pengedar dan pencetak daripada mencetak dan menerbitkan buku saya.

"Kembalikan hak saya, benarkan saya untuk menerbitkan buku-buku saya dan hapuskan sekatan ke atas saya, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk hadir," tambahnya.

Zunar (atas) turut mengulas tentang apa yang dilihatnya sebagai usaha Najib untuk membuat para kartunis akur kepada kehendak kerajaan.

Zunar menceritakan bagaimana beliau telah didatangi penganjur bersama acara itu  Cartoonist At Work (CAW) dan Putera Umno yang mahu beliau menjadi salah seorang penerima anugerah pencapaian kartunis.

"Saya menolaknya saya rasa ia merupakan satu cubaan untuk membeli dan menutup mulut saya," kata Zunar sambil menegaskan bahawa penaung CAW sebenarnya Sohaimi Shahadan, seorang anggota exco Putera Umno.

CAW baru-baru ini menerima geran RM5 juta daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menghasilkan kartun tempatan dan produk animasi.

Penulis 'Awan Nano' persoal dasar seni Pakatan

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:08PM Jun 29 2012
Penulis lirik popular Buddhi Hekayat mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat yang didakwanya ketinggalan dan "lebih jauh dan lemah" berbanding kerajaan BN dalam memartabatkan seni budaya dan kebajikan seniman.

Beliau - yang popular dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF  - turut mempersoalkan program apa yang dianjurkan selama empat tahun kerajaan Pakatan memerintah di beberapa negeri.

ijok by election pkr umno money 240407 hasmi hashim"Kita faham debat hudud antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan. Maksudnya nak melaksanakan hudud (kerana) perlu kelulusan kerajan persekutuan.

"Tetapi untuk memberi dana yang cukup untuk membiayai program kebudayaan, tidak perlu tunggu kerajaan persekutuan," kata Buddhi atau nama sebenarnya Hasmi Hashim.

Hasmi (kanan) bagaimanapun berkata, ini tidak bermaksud negeri BN seperti Pahang lebih baik daripada kerajaan PAS Kedah contohnya kerana perbandingan itu tidak sesuai.

"Bukan bermakna Pahang lebih banyak daripada Kedah. Saya tidak kata perbandingan dengan regim lama. Kalau kita nak buat perubahan, perbandingan itu mesti dengan yang lebih baik.

"Jangan bandingkan dengan yang lebih buruk," katanya sambil mengetahui keresahan kumpulan seniman berdepan dengan kekuasaan.

NONEDalam forum bertajuk "Artis berpolitik: Sekadar glamor atau prinsip" di ibu negara malam tadi, Hasmi berkata, kerajaan Pakatan di Selangor, Kelantan dan Kedah tidak perlu mendapatkan kelulusan pusat untuk mengeluarkan dana untuk program kebudayaan.

"Tapi bila semak program kebudayaan di negeri Pakatan Rakyat, itu masih (ketiggalan) terlalu jauh dan lemah," tegasnya.

'Akhirnya antikebudayaan, bakar buku'


Hasmi yang juga ketua Cabang PKR Parti Sulong itu ditanya tentang sejauh mana isu seni, budaya serta kebajikan seniman dimartabat oleh kerajaan Pakatan dan jaminannya jika menguasai Putrajaya.

NONEAkademi Pak Sako sebagai penganjur turut mengundang dua artis popular - Hairie Othman dan Zed Zaidi - sebagai panelis.

Hairie, hero filem Leftenan Adnan dijadual dijadual menyertai PAS hari ini di Johor Bahru manakala Zed Zaidi - aktivis Umno - sebelum ini terkenal dengan drama bersiri Sembilu Kasih di RTM.

Sehubungan itu, mengumpamakan "golongan yang ingin membuat perubahan" seperti pengikut "Lutherian", Hasmi bimbang mereka "tidak membawa apa-apa perubahan", sebaliknya menjadi antikebudayaan seperti membakar buku atau filem.

"Awak kata nak buat perubahan. Sebab itu saya bercakap kepada kumpulan artis supaya kamu perlu lebih tahu persoalan yang lebih besar," katanya.

NONESebelum itu, Hasmi - yang terlibat dalam politik lebih 14 tahun sejak Reformasi - menyatakan kebimbangannya terhadap artis yang yang memasuki gelanggang politik akhirnya "tidak bertahan lama".

Lutherian merujuk kepada kumpulan pembaharu Kristian pimpinan ahli teologi Martin Luther sekitar abad ke-16.

Mengulas perjalanan artis dalam dunia politik, Hasmi berkata berdasarkan pengalamannya "politik tidak semestinya manis, suara bukan selalunya didengari oleh orang politik".

"Saya bertarung dalam parti saya, saya kalah. Tetapi saya bertarung dalam Muzik-muzik, saya menang," katanya diiringi tepukan dan ketawa para hadirin.
Khir Toyo sah tidak bertanding dalam PRU13
6:50AM Jun 29 2012
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
  
Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."
  
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.
  
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
  
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008.

Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

- Bernama
Lagi penyelamatan ala PKFZ menyusul?

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 1:27PM Jun 29 2012
Ketika kerajaan masih cuba menangani kerugian daripada kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bencana baru mungkin berlaku di Johor, yang mungkin menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jika tiada penawar diperoleh.

Projek RM1.4 billion Asia Petroleum Hub (APH) yang disokong kerajaan itu kini dibelenggu lebihan kos dan kelewatan serta masalah lebih besar apabila CIMB Bank Bhd menarik diri selepas menyuntik RM830 juta.

Perkara itu didedahkan Muhibbah Engineering (M) Bhd, antara kontraktor utama APH, dalam kenyataannya pada Selasa lepas.

Projek yang sepatutnya siap pada 2009 itu sudah melebihi nilai asal RM1.4 bilion yang dirancang, termasuk kos faedah. Manakala RM2 bilion lagi masih diperlukan untuk menyelesaikannya, menurut laporan portal Merdeka Review.

Pada Februari, dilaporkan projek itu hanya siap kira-kira 60 peratus.
Usaha Kassim Ahmad akhirnya sia-sia

  • Azmizam Zaman Huri
  • 6:20PM Jun 29 2012
ULASAN Masyarakat di luar sana terutamanya orang Melayu terus disogok dengan kenyataan-kenyataan yang rendah nilai kemanusiaan meskipun kadangkala ia datang dari wawancara seseorang yang bergelar intelektual; atau sekurang-kurangnya yang menganggap diri mereka seorang intelek.

Kenyataan terbaru dari seseorang yang kononnya mengaku intelek ini daripada Dr Kassim Ahmad yang menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diterbitkan dalam Malaysiakini edisi bahasa Melayu yang dengan jelas menyebut tajuk "Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung".

Pemuda PKR (AMK) Selangor menganggap kenyataan berbaur kebencian ini tidak wajar keluar daripada mulut seorang intelek Melayu.

Apatah lagi AMK Selangor melihat ini sebagai satu serangan peribadi yang tidak wajar dilakukan oleh Dr Kassim Ahmad kerana siri-siri kegagalan beliau sendiri untuk mendapat sokongan umum dalam setiap perkara yang beliau lakukan.

Dr Kassim juga dilaporkan menyebut sering bernada tegas dengan Anwar dan berniat untuk "meludah", "menempeleng", "memancung" dan "mengantung" ketua umum PKR itu.

AMK Selangor percaya kenyataan seumpama itu hanya akan didengari daripada individu yang mempunyai tingkah laku dan pemikiran penuh dendam dan berbaur emosi.

Abaikan kenyataan emosi
Dr Kassim dalam rungutannya telah menuduh Anwar sebagai dalang, yang dituduh menjadi dalang mengharamkan buku kontroversinya yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula pada 1986.

Kenyataan ini wajar disanggah. Melihat situasi pada 1986, Anwar bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa untuk mengharamkan atau sekurang-kurangnya mempengaruhi tindakan Kementerian Dalam Negeri.

Ini jelas tuduhan melulu, penuh emosi dan dendam dari seorang penulis yang kecewa dan lara akibat penulisannya yang diharamkan oleh kerajaan.

Memetik ulasan Dr Ahmad Awang, bekas naib presiden PAS itu menyebut, Dr Kassim pernah diberi peluang untuk berdebat 26 tahun lalu.

Dan kini, menurutnya lagi, tidak ada apa yang perlu didebatkan lagi memandangkan beliau sangat degil untuk mempertahankan hujahnya walaupun dengan jelas ia bertentangan dengan ajaran Islam.

AMK Selangor percaya masyarakat Islam, Melayu terutamanya boleh mengabaikan kenyataan keras Dr Kassim kerana ia jelas beremosi dan penuh kecelaruan kerana pandangannya tidak diterima oleh umum sekian lama.

Dr Kassim seharusnya cermin diri dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya meyakinkan pihak lain untuk menerima ideanya, dan mengambil jalan mudah untuk menjadikan Anwar sebagai kambing hitam.

Habiskan usia jadi alat


Kemungkinan juga Dr Kassim inginkan sesuatu sebagai imbuhan dari kerajaan sesuai dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 20 Jun lalu agar kajian semula pengharaman buku kontroversinya. Dan beliau mungkin menjadikan platform ini untuk menentang Anwar.

Seharusnya Dr Kassim selaku ahli akademik dan seorang mantan presiden sebuah parti politik mempunyai jiwa yang lebih besar dan menerima perbezaan pendapat serta menghormati mana-mana pandangan yang tidak menyebelahinya.

Tetapi agak mengecewakan apabila beliau mengambil jalan pintas untuk menjadikan Anwar sebagai sasaran mudah kemarahan beliau.

AMK Selangor percaya Dr Kassim perlu belajar menjadi lebih terbuka serta merendah diri dan boleh mengambil Dr Syed Husin Ali sebagai contoh terbaik.

Terimalah kenyataan bahawa dunia masih menghormati dan mengagumi peribadi pemikiran dan sahsiah Anwar.

Tetapi Dr Kassim menghabiskan hujung usianya untuk menjadi alat pihak-pihak berkepentingan dan akhirnya segala usahanya akan berakhir sia-sia.

AZMIZAM ZAMAN HURI naib ketua AMK dan ketua AMK Selangor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Mufti tolak kaji semula larangan buku 'anti-hadis'
9:54AM Jun 28 2012
Beberapa orang mufti dan aktivis Islam menolak desakan supaya pengharaman buku "Hadis: Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan anti-hadis, ditarik balik.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (bawah, kopiah putih) berkata usaha Kassim supaya kerajaan menarik balik pengharaman itu adalah sia-sia.

NONE"Para ulama hampir seluruhnya menolak pandangan ganjil beliau. Debat dan jawapan kepada pandangan pelik beliau telah lama direkod dan sudah menjadi bahan sejarah.

"Jadi kita tidak perlu membuang masa melayan perkara yang sia-sia seperti ini dan beliau sepatutnya mengkaji semula pandangannya itu," katanya kepada Bernama dalam satu SMS di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik semula pengharaman itu dan beliau mendakwa sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan perkara itu tiga bulan lepas.

Kerajaan pada 10 Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat buku itu mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah.

NONEAntara kandungan buku itu ialah penyelewengan dari sudut akidah iaitu menolak hadis secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam, menolak dua kalimah syahadah, menolak Qada' dan Qadar (satu daripada Rukun Iman), dan memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.

Percanggahan dari sudut syariah pula ialah menolak pensyariatan sembahyang, menolak ketetapan hukum Fiqh Islam mengenai aurat wanita manakala percanggahan dari sudut akhlak ialah menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah dan mencerca dan memfitnah para ulama.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata buku itu tidak perlu kajian semula.

"Nak kaji buat apa. Tidak perlu lagi. Semua tindakan sudah diambil. Dan hanya dia seorang yang mempertikaikan tindakan ke atas buku yang diharamkan itu," katanya kepada Bernama.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Nakhaie Ahmad menasihatkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam Islam agar terlebih dulu mendalami Islam, al-Quran dan hadis.

"Faham betul Islam itu dan jangan buat perkara-perkara yang mengarut. Jangan buat kajian mengikut kehendak dan fahaman kita sahaja. Faham tradisi ilmu, pengajian, intelektual Islam dan kemudian menguasainya," katanya.

Beliau berkata pembaharuan adalah baik tetapi sekiranya membawa idea yang cetek ia akan hanya menghabiskan masa orang lain untuk membincangkannya.

- Bernama

Ahmad Awang: Cukuplah debat hadis 26 tahun lalu

  • Zulaikha Zulkiflli
  • 11:38AM Jun 29 2012
Tidak perlu lagi debat berhubung isu hadis dengan Dr Kassim Ahmad yang pernah berlangsung 26 tahun lalu kerana sarjana kontroversi itu tidak akan mengubah pendiriannya, kata tokoh ulama Dr Ahmad Awang.

Ahmad yang mengetuai debat Pusat Islam berdebat dengan Dr Kassim pada 1986 itu berkata, mengadakan debat sekali lagi hanya membuang masa memandangkan sehingga hari ini penulis itu masih mempertahankan hujahnya.

NONE"Tiada sebab (hendak berdebat). Sudah 26 tahun. Orang ramai pun boleh menilai. Dia berdegil dan cuba cari kesempatan sebenarnya. Dia kata keadaan sekarang dah berubah.

"Mungkin maksud dia mengenai Islam liberal yang ada penyokongnya di kalangan intelektual.

"Tak ada maknalah. Buang masa. Saya takkan fikir untuk berdebat semula," kata Ahmad ketika ditanya sama ada beliau bersedian berdebat sekali lagi dengan Dr Kassim berhubung idea-idea dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, perdebatan 26 tahun lalu 'tergantung' kerana pihaknya tidak sempat berhujah kerana Dr Kassim terpaksa pulang awal untuk mengejar penerbangannya ke Pulau Pinang.

"Perbincangan itu tidak habis kerana Kassim suruh kita mendengar dulu hujahan dia. Tapi lepas dia berhujah hampir sejam lebih, masuk pula waktu Asar. Selepas Asar Kassim perlu balik ke Pulau Pinang kerana tiket kapal terbangnya dalam pukul enam lebih.

"Dia berjanji akan datang semula. Tetapi selepas dua, tiga bulan, dia tidak datang sebaliknya buku itu diterbitkan," kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan anggota majlis syura PAS itu.

'Bukan nilai, tapi tolak'
Ditanya tentang arahan Kementerian Dalam Negeri supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyemak semula buku itu, Ahmad berkata perkara itu tidak mungkin kerana ia didakwa jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya sendiri ada salinan buku Hadis: Satu Penilaian Semula sebelum ia diterbitkan. Memang dia menolak hadis. Bukan penilaian semula. Tetapi menolak terus.

NONE"Tapi saya tak tahulah kalau kerajaan ada kepentingan lain (untuk menerbitkan buku)," katanya Ahmad lagi sambil menambah buku itu berbahaya kepada akidah umat Islam.

"Menteri sekarang ini pun tidak tahu mengenai agama. Sebab itu dia serahkan kepada Jakim.

"Buku itu memang banyak bercanggah. Dia kata hadis tak ada dan sunah itu rekaan ulama. Dia kata, kalau ada pun hadis yang boleh digunakan, hanya dua, tiga hadis sahaja.

Dr Kassim bagaimanapun menjelaskan beliau bukan anti-hadis sebaliknya hanya kritikal kepada sumber Islam kedua itu dan menerima kira-kira 40 hadis yang didakwanya tidak bertentangan dengan al-Quran.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, arahan KDN bagi mengkaji semula pengharaman buku Hadis: Satu Penilaian Semula dibuat pada 20 Jun setelah Dr Kassim menuntut perkara itu tiga bulan sebelumnya.

Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung

  • Fathi Aris Omar & Jimadie Shah Othman
  • 10:15AM Jun 29 2012
WAWANCARA Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.

Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

NONE"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.

Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.

Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.

Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalam TheStar yang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0.

Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz
Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.

Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

azlanAhli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.

Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".

"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.

'Satu lambat, kedua bodoh'
Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antara 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.

Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semua.

Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.

NONEDr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.

"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.


Bahagian I: Kassim Ahmad: Tarik larangan buku 'anti-Hadis'

Bahagian II: Idea kritik hadis tersebar di kalangan ahli politikBahagian III: 'Rasuah membarah zaman Najib, berbeza dengan Razak'

 


  • MENERAJU AGENDA PERAK
    lantang juga si Kassim ni , dah sama tingkah dengan MP Aziz ... owhh, patut ler, satu kandang ...

  • Warga Jeniang · Executive di TNT Courier services BHD
    Kasim Ahmad, Kasim Masdor dan Kasim Selamat nie geng2 ambil garpu cucuk mata sendiri.....Wakak..

  • Man Sai · Pengulas Tertinggi · Tawau
    Kalau Kassim Ahmad kata Anwar layak di gantung, maka kerana anti hadis, Kassim Ahmad layak di pancung.

    • Nasharuddin Ghazali · Pengulas Tertinggi · Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia
      yup...setuju tu...Dah tolak hadis, pastu orang lain pulak nak digantung nya..pelik orang tua ni..

    • Lalaili Lamtai · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
      Kassim Ahmad pernah bersajak : Tuhan sudah mati.
      Dia kata kepada Anwar Ibrahim macam2 tu ada sebabnya. DSAI pernah mengarah haramkan buku anti hadisnya.

      "Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semua.

      Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal."

      PATUT LER.........Kassim cuba test market kini zaman Najib dan Mahathir backing najib......
      Kassim Bertaubatlah.

    • En D Ee · · Pengulas Tertinggi · Graphic Designer di Printing
      jangan kata pancung..cincang pn aku sanggup..

  • Nurul Ashikin · Pengulas Tertinggi
    TGNA terlalu didewa2kan oleh pengikutnya memang betul. Yang taksub je la. Tapi bukan seme ahli2, penyokong2 pas dan pr mendewakan TGNA. Sama kes macam mahathir. Ada pengikut2 dia yang taksub keterlaluan. Bercakap pasal pengikut yang taksub neh, kadang2 pemimpin pun tak pernah suruh pengikut2 depa agar menjadi taksub tetapi pengikut itu sendiri yang bermasalah. Dia tak reti nak fikir baik buruk satu2 perkara. Yang dia tahu, ketua dia confirm betul, benar dan maksum selamanya.

    Pasal dsai plak, aku taknak ulas apa2 pengalaman buruk ko dengan dia tapi agak tak berapa tepat larh kalau semata2 DENDAM lama di antara ko dengan dsai maka ko fikir dia jahat. At least bagi lah sesuatu untuk menunjukkan bukti bahawa dia sejahat2 manusia.. boleh gak kita melihat betul ke tak betul

    • Valiants Sang Petualang · Pengulas Tertinggi · SMTJJ1
      Aku lebih prefer kalau korang guna perkataan menghormati dan menyayangi TGNA instead dari perkataan "mendewa dewakan" TGNA..macam orang takda agama pula bila bercakap.kalau begitu mentaliti korang terhadap konsep menghormati dan sayang kepada ulama..aku boleh juga kata kita ni telah mendewakan dewakan nabi muhammad lebih dari Allah swt..nak korang dengan label macam tu?..pemimpin yang baik,merendah diri,jadi role model kepada rakyat untuk lebih mendalami agama dan taat kepada suruhan agama dah mesti lah jadi kesayangan dan dihormati kepada rakyat rakyat yang dibawah..seperti contoh Nabi sendiri.. logikkan?..berapa ramai pemimpin yang mengikuti contoh nabi dan disayangi oleh rakyat?.atau nak bandingkan dengan najib yang jadi kebencian kerana memperlekehkan agama?..nampak beza dekat situ?

    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      Valiants Sang Petualang sayang tak semestinya sampai tahap mendewa2kan....cth kita boleh lihat sticker yg ditampal di kenderaan gambar nik aziz cukuplah kalau sekadar lambang parti pas aje....itu belum lagi kita pergi rumah2 penyokong fanatik pas ini benda yg nyata dan kita x sedar....

    • Joe Penang · Pengulas Tertinggi
      Arie Pklang . X tau la aku. Bg ahli pas yg ngaji gambar TGNA bukannya makna kita tuhankan nik aziz. Tiada dlm islam bertuhankan kepada makhluk hatta Nabi Muhammad SAW sendiri. Xlah salah kita tunjukkan kecintaan pada nabi dan ulama'. Semoga depa akan beri syafaat kat kita ni. Wallahua'lam

    • Hokage Kazakage Ranger Puteh · Top Commenter · Hamburg, Germany
      Kalau mendewakan ,suka dan taksub kepada kebaikkan yang membolehkan kita lebih menghampiri syurga lebih baikkk

    • Rui Mess · Top Commenter · University of Malaya
      arie pklang ko rse sticker ad gmbr nik aziz dah fanatik?mcm mne plak penyokong umno?siap kat baju dan sticker pn ad jgk?

    • Arie Pklang · Top Commenter · Kebun sawit
      Rui Mess kat sini pun dah boleh nampak hingga kan tegur pada yg elok pun dikira salah pada korang....fikir2kan sendiri,aku cuma ckp pada yg apa aku lihat.....seorang temanku sanggup simpan gambar nik aziz sehingga ke dlm dompet beliau sendiri,apakah maknanye itu jika bukan sampai tahap mengagungkan

    • Ketam Kapit · Top Commenter · UniMAP
      Arie Pklang : pulak... yg aku tgok gambaq pimpinan UMNO/BN dkt baju ahlinya tue apa benda pulak? stiker gambaq TDM, baju gambaq pak lah, najib tue apa bendanya? ermmmm kesian kat kamu yg agak ketinggalan dlm membuat perbandingan.....ni jenis nk skolah nie...

    • Rui Mess · Top Commenter · University of Malaya
      arie pklang ko rse klu zaman nabi ad kemudahan mcm skrg,ko agak2 sahabat bt x mcm tu?ko dah ad ank blum?klu ad ko prnah tak letak gmbar istri dan ank ko dlm dompet?salah ker?dkt rmh ak,ak simpan gmabar haji hadi dan sultan mizan,adakah ak dilabel sbagai fanatik jgk?dekat sekolah2 skrg ni,bnyk gmbar najib yg diletak kat skolah,aih,mcm fanatik jgk je...so ap bezanya?

    • Mohd Suhaimi Mohd Zain · SM Sultan Abdul Halim, Jitra
      Hurmat pada ulamak adalah arahan Allah dan dapat pahala. Jangan pertikai ajaran Islam.

    • Nasir Mohd · Top Commenter
      camna plak alih gambar pemimpin, turun bendera?, keh keh keh

    • Zairi Hashim · Top Commenter · Veterinary College
      Arie pklang,ati perut ko busuk siot...kalo dah dewa kena ler puja ke sembah ke..tak der sekor orang pas pun aku tengok puja sembah gambor Nik Aziz/batang tubuh Nik Aziz tuu....pelekat gambor tok najib beso beso kat merata tempat awam tu bleh pulak?!!

    • Mohd-zain Zain · Top Commenter · Sekolah Kebangsaan Sik
      Orang orang yang tak suka islam ini mereka takut masuk syurga , bimbang dengan tunjuk ajar panduan alim ulama , mereka suka masuk neraka sebab dalam neraka ramai sahabat dari berbagai kaum boleh yamseng 24 jam, takut sangat kalau nampak sticker gambar TGNA, mereka anggap manusia bodoh, lulusan univercity mana , kolej mana , nak di agong agongkan .

    • Azul Mohd Din · Top Commenter · ITM
      Dia bukan boleh fikir macam tu demikebaikan orang lain..dia fikir kepentigan diri saja..sama dengan che det..

    • Anggerik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Betapa nyanyok dan sewelnya Kasim anti hadis, sanggup nak menggantung orang teraniaya, difitenah bemacam2 cara seperti Datuk Sri Anwar.. kami rakyat berdiri teguh dibalakang DSAI..

  • Shahrul Zharif · Pengulas Tertinggi · Singapore City
    mohon aduan polis dibuat terhadap Kassim Ahmad atas cubaan membunuh DSAI

    • Nasir Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Shahrul Zharif
      MANA BULIH NAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP KASIM AHMAD KERANA SETIAP KENYATAAN BELIAU TELAH DITAJA.......

    • Raqiah Idris · · Pengulas Tertinggi
      Nasir Ariffin memang...ada udang balik mee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan